Unit 8 Ukuran Badan [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

Ukur an Badan |1



UNIT PELAJARAN 8 UKURAN BADAN



HASIL PEMBELAJARAN Di akhir unit ini, anda diharap dapat: 1. Menyenaraikan kategori bentuk badan manusia. 2. Menjelaskan peraturan mengambil ukuran badan. 3. Menerangkan langkah-langkah mengambil ukuran badan. 4. Melengkapkan jadual ukuran badan.



PENGENALAN Setiap orang dikurniakan mempunyai bentuk badan yang berbeza antara satu sama lain. Oleh yang demikian pelbagai kaedah atau cara untuk mengambil ukuran badan setiap individu bergantung kepada kepakaran dan kemahiran seseorang. Mengambil ukuran badan yang betul dan tepat dengan mematuhi semua peraturan yang ditetapkan adalah sangat penting untuk mendapatkan pola asas yang betul semasa mendraf supaya dapat menghasilkan pakaian yang padan, elok,menarik dan selesa dipakai.



ISI KANDUNGAN Bentuk Badan Manusia Bentuk badan manusia adalah berbeza antara satu sama lain. Terdapat berbagai bentuk badan iaitu: i. ii. iii. iv. v. vi.



Bentuk segitiga (triangle shape) Bentuk segitiga terbalik (inverted triangle shape) Bentuk segiempat (rectangle shape) Bentuk ramping (hourglass) Bentuk berlian (diamond shape) Bentuk bujur (oval shape)



Ukur an Badan |2 i.



Bentuk segitiga (triangle shape)



Bentuk badan jenis ini mempunyai garis bahu dan dada yang kecil serta garis pinggul yang besar. Pemilik badan jenis ini perlu mengenakan pakaian yang mempunyai pelapik bahu supaya perbezaan antara garis bahu dan garis pinggul tidak begitu ketara. Selain itu warna gelap adalah sesuai untuk pakaian bahagian bawah seperti skirt atau seluar.



Gambar 8.1: Bentuk Badan Segitiga ii.



Bentuk segitiga terbalik (inverted triangle shape)



Bentuk badan jenis ini mempunyai garis bahu dan dada yang besar serta garis pinggul yang kecil. Untuk menyeimbangkan bentuk badan jenis ini pemilik harus memilih skirt potongan A (A line), corak garis mendatar serta berseluar labuh. Pemilik jenis badan ini boleh meminimumkan bahagian atas badan dengan mengenakan corak bergaris menegak, baju yang berkolar luas, tekstur kasar dan jegang supaya bentuk badan akan kelihatan seimbang.



Gambar 8.2: Bentuk Badan Segitiga Terbalik



Ukur an Badan |3 iii.



Bentuk segiempat (rectangle shape)



Bentuk badan jenis ini mempunyai garis bahu, garis pinggang dan garis pinggul yang sama. Bentuk badan ini adalah bentuk yang lurus. Pakaian yang sesuai adalah yang sedikit longgar dan menampakkan garis pinggang. Contoh pakaian yang sesuai seperti jaket, kebaya, slek dan lain-lain



Gambar 8.3:Bentuk Badan Segiempat iv.



Bentuk ramping (hourglass) Bentuk badan jenis ini mempunyai garis bahu dan garis pinggul yang sama lebar manakala garis pinggul yang kecil. Bentuk badan jenis ini adalah bentuk badan yang paling ideal yang di idamkan oleh setiap wanita. Untuk menonjolkan garis bahu, garis pinggang dan garis pinggul pemilik badan ini mestilah mengenakan pakaian jenis memberi seperti leotard dan pakaian mandi. Pemilik badan ini juga boleh mengenakan apa sahaja stail pakaian tanpa mendatangkan sebarang masalah kepada mereka.



Gambar 8.4: Bentuk Badan Ramping



Ukur an Badan |4 v.



Bentuk berlian (diamond shape) Bentuk badan jenis ini mempunyai garis pinggang yang besar manakala garis bahu dan garis pinggul yang agak sama tetapi lebih kecil dari garis pinggang. Pemilik bentuk badan ini mempunyai perut yang buncit. Secara keseluruhan bentuk badan adalah bulat. Pemilik badan ini harus memakai rantai,subang supaya dapat menarik perhatian ke arah bahu dan muka. Selain dari itu mereka boleh juga memakai pad bahu untuk tumpuan pada bahu. Pemilihan warna pada bahagian atas dan bawah haruslah sama



Gambar 8.5: Bentuk Badan Berlian



vi.



Bentuk bujur (oval shape) B



Bentuk badan jenis ini hampir sama dengan bentuk badan jenis berlian cuma perbezaan di bahagian perut sama buncit ataupun kempis. Bentuk badan ini juga dikenali di kenali juga bentuk apel Pemilik bentuk badan jenis ini mempunyai perut yang kempis. Pakaian dan aksesori adalah sama seperti bentuk berlian.



Gambar 8.6: Bentuk Badan Bujur



Ukur an Badan |5



Peraturan mengambil Ukuran Badan Ω Minta bantuan rakan untuk mengambil ukuran badan Ω Ambil ukuran dari sebelah kanan pelanggan kecuali pelanggan kidal. Ω Berdiri tegak dan selesa tanpa memakai kasut Ω Pakai pakaian dasar yang sesuai Ω Pakai pakaian yang ringkas atau sama sendat seperti leotard Ω Ikat bahagian pinggang dengan pita kelarai atau tali untuk mendapat kedudukan pinggang tepat atau yang paling ramping. Ω Catat ukuran yang diambil di dalam borang ukuran badan dengan betul dan tepat



Langkah-Langkah Mengambil Ukuran Badan Bahagian Badan



Cara Mengambil Ukuran



BAHU  Ukur dari sendi bahu kanan ke kiri melalui tulang tengkuk



Ukur an Badan |6



KELILING LEHER



 Ukur keliling pada bahagian pangkal leher



KELILING DADA



 Pastikan kedudukan pita ukur terletak di atas mercu dada  Ukur bahagian dada yang paling penuh  Pastikan kedudukan pita ukur pada badan belakang selari dengan lantai  Masukkan dua jari untuk tujuan kelonggaran



JARAK MERCU DADA  Ukur dari mercu dada kanan ke bahagian mercu dada kiri



Ukur an Badan |7



KELILING PINGGANG



 Ukur keliling pinggang yang telah diikat dengan pita kelarai atau tali iaitu pada bahagian pinggang yang paling ramping



KELILING PINGGUL  Ukur keliling pinggul yang paling penuh atau tinggi 



Pastikan kedudukan pita ukur selari dengan lantai



 Masukkan dua jari untuk tujuan kelonggaran



PERGELANGAN TANGAN



 Ukur bahagian keliling tapak tangan yang paling lebar  Masukkan dua jari untuk kelonggaran



Ukur an Badan |8



LABUH TENGAH BELAKANG



 Ukur dari tulang tengkuk hingga ke paras pinggang yang telah di ikat



LABUH MERCU DADA



 Ukur dari pangkal bahu hingga ke dada yang paling tinggi (mercu dada)



LABUH BAJU  Ukur dari tulang tengkuk ke paras labuh yang dikehendaki mengikut stail pakaian.



Ukur an Badan |9



LABUH LENGAN PANJANG  Letakkan tangan ke pinggul agar tangan dibengkokkan sedikit  Ukur dari tulang bahu melalui siku ke bahagian pergelangan tangan



LABUH LENGAN PENDEK  Letakkan tangan ke pinggul agar tangan dibengkokkan sedikit  Ukur dari tulang bahu ke paras labuh yang dikehendaki



LABUH PINGGANG KE PINGGUL



 Ukur dari pinggang yang diikat hingga ke pinggul yang paling penuh (lebih kurang 20cm ke bawah)



U k u r a n B a d a n | 10



LABUH SLEK/SARUNG



 Ukur dari paras pinggang ke paras labuh yang dikehendaki



UKURAN KELANGKANG  Ukur dari paras pinggang hadapan melalui kelangkang ke paras pinggang belakang



U k u r a n B a d a n | 11



 Duduk tegak di atas permukaan yang rata  Ukur dari paras pinggang ke paras permukaan yang rata menggunakan pembaris



U k u r a n B a d a n | 12



Jadual Ukuran Badan Bahagian badan (1) Bahu



(2) Keliling leher



(3) Dada



(4) Jarak mercu dada



(5) Pinggang



(6) Pinggul



(7) Pergelangan tangan



(8) Labuh tengah belakang (LTB)



(9) Labuh mercu dada



(10) Labuh baju



(11) Labuh lengan



12) Pinggang ke pinggul



(13) Labuh skirt/slek/sarung



(14) Ukuran kelangkang



(15) Labuh duduk



Ukuran (cm)



1/2



1/4



1/6



1/8



Catatan



U k u r a n B a d a n | 13



RINGKASAN 1. Setiap orang dikurniakan mempunyai bentuk badan yang berbeza antara satu sama lain. 2. Terdapat berbagai bentuk badan iaitu, bentuk segitiga (triangle shape), bentuk segitiga terbalik (inverted triangle shape), bentuk segiempat (rectangle shape), bentuk ramping (hourglass), bentuk berlian (diamond shape) dan bentuk bujur (oval shape) 3. Mengambil ukuran badan yang betul dan tepat dengan mematuhi semua peraturan yang ditetapkan adalah sangat penting untuk mendapatkan pola asas yang betul.



Bahu Dada Pinggang Pinggul Pergelangan tangan Keliling leher Jarak mercu



PETA KONSEP Bentuk segitiga Bentuk segitiga terbalik



Bentuk segiempat



Bentuk badan manusia



Bentuk berlian



UKURAN BADAN



Bahagian Badan



Bentuk ramping



Bentuk bujur



Labuh tengah belakang Labuh mercu dada Pinggang ke pinggul Labuh lengan Labuh baju Labuh skirt/kain Kelangkang Labuh duduk



KATA KUNCI 1.



Bentuk badan manusia



5.



Bentuk ramping



2.



Bentuk segitiga



6.



Bentuk berlian



3.



Bentuk segitiga terbalik



7.



Bentuk bujur



4.



Bentuk segiempat



U k u r a n B a d a n | 14



PENILAIAN KENDIRI



1. Secara berpasangan anda dikehendaki mengambil ukuran badan dan lengkapkan senarai ukuran dalam borang ukuran badan berikut: Nama Pelanggan:



Bahagian badan (1) Bahu (2) Keliling leher (3) Dada (4) Jarak mercu dada (5) Pinggang (6) Pinggul (7) Pergelangan tangan (8) Labuh tengah belakang (LTB) (9) Labuh mercu dada (10) Labuh baju (11) Labuh lengan 12) Pinggang ke pinggul (13) Labuh skirt/slek/sarung (14) Ukuran kelangkang (15) Labuh duduk



Ukuran (cm)



1/2



1/4



1/6



1/8



Catatan



U k u r a n B a d a n | 15



RUJUKAN Azmawati Abdul Aziz. (2009). Pola Pakaian, Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah, Selangor Darul Ehsan : Dewan Bahasa dan Pustaka. Azmawati Abdul Aziz, Lamah Abdul Ghani & Zaitun Zakiah. (2002). Pengajian Pakaian Tingkatan 4, Kuala Lumpur: Bahagian Buku Teks Kementerian Pelajaran Malaysia. Faudziah Md Din, Nor Hababiah Hassan & Zahrah Esa (2002). Pengajian Pakaian Tingkatan 5, Kuala Lumpur: Bahagian Buku Teks Kementerian Pelajaran Malaysia. Mariam Abu Bakar. (2004). Panduan Membuat Pakaian, Petaling Jaya. Karya Bistari Sdn. Bhd. Rosli Ibrahim & Salomah Ahmad. (2007). Ekonomi Rumah Tangga, Manual Lanjutan KHB, Selangor Darul Ehsan : Sasbadi Sdn Bhd. Susan Manikam. (1988). Sains Rumahtangga SRP, Johor Bahru. Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Wong Siew Foong, Fatimah Binti Jailani, Vickneswary a/p Sithamparappillai. (2002). Ekonomi Rumah Tangga Tingkatan 4, Batu Pahat. Zeti Enterprise. Zaitun Zakiah & Norzaini Abdul Ghani. (2006). Membuat Pakaian, Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah. Selangor Darul Ehsan : Dewan Bahasa dan Pustaka.