Assign Hubungan Industri [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

NO. MATRIKULASI NO. KAD PENGNEALAN



: :







NO. TELEFON



:



E-MEL



:



PUSAT PEMBELAJARAN



:



1



1.0



PENGENALAN



Secara amnya, hubungan industri adalah merujuk kepada hubungan di antara majikan dan pekerja di dalam sesebuah organisasi. Hubungan industri ini menitikberatkan kepada hak dan kewajipan di antara majikan dan pekerja. Jika pekerja mempunyai hubungan yang tidak baik dengan majikan, maka wujudlah satu jurang dalam penyelesaian isu atau sesuatu permasalahan yang timbul di dalam sesebuah organisasi. Selain itu juga, hubungan industri juga boleh didefinasikan sebagai satu hubungan di antara majikan, pekerja dan kesatuan sekerja dalam ruang lingkup pekerjaan (Malaysia Employment Law & Industrial Relation, 1996). Definasi ini dapat dibuktikan dengan apa yang dikatakan oleh Yong (1996) di mana hubungan industri ini adalah suatu penetapan sistem dan peraturan yang dipersetujui oleh kedua-dua majikan dan pekerja di dalam persekitaran kerja. Ini bermakna, majikan dan pekerja mempunyai hak yang sah dan sama rata untuk melindungi apa yang yang dirasakan sangat penting untuk mereka lindungi. Sebelum tahun 1965, sistem hubungan industri ini dipraktikan berdasarkan kepada sistem British di mana majikan dan pekerja digalakkan untuk bersama-sama mencari jalan penyelesaian bagi sesuatu pertikaian mengikut prosedur-prosedur yang telah dipersetujui oleh keduadua belah pihak tanpa campur tangan daripada pihak ketiga iaitu pihak kerajaan atau pembuat dasar. Pada kebiasaannya, campur tangan daripada pihak kerajaan ini hanyalah untuk membantu dari segi khidmat nasihat terutama berkaitan isu perundangan. Justeru itu, hubungan industri yang diamalkan di Malaysia pula terdiri daripada tiga pihak. Ianya masih belandaskan sistem yang diamalkan oleh British sejak sebelum tahun 1965 tetapi ditambahbaik. Hubungan tersebut melibatkan pihak majikan, pekerja serta kesatuan sekerja juga pihak kerajaan. Perhubungan ini dinamakan sebagai pakatan tiga pihak (tripartite). Ketiga-tiga pihak ini bertemu untuk membincangkan segala masalah atau perkara yang berkaitan dengan pekerjaan di dalam organisasi. Setiap pihak mempunyai hubungan yang istimewa di antara satu sama lain. Sebagai contoh, hubungan di antara pihak kerajaan dan majikan mempunyai keseimbangan dalam aspek seperti undang-undang, teknologi dan juga pertumbuhan ekonomi. Manakala hubungan di antara pihak majikan dan pekerjanya akan menyentuh berkaitan penetapan matlamat organisasi, 2



sistem kerja dan juga pembahagian keuntungan mahupun pampasan kepada pekerja. Hubungan di antara pihak pekerja dan kerajaan pula adalah lebih kepada pembentukan dasar dan undang-undang yang juga akan melibatkan pihak majikan. Bagi melihat salah satu contoh di Malaysia, organisasi yang mengamalkan sistem pakatan tiga pihak ini adalah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) merupakan antara tabung simpanan persaraan tertua dan yang terbesar di dunia. Ditubuhkan pada 1951, bagi membantu tenaga kerja Malaysia menabung untuk persaraan mereka selaras dengan Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991. Konsep asal penubuhan KWSP ini berasal daripada seorang warga Inggeris yang telah memulakan perkhidmatan simpanan wang pekerja di pejabat pos. Perekodan transaksi ketika itu dijalankan secara manual dengan menggunakan buku-buku lejar dan caruman pertama yang telah dicatatkan adalah pada tahun 1952. KWSP telah melalui transformasi ketara sejak awal penubuhannya, dan sebahagian besar transformasi ini telah dipacu oleh visi KWSP untuk membantu ahlinya mencapai masa depan yang lebih baik. KWSP juga telah berkembang daripada satu skim tabungan yang kecil kepada yang terbesar di Malaysia. Selaras dengan peningkatan sosioekonomi negara, bilangan ahli dan majikan yang mencarum serta jumlah caruman dan aset KWSP telah turut meningkat. Bermula sebagai satu skim simpanan hari tua yang mudah, kini KWSP telah berkembang kepada skim simpanan yang menyediakan pelbagai jenis pengeluaran yang diperkenalkan kepada ahli dari semasa ke semasa dan menjadi organisasi keselamatan sosial terutama dalam menyediakan manfaat persaraan kepada pekerja sektor swasta dan berpencen di Malaysia. Selain daripada itu juga, KWSP juga memainkan peranan utama dalam menyediakan perlindungan kewangan kepada majoriti rakyat Malaysia atau waris dengan membantu ahli untuk mendapatkan rumah, pendidikan lebih baik dan juga (bantuan) ketika bersara, kematian, kecacatan atau ketika mendapatkan rawatan perubatan. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah satu organisasi Badan Berkanun yang bernaung di bawah Kementerian Kewangan Malaysia. Organisasi ini diuruskan oleh sebuah Lembaga yang dianggotai oleh 20 orang ahli yang terdiri daripada wakil kerajaan, 3



wakil majikan, dan wakil pekerja serta kesatuannya. Lembaga inilah yang bertanggungjawab dalam semua perkara berkaitan menggubal semua polisi yang digunapakai oleh KWSP dan menentukan perlaksanaannya kecuali yang berkaitan dalam hal-hal pelaburan. Selain daripada Lembaga, Akta KWSP juga mempunyai peruntukan bagi menubuhkan Panel Pelaburan yang bertanggungjawab ke atas semua perkara berkaitan pelaburan. Bagi menjalankan urusan-urusan pentadbiran harian pula, satu kumpulan Pengurusan KWSP diwujudkan yang diketuai oleh seorang Ketua Pegawai Eksekutif (CEO). 2.0



PERANAN-PERANAN KERAJAAN



Sebagai badan berkanun, KWSP dikawal oleh lembaganya, di mana ahli-ahlinya termasuk wakil dari pekerja, majikan, pakar industri dan Kerajaan. Peranan kerajaan di dalam hubungan industri adalah : 2.1



Ahli Perundangan (Parlimen) Dalam membentuk dan mengekalkan hubungan industri yang harmoni, kerajaan telah menggubal dan meluluskan undang-undang yang mengikat kedua-dua pihak majikan dan pekerja. Selain daripada mengemaskini undang-undang, kerajaan sering membuat pindaan dan peraturan yang selaras dengan isu terkini berkaitan pekerja. Hubungan industri di Malaysia melibatkan keperluan perundangan yang terdiri daripada tiga akta utama iaitu : 2.1.1



Akta Pekerjaan 1955 Akta ini menetapkan keperluan minimum bagi pekerja dan bertujuan untuk melindungi pekerja dari dieksploitasi. Akta ini merangkumi kumpulan pekerja dalam sektor swasta yang mempunyai



gaji



kurang



daripada



RM



1,250.00



sebulan.



Tanggungjawab pelaksanaan akta ini terletak pada Jabatan Tenaga Kerja, Kementerian Sumber Manusia. Akta ini diperlukan untuk menyelesaikan beberapa terma dan syarat pekerjaan seperti 4



bayaran upah kerja lebih masa, bayaran rawatan perubatan, faedah perberhentian pekerja, cuti sakit dan seumpamanya. 2.1.2



Akta Kesatuan Sekerja 1959 Akta ini bertujuan untuk mengawal aktiviti kesatuan pekerja supaya ia boleh dibangunkan dan berfungsi dengan cara yang betul dan aman. Akta ini juga menetapkan bahawa pekerja boleh menubuhkan kesatuan setelah mengikut prosedur dan syarat-syarat pendaftaran.



Akta



ini



membincangkan



tentang



prosedur



menubuhkan kesatuan, hak-hak dan tanggungan kesatuan serta sistem pentadbiran kesatuan sekerja. 2.1.3



Akta Perhubungan Perusahaan 1967 Akta ini menetapkan keperluan perundangan berkaitan hubungan antara majikan, pekerja, dan kesatuan. Ia juga menetapkan peraturan



untuk



membantu



mengatasi



dan



menyelesaikan



pertikaian yang wujud antara pihak majikan dan pihak pekerja. Tujuan



utama



akta



ini



untuk



memastikan



keharmonian



perhubungan industri. Akta ini juga menunjukkan kepentingan Mahkamah Perusahaan sebagai timbang tara dalam menyelesaikan sebarang pertikaian perusahaan yang wujud. Di samping itu, pengiktirafan kesatuan sekerja sebelum mengadakan perundingan kolektif turut terkandung di dalam akta ini. 2.2



Pentadbir dan Penimbangtara ( Kementerian Sumber Manusia ) Kementerian



Sumber Manusia di Malaysia amat mementingkan



keharmonian



hubungan



industri.



Untuk



mencapai



matlamat



ini,



Kementerian telah menubuhkan dua jabatan iaitu: 2.2.1



Jabatan Perhubungan Perusahaan Fungsi utama jabatan ini adalah adalah memberi nasihat kepada menteri tentang semua perkara berkaitan dengan hubungan industri 5



dan perundangan berkaitan termasuk perkara-perkara yang dirujuk ke Mahkamah Perusahaan. Jabatan ini berperanan memberi nasihat kepada majikan, pekerja, kesatuan sekerja dan lain-lain organisasi mengenai hubungan perindustrian. Antara tanggungjawab utama jabatan ini adalah memberi layanan yang sewajarnya kepada setiap aduan yang diterima daripada pekerja, majikan dan kesatuan pekerja. Selain daripada itu, jabatan ini juga memberi maklumbalas kepada setiap aduan dalam masa 14 hari daripada tarikh aduan diterima, melaksanakan proses perundingan dengan adil dan saksama, bertindak serta merta ke atas semua bentuk tindakan perusahaan seperti mogok, piket dan sekatan masuk kerja, dan akhir sekali adalah memberi khidmat nasihat kepada para pekerja, majikan dan kesatuan tanpa berbelah bahagi. 2.2.2



Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja. Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja dahulunya dikenali sebagai Pejabat Pendaftaran Kesatuan Sekerja telah ditubuhkan pada bulan Julai 1946. Pada masa dahulu, Enakmen Kesatuan Sekerja 1940 diterimapakai dalam menguruskan aktiviti yang berkaitan dengan Kesatuan Sekerja. Apabila Ordinan Kesatuan Sekerja 1959 dikuatkuasakan pada 1 Jun 1959, ia menggantikan Enakmen 1940. Fungsi penubuhan jabatan ini adalah untuk mengawal aktiviti kesatuan sekerja. Pegawai-pegawai utama yang menerajui jabatan ini terdiri daripada Ketua Pengarah Kesatuan Sekerja, Pengarah Kesatuan Sekerja (bahagian Pergerakan Persatuan Sekerja) dan Pengarah Kesatuan Sekerja(bahagian Penguatkuasaan).



2.3



Majikan Kepada Kesatuan dan Persatuan dalam Sektor Awam Kerajaan merupakan majikan yang terbesar bagi para pekerja di sektor awam. Fungsinya adalah bertanggungjawab untuk menjaga kepentingan 6



dan kebajikan pekerja di sektor awam. Banyak kesatuan dalam sektor awam telah bergabung dengan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan



Awam



(CUEPACS).



Berdasarkan



laporan



tahunan



Kementerian Sumber Manusia, terdapat 209 kesatuan sekerja dalam sektor awam, yang terdiri daripada 125 dalam kerajaan dan 84 yang didaftarkan di bawah badan-badan berkanun dan pihak berkuasa tempatan. Oleh sebab yang demikian, CUEPACS merupakan wakil pekerja di sektor awam di peringkat kebangsaan dalam rundingan dan perbincangan yang melibatkan hak dan kepentingan pekerja-pekerja dalam sektor awam. 3.0



PERANAN MAJIKAN



Majikan



boleh



dimaksudkan



sebagai



pihak



yang



memiliki



organisasi



dan



bertanggungjawab kepada modal dan segala pembayaran upah atau ganjaran kepada pekerja. Biasanya majikan adalah pemilik syarikat atau organisasi. Dalam organisasi perkhidmatan awam, majikan ialah pihak atau pegawai atasan yang bertanggungjawab. Pihak majikan juga mempunyai hak untuk membentuk Kesatuan Majikan. Prosedur dan syarat untuk menubuhkan persatuan majikan adalah sama seperti yang diberikan kepada kesatuan sekerja. Majikan yang berhasrat untuk membentuk persatuan mestilah daripada industri atau pekerjaan yang sama contohnya perbankan atau perladangan. Antara peranan kesatuan majikan ini adalah : 3.1



Wakil Dalam Rundingan Kolektif dan Perjanjian Kolektif Persatuan majikan bertindak sebagai wakil kepada majikan pada peringkat kebangsaan dalam rundingan bagi mencari penyelesaian. Oleh itu, pandangan dan cadangan disalurkan oleh persatuan majikan tidak terjumlah sebagai suatu individu tetapi sebagai satu perwakilan untuk semua ahli di seluruh Malaysia.



3.2



Perunding Rujukan Sebagai sebuah organisasi yang besar, persatuan majikan mempunyai sumber yang luas dan berpengalaman dalam menyelesaikan pertikaian industri. Melalui



7



kes sebelum ini, persatuan majikan boleh menyalurkan pandangan dan alternatif yang boleh menjadi rujukan dalam mengendalikan tuntutan daripada kesatuan. 3.3



Penganjur Program Latihan Sebagai persatuan yang sah dan mewakili ahli pada peringkat kebangsaan, kesatuan majikan boleh menganjurkan program latihan dalam bentuk seminar atau kursus jangka pendek untuk majikan bagi pengendalian isu berkaitan tenaga kerja. Proses pertukaran pendapat dan pengalaman di dalam sesebuah seminar yang dianjurkan dapat mengekalkan serta mengemas kini hak dan kepentingan majikan.



3.4



Jurucakap Bagi Menyelesaikan Permasalahan. Dalam menangani isu semasa yang berkaitan kawalan perundangan, kepentingan majikan



dan



tuntutan



gaji



pekerja,



kesatuan



majikan



boleh



dipertanggungjawabkan atas dasar mempunyai sumber pengetahuan dan pengalaman serta pengaruh yang besar. Selain daripada itu, pihak kerajaan sentiasa memberikan perhatian kepada pandangan persatuan majikan sebelum mengambil apa-apa tindakan atau menggubal undang-undang yang melibatkan pekerja dan majikan.



4.0



CADANGAN PENAMBAHBAIKAN HUBUNGAN INDUSTRI



Rancangan eksplisit hubungan perindustrian adalah agak baru kepada beberapa firma. Sudah menjadi kebiasaan kita menangani perhubungan perindustrian sebagai pengurusan krisis tanpa memberikan pertimbangan yang secukupnya kepada kesan jangka panjang. Namun keadaan seperti ini telah berkurangan kerana perhubungan perindustrian atau barangkali lebih tepat, perhubungan pekerja sudah menjadi intipati kepada aktiviti personel. Hubungan industri merupakan interaksi formal antara pekerja, majikan dan kerajaan. Ketiga-tiga pihak ini amat mengharapkan keharmonian di dalam hubungan industri di Malaysia. Konsep keharmonian di dalam hubungan industri ini membawa maksud ketiga-tiga pihak yang disebutkan di atas berusaha untuk menyelesaikan 8



sebarang masalah dan isu yang berkaitan secara aman tanpa wujudnya tindakan kesan daripada pertikaian industri. Bagi memastikan hubungan industri ini wujud dan terlaksana di dalam sesebuah organisasi, beberapa cadangan dan garis panduan bagi penambahbaikan adalah seperti yang disenaraikan di perenggan di bawah. Kesemua pihak yang terlibat di dalam pakatan tripatite perlulah bekerjasama dan berpegang teguh kepada perjanjian kolektif yang telah dipersetujui bersama. Perjanjian kolektif adalah hasil yang diperoleh daripada perlaksanaan perundingan kolektif. Perundingan dengan niat jujur bererti kedua-dua pihak yang berunding mesti menghantar wakil ke meja perundingan untuk berkomunikasi dan berunding dengan tujuan hendak mencapai suatu persetujuan. Sejajar dengan itu juga, pihak kerajaan, majikan, dan pekerja harus memastikan bahawa segala pertikaian dikendalikan oleh pihak-pihak yang sewajarnya dan resolusi petikaian boleh diambil samada perundingan dua pihak, rundingan damai, atau timbang tara. Perundingan dua pihak dilakukan di antara pihak majikan dan pekerja berpandukan prosedur yang dipersetujui di dalam rundingan kolektif tadi. Rundingan haruslah dijalankan secara bertolak ansur bagi mencapai keputusan yang memuaskan hati kedua-kedua pihak. Rundingan damai pula merupakan kaedah yang paling berkesan untuk menyelesaikan pertikaian. Proses tersebut melibatkan beberapa mesyuarat dan perbincangandi antara majikan, pekerja dan juga wakil kerajaan. Manakala proses timbang tara pula biasanya merupakan langkah terakhir dalam penyelesaian pertikaian industri. Proses ini akan adalah proses penyelesaian pertikaian antara organisasi atau majikan dengan pekerja-pekerjanya oleh pihak ketiga iaitu pihak kerajaan. Selain daripada itu, kesatuan sekerja dan majikan haruslah mengelakkan diri mereka daripada mengambil tindakan yang tidak sewajarnya berkaitan dengan pertikaian industri. Ini bermakna piket, mogok dan sekatan masuk haruslah dielakkan kerana ia akan meninggalkan kesan negatif samada kepada pekerja atau organissasi. Majikan juga harus mengelakkan daripada mengambil tindakan drastik seperti menggunakan paksaan dalam melaksanakan tugas, melakukan perbehentian kerja, menghentikan pemberian ganjaran dan seumpamanya. Di dalam konteks ini, pertikaian industri adalah merujuk kepada pertikaian antara majikan dengan pekerja-pekerjanya yang berhubung dengan pekerjaan



9



atau bukan pekerjaan atau syarat-syarat pekerjaan. Akhir sekali, majikan dan pekerja haruslah melengkapkan pengetahuan mereka berhubung dengan 5.0



KESIMPULAN



Hubungan industri merupakan fungsi pengurusan sumber manusia yang penting dalam meningkatkan moral dan motivasi pekerja. Perhubungan yang baik antara majikan dan pekerja menunjukkan bagaimana organisasi semakin bijak menguruskan kebajikan pekerja. Jika hubungan industri di dalam sesebuah organisasi itu tidak baik, pekerja akan berasa tertekan dan ini akan menyebabkan pekerja akan menimbulkan tindakan-tindakan yang diluar jangka. Jika situasi ini berlaku ia akan menjejaskan operasi organisasi dan yang paling membimbangkan ianya akan menyebabkan imej sesebuah organisasi itu tercemar. Semua pihak sama ada majikan, pekerja dan kerajaan mengharapkan hubungan industri yang yang harmoni di dalam organisasi. Atas dasar inilah, Jabatan Perhubungan Perusahaan dan Jabatan Hal Ehwal Pekerja ditubuhkan untuk mengendalikan isu-isu dan permasalahan yang berkaitan dengan perhubungan industri. Kepentingan perhubungan industri semakin ketara apabila terdapat tiga akta utama yang dibentuk untuk menjaga perhubungan ini. Akta yang dimaksudkan adalah Akta Perkerjaan 1955, Akta Kesatuan Sekerja 1959, dan Akta Perhubungan Perusahaan 1967. Kewujudan akta-akta ini memastikan segala isu-isu berkaitan dengan pekerja, kesatuan sekerja, dan kerajaan dapat ditangani dengan jayanya. Melalui akta-akta tersebut juga, perundingan kolektif yang menghasilkan perjanjian kolektif dapat dijayakan dengan berkesan. Keharmonian perhubungan industri juga dicapai dengan wujudnya Mahkamah Perusahaan dan cadangan beberapa strategi yang berkesan untuk mencapai maksud tersebut. Selain daripada itu, pihak majikan pula haruslah menjalankan aktiviti-aktiviti yang dapat meningkatkan organisasi kesatuan seperti berkongsi maklumat dengan ahli-ahli, memberitahu perkembangan kesatuan kepada ahli-ahli, memudahkan ahli-ahli berjumpa dengan kesatuan, memberikan nasihat yang berkesan, bertanggungjawab terhadap ahliahli, berpengaruh dan berpengetahuan tentang perniagaan majikan. Usaha ini, bukan sahaja meningkatkan keberkesanan kesatuan, tetapi juga meningkatkan sikap positif 10



majikan terhadap kesatuan sekerja. Di samping itu, pihak kerajaan atau agensi yang berkenaan juga boleh memainkan peranan dari segi khidmat nasihat dan pendidikan dari masa ke semasa kepada pegawai-pegawai kesatuan supaya perkara-perkara negatif dapat dihindari dan sebaliknya mereka menumpukan kepada organisasi kesatuan.



APENDIKS



RUJUKAN / REFERENSI Ibrahim, D., Yussof, K.Y.S.K.M., & Tibok, R. P. (2016). Between Work Responsibilities and Family Obligations: A Study on the Management of VVork-Life Integration among Academics. International Business Management, 10(18), 4336-4341 Ibrahim, D., Sabariah, K.Y., Yussof, K.M., Sarjono, F., & Tibok, R.P. (2016). An Exploratory Analysis of the Life-Cycle Influence on Lecturers’ Management of Work and Life. International Business Management, 10(15), 3290-3294. Balakrishnan Parasuraman. (2006). Hubungan Industri Di Malaysia. Pengenalan Pendekatan Hubungan Industri.., hlm. 1 – 14. Balakrishnan Parasuraman. (2003). Hubungan Industri & Pengurusan Sumber Manusia, Isu Dan Cabaran. Edisi kedua. Malaysia. Pearson Malaysia Sdn. Bhd. Mat Pauzi A Rahman. (1999). Berminat Untuk Mengenalpasti Atau Mengujudkan Konsep Yang Baru : 187-197. Jurnal Komunikasi (15) 190. 11



Abdul Kharim, 2009, Dasar-Dasar Hukum Ketenagakerjaan di Indonesia, Penerbit PT Citra Aditya Bakti Bandung Abdul Rahman Embong & Ishak Shari, (1999). Globalisasi: Wacana dan Proses, Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa, (IKMAS), UKM, Mimeograf. Aminuddin, M. (1992), Perhubungan Perusahaan di Malaysia, Singapura: McGraw-Hill Book Co. Akta Kesatuan Sekerja 1959, (Akta 262) & Peraturan-peraturan 1959, Kuala Lumpur: International Law Book Services. Campbell, D. (1998), Globalization And Change: Social Dialogue And Labour Marlect Adjustment In The Crisis-Affefted Countries, Geneva: ILO, Mimeograf. Che Wan Takwa Che Wan Abu Bakar, (2003), Kepemimpinan MTUC Dan Hubungan Perusahaan Di Malaysia, Shah Alam: Karima Publications Sdn. Bhd. Kamaruddin M. Said, (1980), Strategi Pembangunan Dan Hubungan Perusahaan Di Malaysia: Suatu Pendahuluan, Jurnal Antropologi dan Sosiologi, Jilid 8: Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. Mohamed Yusoff Ismail, (ed), Masyarakat, Budaya dan Perubahan, Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. Pautan internet https://www.limaumadu.com https://ms.wikipedia.org/wiki/Kumpulan_Wang_Simpanan_Pekerja



12