Buat Satu Perbandingan Antara Teori SIstem Ekologi Bronfenbrenner Dan Teori Perkembangan Sosiobudaya Lev Vygotsky [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

Eliani Binti Uyen Tutorial Minggu 2 1.Buat satu perbandingan antara Teori SIstem Ekologi Bronfenbrenner dan Teori Perkembangan Sosiobudaya Lev Vygotsky. Pembentangan dalam bentuk pengurusan grafik. Teori Ekologi Bronfenbrenner. (1979,1989) Beliau menjelaskan perkembangan kanak-kanak sebagai hasil interaksi antara alam persekitaran dengan kanak-kanak tersebut. Menurut kajian, perkembangan kanak-kanak adalah kesan persekitaran terhadap kanak-kanak dan juga ciri-ciri kanak-kanak tersebut ke atas persekitaran. Menurut beliau, persekitaran perkembangan individu terdiri daripada lima sistem iaitu: Mikrosistem : persekitaran yang terdekat di mana kanak-kanak mempunyai interaksi secara langsung dan menghabiskan paling banyak masa. Contoh: ibu bapa, adik beradik, rakan, jiran dan guru. Mesosistem : perhubungan antara mikrosistem. Apa yang berlaku dalam satu mikrosistem boleh mempengaruhi interaksi dengan mikrosistem yag lain. Misalnya keadaan di rumah boleh mempengaruhi tingkah laku individu di sekolah. Contoh: rumah-sekolah, rumah-jiran, sekolah-jiran. Eksosistem : pengalaman dengan persekitaran yang tidak melibatkan murid secara langsung tetapi keputusan yang diambil dalam persekitaran tersebut memberi kesan kepada kanak-kanak atau dewasa yang terlibat dengan kanakkanak tersebut. Contoh: sekolah-pasar raya. Kaedah pengurusan, kemudahan dan peraturan-peraturan yang dikuatkuasakan oleh tempat membeli belah secara tidak langsung mempengaruhi perkembangan sosial kanak-kanak tersebut. Makrosistem : perkembangan individu dipengaruhi oleh norma-norma, nilai dan amalan masyarakat. Misalnya dalam sesetengah masyarakat, peranan jantina dititikberatkan (Santrock 2008). Di sesetengah negara, kaum lelaki diberi peluang pelajaran dan pekerjaan-pekerjaan yang penting. Kronosistem : perubahan keadaan dalam suatu tempoh masa. Misalnya kanakkanak hari ini lebih berfokus kepada permainan-permainan komputer jika



dibanding dengan kanak-kanak dua atau tiga puluh tahun dahulu yang lebih gemar bermain di persekitaran rumah



Teori Proksimiti Vygotsky Menurut Dr.Ragbir Kaur Joginder Singh (2012) walaupun Vygotsky bersetuju dengan Piaget bahawa perkembangan kognitif berlaku secara berperingkat-peringkat, beliau juga berpendapat bahawa interaksi sosial kanak-kanak amat mempengaruhi perkembangan kognitif mereka. Ini menunjukkan tanpa interaksi yang meluas kanak-kanak tidak dapat memperkembangkan lagi pemikiran kognitif mereka. Mereka mungkin akan hanya mengetahui tentang perkara asas sahaja tetapi tidak dapat mengaitkan pengetahuan asas tersebut dengan penerimaan baru. Dalam sudut lain, bolehlah dikatakan bahawa keinsafan dan kesedaran serta kefahaman individu terhasil daripada pergaulan sosial dan tingkah laku sosial mereka. Dalam teori beliau, Vygotsky menyatakan bahawa bahasa tutur dan pengaruh orang lain dalam dunia sosial kanak-kanak merupakan pengaruh penting dalam perkembangan kognitif mereka. Kanak-kanak akan mula berinteraksi dengan ahli keluarga terlebih dahulu sebelum mereka bergaul dengan masyarakat. Ibu bapa adalah orang pertama yang akan memberi mereka maklumat bahasa pertuturan dan cara berinteraksi. Oleh yang demikian ibu bapa perlu sentiasa berinteraksi dengan kanak-kanak sejak awal lagi supaya perkembangan mereka dapat dijana dari awal. Kita biasa mendengar bahawa pakar perubatan juga menggalakkan para ibu mengandung untuk mula berbual-bual dengan bayi di dalam kandungan mereka kerana ia merangsang otak dan perkembangan mereka. Vygotsky menyatakan orang dewasa dan rakan sebaya menyalurkan ‘mental tools’ (dan bahasa) kepada kanak-kanak atau pelajar semasa interaksi. Sumbangan yang utama teori ini ialah konsep zone of proximal development dan scaffolding. Scaffolding pula ialah bantuan sementara orang dewasa kepada pelajar untuk membuat sesuatu yang lebih sukar. Saat dan ketika dimana bantuan itu diberikan adalah dipanggil zon perkembangan proksimal (zone of proximal development).



2.Bincangkan peranan guru untuk memupuk perkembangan sosiobudaya dalam bilik darjah. Malaysia menggunakan suatu kurikulum yang sama bagi semua pelajar. Ianya menjadi satu cabaran besar kepada guru dalam menyampaikan kurikulum ini kepada anak didik. Di dalam ruang lingkup bilik darjah, guru perlu membuat sedikit analisis mengenai latar belakang muridmurid sebelum merancang pengajaran. Sebagai guru, ia perlu tahu bahawa setiap pelajar mempunyai budaya, latar belakang keluarga dan tahap sosio ekonomi yang berbeza-beza.



Semua guru yang mengajar di dalam kelas harus menjalankan dengan penuh dedikasi dan bersikap rofessional. Guru tidak membezakan bangsa murid, tidak mengelompok murid mengikut mereka sahaja..Murid dari kaum dan jantina berlainan juga ditempatkan dalam satu kumpulan yang sama supaya peluang berinteraksi terbuka luas.



tugas harus kaum harus untuk



Guru digalakkan untuk mengajar tanpa membezakan kelas rofes murid. Murid hendaklah dilayan sama rata tanpa mengira sama ada mereka dari kelas atasan atau bawahan dan hendaklah tidak ada pinggiran ditunjukkan. Guru Hukuman berbentuk deraan tidak seharusnya dilaksanakan kerana akan menyebabkan hubungan antara guru dan murid menjadi renggang dan hilang minat untuk meneruskan pembelajaran. Guru bertanggungjawab membentuk komuniti pembelajaran yang mesra murid berasaskan latar belakang dari harus bijak dalam mengendalikan kelas rofes murid dimana akan wujud pergaulan bebas, tidak berkelompok, berinteraksi tanpa sekatan budaya dan masyarakat. Dengan cara ini suasana pembelajaran lebih menyeronokkan.



Guru perlu berusaha untuk membantu murid memilih kerjaya yang sesuai dengan tahap pencapaian mereka . Guru perlu membantu murid membina konsep positif kendiri, memberi tunjuk ajar untuk mengatasi masalah akademik dan meningkatkan prestasi akademik murid yang lemah melalui penganjuran kem motivasi dan sebagainya.



Guru mesti membiasakan diri rofes awal kekelas dan mempunyai amalan sentiasa menepati masa. Guru harus menggunakan pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran mengikut tahap pencapaian murid. Masa pengajaran hendaklah dimaksimumkan dengan aktiviti yang meransang minda.Kata-kata motivasi dan penuh senyuman, jenaka dan pujian supaya suasana sentiasa ceria di samping teguran berupa nasihat dan bukan leteran.



Guru perlu menghormati dan bersikap adil kepada semua murid. Pelbagai sosio-budaya. Langkah-langkah pencegahan perlu dilakukan oleh guru untuk menyekat aktiviti-aktiviti yang tidak diingini seperti pergaduhan antara kaum, pembentukan kumpulan berdasarkan etnik dan meniupkan api perkauman dikalangan murid.



Guru tidak harus menyentuh atau mempertikaikan kepercayaan yang diamalkan oleh murid-murid. Setiap kepercayaan dan nilai harus diterima seadanya. Isu-isu sensitive dan berkaitan agama murid yang berlainan kaum tidak harus dipertikaikan. Guru perlu merancang aktiviti pembelajaran yang sesuai dengan semua kepercayaan, nilai dan agama yang dianuti murid.



Aspek bahasa harus diberi pertimbangan yang sewajarnya oleh guru. Murid yang terdiri daripada pelbagai kaum pastilah berlakunya dialek bahasa yang sedikit sebanyak akan memberi kesan kepada



pembelajaran di dalam bilik darjah. Jurang yang berlaku akibat daripada penggunaan bahasa dialek haruslah dielakkan. Penggunaan bahasa yang standard akan memberi peluang yang sama rata kepada murid untuk mengambil bahagian dalam aktiviti pembelajaran di dalam bilik darjah.



Guru perlu mencatatkan kemajuan dan kelemahan yang terdapat dalam pengajaran dan pembelajaran tersebut dan mencari peluang bagi pengubahsuaian serta mengemukakan pandangan dan cadangan bagi menyelesaikan beberapa masalah pembelajaran supaya pengajaran dan pembelajaran berikutnya dapat dilaksanakan secara lebih sempurna dan mempunyai penambahbaikan. Guru yang berkualiti mempunyai wawasan yang jelas, daya kreativiti serta peka terhadap segala perubahan yang dikehendaki oleh pengurusan atasan supaya tidak berlaku pembaziran waktu disebabkan pelbagai pemantauan yang terpaksa dijalankan.



Guru yang berwibawa sentiasa memikir kaedah bagi mencapai pengurusan yang cemerlang. Antara perkara yang menjadi focus ialah mengetahui dan memahami bidang kerjayanya, menghayati hasil kerja atau objektif kerja untuk jangka pendek dan jangka panjang. Kerja yang dilakukan lebih spesifik, boleh diukur pencapainya, boleh dicapai, realistic dan bijak dalam pengurusan masa.



Demi memastikan objektif tercapai, perancangan guru yang rapi meletakkan keutamaan terhadap tugasan. Ini bermaksud, keutamaan diberi kepada keupayaan, kemahiran melaksanakan tugas, kemahiran berfikir, kemahiran berinteraksi dan berkomunikasi. Selain itu, guru juga harus mempunyai kemahiran mengurus dan mentadbir. Kemahiran mengaplikasi peralatan yang terkini seperti computer, kecekapan



menjalankan tugasan yang diamanahkan disamping memiliki wawasan yang jelas.