Undang2 Sepaktakraw Pantai [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

UNDANG-UNDANG PERMAINAN SEPAK TAKRAW PANTAI 1.



GELANGGANG 1.1



Luas gelanggang 14.4m X 6.5m bebas dari sebarang rintangan sehingga 8m tinggi dari permukaan lantai. Lantai hendaklah berpasir.



1.2



Lebar semua garisan gelanggang tidak melebehi 0.04m di ukur kedalam dari penjuru ukuran gelanggang. Tape atau tali boleh digunakan sebagai garisan sempadan gelanggang. Kawasan bebas permainan hendaklah di ukur 3.0m keluar dari garisan sempadan gelanggang.



1.3



Garisan tengah selebar 0.02m yang membahagi gelanggang kepada dua bahagian yang sama sama besar.



Kawasan Sempadan Bebas Rintangan ialah 3.0m Bebas Rintangan



6.50m mm



14.40 m



2.



3.



TIANG 2.1



Ketinggian tiang 1.55m untuk lelaki [1.45m untuk wanita] di ukur dari permukaan gelanggang dan ianya hendaklah teguh dan kukuh untuk regangan jaring. Jejarinya tidak melebehi 0.04m.



2.2



Kedudukan tiang – tiang hendaklah di dirikan 0.3m jaraknya dari garisan tepi dan sebaris dengan garisan tengah gelanggang.



JARING 3.1



Jaring hendaklah di perbuat dari nylon dan siratnya berukuran 0.06m hingga 0.08m. Lebar jaring adalah 0.7m dan panjang jaring tidak kurang dari 6.50m. Di kedua-dua hujung jaring di lekatkan pita 0.05m sebagai sempadan dari atas kebawah dan kedudukan sebaris menegak dengan garisan tepi gelanggang.



2



3.2



4.



5.



6.



Di bahagian atas dan bawah jaring hendaklah di lapik dengan pita 0.05m yang diperkuat dengan benang atau nylon. Pita berfungsi sebagai pengampu tali regangan diatas paras tiang. Ketinggian jaring dibahagian tepi setelah di regang ialah 1.55m untuk lelaki [1.45m untuk wanita], manakala dibahagian tengah jaring 1.52m untuk lelaki [1.42m untuk wanita].



BOLA TAKRAW 4.1



Bola takraw mempunyai 12 lubang dan 20 pertemuan silang. Bola hendaklah diperbuat dari fibre sintetik yang mana lapisan luarnya dari getah sintetik. Ukuran garis lilitnya mestilah tidak kurang 0.40m dan tidak melebehi 0.44m. Beratnya tidak kurang dari 170gm dan tidak melebehi 200gm untuk pemain lelaki dan wanita.



4.2



Kejohanan antarabangsa yang mendapat restu dari ISTAF termasuk Sukan Olimpik, Kejohanan Dunia, Sukan Komanwel, Sukan Asia dan Sukan SEA hendaklah menggunakan bola takraw yang telah di luluskan oleh pihak ISTAF sahaja.



PEMAIN-PEMAIN 5.1



Satu pasukan mempunyai 4 orang pemain dan 2 pemain simpanan. Sukan ini di mainkan oleh 2 regu yang mana setiap regu mempunyai 4 orang pemain.



5.2



Pemain akan membuat sepak mula hendaklah berada di belakang garisan belakang gelanggang. Mana-mana pemain diantara 4 orang itu boleh melakukan sepak mula.



5.3



Manakala 3 orang pemain lagi hendaklah berada di dalam gelanggang semasa sepak mula di lakukan.



PERALATAN/PAKAIAN PEMAIN 6.1



Pemain dibenarkan memakai pakaian selain daripada jeans, seluar panjang dan pakaian yang tidak keterlaluan. Pemain di larang memakai pakaian yang boleh membahayakan diri sendiri dan juga pemain pihak lawan.



6.2



Pemain di larang memakai anting-anting, gelang, jam tangan dan lain-lain peralatan perhiasan diri semasa di dalam permaianan.



6.3



Untuk pemain wanita, pakaian mandi [swimming costume] dibenarkan tetapi mereka hendaklah memakai seluar pendek atau bermuda sebagai pelindung.



6.4



Pemain di cadangkan memakai pakaian berikut:



3



6.4.1 6.4.2 6.4.3 6.4.4 6.4.5 6.4.6 6.4.7 6.4.8 6.4.9 6.4.10



7.



Jersi T-Shirt Singlet T-Shirt tidak berkolar Bermudas Seluar pendek Seluar ketat [tight] Topi Cermin mata atau visors Goggles



6.5



Pemain dibenarkan memakai cermin mata, goggles dan topi bagi mengelakan pancaran cahaya matahari.



6.6



Pakaian yang di pakai adalah merupakan sebahagian dari anggota badan.



6.7



Ketua regu hendaklah memakai arm band atau tanda di lengan kiri.



6.8



Sebarang peralatan yang boleh membantu melajukan bola adalah di larang sama sekali.



GANTIAN PEMAIN



4



8.



7.1



Gantian pemain boleh dibenarkan pada bila-bila masa dengan permintaan Pengurus Pasukan/Jurulatih Rasmi kepada Pengadil semasa bola tidak di dalam permainan.



7.2



Setiap regu dibenarkan membuat pertukaran sekali sahaja dalam satu pusingan.



7.3



Pemain yang telah diperintah keluar gelanggang oleh Pengadil semasa permainan, boleh membuat gantian pemain asalkan gantian belum di lakukan.



7.4



Mana-mana pemain yang tersenarai didalam barisan pemain sebagai pemain simpanan dan telah bermain, tidak dibenarkan lagi bermain pada pusingan berikutnya.



7.5



Mana-mana regu yang kurang dari 4 pemain, tidak dibenarkan meneruskan permainan dan di anggap kalah.



PEGAWAI-PEGAWAI Pertandingan ini di uruskan oleh Pegawai-Pegawai seperti berikut:(i) (ii) (iii) (iv) (v)



2 Teknikal Delegasi 6 Juri 1 Pengadil Rasmi 2 Pengadil [hendaklah duduk di kerusi yang lebih tinggi] 2 Pengadil Garisan [berdiri di belakang garisan belakang gelanggang menghadap ke arah Pengadil].



8.1



Dua orang Teknikal Delegasi bertugas di Sukan Asia, Sukan SEA dan Kejohanan Dunia serta lain-lain kejohanan yang di iktiraf oleh ISTAF. Pegawaipegawai ini akan diberi tiket penerbangan, tempat penginapan, makan-minum dan juga elaun harian sebanyak USD $75 yang akan dibayar oleh pihak penganjur kejohanan. Pihak negera yang menganjurkan kejohanan dunia juga hendaklah mempastikan bahawa semua kemudahan tersebut hendaklah diuruskan dengan baik. Pegawai ini diminta memeriksa keselurohan gelanggang permainan, peralatan dan kemudahan-kemudahan lain yang disediakan mengikut peraturan ISTAF.



8.2



Juri ISTAF – 4 orang Juri yang dilantik oleh ISTAF bertugas di Sukan Asia, Sukan SEA serta lain-lain kejohanan dunia yang di iktiraf oleh ISTAF. Negara penganjur hendaklah menyediakan tempat penginapan, makan-minum dan pengangkutan semasa bertugas di sepanjang kejohanan tersebut. Elaun harian sebanyak USD $20 akan dibayar kepada Juri yang bertugas. Negara penganjur hendaklah menyediakan 2 orang Juri dan salah seorang dari mereka akan menjadi Pengerusi Teknikal Juri dan manakala seorang lagi akan menjadi Setiausaha Teknikal Juri tanpa di undi.



8.3



Pengadil Antarabangsa 8.3.1 Mana-mana negara yang menganjurkan kejohanan sepaktakraw yang



5



diktiraf oleh ISTAF termasuk Sukan Asia, Sukan SEA, Kejohanan Kontinental & Wilayah hendaklah menyediakan sekurang-kurangnya 2 orang Pengadil yang diluluskan oleh pihak Jawatankuasa Pengadil. 8.3.2 Pengerusi Pengadil atau wakilnya hendaklah dilantik oleh ISTAF bagi mengendalikan keselurohan kejohanan tersebut. Penganjur hendaklah menyediakan tiket penerbangan, tempat penginapan, makan-minum, pengangkutan semasa bertugas dan juga elaun harian USD $30 akan dibayar kepada mereka yang ditugaskan. 8.3.3 Penganjur kejohanan juga diminta menyediakan tiket penerbangan, tempat penginapan, makan-minum, pengangkutan semasa bertugas dan juga elaun harian USD $30 kepada semua Pengadil yang bertugas.



9.



UNDIAN DAN WARM-UP 9.1



9



Sebelum permainan dimulakan, Pengadil akan membuat undian dan regu yang memenangi undian boleh memilih untuk sepak mula atau petak gelanggang. Regu yang kalah undi akan menerima keputusan Pengadil. Manakala regu yang memenangi undi akan mendahului warm-up selama 2 minit dan di ikuti regu yang satu lagi. 5 orang sahaja dibenarkan berada bebas didalam gelanggang dengan bola rasmi yang di gunakan dalam kejohanan tersebut.



KEDUDUKAN PEMAIN-PEMAIN SEMASA SEPAK MULA



9.2 Apabila permainan hendak dimulakan, semua pemain mestilah berada di dalam petak gelanggang masing-masing dalam keadaan bersedia. 9.3 Pemain yang akan membuat sepak mula, kedua-dua kakinya hendaklah berada luar garisan belakang gelanggang.



di



9.4 Manakala 3 orang pemain lagi hendaklah berada di dalam gelanggang sendiri. 9.5 Pemain regu lawan bebas berada dimana-mana kawasan didalam petak gelanggangnya. 10 PERMULAAN PERMAINAN DAN SEPAK MULA 9.6 Regu yang memilih sepak mula, memulakan permainan pusingan pertama. Selepas tamat pusingan pertama, kedua-dua regu hendaklah menukar petak gelanggang untuk memulakan pusingan kedua.



9.7 Setelah Pengadil mengumumkan mata, pemain yang melakukan sepak mula, hendaklah melambungkan bola dan menyepaknya sendiri. Sepakan boleh di gunakan pelbagai cara. Sekiranya pemain yang melakukan sepak mula melakukan sepakan sebelum Pengadil mengumumkan mata, sepak mula hendaklah dilakukan semula dan amaran lisan akan diberi oleh Pengadil kepada



6



pemain tersebut. Pemain hendaklah melakukan sepak mula dimana-mana di belakang garisan belakang gelanggang. 9.8 Sebaik sahaja sepak mula di lakukan, semua pemain bebas bergerak di dalam gelanggang masing-masing. 9.9 Sepak mula di akui sah jika bola melepasi atas jaring, sama ada menyentuh jaring atau tidak, melalui antara dua pita sempadan dan jatuh didalam gelanggang pasukan lawan. 11 PERKARA-PERKARA BATAL 9.10



Pihak Sepak Mula 9.10.1 Tekong yang membuat sepak mula, memain-mainkan bola [menghempas, mencampak dan lain-lain] selepas Pengadil mengumumkan mata. 9.10.2 Pemain yang berada didalam gelanggang mengangkat kaki atau memijak garisan tengah atau kaki memasuki kawasan gelanggang lawan atau sentuh jaring semasa Tekong melakukan sepak mula. 9.10.3 Tekong tidak menyepak bola yang di lambungnya sendiri. 9.10.4 Bola menyentuh pemain regunya terlebih dahulu sebelum melepasi ke gelanggang lawan. 9.10.5 Bola melintasi jaring tetapi jatuh diluar gelanggang. 9.10.6 Bola tidak melintasi gelanggang lawan. 9.10.7 Tekong memijak garisan belakang gelanggang sebelum melakukan sepak mula. 9.10.8 Tekong menggunakan tangan atau lain-lain bahagian tangan sama ada dengan sengaja atau tidak menyentuh lantai bagi tujuan membantu melakukan sepak mula.



9.11



Kedua-dua Pihak Semasa Permainan 9.11.1 Memijak garisan tengah [kecuali semasa follow-through]. 9.11.2 Mana-mana pemain menyentuh bola di kawasan gelanggang lawan. 9.11.3 Mana-mana bahagian anggota pemain memasuki kawasan gelanggang lawan sama ada diatas atau dibawah jaring kecuali semasa followthrough.



7



9.11.4 Memainkan bola melebehi 4 kali berturutan. 9.11.5 Bola menyentuh tangan. 9.11.6 Memberhentikan atau mengepit bola dibawah tangan/lengan antara kedua-dua paha/kaki atau badan. 9.11.7 Sebarang anggota atau peralatan pemain seperti kasut,jersi,pelilit kepala dan lain-lain menyentuh jaring, tiang, kerusi Pengadil atau jatuh ke kawasan gelanggang lawan. 9.11.8 Bola terkena mana-mana objek. 9.11.9 Mana-mana pemain dengan sengaja melambat-lambatkan permainan. 12 TUKAR SEPAK 9.12



Tukar sepak berlaku apabila perkara-perkara batal di lakukan semasa sepak mula atau pun dalam permainan.



13 REHAT [TIME-OUT] 9.13



Setiap regu boleh meminta sekali “time-out’ selama satu minit oleh Pengurus Pasukan/Jurulatih Rasmi pada setiap pusingan apabila bola tidak dalam permainan. Hanya 5 orang sahaja yang dibenarkan berada diluar garisan belakang gelanggang.



14 KIRAAN MATA 9.14



Apabila perkara-perkara batal oleh pihak sepak mula atau penerima sepak mula; satu mata akan diberi kepada pihak lawan dan melakukan sepak mula seterusnya.



15 SISTEM KIRAAN MATA 9.15



Mata kemenangan maksima untuk sesuatu perlawanan ialah 21 mata.



9.16



Pertukaran petak gelanggang akan dilakukan pada mana-mana regu yang mendahului mata 11.



16 PERMAINAN TERGENDALA 9.17



Pengadil boleh memberhentikan permainan jika berlaku halangan, gangguan atau pemain tercedera dan memerlukan rawatan segera, tidak melebehi 5 minit.



9.18



Pemain yang tercedera dibenarkan berehat dan menerima rawatan sehingga 5 minit. Jika selepas 5 minit, pemain tidak berupaya bermain, gantian pemain mestilah dibuat. Jika regu ini telah membuat pertukaran pemain sebelum ini, maka regu lawan akan dikira sebagai pemenang.



9.19



Semasa tempoh permainan di berhentikan, semua pemain tidak dibenarkan keluar dari gelanggang untuk minum atau mendapatkan tunjuk ajar.



8



17 TATATERTIB (DISPLIN) 9.20



Semua pemain mestilah mematuhi Undang-Undang Permainan.



9.21



Hanya Ketua Regu sahaja dibenarkan berjumpa Pengadil jika ada sebarang pertanyaan atau inginkan kepastian mengenai keputusan yang dibuat oleh Pengadil.



9.22



Pemain adalah dilarang sama sekali memakai barang kemas atau aksoseri seperti anting-anting, gelang, jam tangan dan lain-lain semasa dalam perlawanan.



18 HUKUMAN 19.1



Mana-mana pemain yang ingkar dan melanggar Undang-Undang Permainan akan diambil tindakan displin keatasnya; 9.22.1 Tidak menunjukan semangat kesukanan dan melakukan perkaraperkara yang bertentangan dengan etika sukan yang boleh menjejaskan keselurohan pertandingan. 9.22.2 Memaki atau mengeluarkan kata-kata kesat kepada pegawai dan penonton. 9.22.3 Melakukan perbuatan atau tindakan yang tidak sopan dengan niat mempengaruhi sesuatu keputusan yang dibuat oleh Pengadil. 9.22.4 Dengan sengaja meninggalkan gelanggang tanpa kebenaran Pengadil. 9.22.5 Melakukan tingkah-laku tidak sopan. 9.22.6 Melanggarkan perintah dan undang-undang permainan.



Pengadil boleh memberi kad berikut: Kad Kuning Kad Merah



-



Amaran Perintah keluar gelanggang



Kad Merah boleh dikeluarkan kerana kesalahan-kesalahan yang DI SENGAJAKAN seperti: 9.22.7 Masih berdegil dan berkelakuan buruk selepas diberi amaran. 19 Berkelakuan ganas [seperti menyerang, menendang, meludah dan sebagainya]. 20 Memaki, mencarut atau mengeluarkan kata-kata kesat.



9



Nota: Mana-mana pemain yang diberi Kad Merah hendaklah diarah keluar gelanggang dan tindakan tatatertib akan diambil terhadapnya. Pemain berkenaan tidak boleh bermain dalam perlawanan seterusnya sehingga keputusan Lembaga Displin dibuat. 19.2



Kesalahan-kesalahan yang perlu di hukum seperti berikut: Tindakan Displin – 19.2.1 Kesalahan Pemain yang diberi Kad Kuning jika melakukan kesalahan berikut:



19.3



19.2.1.1



Tidak menunjukkan semangat kesukanan dan melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan etika sukan yang boleh menjejaskan keselurohan pertandingan.



19.2.1.2



Memaki atau mengeluarkan kata-kata kesat kepada pegawai dan penonton.



19.2.1.3



Kekerapan melanggar Undang-Undang Permainan dan Peraturan Pertandingan.



19.2.1.4



Melambat-lambatkan permainan setelah diberi amaran lisan oleh Pengadil.



19.2.1.5



Masuk dan Pengadil.



19.2.1.6



Dengan sengaja meninggalkan gelanggang kerana membantah keputusan Pengadil.



keluar



gelanggang



tanpa



kebenaran



Perintah Keluar Gelanggang Kesalahan-kesalahan yang perlu di hukum. Pemain boleh diberi Kad Merah dan diperintah keluar gelanggang seperti berikut: 19.3.1 Masih berdegil dan berkelakuan buruk setelah diberi amaran oleh Pengadil. 19.3.2 Berkelakuan ganas dengan niat untuk mencederakan pihak lawan, pengawai dan penonton. 19.3.3 Meludah kepada pihak lawan, pegawai dan penonton. 19.3.4 Memaki dan mengeluarkan kata-kata kesat kepada pihak lawan, pegawai dan penonton.



10



19.4



Mana-mana pemain yang melakukan kesalahan sama ada didalam atau diluar gelanggang terhadap pihak lawan, rakan sepasukan, Pengadil, Pembantu Pengadil, Pengadil Garisan atau mana-mana pegawai; Kad Kuning akan diberi pada setiap kesalahan berikut: 19.4.1



Kesalahan: Kad Kuning Pertama Hukuman: Amaran Biasa



19.4.2



Kesalahan: Kad Kuning Kedua diterima oleh pemain di perlawanan yang lain tetapi didalam kejohanan yang sama. Hukuman: Di gantung satu perlawanan



19.4.3



Kesalahan: Kad Kuning Ketiga oleh pemain yang sama setelah digantung satu perlawanan di kejohanan yang sama. Hukuman: a) Di gantung 2 perlawanan b) Denda US $ 100 [dibayar oleh Persatuan/Kelab yang terlibat].



19.4.4



Kesalahan: Kad Kuning Keempat oleh pemain yang sama setelah digantung dua perlawanan sebelum ini [semasa menerima Kad Kuning Ketiga] di kejohanan yang sama. Hukuman: Di gantung serta-merta dari bermain perlawanan seterusnya sehingga Lembaga Displin membuat keputusan.



19.4.5



Kesalahan: Dua Kad Kuning yang diterima oleh pemain di perlawanan yang sama. Hukuman: a) Digantung 2 perlawanan b) Denda US $ 100 [dibayar oleh Persatuan/Kelab yang terlibat]. c) Di beri Kad Merah diatas kesalahan displin ketiga dalam mana-mana perlawanan di kejohanan yang sama.



19.5



Mana-mana pemain yang telah diperintah keluar gelanggang oleh Pengadil sama ada kesalahan di dalam atau di luar gelanggang terhadap pihak lawan, rakan sepasukan, Pengadil, Pembantu Pengadil, Pengadil Garisan atau mana-mana pegawai; Kad Merah akan diberi diatas tindakan displin yang perlu diterima dan akur: 19.5.1



Kesalahan: Menerima Kad Merah



11



Hukuman: Digantung serta-merta daripada bermain dalam mana-mana perlawanan sehingga Lembaga Displin membuat keputusan. 21 KELAKUAN BURUK OLEH PEGAWAI-PEGAWAI PASUKAN 9.23



Tindakan tatatertib perlu diambil terhadap Pegawai-Pegawai atau pasukan yang berkelakuan buruk atau menimbulkan kekacauan semasa kejohanan berlangsung sama ada di dalam atau diluar gelanggang.



9.24



Mana-mana pegawai yang berkelakuan buruk dan mengganggu kelancaran pertandingan akan di iringi keluar oleh Pegawai Pertandingan dari gelanggang perlawanan. Pengadil akan memberhentikan pertandingan serta-merta sehingga Pengawai Pertandingan atau Lembaga Displin memberi isyarat meneruskan pertandingan.



22 UMUM Jika berlaku pertelingkahan terhadap mana-mana perkara yang tidak termasuk didalam Undang-Undang Permainan ini, keputusan Pengadil Rasmi adalah muktamad.



Nota: Untuk memperlihatkan supaya sukan ini lebih di minati dan di gemari ramai, Sepaktakraw Pantai ini juga boleh di gandingkan pemain lelaki dan wanita dalam satu regu. Oleh kerana ketinggian tiang 1.45m untuk wanita; maka pemain wanita sahaja yang melakukan rejaman dan hadangan, manakala pemain lelaki akan melakukan sepak mula dan umpanan dengan tidak mengubah Undang-Undang Permainan ini.



Cadangan pindaan Undang-Undang Permainan ini telah dibentangkan di mesyuarat Teknikal ASTAF pada 10hb Disember 2004 dan telah di persetujui di Kongres ISTAF pada 12hb Disember 2004 di Bangkok Central Hotel,Bangkok, Thailand.



Di sediakan oleh: Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM)



12



13