Analisis Sistem Fungsional Halliday [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

1.0



PENGENALAN



Ilmu analisis wacana merupakan salah satu ilmu yang sangat penting dalam bidang linguistik kerana kepentingannya untuk membantu merungkai pemikiran dan tautan idea penulis dalam sesebuah karya penulisan. Menerusi pemahaman yang mendalam akan aspek wacana, individu akan dapat melihat dengan lebih jelas perkembangan idea di samping penggunaan aspek-aspek bahasa yang lain. Analisis wacana juga telah memberi sinar tentang bagaimana makna boleh dibayangkan menerusi susunan pecahan maklumat dalam siri ayat, misalnya melalui teori Tema dan Rema. Brown and Yule (1983:134), menyatakan Tema merupakan konsistuen paling kiri dalam kalimat atau klausa. Tema juga dikenali sebagai peranan utama dan seerti dengan topik dalam ayat. Mereka menegaskan bahawa, dua kepentingan Tema i) mengekalkan koheren dengan menghubungkan semula wacana sebelumnya ii) menyediakan maklumat awal bagi membina wacana seterusnya. Tema turut ditafsirkan sebagai sesuatu elemen yang berfungsi sebagai titik tolak daripada mesej tersebut (point of departure of the message) iaitu berkaitan dengan klausa yang bersangkutan. Sebagai struktur mesej, klausa terdiri daripada Tema disertai Rema, dan Tema diletakkan pada bahagian pertama (Halliday, 1985 : 38). Sesetengah penahu menggunakan istilah Topik dan Komentar (ulasan) dan bukannya Tema – Rema. Topik dan Komentar membawa konotasi yang agak berbeza. Label Topik biasanya merujuk pada hanya satu jenis Tema (Halliday, 1985 : 39). Menurut Halliday, Tema dapat dikenal pasti sebagai unsur yang wujud pada kedudukan pertama dalam klausa dan harus berada pada bahagian awal. Tema adalah titik awal (starting point for the message) sesuatu mesej digerakkan. Sanat (1997) melihat Struktur Tema sebagai suatu yang mencirikan klausa sebagai amanat, klausa sebagai struktur amanat pula terdiri daripada Tema Rema. Tema merujuk kepada kategori formal sebagai unsur pada kedudukan atau klausa, titik mula klausa sebagai amanat dan Rema adalah apa yang selebihnya, iaitu yang mengembangkan Tema (Aefiqah Gitin, Kogilam Senasamy & Norshahika Hashim, 2016). Terdapat pelbagai teori boleh digunakan untuk menganalisis Tema dan Rema dalam sesuatu ayat. Antaranya menerusi pendekatan Aliran Tematik. Aliran Tematik adalah mengenai bagaimana mesej atau maklumat dilanjutkan atau sebaliknya pada sesuatu ayat atau klausa dalam teks. Aliran Tematik tidak sekadar menganalisis pada aras ayat atau klausa sahaja, malah yang 1



lebih penting dan bermakna adalah pada aras wacana, terutama pada tahap perenggan (bagi wacana bertulis). Analisis pada aras perenggan sekurang-kurangnya dapat memberi gambaran cara maklumat atau Tema dialirkan daripada ayat ke ayat seterusnya bagi membentuk teks atau wacana. Selain Aliran Tematik, Teori Sistem Fungsional Halliday (SFL) juga boleh digunakan untuk menganalisis Tema dan Rema. Menurut Halliday (1994), SFL melihat bahasa sebagai fenomena sosial yang berfungsi mekanisme struktur teks, fungsi dan makna bahasa. Ini bermula dengan analisis bahasa dalam konteks sosial di mana pilihan leksikal tatabahasa tertentu dibina di bawah pengaruh sosial dan konteks budaya. Maknanya, pusat untuk SFL, dicapai menerusi pilihan linguistik dalam paradigmatik dan tahap semantik wacana di mana kata-kata yang disusun dalam teks. Berdasarkan perbandingan terhadap konsep Aliran Tematik dan SFL, penulis lebih cenderung terhadap pendekatan SFL sebagai teori pilihan untuk menganalisis aspek Tema dan Rema dalam teks kajian. Hal ini kerana penulis lebih berminat mengkaji aspek pengaruh sosial dan konteks budaya yang terdapat dalam teks, berbanding aspek pengaliran maklumat yang menjadi keutamaan Aliran Tematik. Justeru, pada bahagian seterusnya dalam kajian ini akan memperincikan teori SFL ini dan juga memperlihatkan bagaimana pendekatan SFL ini digunakan untuk menganalisis aspek Tema dan Rema dalam teks kajian.



2.0



PERINCIAN TEORI SISTEM FUNGSIONAL HALLIDAY



Pada bahagian sebelum ini iaitu pengenalan, telah diterangkan tentang definisi Tema dan Rema, teori-teori untuk menganalisis Tema dan Rema iaitu Aliran Tematik dan Sistem Fungsional Halliday (SFL). Bagi kajian ini, penulis memilih pendekatan SFL untuk menganalisis aspek Tema dan Rema dalam teks kajian. Pemilihan SFL berbanding Aliran Tematik mempunyai kerelevanan tersendiri sebagaimana yang telah dinyatakan dalam bahagian pengenalan. Justeru, bahagian ini akan menjelaskan secara terperinci pula tentang teori SFL yang menjadi asas bagi kajian ini. Teori SFL telah dipelopori oleh Micheal Halliday yang mengkaji bahasa melalui pendekatan fungsi semantik (Halliday, 1985, Sinar, 2003 dan Eggins, 2004). Objektif utama teori ini adalah untuk memahami pembinaan teks menerusi analisis teks yang melibatkan budaya dan 2



konteks sosial. Perincian analisis wacana dalam SFL memerlukan pemahaman oleh pengkaji bahasa itu untuk meneliti, memahami fenomena wacana dan menyiasat teks atau wacana tersebut seterusnya meluahkan dalam hasilnya untuk diorganisasikan dalam menjadi sebuah karya. Tema merupakan elemen utama yang digunakan untuk menganalisis teks dalam teori ini. Mengikut Mathesius (Halliday, 1994) turut menjelaskan makna Tema iaitu merupakan bahagian ayat yang telah diketahui lebih awal oleh pewacana yang juga dikenali sebagai ‘maklumat lama’. Tema merupakan unsur yang bertugas sebagai titik tolak mesej manakala Rema merupakan bahagian ayat yang mengandungi ‘maklumat baru’ yang sebenarnya mahu disampaikan oleh pewacana, yang antara lain, maklumat baru itu mengayakan pengetahuan pendengar atau pembaca wacana/teks (Idris, 2016: 69-70). Menurut Halliday (1994), Tema boleh hadir dalam dua bentuk iaitu; i.



Tema Tidak Bertanda) iaitu ayat yang disusun dalam hukum tatabahasa formal iaitu, Subjek + Kata Kerja + Objek + Keterangan. Contoh ayat, saya bermain bola (Tengku Silvana Sinar, 2003). Ayat dalam Tema ini dimulakan dengan kata nama atau gugusan kata namaan (Thompson, 1996 dan Idris, 2016).



ii.



Tema Bertanda dimulakan dengan Proses atau Sasaran, yakni boleh berupa kata kerja, kata sendi, kata bantu atau kata hubung menjadi Tema (Eggins, 2004 dan Thompson, 1996). Dalam erti kata lain, strukturnya berbeza, iaitu proses (penyongsangan) dan sasaran /objek (pemasifan) akan menjadi Tema. Hal ini menunjukkan peluarbiasaan dalam ayat.



METAFUNGSI BAHASA Halliday (1994) dalam rangka teorinya merujuk klausa kepada metafungsi bahasa merangkumi tiga metafungsi, iaitu Tema Ideasional yang berperanan mempersembahkan pengalaman pewacana terhadap dunia sebagai suatu realiti; Tema Interpersonal melibatkan interaksi pewacana dan pembaca; dan Tema Tekstual melihat bahasa sebagai suatu kesatuan yang direalisasikan melalui konsep Tema. Ketiga-tiga fungsi bahasa ini boleh menyampaikan maksud serentak dalam unit bahasa seperti ayat, perenggan, dan teks. Oleh itu, ketiga-tiganya dapat dilihat dalam teks melalui unsur leksikografi, iaitu cara-cara perkataan disusun serta maknanya dalam membentuk satu kesatuan dalam ayat. Menurut Alireza (2010) dan Arunsirot (2013), 3



kehadiran unsur metafungsi bahasa ini memiliki kekuatan dan fungsi tersendiri dalam teks (Norfaizah Abdul Jobar, Anida Sarudin & Idris Md. Radzi, 2016b). Berikut ialah penerangan terperinci tentang tiga metafungsi bahasa tersebut;



2.1



TEMA IDEASIONAL



Tema Ideasional, iaitu elemen pertama dalam klausa yang mengrepresentasikan pengalaman dunia sekeliling dan yang berlaku dalam diri. Secara teknikalnya, tema ini merupakan fungsi daripada struktur transitiviti daripada suatu klausa (Martin, 1995). Oleh itu, Tema Ideasional dibahagikan kepada tiga subentri;



2.1.1



PROSES



Proses merupakan inti pengalaman yang menentukan jumlah Pelaku dan keadaan Tema Proses ini merujuk kepada kegiatan dan aktiviti yang terhasil dalam klausa yang difahami sebagai penggunaan ‘kata kerja.’ Terdapat enam Proses iaitu Proses Lakuan, Proses Mental, Proses Perihal, Proses Tingkah Laku, Proses Maujud dan Proses Verbal (Halliday, 2004). i.



Proses Lakuan (Material Process) merupakan proses yang melibatkan tindakan daya fizikal cara penulis membangkitkan dan memodelkan pengalaman dunianya. Oleh itu, Proses Lakuan ini boleh wujud dalam bentuk ayat aktif dan pasif.



ii.



Proses Mental (Mind Process) melibatkan proses menderia yang berhubungan dengan perasaan, sikap, keinginan, dan pemikiran. Proses ini tidak melibatkan daya fizikal.



iii.



Proses Perihal (Being Process) ialah proses yang melibatkan penghubung, penanda atau sesuatu yang dianggap sebagai memiliki ‘nilai’ terhadap perkara yang diperihalkan. Dalam bahasa Inggeris, penggunaan Proses Perihal dalam ayat amat penting. Namun, dalam bahasa Melayu kurang diaplikasikan dalam ayat kerana boleh mengalami pengguguran.



iv.



Proses Tingkah Laku (Behavioural Process) merupakan proses yang berada di tengahtengah Proses Mental dan Proses Lakuan. Ini merupakan proses psikologi yang menggambarkan sikap dan tingkah laku yang diekspresikan menerusi proses ketika



4



manusia menjalankan kegiatan bermimpi, bernafas atau tertawa. Pelaku sedar akan fungsinya sebagai pengindera. v.



Proses Maujud (Existential Process) ini berkaitan rapat dengan mempersembahkan pengalaman yang menyentuh isu kewujudan atau keberadaan. Dalam erti kata lain, proses ini mempersembahkan fungsi ‘pelaku’ sebagai wujud.



vi.



Proses Verbal (Verbal Process) merupakan proses mengujar, memindahkan mesej pertuturan atau menyampaikan maklumat menerusi bahasa. Konsep dan jenis Proses yang dihuraikan di atas telah dirumuskan dalam Jadual 1 di



bawah dengan menyertakan contoh-contoh berkaitan. Jadual 1 : Konsep dan jenis Proses dalam bahasa Melayu



*sumber dipetik : (Norfaizah Abdul Jobar, Anida Sarudin & Idris Md. Radzi, 2016)



5



2.1.2



PELAKU TAMBAHAN (LAIN)



Di samping aspek Proses, terdapat juga aspek Pelaku. Fungsi Pelaku ini dibatasi sama ada orang atau benda yang terlibat dalam Proses sebagai fungsi ‘pembermanfaat’ (beneficiary) atau objek langsung dan objek seasal ataupun ‘jangkauan’ (range). Kedua-dua fungsi ini dapat dilihat dalam Proses Lakuan, Proses Verbal, Proses Tingkah Laku dan Proses Perihal. Dalam Proses Lakuan, ‘pembermanfaatan’ boleh menjadi ‘objek langsung’/’penerima’ nenda yang kita berikan atau sebagai ‘klien’ kepada layanan/perkhidmatan yang kita beri. Proses verbal pula pelaku yang menerima pesan/maklumat akan dinamakan ‘Penerima’ dan pelaku yang memberi maklumat dinamakan ‘Penyampai.’ Manakala dalam Proses Perihal, pembermanfaat berfungsi sebagai subjek dalam klausa mengandungi kata kerja yang mempersembahkan ayat pasif. Dalam fungsi pembermanfaat, ‘jangkauan’ (range) pula dideskripsikan ciri yang memiliki kepelbagaian dalam proses tersebut. Jangkauan boleh terhasil dalam Proses Lakuan, Tingkah Laku, Mental atau Verbal. Sebagai contoh, dalam Proses Lakuan, ‘jangkauan’ mengekspresikan proses itu sendiri atau kawasan terjadinya sebuah proses. Menerusi Proses Mental pula, jangkauan mempersembahkan cara menginterpretasikan unsur yang terjadi sebelumnya. Dalam Proses Verbal pula, jangkauan diungkapkan dalam bentuk kuantiti atau kualiti.



2.1.3



KEADAAN



Keadaan merupakan klausa yang terbina berhubungan dengan enam Proses yang telah dijelaskan (Halliday, 1994). Dalam unsur ini, terdapat sembilan keadaan yang dikategorikan oleh Halliday seperti berikut; i.



Lokasi terdiri daripada dua ciri iaitu tempat dan waktu.



ii.



Takat/Rentang juga terbina daripada dua unsur, iaitu masa (setakat mana) dan ruang (sejauh mana).



iii.



Cara memiliki tiga unsur, iaitu bagaimana/alat, bandingan dan kualiti.



iv.



Sebab juga dibahagikan kepada tiga kategori, iaitu alasan, tujuan dan kepentingan.



6



v.



Lingkungan terdiri daripada keadaan yang menyatakan kedudukan Proses itu terjadi dengan menggunakan klausa seperti ‘pada’ atau ‘di dalam’, ‘walaupun’, ‘tanpa’ dan ‘jika keadaan ini berlaku.’



vi.



Peranan direalisasikan menerusi dua kategori, iaitu Keadaan yang asasnya menjawab soalan ‘sebagai apa’ atau produk termasuk juga makna ‘menjadi’ (inti) atau samaran.



vii.



Penyerta merupakan keadaan yang terhasil menerusi soalan ‘dengan siapa’ dan ‘dengan apa’. Biasanya, Proses terbina menerusi dua benda wujud menjadi dua unsur (penyerta pelengkap) atau mempersembahkan Proses sebagai dua makna yang berkongsi subjek namun boleh wujud perbezaan (penyerta tambahan).



viii.



Masalah berhubung dengan Proses Verbal, iaitu sesuatu yang dirujuk atau dijelaskan. Biasanya, menggunakan perkataan seperti ‘berkaitan dengan’, ‘berkenaan’ atau ‘tentang.’



ix.



Sudut Pandangan juga berhubung kait dengan Proses Verbal. Biasanya menggunakan kata seperti ‘menurut’ dan ‘pada pandangan saya’.



2.2



TEMA INTERPERSONAL



Tema Interpersonal merupakan fungsi ideasional yang bersumber daripada pembahasan hubungan sosial. Menurut Sinar (2003:28), sumber tersebut dapat diperoleh dengan mengajukan pertanyaan. Pertanyaan tersebut antara lain bagaimana masyarakat berinteraksi, termasuk perasaan antara kelompok masyarakat tersebut. Secara metafungsi bahasa, Tema ini menunjukkan bahasa berperanan penting dalam pertukaran pengalaman antara penulis dengan pembaca atau penutur dengan pendengar. Caranya dengan menggunakan fungsi ujaran (speech function) berupa pernyataan, pertanyaan, tawaran, atau perintah. Tema ini mengandungi unsur perasaan dan menyelitkan kriteria dialog selain boleh berubah mengikut keadaan. Tema ini dikategorikan kepada lima subentri: i.



Kata kerja bantu (finite) iaitu mengetengahkan unsur kata kerja bantu sebagai Subjek dalam MODA. Ia juga disebut sebagai pertanyaan alternatif yang perlu dijawab dalam penulisan tersebut. (Alireza, 2010), sebagai contoh: Adakah anda ingin pergi sekarang?



ii.



Kata tanya yang mengandungi subjek atau digugurkan (Wh-Interrogative) sebagai contoh, Bagaimanakah hal ini berlaku? Siapakah yang tidur di sini? Menurut, Alireza



7



(2010), penggunaan kata tanya ini memerlukan pembaca membayangkan jawapan bagi persoalan yang dikemukakan. iii.



Vokatif (vocative) selalunya diaplikasikan untuk mengidentifikasikan benda atau nama orang yang dituju sebagai pembaca pada awal klausa, sebagai contoh: Tom, bolehkah awak tolong saya? … Wahai angin yang mendayu.



iv.



Keterangan Penegas (modal-adjunct) yang memberikan keterangan, penyataan atau gambaran komen penulis dalam klausa, sebagai contoh: Boleh jadi Ali lebih hebat daripada Hassan…, Mungkin dia lebih… Sesungguhnya hal ini,… Hal ini terbukti benar…



v.



Kata perintah (imperative-let’s) dalam bentuk negatif atau positif dan bentuk yang memiliki subjek atau pengguguran subjek. Sebagai contoh, Jom main bola…, Mari ke rumah saya...



2.3



TEMA TEKSTUAL



Tema tekstual merupakan bahagian pertama daripada tema yang berfungsi menggabungkan dua klausa. Hal ini membolehkan penulis mempersembahkan teks yang koherens (Halliday, 1994). Fungsinya dilihat sebagai pembentuk teks dalam bahasa. Oleh itu, makna Tekstual ini melibatkan unsur binaan Tema dan Rema. Tema ini dibahagikan kepada tiga subentri; i.



Penanda wacana (struktural), iaitu perkataan yang digunakan untuk menghubungkan teks dan memperlihatkan hubungan semantik serta gramatis dalam ayat (Halliday, 1994). Sebagai contoh, kesimpulannya, sebagai contoh tambahan pula, maka, dengan demikian, oleh sebab itu, oleh itu...



ii.



Kata hubung (conjunct-adjunct ) yang berfungsi menghubungkan klausa sebelum dan klausa yang lain (McCabe, 1999). Misalnya yang, dan, tetapi, sehingga, lalu, walaupun, sungguhpun, meskipun.



iii.



Continuative atau penambah merupakan perkataan yang berfungsi membentuk hubungan dalam teks secara berterusan. Halliday (1994), menyatakan bahawa penambah merujuk kata-kata yang menjadi permulaan dalam ucapan dan lebih banyak digunakan dalam percakapan berbanding dengan penulisan. Misalnya, Ya.., Oh ..., Tidak ..., Baik ...



8



3.0



METODOLOGI



Kajian ini berasaskan analisis dokumen yang memanfaatkan teks sebenar atau dikenali sebagai “analisis wacana” yang memerihalkan nahu dalam satuan bahasa yang lengkap yang dinamakan nahu wacana. Sebanyak 41 ayat daripada cerita “Nabi Daud a.s. mengalahkan Raja Thalut” telah dianalisis. Semua ayat yang dianalisis disempadan berdasarkan konsep Tema dan Rema yang seterusnya dibahagikan kepada metafungsi bahasa, iaitu menganalisis binaan awal ayat. Persempadanan unsur Tema dan Rema ini merupakan cara yang boleh dilakukan bagi mengagihkan maklumat dalam ayat. Setelah persempadanan Tema dilakukan, penciriannya dilandaskan berdasarkan istilah dan konsep metafungsi bahasa Halliday (1994). Bagi Tema Ideasional misalnya, kehadiran setiap unsur proses tersebut ditentukan penjenisannya berdasarkan konteks dan pertimbangan akal (Thompson, 1996 dalam Norfaizah Abdul Jobar, Anida Sarudin & Idris Md. Radzi, 2016a). Selain itu, kajian ini juga menggunakan rujukan Tatabahasa Dewan (2015) dan Kamus Dewan Edisi Keempat (2015) sebagai penanda aras dalam memerihalkan nahu dan makna bahasa Melayu ketika analisis wacana dilakukan. Selepas persempadanan Tema-Rema dan penentuan metafungsi dilakukan, pengkaji meneruskan analisis dengan mengira kekerapan setiap subtopik metafungsi yang ada. Peratusan turut dikira berdasarkan kekerapan ini. Jumlah kekerapan dan peratusan dicatat pula dalam jadual bagi menjelaskan lagi dapatan kajian ini. Selain kaedah analisis dokumen, pengkaji juga telah menjalankan kajian kepustakaan untuk mendapatkan maklumat menerusi bahan-bahan ilmiah seperti buku, artikel, jurnal dan kertas kerja sebagai rujukan. Selain itu, sumber maklumat juga diperolehi daripada data sekunder seperti laman web dan nota kuliah. Kajian kepustakaan ini membantu pengkaji untuk meningkatkan pemahaman lebih terperinci dan jelas berkaitan konsep Sistem Fungsional Halliday, tatacara pemerolehan dan penganalisisan data kajian. Kesimpulannya, metadologi yang digunakan bagi kajian ini ialah kaedah analisis dokumen dan kaedah kepustakaan.



9



4.0



ANALISIS METAFUNGSI DALAM WACANA PILIHAN



Berikut ialah analisis metafungsi Tema Ideasional, Interpersonal dan Tektual berdasarkan buku cerita Nabi Daud A.S. mengalahkan Raja Thalut.



4.1



TEMA IDEASIONAL



AYAT 2



3



4



6



7



8



10



13



14



TEMA



REMA



Nabi Daud A.S.



daripada



(Pelaku)



(Proses Perihal)



Baginda



mempunyai



(Pelaku)



(Proses Perihal)



Raja Bani Israel



bernama



(Pelaku)



(Proses Perihal)



Bani Israel.



13 orang adik-beradik.



Thalut.



Ayah Nabi Daus a.s, Yisha menyuruh baginda berperang menentang Raja Jalut. (Pelaku)



(Proses Verbal)



Raja Jalut



mencabar tentera Bani Israel, bertarung dengannya.



(Pelaku)



(Proses Lakuan)



Mereka



berasa



(Pelaku)



(Proses Perihal)(Proses Mental)



Baginda



berasa



(Pelaku)



(Proses Perihal)(Proses Mental)



Tentera Bani Israel



pulang



(Pelaku)



(Proses Lakuan) (Keadaan Cara)



Raja Thalut



memuji-muji



takut



untuk melawan Raja Jalut.



marah lalu berlari ke arah Raja Jalut.



dengan gembira.



keberanian Nabi Daud a.s.



(Proses Verbal) 15



Raja Thalut (Pelaku)



18



mengahwinkan Nabi Daud a.s. dengan puterinya (Proses Lakuan)



Rakyat



bernama Mikyal kerana terlalu gembira. (Keadaan-Sebab) lebih suka kepada Nabi Daud a.s.



(Pelaku)



(Proses Mental)



10



AYAT 20



21



23



TEMA



REMA



Nabi Daud a.s.



diperintah pergi berperang dengan bangsa Kan’an.



(Pelaku)



(Proses Lakuan)



Nabi Daud a.s.



mengetahui niat jahat Raja Thalut.



(Pelaku)



(Proses Mental)



Nabi Daud a.s.



memimpin dengan gagah sebuah (Proses Lakuan) (Keadaan Cara)



(Pelaku)



angkatan tentera yang besar. 26



Raja Thalut (Pelaku)



28



32



34



35



37



39



40



Mikyal



kerana Nabi Daud a.s. tidak terbunuh. (Keadaan Sebab) menyuruh Nabi Daud a.s. melarikan diri.



(Pelaku)



(Proses Verbal)



Nabi Daud a.s.



menggunting baju Raja Thalut.



(Pelaku)



(Proses Lakuan)



Nabi Daud a.s.



tidak mahu



(Pelaku)



(Proses Mental) (Proses Lakuan)



Baginda



sebagai utusan Allah ingin menyedarkan Raja Thalut.



(Pelaku)



(Keadaan Peranan)



Raja Thalut



berasa



(Pelaku)



(Proses Perihal)(Proses Mental)



Nabi Daud a.s.



dilantik



(Pelaku)



(Proses Lakuan) (Keadaan Peranan)



Rakyat



sangat sayang kepada baginda (Proses Mental)(Keadaan Penyerta Pelengkap)



(Pelaku)



41



murka saat itu (Proses Mental) (Keadaan Lokasi)



membunuh Raja Thalut.



insaf



lalu meninggalkan istana.



menjadi Raja Bani Israel.



Baginda



kerana baginda raja yang baik. (Keadaan Sebab) memerintah dengan adil lagi saksama.



(Pelaku)



(Proses Lakuan) (Keadaan Cara)



Jadual 2 Analisis Tema dan Rema berdasarkan aspek Ideasional



11



4.2



TEMA INTERPERSONAL



AYAT 1



TEMA



REMA tentang Nabi Daud?



Tahukah anda, (Kata Tanya)



5



Raja Thalut



ingin



berperang dengan Raja Jalut,



(Kata Kerja Bantu) 9



Nabi Daud a.s.



Raja Negeri Palestin.



dapat



mendengar jeritan Raja Jalut.



(Kata Kerja Bantu) 19



Raja Thalut



ingin



mencari



(Kata Kerja Bantu) 22



helah



untuk



membunuh Nabi Daud a.s.



Seperti yang dijangka,



baginda



pergi



berperang



(Keterangan Penegasan – komen)



dengan bertawakal kepada Allah s.w.t.



24



mengalahkan bangsa Kan’an.



Baginda dapat (Kata Kerja Bantu)



25



Baginda



pun



pulang.



(Keterangan Penegasan – kata penegas) 36



“Ayuh, sembahlah Allah yang Maha Esa,”



pujuk Nabi Daud a.s.



(Kata Perintah)



Jadual 3 Analisis Tema dan Rema berdasarkan aspek Intepersonal



12



4.3



TEMA TEKSTUAL



AYAT 11



TEMA



REMA



Maka,



berlaku pertarungan antara



(Penanda Wacana)



Nabi Daud a.s. dengan Raja Jalut.



12



Raja Jalut dapat dikalahkan.



Akhirnya, (Penanda Wacana)



16



17



27



29



Pada mulanya,



Nabu Daud a.s. disayangi



(Penanda Wacana)



Raja Thalut.



Kemudian,



Raja Thalut mula membenci



(Penanda Wacana)



baginda.



Oleh itu,



dia



(Penanda Wacana)



membunuh Nabi Daud a.s.



Raja Thalut



dan



tentera-tenteranya



sendiri



hendak



mengajar baginda.



(Kata Hubung) 30



Nabi Daud a.s.



dan



pengikut-pengikut baginda bersembunyi



(Kata Hubung) 31



Raja Thalut dan



33



Apabila



sebuah



lembah.



askar-askarnya



(Kata Hubung)



di



yang



penat,



berehat lalu tertidur.



(Kata Hubung) Nabi Daud a.s berkata, “lihat,



Raja Thalut terjaga,



(Kata Hubung)



aku telah gunting bajumu. Jika aku mahu aku telah bunuh kamu.”



38



“Oh,



betapa hinanya aku,”



detik hati Raja Thalut.



(Penambahan)



Jadual 3 Analisis Tema dan Rema berdasarkan aspek Tekstual



13



5.0



DAPATAN KAJIAN



Bahagian ini akan merumuskan kekerapan dan jumlah peratusan setiap jenis metafungsi bahasa dan subtopiknya yang telah ditemui dalam wacana pilihan. JENIS



KEKERAPAN



PERATUS (%)



IDEASIONAL



59



74.7



INTERPERSONAL



9



11.4



TEKSTUAL



11



13.9



JUMLAH



79



100



Jadual 4 Rumusan analisis kekerapan dan peratusan Tema Ideasional, Interpersonal dan Tekstual berdasarkan cerita Daud a.s. Mengalahkan Raja Thalut.



JENIS TEMA



Proses



KEKERAPAN



PERATUS (%)



Lakuan



9



11.4



Mental



8



10.1



Perihal



6



7.6



Tingkah Laku



-



-



Maujud



-



-



Verbal



3



3.8



Lokasi



1



1.3



Takat



-



-



Cara



3



3.8



Sebab



3



3.8



Lingkungan



-



-



Peranan



2



2.5



Penyerta



1



1.3



Sudut Pandangan



-



-



Masalah



-



-



23



29.1



IDEASIONAL



Keadaan



Pelaku



14



JENIS TEMA



KEKERAPAN



PERATUS (%)



Kata Tanya



1



1.3



Vokatif



-



-



Kata Kerja Bantu



5



6.3



Keterangan Penegasan (Komen)



2



2.5



Kata Perintah



1



1.3



Penanda Wacana



5



6.3



Kata Hubung



5



6.3



Penambah



1



1.3



79



100



INTERPERSONAL



TEKSTUAL



JUMLAH



Jadual 5 Rumusan analisis kekerapan dan peratusan subtopik Tema Ideasional, Interpersonal dan Tekstual berdasarkan cerita Daud a.s. Mengalahkan Raja Thalut.



6.0



PERBINCANGAN



Dapatan kajian menunjukkan bahawa wacana yang telah dipilih mengandungi ketiga-tiga aspek metafungsi bahasa, iaitu Ideasional, Interpersonal dan Tekstual. Daripada 41 ayat yang telah dianalisis, terdapat 17 aspek berdasarkan jenis tema yang terdapat dalam metafungsi bahasa. Tema Ideasional menunjukkan jumlah yang paling dominan, iaitu sebanyak 59 kekerapan mewakili 74.6 peratus daripada keseluruhan. Manakala, Tema Tekstual menunjukkan kekerapan sebanyak 11 kekerapan mewakili 13.9 peratus. Tema Interpersonal pula menunjukkan kekerapan yang paling sedikit iaitu hanya sembilan kekerapan mewakili 11.4 peratus. Persembahan data dirumuskan dalam bentuk rajah di bawah.



15



9 11



Ideasional Tekstual Interpersonal



59



Jadual 6 Jenis Tema yang terdapat dalam wacana pilihan dan kekerapannya 80.00%



74.70%



70.00% 60.00% 50.00% 40.00%



30.00% 20.00%



13.90%



11.40% 10.00% 0.00% Ideasional



Interpersonal Ideasional



Interpersonal



Tekstual Tekstual



Jadual 6 Jenis Tema yang terdapat dalam wacana pilihan dan peratusannya



16



Analisis dapatan kajian menunjukkan Tema Ideasional menjadi dominan kerana Tema ini boleh dibahagaikan kepada banyak aspek berbanding Tema Interpersonal dan Tekstual. Tema Ideasional terbahagi kepada tiga, iaitu Proses, Keadaan dan Pelaku. Aspek Proses dan Keadaan pula dibahagikan kepada beberapa bahagian lagi. Aspek Proses dalam kajian ini menunjukkan terdapat empat subtopik iaitu Lakuan, Mental, Perihal dan Verbal. Lakuan menunjukkan jumlah kekerapan sebanyak sembilan kali mewakili 11.4 peratus, Mental pula berjumlah lapan kali kekerapan mewakili 10.1 peratus dan Verbal menunjukkan jumlah kekerapan yang paling rendah, iaitu tiga kali kekerapan mewakili 3.8 peratus. Proses Lakuan dan Mental merupakan Proses dengan kekerapan paling banyak berbanding Proses lain. Kedua-dua Proses ini membantu untuk menonjolkan perbuatan, perwatakan dan emosi watak-watak di dalam wacana ini. Di samping itu, Proses Lakuan dan Mental ini juga penting bagi menggerakkan plot cerita dalam wacana ini. Aspek Keadaan pula menunjukkan daripada sembilan pembahagian, terdapat lima pembahagian aspek ini yang dijumpai dalam wacana pilihan. Pembahagian ini merangkumi subtopik Lokasi, Cara, Sebab, Peranan dan Penyerta. Lokasi dan Penyerta menunjukkan jumlah hanya sekali kekerapan mewakili 2.5 peratus. Manakala, Cara dan Sebab pula masing-masing mencatatkan jumlah kekerapan yang sama, iaitu tiga kali kekerapan mewakili 3.8 peratus. Keadaan Cara dan Sebab ditonjolkan lebih kerap berbanding daripada Keadaan lain kerana kedua-dua Keadaan ini membantu untuk menjelaskan persoalan bagaiamana serta mengapa sesuatu perbuatan itu dilakukan. Impaknya, pembaca dapat lebih memahami secara mendalam perwatakan watak-watak dalam cerita Nabi Daud a.s. mengalahkan Raja Thalut. Aspek terakhir adalah aspek Pelaku yang menunjukkan kekerapan tertinggi dalam Tema Ideasional dengan catatn jumlah kekerapan sebanyak 23 kali bersamaan 29.1 peratus. Kekerapan aspek Pelaku ini mempunyai kerelevanan tersendiri. Hal ini kerana pewacana melihat kanakkanak sebagai sasaran pembaca. Justeru, struktur ayat wacana mesti ditulis dalam bentuk biasa dan mudah iaitu subjek atau Pelaku di hadapan ayat. Impaknya, sebahagian besar ayat dalam wacana ini mempunyai Pelaku di hadapan ayat.



17



Terdapat empat Tema Interpersonal dalam wacana ini iaitu Kata Tanya, Kata Kerja Bantu, Keterangan Penegasan dan Kata Perintah. Kata Tanya dan Kata Perintah berkongsi kekerapan yang sama iaitu sekali sahaja bersamaan 1.3 peratus. Manakala, Kata Kerja Bantu menunjukkan jumlah kekerapan tertinggi dalam Tema Interpersonal bersamaan lima kali mewakili 6.3 peratus. Selain itu, Tema Interpersonal ditonjolkan oleh Keterangan Penegasan iaitu dalam bentuk komen penulis dengan kekerapannya hanya dua kali sahaja bersamaan 2.5 peratus. Kata Kerja Bantu ini dominan dalam Tema Interpersonal bagi menonjolkan dan menguatkan lagi ragam Kata Kerja yang terdapat dalam wacana. Contohnya, ayat “Raja Thalut ingin berperang dengan Raja Jalut, Raja Negeri Palestin.” Kata Kerja berperang dikuatkan dengan Kata Kerja Bantu ingin. Kata Kerja Bantu ingin dalam ayat ini menonjolkan betapa perbuatan berperang sangat dipentingkan atau dihasratkan oleh watak Raja Thalut. Seterusnya ialah Tema Tekstual yang dibahagikan kepada tiga subtopik iaitu Penanda Wacana, Kata Hubung dan Penambah. Bagi Penambah, hanya sekali sahaja kekerapannya bersamaan 1.3 peratus. Manakala, aspek Penanda Wacana dan Kata Hubung masing-masing mencatatkan jumlah kekerapan yang sama, iaitu lima kali kekerapan mewakili 6.3 peratus. Penanda Wacana yang digunakan seperti maka, akhirnya, pada mulanya, kemudian dan oleh itu. Manakala, Kata Hubung yang digunakan ialah dan sahaja. Aspek Penanda Wacana dan Kata Hubung ini membolehkan penulis untuk mempersembahkan cerita ini dengan lebih koheren. 7.0



KESIMPULAN



Kajian ini telah menganalisis cerita Nabi Daud a.s. mengalahkan Raja Thalut dengan menggunakan Teori Sistem Fungsional Halliday. Pertama, analisis adalah terhadap pembahagian aspek Tema dan Rema setiap ayat dalam wacana ini. Salah satu cara pengkaji membuat sempadan Tema dan Rema ialah dengan melihat aspek Kata Kerja dalam ayat. Kemudian, analisis kajian diteruskan dengan melihat sama ada wujud penerapan Tema Ideasional, Interpersonal atau Tekstual dalam satu-satu ayat. Hasil dapatan mendapati Tema Ideasional merupakan metafungsi bahasa yang paling menonjol (74.7%) dalam wacana ini, diikuti Tema Interpersonal (11.4%) dan Tema Tekstual (13.9%). Kajian ini juga ingin menyimpulkan bahawa pengenalpastian jenis Tema dan subtopiknya merupakan langkah awal meneroka nahu Melayu secara fungsional. Ini akan membantu dalam penjelasan proses sosial dalam bidang analisis wacana kritis. 18



RUJUKAN Aefiqah Gitin, Kogilam Senasamy & Norshahika Hashim. (2016). Analisis karangan jenis perbincangan pelajar India Tingkatan Dua dengan mengaplikasikan Metafungsi Bahasa Halliday. Kerja Kursus. Tanjong Malim : UPSI. Alireza Jalilifar. (2010). The Status of Theme in Applied Linguistics Articles. The Asian ESP Journal Autumn Edition 6(2), 7-39. Gillian Brown & George Yule. (1983). Discourse analysis (terj. I. Soetika).Jakarta: Gramedia Pustaka Utama. Eggins. S. (2004). An Introduction to Systemic Fungsional Linguistic. London: Continuum. Halliday, M.A.K., & Matthiessen. (2004). An Introduction to Functional Grammar. Great Britain: Hodder Arnold.



Idris Aman. (2016). Analisis wacana. Bangi : Universiti kebangsaan Malaysia. Idris Aman (2012). "Proses" dalam ayat wacana : representasi pengalaman dunia penutur, Jurnal Bahasa, 2(1), 1-19. Diakses pada 18 April 2018 daripada http://jurnalbahasa.dbp.my/wordpress/wp-content/uploads/2014/08/1-Proses-dalam-ayatwacana.pdf Kamus Dewan Edisi Keempat. (2015). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. M.A.K Halliday. (1985). An introduction to fuctional grammar. London: Arnold. M.A.K Halliday. (1994). An introduction to fuctional grammar. London: Arnold. Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Musa & Abdul Hamid Mahmood. (2015). Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Nor Azlin Japar & Norul Azila Arifin (Pnyt.). (2011). Nabi Daud A.S. mengalahkan Raja Thalut. Johor Bahru : Junior Pages Publication. Norfaizah Abdul Jobar, Anida Sarudin & Idris Md. Radzi. (2016a). Representasi ‘Proses’ dalam wacana unit pendahuluan penulisan karangan. International Seminar on Language Maintenance and Shift (LAMAS) 6, 79-85. Tanjong Malim : UPSI. Diakses pada 18 April 2018 daripada http://eprints.undip.ac.id/55753/1/PROCEEDING_OF_INTERNATIONAL_SEMINAR_ _LAMAS_6._Norfaizah_Abdul_Jobar%2C_Anida_Sarudin%2C_Idris_Md._Radzi.pdf



19



Norfaizah Abdul Jobar, Anida Sarudin & Idris Md. Radzi. (2016b). Analisis Metafungsi Bahasa dalam penulisan karangan. Jurnal Bahasa, 16(2), 307-322. Diakses pada 18 April 2018 daripada https://www.researchgate.net/publication/315815638_ANALISIS_METAFUNGSI_BAH ASA_DALAM_PENULISAN_KARANGAN_Analysis_of_Language_Metafunction_in_ Essay-Writing Nor Azlin Japar & Norul Azila Arifin (eds.). (2011). Nabi Daud a.s. mengalahkan Raja Thalut. Johor Bahru : Junior Pages Publications. Tengku Silvana Sinar. (2003). Teori dan Analisis Wacana. Medan: Pustaka Bangsa Press. Thompson G. (1996). Introducing Functional Grammar. London: Arnold.



20



LAMPIRAN



21