Matlamat, Objektif Dan Ciri2 KBSR & KSSR [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

4: 2.0 MATLAMAT, OBJEKTIF DAN CIRI-CIRI KBSR DAN KSSR. 2.1 MATLAMAT, OBJEKTIF DAN CIRI-CIRI KBSR. 2.1.1 MATLAMAT KBSR.



Matlamat pendidikan sekolah rendah adalah untuk memastikan perkembangan potensi murid secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu. Perkembangan ini meliputi aspek-aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani bagi



melahirkan



insan



yang



seimbang,



harmonis,



berakhlak



mulia,



mengamalkan nilai-nilai murni serta mampu menjaga kesihatan serta mengekalkan kesihatan tubuh badan.



2.1.2 OBJEKTIF KBSR



Bagi mencapai matlamat tersebut, pendidikan di peringkat rendah bertujuan untuk membolehkan untuk membolehkan murid:



i.



menguasai bahasa Melayu sesuai dengan kedudukannya sebagai Bahasa Kebangsaan dan bahasa rasmi negara;



ii.



menguasai kemahiran asas berbahasa iaitu bertutur, membaca dan menulis dalam bahasa pengantar sekolah;



iii.



menguasai asas yang kukuh dalam kemahiran mengira dan menggunakannya dalam menyelesaikan masalah harian;



iv.



menguasai kemahiran belajar;



EDU3101 FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA : KBSR DAN KSSR



5: v.



vi.



menguasai kemahiran berfikir;



bertutur, membaca, menulis dan memahami bahasa Inggeris selaras dengan



kedudukannya sebagai bahasa kedua;



vii.



memperolehi ilmu pengetahuan dan berusaha menambahnya;



viii.



membina daya kepimpinan dan daya keyakinan diri;



ix.



mempunyai pengetahuan, kefahaman, minat serta kepekaan terhadap manusia dan alam sekitar;



x.



menguasai kemahiran sainstifik dan teknikal;



xi.



memahami, meminati, menikmati dan menyertai aktiviti-aktiviti amal, kesenian dan rekreasi dalam lingkungan kebudayaan nasional;



xii.



menjaga kesihatan dan kecergasan diri;



xiii.



menguasai kemahiran serta membina minat dan sikap yang positif terhadap keusahawanan dan produktiviti;



xiv.



menguasai kemahiran membaca, menghafaz dan memahami pengertian ayat-ayat tertentu dalam Al-Quran bagi murid Islam;



xv.



menyakini asas-asas keimanan, mengerjakan amal ibadat dan mengamalkan akhlak mulia;



EDU3101 FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA : KBSR DAN KSSR



6: xvi.



membina semangat patriotisme;



xvii.



mengembangkan bakat dan kreativiti; dan



xviii.



mengamalkan sikap dan perlakuan yang berpandukan nilai murni yang menjadikannya asas bagi amalan hidup.



2.1.3 CIRI-CIRI KBSR



Terdapat beberapa perubahan yang dilakukan yang menjadikan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah berbeza dengan Kurikulum Baru sekolah rendah.



Choong Lean Keow (2007) menulis dalam bukunya Falsafah Dan Pendidikan Di Malaysia, perubahan tersebut merangkumi kurikulum dan juga budaya sekolah.



Dalam kurikulum KBSR, terdapat 3 mata pelajaran baru telah diperkenalkan antaranya mata pelajaran Kemahiran Hidup bagi menggantikan mata pelajaran Amalan Perdagangan yang digunakan pada 1984. Selain itu, subjek Sains dan Kajian Tempatan juga diperkenalkan bagi menggantikan subjek Alam dan Manusia pada tahun 1994. Malah, subjek sedia ada juga diperbaharui sebagaimana subjek Bahasa, Pendidikan Moral, Pendidikan Islam dan Pendidikan Jasmani. Bagi meningkatkan kecekapan pelajar berfikir dan mengira, sempoa diperkenalkan bagi pelajar tahap dua.



EDU3101 FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA : KBSR DAN KSSR



7: Pengenalan kepada KBSR ini telah mengubah suasana dan budaya sekolah kepada suasana yang jauh lebih kondusif, ceria dan mampu meransang pembelajaran pelajar. Pelajar-pelajar juga diterapkan dengan unsur patriotisme bagi semua mata pelajaran agar mampu mendidik jiwa mereka untuk mencintai negara dan bangga menjadi warga negara Malaysia.



Selain itu, bentuk pengajaran dan pembelajaran juga turut berubah menjadi pelbagai pendekatan P&P dan lebih berfokuskan kepada pemusatan murid



berbanding



berpusatkan



guru.



Aktiviti



pembelajaran



yang



mengutamakan cara individu dan kumpulan secara tidak langsung meningkat akauntabiliti para pelajar sepanjang proses P&P. Jadual ringkas ciri-ciri KBSR boleh dirujuk di bahagian Lampiran 1.



2.2 MATLAMAT, OBJEKTIF DAN CIRI-CIRI KSSR. 2.2.1 MATLAMAT KSSR. KSSR digubal berteraskan Falsafah pendidikan kebangsaan dan juga berasaskan



Prinsip



KBSR



yang



mencakupi



pendekatan



bersepadu,



perkembangan individu secara menyeluruh, peluang dan kualiti pendidikan yang sama untuk semua murid dan pendidikan seumur hidup. Ia menekankan penguasaan literasi 4 M iaitu kemahiran Asas ICT, Perkembangan Fizikal, Kognitif, Sikap dan Nilai serta penguasaan kemahiran yang lebih kompleks.



EDU3101 FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA : KBSR DAN KSSR



8: 2.2.2 OBJEKTIF KSSR. Berbeza dengan KBSR, objektif



KSSR dirangka mengikut subjek



tertentu seperti subjek sains, subjek pendidikan Islam dan lain-lain. Secara umumnya, objektif KSSR ialah melahirkan pelajar berminda kelas pertama yang mempunyai keupayaan menaakul yang tinggi dan menguasai kemahiran 3M. Pada masa yang sama, pelajar yang diidamkan tersebut hendaklah mempunyai perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, kognitif, sikap dan nilai yang baik agar mampu merealisasikan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan modal insan yang seimbang dari sudut jasmani, emosi, rohani, intelek dan social (JERIS). Malah. Elemen-elemen tambahan yang merentas kurikulum juga turut diterapkan antaranya elemen Kreativiti dan Inovasi serta Keusahawanan.



2.2.3 CIRI-CIRI KSSR. KSSR kali ini membawa nafas baru kepada sistem pendidikan yang mana bentuk pendidikannya menumpukan 4 kemahiran asas. Penambahan satu kemahiran baru tersebut ialah kemahiran menaakul. Menurut bahan daripada Kursus Orientasi Jurulatih Utama KSSR Tahun 1 2010 yang saya perolehi sepanjang melakukan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) yang lalu, menaakul merupakan suatu proses kognitif dalam memberi penerangan munasabah untuk menyokong hujahan, tanggapan, rumusan atau keputusan yang dibuat.



EDU3101 FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA : KBSR DAN KSSR



9: KSSR juga dibentuk berteraskan pemikiran kritis dan kreatif dan tidak hanya menumpukan



aspek komunikasi, manusia dengan alam sekeliling,



perkembangan diri individu. Aspek perkembangan diri individu menyentuh perkembangan kerohanian, sikap dan nilai bersama keterampilan dan estetika seseorang pelajar. Malah, pelajar turut diterapkan dengan kemahiran Sains dan Teknologi sejajar dengan perkembangan dunia millennium kini. Di samping itu, KSSR memupuk daya kreativiti dan kritis pelajar unutk belajat menerusi kemahiran mereka tanpa hanya berpandukan sukatan yang terhad. Malah, elemen Keusahawanan misalnya disediakan bagi mengasah kemahiran dan semangat keusahawanan yang ada dalam diri pelajar untuk dikembangkan lagi dalam sisitem pendidikan Negara. Sistem pendidikan Negara pada kali ini serius untuk melahirkan generasi pelajar yang cukup mantap dan mampu bersaing bagi memenuhi tuntutan dunia global ini. Ringkasan mengenai ciri-ciri KSSR boleh dirujuk di Lampiran 2.



EDU3101 FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA : KBSR DAN KSSR