Variasi Bahasa [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

PENDAHULUAN 1.1



PENGENALAN



Bahasa merupakan alat yang penting yang digunakan oleh manusia untuk berinteraksi sesama makhluk. Bahasa bukanlah fenomena semula jadi, sebaliknya ia merupakan sesuatu yang dipelajari untuk memenuhi kehendak dan keperluan individu. Proses menguasai kecekapan berbahasa melibatkan soalsoal luaran seperti latar belakang fikiran penutur, kebudayaan dan taraf sesuatu bahasa itu sendiri dalam sesebuah negara. Sejak Malaysia mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, salah satu usaha ke arah pembentukan identiti bangsa adalah melalui dasar bahasanya, iaitu bahasa Melayu yang menjadi Bahasa Kebangsaan Negara. Kedudukan bahasa Melayu hari ini jelas mencerminkan masyarakat penggunanya yang mengalami perkembangan pesat. Dalam proses pembangunan ini, saban hari kita tidak sunyi daripada menemui segala macam benda baru, barang baru, fikiran baru, konsep baru, kereta baru, bangunan baru dan lain-lain lagi. Namun demikian, antara sedar atau tidak penutur-penutur BM di Malaysia khasnya mempunyai kepelbagai bahasa, kepelbagaian bahasa ragam bahasa yang dikenali sebagai variasi bahasa yang berhubungkait secara langsung dengan pembahagian geografi atau kawasan daerah. Makin besar jumlah penuturnya, makin luas daerah penyebaran bahasa itu, dan makin banyak pula perbezaan yang wujud dari kepenggunaannya.



1



1.2



OBJEKTIF Tujuan atau objektif penulisan ini adalah untuk memperlihatkan kepada



kita masyarakat pengguna bahasa Melayu, bahawasanya bahasa Melayu begitu kaya dengan kepelbagaian atau variasi bahasanya seperti bahasa-bahasa lain di dunia. Kewujudan variasi-variasi ini adalah disebabkan sosio budaya seperti latar belakang pendidikan, jenis pekerjaan, kedudukan sosio-ekonomi penutur yang berbeza-beza.



1.3



KAEDAH Untuk memperoleh data dan maklumat yang digunakan, penulis



menggunakan kaedah rujukan, mencatat, mengumpul maklumat, soal jawab dengan rakan dan orang yang berpengalaman dan melayari internet bagi memenuhi keperluan bagi penulisan ini.



1.4



BATASAN



Batasan atau skop penulisan ini adalah meliputi beberapa pandangan tentang variasi bahasa secara secara umum, jenis-jenis variasi bahasa secara umum dan hubungkait variasi bahasa dengan penutur bahasa Melayu.



2



1.5



DEFINISI KONSEP Variasi atau laras bahasa merupakan salah satu tajuk penting yang



dibincangkan dalam sosiolinguistik sehingga seorang pengarang di Indonesia, Kridalaksana mendefinisikan sosiolinguistik sebagai cabang linguistik yang berusaha menjelaskan ciri-ciri bahasa atau meletakkan hubungan cirri-ciri variasi bahasa dengan ciri-ciri sosial atau kemasyarakatan.



Menurut Fishman: Sosiolinguistik adalah ilmu yang mempelajari ciri dan fungsi pelbagai variasi bahasa serta perhubungan bahasa dengan ciri dan fungsinya dalam sesuatu mengikut atau bahasa. Sesuatu bahasa mempunyai sistem atau subsistem yang difahami oleh semua pendengar sesuatu bahasa itu. Bagaimanapun individu tertentu walau berada mengikut homogen wujud bahasa konkrit atau ‘parole’yang tidak seragam yang menyebabkan sesuatu bahasa itu menjadi beragam atau bervariasi. Variasi diberi padanan ‘variaty’dan bukannya ‘variation’.Wujudnyavariasibahasa atau keragaman bahasa disebabkan penuturnya yang tidak homogen (berbeza-beza) tetapi disebabkan oleh kegiatan, aktiviti atau interaksi yang dilakukan oleh seseorang pengguna bahasa itu tidak beragam. Setiap aktiviti memerlukan atau oleh menyebabkan berlakunya keragaman bahasa. Keragaman ini pula akan bertambah jika penuturnyasemakin banyak daerah atau wilayah yang luas memungkinkan



3



bahasa yang banyak. Sebagai contoh: bahasa Inggeris digunakan hampir di seluruh dunia. Begitu juga bahasa Arab dan kini bahasa Melayu semakin luas tersebar.



1.5.1 PANDANGAN TENTANG VARIASI BAHASA Variasi wujud disebabkan adanya keragaman sosial dan keragaman fungsi bahasa. Sekiranya penutur sesuatu bahasa itu bersifat homogen samada dari segi etnik, status sosial atau kerjaya, variasi tidak akan wujud. Variasi atau ragam bahasa sudah sedia wujud untuk memenuhi fungsinya sebagai alat interaksi dalam kegiatan masyarakat yang beraneka ragam.



2.0



PEMBAHAGIAN VARIASI BAHASA.



2.1



HALLIDAY (1970)



1.



Penggunaan yang dikenali sebagai dialek.



2.



Penggunaan yang dikenali sebagai laras.



2.2



MAC DAVID (1970)



1.



Demensi regional.



2.



Dimensi sosial.



3.



Dimensi temporal – mengikut period-period atau tempoh-tempoh tertentu.



4



2.3



PAUL OHOWUTUN (1996)



Menghubungkaitkan variasi bahasa dengan kesesuaiannya dengan konteks. Variasi sepeti ini juga dikenali sebagai “Variasi Pragmatik” 2.3.1 KAITAN CARA PENGGUNAAN BAHASA DENGAN CIRI-CIRI VARIASI PRAGMATIK DALAM BAHASA. i.



Kita boleh melakukan sesuatu dengan menuturkan sesuatu ayat



ii.



atau memperkatakan sesuatu. Contohnya: Saya memohon maaf kerana kelewatan membalas surat saudara.



iii.



Kedudukan seseorang yang mengambil bahagian dalam sesuatu perbualan atau perbincangan akan dapat menentukan kini atau kesan terhadap sesuatu yang diujarkan, mungkin berupa arahan, misalnya : Tolong siapkan laporan pengisytiharan nama tempat atau bangunan.



iv.



Jawapan yang tepat kepada sesuatu persoalan itu tidak selalunya



v.



sesuai.Contohnya: Bolehkah awak beritahu saya pukul berapa sekarang?. Jawapannya mungkin “7.30 pagi” atau sekadar “boleh” saja.



3.0



JENIS-JENIS VARIASI BAHASA



3.1



VARIASI PENUTUR.



3.1.1



Ideolek - penggunaan bahasa bersifat individu atau perseorangan. Setiap orang menggunakan varisai bahasanya. Biasanya ia dikaitkan dengan nada suara, pilihan kata, gaya bahasa, susunan kata atau kalimat dan sebagainya. Yang paling ketara ialah rentak atau nada suara yang



5



digunakan sehingga dengan mendengarnya sahaja kita sudah dapat mengenalinya. 3.1.2



Dialek - variasi bahasa daripada kelompok penutur yang jumlahnya relatif berada pada suatu tempat atau kawasan tertentu. Oleh sebab dialek didasarkan oleh wilayah atau tempat tinggal, dialek lazimnya dikenali sebagai dialek daerah, dialek kawasan atau dialek geografi. Walaupun penutur sesuatu dialek mempunyai ideoleknya sendiri tetapi masih mempunyai kesamaan ciri yang menandakan bahasa yang digunakan masih dikategorikan sebagai satu dialek.



3.1.3



Kronolek atau dialek temporal – iaitu variasi bahasa yang digunakan oleh kelompok sosial pada masa tertentu. Variasi mengikut tempoh / zaman / masa tertentu agak berbeza samada dari segi ejaan, sebutan, morfologi dan juga sintaksis. Bagaimanapun yang paling ketara ialah leksikal kerana aspek ini mudah berubah akibat perubahan sosio budaya, ilmu pengetahuan dan juga perkembangan teknologi.



3.1.4



Sosiolek atau dialek sosial – variasi bahasa yang berkaitan dengan status, golongan atau kelas sosial dalam bidang sosiolinguistik. Variasi seperti inilah yang paling banyak dibincangkan kerana berkaitan dengan maklumat peribadi penuturnya sepeti usia, pendidikan, jantina, pekerjaan susun lapis atau kedudukan dalam tatatingkat sosial, ekonomi dan sebagainya.



6



3.2



VARIASI USIA Terdapat variasi bahasa yang digunakan oleh kanak-kanak, para remaja, orang dewasa dan orang-orang yang sudah lanjut usia. Tahap pendidikan juga boleh menentukan variasi bahasa yang digunakan. Para penutur yang berpendidikan menengah ini dan rendah atau tidak berpendidikan sama sekali. Perbezaan amat jelas dilihat dari aspek kosa kata atau perbendaharaan kata, pengucapan, morforlog (susunan kata) dan sintaksis (ayat).



3.3



VARIASI JANTINA Kewujudan dua jenis variasi iaitu yang digunakan oleh kaum lelaki berbeza bahasa yang digunakan oleh kaum wanita. Begitu juga bahasa yang digunakan oleh golongan khunsa dan juga yang digunakan oleh golongan ‘gay’.



3.4



VARIASI KERJAYA Variasi yang digunakan oleh kaum buruh, peniaga, guru, pendakwah, ahli perniagaan, ahli politik, peguam dan lain-lain. Perbezaan wujud disebabkan latar belakang lingkungan tugas yang berbeza. Perbezaan agak ketara dari segi kosa kata.



7



3.5



VARIASI SUSUN LAPIS MASYARAKAT Variasi bahasa jelas wujud dalam hiraki atau susun lapis masyarakat. Dalam bahasa Jawa, Sunda, Bali, variasi bahasa mengikut tingkat kebangsawanan jelas dapat dilihat, tetapi tidak dalam bahasa Indonesia. Hal yang sama juga wujud dalam bahasa Melayu. Contoh: Bahasa istana. Selain itu keadaan sosio ekonomi penutur juga boleh mewujudkan variasi bahasa. Pada zaman moden ini perbezaan kelompok masyarakat berdasarkan tingkat kebangsawanan, tidak lagi dikaitkan dengan status sosio ekonomi yang diperlehinya. Sehubungan dengan itu, bahasa yang dikaitkan dengan tingkat status dan kelas para penutur dikenali sebagai : i.



Akrolek



ii.



basilek



iii.



vulgar



iv.



slanga



v.



kolokial



vi.



jargon



vii.



argot



3.5.1 Akrolek Variasi sosial yang dianggaplebih tinggi daripada variasi sosial yang lain. Contohnya ialah bahasa bagongan iaitu bahasa Jawa yang khusus



8



digunakan oleh golongan bangsawan di karaton atau istana Jawa. Bahasa Perancis dialek kota Perancis dianggap lebih tinggi darjatnya daripada dialek-dialek bahasa Perancis yang lain. Oleh sebab itu, dialek itu telah dijadikan bahasa Perancis baku. 3.5.2 Basilek Variasi sosial yang dianggap rendah. Bahasa Inggeris yang digunakan oleh koboi dan bahasa Jawa Kramandesh ialah contoh basilek. 3.5.3



Vulgar Sejenis variasi sosial yang memperlihatkan cirri-ciri penggunaan bahasa oleh golongan tidak terpelajar. Bahasa yang digunakan pada zaman Romawi hingga zaman pertengahan bahasa-bahasa di Eropah dianggap sebagai bahasa Vulgar.



3.5.4



Slanga Variasi sosial yang bersifat khusus dan rahsia. Variasi ini digunakan oleh golongan tertentu untuk tujuan yang terbatas. Oleh itu, kosa kata yang digunakan, selalu berubah-ubah. Slanga bersifat temporal dan banyak digunakan oleh golongan remaja.



3.5.5 Kolokial Variasi yang digunakan dalam perbualan sehari-hari. Kolokial adalah bahasa percakapan atau lisan dan bukannya bahasa tulisan. Contoh bahasa kolokial Inggeris :



9



Bahasa Kolokial



Bahasa Baku



i.



join up



enlist



ii.



put up with



tolerate



iii.



full up



filled to capacity



Dalam bahasa Melayu lisan, bentuk-bentuk kolokial banyak digunakan seperti dah (sudah), aje (sahaja), lum (belum) dan sebagainya. 3.5.6 Jargon Variasi sosial yang digunakan secara terbatas oleh kelompok-kelompok sosial tertentu. Ungkapan yang digunakan seringkali tidak difahami oleh masyarakat umum atau masyarakat di luar kelompoknya. Bagaimanapun, ungkapan-ungkapannya tidak bersifat rahsia.Contohnya, di kalangan mekanik, terdapat ungkapan seperti discas, allighment, balancing, tuning dan lain-lain. 3.5.7 Argot Variasi sosial yang digunakan secara terbatas dalam kerjaya tertentu dan bersifat rahsia. Hal ini jelas pada penggunaan kosa kata, misalnya di kalangan anggota polis. Ada kosa kata seperti “Bola-bola Merah’ yang merujuk kepada nombor kenderaan (BBM), suspek, ‘over and out’ dan lain-lain.



10



3.6



VARIASI PENGGUNAAN Variasi bahasa yang berkaitan dengan penggunaan dikenali sebagai fungsiolek, ragam atau register. Variasi ini biasanya dibincangkan bidang penggunaan, gaya atau tingkat keformalan dan sarana atau alat pengucapannya. Ia juga berkaitan dengan bidang dan kepeluan tertentu seperti bidang sastera, kewartawanan, ketenteraan, pertanian, pendidikan, ekonomi dan lain-lain. Ianya lebih ketara dari seg ciri-cirinya dalam kosa kata. Setiap bidang ilmu mempunyai sejumlah kosa kata yang khusus dan tertentu. Selain iapilmu mempunyai sejumlah kosa kata yang khusus itu, aspek morfologi dan sintaksis juga ketara dalam variasi berdasarkan penggunaan ini.



3.7



VARIASI KEFORMALAN Berdasarkan tingkat keformalannya, Marti Joos (1967) dalam bukunya ‘The Five Clock’ membahagikan variasi ini kepada lima aspek: i.



Gaya atau ragam baku (frozen)



ii.



Gaya atau ragam rasmi (formal)



iii.



Gaya atau ragam perundingan (consultative)



iv.



Gaya atau ragam bersahaja (casual)



v.



Gaya atau ragam mesra (intimate)



11



3.8



VARIASI SARANA Dalam aspek ini, terdapat ragam lisan atau bertulis atau ragam bahasa yang menggunakan sarana atau alat tertentu. Contohnya menggunakan telefon atau telegraf. Bahasa lisan dan bahasa tulisan mempunyai struktur yang berbeza. perbezaan ini wujud. Kerana dalam bahasa lisan, untuk menyampaikan maklumat, maklumat penuturan dibantu oleh unsur-unsur nonsegmental (paralinguistik / parabahasa) atau unsur-unsur yang berupa nada suara, gerak geri, gelengan kepala dan unsur-unsur fizikal yang lain. Bagaimanapun dalam ragam bahasa tulisan unsur-unsur ini tidak terdapat. Frank Parker (1994) pula membahagikan variasi ini kepada tiga jenis: i.



Variasi daerah



ii.



Variasi sosial



iii.



Variasi stilistik



3.8.1 Variasi daerah Variasi daerah ialah suatu bahasa yang dipengaruhi oleh berapa faktor seperti politik, geografi dan kebudayaan. Pertama. Kesan penjajahan boleh membawa salah satu faktor kewujudan variasi ini. Penduduk asal di suatu kawasan akan meninggalkan warisan linguistiknya. Kedua. Penempatan pendatang seringkali memperlihatkan



12



petunjuk tentang sempadan dialek. Sebagai contoh, pada peta dialek di Amerika Syarikat, terdapat tiga kelompok kawasan dialek yang merentang secara horizontal daripada pesisir timur Sungai Mississipi ( bahagian utara, tengah dan selatan ). Ini disebabkan bahagian pesisir timur telah dijajah oleh kaum pendatang yang berhijrah daripada pelbagai daerah di England. Ketiga. Pembahagian kawasan politik dan keagamaan telah mewujudkan perbezaan dialek kawasan. Contoh : persamaan bagi sebuah daerah di Louisiana dinamakan Parish sehingga kini kerana pengaruh gereja. Keempat. Sempadan geografi juga memberikan kesan kepada variasi bahasa yang dikenali sebagai Gullah atau Creolka Sen Island tidak diserapkan di dalam bahasa Inggeris Amerika kerana penuturnya tinggal di pulau berhampiran dengan North Caroline dan dari segi geografinya mereka terpisah daripada penutur-penutur dari tanah besar. Asmah Hj. Omar (1991) menyarankan bahawa yang paling ketara Ialah variasi kawasan (daerah). Umumnya variasi ini dikenali sebagai dialek atau loghat daerah. Beliau juga menyatakan, variasi daerah adalah komponen yang kecil dalam sistem bahasa yang sama. Perbezaan boleh dilihat dari segi bunyi, penggunaan kata dan ungkapan-ungkapan tertentu. Selain itu, tidak ada sempadan yang jelas antara satu dialek dengan satu dialek yang lain. Di Semenjung Malaysia, variasi bahasa mengikut daerah biasanya berkait dengan nama negeri, seolah-olah sesuatu variasi bahasa



13



mengikut kawasan itu hanya terdapat dalam sempadan kawasan tertentu. Walau bagaimanapun, secara amnya apa-apa yang dikatakan dialek. Dialek Kedah umpamanya, meliputi kawasan yang luas dari Perlis hingga ke Taiping. Ada sempadan dialek itu selari dengan kawasan atau sempadan pentadbiran dan adakalanya tidak. Ini boleh dijelaskan dengan meneliti sejarah perkembangan bahasa yang berkenaan. Sesuatu dialek mempunyai kawasan penyebaran yang tersendiri dengan ciri-ciri khusus yang tidak terdapat di kawasan lain. Kawasan penyebaran sedemikian dikenali sebagai kawasan dialek. Dalam satu kawasan dialek pula terdapat pola perbezaan yang kecil antara satu tempat dengan tempat yang lain. Oleh itu bolehlah kita katakan kawasan dialek boleh dibahagikan kepada sub-kawasan dialek.



3.8.2 Variasi Sosial Variasi yang berdasarkan situasi sosial akan menghasilkan dialek sosial. Ini bermakna secara umumnya, ada bahasa kasar, bahasa halus dan bahasa neutral. Semua kelainan sosial ini menunjukkan ciri-ciri penggunaan bahasa yang ditentukan oleh situasi sosial. (Asmah Hj. Omar). Dalam bahasa Melayu umpamanya ada perbezaan di antara bahasa istana (Raja) dengan bahasa rakyat biasa. Dalam bidang sosiolinguistik terdapat satu konsep yang dikenali sebagai diglosia iaitu keadaan dalam suatu masyarakat yang



14



memeringkatkan variasi bahasanya. Dengan itu, ada variasi tertentu yang dikatakan lebih tinggi daripada Variasi yang lain. Jika terdapat satu diglosia dalam suatu masyarakat bahasa, maka akan wujud kelainan bahasa taraf tinggi dan kelainan bahasa taraf rendah. Bahasa Diraja adalah dianggap variasi bahasa taraf tinggi dibandingkan dengan yang variasi bahasa yang lain. Terdapat ukuran tertentu yang mengklafikasikan suatu variasi bahasa itu bertaraf tinggi atau rendah. Ukuran-ukuran itu bergantung kepada keadaan masyarakat itu sendiri yang menentukannya. Mengikut Abdul Chaer dan Leonie Augustine (1997) tingkatan atau kedudukan sosial dalam masyarakat dapat dilihat dari dua segi iaitu kebangsawanannya dan kedudukan sosial yang ditandai dengan tahap pendidikan danstatus ekonomi yang dimiliki. Dalam konteks kebangsawanan, penggunaan variasi bahasa yang jelas tergambar dalam masyarakat Jawa. Kuntjaraningrat (1997) membahagikan masyarakat Jawa kepada empat golongan:i.



Wong cilik



ii.



Wong sudagar



iii.



Priyayi



iv.



Ndara Berdasarkan tatatingkat ini dalam masyarakat Jawa, terdapat



pelbagai variasi bahasa sesuai dengan tingkat sosialnya. Bahasa yang digunakan oleh Wong cilik tidak Wong Sudagar atau berbeza dengan



15



golongan Priyayi. Variasi bahasa yang digunakan oleh orang-orang yang berbeza tahap sosialnya termasuk variasi dialek sosial, lazimnya disebut sosiolek. (Nabuban 1984). Perbezaan variasi yang wujud apabila pihak terlibat dalam penuturan itu mempunyai tatatingkat yang berbeza. Jika golongan Wong Cilik berbicara dengan Priyayi atau Ndara atau petani yang tidak berpendidikan dengan Ndara yang berpendidikan, masingmasing menggunakan variasi bahasa Jawa yang berbeza. Pihak tatatingkat sosial yang lebih rendah menggunaka tingkat bahasa yang lebih tinggi iaitu karma. Yang tatatingkat lebih tinggi menggunakan bahasa yang lebih rendah iaitu ngoko. Variasi bahasa yang penggunaan didasarkan kepada tingkat-tingkat sosial dikenali dalam bahasa Jawa sebagai undak usuk. Sehubungan dengan itu bahasa Jawa boleh dibahagikan kepada dua : i.



Krama- tinggi



ii.



Ngoko - rendah Secara umumnya, kelas sosial dimaksudkan dengan kumpulan-



kumpulan manusia yang mempunyai ciri-ciri sosial atau ekonomi yang sama. Bagaimanapun penggolongan kelas soaial tidak bersifat universal. Di India misalnya, masyarakat disusun mengikut kasta. Oleh sebab adanya pemisahan yang jelas antara kumpulan kasta dan perbezaan sosial menyebabkan wujud variasi yang nyata.



16



3.8.3 Variasi Stilistik Variasi stilistik adalah variasi bersistem yang wujud dalam suatu bahasa yang ditutur oleh seseorang penutur khususnya yang berkaitan dengan keadaan atau penglibatannya dalam sesuatu peristiwa bahasa. Perbezaan dari segi gaya dan laras bermula daripada bentuk yang paling formal hingga ke bentuk yang agak formal. Dari analoginya, variasi stilistik sesuatu bahasa dapat disamakan dengan variasi cara berpakaian mengikut kesesuaian keadaan tertentu. Pakaian untuk ke temuduga umpamanya tentulah berbeza dengan pakaian untuk pergi ke laut menangkap ikan. Dalam konteks ini, kata sinonim biasanya tidak bersifat mutlak. Dua perkataan atau frasa mungkin sama dari segi bentuk deskriptifnya tetapi mungkin berbeza dari segi makna ekspresif dan sosial. Contoh : ‘Ibu” berbeza dari segi makna ekspresifnya dengan ‘bonda’. Selain itu, variasi stilistik bukan sahaja dilihat dari segi kosa kata. Aspek ini juga menyentuh tatabahasa dan sebutan. Dalam aspek sebutan banyak berlaku asimilasi khusus dalam bahasa kolokial jika dibandinglkan dengan bahasa formal. 3.8.3.1



Jenis-jenis Variasi Stilistik



i.



Variasi stilistik leksikal



ii.



Variasi stilistik fonologi



iii.



Variasi stilistik morfologi



iv.



Variasi stilistik sintaksis



17



3.8.3.1.1



Variasi stilistik leksikal merupakan satu aspek stilistik



Keadaan yang ketara memperlihatkan perbezaan dari suatu keadaan dengan keadaan yang lain dapat diteliti dari sudut kosa kata. Apabila bertutur atau menulis dalam suatu laras lebih formal,corak pemilihan kata lebih berkecenderungan kata-kata bersukukata banyak. Contoh Seseorang yang menulis surat untuk memohon pekerjaan mungkin akan mengakhiri suratnya dengan kata-kata seperti “Diharap permohonan ini akan mendapat perhatian dan pertimbangan tuan yang sewajarnya”. 3.8.3.1.2.



Variasi stilistik fonologi merupakan variasi penerapan dan bukan



penerapan pelbagai rumus fonologi tetapi juga perubahan laras yang digunakan. Contohnya rumus peneutralan iaitu dua fonem yang berbeza menjadi fonem yang sama berkecenderungan untuk dihilangkan. Contohnya : Panaskan menjadi perangat ( dialek Kedah). Ciri pengucapan yang terhasil daripada fonologi atau sebutan tidak sama sekali menggambarkan kecuaian penuturnya, sebaliknya menggambarkan satu gaya pengucapan yang sesuai dengan laras atau situasi tertentu. 3.8.3.1.3



Variasi stilistik morfologi biasanya dikaitkan dengan



kependekkan kata. Misalnya I’m - I am dan you’re - you are. Bagaimanapun kependekkan kata dalam frasa nama misalnya John’ll - John will ternyata bersifat formal berbanding dengan pemendekkan kata ganti nama. Misalnya He’ll - He will. Laras tidak formal ialah penggunaaan bentuk kata yang dipendekkan seperti psych - psychology dan econ - economy dan lain-lain.



18



3.8.3.1.4



Variasi stilistik sintaksis menyatakan perubahan sintaksis yang



wujud. Sebagai fungsi terhadap perubahan dalam laras. Sebagai contoh yang ditemuduga bertanya kepada penemuduga “Di manakah saya akan ditempatkan?”. Tetapi setelah memperoleh pekerjaan, individu yang sama akan bertanya rakan sekerjanya “ Di jabatan manakah anda bertugas?”. Berdasarkan ujaran seumpama ini semasa menukar binaan ayat daripada laras yang lebih formal kepada laras yang tidak begitu formal. Individu itu telah menukar kedudukan kata-kata atau menggugurkan kata-kata tertentu. Dalam konteks bahasa Melayu variasi stilistik sintaksis juga berlaku apabila sesuatu ayat diujarkan perlu disesuaikan dengan keadaan dan budaya. Sebagai contoh, kata ganti nama formal sesuai digunakan dalam ayat mengikut stuktur yang baku. Ringkasnya penggunaan ayat baku biasanya akan digunakan dalam situasi formal atau bagi menghasilkan kertas kerja ilmiah dalam bidang penulisan. 4.0 PENUTUP 4.1



KESIMPULAN Hakikat bahasa dan variasi-variasinya sudah lama diakui oleh ahli-ahli



bahasa. Namun apabila mereka merujuk pada satu bahasa tertentu, misalnya bahasa Melayu atau bahasa Inggeris, mereka mempunyai satu gambaran tentang satu kesatuan bahasa, Yang walaupun mempunyai berbagai-bagai kelainan, masih terdiri dari satu keseluruhan. Daripada satu variasi satu bahasa,



19



satu variasi tertentu dipilih sebagai mewakili bahasa tersebut dan variasi inilah yang menjadi ukuran apabila kita merujuk kepada sifat umum bahasa tersebut. Dalam bidang ilmu bahasa, variasi yang dipilih untuk mewakili satu bahasa secara menyeluruh itu disebut bahasa standard atau bahasa baku. Bahasa Melayu standard ialah variasi yang digunakan apabila orangorang daripada berbagai-bagai dialek di negara ini berkumpul dan berbincang. Dengan tujuan untuk difahami, tiap-tiap pihak berusaha menggugurkan ciri-ciri kedaerahan masing-masing dan menggunakan sedikit sebanyak variasi yang berasaskan bahasa Melayu dialek Johor Riau. Variasi in, yang kini dikenali sebagai bahasa Melayu standard, ialah variasi yang digunakan dalam sistem pendidikan (bahasa sekolah), persidangan dan dalam media massa. Dalam penggunaan, variasi bahasa Melayu standard seseorang itu masih memperlihatkan unsure-unsur dialek, tetapi sebahagian besar telah digugurkan sehingga dapat ia difahami oleh penutur-penutur daripada dilek lain. Walau bagaimanapun, oleh sebab bahasa standard itu merupakan satu norma, maka dalam penggunaan danpengalaman bahasa standard itu masih diizinkan sedikit sebanyak variasi. Namun demikian, sifat keseragaman yang umum masih lagi dapat dilihat dan dikenal dengan jelas dan oleh sebab itulah bahasa tetap boleh dikatakan bahasa standard. Akhirnya ‘Tiada Kata Seindah Bahasa’ dan ‘Bahasa Jiwa Bangsa’ maka ‘Hilang Bahasa Ke Manakah Bangsa’.



20



KANDUNGAN 1.0



Pendahuluan 1.1 1.2 1.3 1.4 1.5



….



….



….



….



….



….



….



01



Pengenalan Objektif Kaedah Batasan Definisi Konsep



…. …. …. …. ….



…. …. …. …. ….



…. …. …. …. ….



…. …. …. …. ….



…. …. …. …. ….



…. …. …. …. ….



01 01 02 03 03



….



….



04



1.5.1 Pandangan Tentang Variasi Bahasa 2.0



Pembahagian Variasi



….



….



….



….



….



….



04



3.0



Jenis-jenis Variasi



….



….



….



….



….



….



05



Variasi Penutur



….



….



….



….



….



….



05



3.1.1 3.1.2 3.1.3 3.1.4



…. …. …. ….



…. …. …. ….



…. …. …. ….



…. …. …. ….



…. …. …. ….



…. …. …. ….



05 06 06 06



Variasi Usia …. …. …. Variasi Jantina …. …. …. Variasi Kerjaya …. …. …. Variasi Susun Lapis Masyarakat



…. …. …. ….



…. …. …. ….



…. …. …. ….



07 07 07 08



3.1



3.2 3.3 3.4 3.5



3.6 3.7



Ideolek Dialek Kronolek Sosialek



3.5.1 3.5.2 3.5.3



Akrolek Basilek Vulgar



…. …. ….



…. …. ….



…. …. ….



…. …. ….



…. …. ….



…. …. ….



08 09 09



3.5.4 3.5.5



Slanga Kolokial



…. ….



…. ….



…. ….



…. ….



…. ….



…. ….



09 09



3.5.6



Jargon



….



….



….



….



….



….



10



3.5.7



Argot



….



….



….



….



….



….



10



…. ….



…. ….



…. ….



…. ….



…. ….



11 11



Variasi Penggunaan Variasi Keformalan



21



3.8



Variasi Sarana



Bibiliografi



….



….



….



….



12



Variasi daerah Variasi sosial



…. ….



…. ….



…. ….



…. ….



…. ….



12 14



3.8.3



Variasi stilistik



….



….



….



….



….



17



Variasi stilistik leksikal Variasi stilistik fonologi Variasi stilistik morfologi Variasi stilistik sintaksis



…. …. …. ….



…. …. …. ….



18 18 18 19



Penutup 4.1



….



3.8.1 3.8.2



3.8.3.1 3.8.3.2 3.8.3.3 3.8.3.4 4.0



….



….



….



Kesimpulan ....



….



….



….



….



….



….



….



….



20



….



….



….



….



….



….



20



….



….



….



….



….



….



21



22



No. Matrik: B10066



BBM 3201 PENGANTAR LINGUISTIK AM (03 KR)



Bahasa Itu Bervariasi



Oleh:



Nama : Program : Semester : Trimester :



Hassan b. Abdul Rashid B.A (Bahasa Dan Linguistik Melayu) Semester 1 Trimester Kedua 2005/2006



23



FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA FEBRUARI 2006



24