1.1 Norma Masyarakat [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

A07100 Pendidikan Moral



BAHAGIAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN TEKNIKAL VOKASIONAL



PENDIDIKAN MORAL UNIT



KEMANUSIAAN



TAHUN PENGAJIAN



TAHUN 1(SEMESTER 1)



BIDANG



1.0 INSAN BERMORAL



STANDARD KANDUNGAN



1.1 NORMA MASYARAKAT 1.1.1 1.1.2



STANDARD PEMBELAJARAN



1.1.3 1.1.4 1.1.5



OBJEKTIF



NO. KOD



Memberi maksud norma masyarakat Menjelaskan dengan contoh cara mengamalkan norma masyarakat dalam pelbagai situasi Menghuraikan kepentingan norma masyarakat Mengekspresikan perasaan apabila dapat mematuhi norma masyarakat Malaysia Mengamalkan norma masyarakat dalam kehidupan seharian



Pada akhir pembelajaran, murid dapat: 1. Menyatakan maksud norma masyarakat dengan contoh 2. Menunjukkan maksud norma masyarakat dengan contoh A07100



1.1 NORMA MASYARAKAT TUJUAN: Supaya pelajar dapat mengamalkan nilai-nilai universal, menerangkan dengan ringkas maksud norma masyarakat dan memberikan contoh berkaitan dengan norma masyarakat.



1



A07100 Pendidikan Moral



BIDANG 1: INSAN BERMORAL 1.1 NORMA MASYARAKAT NORMA Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, norma ialah ukuran untuk menentukan sesuatu norma turut membawa maksud peraturan atau ketentuan yang telah menjadi kebiasaan yang



dijangka akan dipatuhi oleh setiap anggota masyarakat. Dengan demikian, norma yang wujud dalam sesebuah masyarakat akan dijadikan panduan dalam menelusuri kehidupan dan menjalankan urusan seharian. Norma yang diamalkan diyakini akan menjadikan kehidupan masyarakatnya lebih harmoni. Hal ini kerana norma tersebut berlandaskan kepada adat istiadat dan pantang larang yang setiap satunya membawa maksud dan tujuan untuk keharmonian dan kesejahteraan dalam kehidupan. NORMA MASYARAKAT MALAYSIA Norma masyarakat Malaysia berbeza-beza kerana rakyat Malaysia berbilang bangsa, kepercayaan dan amalan agama. Sekiranya norma atau adab komuniti tidak diikuti kita akan dianggap tidak menghormati norma tersebut dan menimbulkan situasi dan perasaan marah dalam kalangan masyarakat kepada individu berkenaan. Amalan-amalan norma komuniti amat perlu untuk menjamin keutuhan perpaduan negara. Norma masyarakat pula merujuk perilaku atau tindakan yang diterima sebagai amalan dalam sesuatu kelompok, komuniti atau budaya.



NORMA MASYARAKAT 1 Peraturan sosial yang dibentuk secara sedar atau tidak sedar tentang sesuatu perkara sehingga menjadi kebiasaan 4 Tingkah laku yang dianggap wajar dan diterima dalam ma



3



2



Amalan norma sosial yang merangkumi perbuatan yan wajar dilakukan dan patut dihindari dalam kehidupan bermasyarakat



Amalan agama menjadi sebahagian 5 daripada norma masyarakat Akur dan dapat menyesuaikan diri dangan peraturan yang telah ditetapkan



2



A07100 Pendidikan Moral



1.2 CONTOH NORMA MASYARAKAT Antara amalan norma masyarakat Malaysia:



1. Menghormati orang yang lebih tua telah lama diamalkan di Malaysia. Kebanyakan kaum-kaum utama menghormati generasi tua dan adabnya hampir sama. Sememangnya kita dilarang mencelah dan menyampuk ketika orang yang lebih tua sedang bercakap. Contohnya bercakap dengan nada suara yang rendah. Tegasnya, menghormati orang yang lebih tua tanpa mengira bangsa dan agama menjamin keharmonian komuniti. 2. Amalan menghormati majlis rasmi yang berlangsung dalam komuniti termasuklah majlis perkahwinan. Sudah menjadi kewajipan setiap individu memakai pakaian yang sopan ketika menghadiri sesuatu majlis dan menjadi budaya Malaysia tidak berbual-bual dengan kuat ketika berada di dalam majlis. 3. Amalan menziarahi orang sakit juga merupakan norma yang menjamin keharmonian kaum di Malaysia. Bukan itu sahaja ucapan takziah juga dizahirkan dengan mendoakan pesakit cepat sembuh. Pasti hidup dalam sebuah negara berbilang keturunan amalan ini menjamin perpaduan kaum. 4.



Sikap suka bertegur sapa jelas menampakkan kemesraan hubungan antara Melayu, Cina dan India yang tinggal berjiran. Adakalanya dianggap sebagai, “saudara” jika jauh di perantauan. Yakinlah, berkunjung ke rumah jiran semasa sambutan perayaan pemangkin keharmonian komuniti di Malaysia.



5. Adab makan dengan tangan dikehandaki mencuci tangan sebelum makan. Bagi komuniti Cina misalnya menggunakan penyepit atau sudu menjadi kemestian dan paling menonjol kebanyakan norma komuniti melarang bercakap-cakap ketika makan. Perbuatan ini dianggap sebagai penghormatan di meja atau majlis-majlis keramaian. Sesungguhnya, belajar memahami dan menghormati norma komuniti sesuatu kaum setempat menjamin keharmonian dan perpaduan rakyat Malaysia. Kesimpulannya, masyarakat berbilang kaum bukan penghalang kepada rakyat Malaysia untuk mengetengahkan norma-norma terpuji. Sikap suka menimbulkan perasaan tidak puas hati dalam komuniti akan mencalarkan usaha-usaha membina negara bangsa yang bersatu padu.



3



A07100 Pendidikan Moral



1.3 KEPENTINGAN NORMA MASYARAKAT Norma masyarakat amat penting bagi menjamin kesejahteraan hidup dan memberikan kebaikan kepada semua anggota dalam sesebuah masyarakat. 1 Sebagai panduan bertingkah laku Membantu dan mengawal anggota masyarakat agar dapat memahami dan mengamalkan tingkah laku yang diterima dalam masyarakat.



2 Membentuk Masyarakat yang teratur Individu yang membuat keputusan dan mengambil tindakan yang sesuai dengan norma masyarakat yang mampu melahirkan masyarakat yang teratur.



3 Membina masyarakat yang harmoni Anggota masyarakat yang sentiasa menjaga tingkah laku dan interaksi sosial yang baik dapat menghindari sebarang perselisihan.



4 Sebagai ukuran bertingkah laku Amalan norma yang diakui dan diterima akan menjadi ukuran sesebuah masyarakat.



4



A07100 Pendidikan Moral



1.3 KESAN PENGABAIAN NORMA MASYARAKAT



Bersikap Individualistik



Manusia kurang beradab



Bertingkah laku tanpa mengambil kira kepentingan orang lain. - Keputusan dan tindakan berasaskan keinginan dan pertimbangan diri sendiri sahaja. - Kurang melibatkan diri dalam aktiviti sosial



Hubungan sosial terjejas Perubahan gaya hidup. - Meminggirkan orang yang lebih tua - Pergaulan diluar batasan



Perilaku yang bertentangan daripada norma masyarakat yang sepatutnya. - Cara berkomunikasi yang kurang sopan dalam kalangan remaja. - Menggunakan Bahasa badan yang kurang menyenangkan



Menjejaskan keharmonian masyarakat Memandang rendah amalan norma yang berbeza - Mempersendakan cara berpakaian orang lain. - Tidak menghormati amalan beribadat kaum lain.



NILAI UNIVERSAL i.



Hormat Menghargai dan memuliakan seseorang serta menghormati peraturan institusi sosial.



ii.



Hemah tinggi Beradab sopan dan berbudi pekerti mulia.



iii.



Rasional Boleh berfikir berdasarkan alasan dan bukti yang nyata dan dapat mengambil tindakan yang wajar.



iv.



Kesederhanaan Bersikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan atau perlakuan tanpa mengabaikan kepentingan diri dan orang lain. 5



A07100 Pendidikan Moral



LATIHAN PENGAYAAN 1. Lihat gambar dibawah. Kemudian, bincangkan soalan yang diberikan.



a. Kenalpasti norma masyarakat dalam gambar diatas. ________________________________________________________________



b. Jelaskan perasaan anda sekiranya setiap anggota masyarakat mengamalkan norma masyarakat tersebut dalam kehidupan harian. Berikan alasan anda. ________________________________________________________________ ________________________________________________________________ ________________________________________________________________



c. Bagaimanakah amalan norma masyarakat seperti gambar diatas memberikan kebaikan dalam kehidupan seharian? ________________________________________________________________ ________________________________________________________________ ________________________________________________________________



6



A07100 Pendidikan Moral



2. Lihat petikan dibawah. Kemudian, bincangkan soalan yang diberikan.



HEDONISME Pegangan atau pandangan hidup yang mementingkan keseronokan atau kesenangan hidup sahaja



a. Berikan tiga contoh budaya hedonisme. i.



___________________________________________________________



ii.



___________________________________________________________



iii.



___________________________________________________________



b. Terangkan kesan budaya hedonisme. ________________________________________________________________ ________________________________________________________________ ________________________________________________________________



c. Huraikan cara mengelakkan diri daripada budaya hedonisme. ________________________________________________________________ ________________________________________________________________ ________________________________________________________________



7



A07100 Pendidikan Moral



3. Lihat petikan dibawah. Kemudian, bincangkan soalan yang diberikan



PERMAINAN DAHULU -



Tarik Upih Guli Galah panjang Batu Seremban Congkak



PERMAINAN SEKARANG



Versus



-



Permainan video Permainan atas talian Gadget



a. Nyatakan norma masyarakat dalam aktiviti yang dilakukan oleh kanak-kanak dahulu berbanding kanak-kanak sekarang. ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ b. Adakah perubahan aktiviti diatas sesuai dengan kehidupan masyarakat kini? Jelaskan. ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ c. Huraikan kepentingan norma masyarakat yang sepatutnya kita amalkan ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ d. Ramalkan kesan sekiranya sesuatu norma masyarakat itu diabaikan dalam kehidupan harian. ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________



TAMAT STANDARD KANDUNGAN NORMA MASYARAKAT



8