Cerita Seruling Sakti [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

Seruling Sakti Pada zaman dahulu, terdapat sebuah pekan kecil yang sangat cantik terletak di kaki bukit. Pekan tersebut dikenali dengan Hemelyn. Penduduk di pekan tersebut hidup dengan aman dan damai, tetapi sikap mereka tidak memperhatikan keadaan, sehingga



pekan



tersebut



penuh



dengan



sampah



.Mereka



membuang sampah di merata tempat yang menyebabkan pekan tersebut menjadi tempat pembiakan tikus. Di setiap rumah tikustikus bergerak bebas tanpa perasaan takut kepada manusia. Penduduk tersebut cuba menghalau tikus dengan kucing dan ada diantara mereka memasang perangkap tetapi tidak berjaya kerana tikus terlampau banyak. Mereka mati akal bagaimana untuk membunuh tikus-tikus tersebut. Musibah yang menimpa pekan tersebut telah tersebar luas ke pekan-pekan lain, sehingga pada suatu hari seorang pemuda yang tidak dikenali datang ke pekan



tersebut



dan



menawarkan



kemampuannya



untuk



menghalau semua tikus dengan syarat penduduk pekan tersebut perlu membayar upah atas dua keping wang mas setiap orang. Penduduk di pekan tersebut berbincang sesama mereka atas tawaran pemuda tadi.setelah berbincang dengan panjang lebar



akhirnya mereka bersetuju kerana mereka tidak mempunyai pilihan lain. Keputusan tersebut dimaklumi oleh pemuda tadi, lalu dia mengeluarkan seruling sakti dan meniupnya. Bunyi yang keluar dari seruling itu sangat merdu sehingga tikus-tikus yang berada dimerata tempat didalam pekan tersebut mula keluar dan berkumpul mengelilinginya. Pemuda tadi berjalan perlahan-lahan sambil meniup seruling sakti dan menuju ke sebuah sungai yang jauh dari pekan tersebut. Setelah sampai ditepi sungai pemuda taditerus masuk kedalamnya dan diikuti oleh semua tikus. Tikustikus tidak dapat berenang didalam sungai dan semuanya mati lemas. Kini pekan Hemelyn telah bebas dari serangan tikus dan penduduk bersorak dengan gembiranya. Pemuda tadi menuntut janjinya, penduduk tersebut enggan membayar upah yang telah dijanjikan kerana mereka mengangap kerja yang dibuat oleh pemuda tadi tidak sepadan dengan upah yang diminta kerana hanya dengan meniupkan seruling sahaja. Pemuda tadi sangat marah lalu dia meniupkan seruling saktinya sekali lagi. Irama yang keluar sangat memikat hati anak-anak dan menyebabkan semua anak-anak berkumpul di sekelilingnya. Setelah semua anak-anak berkumpul, pemuda tadi berjalan sambil meniupkan



seruling dan diikuti oleh semua anak-anak. Pemuda itu membawa anak-anak tersebut keluar dari pekan Hemelyn. Setelah Ibu, Bapak menyedari bahawa mereka akan kehilangan anak-anak, mereka



mulai



merasa



cemas



kerana



kanak-kanak



telah



meninggalkan mereka dan mengikuti pemuda tadi. Mereka mengejar pemuda tadi dan merayusupaya menghentikan meniup seruling dan memulangkan kembali anak-anak mereka. Mereka sanggup memberikan semua harta benda yang ada asalkan pemuda tadi mengembalikan anak-anak mereka. Rayuan merea tidak



diendahkannya.



Pemuda



tadi



membawa



kanak-kanak



tersebut menuju kesuatu tempat dan apabila mereka sampai disitu muncul sebuah gua dengan tiba-tiba. Pemuda tadi masuk kedalam gua itu dan diikuti oleh anak-anak. Setelah semuanya masuk, tiba-tiba gua tersebut hilang dari pandangan penduduk pekan tersebut. Mereka tidak dapat berbuat apa-apa kerana mereka telah memungkiri janji yang mereka buat. Mereka menyesal atas perbuatan mereka tetapi malangnya, sudah terlambat. Kawan-kawan,



Sesal



dahulu



pendapatan



sesal



kemudian



tidak



berguna.



Sehingga ke hari ini penduduk pekan Hemelyn tidak melupakan kesilapan yang dilakukan oleh nenek moyang mereka. Menepati janji adalah pegangan yang kuat diamalkan oleh penduduk pekan Hemelyn sampai hari ini. Pengajaran daripada cerita ini ialah 1. Jagalah kebersihan 2. Tepatilah janji 3. Menghargai jasa / budi manusia lain.