Abstrak Dan Latar Belakang Kajian Penapis Air [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

ABSTRAK Tujuan projek ini dilaksanakan adalah untuk mengenal pasti kaedah yang sesuai bagi merawat air yang tercemar.



Terdapat tiga kaedah rawatan air yang telah



digunakan iaitu kaedah penapisan air, kaedah ‘biosand’ dan kaedah rawatan air solar. Sampel air yang tercemar diperoleh daripada dua batang sungai iaitu Sungai Gelugor dan Terusan Wan Mat Saman. Air bersih yang diperoleh daripada kaedah rawatan ini dapat digunakan untuk kegunaan harian contohnya membasuh, menyiram, mandi, dan sebagainya. Kaedah yang digunakan merupakan suatu alat mudah alih yang mudah untuk diperoleh, mesra alam dan tidak menggunakan kos yang tinggi. Berdasarkan kepada keputusan uji kaji, didapati bahawa kaedah rawatan air melalui penapisan merupakan keadah yang paling berkesan kerana telah berjaya menjernihkan air yang tercemar serta menghilangkan baunya. TUJUAN PROJEK Merawat air tercemar menggunakan penapis air bagi mendapatkan air bersih dari segi rupa, warna, dan bau untuk kegunaan seharian seperti mencuci pakaian, membasuh kain, mandi dan sebagainya. LATAR BELAKANG KAJIAN Sumber air yang bersih sangat penting untuk manusia bagi menjalankan proses hidup dan seterusnya melaksanakan tugas seharian seperti mandi, membasuh, dan sebagainya. Jika dilihat pada zaman dahulu, sungai merupakan sumber utama bagi manusia mendapatkan air yang bersih sebagai minuman dan melaksanakan tugas seharian seperti yang dinyatakan di atas. Manusia mendapatkan sumber air ini terus daripada sungai tanpa perlu melalui proses seperti penapisan dan sebagainya. Walaubagaimanapun, dapat dilihat pada hari ini sungai bukan lagi sumber utama bagi mendapatkan air bersih ekoran pencemaran air yang giat berlaku di kawasan ini. Sungai-sungai pada hari ini kebanyakannya sudah tercemar dengan sampah, sisa kumbahan, sisa toksik dari kilang dan sebagainya terutamanya sungai yang terletak di kawasan industri. Hal ini sangat menyedihkan. Mungkin sukar bagi kita untuk menghentikan tindakan pihak-pihak terbabit yang mencemarkan sungai ini. Akan tetapi melalui cara lain, air sungai ini boleh dirawat dari segi rupa, warna dan



bau untuk terus digunakan bagi melakukan aktiviti seharian seperti mencuci pakaian, mencuci kereta, dan sebagainya. BAHAN Kain kasa, batu sungai, pasir sungai, batu kerikil, pasir pantai, arang, tawas, gelang getah, botol air mineral 1.5 liter