Pertolongan Cemas (Pkes 3053) [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

IPG KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM JALAN DATIN HALIMAH, 80350,JOHOR BAHRU JOHOR BAHRU, JOHOR



NAMA



: NOR HAFIZAH BINTI SHAFIEE



OPSYEN



: PENDIDIKAN JASMANI (sk)



NO. KAD PENGENALAN : 990315 06 5614 ANGKA GILIRAN



: 2018122340015



MATAPELAJARAN



: PERTOLONGAN CEMAS



KOD KURSUS



: PKES 3053



TUGASAN 1



: PENULISAN ESEI 2000 PP (INDIVIDU)



NAMA PENSYARAH



: TN HJ SALLEHUDIN BIN IBRAHIM



TARIKH HANTAR



: 14 SEPTEMBER 2019



Semasa berlaku kecederaan seperti patah ketika perlawanan, penyelamat semestinya akan mengaplikasikan pengetahunnya untuk membantu mangsa yang cedera. Oleh itu, tips untuk mengendali situasi ketika berlakunya kecederaan adalah dengan menggunakan kaedah rawatan yang pelbagai. Langkah pertama yang perlu diambil jika berlakunya kecederaan ialah penilaian (assessment). Langkah-langkah penilaian boleh disimpulkan dengan kaedah rawatan TOTAPS. Apa itu TOTAPS? Dari segi bahasa TOTAPS itu membawa makna seperti pada rajah 1.



Rajah 1 : Maksud TOTAPS



pertama sekali yang perlu penyelamat lakukan ialah bercakap dengan mangsa. Contohnya seperti



“awak, sakit kat mana?”



“awak, ok tak ni?”



Bercakap (TALK) bukan sekadar untuk bertanyakan di mana kecederaan yang dialami, bercakap juga penting untuk memastikan mangsa yang mengalami kecederaan patah tersebut masih sedar (conscious). Sekiranya mangsa tidak sedar, pihak pengurusan perlu segera memanggil ambulans dan terus membawa mangsa tersebut ke pusat kesihatan terdekat. Jika mangsa tersebut memberitahu di mana kesakitan yang dialami, penyelamat perlu membuat pemerhatian (OBSERVE) di bahagian yang patah tersebut sekiranya berlaku situasi contohnya seperti berikut terseliuh, bengkak lembut, bengkak keras dan berdarah. Justeru itu, perlu



diingatkan bahawa penyelamat tidak boleh sembur (spray) sembarangan di tempat yang cedera terutama sekali menggunakan Spams Relief Spray. Seterusnya Sentuh (TOUCH) pula bermaksud sentuhan lembut bukan meraba, sekadar untuk mengenal pasti jenis kecederaan, sama ada bengkak atau tidak dan untuk mengenal pasti adakah bahagian patah tersebut agak panas atau tidak. Contohnya mangsa mengalami bengkak di lutut kanan. Jadi, untuk mengesahkan bahawa lutut kanannya bengkak, sentuhan di bahagian lutut kanan dan kiri dapat membandingkan keadaan lutut mangsa. Selain itu, Pergerakan aktif (ACTIVE) bermaksud mangsa menggerakkan sendiri bahagian yang sakit dan mampu menyatakan skala kesakitan, dan membuat keputusan sama ada mampu atau tidak untuk meneruskan permainan. Contohnya mangsa yang cedera lutut tadi, perlu cuba membengkokkan lututnya berulang kali secara perlahan-lahan untuk menentukan skala kesakitan yang dialami. Manakala Pergerak pasif (PASSIVE) pula ialah penyelamat menggerakkan bahagian yang sakit dialami oleh mangsa dan penyelamat akan menentukan sama ada mangsa tersebut mampu atau tidak untuk meneruskan permainan. Contoh, pemain yang cedera di lutut tidak mampu untuk menggerakkan lututnya sendiri. Jika ini berlaku maka penyelamat perlu membengkokkan lututnya secara perlahan-lahan dan dari situ, penyelamat akan menentukan sama ada mangsa akan meneruskan permainan atau tidak. Selanjutnya, Ujian khas (SKILL) ini hanya dijalankan sekiranya mangsa tidak merasai sebarang kesakitan ketika pergerakan aktif dan pasif. Maka mangsa tersebut harus melakukan ujian khas seperti berdiri sebelah kaki (kaki yang mengalami kecederaan). Jika mangsa mengalami kesakitan, maka mangsa tidak seharusnya dibenarkan untuk meneruskan permainan. Secara Kesimpulannya TOTAPS membantu fisio, terutamanya fisio bidan terjun dalam sesebuah pertandingan yang dilaksanakan dan menentukan tahap kecederaan seseorang pemain serta menentukan sama ada pemain tersebut mampu untuk meneruskan permainan atau tidak. Andainya keputusan yang tidak tepat diambil oleh fisio, contohnya jika pemain yang sepatutnya direhatkan masih lagi dibenarkan bermain, masalah kecederaan jangka panjang mungkin akan berlaku.



Penutup



Rawatan kecemasan merupakan sesuatu kemahiran yang semua orang patut tahu. Hal ini demikian kerana rawatan kecemasan mampu menyelamatkan nyawa. Oleh itu, penyelamat, termasuklah warga muda haruslah didedahkan dengan kaedah rawatan kecemasan, diajar cara mengaplikasikan rawatan kecemasan serta mempunyai keberanian untuk bertindak dalam situasi kecemasan. Kaedah rawatan juga turut merangkumi kebanyakan ilmu yang perlu



diketahui oleh orang ramai termasuklah teknik CPR ataupun cardiopulmonary resuscitation, kaedah DRABC, TOTAPS, RICER, dan ilmu tentang kotak kecemasan. Rawatan kecemasan ini digunakan agar mereka mempunyai ilmu pengetahuan tentang rawatan kecemasan untuk mengendalikan sesuatu kecederaan. Pendek kata, Kaedah rawatan yang digunakan ini sangat berguna dan sesuai untuk dijalankan untuk merawat sebarang kecederaan seperti patah, terseliuh dan sebagainya. Malah, ia juga dapat memberi kesedaran tentang kepentingan rawatan kecemasan dan dapat mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian.



Rujukan



Haji Gapor Ahmad (2007), Kejurulatihan dalam sukan. Utusan Publications Dan Distributors Sdn



Ahmad



Bhd. Kuala Lumpur



Tajuddin



Othman



(2016)



merawat



kecederaan



https://sumberpendidikan.com/2016/06/09/nota-spm-sains-sukan/



dalam



sukan



REFLEKSI TUGASAN ESEI PERTOLONGAN CEMAS



NOR HAFIZAH BINTI SHAFIEE Alhamdulillah bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan izin- Nya dapat saya menyiapkan kerja kursus pertolongan cemas yang bertajuk jenis kecederaan dan prosedur menguruskan rawatan ini dengan jayanya. Pertama sekali saya mengucapkan ribuan terimah kasih kepada institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim kerana memberi peluang kepada saya menghasilkan kerja kursus ini dengan menyediakan kemudahan seperti rangkaian internet bagi memudahkan saya mendapatkan bahan rujukan yang berkaitan dengan tajuk tugasan saya. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Encik Sallehudin bin Ibrahim yang telah banyak memberi tunjuk ajar serta penerangan yang sempurna kepada saya dari mula lagi sejak tugasan ini diedarkan sehinggalah dalam proses menyiapkan tugasan ini. Tidak lupa juga kepada kedua ibu bapa saya yang banyak memberi sokongan serta dorongan dan juga wang ringgit dalam menghasilkan kerja kursus ini. Tanpa sokongan dan dorongan mereka pastinya saya tidak akan dapat menghasilkan tugasan ini dengan sempurna seperti rakan-rakan yang lain. Malah, jutaan terima kasih kepada rakan- rakan kumpulan saya iaitu Azman bin Mohd Fadzil dan Nurul Fathiah bin Zulkifli yang membantu saya seperti memberi atau bertukar-tukar idea dan pendapat semasa membuat kerja kursus ini. Justeru itu, saya amat berharap agar segala tugasan yang saya hasilkan ini dapat menambahkan lagi ilmu pengetahuan saya dan rakan- rakan yang laian disamping dapat menjadi bakal guru yang bertanggungjawab bagi melahirkan modal insan yang cemerlang dunia dan akhirat. KEKUATAN (Strenght) Aspek kekuatan. Dalam membuat tugasan kerja kursus ini, saya dan rakan- rakan saya telah membuat perancangan dengan awal. Kami telah mengagihkan tugas untuk mencari maklumat yang lebih terperinci dan relevan. Hal ini akan dapat mempercepatkan lagi proses untuk menyiapkan tugasan kerja kursus berkumpulan ini dengan lebih efektif dan . Kami juga telah merujuk pensyarah kami Encik Sallehudin bin Ibrahim untuk mengelakkan sebarang kesulitan pada minit terakhir untuk menghantar kerja kursus ini. Beliau juga banyak menyampaikan ilmu yang berguna bagi membantu menyiapkan kerja kursus berkumpulan ini. Kekuatan seterusnya ,kami dapat mengenali jenis kecederaan dan prosedur menguruskan



rawatan dengan lebih mendalam. Pengetahuan ini sudah tentu akan membantu kami dalam menangani masalah kecederaan dengan lebih pantas dan berkesan jika terlibat dalam sesebuah kemalangan. KELEMAHAN (Witness)



Dari aspek kelemahannya pula, kami telah membuat beberapa persiapan dalam minit terakhir. Sebagai contoh, kami tidak mencari maklumat berkenaan dengan kecederaan secara awal, malah menunggu untuk mencari maklumat tersebut pada minit terakhir. Keadaan ini telah menganggu kelancaran dalam membuat kerja kursus ini sehingga terpaksa tidur hingga lewat malam. Di samping itu, masa yang dipilih untuk menghantar tugasan kerja kursus ini merupakan sesuatu jangka masa dimana kami dihujani dengan pelbagai program dan tugasan yang dilaksanakan oleh pihak IPG Kampus Temenggong Ibrahim. Antaranya ialah program Sayembara Seribu Gemilang. Ini telah menyebabkan kami mempunyai kekangan untuk berbincang dalam satu kumpulan untuk mencurahkan idea dan pendapat masing- masing. Akhirnya kami terpaksa menetapkan masa pada waktu malam untuk membuat perbincangan berkenaan dengan kerja kursus kumpulan kami ini.



PELUANG (O



Aspek ketiga ialah peluang. Antara peluang yang saya dapati semasa melaksanakan kerja kursus ini ialah saya dan rakan- rakan saya yang lai berpeluang untuk menimba ilmu pengetahuan yang amat berguna untuk diaplikasi dalam kehidupan seharian malah turut membantu apabila kami menjadi sebagai seorang warga pendidikan kelak. Saya dan rakanrakan saya juga turut berpeluang untuk berani mengemukakan pendapat dan idea bagi menjadikan tugasan kerja kursus ini dapat dibuat dengan lancar. Selain itu, kami juga berpeluang untuk mengetahui



dan mengenalpasti kesalahan- kesalahan yang telah kami



lakukan dan mengambil pengajaran agar tidak melakukan kesalahan yang sama pada tugasan lain yang akan datang.



HALANGAN (T



Aspek yang seterusnya ialah halangan atau juga dipanggil ancaman. Dalam menyiapkan kerja kursus pastinya akan ada halangan. Antara halangan yang saya dan rakan-



rakan saya dapat kenal pasti ialah masalah untuk mencari pelbagai sumber rujukan untuk diisi dalam tugasan kami. Tambahan pula, kami sebelum ini tidak mempunyai asas dalam matapelajaran ini. Nota- nota yang telah diberikan oleh Encik Sallehudin bin Ibrahim telah kami gunakan untuk memantapkan lagi isi kandungan yang terdapat di dalam tugasan kerja kursus kami ini.



Secara kesimpulanya dengan siapnya tugasan ini ia memberikan saya dan rakan- rakan saya satu dimensi baru mengenai matapelajaran pertolongan cemas ini. Ia mejadikan saya seorang yang teliti dan mempunyai sikap ingin tahu akan sesuatu jenis kecederaan dan prosedur menguruskan rawatan tersebut . Sikap ingin tahu amat bagus kerana ia dapat menambahkan lagi ilmu pengetahuan serta dapa diterapkan kepada pelajar sekolah apabila saya tamat belajar kelak.