Prosa Melayu Moden [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

Kesusuteraan Melayu Moden mempunyai pelbagai genre.Antaranya ialah esei,novel,cerpen,drama,biografi dan sajak.Rajah dibawah memperjelaskan lagi tentang kesusasteraan melayu moden



Dalam tugasan ini kita akan banyak membincangkan kepada salah satu genre Kesusateraan Melayu Moden iaitu cerpen.Cerpen juga dipanggil cerita pendek. Oleh sebab itu, sudah tentu ceritanya tidak panjang. Walau bagaimanapun, batasan atau tanggapan panjang pendeknya tidak boleh diukur berdasarkan jumlah perkataan yang dilihat lantaran sifatnya yang relatif.Pada kebiasaannya, sesebuah cerpen mengisahkan hanya satu kejadian dalam kehidupan yang diwarnai oleh pelbagai kejadian. Sesuatu kejadian yang digambarkan melalui cerpen dianggap sebagai pokok yang menentukan segalanya. Kemungkinan-kemungkinan lain ditinggalkan begitu sahaja. Oleh sebab itu, pengisahan yang diutarakan menjadi relatif pendek. Sesebuah cerpen biasanya memusatkan pengisahannya kepada satu watak sahaja, terutama watak penting yang menghadapi permasalahan hidup. Persoalan yang ditimbulkan itu benarbenar bermakna, penting, dan dapat mengubah sikap, pemikiran watak-watak yang difokuskan Konsep cerpen kanak-kanak ialah boleh dinikmati oleh bukan sahaja kanak – kanak tetapi juga oleh orang dewasa.Kerapkali dikaitkan dengan sastera yang ditujukan untuk iaitu kanak – kanak khasnya.Digunakan secara umum untuk membawa maksud karya – karya penulisan dan penerbitan untuk kanak – kanak.Aspek-aspek penting dalam penulisan cerpen kanak-kanak yang perlu ada ialah yang pertama mestilah sesuai dengan usia, tahap berfikir dan pencapaian bahasa kanak-kanak.Bentuk, isi dan tujuannya perlulah segera dapat menarik minat membaca dalam kalangan kanak-kanak.



Selain itu cerpen kanak-kanak perlulah berdasarkan tujuan pendidikan tertentu. Contohnya banyak menyelitkan unsur-unsur yang berkait rapat dengan pengajaran dan pembelajaran formal.Tema, pemikiran dan persoalan harus sesuai untuk mencapai matlamat pendidikan persekolahan,contohnya bersifat didaktik dan menghiburkan, bukannya membawa pemikiran berat tentang kehidupan seharian kanak-kanak. Kesulitan-kesulitan yang bakal dihadapi oleh kanak-kanak perlu diambil kira semasa pengarang mencipta cerpen kanak-kanak.Contohnya perlulah bermula dengan alam, persekitaran atau perkara-perkara yang diketahui, pernah dilihat atau didengar.



Penggunaan bahasa dalam cerpen kanak-kanak haruslah sesuai dengan tahap pencapaian mereka. Contohnya bahasa yang digunakan haruslah terjamin kesopanan dan mutunya di samping mudah difahami oleh kanak- kanak dan yang perlu di beri perhatian mestilah mempunyai tanda bacaan yang betul dan teratur, ayat-ayat yang pendek dan perkataan yang tegas.Cerpen kanak-kanak yang baik perlulah memaparkan gambar dan ilustrasi berdasarkan fungsi yang sebenar ,contohnya bahan bacaan yang banyak gambar dan berwarna-warni ilustrasinya. Buku bergambar haruslah mempunyai nilai sastera di samping ilustrasi yang memancarkan mutu seninya.Selain itu bentuk fizikal karya kanak-kanak perlu mengambil pertimbangan didaktis-psikologi.Contohnya aspek-aspek fizikal tersebut termasuklah kertas, saiz buku, besar kecilnya huruf, jarak antara huruf, jarak antara perkataan, saiz dan penempatan gambar atau ilustrasi dan lain-lain.Penulis juga perlu memastikan cerita atau karyanya dapat memberikan perlindungan material, perlindungan emosi, perlindungan intelektual dan perlindungan spiritual kepada kanak – kanak.



Cerita Kanak-kanak Pada suatu hari,