Asas Pertolongan Cemas [PDF]

  • Author / Uploaded
  • sasa
  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

TARIKH



:



19 JULAI 2017



MASA



:



2.00 – 4.00 PETANG



TEMPAT



:



BLOK AKADEMIK



PENSYARAH



:



NORAINI ZAKARIA LORETTA @ LILY POLUS DAISY AK BENEDICT BAMSA



KETUA PLATUN



:



YOUSHA NASYUHA BINTI YUSRI



BILANGAN AHLI



:



19 ORANG



TAJUK



:



ASAS PERTOLONGAN CEMAS



Bagi kuliah tajuk asas pertolongan cemas, ahli Pandu Puteri diberi penerangan tentang tujuan dan prinsip pertolongan cemas oleh pensyarah-pensyarah Pandu Puteri. Selain itu, kami turut belajar tentang anduh dan balutan. PERTOLONGAN CEMAS Tujuan Dan Prinsip 1) Definisi Pertolongan Cemas Bantuan permulaan atau rawatan pertama yang diberikan kepada seseorang yang tercedera dalam sebarang kemalangan atau mengalami kecemasan atau sakit secara mengejut sebelum ketibaan ambulans, doktor atau pakar perubatan 2) Tujuan Utama 1. Menyelamatkan nyawa 



Sekiranya terhenti denyutan jantung dan pernafasan, berikan bantuan pemulihan pernafasan dan jantung.







Setiap saat adalah penting.







Berhentikan pendarahan.







Pulihkan renjatan.



2. Mengelakkan keadaan mangsa daripada bertambah buruk 



Menguranggkan pergerakan. buat apa yang anda tahu sahaja.







Melindungi pesakit dengan bantuan persekitaran alam semula jadi.







Jangan memberi sebarang makanan atau minuman melalui mulut. Basahkan bibir sahaja sekiranya perlu.



3. Memberi kelegaan dan keselesaan 



Memberi semangat yang kuat kepada pesakit yang masih sedar.







Jangan tinggalkan pesakit bersendirian.







Pastikan keadaan pesakit: Periksa nadi dan pernafasan



3) Prinsip Pertolongan Cemas 



Menyelamatkan nyawa







Memberi pertolongan semasa mangsa tercedera







Melindungi dan mengurangkan kecemasan







Menyediakan ubatan, alat-alat untuk melindungi orang cedera







Menghadkan kesan-kesan kecederaan







Menggalakkan pemulihan



Anduh Dan balutan 1. Kegunaan kain anduh 



Mengampu bahagian yang cedera atau patah







Menghenti atau menahan pendarahan







Menetapkan bahagian yang cedera







Dapat digunakan sebagai pengipas







Menutup tempat yang luka atau cedera







Sebagai pengelap atau karung tuaman sejuk



i.



Anduh besar/anduh lengan 



Mengampu bahagian anggota atas yang luka atau cedera







Mengurangkan pergerakan serta sakit anggota atas







Bucu kain atas anduh hendaklah diletakkan pada siku lengan yang cedera.







Kemudian ikatan buku sila diikatkan pada atas bahu.







Bucu atas kain anduh yang diletakkan pada siku tadi boleh dipinkan atau dilipat







ke bahagian dalam supaya nampak lebih kemas.



Cara membalut anduh besar



ii.



Anduh kecil/ anduh pergelangan tangan 



Letakkan tapak tangan yang tercedera di atas kain anduh, kemudian tarik dan letakkan bucu atas kain anduh di atas tangan.







Silangkan kedua-dua bucu hujung kain anduh di atas dan bawah.







Ikatan buku sila kemudiannya diikat pada atas pergelangan tangan.



Cara menggunakan anduh kecil



iii.



iv.



Pembalut cincin 



Balutan ini digunakan apabila cedera terkena atau tertusuk objek tajam.







Diperbuat daripada pembalut tirus.







Digunakan untuk menutup luka



Anduh kepala 



Lipatkan sedikit kain dan letakan pada atas dahi mangsa dan biarkan bucu atas kain anduh berada dibelakang kepala







Pegang kedua-dua kain dan silang ke belakang kepala kemudian dibawa ke dahi dan diikat buku sila







Lipat kain lebihan untuk lebih kemas



v.



Anduh lutut dan siku 



Lipat sedikit dan letakan diatas lutut yang tercedera.







Tarik kedua-dua hujung kain anduh melintasi bawah lutut kemudian ikatkan buku sila pada atas bahagian lutut.







Tutup ikatan tersebut dengan bucu atas kain anduh untuk lebih kemas.



Merawat Luka Dan Gigitan Luka 1. Definisi luka Kecederaan yang berlaku pada tisu-tisu, samaada ianya mengeluarkan darah atau tidak yang boleh menyebabkan berlakunya jangkitan kuman 2. Jenis jenis luka i.



Luka terhiris (incised wound) 



Luka yang disebabkan oleh benda-benda atau senjata bermatatajam.







Keadaan lukanya adalah berkeadaan bersih atau satu garisan. Contohnya luka disebabkan oleh hirisan pisau, pedang, semilubuluh, pisau cukur dan sebagainya.



ii. Luka terkoyak (lacerated wound) 



Luka yang berkeadaan terkoyak yang kebiasaannya disebabkan olehsenjata atau alat-alat yang tidak tajam. Contohnya kemalangan jalanraya, cakaran atau gigitan binatang atau sebagainya



iii. Luka lebam (contusion) 



Luka yang mencederakan tisu-tisu dalam yang mana darah yang keluar berkumpul dalam tisu.







Luka jenis ini biasanya disebabkan oleh benda-benda berat yang tidak bermata tajam. Contohnya kena ketukan penukul, kenatumbukan, terhimpit kepada benda-benda yang berat.



iv. Luka tembus (punctured wound) 



Luka atau kecederaan yang disebabkan oleh objek atau senjatayang hujungnya tajam.







Luka



ini



berkeadaan



kecil



sahaja



lukanya



tetapi



biasanya



dalamdan



mengeluarkan darah yang banyak. Contohnya tusukanpisau, jarum, paku, duri dan sebagainya v. Luka tembakan (gun shot wound) 



Luka yang disebabkan oleh senjata api.







Luka di bahagian kena tembakan adalah lebih kecilberbanding luka di mana peluru itu keluar.







3.



Contohnya kena tembakan senapang atau pistol



Tanda dan gejala luka • Mangsa mengadu sakit pada tempat yang cedera. • Pucat. •Pening kepala. • Meloya dan kemungkinan muntah. •Gelisah dan berpeluh dengan banyak. • Gerak nadi cepat dan tidak kuat isipadunya. •Sesak nafas dan pernafasan cepat dan pendek-pendek. •Kulit badan berpeluh dan sejuk. •Hilang kekuatan atau keupayaan. •Berlaku renjatan dan pengsan



4. Rawatan am luka  Bawa mangsa atau pesakit ke tempat yang selamatdan edaran udara yang sempurna.  Tenangkan mangsa sekiranya ia masih sedar.  Pastikan tahap kesedaran mangsa, sama ada ia sedaratau sebaliknya. Pastikan saluran pernafasan mangsaberada dalam keadaan yang baik. Beri bantuan CPR jika diperlukan.  Longgarkan pakaian si mangsa terutama di bahagianleher dan pinggang.  Hentikan pendarahan sekiranya terdapat luka yang mengeluarkan darah yang banyak.



Gigitan 1. Digigit Hama rumput 



Hama-Hama ini adalah didapati pada rumput panjang, lalang dan belukar.







Gigitannya menyebabkan gatal dan bintat.



Cara Merawat: 



Cuci tempat yang digigit bersih-bersih dengan air dan sabun







Tukar dan cuci pakaian, basuh dengan anti-septik







Jangan menggaru kerana ini menambahkan gatal dan menyebabkan bengkak.







Bagi melegakan rasa gagal sapulah dengan ammonia atau soda yang tidak terlalu keras atau minyak anti-histamine.



2. Digigit lintah dan Pacat 



Jangan cuba menarik lepas binatang-binatang ini kerana sebahagian dari sengatnya akan tertinggal pada kulit.







Gigitan lintah atau pacat boleh menyebabkan darah keluar dengan banyak dan berterusan kerana lintah memuntahkan sejenis enzim



yang menyebabkan



pembekuan darah lambat. Cara Merawat: 



Cucuh belakang binatang itu dengan api atau gosokkan garam untuk melonggarkan gigitan dan menggugurkannya.







Bersihkan sekeliling tempat yang digigit itu dengan methylated spirit.







Legakan gatal-gatal dengan campuran soda atau ammonia yang tidak terlalukeras ataupun dengan minyak anti-histamine.







Tutup dan balut dengan pembalut kering



3. Dipatuk Ular 



Gigitan ular boleh menyebabkan terkejut yang amat sangat, bengkak pada tempatyang digigit dan bisa.



Cara merawat: 



Jika anggota digigit, tahan perjalanan darah dengan mengikat dengan kuat akan bahagian sebelah tempat yang digigit yang pengaliran darah ke jantung. Jangan ikat sehingga pengaliran darah dalam urat nadi terhenti. Anda haruslah dapat merasa nadi pada pergelangan tangan atau kaki.







Cuci luka itu dengan air yang dicampur dengan potassium permanganate untuk menawarkan racun yang ada pada luka.







Juntaikan anggota yang tergigit itu dan biarkan darah keluar dengan memotong ke dalam akan daging yang digigit dengan pisau yang tajam dan telah dibakar terlebih dahulu.







Longgarkan ikatan







‘tourniquet’ selama ½ minit dan tiap-tiap ½ jam.







Biarkan orang yang digigit ular itu bertenang dengan cukup.







Beri minuman panas, badan sentiasa dalam keadaan panas.







Jika ia tidak bernafas, bantu pernafasan dan buat pertolongan dalam pernafasan.







Hantar ke rumah sakit yang terdekat







Anti-Venin, ubat menawarkan bisa racun gigitan ular dan hanya boleh diberikan oleh mereka yang terlatih sahaja untuk membuat suntikan.