Bahasa Pasar Dan Bahasa Slanga [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

Bahasa Pasar dan Bahasa Slanga Pemahaman tentang bahasa Pengenalan Bahasa Pasar (Mohd Abu Sa’id Abdul Razak, 203845) Bahasa pasar adalah bahasa kacukan antara bahasa Melayu dengan bahasa-bahasa bukan Melayu di negara ini. Ia dianggap variasi bahasa Melayu kerana susuk atau bentuk bahasa Melayu yang digunakan dalam perbualan antara orang Melayu dengan bangsa lain, masih lagi menggunakan bahasa Melayu. Menurut kamus dewan edisi keempat: Bahasa Pasar: a) Bahasa Melayu seperti yang digunakan oleh orang bukan Melayu yang tidak menguasainya atau seperti yang dituturkan oleh orang Melayu apabila bertutur dengan orang bukan Melayu yang diketahuinya tidak pandai bertutur dalam bahasa Melayu yang betul; b) Bahasa yang berupa campur aduk antara bahasa ibunda penutur dengan bahasa kedua yang cuba dituturkannya (biasanya digunakan dalam hubungan perdagangan)



Contoh-contoh Bahasa Pasar



(Nor Izzaty Binti Mohd Saleh, 195670) Contoh bahasa pasar: “Saya boleh ajar apa macam menjaga itu budak: tidak lama dia nanti cukup baik dan sihat. Pertama-pertama itu budak kecil mesti selalu cukup bersih. Nas boleh tunjuk apa macam mahu kasi mandi itu budak. Lagi satu mesti ingat-ingat kasi itu budak makan dia punya emak punya susu saja, jangan susu lain. Itu emak punya susu dia punya makan yang lebih baik sekali, lagi lebih bersih dan senang boleh dapat, tidak kena belanja.” (Petikan daripada Pelita Bahasa Melayu) Sesetengah daripada ungkapan atau perkataan daripada bahasa pasar ini telah meresap masuk ke dalam bahasa Melayu sehingga kebanyakan orang tidak mengetahui bahawa bahasa itu berasal daripada bahasa pasar, bukannya bahasa Melayu yang sebenar. Contoh lain bahasa pasar:  Itu budak sudah curi saya punya dua ayam  Sana punya olang ada baik  Kita olang ada satu paying  Pandai punya orang  Dia punya rumah  Jahat punya budak  Dia punya bini



 Ini punya buku manyak mahal Punca Wujudnya Bahasa Pasar (Neoh Yen Theng, 203818)



1. Orang Melayu yang memang terkenal dengan sifat merendah diri terbawabawa sifat ketika berkomunikasi dengan kaum asing. Secara tidak langsung, mereka telah menjadi model yang salah kepada orang bukan Melayu. 3. Penguasaan dan kemahiran dalam menggunakan bahasa Melayu akan berkurangan. Masyarakat yang selalu menggunakan bahasa pasar umtuk berkomunikasi dalam kehidupan seharian akan mengalami masalah untuk menguasai bahasa Melayu dengan lebih baik terutamanya bagi golongan muda dan pelajar. 4. Menurut kebiasaan, penggunaan bahasa melayu yang betul hannya digunakan ketika majlis formal sahaja. Untuk penggunaan harian, pengguna lebih gemar menggunakan bahasa tempatan bersesuaian dengan keadaan sekeliling. Ini sekaligus menyebabkan cebisan peluang dalam mempraktikkan bahasa Melayu yang sebenar makin sukar.



Kesan-kesan Penggunaan Bahasa Pasar



(Muhammad Akmal Mohd Nazri, 203949) 1. Kedudukan bahasa Melayu akan terjejas Tidak dinafikan prestasi bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan amat baik. Namun begitu sejak kebelakangan ini bahasa yang kita agungkan ini mula dicemari oleh anasir – anasir dari luar. Kalau ditinjau penggunaan bahasa seperti yang di atas amat jelas kepada kita bahawa kedudukan bahasa Melayu kini nampak seolah - olah semakin dianaktirikan oleh pengguna bahasa kita sendiri. 2. Implikasi Kepada Generasi Pelapis Negara Kerosakan bahasa merupakan penyakit yang mula tersebar kepada masyarakat dan negara. Bagaimana kita ingin meletakkan bahasa Melayu sabagai bahasa rasmi atau bahasa berbudaya tinggi sedangkan mutu bahasa yang kita perjuangkan mula terabai. Apabila keadaan ini berlaku maka kita sebenarnya telah gagal melahirkan individu yang memahami bahasa. Akibat dari kegagalan itu, akan lahirlah cerdik pandai yang tidak mampu menggunakan bahasa yang betul dengan



baik dan berkesan, samada secara lisan ataupun bahasa tulisan. Apabila mereka ini memasuki bidang pekerjaan samada swasta atau kerajaan maka lahirlah pekerja atau pegawai yang tidak dapat menulis atau bertutur dengan baik. Dengan itu disinilah timbulnya penggunaan bahasa yang dicampuradukkan dengan bahasa lain. 3. Pengaruh persekitaran Bahasa yang dituturkan oleh penutur mampu dipengaruhi oleh persekitaran kita. Sebagai contoh, pengaruh daripada rancangan televisyen,penggunaan perkataan yang tidak sesuai yang ditonjolkan di dalam drama dan filem sedikit sebanyak menjadi ikutan. Isu Bahasa Pasar (Nor Hafieza binti Ahmad, 203860)



‘Hari ini sudah lebih sebulan saya meninggalkan karier profesional sebagai salah seorang penyunting terunggul Industri Komik Malaysia di GEMPAK STARZ™ untuk majalah UTOPIA™ konsep baru yang bermula pada tahun 2009 dan semestinya nadi terulung saya, GEMPAK™. Dengan dua majalah dalam tanggung jawab, GEMPAK™ dan UTOPIA™, saya gagahkan diri untuk fokuskan yang terbaik. Sebelum saya menerajui sendiri majalah GEMPAK™, seperkara yang saya fahami ialah setiap penerbitan komik (terutamanya majalah humor) gemar menggunakan bahasa pasar. Justeru majalah GEMPAK™ tidak ketinggalan. Namun ketika itu ia langsung tidak dipantau dengan baik dan menjadi isu bahasa paling kritikal di Malaysia.’



Artikel ini menunjukkan isu bahasa pasar berleluasa di dalam industri komik di Malaysia. Minat membaca komik di kalangan remaja memberi kesan kepada mereka dalam penggunaan bahasa Melayu seharian. Mereka akan mudah terpengaruh melalui pembacaan komik-komik yang banyak menggunakan bahasa pasar. Industri komik perlu adanya pemantauan bahasa pasar bagi menangani masalah ini. Sekurang-kurangnya ia membuktikan kepekaan sidang editorial kepada bahasa Melayu.



Pengenalan Bahasa Slanga



(Karimatunnisak Bt Mat Yacob, 203849) Bahasa slanga menurut Kamus Dewan, didefinisikan sebagai : kata-kata, ungkapan dan seumpamanya yang tidak tergolong dalam bahasa baku atau bahasa tinggi tetapi lazimnya digunakan dalam percakapan yang tidak rasmi. Slanga merupakan kosa kata yang tidak baku, tidak standard, berubah-ubah dan secara umum berbeza dengan kata kosa kata lainnya. Slanga sering digunakan oleh golongan remaja atau kelompok sosial tertentu untuk berkomunikasi sesama mereka dan hanya difahami oleh kelompok itu sahaja. Contoh Bahasa Slanga



(Nor Atieqah bt. Mad Aini, 203778)



“Fulamak, lagu baru Ramli Sarip mantaplah brader. Dia punya goreng sikit punya garing, gua tangkap lentuk, gua cakap lu. “



(Berita Minggu, 8 April 1990 ).



Contoh Bahasa Slanga:



· ”Tangkap relaksla brader. Cintan-cintan ni gua tak mainlah. Gua saje lepak kat sini. Bukan ada hal lain. Habis lu bikin apa dengan gua? Lu mau sekeh gua punya kepala?” · ”Gua caya sama lu tapi bukan aje masuk port gua, tapi lu tangkap cintan sama gua punya awek, belakang lu sudah cipet lagi lu kencing muka gua. Cinabenglu.”



Nuffnang Ads



Sunday, August 29, 2010



Punca Wujudnya Bahasa Slanga (Voo Yin Shin, 206982)



1.Menunjukkan identiti kumpulan



Umpamanya bagi perkataan saya dan awak, perkataan yang kerap digunakan ialah gua dan lu bagi negeri-negeri seperti Selangor, Johor dan Kuala Lumpur. Bagi Kedah dan Pulau Pinang ialah aku dan hang. Di Kelantan pula kawe dan demo. Bagi golongan yang berpendidikan pula, istilah yang selalu digunakan ialah I dan you.



2.Menghilangkan stress/tekanan



Perkataan 'kacang je' (mudah sahaja), 'ayam' (gadis) dan 'jambu'(cantik) sudah menjadi mainan mulut para mahasiswa



3.Mewujudkan kerahsiaan dalam kumpulan



Slanga sering digunakan oleh golongan remaja atau kelompok sosial tertentu untuk berkomunikasi sesama mereka dan hanya difahami oleh kelompok itu sahaja. Kesan-kesan Bahasa Slanga (Liew Hwi Hwi, 206994)



1. Menjejaskan kedaulatan bahasa Pengunaan bahasa slanga yang meluas dikalangan remaja menyebabkan wujudnya bahasa slanga yang bukan sahaja digunakan dalam percakapan tetapi juga dalam penulisan. Penulisan-penulisan yang digunakan dalam sesebuah buku terutama dalam bacaan ringan seperti komik telah terpengaruh dengan bahasa slanga. Penggunaan bahasa slanga dalam penulisan sesebuah buku atau karya dan diterbitkan boleh menjejaskan kedaulatan bahasa.



2. Wujud istilah baru Kesan penggunaan bahasa yang serba mudah dan meluas ini banyak istilah baru yang muncul bagi memudah ekspresi. Contoh istilah-istilah baru yang muncul kesan daripada penggunaan bahasa slanga ialah caye(percaya), camni(macam ini) dan teypon(telefon). Istilah-istilah ini pada peringkat awal digunakan hanya untuk memerihkan suasana sahaja, namun demikian lama kelamaan istilah ini menjadi budaya dalam percakapan.



3.Lenyap bahasa Melayu yang gratis Sekiranya kita menerima kebiasaan pengunaan bahasa slanga bagi penggunaan di alam realiti maka akan lenyap bahasa Melayu yang gramatis dan murni. Penggunaan bahasa slanga yang berleluasa pada masa kini akan menyebabkan bahasa melayu yang asal akan terhakis sedikit demi sedikit.



Isu Bahasa Slanga (Nur Nabilla Afnie bt Bahrom, 203616)



Stesen TV dan bahasa Melayu ''APA pendiriannya stesen TV di Malaysia terhadap bahasa Melayu,'' tanya seorang kawan lama, Prof. Dr. Koh Young Hun semasa dia singgah ke Kuala Lumpur baru-baru ini. Dr. Koh adalah Ketua Jabatan Pengajian Melayu di Universiti Hankuk, Korea.



''Saya kecewa apabila TV tidak digunakan bagi membolehkan rakyat menguasai bahasa Melayu dengan baik,'' kata Dr. Koh yang sepuluh tahun lalu pernah menjadi penuntut Universiti Malaya.



Pertanyaan seorang warga luar yang mengharapkan bahasa Melayu diangkat ke martabat selayaknya menerusi TV negara ini sebenarnya telah lama dibangkitkan sebelum ini.



Sebahagian daripada artikel di atas menunjukkan bahawa televisyen memainkan peranan penting dalam memperbetul kaedah penggunaan bahasa Melayu. Banyak program hiburan seolah-olah membawa penonton ke kaki lima dengan bahasa slanga makyah dan rockers yang keterlaluan. Apabila drama TV tempatan tidak boleh dipertanggungjawab untuk memartabatkan bahasa, siapa lagi yang hendak diharapkan? TV mempunyai pengaruh yang cukup luas terhadap masyarakat. Oleh itu, kerajaan harus memantau kerosakan bahasa yang semakin menjadi-jadi pada masa kini.



Kesimpulan Kesimpulan di sini, adalah sangat penting untuk kita saling menjaga kesantunan bahasa Melayu kita supaya dapat memartabatkan bangsa Melayu sebagai satu bangsa yang sungguh unik dan harmonis di mata dunia. Sebagai penutup, apabila sesuatu bahasa itu sudah tidak terpakai lagi, maka lambatlaun hilanglah bangsa itu. Sikap meminggirkan bahasa akan melenyapkan bangsa sendiri dalam negara bangsa yang dibina sejak berkurun lamanya. Bak kata pepatah, “bahasa melambangkan jiwa bangsa” dan “bahasa menunjukkan bangsa”. Tidak maju sesuatu bangsa itu tanpa adanya bahasa.