111-Nota Sintaksis PISMP Sem 5 2015 [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU ======================================================== Subjek: Sintaksis Bahasa Melayu Pensyarah, Program: PISMP Semester 5 Dr. Supian M. Noor ======================================================== Kata, Frasa, Klausa, dan Ayat Penggolongan Kata Arahan Semua kata yang dicetak dengan bentuk condong dan tebal dalam ayat-ayat di bawah ini berasal daripada pelbagai kelas kata, yakni kata nama, kata adjektif, kata kerja dan kata tugas. Walau bagaimanapun, penggunaan katakata tersebut masih tidak baku berdasarkan kedudukannya dalam gatra ayat. Sila tulis pembetulannya. 1.



Apa nama pengetua baharu itu?



2.



Kau tidak patut berbuat demikian.



3.



Ku akan berusaha sungguh-sungguh.



4.



Semua kerja itu sudah ku selesaikan.



5.



Diajaknya ku ke rumahnya semalam.



6.



Apa dilaporkannya itu tidak benar.



7.



Mu memperoleh markah yang tertinggi?



8.



Mereka-mereka itu pelajar di sekolah saya.



9.



Saya tidak bersetuju dengan ia dalam isu tersebut.



10.



Ayah ia sudah meninggal dunia dua tahun yang lalu.



11.



Siapa mencuri barang-barang itu akan didenda.



12.



Berbagai hadiah telah disediakan oleh pihak penganjur.



13.



Setengah pihak tidak mempedulikan masalah tersebut.



14.



Sudah berbulan dia terlantar sakit di wad hospital itu.



15.



Kedua orang anaknya yang dilarikan oleh penculik itu lelaki.



16.



Seluruh kawasan-kawasan di pedalaman Sarawak itu kebanjiran.



17.



Saya akan menyampaikan ceramah di sini selama dua setengah jam.



18.



Di waktu lapang saya membersihkan kawasan rumah.



19.



Nota-nota kuliah itu ada dengan Kamal.



Hak Cipta: Dr. Supian Mohamad Noor, Pensyarah Cemerlang DG54



1



20.



Mereka mengucapkan terima kasih di atas pertolongan orang tua itu.



21.



Beruk itu berusia tiga tahun setengah dan ia telah saya gunakan untuk memetik kelapa.



22.



Jalanlah baik-baik di kawasan yang lecak ini.



23.



Jangan lompat di atas rumput itu.



24.



Pelajar-pelajar tahun enam itu juga berjaya.



25.



Guru muda itu sahaja termenung di bilik guru.



26.



Kami bertungkus lumus selama kami keletihan.



27.



Setelah hujan belum berhenti, mereka tidak dapat bermain di padang.



Pengimbuhan Arahan Semua penggunaan yang bercetak tebal dalam ayat-ayat di bawah ini tidak tepat penggunaannya. Sila bincangkan jawapannya. 1.



Meja yang berat itu tidak diangkat oleh saya.



2.



Sila isikan tempat kosong dengan jawapan yang betul.



3.



Atas kerjasama pihak tuan kami dahului ucapan terima kasih.



4.



Pelajar-pelajar itu sedang menjana idea untuk menulis karangan yang bermutu.



5.



Berita tersebut telah diberitahu Ridzuan kepada keluarga mangsa.



6.



Dia menuding ibu jarinya untuk menunjuk sesuatu.



7



Dia menadah kedua-dua belah tangannya ketika berdoa.



8



Kerana kejayaan mereka dalam peperiksaan, menawarkan mereka biasiswa.



9



Ilmu di dada akan berkurangan sekiranya kita tidak mengamalkannya.



10



Penagih-penagih dadah itu sering menyuntik dadah pada badan mereka di dalam bangunan lama yang terbiar itu.



11



Untuk meningkatkan bangunan itu, pihak pengurusan terpaksa membelanjakan wang yang banyak.



12



Dia meradak keris itu pada dada musuhnya.



13



Pihak polis gagal mengecam mayat yang baru ditemukan itu.



15.



Beliau menguruskan syarikat itu sejak sepuluh tahun yang lalu.



beberapa buah syarikat



Hak Cipta: Dr. Supian Mohamad Noor, Pensyarah Cemerlang DG54



2



16.



Kita mesti merancangkan program ini pada minggu depan.



17.



Pelajar-pelajar itu sedang memagarkan kawasan asrama mereka.



18.



Pemandu van itu menepikan kenderaannya untuk memberikan laluan kepada lori yang besar itu.



Subjek Satu daripada dua bahagian ayat yang dipenuhi oleh frasa nama dan letaknya di depan predikat di dalam pola ayat biasa. Predikat Satu daripada dua bahagian ayat yang dipenuhi oleh frasa nama, atau frasa adjektif, atau frasa kerja. Dalam pola ayat biasa, letak predikat ialah sesudah subjek. Objek Frasa nama yang letaknya sesudah kata kerja transitif atau sesudah kata sendi. Contohnya, objek tempat itu dalam frasa dari tempat itu atau objek buku dalam frasa membaca buku. Penerang Kata, atau frasa, atau klausa yang bertugas sebagai penerang kata nama. Contohnya kata adjektif tua dalam frasa orang tua dan frasa sendi di atas bukit dalam frasa rumah di atas bukit. Keterangan Kata, atau frasa, atau klausa yang merupakan tambahan sebagai keterangan kepada predikat ayat. Pelengkap Kata nama yang bertugas untuk melengkapi kata kerja tak transitif atau kata adjektif. Contohnya, kata nama muka dalam frasa kerja bertemu muka atau kata nama tangan dalam frasa adjektif panjang tangan.



Jenis-jenis Frasa Frasa Sepatah kata atau lebih daripada sepatah kata yang dapat bertugas sebagai subjek atau predikat ayat. Contonya : Ali dan doktor dalam ayat Ali doktor atau tiga orang pelajar itu dan pengawas sekolah dalam ayat Tiga orang pelajar itu pengawas sekolah Hak Cipta: Dr. Supian Mohamad Noor, Pensyarah Cemerlang DG54



3



Frasa Nama Kata nama atau sekumpulan kata yang utamanya kata nama dan yang dapat bertugas sebagai subjek atau objek atau predikat dalam ayat. Contohnya: frasa nama beliau dan guru atau frasa nama ketiga-tiga ekor kucing itu dalam ayat. Ketiga-tiga ekor kucing itu lapar. Frasa Sendi Sekumpulan kata yang terdiri daripada kata sendi serta frasa nama sebagai objek kata sendi itu. Contohnya: di sini atau dari tempat. Frasa Adjektif Kata adjektif yang dapat bertugas sebagai predikat dalam ayat atau sekumpulan kata yang mempunyai kata adjektif sebagai kata utamanya .Contohnya berani atau sangat berani dalam ayat orang itu berani atau dia sangat berani Frasa Kerja Tak Ttransitif Kata kerja tanpa objek yang dapat bertugas sebagai predikat dalam ayat atau sekumpulan kata yang mempunyai kata kerja intransitif sebagai kata utamanya. Contohnya: bertemu atau akan bertemu. Frasa kerja Transitif Frasa kerja yang terdiri daripada kata kerja transitif serta frasa nama yang menjadi objek kepada kata kerja transitif itu. Contohnya: membaca buku atau membaca buku itu dalam ayat. Dia sedang membaca buku atau dia membaca buku itu. Frasa Kerja Pasif Diri Pertama Frasa yang terdiri daripada kata ganti diri pertama serta kata kerja asalnya kata kerja transitif tetapi awalan men- pada kata kerja transitif itu ditiadakan. Contohnya saya baca dalam ayat Buku itu saya baca. Frasa Kerja Pasif Diri Kedua Frasa yang terdiri daripada kata ganti diri kedua serta kata kerja yang asalnya kata kerja transitif tetapi awalan men- pada kata transitif itu ditiadakan. Contohnya: kamu ambil dalam ayat Wang itu jangan kamu ambil. Frasa Kerja Pasif Diri Ketiga Frasa yang terdiri daripada kata kerja yeng berawalan di- dan yang di ikuti kata sendi oleh serta frasa nama sebagai objeknya. Kata sendi oleh boleh digugurkan manakala frasa nama itu pula terdiri daripada kata ganti diri ketiga. Contohnya: ditulis oleh mereka atau ditulis beliau. Keterangan Frasa yang bertugas sebagai keterangan dalam ayat, iaitu sebagai tambahan kepada predikatnya. Contohnya: frasa sendi ke tempat itu bertugas sebagai penerang dalam ayat . Jalan ke tempat itu berbelokbelok, atau frasa nama yang mencuri wang saya bertugas sebagai penerang dalam ayat Orang yang mencuri wang sudah mengaku. Hak Cipta: Dr. Supian Mohamad Noor, Pensyarah Cemerlang DG54



4



Ayat Dasar Pola 1



:



FN + FN



PREDIKAT (FN)



SUBJEK (FN) 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7.



Kamal Encik Kadri Orang itu Encik Yusuf itu Mereka ini Tiga orang perempuan itu Kelima-lima ekor binatang itu



FN sebagai SUBJEK (penentu)



murid. guru. wartawan. nasionalis. guru pelatih. kerani. lembu.



nama khas



+



(bilangan) + N+



(penentu)



Dalam bahasa Melayu tidak ada artikel seperti a dan the dalam bahasa Inggeris. Oleh itu, tidaklah gramatis bentuk-bentuk ujaran seperti *Ali seorang murid atau *Ini sebatang pensel, seolah-olah seorang dan sebatang itu artikel juga. Walaupun dalam bahasa Inggeris hanya frasa kerja (VP) yang boleh bertugas sebagai predikat, dalam bahasa Melayu FN boleh bertugas sebagai predikat.



POLA 2



:



FN



+



FS



Hak Cipta: Dr. Supian Mohamad Noor, Pensyarah Cemerlang DG54



5



SUBJEK (FN)



PREDIKAT (FS)



1. Dua orang kekasih itu 2. Dua puluh orang pelajar itu



bagai merpati. dari Institut Pendidikan Guru



3. Kedua-dua orang pegawai itu 4. Dia itu 5. Johor



Kampus Bahasa Melayu. dengan ayah. dari Jepun. di selatan Pahang.



kata ganti Nota: FN sebagai SUBJEK



nama khas



+ (penentu) + (penentu)



(bilangan) + (penjodoh) + N + (penentu) FS sebagai PREDIKAT



kata sendi + (nama arah) + FN



Dalam bahasa Melayu, FS boleh menjadi predikat tanpa FK. Walau bagaimanapun, jika ada FK dalam ayat, maka FS akan menjadi adjung (predikat tambahan) sahaja. Misalnya dalam ayat Mereka ke pasar, FS ke pasar bertugas sebagai predikat, tetapi dalam ayat Mereka pergi ke pasar, FS ke pasar menjadi adjung yang bertugas sebagai keterangan. POLA 3 (a)



:



FN



+ FA



SUBJEK (FN) 1. 2. 3. 4. 5.



Binatang ini Seribu Mereka ini Encik Hanita Beberapa bilah pisau itu



Nota : FN sebagai SUBJEK



PREDIKAT



(FA)



ajaib. banyak. kecewa. cantik. tumpul.



nama am + (penentu) kata ganti + (penentu) nama khas + (penentu)



Hak Cipta: Dr. Supian Mohamad Noor, Pensyarah Cemerlang DG54



6



(bilangan)+ penjodoh + N+(penentu) FA sebagai PREDIKAT Adjektif Seperti dalam Pola 1 dan Pola 2 juga, maka dalam Pola 3 ini pun tidak perlu ada kata kerja seperti dalam bahasa Inggeris, kerana dalam bahasa Melayu FA boleh bertugas sebagai predikat.



POLA 3 (b) :



FN + FA



SUBJEK (FN) 1. 2. 3. 4. 5. 6.



Hamidi Dia ini Encik Nuzuldin itu Ketiga-tiga orang buruh itu Pakaian ini Durian ini



PREDIKAT (FA) (agak) gemuk. (terlalu) cermat. (paling) sabar. (sangat) malas. istimewa (sungguh). (sudah terlalu) masak.



NOTA : (penentu)



Nama Khas Kata Ganti



(penentu) FN sebagai SUBJEK + (penentu)



+ +



(bilangan) + (penjodoh bil,)+N



(penguat)



+



Adjektif FA sebagai PREDIKAT



(KB) + Adj



ektif



+ (penguat)



Hak Cipta: Dr. Supian Mohamad Noor, Pensyarah Cemerlang DG54



7



Frasa Adjektif boleh disertai kata penguat seperti amat, paling, sangat, terlalu. Antara kata penguat itu ada yang di depan adjektif letaknya (misalnya: agak, paling, terlalu); ada yang di belakang adjektif (misalnya: nian, sekali); dan ada yang bebas, yakni boleh di depan atau di belakang adjektif (misalnya: amat, sangat, sungguh ). Frasa Adjektif boleh juga disertai kata bantu (seperti: akan, belum, masih, sedang, sudah) tetapi letaknya kata bantu mestilah sebelum penguat. POLA 3 (c) : FN



+



FA



+ (FS) PREDIKAT



1. 2. 3. 4. 5.



SUBJEK (FN) Julia Julia Dia Peserta itu Semua orang



(FA) (sangat) benci benci (benar) (telah) bebas tuduhan. jujur saingan. (belum) puas itu.



(FS) akan Aminah. akan Aminah. daripada segala terhadap dengan jawapan



NOTA (penguat) + Adjektif FA sebagai predikat



(kb) +



+ (FS) Adjektif + (penguat)



FA dalam ayat inti Melayu boleh diperluas hanya dengan FS (yakni Sendi + FN) dan tidak boleh dihubnungkan dengan FN secara langsung. Jadi, ayat Saya suka akan durian tidak boleh menjadi *Saya suka durian seolah-olah durian itu objek dan suka itu kata kerja transitif menurut analogi dari bahasa Inggeris: I like durian, kerana like dalam bahasa Inggeris memang kata kerja transitif, sedangkan dalam bahasa Melayu suka ialah kata adjektif yang dapat disamakan dengan kata Inggeris fond.



POLA 4 (a) : FN + FKTTr (Tak Transitif)



SUBJEK (FN)



PREDIKAT (FK)



Hak Cipta: Dr. Supian Mohamad Noor, Pensyarah Cemerlang DG54



8



1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8.



Tuhan Saiful Dia Zaman Daun Dia Petani itu Orang itu



Ada (belum) bangun. (hendak) bersin. (sudah) berubah. berguguran. mengangguk. menderita. tercengang.



Nota : FK sebagai predikat



KKTTr



(kb) + KKTTr asal : ada, bangun,, bersin,…



terbitan



beR: berubah… beR-an: berguguran… meN: mengangguk,



menderita… teR : tercengang… Kata kerja tak transitif dalam ayat-ayat inti Melayu boleh disertai kata bantu (misalnya: belum, hendak, sudah ) dan letaknya kata bantu mestilah sebelum kata kerja tak transitif. Kata kerja tak transitif seperti ada, bangun, bersin tidak memerlukan awalan dan akhiran. Kata kerja tak transitif yang memang memerlukan awalan-awalan seperti beR, meN, dan teR, tidak boleh ditiadakan awalannya itu. Misalnya ayat Orang itu sedang berlari tidak boleh diubah menjadi *Orang itu sedang lari, walaupun Banduan itu lari dari penjara dibolehkan kerana lari sebagai kata kerja tak transitif bererti melepaskan diri. Demikian juga Mereka sedang berbincang tidak boleh diubah menjadi *Mereka sedang bincang. Awalkan meN tidak boleh juga ditiadakan. Misalnya ayat-ayat seperti Wanita itu sedang menari atau Bayi itu sedang menangis tidak boleh dijadikan *Wanita itu sedang tari dan *Bayi itu tangis. Hak Cipta: Dr. Supian Mohamad Noor, Pensyarah Cemerlang DG54



9



Awalan teR demikian juga. Misalnya Dia tercengang tidak boleh diubah menjadi *Dia cengang.



POLA 4 (b) : FN + FK (Tak Transitif) + (Keterangan)



SUBJEK (FN)



PREDIKAT



Keterangan KA)



(FK)



1. 2. 3. 4. 5.



Murid itu Kami Majalah itu Encik Borhan Pelajar-pelajar itu 6. Darah



(bangkit) (sudah) tahu terbit hendak berjalan memberontak mengalir



NOTA: FK sebagai PREDIKAT



dari kerusi. akan perkara itu. pada bulan ini. jauh. terhadap kekejaman. seperti air.



(kb) + KKTTr



POLA 4 (c) : FN + FKTr (Transitif)



SUBJEK (FN)



+



(FS,



+ (keterangan)



(keterangan)



PREDIKA T (FK)



1. 2. 3. 4. 5. 6.



Azlan Beberapa orang Beberapa orang Dia Encik Kamarul Encik Rusli



(keterangan)



mengajak Husni ke Kuala memberitahukan Terengganu kejadian itu kepada polis. memberitahu polis tentang kejadian itu (sedang) menggali dengan cangkul. lubang kepada Encik Rusli.



Hak Cipta: Dr. Supian Mohamad Noor, Pensyarah Cemerlang DG54



10



7. Mereka 8. Orang itu



NOTA: FK sebagai PREDIKAT (keterangan)



menyewakan rumah itu menyewa rumah itu memetik daun teh mengetuk pintu



(kb) + KKTr



daripada Encik Kamarul semalam. kuat-kuat.



+ FN +(penentu/penerang)



+



Dalam bahasa Melayu kata kerja transitif tidak boleh dipisahkan daripada FN debagai objeknya. Oleh sebab itu, bentuk-bentuk ujaran seperti *Dia menceritakan tentang kisah itu kepada saya atau *Kami hendak menyatakan sekali perkara itu kepada dia tidaklah gramatis. Sebilangan besar ayat contoh di atas diperluas dengan FS sebagai keterangan, tetapi boleh juga dengan KN sebagai keterangan seperti dalam contoh (7) dan dengan kata keterangan (KKT) seperti dalam contoh (8). Perhatian: Bahan asal nota ini hasil karya Tuan Haji Mohd Asraf bin Abdul Wahab tetapi penambaikan dilakukan oleh Dr. Supian bin Mohamad Noor, Disember 2014. Jenis-Jenis Klausa Klausa Sekelompok kata yang terdiri daripada subjek dan predikat seperti ayat juga. Klausa Subjek Klausa yang bertugas sebagai subjek dalam ayat pancangan.Contohnya: klausa apa yang terjadi dalam ayat Apa yang terjadi belum lagi diketahui. Klausa Predikat Klausa yang bertugas sebagai predikat ayat pancangan. Contohnya : klausa tiada seorang pun dalam ayat sonsang Tiada seorang pun yang mahu menolongnya. Klausa Objek Klausa bawahan yang bertugas sebagai objek kepada kata kerja transitif atau kepada kata sendi dalam ayat pancangan. Contohnya: klausa bahawa tuduhan itu fitnah semata-mata dalam ayat semua orang tahu bahawa tuduhan itu fitnah semata-mata. Hak Cipta: Dr. Supian Mohamad Noor, Pensyarah Cemerlang DG54



11



Klausa Pelengkap Klausa bawahan yang bertugas sebagai pelengkap kepada kata kerja intransitif atau kepada kata adjektif dalam ayat pancangan. Contohnya klausa bahawa dia tidak sependapat dengan saya dalam ayat Ahmad berkata bahawa dia tidak sependapat dengan saya. Klausa Keterangan Klausa bawahan yang bertugas sebagai keterangan dalam ayat pancangan . Contohnya : klausa sehingga seluruh kampung itu kebanjiran dalam ayat Hujan turun dengan lebatnya sehingga seluruh kampung itu kebanjiran. Klausa Penerang Klausa yang bertugas sebagai penerang dalam ayat pancangan. Contohnya klausa bahawa dia malas belajar dalam ayat Kegagalannya dalam peperiksaan disebabkan oleh kenyataan bahawa dia malas belajar. Klausa Utama Klausa yang dapat berdiri sendiri dan dapat menjadi ayat selengkapnya apabila dipisahkan daripada klausa bawahan yang terikat padanya dalam sesuatu ayat sepenuhnya. Contohnya klausa utama bayi itu menangis dalam ayat Bayi itu menangis kerana (dia) lapar. Jenis-jenis Ayat Ayat Bentuk bahasa yang terjadi dengan adanya sekumpulan kata yang tersusun kepada 2 bahagian iaitu subjek dan predikat . Contohnya: Orang itu (subjek) guru (predikat) Ayat Inti Ayat yang paling sederhana bentuknya dan menjadi dasar bagi ayat-ayat lain yang tidak terhitung banyaknya. Contohnya: rumah itu cantik sekali Ayat Transformasi Ayat yang berubah bentuknya daripada bentuk ayat inti yang menjadi asal atau dasarnya. Misalnya ayat pasif, ayat tanya, dan ayat perintah ialah ayat transformasi. Demikianlah juga ayat gabungan atau ayat pancangan Ayat Biasa Ayat yang subjeknya di depan dan predikatnya di belakang. Contohnya : Adik (subjek) tidur (predikat) Ayat Songsang Ayat yang predikatnya dikedepannya dan subjeknya dikebelakangkan. Contohnya : Habislah wang saya atau Akan saya baca buku itu Ayat Sonsang Terbahagi



Hak Cipta: Dr. Supian Mohamad Noor, Pensyarah Cemerlang DG54



12



Ayat sonsang yang predikatnya terbahagi iaitu satu di depan dan satu lagi di belakang, dan subjeknya di tengah. Contohnya : tidak ke laut/ nelayan itu/ hari ini atau saya terima/ wang itu/daripadanya. Ayat Penyata Ayat yang diucapkan dengan maksud membuat sesuatu pernyataan atau memberikan keterangan tentang sesuatu hal, biasanya diakhiri dengan tanda noktah (.) Contohnya : Orang itu guru, atau ornag itu bukan guru atau dia belum dating dan sebagainya. Ayat Tanya Ayat yang dimaksudkan untuk menayakan sesuatu Contohnya : Namanya siapa? Ayat Tanya Biasa Ayat Tanya yang predikatnya dikedepankan dan subjeknya dikebelakangkan. Contohnya : Siapakah orang itu? Ayat Nafi/ Negatif Ayat yang di dalamnya terdapat kata nafi seperti bukan atau tidak. Contohnya : Dia bukan pencuri atau Dia tidak mahu datang Ayat Penegas Ayat yang disertai kata penegas seperti ada,adalah dan ialah. Contohnya : Dia ada datang ke rumah saya,Kisah itu adalah kisah benar dan Orang itu adalah pencuri. Ayat Seruan Ayat yang disertai kata seru dan diakhiri dengan tanda seru(!). Contohnya : Aduh ,sakitnya kepalaku! Ayat Pembandingan ayat untuk menyatakan pembandingan seperti Ali pandai seperti Eng San atau Ali sama pandai dengan Eng San, atau Ali sepandai Eng San. Ayat Penggalan Ayat yang subjeknya atau predikatnya ditiadakan. Contohnya: pergilah kerumahnya atau Hendak ke mana? Atau Alangkah cantiknya! Ayat Aktif Ayat yang subjeknya berperanan sebagai pelaku dan jika ada objeknya maka objeknya itu berperanan sebagai penderita. Contohnya: Bayi itu tidur atau Ali sedang membaca buku Ayat Pasif Ayat yang subjeknya berperanan sebagai penderita kerana dikenai kesan kata kerja pasif. Contohnya: Buku itu (penderita) dibaca (kata kerja pasif) oleh Ali. Ayat Pasif Diri Pertama Hak Cipta: Dr. Supian Mohamad Noor, Pensyarah Cemerlang DG54



13



Ayat yang didalamnya terdapat kata kerja yang tidak berawalan menserta didahului oleh kata ganti diri pertama. Contohnya: Buku itu sudah saya baca. Ayat Pasif Diri Kedua Ayat yang di dalamnya terdapat kata kerja yang tidak berawalan men- dan didahului oleh kata ganti diri kedua. Contohnya : Wang itu sebaiknya kamu simpan di dalam bank Ayat Pasif Diri Ketiga Ayat yang di dalamnya terdapat kata kerja pasif berawalan di- dan diikuti frasa sendi yang terbentuk daripada kata sendi oleh serta frasa nama sebagai objeknya. Kata sendi oleh itu boleh digugurkan. Contohnya: Dia dikejar olah anjing atau Dia dikejar anjing Ayat Pasif Biasa Ayat pasif yang subjeknya di depan dan predikatnya di belakang. Contohnya: Buku itu sudah saya baca. Ayat Pasif Songsang Ayat pasif yang predikatnya di depan dan subjeknya di belakang. Contohnya: Buku itu sudah saya baca. Ayat Perintah/Suruhan Ayat yang digunakan untuk meyuruh atau memerintah seseorang supaya berbuat sesuatu atau melakukan sesuatu. Contohnya : Jangan pergi atau Ambillah barang itu Ayat Perintah Aktif Ayat perintah yang frasa kerjanya frasa kerja intransitive. Contohnya: Pergilah atau belajarlah atau melompatlah atau tersenyumlah Ayat Perintah Pasif Ayat perintah yang frasa kerjanya frasa kerja pasif. Contohnya: Bacalah atau bacalah buku itu Ayat Larangan Aktif Ayat perintah aktif yang disertai kata penerangan jangan atau usah. Contohnya: Jangan ganggu gadis itu dan usah risaukan hatinya Ayat Tunggal Ayat yang subjeknya hanya satu dan predikatnya hanya satu. Contohnya: Kucingku mengejar tikus itu Ayat Majmuk Ayat gabungan atau ayat pancangan yang terjadi atau berasal daripada dua atau beberapa ayat yang digabungkan atau dipancungkan Ayat Majmuk Gabungan Hak Cipta: Dr. Supian Mohamad Noor, Pensyarah Cemerlang DG54



14



Ayat yang terbentuk daripada dua ayat tunggal sekurang-kurangnya dan yang digabungkan dengan kata hubung seperti atau,dan,lalu,maka,tetapi dan sebagainya. Contohnya : Langit mendung lalu hujan pun turun Ayat Majmuk Pancangan Ayat yang berasal daripada dua atau beberapa ayat tunggal dan salah satunya dipancangkan pada ayat yang satu lagi. Contohnya: sebelum aku pergi ke Singapura aku ingin menemuimu. Ayat Majmuk Campuran Ayat majmuk yang terdiri daripada beberapa ayat gabungan serta ayat pancangan. Contohnya: Ali serta kawannya sangat gembira kerana memperoleh markah yang sangat baik dalam peperiksaan. Latihan 1 Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Selepas itu, jawab soalan-soalan yang berikutnya. (1) Sejak ibu dan adiknya meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya, kesihatan ayahnya terganggu. (2) Fikiran ayahnya tidak tenang. (3) Demikianlah keadaan ayahnya sampai akhir hayatnya. (4) Tinggallah dia bersendirian di rumah besar itu. (i)



Berikan satu contoh bagi setiap kata yang berikut: (a) kata hubung gabungan (b) kata sendi nama



(ii)



Tulis satu frasa kerja tak transitif.



(iii)



[2 markah] Berikan contoh ayat nafi yang terdapat dalam petikan di atas. [2 markah]



[2 markah]



Latihan 2 Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Selepas itu, jawab soalan-soalan yang berikutnya. "(1) Penderitaanmu penderitaanku juga. (2) Aku tidak akan membiarkan dirimu hidup menderita. (3) Aku akan berkorban apa-apa sahaja." (4) Begitulah kata-kata lelaki dewasa itu kepada seorang ibu muda yang telah kematian suami itu. (i) (a) kata keterangan waktu (b) kata nafi [2 markah] (ii) Berikan subjek ayat (1) [2 markah] (iii) Tulis satu contoh ayat tunggal. Hak Cipta: Dr. Supian Mohamad Noor, Pensyarah Cemerlang DG54



15



[2 markah] Latihan 3 Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Selepas itu, jawab soalan-soalan yang berikutnya. (1) Keempat-empat buah rumah itu terbakar. (2) Puncanya belum diketahui. (3) Kerugian belum dapat ditaksir juga. (4) Itulah kejadian kebakaran kedua yang terjadi di situ. (5) Banyak pihak yang membuat tuduhan bahawa kebakaran itu dilakukan oleh pihak tertentu. (6) Namun demikian, buktinya belum ditemukan. (i)



Berikan satu contoh kata yang berikut: (a) kata bilangan himpunan (b) penanda wacana



(ii) Tulis predikat ayat (4). (iii) Pisahkan ayat (5) menjadi dua ayat tunggal. markah]



[2 markah] [2 markah] [2



Latihan 4 Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Selepas itu, jawab soalan-soalan yang berikutnya. (1) Laut tenang. (2) Kami masih tidak dapat ke laut. (3) Ikan sukar diperoleh. (4) Angin dari arah tenggara bertiup kuat. (5) Arus lautan pun kuat. (6) Oleh itu, banyak nelayan di situ yang tidak dapat ke laut. (i)



Berikan satu contoh kata yang berikut: (a) kata nafi (b) kata kerja tak transitif



(ii) Tulis predikat bagi ayat ayat (6) markah] (iii) Tulis subjek bagi ayat (5) markah]



[2 markah] [2 [2



Latihan 5 Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Selepas itu, jawab soalan-soalan yang berikutnya. (1) Kejohanan bola sepak Piala Dunia sudah berakhir. (2) Pasukan yang berjaya meraikannya. (3) Pasukan yang tewas menangisinya. (4) Itulah adat perlawanan. (5) Dalam setiap pertandingan ada yang kalah dan ada yang menang. (i)



Berikan satu contoh kata yang berikut: (a) kata nama terbitan (b) kata nama sebagai objek [2 markah]



(ii)



Cari predikat ayat (3).



Hak Cipta: Dr. Supian Mohamad Noor, Pensyarah Cemerlang DG54



16



(iii) tanpa



[2 markah] Gabungkan ayat (2) dan ayat (3) menjadi satu ayat yang gramatis mengubah susunannya. [2



markah] Topik SUBJEK, PREDIKAT DAN OBJEK Subjek satu daripada dua bahagian ayat terdiri daripada frasa nama (FN) sahaja wujud pada awal ayat dalam ayat biasa Predikat satu daripada dua bahagian ayat terdiri daripada FN, atau FS, atau FA, atau FK wujud selepas subjek dalam ayat biasa. Objek -



terdiri daripada FN wujud selepas kata kerja transitif atau kata sendi nama.



Ayat yang tidak ada subjek Berikut ialah kegemaran pelajar KPLI sewaktu kuliah sedang dijalankan. Ayat yang tidak ada predikat Yang tidak menulis karangan pada hari itu. Ayat yang tidak ada objek (i)



Dia menceritakan semula sampai selesai.



(ii)



Laporan ketidakhadirannya adalah seperti berikut.



Aktiviti 1 Berikanlah garis di bawah kata atau kata-kata yang bertugas sebagai subjek dalam ayat-ayat di bawah ini. 1.



Secara tiba-tiba sahaja terdengar dentuman sekuat-kuatnya.



Hak Cipta: Dr. Supian Mohamad Noor, Pensyarah Cemerlang DG54



17



2.



Dengan perlahan-lahan saya alihkan perhatiannya kepada yang lain.



3.



Selangkah demi selangkah sampailah juga akhirnya saya kepada cita-cita.



Aktiviti 2 Berikanlah garis di bawah kata atau kata-kata yang bertugas sebagai predikat dalam ayat-ayat di bawah ini. 1.



Berikanlah seluruh perhatianmu kepada beberapa persoalan itu.



2.



Ambilkan saya secangkir air untuk penghilang haus.



3.



Pada pohon rambutan inilah saya tambat kambing biri-biri itu beberapa hari yang lalu.



Aktiviti 3 Berikanlah garis di bawah kata atau kata-kata yang bertugas sebagai objek dalam ayat-ayat di bawah ini. 1. Pada suatu hari nenek kebayan masuk ke hutan. 2. Encik Naim akan mengahwinkan anak perempuannya. 3. Azman menendang bola itu sekuat-kuatnya. 4. Kucing itu sedang menangkap tikus. Aktiviti 4 Tugas Kata, Frasa, dan Klausa Nyatakan tugas kata, atau frasa, atau klausa yang berwarna dalam ayat-ayat di bawah. 1.



Ali menendang bola.



2.



Ali menjelaskan rahsia itu.



3.



Ali menjelaskan bahawa rahsia itu sudah terbongkar.



4. 5.



Dia masih belum mengetahui hal itu. Dia masih belum mengetahui apa yang terjadi.



6.



Bola ditendang (oleh) Ali.



7.



Rahsia itu dijelaskan (oleh) Ali.



Hak Cipta: Dr. Supian Mohamad Noor, Pensyarah Cemerlang DG54



18



8.



Bahawa rahsia itu sudah terbongkar dijelaskan (oleh) Ali.



9.



Hal itu masih belum diketahui olehnya.



10.



Apa yang terjadi masih belum diketahui olehnya.



11.



Yang menjuarai pidato pelajar itu



11.



Pelajar itulah yang menjuarai pertandingan pidato.



12.



Yang mahu menentangnya tidak ada seorang pun.



13.



Tidak ada seorang pun yang mahu menentangnya.



14.



Harga buku ini murah.



16.



Buku ini murah harganya.



Latihan 1 Tulis jenis frasa yang diberi garis bawah dalam ayat-ayat di bawah ini dan tulislah juga tugas frasa itu. 1.



Dia tidak datang oleh sesuatu sebab. Frasa …………………….. bertugas sebagai …………………..



2.



Pukulan Midun tiba di kepalanya. Frasa …………………….. bertugas sebagai …………………..



3.



Di celah papan inilah lipan itu bersembunyi. Frasa …………………….. bertugas sebagai …………………..



4.



Si Kurik nama ayam itu. Frasa …………………….. bertugas sebagai …………………..



5.



Ruang tempat bersaing itu agak besar juga. Frasa …………………….. bertugas sebagai …………………..



6.



Jauhkah rumahmu dari sini? Frasa …………………….. bertugas sebagai …………………..



7.



Mukanya pucat seperti mayat.



Hak Cipta: Dr. Supian Mohamad Noor, Pensyarah Cemerlang DG54



19



Frasa …………………….. bertugas sebagai ………………….. 8.



Ali amat benci akan orang itu. Frasa …………………….. bertugas sebagai …………………..



9.



Lebih besarlah lembu daripada kambing. Frasa …………………….. bertugas sebagai …………………..



Latihan 2 Berikan garis di bawah kata atau kata-kata yang bertugas sebagai SUBJEK dalam ayat-ayat di bawah ini. 1.



Lebih pandai Ali daripada Ahmad.



2.



Bertahun-tahun kedua-dua orang itu merancang pembunuhan musuhnya.



3.



Sejak beberapa tahun terakhir ini, makin sedarlah setiap orang akan tanggungjawabnya.



4.



Sebagai orang alim, tiada ia suka bertandang ke sana sini.



5.



Sebagai anak panah yang lepas dari busutnya, sekalian anak muda menderu mendapat si alim palsu itu.



Tajuk : Ayat Transformasi Satu Dasar Sila renungkan pembentukan ayat transformasi satu dasar di bawah ini dan Nyatakan namanya berdasarkan pemahaman anda.



1.



Orang itu bukan penduduk di kampung ini.



(ayat nafi)



2.



Dia siapa?



(ayat tanya biasa dengan kata tanya)



3.



Orang itu jurutera?



(ayat tanya biasa tanpa kata tanya)



4.



Ke manakah mereka?



(ayat tanya songsang denga kata tanya)



5.



Pelajar universitikah gadis itu?



(ayat tanya songsang tanpa kata tanya)



6.



Tinggi sungguh bangunan itu.



(ayat songsang)



7.



Kereta itu sudah saya pandu.



8.



Masalah ini mesti engkau selesaikan.(ayat pasif biasa pelaku diri kedua)



(ayat pasif biasa pelaku diri pertama)



Hak Cipta: Dr. Supian Mohamad Noor, Pensyarah Cemerlang DG54



20



9.



Kasut itu diambil oleh pencuri.



(ayat pasif biasa pelaku diri ketiga)



10



Pemimpin parti itu kena tangkap. (ayat pasif biasa dengan kata kena)



11.



Baju adik saya sudah bergosok.



(ayat pasif biasa dengan imbuhan “ber”)



12.



E-mel itu terbaca olehku.



(APB + ter)



13.



Adik saya keairan.



(APB + ke...an)



14.



Pelita itu kehabisan minyak.



(APB + ke...an + pelengkap)



15.



Buku ini boleh saya pinjam?



(ayat tanya pasif biasa pelaku diri 1)



16.



Barang-barang itu sudah anda hantar?



(ATPBPD2)



17.



Majalah ini belum dibaca oleh Suzana?



(ATPBPD3)



18.



Pemuda itu kena tampar?



(ATPB + kena)



19.



Baju itu sudah berlipat?



(ATPB + ber)



20.



Semua barang itu terbawa olehmu?



(ATPB + ter)



21.



Budak-budak itu kehujanan?



(ATPB + ke...an)



22.



Anak saya ketinggalan bas?



(ATPB + ke...an + pelengkap)



23.



Sudah kami baca laporan itu.



(ayat pasif songsang pelaku diri 1)



24.



Harus anda baca laporan itu.



25.



Telah dibaca oleh Syakir buku itu.



26.



Kena tamparlah pemuda itu.



27.



Sudah bergosok baju itu.



(APS + ber)



28.



Terbaca olehku e-mel itu.



(APS + ter)



29.



Kehujananlah budak-budak itu.



(APS + ke...an)



30.



Ketinggalan baslah anak saya.



(APS + ke...an + pelengkap)



31.



Boleh saya pinjamkah buku ini?



32.



Sudah anda hantarkah barang-barang itu?



(ATPSPD2)



33.



Belum dibaca oleh Suzanakah majalah ini?



(ATPSPD3)



(APSPD2) (APSPD3) (APS + kena)



(ayat tanya pasif songsang PD1)



Hak Cipta: Dr. Supian Mohamad Noor, Pensyarah Cemerlang DG54



21



34.



Kena tamparkah pemuda itu?



(ATPS + kena)



35.



Sudah bergosokkah baju itu?



(ATPS + ber)



36.



Terbaca olehmukah e-mel itu?



(ATPS + ter)



37.



Kehujanankah budak-budak itu?



(ATPS + ke...an)



38.



Ketinggalan baskah anak saya?



(ATPS + ke...an + pelengkap)



Tajuk Tugas Kata, Frasa dan Klausa 15.



Ali menendang bola.



16.



Ali menjelaskan rahsia itu.



17.



Ali menjelaskan bahawa rahsia itu sudah terbongkar.



18.



Bola ditendang (oleh) Ali.



19.



Rahsia itu dijelaskan (oleh) Ali.



20.



Bahawa rahsia itu sudah terbongkar dijelaskan (oleh) Ali.



21.



Rahayu berjalan kaki.



22.



Mereka bermain bola.



23.



Rahayu berkata bahawa kakinya sakit.



24.



Rahayu berkata bahawa bola itu kempis.



25.



Rafidah mendapat gambaran tentang peristiwa itu.



26.



Rafidah menerima berita sedih itu.



27.



Rafidah mendapat gambaran bahawa peristiwa itu terjadi secara tiba-tiba.



28.



Rafidah menerima berita bahawa orang tua itu sudah meninggal. Tajuk Tugas Kata, Frasa dan Klausa



Sila nyatakan fungsi atau tugas kata atau frasa atau klausa yang bergaris. 29.



Amir menendang bola.



30.



Amir menjelaskan rahsia itu.



Hak Cipta: Dr. Supian Mohamad Noor, Pensyarah Cemerlang DG54



22



31.



Amir menjelaskan bahawa rahsia itu sudah terbongkar.



32.



Bola ditendang (oleh) Amir.



33.



Rahsia itu dijelaskan (oleh) Amir.



34.



Bahawa rahsia itu sudah terbongkar dijelaskan (oleh) Amir.



35.



Siti berjalan kaki.



36.



Mereka bermain bola.



37.



Siti berkata bahawa kakinya sakit.



38.



Siti berkata bahawa bola itu kempis.



39.



Siti mendapat gambaran tentang peristiwa itu.



40.



Siti menerima berita sedih itu.



41.



Siti mendapat gambaran bahawa peristiwa itu terjadi secara tiba-tiba.



42.



Siti menerima berita bahawa orang tua itu sudah meninggal.



15.



Yang ditahan polis belum ada sesiapa di sini.



16.



Bibir gadis itu merah warnanya.



17.



Pemuda itu siapa namanya.



18



Bagaimana keadaannya mangsa kemalangan itu.



Topik 1 SUBJEK, PREDIKAT DAN OBJEK Subjek satu daripada dua bahagian ayat terdiri daripada frasa nama (FN) wujud pada awal ayat dalam ayat biasa. Predikat satu daripada duia bahagian ayat terdiri daripada FN, atau FS, atau FA, atau FK wujud selepas subjek dalam ayat biasa. Objek -



terdiri daripada FN wujud selepas kata kerja transitif atau kata sendi nama.



Kata kerja transitif - 6 - menerima imbuhan meN..., meN...i, Hak Cipta: Dr. Supian Mohamad Noor, Pensyarah Cemerlang DG54



23



-



meN...kan, mempeR..., memper...i, memper...kan mesti dikuti oleh FN sebagai objek boleh dipasif



Kata kerja tak transitif - 1 + 5 menerima imbuhan meN..., beR..., teR..., ber...an, ber...kan kata kerja yang tiada imbuhan Ayat yang tidak ada subjek Berikut ialah kegemaran pelajar KPLI sewaktu kuliah sedang dijalankan kecuali Ayat yang tidak ada predikat Yang tidak menulis karangan pada hari itu. Ayat yang tidak ada objek Dia menceritakan semula sampai selesai. Laporan ketidakhadirannya adalah seperti berikut. Aktiviti 1 Berikanlah garis di bawah kata atau kata-kata yang bertugas sebagai subjek dalam ayat-ayat di bawah ini. 1.



Secara tiba-tiba saja terdengar dentuman sekuat-kuatnya.



2.



Barangkali dialah guru di sekolah itu.



3.



Bahasa Malaysia dapat menjadi teras pertumbuhan kebudayaan nasional.



4.



Janganlah kamu lupakan pesan ini hingga bila-bila.



5.



Moga-moga tidak akan berlaku sesuatu pada dirimu.



6.



Dengan perlahan-lahan saya alihkan perhatiannya kepada yang lain.



7.



Tidak akan percaya dia kepada ceritamu itu.



8.



Selangkah demi selangkah sampailah juga akhirnya saya kepada cita-cita.



9.



Hanya tiga helai ini sahajalah bajunya.



Hak Cipta: Dr. Supian Mohamad Noor, Pensyarah Cemerlang DG54



24



10.



Tidak ada apa-apa di dalam peti itu.



11.



Lebih pandai Ali daripada Ahmad.



12.



Bertahun-tahun kedua-dua orang itu merancang pembunuhan musuhnya.



13.



Sejak beberapa tahun terakhir ini, makin sedarlah setiap orang akan tanggungjawabnya.



14.



Sebagai orang alim, tiada ia suka bertandang ke sana ke sini.



15.



Sebagai anak panah yang lepas dari busurnya, sekalian anak muda menderu mendapat si alim palsu itu.



Aktiviti 2 Berikanlah garis di bawah kata atau kata-kata yang bertugas sebagai predikat dalam ayat-ayat di bawah ini. 1.



Berikanlah seluruh perhatianmu kepada beberapa persoalan itu.



2.



Belum dapat saya menyelesaikan masalah yang rumit ini.



3.



Tidak akan dapat kami menyembunyikan kecuranganmu itu.



4.



Melangkahlah terus ke hadapan hingga akhirnya tiba di simpang lima.



5.



Mudah-mudahan tidak akan kamu ceritakan kisah ini kepada sesiapa juga.



6. 7.



Ambilkan saya secangkir air untuk penghilang haus. Pada pohon rambutan inilah saya tambat kambing biri-biri itu beberapa hari yang lalu.



8.



Saya perlihatkan kepadanya beberapa potong pakaian sebagai contoh.



9.



Untuk tujuan apakah kamu seolah-olah sengaja memburukburukkan namaku di hadapan khalayak?



10.



Dari manakah kita akan memperoleh bantuan untuk sekolah ini?



Set Pengenalan Latihan 1 Hak Cipta: Dr. Supian Mohamad Noor, Pensyarah Cemerlang DG54



25



Tulis jenis frasa yang diberi garis bawah dalam ayat-ayat di bawah ini dan tulislah juga tugas frasa itu. 1.



Dia tidak datang oleh sesuatu sebab. Frasa …………………….. bertugas sebagai …………………..



2.



Pukulan Midun tiba di kepalanya. Frasa …………………….. bertugas sebagai …………………..



3.



Di celah papan inilah lipan itu bersembunyi. Frasa …………………….. bertugas sebagai …………………..



4.



Si Kurik nama ayam itu. Frasa …………………….. bertugas sebagai …………………..



5.



Ruang tempat bersaing itu agak besar juga. Frasa …………………….. bertugas sebagai …………………..



6.



Jauhkah rumahmu dari sini? Frasa …………………….. bertugas sebagai …………………..



7.



Mukanya pucat seperti mayat. Frasa …………………….. bertugas sebagai …………………..



8.



Ali amat benci akan orang itu. Frasa …………………….. bertugas sebagai …………………..



9.



Lebih besarlah lembu daripada kambing. Frasa …………………….. bertugas sebagai …………………..



Latihan 2 Berikan garis di bawah kata atau kata-kata yang bertugas sebagai SUBJEK dalam ayatayat di bawah ini. 1.



Lebih pandai Ali daripada Ahmad.



2.



Bertahun-tahun kedua-dua orang itu merancang pembunuhan musuhnya.



Hak Cipta: Dr. Supian Mohamad Noor, Pensyarah Cemerlang DG54



26



3.



Sejak beberapa tahun terakhir ini, makin sedarlah setiap orang akan tanggungjawabnya.



4.



Sebagai orang alim, tiada ia suka bertandang ke sana sini.



5.



Sebagai anak panah yang lepas dari busutnya, sekalian anak muda menderu mendapat si alim palsu itu.



Latihan 3 Berikan garis di bawah kata atau kata-kata yang bertugas sebagai PREDIKAT dalam ayat-ayat di bawah ini. 1.



Jangan datang ke sini besok pagi.



2.



Yang buta dipimpin, yang lumpuh diusung.



3.



Di manapun didunia ini, kita akan bertemu dengan pelbagai masalah



hidup. 4.



Tidak bersetuju kami dengan pendapatnya itu.



5.



Pergilah dahulu ke tempat itu hari ini.



Hak Cipta: Dr. Supian Mohamad Noor, Pensyarah Cemerlang DG54



27