Contoh Proposal Kajian [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

HUBUNGAN ANTARA GAYA PEMBELAJARAN DENGAN PENCAPAIAN PELAJAR 1.0



Pendahuluan



1.1



Latarbelakang Kajian



Secara umumnya, pembelajaran adalah merupakan suatu proses yang kompleks melibatkan dua pihak, iaitu pelajar dan juga persekitaran pelajar. Pada pihak pelajar perlu ada kesanggupan sikap dan keupayaan untuk belajar dalam kalangan persekitaran sosial dan akademik yang sesuai serta mempunyai arahan yang berkesan kepada pelajar. Sebagai pendidik, persoalan yang sering timbul dalam menjalankan tugas adalah tentang wujudnya perbezaan dalam pencapaian pelajar. Kajian-kajian



lepas



mengenai



gaya



pembelajaran



ada



yang



menunjukkan



terdapatnya hubungan antara gaya pembelajaran dengan pencapaian akademik pelajar tetapi ada juga kajian yang menunjukkan bahawa tidak terdapatnya hubungan gaya pembelajaran dengan pencapaian akademik pelajar. Justeru, persoalan yang timbul dalam keadaan ini, ialah bagaimanakah kita dapat mengenal pasti gaya pembelajaran yang sesuai untuk seseorang individu dan seterusnya membolehkan seseorang itu mengeksploitasikan gaya pembelajaran tersebut ke arah kaedah pembelajaran yang lebih berkesan dan seterusnya meningkatkan pencapaian mereka dalam pelajaran? Pada hakikatnya, tidak ada perbezaan antara orang yang berjaya dengan orang yang gagal. Perkara yang membezakan antara kedua-dua golongan ini ialah tahap kenalan diri. Orang yang berjaya lebih mengenali dirinya sendiri berbanding dengan orang yang gagal dan akan memilih gaya pembelajaran yang sesuai bagi diri mereka sendiri. Oleh itu, seseorang pelajar haruslah mengenali dirinya sebelum memilih gaya pembelajaran yang sesuai dengan dirinya. 1.2



Permasalahan Kajian



Pencapaian akademik setiap pelajar di institusi pendidikan adalah berbeza antara satu sama lain. Ini bermakna, kualiti pembelajaran boleh dipengaruhi dengan gaya belajar. Berdasarkan keputusan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) pada tahun 2014, beberapa sekolah di luar bandar mencatatkan keputusan semua A dalam semua mata pelajaran. Pada masa yang sama pula, kebanyakkan sekolah ternama pula mencatatkan kemerosotan mendadak jumlah pelajar yang mencatat keputusan



semua A dalam mata pelajaran yang diambil di negara ini. Kesannya, berbagaibagai kelemahan pelajar yang dikenalpasti berdasarkan tingkah laku pelajar di bilik darjah, seperti sikap malas membuat kerja rumah dan mengulangkaji pelajaran serta kurang memberi tumpuan semasa proses pembelajaran dan pembelajaran dijalankan dianggap sebagai punca utama pelajar gagal. Walau bagaimanapun, jarang terdapat guru-guru yang menuding jari ke arah mereka sendiri dan mempersoalkan kaedah pengajaran yang digunakan oleh mereka. Permasalahannya yang timbul dalam keadaan ini, ialah, sebahagian besar guru



tidak



menyedari



hakikat



kepelbagaian



kecerdasan



pelajar



dan



tidak



merancang bentuk pengajaran mengikut gaya pembelajaran yang dimiliki oleh pelajar mereka. Justeru, kajian ini dijalankan dengan harapan akan dapat membantu para guru untuk menangani masalah tersebut dengan merancang pengajaran mereka selaras dengan gaya pembelajaran pelajar. 1.3



Objektif Kajian



Berdasarkan latar belakang masalah yang dinyatakan, kajian ini akan memberikan tumpuan secara keseluruhannya kepada perkara-perkara berikut: i.



Mengenal pasti gaya pembelajaran pelajar yang mengambil mata pelajaran



ii.



Ekonomi Asas tingkatan empat. Mengenal pasti perbezaan gaya pembelajaran dalam mata pelajaran Ekonomi



iii.



Asas dalam kalangan pelajar tingkatan empat berdasarkan jantina. Mengenal pasti hubungan gaya pembelajaran dengan pencapaian akademik dalam kalangan pelajar tingkatan empat.



1.4



Persoalan Kajian



Dari beberapa objektif yang dinyatakan di atas, maka jawapan kepada persoalanpersoalan yang berikut ingin dicari : i.



Apakah gaya belajar pelajar-pelajar tingkatan empat yang mengambil mata



ii.



pembelajaran Ekonomi Asas? Adakah terdapat perbezaan gaya belajar antara gaya pembelajaran bagi



iii.



pelajar lelaki dengan pelajar perempuan? Adakah terdapat hubungan antara gaya pembelajaran dengan pencapaian akademik dalam kalangan pelajar tingkatan empat yang mengambil mata pelajaran Ekonomi Asas?



1.5



Hipotesis Kajian



Terdapat 2 hipotesis kajian telah dibentuk berdasarkan kepada objektif dan soalan kajian yang telah ditetapkan. Berikut merupakan hipotesis yang dibina bagi menjawab setiap persoalan kajian yang dijalankan. H01



Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara gaya pembelajaran



H02



pelajar tingkatan empat berdasarkan jantina. Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara gaya pembelajaran dengan pencapaian akademik pelajar tingkatan empat.



1.6



Kepentingan Kajian



Kajian yang akan dihasilkan ini akan memberi kepentingan kepada pihak-pihak berikut: i.



Golongan pendidik untuk mengenali perbezaan gaya belajar dalam kalangan



ii.



pelajar. Para guru dan ibu bapa untuk memahami pelajar-pelajar dan anak-anak mereka tentang gaya pembelajaran yang berkesan dan seterusnya akan



iii.



dapat membantu meningkatkan pencapaian akademik mereka. Rujukan untuk pihak sekolah merancang program yang dapat meningkatkan kemahiran dan teknik mengajar yang sesuai dengan gaya belajar pelajar



iv.



yang berbeza-beza di sekolah. Jabatan Pendidikan dan Kementerian memantapkan



lagi



proses



perancangan



Pendidikan



Malaysia



untuk



program



berhubung



gaya



pembelajaran dalam menangani isu-isu pendidikan negara.



1.7



Batasan Kajian



i.



Kajian ini hanya dijalankan ke atas pelajar tingkatan empat sahaja di sebuah sekolah. Dengan itu, hasil dan kesimpulan kajian ini berkemungkinan tidak



ii.



sesuai diguanakan dalam situasi sekolah yang berlainan. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kaedah tinjauan melalui soalselidik. Sehubungan itu, segala maklumat mengenai responden adalah berdasarkan maklumbalas melalu soalselidik. Oleh itu, kebolehpercayaan dapatan kajian bergantung kepada kesungguhan dan keikhlasan responden menjawab item-item di dalam soal-selidik.



1.8



Definisi Istilah



Di dalam kajian ini terdapat beberapa istilah yang kerap digunakan oleh pengkaji. Oleh hal yang yang sedemikian, pengkaji mendefinisikan setiap istilah menurut penggunaan pengkaji seperti yang dirasakan perlu. sebagai contoh: i. ii. iii. iv.



Gaya Belajar Pencapaian Akademik Ekonomi Asas Pelajar Tingkatan Empat



2.0



KAJIAN LITERATUR



2.1



Pengenalan



Kajian literatur merupakan satu kajian yang sistematik dan melibatkan pemilihan masalah, fokus perbincangan, pengolahan terhadap pemahaman konsep-konsep, perspektif-perspektif teori atau model-model yang berkaitan serta kajian-kajian lepas. Dalam bahagian ini, kajian-kajian lepas dan kajian-kajian berkaitan yang akan menjadi asas dan landasan konsepsi kajian ini akan dibincangkan. Perbincangan akan dibahagikan kepada tajuk-tajuk berikut: Teori dan konsep gaya belajar, Tinjauan kajian lepas, Kerangka Kajian dan Kesimpulan. 2.2



Teori dan Konsep Gaya Belajar



Pada umumnya, teori ialah perkaitan beberapa andaian atau pernyataan yang telah diperhatikan ataupun dikaji secara saintifik dan didefinisikan di bawah sesuatu situasi atau syarat yang tertentu berdasarkan hasil kajian yang telah dijalankan oleh tokoh-tokoh bidang tertentu. Beberapa teori pembelajaran dikemukakan untuk menyokong kajian ini. Teori pembelajaran ini memberikan penghuraian tentang unsur faktor dan mekanisme yang terlibat dalam proses pembelajaran. Dalam disiplin ilmu pendidikan, terdapat bebrapa model dan teori gaya pembelajaran yang dipetik untuk menyokong penyelidikan ini. Antara model-model yang dikaji, ialah model Dunn, Dunn dan Price (1985), Model Gaya Pembelajaran Kolb (1984), Model Felder dan Silverman (1988), Model Honey dan Mumford (1986), dan lain-lain. 2.2



Tinjauan Kajian Lepas



Tinjauan kajian lepas merupakan kajian yang diambil dari beberapa kajian yang telah dibuat oleh beberapa orang pengkaji dan penyelidik dari dalam dan luar negara yang mempunyai pola kajian yang sama dan bersesuaian dengan tajuk kajian ini. 2.3



Kerangka Kajian



Berdasarkan sorotan teori, model, dan kajian lepas yang telah dikemukakan, dapat disimpulkan



kerangka



kajian



hubungan



antara



gaya



pembelajaran



dengan



pencapaian akademik seperti berikut:



Rajah 6: Kerangka Kajian Dalam kajian ini, penyelidik menggunakan kerangka kajian seperti yang terdapat dalam Rajah 6 yang bermaksud gaya belajar mempunyai hubungan tidak langsung dengan pencapaian akademik. 2.4



Rumusan



Rumusan



bagi



bahagian



ini



adalah



berdasarkan



kajian-kajian



lepas



yang



menunjukkan hubungan antara gaya pembelajaran dengan pencapaian pelajar di samping model-model gaya pembelajaran yang lain. 3.0



Metodologi Kajian



3.1



Pengenalan



Bahagian ini akan menghuraikan secara ringkas kaedah yang digunakan dalam kajian ini. 3.2



Rekabentuk Kajian



Kajian ini menggunakan instrumen soal-selidik. Borang soal-selidik diuruskan sendiri oleh pengkaji dan dihantar ke sekolah yang terlibat melalui pengetua sebelum diagihkan kepada respondan yang terlibat di sekolah tersebut. Menurut Johnson (1994), terdapat tiga kekuatan apabila menggunakan kaedah soal selidik, iaitu dapat melibatkan bilangan responden yang ramai, membolehkan penyelidikan membuat hubungan dan perbandingan dengan hasil kajian kepada populasi yang lebih besar dan dapat menghasilkan fakta serta maklumat yang boleh di “crosstabulate” dalam pelbagai kaedah statistik bagi mempelbagaikan dapatan sesuatu kajian.



3.3



Populasi Kajian



Populasi kajian terdiri daripada pelajar-pelajar tingkatan empat di sebuah sekolah di Papar yang mengambil mata pelajaran Ekonomi Asas Tingkatan Empat. Pelajarpelajar yang termasuk di dalam populasi kajian adalah terdiri daripada pelajarpelajar yang mempunyai latarbelakang yang berbeza. 3.4



Kaedah Persampelan



Untuk kajian ini bilangan sample yang digunakan adalah seramai 100 orang pelajar. 3.5



Instrumen Kajian



Soal-selidik ini diambil dan diubahsuai daripada Instrumen “Learning Style Inventory” (LSI) yang digunakan oleh Usang Ngrambang (2007) melalui kajiannya di daerah Lawas, Sarawak. Borang soal-selidik ini mengandungi enam bahagian, iaitu Bahagian A, B, C, D, E, dan F. 3.6



Prosedur Kajian



Prosedur kajian merupakan langkah-langkah yang menerangkan keseluruhan proses daripada peringkat awal kajian sehingga ke peringkat akhir. Dalam kajian yang dijalankan ini, prosedur kajian adalah meliputi aspek-aspek berikut:



Mengenal pasti masalah



Mengedarkan borang soal selidik



Pengumpulan data



Memilih tajuk kajian



Memohon kebenaran untuk mengadakan kajian



Menganalisis data



Berjumpa dengan penyelia untuk berbincang mengenai tajuk kajian



Menyediakan kertas kerja kajian



Menyediakan laporan akhir



Rajah 7: Proses melaksanakan kajian



3.7



Penganalisisan Data



Data-data yang diperolehi dianalisis berdasarkan tujuan dan soalan kajian. Datadata dianalisis dengan menggunakan komputer. Program yang digunakan, ialah Package For the Social Science (SPSS) versi yang ke-21. Terdapat beberapa cara dan alat untuk mencapai objektif kajian ini. Bagi mencapai objektif yang pertama, pengkaji akan melaporkan jenis gaya pembelajaran responden sahaja. Objektif kedua pula, pengkaji akan menggunakan kaedah independent samples t-test untuk melihat perbezaan gaya belajar antara jantina dan bagi objektif yang ketiga, korelasi



Spearman



akan



digunakan



bagi



melihat



hubungan



pembelajaran dengan pencapaian akademik responden. 4.0



ANALISIS DAN PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN



4.1



Pengenalan



antara



gaya



Bahagian ini membincangkan dapatan kajian berdasarkan hasil keputusan analisis statistik yang telah dilakukan. Selepas membentangkan demografi responden, perbincangan ditumpukan kepada beberapa soalan kajian yang diajukan seperti : I.



Apakah gaya belajar pelajar-pelajar tingkatan empat yang mengambil mata



II.



pembelajaran Ekonomi Asas? Adakah terdapat perbezaan gaya belajar antara gaya pembelajaran bagi



III.



pelajar lelaki dengan pelajar perempuan? Adakah terdapat hubungan antara gaya pembelajaran dengan pencapaian akademik dalam kalangan pelajar tingkatan empat yang mengambil mata pelajaran Ekonomi Asas?



4.2



Demografi Responden



Demografi responden dianalisis daripada maklumat yang diperolehi dari bahagian 'A' borang soal-selidik. Profil responden ditunjukkan dalam jadual yang dilampirkan/ dikemukakan. 4.3



Dapatan dan Perbincangan Hasil Kajian



Dapatan kajian akan dibincangkan mengikut soalan kajian dan diperjelaskan dalam jadual yang akan dilampirkan/ dikemukakan. Dapatan kajian yang diperoleh adalah seperti berikut : D01



Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara gaya pembelajaran



D02



pelajar tingkatan empat berdasarkan jantina. Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara gaya pembelajaran dengan pencapaian akademik pelajar tingkatan empat.



5.0



RUMUSAN DAN CADANGAN



5.1



Pengenalan



Bahagian ini akan membincangkan tentang dapatan-dapatan dari analisis data yang telah dibuat dalam Bab 4 dan seterusnya memberikan cadangan-cadangan daripada pihak penulis.



RUJUKAN Robiah Zubir (1998). The impact of individualized learning and lecturing on student learning in a Malaysia Contact perspectives of lecturers and students.



Tesis Ph.D,



Guildford, Survey, University of Survey. Slavin, R. (1997). Educational psychology: Theory and practice. United States: Allyn and Bacon Sperry, L. (1972). Learning performance and individual differences: Essay and readings. Illinois: Scott, Foresman and Company. Stivers, B., & Phillips, J. (2009). Assessment of student learning: A fast-track experience. Journal of Education for Business. 84(5): 258-262. Swisher, K. (1996). American-Indian learning styles survey. An assessment of teachers knowledge. The Journal of Education Isssues of Language Minority Students. Spring 1994.



Tennat, M. (1998). Psychology and adult learning. London: Routledge. Vermunt, J.D dan Van Rijswijk, F.A. (1998). An analysis and development of students. Skill in Self-Regulated Learning Higher Education. 17: 647-682. Yahaya, A., Abd Karim, S., & Yahaya, N. (2003). Hubungan gaya pembelajaran dengan



pencapaian akademik pelajar di tingkatan empat sekolah menengah



teknik Negeri



Sembilan. Negeri Sembilan.