3.0 Matlamat Dan Objektif KSSM Dan KBSM [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

3.0 OBJEKTIF MENENGAH



DAN



MATLAMAT



(KBSM)



DAN



KURIKULUM KURIKULUM



BERSEPADU



SEKOLAH



STANDARD



SEKOLAH



MENENGAH (KSSM)



3.1 KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH (KBSM) Pendidikan bersepadu didefinisikan sebagai proses pembentukan pelajar dari segi penguasaan ilmu pengetahuan, pemupukan nilai-nilai murni dan perkembangan jasmani yang dilakukan secara integrasi serta menyeluruh ke arah mewujudkan insan yang baik dan berpotensi. Oleh itu, jika ditelitikan pada kandungan kurikulum KBSM, ia merangkumi pengetahuan, kemahiran, kefahaman dan amalan



nilai-nilai



kerohanian,



kemanusiaan,



kemasyarakatan



serta



kewarganegaraan sebagai asas untuk pendidikan seumur hidup.



Antara matlamat KBSM ini ialah untuk memupuk dan memperkukuh semangat setia negara dan jati diri sebagai warganegara Malaysia dan warga dunia. Melalui pengetahuan dan penghayatan sejarah tanahair dan sejarah negara luar yang berkaitan, murid dapat memahami keadaan masyarakat dan negara serta hubungannya dengan sejarah dunia. Usaha ini bertujuan mewujudkan semangat perpaduan dan kekitaan bangsa dan negara Malaysia. Mata Pelajaran Sejarah juga dapat mewujudkan ingatan bersama terhadap sejarah sebagai rangka rujukan kesedaran kebangsaan dan persefahaman antarabangsa.



Manakala, objektif KBSM untuk subjek sejarah ini pula ialah untuk menyatakan kepentingan



mata



pelajaran



sejarah



sebagai



satu



disiplin



ilmu



dan



mengamalkannya sebagai pendidikan sepanjang hayat serta mampu berdikari. Bahkan, ia juga berkemampuan untuk menjelaskan perkembangan masyarakat dan negara dari segi politik, ekonomi dan sosial di samping dapat menghargai usaha serta sumbangan tokoh-tokoh yang memperjuangkan kedaulatan, kemerdekaan begitu juga dengan pembangunan negara dan mempertahankan maruah bangsa. Selain itu, pelajar akan dapat menghuraikan ciri-ciri kemasyarakatan dan kebudayaan Malaysia serta mengamalkannya dalam kehidupan seharian.



Di samping itu, KBSM berupaya mewujudkan pelajar yang memiliki semangat patriotik dan melibatkan diri dalam usaha mempertahankan kedaulatan, pembangunan dan kemajuan negara, mengambil iktibar daripada pengalaman sejarah untuk mempertingkatkan daya pemikiran dan kematangan dan sudah semestinya dapat menganalisis, merumus dan menilai fakta-fakta sejarah Malaysia dan dunia luar secara rasional. Melalui KBSM ini juga dapat menjelaskan kedudukan Malaysia sebagai sebahagian daripada peradaban dunia dan sumbangannya di peringkat antarabangsa. Kita juga dapat menilai bahawa pengamalan nilai-nilai murni dalam diri pelajar juga semakin meningkat.



3.2 KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH (KSSM) Standard Kurikulum Sekolah Menengah (KSSM) dibina berasaskan enam tunjang, iaitu komunikasi, kerohanian, sikap dan nilai, kemanusiaan, keterampilan diri, perkembangan fizikal dan estetika serta sains dan teknologi. Kesemua enam tunjang ini merupakan domain utama yang menyokong antara satu sama lain dan disepadukan dengan pemikiran kritis, kreatif dan inovatif. Kesepaduan ini bertujuan membangunkan modal insan yang menghayati nilai-nilai murni berteraskan keagamaan, berpengetahuan, berketerampilan, berpemikiran kritis dan kreatif serta inovatif.



Fokus utama KSSM ini bagi mata pelajaran sejarah adalah untuk melahirkan murid yang arif dan peka sejarah serta mampu menyumbang kepada pembentukan masyarakat yang berdaya saing pada masa hadapan. Kurikulum sejarah turut bertujuan memberi kefahaman mengenai masyarakat, negara Malaysia dan dunia. Usaha ini dapat memupuk dan memperkukuh identiti diri serta semangat setia negara sebagai warganegara Malaysia. Dalam mata pelajaran sejarah juga dapat mewujudkan semangat perpaduan, perasaan kekitaan, kesedaran kebangsaan dan memperkukuh perasaan cinta akan tanah air.



Salah satu hasrat KSSM dalam mata pelajaran sejarah ini ialah agar pelajar diajar untuk memahami ciri-ciri sejarah supaya dapat meningkatkan pemikiran dengan lebih kritis dan analitis. Kemahiran ini dipupuk dan dikembangkan dalam kalangan pelajar dengan pelbagai kemahiran seperti kemahiran memahami kronologi, meneroka bukti, membuat interpretasi, membuat imaginasi dan



membuat rasionalisasi. Bahkan, KSSM turut menekankan tentang melahirkan pelajar yang mempunyai kemahiran abad Ke-21 dengan memberi fokus kepada kemahiran berfikir serta kemahiran hidup dan kerjaya yang berteraskan amalan nilai murni. Kemahiran abad ke- 21 bermatlamat untuk melahirkan murid yang mempunyai semangat berdaya saing di peringkat global.



Selain itu, ia dapat meningkatkan kemahiran mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta idea melalui fakta sejarah yang tepat, mengaplikasikan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam melahirkan pelajar yang bersedia dan berfikiran jauh dan mewujudkan Kemahiran Pemikiran Sejarah (KPS) dalam kalangan murid melalui kajian kes. Maka, jelaslah bahawa KSSM ini telah ditambahbaik dan diperkasakan lagi pelaksanaanya dalam sistem pendidikan di Malaysia.



4.0 PERBANDINGAN



KURIKULUM



BERSEPADU



SEKOLAH



MENENGAH



(KBSM) DAN KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH (KSSM)



ASPEK



KURIKULUM BERSEPADU



KURIKULUM STANDARD



SEKOLAH



SEKOLAH MENENGAH (2014)



MENENGAH (1989-2013) REKA BENTUK



BENTUK



KURIKULUM



BIDANG);



KURIKULUM



(3 BENTUK



KURIKULUM



(6



TUNJANG);



1.



Komunikasi



1. Komunikasi



2.



Manusia dan alam sekellilingnya



2. Kerohanian sikap dan nilai



3.



Perkembangan diri individu



3. Kemanuisaan 4. Ketrampilan diri 5. Perkembangan



fizikal



dan



estetika 6. Sains dan teknologi Berasaskan hasil pembelajaran



Berasaskan standard: 1. Standard Kandungan 2. Standard Pembelajaran 3. Standard Prestasi



DOKUMEN



1. Sukatan Pelajaran



Dokumen Standard Kurikulum



KURIKULUM



2. Huraian Sukatan Pelajaran



dan Pentaksiran (DSKP)



PERUNTUKAN



Minit Seminggu



Jam Seminggu



MASA ORGANISASI



1. Mata pelajaran Teras



1. Mata pelajaran Teras



KURIKULUM



2. Mata pelajaran Wajib



2. Mata pelajaran Wajib



3. Mata pelajaran Tambahan



3. Mata pelajaran Tambahan



4. Mata pelajaran Elektif



4. Mata pelajaran Elektif



ELEMEN



Bahasa, Sains dan Teknologi,



Bahasa,



Sains&



MERENTAS



Teknologi Maklumat dan Komunikasi,



Teknologi,Teknologi



KURIKULUM



Kelestarian Alam Sekitar, Nilai Murni,



& Komunikasi, Kelestarian Alam



Patriotisme



Sekitar, Nilai Murni, Patriotisme,



Maklumat



Kreativiti



dan



Inovasi,



Keusahawanan, dan Teknologi Maklumat



&



Komunikasi



(TMK),dan Kelestarian Global PENEKANAN



Pembelajaran



PEDAGOGI



penyelesaian



berasaskan masalah,



inkuiri, Pembelajaran



berasaskan



pembelajaran pembelajaran



inkuiri,



berasaskan



kontekstual, pembelajaran kolaboratif dan penyelesaian masalah, pembelajaran pembelajaran berasaskan projek



kontekstual,



pembelajaran



kolaboratif



dan



berasaskan



projek,



pembelajaran pendekatan



konstruktivisme, pendekatan STEM. PENTAKSIRAN



Pentaksiran Sekolah 1. Sumatif



Pentaksiran disuratkan dalam DSKP sebagai Standard Prestasi.



2. Formatif PENJENAMAAN



1. Program Literasi TMK (SMR)



1. Asas Sains Komputer (SMR)



SEMULA MATA



2. Kemahiran Hidup



2. Reka Bentuk Teknologi



PELAJARAN



3. Mata Pelajaran Elektif Teknikal



3. Mata



Pelajaran



Elektif



Ikhtisas MATA



Tiada



1. Bahasa Korea



PELAJARAN



2. Bahasa Semai



BAHARU



3. Mata pelajaran Pendidikan Khas Vokasional



REFLEKSI DIRI RONEE ANAK JEMAT 132331 Pada Semester 1 Sidang Akademik 2018/2019 ini, saya telah mengambil kursus PGT 224 iaitu Keadah Mengajar Sejarah 1. Saya dan rakan saya dalam satu kelas tutorial yang sama telah membentuk satu kumpulan 4 orang ahli termasuk saya. Dalam kumpulan tersebut kami telah diberikan tugasan untuk membentangkan satu tajuk iaitu Falsafah Pendidikan Negara, Matlamat dan Objektif Kurikulum Sejarah KBSM dan KSSM. Kami dikehendaki membentangkan di dalam kelas tutorial dalam tempoh masa 40 minit. Sebelum pembentangan dilakukan, kami sekumpulan telah melakukan perbincangan bagi menghasilkan pembentangan yang menarik dan sesuai dengan tajuk yang diberikan. Oleh hal yang demikian, kami sebulat suara untuk membuat pembentangan menggunakan keadah wawancara seperti rancangan televisyen Malaysia Hari Ini. Kami juga telah menemu bual dan merakam video beberapa orang responden untuk bertanyakan mengenai Falsafah Pendidikan Negara (FPN) dan KBSM serta KSSM. Seterusnya, semasa pembentangan dijalankan, kami mengatur situasi bilik tutorial sama seperti studio rakaman televisyen yang terdapat dua orang pengacara iaitu ahli kumpulan saya, dan saya serta ahli kumpulan saya telah menjadi panel jemputan bagi membincang dan mengupas isu mengenai FPN, KBSM dan KSSM. Semasa pembentangan dijalankan, pelbagai komunikasi dua hala yang telah kami lakukan antara satu sama lain dan juga bersama pelajar tutorial yang menjadi pelajar jemputan dalam program wawancara ketika itu. Setelah selesai pembentangan tersebut, kami meminta untu para pelajar untuk bertanyakan soalan dan memberikan komen mengenai pembentangan yang kami jalankan. Pelbagai soalan dan komen atau pandangan yang telah kami dapat melalui mereka. Antaranya ialah penggunaan Alat Bantu Mengajar (ABM ) yang baik iaitu menggunakan laptop dengan LCD dengan sepenuhnya. Selain itu, terdapat juga nilai murni yang dapat kami selitkan semasa pembentangan iaitu menggunakan paparan sebuah video mengenai semangat cintakan negara. Kesimpulannya, terdapat pelbagai aspek dan perkara yang kami sekumpulan perlu perbaiki



semasa



melakukan



pembentangan



seperti



interaksi



dengan



penonton,



mempelbagaikan fungsi ABM, cara penyampaian dan juga nilai-nilai yang perlu diterapkan dalam pembentangan tersebut. Oleh itu, kami sekumpulan dapat menyimpulkan bahawa sistem pendidikan yang baik, sistematik dan mengikuti arus pemodenan dunia sememangnya mampu membentuk dan mengubah modal insan atau generasi baharu untuk memimpin negara ke arah yang lebih maju, aman dan sejarahtera.