Aurat Wanita [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

Aurat Wanita; 1. Aurat Wanita Muslimah di hadapan lelaki ajnabi: Semua Ulama bersepakat bahawa selain dari muka dan dua belah tapak tangan merupakan aurat yang wajib ditutup di hadapan lelaki asing (ajnabi). cuma sahaja ulama berselisih pendapat pada muka, adakah ia aurat atau tidak? JUMHUR ULAMA' termasuk pendapat yang lebih sahih dari Mazhab Imam Syafie mengatakan muka tidak dikira aurat. Dalil mereka, perkataan 'zinah' (perhiasan) di dalam ayat 31 dari surah An-Nur membawa makna muka. PENDAPAT KE DUA, oleh Mazhab Hanbali mengatakan Semua juzuk dari setiap inci tubuh wanita adalah aurat (termasuk muka dan tapak tangan) di hadapan lelaki ajnabi. Tetapi kedua-dua kumpulan ulama tetap bersepakat : Apabila seseorang wanita muslimah mengetahui atau menyangka akan terdapat lelaki yang melihatnya dengan pandangan syahwat dan lelaki itu tidak akan menundukkan pandangannya seperti suruhan Allah.. maka wajib perempuan tersebut mencegah lelaki itu dari kemungkaran semampunya iaitu dengan tidak menunjukkan mukanya kepada mereka atau memakai niqab. Masalah: Semua ulama telah pun ijmak : Apabila telah menular kefasikan di muka bumi, wajib kepada semua Wanita Muslimah menutup mukanya, samada mereka yang mengatakan muka adalah aurat ataupun tidak. 2. Aurat wanita Muslimah sesama Muslimah: Aurat muslimah di hadapan muslimah yang lain adalah semua bahagian dari pusat turun ke lutut. 3. Aurat muslimah dengan perempuan kafir : Aurat muslimah di hadapan wanita kafir adalah sama dengan auratnya di hadapan lelaki ajnabi. 4. Aurat muslimah di hadapan mahram : (ramai orang menyebut muhrim - sebenarnya muhrim adalah salah kerana muhrim bermakna orang yang sedang berihram yakni ketika melakukan kerja haji) Auratnya ialah semua juzuk dari had pusat turun ke lutut perhatian : ada beberapa keadaan Islam membenarkan lelaki melihat wanita ajnabiah hatta auratnya sekalipun. Keadaan-keadaan itu akan disebut dalam entri yang lain - harap maklum Aurat Lelaki: Aurat lelaki di hadapan perempuan ajnabiah: seluruh badan hingga ke bawah lutut.



Aurat lelaki di hadapan wanita mahramah: Semua anggota dari had pusat ke lutut. Aurat Lelaki muslim sesama lelaki muslim: Semua anggota dari had pusat ke lutut. Aurat lelaki di hadapan lelaki kafir: Semua anggota dari had pusat ke lutut. Aurat lelaki menurut Jumhur ialah antara pusat dan lutut. Maliki berpendapat paha itu bukan aurat. Namun dalil-dalil hadis memihak kepada kuatnya pendapat jumhur. Dalam menjawab soalan ini, kami akan menjawab berdasarkan hukum membuka aurat ketika bersukan. Mengikut pendapat alQardhawi, pendedahan aurat dalam sukan adalah suatu yg telah ditimpakan ke atas manusia kerana badan-badan sukan antarabangsa dikuasai oleh bukan Islam atau kemungkinan Yahudi. Umat Islam adalah golongan yg paling teruk akibatnya kerana kebanyakan peraturan sukan tidak memihak kepada agama (syari'at) dan susila kita. Maka umat Islam hendaklah terus melobi badan-badan sukan a/bangsa supaya umat Islam diberi hak- hak mereka dalam menentukan sesuatu yg melibatkan agama mereka salah satunya hak menutup aurat ketika bersukan). Maka dalam keadaan sekarang, umat Islam berada dalam dharurat dan bolehlah mereka berpakaian seperti yg ditetapkan oleh badan dunia itu. Oleh itu, melihatnya juga adalah dibenarkan. Sheikh Ibn 'Uthaimin pula berpendapat bahawa bersukan dengan membuka aurat adalah haram dan melihatnya juga adalah dilarang. Saya secara peribadi berpendapat membuka aurat adalah haram. Walau sekalipun ketika bersukan. Ini kerana pada masa kini, boleh sahaja kite memakai underpant panjang di bawah seluar pendek sehingga menutup aurat kita. Pemakaian sebegini setahu saya adalah tidak menyalahi peraturan bolasepak ataupun permaianan lain. Umat Islam seharusnya cuba sedaya upaya utk melaksanakan suruhan Allah, bukannya sentiasa menjadi kemudahan. Allahu'alam Hanafi dan Syafi'iy: antara pusat dan lutut Dalil: Hadith Muhammad bin Jahsy (tutuplah pahamu kerana dua paha itu aurat) HR alBukhari (mu'llaq) dan Imam Ahmad Maliki dan Hanbali: aurat lelaki ialah kemaluannya sahaja (zakar dan duburnya) Dalil: hadith Anas bahawa pada hari Khaibar, Nabi membuka pahanya (HR alBukhari) Namun dalil al-Qur:an yg menyentuh aurat lelaki secara khusus tidak ada. Tahqiq al-Qardhawi: Memetik pendapat Ibn Qayyim tentang bagaimana kita



mengkompromi dua hadith yang saling bertentangan, maka ialah dengan membahagikan aurat lelaki kepada aurat berat (kemaluan) dan aurat ringan (dua paha atau pusatnya). Maka hukum yang jelas ialah haramnya membuka aurat yang berat yakni kemaluan dan dubur. Aurat pusat dan paha sebaiknya ditutup juga, tapi jika keadaan terdesak, maka dibolehkan. (al-Qardhawi, Fatawa Mu'asirat, Jld 5 & 6 Pustaka Salam) Didalam Kitab al-Majmu' Sharh Muhazzab (3/173] ada menyebut bahawa terdapat 5 pandangan mengenai aurat lelaki. 1. Antara pusat dan lutut adalah aurat, akan tetapi lutut dan pusat bukanlah aurat sebagaimana didalam kitab al-Umm. 2. Kedua-duanya aurat 3. Pusat aurat dan bukan lutut. 4. Terbalik, menurut riwayat al-Rafii, iaitu - lutut aurat dan bukan pusat 5. Aurat hanya Qubul (kemaluan) dan Dubur. BATAS-BATAS AURAT DALAM ISLAM



Sebelum kita terus membincangkan tentang sesuatu fesyen atau bentuk pamakaian pakaian dalam islam oleh lelaki mahupun perempuan,marilah sama-sama kita memahami terlebih dahulu akan kedudukan serta batas-batas aurat lelaki dan perempuan serta kanakkanak yang telah ditetapkan oleh syariat islam Dengan inilah baru dapat kita memahami akan segala bentuk dan fesyen pakaian di dalam islam dan barulah boleh kita merangkakan bagaimana ingin melahirkan pakaian yang di tuntut dalam islam. Pengertian aurat menurut bahasa adalah keaiban.Manakala menurut pandangan atau pengertian syarak ialah "Bahagian-bahagian tertentu yang ada pada badan manusia yang wajib ditutupi daripada pandangan orang yang diharamkan untuk melihatnya(bukan mahram)". Perbezaan batas-batas aurat bagi seseorang ialah kerana hubungan keturunan dan kerana tali ikatan akibat perkahwinan,seperti mertua,menantu,ipar duai dan sebagainya serta kerana penyusuan..



AURAT-AURAT KETIKA BERSENDIRIAN Para alim ulama mazhab telahpun mempunyai pelbagai pendapat dan pandangan yang berbeza-beza bagi aurat ketika bersendirian,baik lelaki mahupun perempuan. Bagi Imam Hanafi dan Imam Hambali,mereka berpendapat bahawa aurat ketika bersendirian adalah sebagaimana yang telah di larang terhadap seorang yang mukallaf(orang yang telah dituntut untuk beramal dengan suruhan dan meninggalkan segala bentuk larangan) daripada mendedahkan auratnya dihadapan orang yang diharamkan untuk melihatnya.Makanya dengan itu jualah di larang kepada kita supaya jangan mendedahkan aurat ketika bersendirian sekalipun.Kecuali apabila kita berada di dalam keadaan dharurat atau di dalam keadaan terpaksa membukanya.seperti mana yang kita semua sedia maklum tentang keadaan ketika kita sedang qodho hajat atau ketika sedang mandi.Maka apabila ketika sedang kita di dalam keadaan yang dharurat,bolehlah kita membukanya. Manakala sementara bagi pendapat dan pandangan Imam Maliki dan Imam Shafie,aurat ketika kita sedang bersendirian adalah tidak diharamkan mendedahkan auratnya bahkan hanyalah makhruh sahaja kecuali pada ketika kita sedang di dalam keadaan yang dharurat.Makanya apabila kita sedang di dalam keadaan dharurat,diharuskan kepada kita untuk membukanya.



BATAS-BATAS AURAT KAUM LELAKI



Di dalam hadis riwayat Imam Muslim,Imam Ahmad,Imam Abu Daud,dan Imam AtTurmuzi dinyatakan bahawa Nabi Muhammad S.A.W telahpun bersabda yang maksudnya: "Seorang lelaki tidak boleh melihat aurat lelaki yang lainnya,demikian jugalah wanita juga tidak boleh melihat aurat wanita yang lainnya juga.tidak boleh 2 orang lelaki berada(tidur) di dalam 1 selimut,demikian jugalah bagi wanita dilarang berbuat yang demikiannya". Para alim ulama’ mazhab mempunyai pelbagai pendapat dan pandangan yang cukup berbeza-beza mengenai had serta batas-batas aurat lelaki.Sama ada melihat atau di lihat oleh orang lainnya. Bagi pendapat dan pandangan hukum Imam Hanafi dan Imam Hambali "lelaki diwajibkan untuk menutupi auratnya di antara pusat hinggalah melebihi paras lutut daripada dilihat oleh lelaki atau wanita yang bukan mahramnya kecualilah kepada isterinya.Isteri boleh(harus) melihat aurat suaminya,kecuali pada kemaluannya dan demikian jugalah bagi suami kepada isterinya.Ini adalah kerana hukum suami isteri melihat kemaluan masing-masing adalah makhruh hukumnya. Manakala bagi pendapat dan pandangan hukum menurut Imam Maliki dan Imam Shafie; "Aurat kaum lelaki ada 2 keadaan.(1).Auratnya dengan sesama lelaki dan wanita yang mahram dengannya.(2).Auratnya dengan wanita yang bukan mahram dengannya.Keadaannya dengan golongan yang pertama,iaitu dengan lelaki dan wanita yang mahram dengannya adalah di antara atas pusat hinggalah melebihi paras lutut sahaja.Manakala dengan golongan yang ke 2,iaitu sesama dengan wanita yang bukan mahram dengannya adalah seluruh badannya itu aurat bagi mereka.Ertinya di sini adalah seluruh tubuhnya adalah dilarang untuk di lihat oleh kaum wanita yang bukan mahramnya.Kecuali bagi Imam Maliki yang membolehkan hujung-hujung aurat lelaki boleh di lihat oleh wanita yang bukan mahramnya apabila aman daripada fitnah.Sementara Imam Syafie mengharamkan melihat dengan mata"(Rujuk kepada kitab Al-Fiqh ‘Ala Al-Mazahib Al-Arba’ah).



InsyaALLAH S.W.T,saya yang faqir lagi jahil ini akan cuba menyambung kembali perbahasan yang selanjutnya mengenai permasalahan yang telah saya bangkitkan ini.Sekiranya ada apa-apa yang salah dan janggal mengenai perbahasan saya ini,saya amatlah mengharapkan keritikan serta teguran yang membina bagi membantu saya yang faqir ini terus belajar dari segala ke salahan dan kesilapan yang telah saya lakukan.Saya yang faqir ini,adalah seorang yang baru sahaja ingin belajar mengenali akan hukumhukum igama.Harap sudikan diri para Ustaz-ustaz serta Ustazah-ustazah yang



mempunyai ilmu yang banyak untuk membantu saya yang faqir ini.wALLAHu ta ‘ala a’lam…….Bersambung lagi……? Apabila bercakap tentang dalil naqli had aurat wanita, mudah saja untuk kita mengetahui dan mencarinya. Namun, apabila berbicara tentang dalil naqli bagi aurat lelaki, sukar untuk kita menjawabnya. Para ulama’ bersepakat bahawa qubu dan dubur merupakan aurat mughallazah yang wajib ditutup. Namun, mereka berbeza pendapat tentang hukum paha sama ada ia juga wajib ditutup. 1. Imam Hanafi dan Imam Syafie berpendapat aurat lelaki antara pusat dan lutut. Dalilnya; “Dari Ali r.a beliau berkata Rasulullah s.a.w bersabda: “Jangan engkau dedahkan pahamu, dan janganlah kamu melihat kepada paha orang yang hidup atau mati.” -Riwayat Ibn Majah dan Abu Daud“Dari Jarhad al-Aslamiy berkata, Rasulullah s.a.w datang dan kainku ketika itu terselak dan terbukalah pahaku. Baginda bersabda:”Tutup pahamu, sesungguhnya paha itu aurat”. -Riwayat Imam Malik, Ahmad, Abu Daud, TirmiziTerdapat juga beberapa dalil hadith yang lain, namun kesemua hadith ini mempunyai taraf kesahihan hadith yang lebih rendah berbanding hadith yang mengatakan bahawa paha bukannya aurat. 2. Imam Maliki dan Imam AHmad Ibn Hanbal berpendapat bahawa aurat lelaki hanyalah qubul dan duburnya sahaja, manakala paha bukanlah aurat. Dalil mereka; “Dari Anas sesungguhnya Nabi s.a.w pada peperangan Khaibar terkoyak kain pada pahanya sehingga aku terlihat kepada keputihan pahanya”. -Riwayat Bukhari dan AhmadNah, sekarang bagaimana? Bertentangan bukan? Bolehlah kita sewenangnya pakai ’short’ selepas ini.. Perlu diingat bahawa apabila berlaku pertentangan antara dua dalil, maka pemurniaan dan penggabungan harus dilakukan. Dan itulah yang dilakukan oleh para ulama salaf dalam berkomunikasi dengan sunnah nabawiyyah. Jalan tengah harus dicari kerana mustahil kebenaran bertentangan dengan kebenaran!



Sekarang, lihat pendapat mereka para ulama’ muktabar; 1. Imam Bukhari berpendapat sekalipun hadith Jarhad adalah hadith mu’allaq namun ia lebih sempurna bagi penutupan aurat yang berkaitan dengan masyarakat. 2. Imam al-Syaukani lebih cenderung kepada hadith Jarhad yang menyatakan paha itu aurat. Menurut beliau, walaupun hadith Anas kedudukannya lebih kuat, namun ia lebih merupakan pemberitahuan kepada keadaan Nabi s.a.w dan khusus kepada baginda sahaja serta tidak boleh diamalkan oleh umatnya secara menyeluruh dan umum. 3. Ibn Qayyim berpendapat bahawa paha adalah aurat mukhaffafah (ringan). Walau bagaimanapun ia turut dianggap aurat dan wajib ditutup juga. 4. Imam al-Qurtubi pula menyatakan bahawa paha wajib ditutup kecuali dalam keadaankeadaan tertentu yang terdesak seperti dalam peperangan. Beliau berpendapat bahawa hadith dalam bentuk perkataan lebih jelas dan lebih utama daripada hadith dalam bentuk perbuatan. Kesimpulannya, paha adalah aurat dan wajib ditutup dan pastinya kesempurnaan penutupan hanya berlaku apabila seluar yang dipakai sehingga ke paras lutut. Kaedah fikh menyatakan ‘ma la yatimmulwajib illa bihi fahuwa wajib’. Maksudnya, perkara yang tidak dapat menyempurnakan sesuatu kewajipan kecuali dengan kehadirannya maka ia adalah wajib. Justeru, hijabkan pahamu wahai lelaki..