Pengenalan Bahasa Pasar [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

Pengenalan Bahasa Pasar Bahasa pasar adalah bahasa kacukan antara bahasa Melayu dengan bahasa-bahasa bukan Melayu di negara ini. Ia dianggap variasi bahasa Melayu kerana susuk atau bentuk bahasa Melayu yang digunakan dalam perbualan antara orang Melayu dengan bangsa lain, masih lagi menggunakan bahasa Melayu. Menurut kamus dewan edisi keempat: Bahasa Pasar: a) Bahasa Melayu seperti yang digunakan oleh orang bukan Melayu yang tidak menguasainya atau seperti yang dituturkan oleh orang Melayu apabila bertutur dengan orang bukan Melayu yang diketahuinya tidak pandai bertutur dalam bahasa Melayu yang betul; b) Bahasa yang berupa campur aduk antara bahasa ibunda penutur dengan bahasa kedua yang cuba dituturkannya (biasanya digunakan dalam hubungan perdagangan) Contoh bahasa pasar “Saya boleh ajar apa macam menjaga itu budak: tidak lama dia nanti cukup baik dan sihat. Pertama-pertama itu budak kecil mesti selalu cukup bersih. Nas boleh tunjuk apa macam mahu kasi mandi itu budak. Lagi satu mesti ingat-ingat kasi itu budak makan dia punya emak punya susu saja, jangan susu lain. Itu emak punya susu dia punya makan yang lebih baik sekali, lagi lebih bersih dan senang boleh dapat, tidak kena belanja.” (Petikan daripada Pelita Bahasa Melayu) Sesetengah daripada ungkapan atau perkataan daripada bahasa pasar ini telah meresap masuk ke dalam bahasa Melayu sehingga kebanyakan orang tidak mengetahui bahawa bahasa itu berasal daripada bahasa pasar, bukannya bahasa Melayu yang sebenar. Contoh lain bahasa pasar: · Itu budak sudah curi saya punya dua ayam · Sana punya olang ada baik · Kita olang ada satu paying · Pandai punya orang · Dia punya rumah · Jahat punya budak · Dia punya bini · Ini punya buku manyak mahal Punca Wujudnya Bahasa Pasar 1. Orang Melayu yang memang terkenal dengan sifat merendah diri terbawa-bawa sifat ketika berkomunikasi dengan kaum asing. Secara tidak langsung, mereka telah menjadi model yang salah kepada orang bukan Melayu. 3. Penguasaan dan kemahiran dalam menggunakan bahasa Melayu akan berkurangan. Masyarakat yang selalu menggunakan bahasa pasar umtuk berkomunikasi dalam kehidupan seharian akan mengalami masalah untuk menguasai bahasa Melayu dengan lebih baik terutamanya bagi golongan muda dan pelajar. 4. Menurut kebiasaan, penggunaan bahasa melayu yang betul hannya digunakan ketika majlis formal sahaja. Untuk penggunaan harian, pengguna lebih gemar menggunakan bahasa tempatan bersesuaian dengan keadaan sekeliling. Ini sekaligus menyebabkan cebisan peluang dalam mempraktikkan bahasa Melayu yang sebenar makin sukar. Kesan Penggunaan Bahasa Pasar 1. Kedudukan bahasa Melayu akan terjejas Tidak dinafikan prestasi bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan amat baik. Namun begitu sejak kebelakangan ini bahasa yang kita agungkan ini mula dicemari oleh anasir – anasir dari luar. Kalau ditinjau penggunaan bahasa seperti yang di atas amat jelas kepada kita bahawa kedudukan bahasa Melayu kini nampak seolah - olah semakin dianaktirikan oleh pengguna bahasa kita sendiri. 2. Implikasi Kepada Generasi Pelapis Negara



Kerosakan bahasa merupakan penyakit yang mula tersebar kepada masyarakat dan negara. Bagaimana kita ingin meletakkan bahasa Melayu sabagai bahasa rasmi atau bahasa berbudaya tinggi sedangkan mutu bahasa yang kita perjuangkan mula terabai. Apabila keadaan ini berlaku maka kita sebenarnya telah gagal melahirkan individu yang memahami bahasa. Akibat dari kegagalan itu, akan lahirlah cerdik pandai yang tidak mampu menggunakan bahasa yang betul dengan baik dan berkesan, samada secara lisan ataupun bahasa tulisan. Apabila mereka ini memasuki bidang pekerjaan samada swasta atau kerajaan maka lahirlah pekerja atau pegawai yang tidak dapat menulis atau bertutur dengan baik. Dengan itu disinilah timbulnya penggunaan bahasa yang dicampuradukkan dengan bahasa lain. 3. Pengaruh persekitaran Bahasa yang dituturkan oleh penutur mampu dipengaruhi oleh persekitaran kita. Sebagai contoh, pengaruh daripada rancangan televisyen,penggunaan perkataan yang tidak sesuai yang ditonjolkan di dalam drama dan filem sedikit sebanyak menjadi ikutan. Isu Bahasa Pasar ‘Hari ini sudah lebih sebulan saya meninggalkan karier profesional sebagai salah seorang penyunting terunggul Industri Komik Malaysia di GEMPAK STARZ™ untuk majalah UTOPIA™ konsep baru yang bermula pada tahun 2009 dan semestinya nadi terulung saya, GEMPAK™. Dengan dua majalah dalam tanggung jawab, GEMPAK™ dan UTOPIA™, saya gagahkan diri untuk fokuskan yang terbaik. Sebelum saya menerajui sendiri majalah GEMPAK™, seperkara yang saya fahami ialah setiap penerbitan komik (terutamanya majalah humor) gemar menggunakan bahasa pasar. Justeru majalah GEMPAK™ tidak ketinggalan. Namun ketika itu ia langsung tidak dipantau dengan baik dan menjadi isu bahasa paling kritikal di Malaysia.’ Artikel ini menunjukkan isu bahasa pasar berleluasa di dalam industri komik di Malaysia. Minat membaca komik di kalangan remaja memberi kesan kepada mereka dalam penggunaan bahasa Melayu seharian. Mereka akan mudah terpengaruh melalui pembacaan komik-komik yang banyak menggunakan bahasa pasar. Industri komik perlu adanya pemantauan bahasa pasar bagi menangani masalah ini. Sekurang-kurangnya ia membuktikan kepekaan sidang editorial kepada bahasa Melayu.



Jumaat, 1 Ogos 2008 Penggunaan Slanga Dalam Kalangan Remaja. Hari ini saya mengajarkan tajuk Dinamika Bahasa Melayu iaitu Variasi Bahasa kepada pelajar-pelajar tingkatan 6 Bawah. Salah satu daripada jenis bahasa tak formal ialah bahasa slanga. Apabila diajukan pertanyaan kepada mereka apakah yang dimaksudkan dengan 'slanga', pelbagai jawapan diberikan. Ada yang menyatakan bahawa slanga ialah dialek, ada yang mengaitkan slanga dengan cara pertuturan (saya fikir pelajar itu merujuk kepada telor percakapan)dan ada juga yang menyatakan slanga sebagai bahasa mesra. Walaupun bentuk bahasa slanga termasuk dalam jenis bahasa bahasa tak formal yang digunakan untuk perbualan biasa, pengaruh bahasa slanga ini kepada remaja agak membimbangkan. Sebenarnya slanga menurut Kamus Dewan, didefinisikan sebagai "kata-kata, ungkapan dan seumpamanya yang tidak tergolong dalam bahasa baku atau bahasa tinggi tetapi lazim digunakan dalam percakapan tidak rasmi". Menurut “The Oxford Companion to the English Language” oleh Tom McArthur (1996) istilah slanga ini berasal dari abad ke-18 yang bermaksud “origin uncertain” iaitu ketidaktentuan sebenarnya. Secara etimologi kata, slanga berasal dari kata “sling” iaitu sebahagian daripada ungkapan yang dihubungkaitkan dengan “beggar language and rogues language” iaitu bahasa kelompok pengemis dan anak jalanan. Slanga merupakan kosa kata yang tidak baku, tidak standard, sering kali berubah dan secara umum berbeda dengan kata kosa kata lainnya. Slanga sering



digunakan oleh golongan remaja atau kelompok sosial tertentu untuk berkomunikasi sesama mereka dan hanya difahami oleh kelompok itu sahaja. Golongan remaja yang mempopularkan bahasa slanga selalunya memanipulasikan ungkapan atau perkataan dengan memberi makna baharu kepada perkataan tersebut, contohnyamengancam, cun, cintan, balak, kacang, ayat, awek, pakwe, skima, jambu, sekodeng, member sound dsb Penggunaan bahasa bahasa slanga bukanlah fenomena baru yang melanda bahasa Melayu. Semasa saya belajar di universiti lebih 20 tahun yang lalu, penggunaan bahasa slanga telahpun digunakan. Seingat saya, perkataan 'kacang je' (mudah sahaja), 'ayam' (gadis) dan'jambu'(cantik) sudah menjadi mainan mulut para mahasiswa pada masa itu. Bahasa slanga juga turut dipopularkan oleh penyanyi rock. Ungkapan-ungkapan yang popular pada awal tahun 80an ialah tangkap cintan, tangkap leleh, mengancam, tangkap nangis di samping penggunaan ganti nama 'lu' dan 'gua'. Pada hari ni penggunaan bahasa slanga semakin popular terutama pada era teknologi maklumat dan juga melalui penggunaan SMS. Kadang-kadang pening juga kepala saya memikirkan maksud perkataan cikaro, usya, hampeh, kantoi, skema, meletup, poyo, cengkodok, dan banyak lagi. Dalam bentuk tulisan, bahasa slanga bukan saja digunakan dalam bahan bacaan ringan seperti komik, malah majalah hiburan turut mempopularkan bahasa slanga ini. Melalui ruangan 'chatting' dalam internet pula pelbagai bentuk slanga terhasil, antaranya, slanga yang terbentuk daripada percantuman dua perkataan seperti pekabor (daripada apa khabar), askum (assalamualaikum), saya menjadi sayer, mana menjadi maner dan banyak lagi. Kalau memberi salam sudahpun salah, saya bimbang masyarakat kita pada hari ini tidak lagi sejahtera kerana diberi salam yang entah apa-apa maksudnya (askum ???) Saya juga tersenyum apabila pelajar saya bertanya, "Mengapa cikgu guna bahasa skimasangat dalam blog dan friendster cikgu?" Jawapan saya, sebagai guru, saya perlu jadi model penggunaan bahasa yang baik dan tepat. Kalau guru sendiri yang turut menggunakan bentuk slanga, murid-muridnya apatah lagi. Kata pepatah, kalau guru kencing berdiri, murid-muridnya akan kencing berlari" Pengaruh bahasa slanga yang semakin berkembang penggunaannya mendatangkan kerisauan bukan saja dalam kalangan pakar linguistik atau pejuang bahasa Melayu, malah ibu bapa juga tidak begitu setuju dengan pengaruh bahasa slanga ini. Pada saya, walaupun perkembangan bentuk slanga tidaklah begitu membimbangkan, saya khuatir penggunaannya akan menular daripada bentuk lisan kepada bentuk penulisan. Penggunaan bahasa slanga jika tidak dipantau dibimbangi akan merencatkan usaha untuk memartabatkan bahasa Melayu hari ini, lebih-lebih lagi dengan kedudukan bahasa kita yang seolah-olah makin tiada tempat lagi di negara sendiri. Peranan kita para guru, kita perlu menjelaskan perkara ini kepada pelajar agar pelajar dapat membezakan penggunaannya dalam variasi formal dan tidak formal. Gunakanlah jenis bahasa yang betul pada tempat yang betul!