16 0 112 KB
Pengertian bersuci
Ertinya Pada Bahasa
Membersihkan diri atau sesuatu daripada sebarang kekotoran. Sama ada benda itu najis ataupun tidak. Benda-benda yang najis seperti darah, bangkai, tahi dan sebagainya. Bendabenda yang kotor tetapi tidak najis seperti air ludah, hingus dan lain-Iain.
Ertinya Pada Syarak
Menghilangkan halangan beribadat kerana ada hadas atau najis atau menghilangkan halangan memakan sesuatu benda dengan sebab terkena najis.
Alat-alat yang sah untuk bersuci 1. Air mutlak 2. Tanah yang suci 3. Batu yang suci
Hukum bersuci Ulamak telah sepakat bahawa bersuci daripada najis dan hadas adalah wajib.
Bahagian air Air mutlak Air mutlak ( )ﻤﻄﻠﻖadalah air yang suci dan boleh menyucikan. Air tersebut dikatakan mutlak disebabkan air itu adalah dalam bentuk keasliannya. Air tersebut masih dikatakan air mutlak walaupun ia sudah berubah disebabkan sudah lama terbiar, dimasuki tanah, lumut dan bertakung atau tempat mengalirnya mengandungi belerang. Disenaraikan berikut adalah tujuh jenis air mutlak:
air hujan air laut
air sungai
air telaga atau perigi
air mata air
air yang dicairkan dari salji
air embun
Apabila cukup sukatan atau timbangan air sebanyak dua kolah, maka air tersebut tidak dikira najis yang disebabkan oleh benda lain melainkan berubah dari segi warna, bau dan rasa. Air yang kurang dari sukatan tersebut akan dikira najis apabila jatuh najis ke dalamnya tidak kira berubah sama ada bau, warna ataupun rasa. Ukuran dua kolah Dua kollah (Bahasa Arab: القﻠتانbersamaan dengan ukuran berikut:
Isi padunya lebih kurang 216 litre (48 imp gal; 57 US gal) bersamaan dengan satu dan satu suku (
) dhira tinggi, lebar dan dalam. (Satu dhira sama dengan 48 sentimeter).
[1]
Lebih kurang berat bersamaan 13 tin minyak tanah.
Bekas Tempat segi ialah 23 inci lebar dan 23 inci dalam
Bekas yang bulat lebarnya 19 inci dalam 46 inci.
Bekas Tempat segi empat ialah 75 sm lebar dan 75 sm dalam
Air musta'mal Air musta'mal ( )ﻣﺴتﻌﻤﻞadalah air yang suci tetapi tidak boleh menyucikan yang lain. Boleh dikatakan juga air ini boleh diminum tetapi tidak sah untuk menyucikan sesuatu. Air musta'amal yang diperolehi dari mengangkatkan hadas adalah air basuhan kali yang pertama pada mandi atau wudhu' yang wajib dan sudah jatuh dari anggota badan. Air musta'amal dari konsep najis pula ialah jika air itu tidak berubah dan tidak bertambah. Air tumbuhan dan buah-buahan seperti pucuk kelapa yang dibuat nira atau akar-akar kayu, air dari batang tebu dan yang dihasilkan dari buahan seperti kopi dan koko. Air yang berubah dan bercampur Air yang berubah dalam konsep tidak boleh menyucikan ialah yang berubah disebabkan oleh benda asing yang suci yang bercampur ke dalam air seperti kayu gahara sehingga tidak berubah sehingga jelas digelar "air gahara". Berikut adalah cara air yang berubah:
Berubah dengan Taqdiri - Air yang berubah dengan Taqdiri iaitu air yang berubah hanya pada Taqdir sahaja yang tidak dapat dilihat akan perubahannya. Berubah dengan Hissi - Air yang berubah pada Hissi iaitu berubah air itu dengan sesuatu yang dapat dilihat akan perubahannya.
Contoh cara menentukan hukum air yang bercampur dengan sesuatu yang sama rupanya dengan seperti air mawar yang telah hilang bau, rasa dan warnanya.
pada bau hendaklah ditentukan dengan bau gahara. pada rasa hendaklah ditentukan dengan rasa delima.
pada warna hendaklah ditentukan dengan warna anggur.
Jika berubah dengan cara ini, maka hukumnya air musta'amal dan jika tidak, hukumnya adalah air mutlak.