Assign Hubungan Industri [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

NO. MATRIKULASI



:



NO. KAD PENGNEALAN



:







NO. TELEFON



:



E-MEL



:



PUSAT PEMBELAJARAN



:



0







1.0



PENGENALAN



Secara amnya, hubungan industri adalah merujuk kepada hubungan di antara majikan dan pekerja di dalam sesebuah organisasi. Hubungan industri ini menitikberatkan kepada hak dan kewajipan di antara majikan dan pekerja. Jika pekerja mempunyai hubungan yang tidak baik dengan majikan, maka wujudlah satu jurang dalam penyelesaian isu atau sesuatu permasalahan yang timbul di dalam sesebuah organisasi. Selain itu juga, hubungan industri juga boleh didefinasikan sebagai satu hubungan di antara majikan, pekerja dan kesatuan sekerja dalam ruang lingkup pekerjaan (Malaysia Employment Law & Industrial Relation, 1996). Definasi ini dapat dibuktikan dengan apa yang dikatakan oleh Yong (1996) di mana hubungan industri ini adalah suatu penetapan sistem dan peraturan yang dipersetujui oleh kedua-dua majikan dan pekerja di dalam persekitaran kerja. Ini bermakna, majikan dan pekerja mempunyai hak yang sah dan sama rata untuk melindungi apa yang yang dirasakan sangat penting untuk mereka lindungi. Sebelum tahun 1965, sistem hubungan industri ini dipraktikan berdasarkan kepada sistem British di mana majikan dan pekerja digalakkan untuk bersama-sama mencari jalan penyelesaian bagi sesuatu pertikaian mengikut prosedur-prosedur yang telah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak tanpa campur tangan daripada pihak ketiga iaitu pihak kerajaan atau pembuat dasar. Pada kebiasaannya, campur tangan daripada pihak kerajaan ini hanyalah untuk membantu dari segi khidmat nasihat terutama berkaitan isu perundangan. Justeru itu, hubungan industri yang diamalkan di Malaysia pula terdiri daripada tiga pihak. Ianya masih belandaskan sistem yang diamalkan oleh British sejak sebelum tahun 1965 tetapi ditambahbaik. Hubungan tersebut melibatkan pihak majikan, pekerja serta kesatuan sekerja juga pihak kerajaan. Perhubungan ini dinamakan sebagai pakatan tiga pihak (tripartite). Ketiga-tiga pihak ini bertemu untuk membincangkan segala masalah atau perkara yang berkaitan dengan pekerjaan di dalam organisasi. Setiap pihak mempunyai hubungan yang istimewa di antara satu sama lain. Sebagai contoh, hubungan di antara pihak kerajaan dan majikan mempunyai keseimbangan dalam aspek seperti undang-undang, teknologi dan juga pertumbuhan ekonomi. Manakala hubungan di antara pihak majikan dan pekerjanya akan menyentuh berkaitan penetapan matlamat organisasi, sistem kerja dan juga pembahagian keuntungan mahupun pampasan kepada pekerja. Hubungan di antara pihak pekerja dan kerajaan pula adalah lebih kepada pembentukan dasar dan undang-undang yang juga akan 1







melibatkan pihak majikan. Bagi melihat salah satu contoh di Malaysia, organisasi yang mengamalkan sistem pakatan tiga pihak ini adalah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) merupakan antara tabung simpanan persaraan tertua dan yang terbesar di dunia. Ditubuhkan pada 1951, bagi membantu tenaga kerja Malaysia menabung untuk persaraan mereka selaras dengan Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991. Konsep asal penubuhan KWSP ini berasal daripada seorang warga Inggeris yang telah memulakan perkhidmatan simpanan wang pekerja di pejabat pos. Perekodan transaksi ketika itu dijalankan secara manual dengan menggunakan buku-buku lejar dan caruman pertama yang telah dicatatkan adalah pada tahun 1952. KWSP telah melalui transformasi ketara sejak awal penubuhannya, dan sebahagian besar transformasi ini telah dipacu oleh visi KWSP untuk membantu ahlinya mencapai masa depan yang lebih baik. KWSP juga telah berkembang daripada satu skim tabungan yang kecil kepada yang terbesar di Malaysia. Selaras dengan peningkatan sosio-ekonomi negara, bilangan ahli dan majikan yang mencarum serta jumlah caruman dan aset KWSP telah turut meningkat. Bermula sebagai satu skim simpanan hari tua yang mudah, kini KWSP telah berkembang kepada skim simpanan yang menyediakan pelbagai jenis pengeluaran yang diperkenalkan kepada ahli dari semasa ke semasa dan menjadi organisasi keselamatan sosial terutama dalam menyediakan manfaat persaraan kepada pekerja sektor swasta dan berpencen di Malaysia. Selain daripada itu juga, KWSP juga memainkan peranan utama dalam menyediakan perlindungan kewangan kepada majoriti rakyat Malaysia atau waris dengan membantu ahli untuk mendapatkan rumah, pendidikan lebih baik dan juga (bantuan) ketika bersara, kematian, kecacatan atau ketika mendapatkan rawatan perubatan. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah satu organisasi Badan Berkanun yang bernaung di bawah Kementerian Kewangan Malaysia. Organisasi ini diuruskan oleh sebuah Lembaga yang dianggotai oleh 20 orang ahli yang terdiri daripada wakil kerajaan, wakil majikan, dan wakil pekerja serta kesatuannya. Lembaga inilah yang bertanggungjawab dalam semua perkara berkaitan menggubal semua polisi yang digunapakai oleh KWSP dan menentukan perlaksanaannya kecuali yang berkaitan dalam hal-hal pelaburan. Selain daripada Lembaga, Akta KWSP juga mempunyai peruntukan bagi menubuhkan Panel Pelaburan yang bertanggungjawab ke atas semua perkara berkaitan pelaburan. Bagi menjalankan urusan-urusan pentadbiran harian pula, satu kumpulan Pengurusan KWSP diwujudkan yang diketuai oleh seorang Ketua Pegawai Eksekutif (CEO). 2







2.0



PERANAN-PERANAN KERAJAAN



Sebagai badan berkanun, KWSP dikawal oleh lembaganya, di mana ahli-ahlinya termasuk wakil dari pekerja, majikan, pakar industri dan Kerajaan. 3.0



PERANAN MAJIKAN



4.0



CADANGAN PENAMBAHBAIKAN HUBUNGAN INDUSTRI



5.0



KESIMPULAN



Hubungan industrial adalah hubungan antara semua pihak yang tersangkut atau berkepentingan atas proses produksi atau pelayanan jasa di suatu perusahaan. Pihak yang paling berkepentingan atas keberhasilan perusahaan dan berhubungan langsung sehari-hari adalah pengusaha atau manajemen dan pekerja. Abdul Khakim (2009) menjelaskan, istilah hubungan industrial merupakan terjemahan dari "labour relation" atau hubungan perburuhan. Istilah ini pada awalnya menganggap bahwa hubungan perburuhan hanya membahas masalah-masalah hubungan antara pekerja/buruh dan pengusaha. Seiring dengan perkembangan dan kenyataan yang terjadi di lapangan bahwa masalah hubungan kerja antara pekerja/buruh dan pengusaha ternyata juga menyangkut aspekaspek lain yang luas. Dengan demikian, Abdul Khakim (2009) menyatakan hubungan perburuhan tidaklah terbatas hanya pada hubungan antara pekerja/buruh dan pengusaha, tetapi perlu adanya campur tangan pemerintah. Selain Lembaga, Akta KWSP juga mempunyai peruntukan bagi menubuhkan Panel Pelaburan yang bertanggungjawab bagi semua perkara berkaitan pelaburan. Secara umumnya, KWSP mewajibkan setiap pekerja menyimpan sebahagian daripada upah mereka dan majikan pula menambah simpanan tersebut dalam kadar yang tertentu, untuk membolehkan pekerja mempunyai simpanan untuk tujuan persediaan persaraan. Caruman pekerja dan majikan ini pula akan dilaburkan oleh KWSP bagi meningkatkan nilai simpanan persaraan mereka sesuai dengan kadar inflasi dan kos kehidupan yang semakin meningkat. 3







Dalam tahun 1960, Menteri Kewangan Persekutuan Tanah Melayu Tun Tan Siew Sin telah merasmikan pembukaan Bangunan Baru Kumpulan Wang Simpanan Pekerja di Jalan Gasing, Petaling Jaya. Bangunan ini berharga RM 1.6 juta. Sebelum ini pejabat kumpulan wang Simpanan Pekerja bertempat di Bangunan Persekutuan di Petaling Jaya. Ketika berucap merasmikan bangunan baru tersebut, Encik Tan Siew Sin telah mengumumkan dua perubahan penting yang akan memberi keuntungan kepada pekerja-pekerja yang mencarum kepada tabung tersebut. Perubahan-perubahan tersebut ialah :Rang Undang-undang akan dibentangkan bagi membolehkan semua atau hampir-hampir semua pekerja-pekerja yang berpendapatan $400/- sebulan diliputi oleh undang-undang itu. Pindaan-pindaan akan dibuat dalam undang-undang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja bagi menentukan Faedah yang lebih atas simpanan wang seseorang pekerja dalam tabung KWSP tersebut. Disamping itu faedah akan dikira berdasarkan simpanan pada awal tahun dan tidak berdasarkan simpanan pada akhir tahun. Tun Tan Siew Sin menduga bahawa sekiranya langkah-langkah itu diambil maka KWSP akan dapat menetapkan faedah sebanyak 4 peratus dan tidak sekadar 2 1/2 peratus sebelumnya. Beliau juga telah mengumumkan cadangan untuk KWSP bagi membayar wang tahunan kepada penyumbang-penyumbang yang telah genap 55 tahun. Sejak diwujudkan Undang-undang KWSP pada tahun 1952, KWSP telah berjaya mengumpulkan modal wang sejumlah 600 juta ringgit sehingga tahun 1960. Dengan penanaman modal yang besar ini dapatlah membantu membiayai rancangan-rancangan pembangunan negara demi untuk meninggikan lagi taraf hidup rakyat dan menjamin ketenteraman dalam bidang politik dan ekonomi. Sesungguhnya dengan pembukaan bangunan baru Ibu Pejabat KWSP ini, dengan peralatan yang lengkap dapatlah ianya mencapai objektif-objektifnya di masa depan.



4



APENDIKS



RUJUKAN / REFERENSI Nama Pengarang, (tahun), Tajuk Buku, Penerbitan



5



Ibrahim, D., Yussof, K. Y. S. K. M., & Tibok, R. P. (2016). Between Work Responsibilities and Family Obligations: A Study on the Management of VVork-Life Integration among Academics. International Business Management, 10(18), 4336-4341



Ibrahim, D., Sabariah, K. Y., Yussof, K. M., Sarjono, F., & Tibok, R. P. (2016). An Exploratory Analysis of the Life-Cycle Influence on Lecturers’ Management of Work and Life. International Business Management, 10(15), 3290-3294.



Abdul Kharim, 2009, Dasar-Dasar Hukum Ketenagakerjaan di Indonesia, Penerbit PT Citra Aditya Bakti Bandung



Pautan internet https://www.limaumadu.com https://ms.wikipedia.org/wiki/Kumpulan_Wang_Simpanan_Pekerja



6