Waktu Pagi Di Kampung [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

Waktu pagi di Kampung (1959) Lai Foong Moi Cat minyak 100.6cm x 52.9cm



Karya di atas yang bertajuk “ Waktu Pagi di Kampung” dihasilkan oleh Lai Foong Moi dengan menggunakan cat minyak. Catan ini bertemakan pemandangan keindahan kampung di Malaysia. Beliau menggambarkan waktu pagi yang cerah di kawasan perkampungan yang dipenuhi dengan pohon-pohon kelapa yang tinggi di sekitar kawasan perumahan. Rumah yang digambarkan dalam catan ini ialah rumah kayu dan kedudukan rumah dekat antara satu sama lain. Kelihatan seorang wanita bersanggul memakai berbaju kurung dan kain sarung yang berada di halaman rumah sedang memegang sebuah bakul. Pengkarya menggunakan warna sejuk dan juga warna panas. Pengolahan karya ini menggambarkan pengaruh tradisi seni lukis Cina dimana stroke berus kelihatan seperti catan cina. Karya ini lebih mengutamakan garisan daripada bentuk. Susunan rupa bentuk mengikut format-format timur jauh, pembahagian ruang formal dan jelas. Beliau menggunakan sapuan berus yang pantas dan spontan pada pohon dan tanah



menunujukkan persamaan dengan keseronokkan dan kedamaian hidup dikampung. Penggunaan ruang dalam karya ini amat baik dimana pelukis merakamkam perspektif yang tinggi. Ruang langit jelas menunjukkan begitu tinggi daripada mata pemerhati. Berdasarkan warna yang digunakan , pelukis ingin menunjukkan kedamaian pada waktu pagi di kampung. Warna biru pada bahagian lagi menggambarkan kesegaran dan kedingin embun pada waktu pagi dimana penduduk akan menghirup udara yang segar. Watak perempuan yang memegang bakul melambangkan seawal pagi wanita sebagai surirumah sudah mula melakukan aktiviti seharian seperti membasuh baju, mengemas rumah dan sebagainya. Pelukis berjaya menyampaikan nilai yang terkandung dalam karya ini iaitu suasana indah, damai , dan kehidupan tenteram di kampung atau desa.