Matlamat Dan Objektif Pengajaran Dan Pembelajaran [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

BAHAN KULIAH 2 2.



MATLAMAT DAN OBJEKTIF PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN



Dalam bab ini isi kandungan berikut dihuraikan: 



Erti matlamat dan objektif pengajaran serta perbezaannya







Erti hasil pembelajaran, domainnya yang tiga (kognitif, psikomotor, dan afektif) dan komponennya



HASIL PEMBELAJARAN 1. Menghuraikan matlamat dan objektif pengajaran 2. Menulis hasil pembelajaran mengikut domain dalam mata pelajaran tertentu ISI KANDUNGAN Matlamat pengajaran  Mengajar pelajar fakta dan prinsip kandungan pelajaran  Menjadi model peranan (role model) bagi pelajar  Membantu pelajar membina kemahiran berfikir aras tinggi  Menyediakan pelajar menghadapi alam pekerjaan  Merangsang pembangunan peribadi pelajar  Membantu pelajar membina kemahiran asas belajar



Objektif pengajaran 



Merancang pengajaran yang mengambil kira kepelbagaian gaya pembelajaran pelajar







Menaksir kefahaman pelajar terhadap isi kandungan pelajaran







Merancang pengajaran yang memberi peluang pelajar berinteraksi antara satu sama







Menerang fakta dan prinsip kandungan pelajaran



1



Matlamat



Objektif



Hasrat jangka panjang yang hendak dicapai



Pencapaian konkrit yang mampu dicapai dengan mengikuti langkah-langkah tertentu dalam jangka masa yang lebih pendek



Kurang berstruktur



Lebih berstruktur dan konkrit



Tidak begitu jelas bagaimana mengetahui Boleh diukur. Oleh itu boleh diketahui dengan yakin ia matlamat telah dicapai (sukar untuk telah dicapai diukur)



Jadual 2.1 Perbezaan antara matlamat dan objektif pengajaran Mengapa objektif pengajaran diperlukan:  Memberi panduan kepada guru  Memilih kandungan pelajaran  Memilih strategi pengajaran yang sesuai  Membangun dan memilih bahan pengajaran yang sesuai  Membina ujian dan instrumen lain untuk menaksir dan menilai hasil pembelajaran pelajar Objektif pengajaran memfokus kepada guru. Adalah lebih baik jika objektif memfokus kepada pelajar dalam bentuk objektif pembelajaran. Objektif pembelajaran biasanya ditulis sebagai hasil pembelajaran. Namun Kementerian Pelajaran Malaysia membezakan keduanya di mana objektif bersifat lebih am manakala hasil pembelajaran lebih khusus. Apakah Hasil Pembelajaran?  Satu penyataan yang menetapkan pengetahuan, kemahiran, dan sikap serta nilai yang diinginkan hasil daripada aktiviti pembelajaran  Satu penyataan yang menjelaskan apa yang pelajar perlu tahu dan fahami dan/atau dapat lakukan selepas selesai aktiviti pembelajaran  Hasil pembelajaran ada tiga domain: kognitif, psikomotor, dan afektif (termasuk kemahiran insaniah)  Setiap penyataan hasil pembelajaran pula mempunyai lima komponen



Domain Hasil Pembelajaran DOMAIN KOGNITIF



2



Hasil pembelajaran domain kognitif biasanya dibahagikan kepada enam jenis mengikut Taksonomi Bloom (1956). Taksonomi domain kognitif boleh diumpamakan sebagai aras atau peringkat kemahiran berfikir atau memproses apa yang dipelajari iaitu cara menterjemahkan secara kualitatif jenis berfikir yang pelbagai. Secara amnya aras 1 adalah lebih rendah aras berfikir yang diperlukan berbanding aras 2, dan begitulah seterusnya. Aras 1: Pengetahuan Aras 2: Kefahaman Aras 3: Aplikasi Aras 4: Analisis Aras 5: Sintesis Aras 6: Penilaian Namun, Lori Anderson bersama kumpulan penyelidik beliau (2001) meminda enam aras ini dari segi susunan dan label aras dengan alasan label setiap aras seharusnya berbentuk kata kerja berbanding kata nama untuk mencerminkan proses berfikir. Berikut merupakan Taksonomi Bloom yang telah dipinda. Aras 1: Mengingat Aras 2: Memahami Aras 3: Mengaplikasi Aras 4: Menganalisis Aras 5: Menilai Aras 6: Mereka bentuk atau Mencipta Walau bagaimanapun masih ramai yang menggunakan Taksonomi Bloom versi asal kerana ia begitu popular di kalangan pengkaji dan pendidik sebelum kemunculan versi yang dipinda. Bagi menulis hasil pembelajaran setiap aras, kata kerja yang berlainan diperlukan untuk menggambarkan proses berfikir pada aras tersebut. Kata kerja yang digunakan haruslah boleh diukur, diperhati, dan spesifik. Contohnya bagi aras kefahaman, kata kerja ‘memahami’ tidak sesuai digunakan kerana tidak boleh diperhati. Kata kerja ‘memberi contoh’ memenuhi ciri kata kerja yang baik pada aras kefahaman kerana ia boleh diukur dan diperhati serta spesifik. Berikut merupakan beberapa kata kerja terpilih bagi setiap aras mengikut Taksonomi Bloom versi asal:



Aras Pengetahuan



Contoh kata kerja mendefinisi, menyatakan, melabel, mengenal



3



pasti, mengingat kembali Kefahaman



memparafrasa, menjelas, menerang, menterjemah, mengkategori, memberi contoh



Aplikasi



mengaplikasi, melaksana, mengira, menyelesaikan masalah



Analisis



menganalisis, mendiskriminasi, menstruktur, memilih, membanding beza, mengulas



Sintesis



mensintesis, mereka bentuk, mencipta, memfomulasi, menjana, membina, merancang



Penilaian



Menilai, mengkritik, memantau, menguji, mengesan



Jadual 2.2 Contoh kata kerja bagi setiap aras berfikir Taksonomi Bloom



DOMAIN PSIKOMOTOR Dalam domain psikomotor fokus objektif pendidikan adalah kepada pembinaan kemahiran pergerakan (motorskills,) kemahiran manipulatif, dan kemahiran proses sains (terutama bagi bidang sains). Namun ia mengandungi juga unsur-unsur kognitif dan afektif. Antara bidang yang mempunyai banyak domain psikomotor ialah pendidikan jasmani (sukan, permainan) tarian, membaca dan menulis, membuat eksperiman dalam sains, membuat inferens, membuat hipotesis, latihan vokasional, latihan praktik teknikal, muzik - bermain alat muzik, seni lukis dan kraf tangan, yang banyak memerlukan kecekapan manipulatif. Kebolehan membuat sesuatu, prestasi menjalankan sesuatu pergerakan, kecekapan mencipta sesuatu barang kraf, membaiki enjin, membuat inovasi masakan, mencipta suatu gerakan dalam tarian, kecekapan dan prestasi yang tinggi dalam bola sepak, badminton dan olahraga, semua memerlukan perkembangan domain psikomotor yang tinggi. Ada beberapa taksonomi yang cuba dibentuk untuk domain psikomotor. Berikut adalah taksonomi yang digubal oleh Harrow (1972). 1. Pergerakan refleks (reflex movements) 2. Pergerakan asas (basic-fundamental movements): berjalan, merangkak, memegang, melompat 3. Kemahiran perseptual (perceptual abilities): Kinestetik, visual, diskriminasi auditori dan sentuhan dan kebolehan terselaras. Contohnya, menulis, melukis, menangkap, berjalan di atas kayu secara berimbang, menjelajah, membezakan objek dengan mengguna pancaindera



4



4. Kemahiran jasmani (physical abilities): Daya ketahanan, kekuatan, fleksibiliti, dan kelincahan. Contohnya, dapat bergerak dengan pantas, atau berhenti dengan cepat, dapat bertahan dalam pergerakan, bergerak secara fleksibel dengan lincah seperti dalam permainan bola sepak. 5. Pergerakan yang mahir (skilled movements) Kemahiran mudah suai yang mudah, majmuk dan rumit. Contohnya, menari, bermain piano, memandu motokar, menganyam, menaip 6. Komunikasi non-diskursif (Nondiscursive communication). Contohnya, menari dengan berseni, berlakon, menunjukkan ekspresi muka, pergerakan yang ekspresif. Contoh kata kerja psikomotor  



menulis dengan jelas dan teratur melukis semula peta dengan tepat







memandu motokar dengan cekap







bermain piano dengan cekap







menunjuk cara berenang dengan betul







menganyam bakul dengan teliti







mencipta gerakan baru dalam sesuatu tarian dalam seni persembahan, lakonan, tarian kreatif







melukis gambar rajah sinar







membasuh tabung uji dengan betul



Perkataan yang sesuai untuk menunjukkan gerak-kerja psikomotor bergantung kepada mata pelajaran atau bidang latihan yang diberi. Gerak-kerja dalam bidang pendidikan jasmani berbeza dengan gerak-kerja subjek mekanik. Antara perkataan yang sesuai yang boleh digunakan ialah: menyusun, mengumpul semula, membina, mencipta, membuat manipulasi, memegang, menggerakkan, menulis, melukis, mewarnakan, melakar, mengguna, menari, menaip, membaiki. Kita dapat menilai tahap prestasi sesuatu gerakan psikomotor itu dengan memerhatinya, mengukur kadar kepantasan membuat sesuatu gerakan itu, banyaknya hasil skor dari sesuatu permainan, atau kerja. DOMAIN AFEKTIF Domain afektif berkait dengan aspek minat, sikap, penghargaan, penghayatan, nilai dan emosi. Aras dalam taksonomi domain afektif menunjukkan tahap sejauh mana sikap kita berkembang mendalam menjadi sebati dengan kita. Taksonomi ini disusun



5



mengikut prinsip penghayatan. Penghayatan merujuk kepada proses di mana sikap dan emosi seseorang bergerak dari tahap kesedaran umum hingga ke tahap di mana sikap dan emosi itu dihayati atau diinternalisasi dan secara konsisten mengawal dan memandu kelakuan dan tindakan seseorang. Terdapat beberapa aras dalam objektif pendidikan domain afektif. Setiap aras yang lebih ‘mendalam’ dibina daripada aras yang sebelumnya. Aras-aras ini berguna untuk membantu guru menentukan objektif pengajarannya dan soalan untuk penaksiran. Jika tujuan pengajaran ialah untuk membawa perubahan dalam sikap, nilai dan tingkah laku pelajar, selain dari hanya untuk menyampaikan maklumat, maka pengajaran hendaklah dirancang dan disusun untuk memperkembangkan perubahan sikap, nilai dan tingkah laku ini. Mengikut Krathwohl dan rakan-rakan (1964) terdapat lima (5) aras domain afektif: 1. Menerima 2. Merespons 3. Menilai 4. Mengorganisasi 5. Penyifatan (Characterisation) Bagi setiap hasil pembelajaran tiga domain di atas, ia mengandungi pula lima komponen. Lima komponen hasil pembelajaran adalah seperti berikut: Komponen 1: Frasa merujuk kepada kumpulan sasaran    



Di akhir pelajaran ini, pelajar boleh … Selepas unit ini, pelajar akan dapat … Selepas menamatkan aktiviti ini, pelajar akan … Di akhir kursus ini, pelajar akan dapat …



Komponen 2: Kata kerja aktif 







Kriteria kata kerja • Boleh diukur (measurable) • Boleh diperhati (observable) • Spesifik Contoh: • Mendefinisi, menganalisis, menyatakan, melukis, menyelesaikan masalah, menyenaraikan, memberi kerjasama



Komponen 3: Objek bagi kata kerja  



Menunjukkan tindakan ke atas apa (frasa yang bergaris bawah) Contoh:



6



• • • •



Menyenarai perbezaan antara halaju dan laju Mendefinisi inersia Mempersembahkan secara oral hasil kerja berkumpulan tentang kaedah mengajar fizik Memberi kerjasama dalam menyediakan peralatan amali



Komponen 4: Konteks/keadaan  



Menyatakan dalam konteks apa atau keadaan yang bagaimana tindakan yang diinginkan itu perlu dilakukan (frasa yang bergaris bawah) Contoh: • Mereka bentuk aktiviti bagi mencari hubungan antara kedalaman cecair dan tekanan dalam cecair jika diberi satu botol air mineral yang kosong. • Mengukur panjang meja dengan menggunakan pembaris



Komponen 5: Standard/kriteria  







Tahap kualiti yang diinginkan atau yang patut dicapai, termasuk julat jawapan yang boleh diterima (frasa yang bergaris bawah) Contoh: • Mengira halaju troli menuruni landasan terpampas geseran menggunakan pita detik sehingga dua titik perpuluhan • Mendefinisi inersia menggunakan perkataan sendiri dengan tepat Biasanya tidak ditulis secara eksplisit apabila kriteria yang diingini mudah dibayangkan



7