Asigment Ekonomi - Getah [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

GMGF 2014 EKONOMI DAN PEMBANGUNAN



ISI KANDUNGAN



1.0



PENGENALAN...................................................................................................................2



2.0



OBJEKTIF...........................................................................................................................3



3.0



PENGELUARAN DAN PEMASARAN..............................................................................4 3.1 Pengeluaran Perindustrian Getah........................................................................4 3.2 Pemasaran Perindustrian Getah...........................................................................5



4.0



ANALISA KAJIAN.............................................................................................................6 4.1



5.0



Perbincangan Masalah...........................................................................................6



EKSPORT DAN IMPORT...................................................................................................7 5.1



Import........................................................................................................................8



5.2



Eksport.....................................................................................................................8



6.0



STRATEGI........................................................................................................................12



7.0



KESIMPULAN...................................................................................................................13 BIBLIOGRAFI...................................................................................................................14 LAMPIRAN.......................................................................................................................15



1.0



PENGENALAN



1



NO.MATRIK : 236108



GMGF 2014 EKONOMI DAN PEMBANGUNAN



Tugasan individu ini adalah sebagai syarat bagi melengkapkan pengajian kursus GMGF 2014 Ekonomi Dan Pembangunan , Pengajian Luar Kampus Universiti Utara Malaysia. Para pelajar telah diberikan salah satu tajuk yang berkaitan ekonomi serta membuat tugasan berdasarkan tajuk tersebut.Tajuk diberi adalah berkaitan dengan bahan utama pengeluaran negara atau aktiviti-aktiviti utama negara.Tugasan dan perbincangan akan mengandungi faktor-faktor ekonomi seperti pengeluaran, pemasaran dan import eksport. Bagi pemahaman yang lebih berkesan dalam tugasan ini, unsur-unsur penting yang berkaitan dengan tajuk diberi perlulah dikupas, diulas, dibahas dan dibincangkan secara bernas, tersusun dan serta mempunyai kesinambungan antara fakta. Sektor perindustrian merupakan salah satu sektor ekonomi yang penting dalam menjana pembangunan ekonomi sesebuah negara. Sektor perindustrian Malaysia mengalami pelbagai perubahan dan revolusi sejak zaman penjajahan sehinggalah kini bagi memajukan sektor ini dan secara langsungmenyumbang kepada ekonomi Negara. Namun, walaupun pelbagai dasar dan strategi telah digubal dan diguna pakai sektor ini masih mempunyai pelbagai halangan dan cabaran dalam menjadi sektor penyumbang utama kepada kemajuan ekonomi Negara Pada tahap prasyarat untuk lepas landas, dalam Model Rostow menganggapnya sebagai satu masa peralihan di mana masyarakat mula menyiapkan diri untuk mencapai pembangunan yang berterusan.Oleh itu memerlukan perubahan dari sikap serta nilai masyarakat terhadap kegiatan ekonomi.Pada tahap berlaku perubahan struktur ekonomi semasa Negara mula membangunkan sektor industri. Pada masa ini, kadar pertumbuhan ekonomi dunia telah mengalami kemerosotan dan ini disertai pula dengan kadar pertumbuhan perdagangan antarabangsa yang lembab.Selain itu,untuk mencapai kadar perkembangan ekonomi yang berterusan di dalam suasana yang mencabarkan ini, setiap negara baik negara perindustrian ataupun negara membangun seperti Malaysia perlulah meningkatkan pendapatan masing-masing ke tahap yang paling maksima. 2.0



OBJEKTIF



2



NO.MATRIK : 236108



GMGF 2014 EKONOMI DAN PEMBANGUNAN



Bermula, abad ke-20, getah adalah salah satu tanaman perindustrian yang menjadi tanaman



eksport



atau



hasil



dagangan



yang



penting



kerana



ia



sangat



menguntungkan. Perkembangannya berhubung rapat dengan sistem pengangkutan, sebab itulah banyak kemudahan infrastruktur dibina. Perkembangan yang pesat dalam penanaman getah telah menambahkan lagi hasil perdagangan Tanah Melayu. Antara tahun 1906-1929, purata keluasan penanaman getah di Tanah Melayu telah meningkat dari 129809 hektar kepada 2971000 hektar dan eksport getah telah bertambah dari 6500 tan dalam tahun 1910 kepada 456000 tan pada tahun 1929. Harga getah juga meningkat daripada 1s3d sepaun kepada 2s6d sepaun antara tahun 1830-1900. Harganya terus menaik sehingga 8s9d sepaun pada tahun 1910. Walau bagaimanapun, pengeluaran yang tidak terkawal menyebabkan kelebihan penawaran dan harga getah telah merosot daripada 8s9d (1910) kepada 1s10d sepaun (1920-an). Fenomena ini menyebabkan British mengambil langkah untuk menyusun semula program perusahaan getah dan beberapa pendekatan telah dibuat seperti Rancangan Sekatan Stevenson (1922-1928). Pokok getah adalah sejenis tumbuhan tropika dan termasuk dalam tanaman jangka panjang atau tanaman saka. Jangka hayat untuk pokok getah mengeluarkan hasil adalah antara 30 hingga 40 tahun. Pokok getah akan meluruhkan daun setiap 1-2 tahun sekali dan digantikan dengan daun baru. Biji getah yang cukup matang akan meletup dan menggugurkan bijinya yang kemudian akan bercambah. Pokok getah bukan sahaja diusahakan untuk penghasilan susu getah sahaja tetapi kini batang getah merupakan komoditi penting di Malaysia bagi menghasilkan perabot kayu getah yang sangat cantik dan berharga. Kini pokok getah telah banyak ditanam di negara-negara Asia Tenggara terutamanya di Malaysia dan Indonesia. Malaysia merupakan pengeluar getah yang utama di dunia selepas Indonesia dan Thailand. Perusahaan kereta menggunakan tayar getah asli telah menyebabkan permintaan getah asli dunia semakin meningkat. Pokok getah kini telah menjadi satu industri yang besar di negara-negara ini. 3.0



PENGELUARAN DAN PEMASARAN



3



NO.MATRIK : 236108



GMGF 2014 EKONOMI DAN PEMBANGUNAN



3.1



Pengeluaran Perindustrian Getah



Pada tahun 2015, jumlah pengeluaran dunia getah dianggarkan 26.7 juta tan, meningkat pada kadar purata tahunan sebanyak 1.7% daripada 23.4 juta tan pada tahun 2007. Getah asli, dengan pengeluaran dianggarkan sebanyak 12.3 juta tan, menyumbang 46% daripada getah dunia pengeluaran, manakala pengeluaran getah tiruan menyumbang 54%, dengan pengeluaran dianggarkan sebanyak 14.4 juta tan. Bersamaan dengan tahun 2014, jumlah pengeluaran dunia getah asli menyumbang 46%, manakala getah sintetik menyumbang 54%. Malaysia kini merupakan pengeluar kelima terbesar di dunia bagi getah asli selepas Thailand, Indonesia, Vietnam dan China. Pengeluaran getah asli di Malaysia meningkat sebanyak 4.1% daripada 0.67 juta tan metrik pada tahun 2014 kepada 0.7 juta tan pada tahun 2015. Eksport bagi getah asli mencatatkan penurunan sebanyak 5.4% untuk tempoh yang sama. Namun begitu, Malaysia masih pengeksport bersih getah asli. Pengguna boleh melihat ke arah Malaysia sebagai sumber bekalan getah berkualiti mentah SMR (Standard Malaysian Rubber) gred, getah khusus seperti ENR, DPNR dan TPENR dan produk lateks pekat termasuk Protein Lateks Rendah. Carta: Pengeluaran, Penggunaan dan Dagangan Getah Dunia, 2010-2015 (ribu tan)



3.2



Pemasaran Perindustrian Getah



Pengeluaran dan pemprosesan keluaran mentah dilaksanakan secara berintergrasi di kebanyakan estet besar.Pengumpulan susu getah dimudahkan oleh rangkaian 4



NO.MATRIK : 236108



GMGF 2014 EKONOMI DAN PEMBANGUNAN



jalan yang baik.Kilang pemerosesan lazimnya terletak di tempat yang sesuai dan mudah mendapat bekalan elektrik, air, telefon dan perkhidmatan lain. Pengeluaran pada peringkat kilang diawasi dengan teliti bagi memastikan mutu barangan yang tinggi. Beberapa buah estet besar seperti Dunlop, Sime Darby mempunyai hubungan langsung dengan pengguna.Dalam kes demikian , jualan terus atau langsung dapat dilaksanakan.Walau bagaimanapun, bagi kebanyakan estet getah dipasarkan menerusi saluran melalui penghantaran langsung kepada agen penjual di negara pengguna seperti yang dilakukan oleh estet agensi dalaman. Selain itu, jualan kepada agen negara pengguna yang beroperasi di Malaysia.Akhir sekali, jualan kepada peraih yang beroperasi di dalam negara atau luar negara. Bagi pemasaran pekebin-pekebun kecil bersendirian, output mereka dipasarkan melalui satu rangkaian orang perantaraan, peraih tempatan , peraih tengah , pengilang semula, pembungkus dan pengeksport.Peraih tempatan merupakan komponen saluran pemasaran yang penting kerana pekebun-pekebun kecil bersendirian pada asasnya bergantung kepada mereka bagi menjual keluaran getah, sama ada susu cair, getah beku, getah keping atau sekerap.



4.0



ANALISA KAJIAN



4.1



Perbincangan Masalah



5



NO.MATRIK : 236108



GMGF 2014 EKONOMI DAN PEMBANGUNAN



Terdapat kes kegagalan kontraktor untuk melaksanakan tugas mereka, sehingga berlakunya kelewatan dalam proses tanam semula. Ada peneroka yang terpaksa menunggu sehingga lebih daripada enam tahun selepas anak benih getah ditanam untuk mula menoreh. Ini akan memberi impak daripada segi ekonomi kepada peneroka-peneroka ini.Boleh dikatakan harga getah di Malaysia ini ada naik turunnya. Sekitar akhir tahun 2010, harga getah pernah mencecah RM5.00 sehingga RM6.50 sekilo, tetapi kini jatuh pada harga RM0.90 sehingga RM1.00 sekilo. Di kala harganya naik mendadak, pernah ada pekebun kecil yang memperoleh pendapatan antara RM1,500 hingga RM2,000 sehektar sebulan. Fenomena kenaikan harga getah yang berlaku pada masa itu adalah kesan permintaan yang tinggi di pasaran antarabangsa dan pengeluaran yang rendah daripada negara pengeluar terbesar seperti Thailand dan Indonesia yang pada ketika itu mengalami krisis ekonomi dan politik. Di samping itu, ia juga dipengaruhi oleh faktor kenaikan harga bahan bakar petroleum, kepesatan industri pembuatan tayar di China dan industri automotif di India.Keluasan penanaman getah juga dilihat semakin mengecil, akibat kesan daripada beberapa faktor seperti petani lebih minat untuk menanam kelapa sawit, harga getah yang tidak menentu dan rendah terlalu lama, kekurangan penoreh getah, masa yang lama untuk menunggu pokok getah untuk ditoreh, tanah diubah syarat kepada tanaman lain dan paling kritikal adalah tawaran pembelian kayu getah yang aktif oleh kilang perabot. Pendapatan negara melalui hasil eksport barangan getah juga dilihat mulai merosot sejak beberapa tahun kebelakangan ini ekoran penggunaan getah tiruan yang ternyata lebih murah berbanding getah asli. Menyedari keadaan ini pelbagai cara dilakukan untuk meningkatkan mutu dan kualiti getah. Dalam waktu yang sama, satu usaha baru dibuat, iaitu mempelbagaikan barangan keluaran hasil pokok getah. 5.0



EKSPORT DAN IMPORT



Malaysia terkenal di seluruh dunia untuk kualiti yang tinggi dan produk getah harga yang kompetitif. Pengeluar produk getah Malaysia terdiri daripada syarikat multinasional dan usaha sama dari pelbagai negara termasuk Amerika Syarikat, 6



NO.MATRIK : 236108



GMGF 2014 EKONOMI DAN PEMBANGUNAN



Eropah dan Jepun, serta perusahaan milik tempatan. Syarikat-syarikat ini membekalkan pelbagai jenis produk getah termasuk sarung tangan perubatan, komponen automotif, hos dan galas struktur.Malaysia kekal pembekal terkemuka di dunia



bagi



sarung



tangan



perubatan



(pemeriksaan



dan



sarung



tangan



pembedahan), memenuhi lebih daripada 50% permintaan dunia. Malaysia juga merupakan pembekal utama dunia bagi kateter Foley dan kondom dan pengeksport kedua terbesar benang getah (dari segi nilai). Benang getah digunakan terutamanya dalam industri pakaian sebagai tali getah anjal dan sokongan. Produk getah lain yang dihasilkan di Malaysia termasuk puting dan penenang serta sarung jari. Malaysia juga menghasilkan pelbagai pilihan produk getah perindustrian seperti hos, tali, pelekap, wayar dan kabel untuk pasaran dunia.



5.1



Import



Malaysia tidak melarang pengimportan getah asli dari mana-mana negara termasuk sebanyak 69,585 tan metrik getah asli diimport pada April 2015. Perbandingan bulan



atas bulan menunjukkan import turun sebanyak 8,538 tan metrik (-10.9%), manakala tahun atas tahun pula naik sebanyak 8,814 tan metrik (+14.5%). Jenis getah asli utama yang diimport pada bulan ini adalah Lateks Pekat (33.5%) dan Getah Berpiawaian (32.4%)



Carta : Import Getah Asli Mengikut Jenis , April 2015. 5.2



Eksport



Eksport barangan getah dari Malaysia melepasi RM15 bilion pada tahun 2014 dan mencapai hampir RM18 bilion pada tahun 2015. Pada tahun 2015, eksport barangan produk getah mencatatkan peningkatan positif sebanyak 18.6% tahun ke tahun, disumbangkan terutamanya oleh peningkatan yang kukuh dalam eksport sarung 7



NO.MATRIK : 236108



GMGF 2014 EKONOMI DAN PEMBANGUNAN



tangan getah yang menyumbang 72.8% daripada jumlah eksport barangan getah tahun ini. Peningkatan eksport yang kukuh untuk produk getah dari Malaysia pada tahun 2015 adalah juga disebabkan oleh peningkatan export untuk barangan lateks yang lain terutama kondom and benang lateks. Didalam kategori barangan getah bukan lateks seperti tayar, kasut, tiub dan paip berserta pelekap dan gasket melapurkan prestasi export yang kuat. Namun begitu, barangan lateks kekal sebagai penyumbang terbesar kepada eksport Malaysia produk getah, mencapai RM14.6 bilion pada tahun 2015. Sarung tangan getah di bawah kategori barangan lateks terus menyumbang dengan ketara kepada jumlah eksport barangan getah, mencapai RM13.1 bilion nilai eksport atau 72.8% daripada jumlah nilai dari semua produk getah yang dieksport.



Carta: Eksport Produk Getah Malaysia, 2010-2015 (RM juta)



8



NO.MATRIK : 236108



GMGF 2014 EKONOMI DAN PEMBANGUNAN



Carta: Eksport Barangan Bukan Latex Malaysia, 2010-2015 (RM ribu)



Jadual 1: Eksport Produk Getah Terpilih Malaysia, 2010-2015 Rubber Product Sarung Tangan, Selain Daripada Sarung Tangan Pembedahan



Value (RM Million) 2010



2011



2012



2013



2014



7,930.1 8,817.0 9,489.2 9,363.2 9,436.5



11,764.8



Sarung Tangan Pembedahan



985.4



Paip dan Tiub



314.0



416.8



422.1



435.4



520.3



656.3



Gelang Pelekap Getah Paip Lembut Tervulkan



56.6



848.2



674.9



575.4



445.6



515.9



Sheath Contraceptives



282.8



277.1



336.8



354.0



325.5



431.0



Kateter



140.0



158.0



220.1



316.6



428.1



311.2



Benang Getah Pra-rawat Bukan Selular



56.0



37.2



44.7



42.4



97.7



97.6



Wayar, Kabel dan Lain-lain Konduktor Elektrik



25.8



30.7



37.1



36.0



25.7



33.3



Rantai



56.6



54.9



70.0



42.8



33.4



32.2



Finger Stalls



4.8



4.6



4.4



13.0



14.5



19.3



Puting & Penenang



12.4



11.8



12.9



17.0



8.3



15.5



Gelang Pelekap Getah Paip Lembut Tervulkan



5.1



3.1



3.5



4.1



9.1



15.3



Cellular Rubber Lined with



12.0



14.9



9.3



4.2



3.4



3.4



9



1,074.5 1,070.6 1,170.3 1,265.4



2015



1,132.2



NO.MATRIK : 236108



GMGF 2014 EKONOMI DAN PEMBANGUNAN



Textile Fabric on One Side Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia (DOS), Malaysia Produk getah Malaysia kini dieksport ke lebih daripada 190 buah negara di seluruh dunia. Amerika Syarikat (AS), Jerman dan Jepun kekal sebagai pasaran terbesar bagi produk getah Malaysia, menyumbang 41% daripada jumlah eksport Malaysia produk getah. Pasaran penting lain bagi pengeluar produk getah Malaysia termasuk China, United Kingdom (UK) dan Australia. Carta: Eksport Barangan Getah Mengikut Destinasi Pada Tahun 2015



Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia (DOS), Malaysia



6.0



STRATEGI



Aspek peningkatkan kecekapan dan produktiviti merupakan aspek utama yang perlu diberi penekanan yang lebih kerana ia difahamkan akan dapat menyelesaikan kebanyakan cabaran dan masalah yang dihadapi dalam konteks mempertahankan industri ini. Bagi memastikan bekalan mencukupi untuk mencapai unjuran jumlah permintaan domestik untuk tempoh 12 tahun iaitu antara 704,000 tan pada tahun 10



NO.MATRIK : 236108



GMGF 2014 EKONOMI DAN PEMBANGUNAN



2008 hingga 994,000 tan pada tahun 2020 seharusnya mempunyai minimum 880,000 hektar kawasan tanaman getah harus dikekalkan sebagai kawasan yang ditanam getah purata tahunan optimum. Konsep Ladang Hutan Getah yang bersifat serampang dua mata iaitu bertujuan pengeluaran susu getah dan kayu getah harus diperluaskan bagi meningkatkan pendapatan pekebun kecil. Dengan harga yang lebih tinggi, pendapatan yang akan diperolehi pekebun kecil akan meningkat dan seterusnya meningkatkan taraf hidup mereka. Selain daripada itu, penggunaan teknologi penorehan terkini dan amalan pertanian baik diperlukan agar lebih menjimatkan buruh menjadi penoreh. Penerangan yang jelas mengenai kebaikan amalan pertanian baik yang merupakan amalan pertanian yang lebih mesra alam kepada penoreh adalah diperlukan untuk meningkatkan produktiviti dan kualiti susu getah yang diperolehi. Industri produk getah perlu dipelbagaikan lagi dengan memberi penekanan kepada produk-produk nilai tambah dan teknologi tinggi, seperti aplikasi-aplikasi kejuruteraan, pembinaan dan marin. Lebih banyak usaha penyelidikan dan pembangunan (R&D) perlu dijalankan bagi pembangunan produk baru dan aktiviti-aktiviti hiliran bagi mempromosikan produkproduk baru termasuk pengekstrakan produk-produk biokimia daripada lateks menggunakan bioteknologi. Dengan usaha untuk mempelbagaikan lagi keluaran produk tanpa bergantung kepada satu produk berasaskan getah asli, sudah tentu memerlukan tahap penyelididkan dan pembangunan (R&D) yang tinggi agar produk yang baru mampu bersaing dengan produk keluaran negara lain. Usaha-usaha ini akan memastikan kualiti produk terus meningkat bagi mengekalkan daya saing dalam pasaran eksport.



7.0



KESIMPULAN



Kini, walaupun harga getah tidak lagi mampu mencapai harga tertinggi yang pernah diperoleh dahulu, namun beberapa langkah baru bagi membantu memulihkan harga pasaran telah pun dipersetujui oleh pakatan negara pengeluar utama komoditi itu, iaitu Malaysia, Thailand dan Indonesia. Antaranya, penarikan balik 300,000 tan getah asli daripada pasaran dan mempercepatkan program penanaman semula seluas 100,000 hektar yang bakal menyebabkan pengurangan eksport sebanyak 11



NO.MATRIK : 236108



GMGF 2014 EKONOMI DAN PEMBANGUNAN



150,000 tan. Selain itu faktor cuaca turut akan menyokong harga komoditi itu untuk melonjak pada paras yang tinggi. Jepun juga dilihat antara negara yang berminat untuk mengimport getah asli daripada negara pengeluar utama ini, sejajar dengan pemulihan beransur-ansur industri automotif di negara itu. Beberapa pengeluar kereta utama dunia seperti Nissan juga kini sedang dalam proses meningkatkan pengeluaran unit keretanya susulan pelancaran model barunya. Hal ini dilihat dapat meningkatkan permintaan terhadap getah asli, seterusnya menaikkan harga getah sedunia.Getah sememangnya dilihat mempunyai potensi yang cukup besar. Penanaman getah diakui sebagai satu perusahaan jangka panjang yang boleh mendatangkan hasil yang berpanjangan. Namun bagaimanapun ia perlukan perancangan dan komitmen yang teliti daripada pelbagai pihak. Jika dahulu industri getah dianggap tidak penting lagi, namun hari ini semua menyedari dan bersetuju bahawa industri getah semakin penting dan boleh menjadi pemacu kepada aktiviti ekonomi negara. Oleh itu, Industri getah adalah merupakan salah satu industri yang telah menyumbang kepada ekonomi Malaysia selepas merdeka untuk membangun dan menuju ke arah merealisasikan matlamat untuk mencapai menjadi sektor pertanian sebagai tunggak pertumbuhan ketiga negara Malaysia. Untuk tujuan memenuhi hasrat tersebut, industri ini perlu mempertingkatkan kecekapan dan produktiviti, merealisasikan penggunaan sumber, mengukuhkan asas ekonomi dan daya saingnya di pasaran domestik dan antarabangsa dunia dalam 40 tahun akan datang. Maka industri ini perlu berdaya menghadapi cabaran-cabaran industri demi membawa industri ini ke satu tahap yang lebih pesat dan maju. BIBLIOGRAFI Modul GMGA 2014 Ekonomi dan Pembangunan, Sintok: Pusat Pendidikan Profesional dan Lanjutan (PACE), Universiti Utara Malaysia. Ramli Osman & V. Vanaja. (2011). Program Pengembangan Untuk Pekebun Kecil Getah di Malaysia. Sains & Teknologi LGM. SUMBER ELEKTRONIK



12



NO.MATRIK : 236108



GMGF 2014 EKONOMI DAN PEMBANGUNAN



https://ms.wikipedia.org/wiki/Ekonomi_Malaysia https://statistics.gov.my/dosm/uploads/files/1_Articles_By_Themes/Agriculture/Peran gkaan_Getah_Bulanan_Malaysia_2015.pdf http://www.mynewshub.cc/2016/04/25/kekurangan-lateks-malaysia-tidak-larangimport-getah/



LAMPIRAN



13



NO.MATRIK : 236108