Bab 9 - Komen Dan Cadangan [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

BAB 9 KOMEN DAN CADANGAN



9.1



Pengenalan Tiada apa-apa pun di dunia yang besar ini sempurna. Setiap benda setiap perkara mesti ada kelebihan dan kelemahan, positif dan negatif serta baik dan buruk. Semasa saya menjalani latihan industri di LQ Management Service Sdn. Bhd., saya mendapati banyak kelebihan dan hanya beberapa sahaja kelemahan yang dihadapi oleh firma tersebut. Maka, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk memberi sedikit pendapat, pandangan dan cadangan kepada pihak politeknik dan juga firma yang saya menjalani latihan industri dan berharap agar komen tersebut dapat membantu pihak firma dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi agar dapat meningkatkan mutu firma pada masa akan datang. Selain itu, saya juga berharap pihak politeknik akan menerima dan menimbang cadangan saya akan akan dikemukakan. Terlebih dahulu saya ingin memberi komen kepada pihak Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah serta Bahagian Pengurusan Politeknik. Pertamanya ialah



104



mengenai penghantaran pelajar di politeknik untuk menjalani latihan industri di firma-firma pada semester empat. Bagi saya, perkara ini memang tidak berapa sesuai untuk menghantar mereka untuk menjalani latihan industri pada semester tersebut. Hal ini kerana, pelajar masih lagi tidak diajar beberapa lagi bidang yang terdapat di firma yang dipilih. Contohnya bidang pengauditan. Ini kerana subjek pengauditan hanya akan diajar pada semester lima dan enam. Oleh itu, apabila diarahkan untuk membuat kerja tersebut maka ia menjadi satu masalah kepada mereka yang masih lagi tidak belajar. Jadi saya mencadangkan kepada pihak Bahagian Pengurusan Politeknik KPTM amnya dan Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah khasnya supaya mengkaji semula dasar penghantaran pelajar politeknik untuk menjalani latihan industri pada semester empat. Justeru, pelajar yang belajar di universiti juga menjalani latihan industri pada semester enam walaupun mengambil diploma. Kedua, masalah pengangguran merupakan masalah utama dalam kalangan pelajar yang sudah tamat pengajian. Oleh itu, jika pelajar diberi peluang untuk menjalani latihan industri pada semester enam, mungkin mereka akan ditawarkan untuk berkerja di syarikat atau firma tersebut selepas mereka tamat latihan industri atau tamat pengajian di politeknik. Hal ini demikian kerana, semester enam adalah semester yang terakhir bagi pelajar yang mengambil apa-apa sahaja jurusan pada tahap diploma. Setelah mereka tamat manjalani latihan industri di firma tersebut, kemungkinan besar mereka akan diberi peluang dan kepercayaan untuk bekerja di situ kerana kebiasaan yang telah dilalui selama lima bulan teleh mengeratkan hubungan yang erat antara kakitangan dalam firma tersebut. Perkara ini akan menyebabkan mereka yang tidak mahu menyambung pengajiannya mendapat pekerjaan dengan cepat. Tambahan pula, langkah ini dapat mengurangkan kadar pengangguran di kalangan mereka yang sudah tamat pengajian. Manakala komen kepada pihak LQ Management Service Sdn. Bhd adalah berkenaan dengan cara memberi maklumat yang berbeza antara seorang staf dengan staf yang lain. Hal ini demikian kerana staf di syarikat ini akan mengajar terlebih dahulu cara untuk melakukan sesuatu kerja atau tugas yang diberikan



105



kepada saya. Ia adalah penting untuk mengelakkan berlakunya sesuatu kesilapan yang sukar untuk dikenal pasti. Selain itu, apa yang diajar serta di diberitahu oleh staf tersebut dianggap sebagai satu pengetahuan yang baru kepada kita. Tetapi setiap orang mempunyai pandangan dan cara melaksanakan tugas yang berbeza antara satu sama lain. Kadang-kala kerja yang saya lakukan adalah sama seperti yang dilakukan sebelum ini tetapi cara atau kaedah yang dimahukan oleh seseorang staf untuk membuat kerja tersebut adalah berbeza dengan staf yang lain. Pada pandangan saya, pihak syarikat perlulah membuat satu prosedur kerja yang mewajibkan semua staf mengikut langkah-langkah dalam prosedur tersebut. Hal ini dapat mengelakkan kesalahan dan kesilapan yang tidak patut berlaku di samping menyakinkan pelajar untuk membuat kerja tersebut. Majoriti staf dalam firma ini adalah kaum cina. Oleh itu, mereka sentiasa berkomunikasi sesama mereka dengan menggunakan Bahasa Mandarin. Kadang-kala, mereka membuat panggilan kepada saya melalui telefon untuk memberi arahan seterusnya dengan menggunakan Bahasa Mandarin. Ia menjadi masalah kepada seseorang yang tidak memahaminya seperti saya. Oleh itu, saya mencadangkan bahawa semua staf perlulah menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi antara satu sama lain supaya semua boleh memahaminya. Di samping itu, mereka juga dapat melatih diri untuk menggunakan Bahasa Melayu dengan betul. Hal ini kerana kadang-kala mereka salah menggunakan bahasa dan akan menyebabkan kekeliruan dan menjejaskan mutu kerja. Selain itu, mereka juga boleh menggunakan Bahasa Inggeris untuk berkomunikasi kerana Bahasa Inggeris menjadi bahasa antarabangsa dan merupakan bahasa yang digunakan untuk berkomunikasi di kalangan masyarakat Malaysia. Masalah sistem penyimpanan fail yang tidak teratur juga menyukarkan pekerja dan pelajar yang menjalani latihan industri mencari fail dan membuat rujukan. Walaupun firma ini mempunyai sistem kabinet dan kod siri yang lengkap untuk memuatkan fail-fail tersebut tetapi tidak digunakan sebaik mungkin kerana failfail yang diambil tidak diletakkan semula. Pada pandangan saya, masalah ini



106



dapat diatasi sekiranya pihak firma memperuntukkan sedikit kos untuk memperbaiki sistem pemfailan dalam syarikat. Selain itu, pekerja juga perlu memperbaiki sikap diri-sendiri supaya lebih bertanggungjawab dalam melakukan sesuatu kerja seperti meletakkan semula fail ke tempat yang disediakan agar perkara ini tidak menyusahkan orang lain. Komputer merupakan salah satu peralatan yang sangat penting dalam era globalisasi ini untuk melakukan sesuatu kerja. Ia dapat mempercepatkan sesuatu kerja yang dilakukan dan menjimatkan masa untuk menyiapkan kerja tersebut. Selain itu, kesilapan juga jarang sekali berlaku berbanding dengan kaedah manual. Dalam firma ini hanya terdapat komputer sebanyak 16 buah komputer sahaja sedangkan terdapat 20 orang staf termasuklah pelajar yang menjalani latihan industri. Oleh itu, komputer perlu dikongsi dengan manamana staf yang ingin menggunakannya. Perkara ini kadang kala menyukarkan dan melambatkan kerja serta membazirkan masa menunggu jika terdapat kelapangan. Untuk mengatasi masalah kekurangan komputer di firma dan mempercepatkan tugas, maka majikan haruslah memikirkan alternatif untuk menambahkan komputer. Majikan boleh membeli komputer baru atau komputer yang sudah guna pakai kerana harganya agak murah. Maka, melalui cara ini, pekerja termasuklah pelajar yang manjalani latihan industri tidak perlu kongsi komputer di samping mempercepatkan sesuatu kerja yang dilakukan. Di samping itu, peralatan pejabat yang sering kali rosak juga akan menjejaskan kerja yang dilakukan. Contoh, peralatan pejabat yang sering kali rosak adalah mesin fotostat. Walau di syarikat ini sudah mempunyai dua buah mesin fotostat, tetapi kedua-duanya sering kali rosak. Selain itu, komputer yang dikongsi antara saya dan kawan-kawan yang lain juga sentiasa tidak boleh menghubungkan (link) dengan komputer staf lain untuk membuat sesuatu tugas. Justeru, penghawa dingin dalam bilik yang menepatkan saya dan kawan-kawan yang menjalani latihan industri juga sering kali tidak sejuk menyebabkan rasa tidak selesa untuk melakukan sesuatu kerja kerana suasana yang panas. Oleh itu, pihak firma perlulah mengambil berat tentang peralatanperalatan dalam firma serta keadaan dan suasana tempat kerja supaya pekerja



107



dapat melakukan sesuatu kerja dengan cepat dalam suasana tempat kerja tidak panas dan staf berasa selesa untuk menjalankan kerja tersebut. Selain itu, kerja yang saya lakukan di syarikat ini tidak ditentukan dengan betul. Kadang-kala saya diarahkan untuk melakukan dua atau tiga kerja pada masa yang sama. Oleh itu, pihak firma seharusnya menyediakan satu jadual perancangan yang teratur dan tetap khususnya kepada para pelatih yang menjalani latihan industri. Ini adalah untuk memudahkan pelatih merancang masa serta mengetahui tugas-tugas yang patut dilakukan oleh mereka supaya tidak timbul sebarang masalah atau kekalutan dan kekeliruan dalam melaksanakan sebarang tugasan yang diberikan. Pihak firma juga sepatutnya telah merancang terlebih dahulu kerja yang hendak diberikan kepada seseorang pelajar supaya lebih mudah bagi mereka mempelajari sesuatu kerja secara lebih bersistematik. Saya berharap pihak Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah dan Bahagian Pengurusan Politeknik KPTM dapat mempertimbangkan cadangan saya ini untuk masa yang akan datang demi kepentingan bersama. Kepada pihak LQ Management Service Sdn. Bhd. juga saya berharap akan mengambil tindakan terhadap kelemahan-kelemahan yang terdapat dalam firma ini dengan segera. Akhir sekali, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak di atas segala panduan yang telah diberikan sepanjang saya menjalani latihan industri.



108