Asiah Isteri Firaun [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

Bismillahirrahmanirrahim [96:1]. Rasulullah S.A.W bersabda :



“Ada empat wanita mulia yang juga penghulu segala wanita di dunia; mereka itu ialah Asiah binti Muzahim, isteri Firaun; Maryam binti Imran, ibunda Isa; Khadijah binti Khuwailid, isteri Rasulullah s.a.w dan Fatimah binti Muhammad, puteri kesayangan Baginda.” (Riwayat Bukhari)



ASIAH ISTERI FIRAUN Latar Belakang Tokoh. Nama • • •



: Siti Asiah binti Muzahim Isinofret Asit



Keturunan : • Keluarga Imran Zaman : • Tamadun Mesir Kuno Suami : • Firaun Ramsis II • Dilahirkan pada 1303 S.M. • Firaun ketiga daripada dinasti yang ke-19 • Suka membina monumen (hasil kajian daripada Surah Al-Mu’min ayat 33) • Mempunyai 8 isteri rasmi (3 orang daripadanya merupakan anak perempuannya sendiri, seorang merupakan saudara perempuannya sendiri) • Mempunyai 198 orang anak



Perwatakan : •



Teguh keimanannya. -Walaupun Asiah hidup dalam keadaan mewah dan tinggal bersamasama Firaun di dalam sebuah mahligai istana yang indah, tetapi imannya tetap teguh dan Asiah tidak pernah ingkar akan perintah Allah S.W.T.







Kuat beribadah. - Pada malam hari , Asiah selalu mengerjakan solat dan beribadah kepada Allah S.W.T. Beliau juga sentiasa berdoa agar kehormatannya tidak disentuh oleh orang kafir termasuklah suaminya , Firaun.







Sanggup berkorban. - Asiah sanggup mengorbankan dirinya dengan menerima pinangan Firaun bagi menyelamatkan ibubapanya daripada terus diseksa oleh Firaun.







Penyayang. -







Bijak -







Disebabkan sifat kasih sayang yang mendalam dalam dirinya, Asiah tertarik untuk mengambil dan memelihara Nabi Musa sebagai anak angkatnya sehingga menginjak dewasa.



Perwatakan ini jelas terlihat apabila Asiah tidak terus menerima pinangan Firaun melainkan sekiranya Firaun menepati syaratsyarat yang dikemukakannya.



Lemah-lembut - Allah juga memberikan Asiah hati yang lemah lembut. Kelembutan hatinya dapat dilihat tatkala Firaun menghukum keluarga Masyitah yang tidak mahu mengakui ketuhanannya. Ia adalah satu-satunya ahli istana yang bercucuran air matanya ketika menyaksikan bagaimana keluarga Masyitah dilemparkan ke dalam api, kerana keluarga itu beriman kepada apa yang dibawa oleh Musa. Tanpa belas kasihan, pengawal Firaun melemparkan satu persatu anak Masyitah ke dalam api.



KISAH PERKAHWINAN ASIAH •



Pada suatu ketika dahulu, tersebutlah kisah di Mesir tentang seorang gadis yang menjadi sebutan ramai pemuda yang hidup sezaman dengannya kerana kejelitaannya serta keperibadiannya yang mantap yang bernama Siti Asiah.







Kisah kejelitaan Asiah akhirnya sampai ke corong telinga Firaun yang merupakan raja terakhir kerajaan Mesir yang telah ditabalkan pada usia 24 tahun. Firaun juga dipercayai merupakan raja tamadun Mesir kuno yang paling lama hidup dan memerintah.







Firaun berkeinginan bagi menjadikan Asiah sebagai salah seorang isterinya. Lalu, Firaun menghantar salah seorang menterinya yang bernama Haman untuk merisik Asiah melalui ibubapanya.







Setelah Haman menyampaikan hasrat Firaun kepada Asiah menerusi ibu bapanya, Asiah menolak lamaran tersebut kerana Asiah berpendapat bahawasanya Firaun merupakan seorang raja yang ingkar kepada Allah S.W.T. dan tidak berperikemanusiaan.







Haman berasa marah apabila lamaran Firaun ditolak oleh Asiah lalu menghina serta mencaci kedua-dua ibu bapa Asiah. Kemudian, Haman pun pulang kepada Firaun lalu mengkhabarkan Firaun akan berita tersebut.







Firaun berasa marah lalu mengarahkan ibu bapa Asiah ditangkap lalu dipenjarakan dan diseksa.







Setelah ibubapanya diseksa, Asiah pula ditangkap dengan menggunakan kekerasan lalu dibawa ke istana untuk bersemuka dengan Firaun.







Di hadapan Firaun, Asiah dipertemukan dengan kedua-dua ibu bapanya yang telah dipenjarakan lalu Firaun memberi kata dua kepada Asiah.







Asiah dipaksa untuk memilih sama ada beliau berkahwin dengan Firaun dan ibu bapanya dibebaskan daripada cengkaman seksaan Firaun atau pun menolak lamaran Firaun dan ibu bapanya akan dibakar hidup-hidup di hadapan mata Asiah sendiri.







Dengan rasa terpaksa, Asiah menerima pinangan Firaun, namun dengan meletakkan beberapa syarat yang perlu dipatuhi oleh Firaun sekiranya Firaun benar-benar ingin berkahwin dengannya.



Syarat-syarat tersebut ialah :1. Firaun harus membebaskan kedua-dua ibu bapanya 2. Firaun harus membebaskan rumah yang lengkap dan indah dengan perkakas 3. Ibubapa Asiah harus dijamin kesihatannya berserta makan dan minumnya. 4. Asiah bersedia menjadi isteri Firaun dan hadir dalam acara-acara tertentu, namun tidak mahu tidur dengan Firaun. •



Sekiranya permintaan-permintaan tersebut tidak dipenuhi oleh Firaun, Asiah lebih rela memilih untuk mati dibunuh oleh Firaun bersama-sama dengan kedua-dua ibu bapanya.







Selepas itu, Firaun pun bersetuju untuk berkahwin dengan Asiah dan mereka pun tinggal bersama-sama di istana yang indah. Asiah sentiasa memberikan yang terbaik buat suaminya, Firaun sehingga menyebabkan dirinya begitu disayangi oleh Firaun. Hal ini terbukti apabila Firaun sanggup membina sebuah mahligai yang indah buat Asiah.







Walaubagaimanapun, keteguhan iman Asiah tidak tergugat dengan kemewahan hidup di istana Firaun. Beliau tetap tidak pernah ingkar pada perintah agama dan terus taat dalam beribadah kepada Allah S.W.T.







Asiah tetap merahsiakan status keimanannya kepada Allah S.W.T daripada Firaun sehingga suatu ketika.







Asiah berdoa kepada Allah S.W.T agar Allah menyelamatkannya serta menjaga kehormatannya daripada Firaun. Lalu, Allah pun menjelmakan iblis kepada rupa Asiah untuk tidur bersama-sama Firaun.



KISAH ASIAH DAN NABI MUSA Suatu ketika Firaun didatangi oleh seorang peramal. Peramal itu mengatakan bahawa kelak dia akan dibunuh oleh seorang lelaki dari Bani Israel. Menurut sang peramal, pembunuh itu kini usianya masih bayi. Mendengar hal itu Firaun terus memerintahkan bala tenteranya untuk membunuh seluruh bayi lelaki Bani Israel. Sebelum bayi itu membesar lalu membunuh dirinya, lebih baik bayi itu dibunuh terlebih dahulu. Dengan begitu selamatlah dirinya daripada pembunuhan itu. Begitulah jalan fikiran Firaun. Maka tanpa ragu-ragu lagi, semua bayi lelaki Bani Israel terbunuh. Bahkan ibu yang sedang hamil pun ditunggui oleh tentera Fira’un. Jika ia melahirkan seorang bayi lelaki, tentara itu akan terus membunuhnya. Namun kehendak Allah berbeza dengan kemahuan manusia. Dalam peristiwa ini ternyata Allah mempunyai perancangan tersendiri. Allah menyelamatkan salah satu bayi dari keturunan Bani Israel melalui tangan isteri Firaun sendiri, iaitu Asiah. KISAH ASIAH : PENYELAMAT NABI MUSA Kisah yang dinaratifkan berikut ini merupakan kisah bagaimana Asiah bertemu dengan Nabi Musa a.s. yang hanyut di Sungai Nil yang kemudian diambil menjadi anak angkatnya. Pada suatu hari ketika Asiah sedang duduk bersantai bersama dayangdayang istana, dia terlihat sebuah kotak kayu terapung-apung di tepian sungai yang mengalir merentasi istana Firaun. "Ambil kotak itu dan bawa kepada beta," arah Asiah kepada salah seorang dayang yang berdiri di tepinya. Dayang itu berlari pantas ke arah kotak yang sedang terapung-apung di tepian sungai. Dia mengangkat kotak kayu itu dari permukaan sungai lalu dibawakan kepada Asiah. Dia berdebar-debar untuk mengetahui isi kandungan kotak kayu itu. "Comelnya bayi lelaki dalam kotak kayu ini!," jerit hati Asiah apabila penutup kotak kayu itu terbuka. Pada ketika itu, Firaun memerintahkan masyarakatnya membunuh semua bayi lelaki Bani Israel kerana dia bermimpi bayi tersebut akan menghancurkan dan membinasakan kerajaan pemerintahan Firaun. Apabila berita penemuan bayi lelaki itu sampai ke telinga Firaun, maka dia bergegas ke tempat Asiah dan bayi lelaki itu.



"Pengawal! Bunuh bayi ini sekarang..." Perintah Firaun kepada pengawal yang mengiringinya ke kamar Asiah. "Bukankah kita tidak mempunyai anak lelaki. Anak lelaki ini dapat kita jadikan anak angkat. Saya merayu supaya bayi ini tidak dibunuh kerana saya sudah sayang kepadanya. ' Dia akan memberikan manfaat kepada kita berdua apabila dewasa nanti," Asiah menghalang niat jahat Firaun dengan kata-kata bijaksananya. "Baiklah. Saya tidak akan bunuh bayi ini kerana perasaan cinta saya pada kamu," Firaun akur dengan permintaan isterinya, lalu keluar dari kamar itu. Asiah memberi nama Musa kepada bayi tersebut dan memeliharanya sehingga dewasa di istana Firaun. KISAH NABI MUSA DI ISTANA FIRAUN Pernah suatu hari bayi tersebut digendong Firaun. Tiba-tiba sang bayi mencabut janggutnya. Betapa marah Firaun ketika itu kerana kesakitan. Lalu, ia memerintahkan pengawalnya untuk membunuh bayi tersebut. Namun sebelum niat itu dilaksanakan, Asiah sekali lagi tampil membelanya. Ia mengatakan kepada Firaun bahawa bayi itu tidak boleh dibunuh kerana masih belum mengerti. Sebagai bukti, Asiah meminta kepada pengawal Firaun untuk menyediakan roti dan arang api. Kemudian bayi itu disuruh memilih diantara keduanya.Ternyata bayi Musa memilih arang. Melihat hal itu, Firaun akhirnya akur dan menerima nasihat isterinya itu. NABI MUSA SETELAH DI ASUH OLEH ASIAH Selama di bawah asuhan Asiah, Musa mendapatkan kasih sayang sepenuhnya seperti ibunya sendiri. Musa membesar menjadi seorang pemuda yang cerdas dan gagah. Kecintaan Asiah kepada Musa sungguh sangat besar. Ia tidak rela orang lain menyakitinya. Pembelaannya kepada Musa tidak semasa masih kecil saja, bahkan ia lakukannya sehingga ke akhir hayatnya. Suatu kali, betapa gelisah hatinya ketika mendengar Musa telah membunuh seorang lelaki pengikut Firaun. Asiah menyuruh Musa agar meninggalkan ibu kota untuk menyelamatkan diri dari Firaun dan orang-orangnya. Seiring perjalanan waktu, Musa tumbuh kian dewasa dan pengikutnya juga makin banyak. Maka Musa pun kian berani menentang Firaun. Suatu hari Musa kembali ke ibu kota, bukan kembali pulang ke pangkuan ayah tirinya yang kejam itu, melainkan ia datang untuk memberi peringatan kepada Firaun dan pengikutnya.



Mendengar keberanian Musa itu, Asiah merasa khuatir akan keadaannya. Ia amat mengetahui watak kejam suaminya itu. Siapapun berani menentangnya, akan ditumpas habis-habisan. Tidak ada yang boleh mencegah tindakan kejam suaminya itu, termasuk Asiah, isterinya sendiri. Tiada jalan lain, wanita solehah ini kemudiannya berdoa kepada Allah untuk kemenangan Musa. Begitulah jika Allah berkehendak. Ternyata Firaun yang zalim itu mendapat pertentangan dari isterinya sendiri, kerana kezalimannya. Pertentangan itu semakin hebat tatkala Firaun mendakwakan dirinya sebagai Tuhan yang harus disembah oleh seluruh rakyatnya. Asiah sedikitpun tidak mengakui ketuhanan Firaun. Ia rela menerima seksaan dan tekanan daripada mengakui suaminya sebagai tuhan. Asiahlah satu-satunya keluarga istana yang tidak mahu patuh dan tunduk dengan dakwaan Firaun itu. walhal seluruh keluarga istana menjadi pengikut Firaun kerana takut dibunuh. KISAH KEMATIAN ASIAH Sebab kematian Asiah : 1) Asiah akhirnya mengisytiharkan keimanannya kepada Allah S.W.T di hadapan suaminya Firaun. (Selama ini perkara tersebut dirahsiakan) 2) Asiah berasa marah dan tidak bersetuju dengan tindakan Firaun yang membunuh Masyitah berserta dengan ahli keluarganya yang lain. 3) Asiah berani mengaku beriman kepada Allah S.W.T apabila Nabi Musa a.s. telah mula berdakwah dan membawa ajaran Allah pada ketika itu. CARA KEMATIAN ASIAH Terdapat beberapa versi cara kematian Asiah yang terdapat dalam kajiankajian yang dilakukan :1) Asiah di penjarakan dan diseksa dengan tidak diberi makanan serta minuman sehingga akhirnya Asiah menghembuskan nafasnya yang terakhir. 2) Asiah dipancung di khalayak ramai. 3) Firaun segera memerintahkan para pengawal untuk mengikatnya pada empat tiang kebun istana, kemudian para pengawal mengambil cemeti dan mendera tubuh Asiah dengan cemeti tersebut.



Sementara Firaun memerintahkan untuk memperhebat siksaan itu. Tak sepatah katapun keluar dari mulut Asiah selain munajat kepada Allah swt yang diabadikan dalam al-Quran:-



"Ya Tuhanku, bangunlah untukku sebuah rumah di sisi-Mu dalam surga dan selamatkanlah aku dari Firaun dan perbuatannya dan selamatkanlah aku dari kaum yang zalim". (QS. 66:11). Setelah itu Asiah pun pergi menuju Tuhannya sebagai wanita syahidah di empat tiang.•Ayat al-Quran ini dikuatkan lagi dengan sepotong hadis yang berbunyi :Daripada Abu Hurairah, Nabi s.a.w. telah berkata:



“Firaun memukulkan kedua tangan dan kakinya (Asiah) dalam keadaan terikat. Maka ketika mereka (Firaun dan pengikutnya) meninggalkan Asiah, malaikat menaunginya lalu ia berkata: Ya Rabb, bangunkan sebuah rumah baginya di sisimu dalam syurga. Maka Allah perlihatkan rumah yang telah disediakan untuknya di syurga sebelum meninggal" Akhirnya Asiah meninggal dalam keadaan tersenyum akibat seksaan pengikut Firaun. SETELAH KEMATIAN ASIAH • •



Firaun dengan rasa bongkaknya mengarahkan agar nama Asiah dan semua catatan yang merujuk kepada bekas permaisurinya itu dipadamkan daripada lipatan sejarah. Walau bagaimanapun, dengan kuasa Allah S.W.T , kisah teladan Asiah isteri Firaun ini masih sampai kepada umat Nabi Muhammad zaman kini kerana kisah mulia ini telah pun diabadikan di dalam Al-Quran.



PENGAJARAN DAN PEDOMAN Asiah termasuk antara manusia yang namanya terukir di dalam Al-Quran. Allah memberikan penghormatan kepadanya kerana ketaqwaan dan ketaatannya sebagai hamba. Allah menjadikannya sebagai contoh dalam kalangan kaum hawa yang tetap tegas dalam keyakinan tauhid walaupun berada di tengah-tengah lingkungan manusia yang penuh dengan dosa dan kemusyrikan. Allah juga menjadikannya sebagai contoh bagi isteri yang sabar. Isteri penyabar mampu memberikan jasa yang sangat besar dalam memelihara keutuhan rumah tangga, kebahagiaan suami dan kegembiraan anak-anaknya. Isteri seperti itu tidak akan mudah menceritakan kesulitan dan berbagai permasalahan yang akan menyedihkan dan mencemaskan suaminya. Walaupun sebenarnya ia menyimpan kepahitan dalam hatinya. Semua kesulitan akan dihadapinya dengan penuh ketabahan dan sikap pasrah kepada Allah. Asiah termasuk antara manusia yang tidak mudah terpesona dan terpedaya dengan kehidupan duniawi. Meskipun ia hidup dalam Istana yang cukup mewah, Asiah tidak tertarik dengan segala kemewahan yang ada di dalamnya. Ia tidak mahu memanfaatkan kesempatan sebagai seorang isteri raja untuk bersenang-senang dan berfoya-foya. Malah ia memandang rendah segala kemewahan dunia yang ada padanya dan meminta agar diselamatkan daripada Firaun demi menggapai kehidupan akhirat. Sikap yang meremehkan kehidupan duniawi itu sudah menjadi sikap hidupnya. Padahal jika mahu, ia tinggal berkata kepada para abdinya untuk mendapatkan apa yang diinginkan. Tapi hal itu tidak ia lakukan. Ia menyedari bahawa apa yang ada di istananya itu hanya keindahan dan kemewahan yang fana. Baginya, kemuliaan yang hakiki dan kehormatan yang mutlak hanya ada pada Allah S.W.T. Ia meyakini bahawa dunia beserta kenikmatannya akan lenyap, sedangkan akhirat adalah kehidupan kekal, damai abadi selamanya. Maka wanita mulia ini lebih memilih hal yang kekal daripada yang fana. Inilah kemuliaan seorang wanita yang bernama Siti Asiah binti Muzahim, Sang Ratu Syahadah ; Pemegang Mahkota Terpuji!



Ratu Syahadah Album : Damba Kasih Munsyid : In-Team http://liriknasyid.com Engkaulah permaisuri di mahligai tirani Teguh imanmu walau tersembunyi Kasihmu kau buktikan sebagai isteri Namun cintamu untuk Ilahi Engkau masih isteri yang sejati Ketika suami dimurka Allah Istana bukan penjara nikmat yang alpa Sinar imanmu tak kelam permata Kau miliki jiwa hamba Walau di sisimu singgahsana Sejarah Asiah telah membuktikan Iman bukanlah penjara di jiwa Yang selamanya bersembunyi Tapi kemerdekaan yang hakiki Yang punya wajah dan jua rupa Akhirnya imanmu bersuara Lantas kau dipenjara dan diseksa Oleh suamimu yang dihina Di kejauhan istana keangkuhan Menggamit mata sayunya di jiwa Namun hatimu tak sudi ke sana Iman dan akidah lebih utama Ratu syahadah lalu bermadah Oh Tuhan binakan istana untukku Walaupun di dunia ku diseksa Namun tak terbayar nikmat di syurga Oh Asiah kau merubah rencana Bila tanganmu menyentuh bayi Yang hanyut menongkah arus Sungai Nil Lembutmu mematahkan keangkuhannya Firaun merancang kau menghalangnya Musa terbuang jadi terbilang Ya Allah…Ya Allah… Senilagu: Putra Aiman (Hijjaz Records Sdn. Bhd.) Senikata : Pahrol Md. Juoi (Hijjaz Records Sdn. Bhd.) Hakcipta : Hijjaz Records Sdn. Bhd.



FOLIO SIRAH TINGKATAN 5 2010



ASIAH ISTERI FIRAUN “PEMEGANG MAHKOTA TERPUJI”



NAMA GURU PENTAKSIR : USTAZAH NORHIDAYATI BINTI ZULKAFLI



NAMA AHLI KUMPULAN :



AFIQAH BINTI ABDUL RAHMAN ILI SYAZWANI BINTI SHAIRI NUR LIYANA BINTI ZAKARIA



5 ILTIZAM SEKOLAH MENENGAH ISLAM HIDAYAH, JOHOR BAHRU MEI 2010