Aspek Penggunaan Bahasa Dalam Hikayat Abdullah [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

Aspek Penggunaan Bahasa dalam Hikayat Abdullah Jenis Aksara Dalam Hikayat Abdullah, aksara yang digunakan masih mengekalkan ciri-ciri bahasa Melayu klasik iaitu menggunakan tulisan Jawi. Tulisan jawi meminjam aksara Arab. Walau bagaimanapun berlaku penambahan huruf seperti pa, nga, ga, nya, dan ca bagi menyesuaikannya penggunaannya dengan kosa kata bahasa Melayu. Sistem Ejaan Sistem ejaan yang digunakan dalam Hikayat Abdullah mempunyai pengaruh tulisan Jawi dalam bahasa Melayu klasik. Namun begitu beliau tidak menggunakan tanda-tanda baris pada tulisannya. Contoh: a.



Cara penulisan lama



:



b.



Cara penulisan Hikayat Abdullah



maka :



maka



Morfologi Proses morfologi merupakan proses pembentukan kata dalam sesuatu bahasa. Ia meliputi penggolongan perkataan atau kata. Dalam penulisan karya Hikayat Abdullah, penggunaan imbuhan meN- dapat diperhatikan dengan jelas. Contoh 1: Maka jawabnya, “ Tuan, sahayalah cakap membawa jalan kepada susunan itu, akan tetapi tuan sekarang ada penuh kapal-kapal Inggeris pada segenap jajahan tanah Jawa itu menjaga, tiadalah boleh masuk dan keluar barang perahu atau kapal keci; dan lagi pula Holanda itu pun terlalu keras kawalnya, serta dengan cemburunya.”( halaman 69) Contoh 2: Bermula maka adalah telah berpuluh-puluh kali aku ini disuruhkan oleh tuan-tuan itu memanggil dan mencari anak-anak Melayu, supaya boleh ia belajar dan mengetahui, membaca dan menulis, baik bahasa Melayu baik bahasa Inggeris, maka oleh sebab bodohnya dan sangka mereka itu nanti dimasukkan Inggeris, tiadalah ia mau datang, kerana fikiran mereka itu, dengan kekerasan nanti ditangkap dimasukkan Inggeris: maka beberapa



kali sudah aku ingatkan akan mereka itu, serta memberitahu aku mereka itu, “Bahawa sekali-kali tiada Inggeris itu hendak memasukkan seseorang kedalam agamanya kalau yang empunya diri tiada suka; melainkan supaya kamu boleh belajar dan mengetahui bahasa kamu dan bahasa Inggeris kelak, nanti dibelakang bnyak gunanya.” (Halaman 119) Kosa Kata Kosa kata yang digunakan dalam Hikayat Abdullah ialah kosa kata bahasa Melayu klasik yang banyak dipengaruhi bahasa Arab dan Parsi. Selain daripada itu, memandangkan Abdullah Munsyi seorang yang berpendidikan Inggeris maka banyak kosa kata Inggeris yang dicatatkan dalam karya ini. Contoh kosa kata asli



: maka, maka adalah, maka apabila, beberapa, lamanya, akan dia



Contoh kosa kata Arab



: khatib, syaaban, sayid:



Contoh kosa kata Inggeris



: engineer, secretaries, goverment



Sintaksis Daripada pemerhatian yang dibuat adakalanya Abdullah gemar menggunakan ayat yang panjang-panjang dan menyulitkan pembaca untuk memahaminya. Contoh 1: Maka jikalau sekiranya tiada suluh itu tanganku, dan cermin mata itu kupakai, nescaya banyak kali sudah aku terperosok ke dalam limbah dan parit yang penuh pada tiap-tiap lorong dan jalan; seperti kecuali kebanyakan kelakuan orang yang tiada memegang suluh itu terperosok ia kesana ke mari, jatuh bangun coreng-coreng berlumur dengan Lumpur dan orang, dan patah riuk kaki tangannya di hadapanku. (halaman 16) Contoh 2: Maka jawabnya, “ Tuan, sahayalah cakap membawa jalan kepada susunan itu, akan tetapi tuan sekarang ada penuh kapal-kapal Inggeris pada segenap jajahan tanah Jawa itu menjaga, tiadalah boleh masuk dan keluar



barang perahu atau kapal keci; dan lagi pula Holanda itu pun terlalu keras kawalnya, serta dengan cemburunya.” ( halaman 69). Ayat-ayat yang panjang begini mengganggu pemahaman pembaca kerana ada watunya pembaca terpaksa mengulangi pembacaan. Jelas dari segi bahasa (ayat) Abdullah masih lagi tidak membawa apa-apa pembaharuan. Dalam Hikayat Abdullah, Abdullah Munsyi masih terikut-ikut struktur penulisan sastera lama. Begitu juga apabila dia menggunakan pantun dan syair dalam karyanya. Penggunaan perkataan hikayat itu sendiri membayangkan bahawa Abdullah masih cenderung meneruskan tradisi penulisan lama. Semantik Secara umum dapat diperhatikan dalam karya Hikayat Abdullah maksud atau pun perkara yang disampaikan melalui makna tersurat. Makna tersurat yang dimaksudkan ialah makna yang diperolehi semata-mata daripada makna yang tertulis atau makna yang diujarkan sahaja. Dimana dalam penulisannya banyak menyatakan terus atau secara lansung apa yang hendak disampaikan kepada masyarakat Melayu ketika itu. Contoh 1: Bermula maka adalah telah berpuluh-puluh kali aku ini disuruhkan oleh tuan-tuan itu memanggil dan mencari anak-anak Melayu, supaya boleh ia belajar dan mengetahui membaca dan menulis, baik bahasa Melayu baik bahasa Inggeris, maka oleh sebab bodohnya dan sangka mereka itu nanti dimasukkan Inggeris, tiadalah ia mau datang, kerana fikiran mereka itu, dengan kekerasan nanti ditangkap dimasukkan Inggeris: maka beberapa kali sudah aku ingatkan akan mereka itu, serta memberitahu aku mereka itu, “Bahawa sekali-kali tiada Inggeris itu hendak memasukkan seseorang kedalam agamanya kalau yang empunya diri tiada suka; melainkan supaya kamu boleh belajar dan mengetahui bahasa kamu dan bahasa Inggeris kelak, nanti dibelakang banyak gunanya.”



PENUTUP Secara keseluruhannya dapat dijelaskan di sini bahawa karya Hikayat Abdullah ini merupakan karya kesusateraan klasik moden. Karya ini lari daripada kebiasaan karya melayu klasik yang bertumpu kepada penceritaan tentang dunia raja-raja, hal-hal ghaib dan khayalan. Hikayat Abdullah lebih menyentuh soal masyarakat, agama, moral, ekonomi dan politik. Karya ini menjadi salah satu karya sastera klasik yang mengisi ruang khazanah bangsa.