Esei Ekonomi Moden [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

Penghargaan



Alhamdulilah .Bersyukur kehadrat Ilahi dengan limpah dan kurnianya kerana saya dapat menyelesaikan tugasan kerja khusus ini dengan penuh jayanya. Saya menjulang tinggi sepenuh penghargaan kepada Encik Ahamad Jama’amin Bin Yang selaku Pensyarah mata pelajaran Sejarah Sosioekonomi Malaysia Sehingga 1970 (SJH1034), di atas kesudian beliau memberi tugasan ini kepada kami. Beliau juga banyak membantu saya sepanjang proses pebentukan tugasan ini berlaku. Saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rkan yang banyak membantu saya secara langsung atau tidak langsung atau tidak langsung sepanjang proses merealisasikan tugasan ini berjalan. Sejajar dengan anjakan paradigmadalam era globalisasi ini, begitulah dominannya peranan mahasiswa khususnya bakal pendidik di negara ini untuk merungkai pelbagai ilmu pendidikan di muka bumi ini. Padadewasa kini, pelbagai pembangunan dari segenap sudut begitu pesat terbina, begitulah jugaa pembangunan dalam bidang pendidikan. Justeru itu haruslah mahasiswa initergolong dalam orang yang sentiasa menyaingi peradaban zaman yang begitu hebat.Sebelum kami mengundur diri terimalah serangkap mutiara kata dari kami sebagairenung-renungan dan selamat beramal.



“Saat gagal kamu hanya perlu memulai lagi, dengan cara yang lebih cerdas”



1.0 PENGENALAN



Malaysia merupakan sebuah negara yang unik dan dikenali seantero dunia dari segi masyarakatnya yang terdiri daripada pelbagai bangsa, agama dan budaya. Kepelbagaian bangsa dan budaya inilah telah melahirkan semangat perpaduan yang utuh dalam kalangan masyarakatnya. Namun begitu, keharmonian dan keutuhan negara kecapi pada hari ini tidaklah semudah yang kita fikirkan kerana negara ini mengalami pengalaman sejarah yang sangat getir dan hebat sehinggalah mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Jika kita imbas sejarah lalu, Malaysia ataupun dahulunya dikenali sebagai Tanah Melayu telah mengalami beberapa siri penjajahan asing yang bermula daripada penjajahan Portugis, Belanda, British dan Jepun. Penjajahan asing ini telah meninggalkan impak yang sangat besar kepada Tanah Melayu termasuklah Borneo ketika itu apatah lagi semasa zaman kolonial British. Senario yang mewarnai sejarah Tanah Melayu telah membuka satu episod baru apabila berlaku perubahan yang besar terutamanya dari struktur ekonomi yang ada pada masa kini apatah lagi boleh dianggap sebagai zaman pemodenan dari konteks sejarah melayu itu sendiri. Perdebatan dalam kalangan ahli sejarahwan telah banyak membuktikan bahawa perubahan struktur ekonomi Tanah Melayu banyak dipengaruhi oleh pengaruh barat yakni British. Bermula dari penjajahan inilah telah memberi impak yang besar dari sosioekonomi masyarakat Melayu pada zaman tersebut. Oleh itu, fokus utama penulisan ini adalah secara berkaitan ekonomi moden semasa zaman penjajahan Barat sehingga Perang Dunia Kedua.



2.0 Ciri - ciri Ekonomi Moden







Pengambilan Buruh secara besar besaran



Kegiatan ekonomi Tanah Melayu pada zaman penjajahan British lebih tertumpukepada kegiatan perlombongan bijih timah dan perladangan getah. Oleh sebab itu,perkembangan eksport kedua-dua hasil tersebut menjadi penggerak utama kepadapertumbuhan ekonomi dan kegiatan perniagaan ekonomi tempatan termasuk pembinaankemudahan infrastruktur, khususnya di kawasan-kawasan lombong bijih timah, kegiatanmelombong emas, bijih besi, arang batu dan bauksit turut dijalankan di Tanah Melayu. Oleh itu British telah mengeksport sejumlah yang besar pendatang asing dari negara China dan juga India. Hal ini kerana revolusi perindustrian ditingkatkan serta menjadi besar/ pendatang asing cina diletakkan di tempat pelombongan disebabkan permintaan yang semakin tinggi manakala orang india ditempatkan di ladang-ladang getah ataupun estet kerana Tanah Melayu merupakan pengeluar getah terbesar pada zaman ini. Mereka telah dibayar dengan mata wang dengan harga yang tetap walaupun ada peningkatan perniagaan tersebut.



 Tubuhnya syarikat-syarikat baru



Syarikat-syarikat perdagangan British memainkan peranan penting dalam mempromosikan industri getah di kalangan pelabur British. Syarikat-syarikat perdagangan seperti Harrison and Crosfield, Bousted Buttery Estate Agency, Guthrie and Company, Barlow and Company, dan Sime Darby telah terlibat dalam perdagangan eksport dan import Semenanjung Tanah Melayu selama beberapa dekad sebelum pengenalan getah lagi. Syarikat-syarikat ini telah membina reputasi



dalam integriti kewangan di British dan Semenanjung Tanah Melayu. Tambahan lagi, mereka juga mempunyai jaringan dengan komuniti penanaman Eropah, pegawaipegawai pemerintah, dan keadaan ekonomi di Semenanjung Tanah Melayu. Syarikat-syarikat perdagangan ini menjadi pengantara antara sumber modal asing, pelabur British, dan pengguna modal asing iaitu industri perladangan di Semenanjung Tanah Melayu. Rumah agensi dikekalkan sebagai ejen pengurusan syarikat British di Semenanjung Tanah Melayu. Selain pelabur British, pelabur dari Eropah turut melabur ketika harga getah melambung, malah termasuk juga syarikat industri Barat yang berasaskan getah, walaupun penglibatannya kurang ketara. Keghairahan modal Amerika Syarikat dan Jepun yang ditunjukkan dalam pelaburan ladang getah di Semenanjung Tanah Melayu telah membawa kepada penguatkuasaan Enakmen (Sekatan) Tanah Getah pada tahun 1917. Melalui Rancangan Peraturan Getah







Kemajuan sistem teknologi



Revolusi Perisdustrian telah membawa kepada kemajuan dalam bidang pengangkutan seperti kapal , jalan raya , kerata api dan terusan. Perluasan permintaan barangan perkilangan turut mempengaruhi pembinaan jalan raya di Britain. John Macadam memperkenalkan pembinaan jalan raya daripada batu dan minyak tar. Pada tahun 1877 , sebuah enjin stim digunakan untuk melombong . Seterusnya, penggunaan kapal korek mula diperkenalkan di Tanah Melayu pada tahun 1912. Pelaburan asing dalam kedua-dua industri getah dan bijih timah semakin bertambah disebabkan industri tersebut menjanjikan pulangan yang lumayan. Kemahiran pentadbiran, pengurusan dan teknologi turut mengalir masuk seiring dengan aliran pelaburan asing seperti yang dinyatakan. Modal bukan sahaja dalam bentuk wang , tapi juga terdiri daripada teknologi, peralatan dan bangunan (Salma Hussin, 1994/95 : 100)



3.0 Kesan-kesan







Masyarakat Majmuk



Seperti yang kita lihat British telah membawa sejumlah yang besar pendatang asing dari negara China dan india. British telah mengamalkan penempatan berdasarkan corak kegiatan ekonomi mengikut bangsa (Mohamad Idris Salleh, et.al, 1995: 60 ). Orang cina bertumpu di bandar , kawasan lombong dan aktif dalam kewangan . Orang melayu kebanyakannya petani dan nelayan terutama di kawasan ladang getah di sepanjang bahagian tengah Paantai Barat. Penglibatan kaum imigran terutama Cina dan India telah menambah pengeluaran bijih timah dan getah di Tanah Melayu degan pesatnya/ Pedagangan cina telah mengimport buruh secara kontrak dari negara China terutama dari Fukien dan Kwangtung untuk mengusahakan lombong bijih timah di Tanah Melayu. Menjelang abad ke-19 , permintaan bijih timah telah mengakibatkan infrasruktur. Fenomena ini seterusnya mewujudkan bandar-bandar baru seperti Taipinng, Ipoh, Port Weld, Kelang dan sebagainya. Kedatangan imigran dari Infia dan China secara besar-besaran dalam jangka masa 1874 telah menyebabka pertambahan penduduk.







Sistem Pendidikan



Ciri-ciri sekolah Melayu Hanya peringkat sekolah rendah sahaja iaitu Darjah 1 hingga Darjah 4. Menurut Awang Had Salleh tujuan penubuhan sekolah Melayu ialah untuk mengekalkan kestabilan politik, mengekalkan orang Melayu sebagai petani dan nelayan dan tinggal di kampung, menghasilkan budak pejabat dan kerani rendah, menghapuskan buta huruf supaya orang Melayu tidak tertipu dalam masyarakat berbilang kaum. Sekolah vernakular cina dan tamil telah di wujudkan. Peringkat awal dikelola mubaligh Kristian dan kaum Cina sendiri. 1815 Sekolah Cina pertama dibuka di Melaka oleh Persatuan Mubaligh London Melaka.Orang Cina sifat Yap Ah Loy, Cheng Soo Leong dan Phua Choon Hiong mendirikan sekolah Cina di NNS dan NNM yang lain.Pendidikan Tamil secara formal di Tanah Melayu dimulakan oleh orang perseorangandan pertubuhan masyarakat India. Perkembangan sekolah vernakular Tamil dipengaruhi oleh perkembangan ekonomi di Tanah Melayu. Orang India berhijrah secara beramai-ramai untuk bekerja di ladang kopi, tebu, kelapa, dan getah. Sekolah-sekolah Tamil didirikan di kawasan ladang di Seberang Perai, Pulau Pinang, dan Johor. Sekolah-sekolah di ladang bermutu rendah dan menghadapi masalah kekurangan kemudahan dan guru yang berkelayakan. Lazimnya, guru-guru di sekolah ladang terdiri daripada kangani, penyelia ladang, atau buruh yang secara kebetulan tahu membaca.







Kewujudan Infrastruktur yang lebih baik



Antara pembinaan seperti jalanraya, keretapi, telegraf dan pelabuhan. British telah mengeksploitasikan sumber ekonomi di Tanah Melayu yang mengakibatkan perkembangan infrasruktur seperti jalan keretapi, hospital, dan sebagainya (Barbara W. dan Leonard Y. Andaya, 1983 : 243). Di Sarawak pada tahun 1949 telah terdapat 18 kemudahan telefon. Sistem telegraf Sarawak adalah bergantung kepada radio telegraf. Dengan adanya kemudahan telefon, segala berita dan maklumat penting boleh disampaikan dengan kadar segera. Kos perpelanjaan juga dapat dikurangkan. Hubungan antara kampung dan bandar terasa semakin dekat dan memudahkan mereka untuk saling berkomunikasi. Pulau Pinang dan Singpura munculsebagai pelabuhan perdagangan penting di bawah pentadbiran yang mengamalkandasar ekonomi “laissez fair” telah mewujudkan sistem ekonomi duaan atau dual di Tanah Melayu . Landasan keratapi di bina bagi mempercepatkan pengangkutan hasil getah dan timah. Landasan kereta api mula dibina pada tahun 1885 menghubungkan bandar Taiping dan Port Weld. Jalan raya juga dibina bagi menghubungkan kawasan ladang getah dan perlombongan bijih timah. Pembinaan jalan raya semakin meluas kesan daripada penggunaan kenderaan bermotor selepas 1902



4.0 Kesimpulan



Akhirnya, dapat disimpulkan di sini bahawa, sudah terang lagikan bersuluh sesebuah negara tidak akan terbina dalam satu hari sahaja. Sesebuah negara itu akan mengalami beberapa fasa sebelum menjadi sebuah negara yang cemerlang dan kukuh dari pelbagai aspek amnya, dari segi ekonomi. Negara kita Malaysia sebagai contoh, merupakan suatu bukti yang cukup jelas dan tidak dapat



dipertikaikan lagi kebenarannya. Struktur ekonomi negara berubah dengan pesat sekali terutamanya ketika penjajahan oleh pihak british. Sistem ekonomi kapitalis mengambil tempat di negara ini. Sistem kapitalis yang diamalkan oleh pihak penjajah secara tidak langsung telah mengubah pemandangan dinegara ini. Infrastruktur-infrastruktur seperti jalan raya.jalan kereta api dan sebagainya dibina oleh pihak penjajah bagi memudahkan kerja-kerja eksploitasi dijalankan.



Sumber Rujukan



Ahmad Fadhli (2008) Perkembangan Sosioekonomi Tanah Melayu. Diperoleh



Dari :https://www.academia.edu/6328190/Perkembangan_Sosioekonomi_Ta



nah_Melayu



Lih. ibid., hlm. 35. Pelabur Barat bersedia untuk membiayai pengembangan



industri getah kerana syarikat-syarikat yang menjemput mereka untuk



melabur, mendapat sokongan dari rumah-rumah agensi yang biasa



dengan keadaan ekonomi Semenanjung Tanah Melayu.



Lht. juga Allen, G.C., & Donnithorne, A.G.,



Western Enterprise in Indonesia and Malaya: a study in economic



Development, Allen and Unwin, London, 1962.



R. Muhammad (2000) KESAN KOLONIALISME TERHADAP EKONOMI DI



TANAH MELAYU. Diperolehi dari :



http://studentsrepo.um.edu.my/491/5/BAB4.pdf



Thukiman K. (2000). Malaysia perspektif, sejarah, dan politik. Skudai :



Universiti Teknologi Malaysia



Uqbah Iqbal (2004) SEJARAH PELABURAN BRITISH DI SEMENANJUNG



TANAH MELAYU, 1910-1941. Diperolehi dari :



://www.academia.edu/6472369/SEJARAH_PELABURAN_BRITISH



_DI_SEMENANJUNG_TANAH_MELAYU_1910-1941