Contoh Karangan SPM Bahasa Melayu [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

Contoh Karangan SPM Bahasa Melayu ( Tajuk :Masalah sosial dalam kalangan remaja semakin meningkat.Bincangkan punca-punca dan usahausaha/langkah-langkah mengatasi masalah ini.)



Dalam masyarakat kini, masalah sosial semakin tambah dan dipaparkan melalui media masa. masalan sosial ini kebanyakan datang dari kalangan remaja. Budaya melepak merupakan masalah sosial yang paling banyak ditayangkan.Kita dapat saksikan bahawa kalangan remaja sering berjalan-jalan di kompleks beli-belah atau duduk-duduk di tembok jalan dengan tanpa hala tujuan. Malah, sesetengah kalangan remaja sering mengusik gadis-gadis yang lalu-lalang di tepi jalan dengan berbahasa kerang sopan, atau berbual-bual kosong dan membuat bising tanpa hala tujuan. Masalah ini akan diwujudkan kebanyakan adalah disebabkan oleh hal-hal keluarga. Ahli keluarga mereka sering bergaduh ataupun adanya yang ibu bapa bercerai. Mereka melepak di luar bersama kawannya tujuannya adalah untuk mendapatkan hiburan ataupun melepaskan geram ataupun tekanan mereka. Sesetengah pula merokok bersama kawan-kawan mereka. Selain itu, budaya buli juga sering berlaku dalam sekolah. Sejak-sejak ini, kita pun tahu bahawa dalam sesebuah sekolah, seorang remaja lelaki telah dipukul oleh sekumpulan remaja lelaki. Pihak sekolah tersebut juga tidak mengambil tindakan terhadap kumpulan remaja lelaki tersebut disebabkan remaja kini semakin biadap dan liar.Golongan remaja akan bertindak begitu kebanyakan dipengaruhi oleh media masa.Kebanyakan filem keganasan ditayangkan dalam pawangan wayang. Jenis filem ini amat disukai oleh remajaremaja masa kini terutamanya remaja lelaki. Jadi, mereka akan belajar tindakan yang dipaparkan dalam wayang tersebut. Bukan itu sahaja, remaja juga sering mengamalkan amalan lari dari rumah. Hal ini dapat diyaksikan melalui surat khabar. Remaja yang lari dari rumah kebanyakannya adalah lari bersama teman lelakinya. Remaja-remaja selalu berkawan dengan orang yang tidak berkenaan. Hubungan mereka juga berkembang dengan cepat sehingga menjadi teman lelaki dan teman wanita. Hal ini akan terjadi disebabkan pengawasan yang tidak ketat di sekolah. Kebanyakan remaja suka bertemu dengan teman lelaki atau teman wanita di depan pintu sekolah tanpa kesedaran ibu bapa. Oleh itu, mereka senang ditipu dan dipujuk oleh orang luar dengan kata manis. Ada juga remaja-remaja yang selalu ponteng sekolah. Mereka ponteng sekolah tujuan utamanya adalah berkunjung ke kafe internet. Mereka terjerumus dengan laman web permainan di kafe internet. Mereka boleh menghabiskan



masa mereka dengan perkara yang tidak berfaedah di kafe internet. Hal ini akan terjadi disebabkan kawalan sosial yang longgar.Para ibu bapa lebih menumpukan masa dan tenaga untuk mencari mata pencarian di luar rumah, secara tidak langsung telah menimbulkan rasa bosan dan kesunyian di hati anak-anak. Lantas, anak-anak mudah mengikut ajakan rakan-rakan untuk berhibur dalam laman web. Tambahan pula, yang lebih seriusnya adalah kegiatan lumba haram. Mereka berlumba motosikal di tempat yang tertentu bersama kawan-kawan yang dalam kumpulan yang besar. Mereka telah membahayakan nyawa mereka dalam lumba haram tersebut. Mereka akan berbuat demikian kebanyakan adalah mereka tidak puas hati terhadap keluarga mereka atau masalah yang dihadapi oleh mereka. Mereka telah memilih cara begini untuk melepaskan geram yang ada dalam hati mereka. Untuk mengatasi masalah sosial yang tersisiar dalam masyarakat ini, pihak berkuasa haruslah menguatkankuasa untuk menangani masalah sosial tersebut. Tambah pula, pihak ibu bapa juga haruslah lebih mengambil berat terhadap anak-anak mereka. Bumi mana tidak ditimpa hujan. Jadi pihak ibu bapa haruslah mengubah sikap mereka yang dahulu. Tuntasnya, saya berharap masalah sosial ini dapat diatasi selepas pelbagai pihak telah menjalankan kewajipan mereka. (592 Patah Perkataan)



CONTOH KARANGAN_PERANAN REMAJA DALAM MEMBANGUNKAN NEGARA



PERANAN REMAJA DALAM MEMBANGUNKAN NEGARA Lebih separuh abad kita menghela nafas kemerdekaan, namun remaja yang merupakan bakal tunjangnegara masih terbelenggu oleh pelbagai kemelut sosial. Ternyata mentaliti remaja di negara kita belum lagi mengalami anjakan paradigma selaras dengan arus pembangunan negara kita. Menurut kata mutiara sarjana, “Jika ingin melihat masa hadapan sesebuah negara, lihatlah remajanya pada hari ini.” Presiden Soekarno pernah mengungkap, “Berikan saya 10 orang belia waja, nescaya akan saya gegarkan dunia.”Ternyatalah di sini bahawa remaja yang berkualiti dapat memperkasakan kegemilangan nusa dan bangsa. Oleh itu, setiap remaja perlu memainkan peranan mereka dengan penuh tanggungjawab untuk merencanakan pembangunan negara. Peranan signifikan remaja ialah mereka perlu belajar bersungguhsungguh untuk mencapai kecemerlangan dari aspek akademik. Kecemerlangan akademik merupakan salah satu elemen yang maslahatuntuk melahirkan remaja yang berkualiti demi kepentingan negara. Intelek merupakan faktor perdana untuk menjana kecemerlangan tamadun bangsa. Sehubungan dengan itu, remaja kita perlu proaktif menimba ilmu bukan sahaja di dalam kelas tetapi juga menuntut segala pengetahuan, terutamanya ilmu Sains dan Matematik melalui pelbagai wahana, seperti membaca buku, melayari lebuh raya maklumat di dunia maya dan sebagainya. Ketekunan dan inisiatif merupakan prasyarat untuk mencapai kecemerlangan akademik dan akan menjauhi gelaran katak di bawah tempurung. Remaja juga tidak harus terbuai dalam dunia yangmengalpakan, iaitu terlalu khusyuk dalam dunia hiburan atau mengamalkan hedonisme. Ingatlah peribahasa,ikut hati mati, ikut rasa binasa. Tegasnya, tanpa remaja yang bijak pandai maka pembangunan negara akan terbantut. Walau bagaimanapun, kecemerlangan akademik semata-mata tidak dapat menjamin pembangunan negara jika remaja kita tidak memiliki kesihatan fizikal dan mental. Remaja yang ingin membangunkan negaea perlu memiliki kekuatan fizikal dan mental untuk menempuhi segala kekangan. Pada alaf baharu yang penuh dengan kompetitif, remaja kita perlu memiliki kecergasan fizikal dan bersemangat waja diri tanpa mengenal istilah putus asa supaya dapat berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan remaja di negara maju. Untuk mencapai kesihatan fizikal dan mental, remaja kita patut mengamalkan pemakanan seimbang, menjaga kebersihan diri dan persekitaran, bersenam, bersukan, beriadah dan tidak terlibat dalam pelbagai angkara sosial seperti minum arak, merokok, kegiatan maksiat, najis dadah dan lain-lain lagi kerana terlajak perahu boleh diundur, terlajak laku buruk padahnya. Remaja kita harus sedar bahawa kesihatan merupakan aset yang tidak ternilai. Tanpa kesihatan, segala-galanya tidak lagi membawa makna. Hal ini sangat bertepatan



dengan sloganrakyat sihat, negara maju. Jadi, remaja yang sihat dan mempunyai jati diri yang mapan baru dapat melaksanakan pembangunan negara. Selain itu, remaja juga mestilah memiliki etika atau personaliti yang luhur. Remaja kita harus disuntikkan ajaran agama dan nilai moral sejak kecil lagi kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Lantaran itu, ibu bapa dan pihak sekolah memainkan peranan yang penting untuk mendidik remaja menjadi modal insan kelas pertama yang berakhlak mulia dan berjati diri unggul. Selain menitikberatkan ajaran agama dan pendidikan moral, remaja kita harus dibimbing supaya melakukan kerja amal dan memberikan khidmat sosial, misalnya bergotong-royong, menziarahi rumah kebajikan orang-orang tua dan kanak-kanak yatim, mengutip derma untuk membantu mangsa bencana alam serta terlibat dalam pelbagai aktiviti sukarela. Remaja yangdangkal imannya sudah pasti akan terjerumus ke dalam kebejatan sosial. Dengan kata lain, remaja berkepemimpinan harus bersahsiah mulia, berinsaniah, berbudi bahasa dan berkasih sayang agar dapat melahirkan negara yang maju sama ada secara luarannya dan dalamannya pada suatu hari nanti. Seperkara lagi, remaja juga perlu kreatif dan inovatif untuk memacu pembangunan negara yang gemilang. Hal ini terjadi demikian kerana hanya mereka yang sentiasa berani berkreatif dan mempelopori bidang yang baharu dapat mengecapi kejayaan yang terbilang. Dalam industri teknologi komunikasi dan maklumat (ICT), umat yang gigih dan berani mencuba sesuatu yang baharu akan menikmati buah kejayaan yang manis. Rentetan daripada itu, remaja kita harus dilatih supaya berani berimaginasi dan berkhayal tetapi disusuli dengan aplikasi yang teratur. Ibu bapa harus memberikan sokongan yang padu dan galakan yang tidak terhingga jika anak mereka melontarkan impian mereka. Namun demikian, impian itu bukan rekaan Mat Jenin yang tidak berasas tetapi perlu disokong dengan praktikalnya. Dalam konteks ini, penglibatan remaja dalam pelbagai bidang sama ada kebudayaan, sukan, kepimpinan atau keusahawanan berupaya menjanakan kreativiti dan inovasi remaja. Pendek kata, pembangunan negara akan tercapai jika negara kita mempunyai barisan pelapis negara yang kreatif dan inovatif. Akhir sekali, remaja juga dapat memainkan peranan mereka untuk membangunkan negara dengan memiliki sikap keterbukaan. Hal ini kerana apabila golongan ini mempunyai sifat sedemikian, mereka lazimnya dapat menerima teguran dan pandangan orang lain. Dalam nada yang serupa, remaja seumpama ini dapat memberi kesan kepada negara kita. Mereka dapat menjamin kestabilan politik, ekonomi dan sosial negara. Mereka akan menjadi pendukung untuk mencapai perpaduan negara atau integrasi nasional demi mewujudkan kesejahteraan sosial. Mereka sentiasa mengamalkan sikap toleransi dan bertolak ansur untuk mencapai misi dan visi negara iaitu semua rakyat perlu bersatu padu di bawah satu bumbung yakni, satu bangsa satu bahasa dan satu negara. Maka, sifat keterbukaan remaja sudah pasti dapat memudahkan mereka menjadi pemimpin yang mampu membangunkan negaranya dengan penuh komited dengan dipayungi perpaduan antara rakyatnya.



Intihanya, semua remaja mempunyai tanggungjawab dan obligasi masingmasing untuk menjana pembangunan negara kerana pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Remaja sebagai tunjang yang bakal menerajui kepimpinan negara kita haruslah merdeka daripada belenggu angkara sosial. Hanya remaja yang berkualiti akan memangkinkan kecemerlangan negara. Jika remaja kita tidak diasuh, dibimbing dan dididik dengan kamil, tidak mustahil segala aspirasi negara hanya sekadar imaginasi semata-mata dan tidak dapat menjadi realiti. Oleh itu, remaja kita perlu terjaga daripada lena dan keasyikan serta melengkapkan diri dengan ciri-ciri yang mulia supaya dapat menempatkan diri sebagai modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Semoga negara kita dapat berdiri dengan gah di pentas antarabangsa bergandingan dengan negara maju yang lain dan terkenal di seantero dunia



Karangan SPM 2011..Amalan-amalan Remaja yang Sihat? Kesihatan dari segi fizikal, mental, rohani dan emosi amat penting dalam kehidupan remaja. Berdasarkan pernyataan di atas, huraikan amalan-amalan remaja yang sihat. Kesihatan bukan sahaja berkaitan dengan bebas daripada penyakit tetapi juga memiliki pemikiran yang cerdas bersama-sama emosi yang stabil. Pemilikan kesihatan yang baik penting buat remaja kerana tahap kesihatan ketika usia mudalah yang akan menentukan tahap kesihatan mereka pada masa tua kelak. Untuk mendapatkan kesihatan yang baik, remaja harus melakukan amalan yang baik untuk perkembangan fizikal, mental dan emosi. Antara amalan yang yang harus dilakukan ialah remaja perlu mempunyai disiplin diri yang baik. Maksud disiplin dalam aspek ini ialah remaja itu mematuhi jadual belajar, menghormati orang tua, guru, rakan-rakan dan peraturan budaya serta undang-undang negara. Remaja yang berdisiplin sebegini pasti tidak akan terjebak dalam sebarang aktiviti yang tidak sihat dalam kehidupan mereka lalu mampu memiliki tahap kesihatan yang baik. Maka, amalan disiplin yang baik menjadikan seseorang remaja itu mempunyai kesihatan yang baik. Selain itu, remaja juga perlulah mengamalkan cara hidup yang sihat. Konsep cara hidup yang sihat ini meliputi makanan yang seimbang, melakukan riadah dan aktiviti kemasyarakatan. Sudah banyak kajian yang membuktikan bahawa amalan cara hidup yang sihat menjadikan diri seseorang itu lebih positif dan mampu menjalani kehidupan mereka dengan lebih baik lagi. Sesungguhnya, cara hidup yang sihat menjamin kesihatan yang seimbang kepada remaja di negara ini. Malahan, amalan mempelajari dan mematuhi ajaran agama merupakan satu lagi amalan yang turut mampu menguatkan kesihatan seseorang itu. Semua ajaran agama menekankan aspek keseimbangan kehidupan seseorang supaya mampu menjalani satu kehidupan yang baik di dunia dan akhirat kelak. Sikap mematuhi amalan agama memberikan remaja satu matlamat hidup yang mampu meninggikan tahap kesihatan mereka pada masa yang serupa pula. Jadi, sikap mematuhi ajaran keagamaan boleh memberi remaja satu kepuasan dalam hidupnya yang berupaya juga meningkatkan tahap kesihatan. Remaja juga perlu bersikap tegas terhadap tindakan-tindakan negatif yang wujud dalam kehidupan mereka. Sikap suka merokok, melepak, dadah dan jenayah haruslah dikikis dalam minda remaja. Ketegasan remaja dalam



semua aspek di atas itu mampu menjauhi remaja daripada sebarang kemelut sosial yang melanda negara ini lalu memberikan kesihatan yang baik kepada remaja juga. Bukan sahaja remaja sihat tetapi mereka seolaholah sedar keperluan atau kepentingan hidup mereka di dunia ini. Amalan murni yang penting diamalkan seterusnya ialah remaja hendaklah mampu mengawal emosinya apabila berhadapan dengan sesuatu masalah. Ketenangan inilah yang memberikan remaja satu pemikiran yang rasional dan rela berbincang apabila mengalami sesuatu kemelut dalam hidup mereka. Semua tindakan yang diambil ketika berfikir rasional mampu memberikan satu persepi baru yang boleh menunjukkan jalan keluar terhadap masalah yang dihadapi itu. Oleh itu, sikap rasional ketika melakukan sesuatu tindakan boleh menjadikan kesihatan seseorang itu lebih baik. Kesimpulannya, semua amalan yang positif ini perlu dilaksanakan oleh remaja. Kesihatan remaja yang mengamalkan semua amalan ini pasti baik kerana bukan sahaja tubuh mereka sihat tetapi emosi serta pemikiran mereka turut menerima impak positifnya. Remaja yang sihat sebeginilah yang diperlukan oleh negara dalam mengharungi cabaran kehidupan moden kini. Posted by Noor Azman Mahat at 7:42 PM



CIRI-CIRI REMAJA YANG BERKUALITI Posted: August 23, 2010 in Uncategorized 18 (Program Belajar daripada Dewan Siswa – Ogos 2010 muka surat 04-05) CIRI-CIRI REMAJA YANG BERKUALITI Setelah 53 tahun kita menghela nafas kemerdekaan, remaja yang merupakan bakal tunjang negara masih terbelenggu oleh pelbagai kemelut sosial. Ternyata mentaliti remaja di negara kita belum lagi mengalami anjakan paradigma selaras dengan arus pembangunan negara kita. Menurut kata mutiara saujana, “Jika ingin melihat masa hadapan sesebuah negara, lihatlah remajanya pada hari ini.” Soekarno pernah mengungkap,”Berikan saya 10 belia waja, nescaya akan saya gegarkan dunia.” Nyatanya, remaja yang berkualiti dapat memperkasakan kegemilangan nusa dan bangsa. Kecemerlangan dari segi akademik merupakan salah satu elemen yang maslahat untuk menelurkan remaja yang berkualiti. Intelek merupakan faktor perdana untuk menjanakan kecemerlangan tamadun bangsa. Sehubungan dengan itu, remaja kita perlu proaktif menimba ilmu bukan sahaja di dalam kelas tetapi juga menuntut segala pengetahuan, terutamanya ilmu sains dan matematik melalui pelbagai wahana, seperti membaca buku , melayari lebuh raya maklumat di dunia maya dan sebagainya. Ketekunan dan inisiatif merupakan prasyarat untuk mencapai kecemerlangan akademik dan menjauhi gelaran katak di bawah tempurung. Tidak dapat dinafikan bahawa tanpa keputusan yang cemerlang, remaja sukar melanjutkan pelajaran ke menara gading untuk merealisasikan segala impian mereka. Oleh itu remaja tidak harus terbuai dalam dunia yang mengalpakan, iaitu terlalu khusyuk dalam dunia hiburan atau mengamalkan hedonisme. Ingatlah peribahasa, “Ikut hati mati, ikut rasa binasa.”



Walau bagaimanapun, kecemerlangan akademik tidak dapat menjamin kejayaan seseorang jika tidak memiliki kesihatan fizikal dan mental. Remaja yang berkualiti perlu memiliki kekuatan fizikal dan mental untuk menempuhi segala kekangan. Pada alaf baru yang penuh dengan kompetitif, remaja kita perlu memiliki kecergasan fizikal dan bersemangat waja diri tanpa putus asa supaya dapat berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan remaja negara maju. Untuk mencapai kesihatan fizikal dan mental, remaja kita patut mengamalkan pemakanan seimbang,menjaga kebersihan, bersenam, bersukan, beriadah dan tidak terlibat dalam pelbagai angkara sosial, seperti minum arak, merokok, kegiatan maksiat, najis dadah dan lain-lain lagi. Seperti peribahasa, “Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.” Remaja kita harus sedar bahawa kesihatan merupakan aset yang tidak ternilai dalam kehidupan kita. Tanpa kesihatan, segala-galanya tidak lagi membawa makna. Rakyat sihat, negara maju. Remaja yang sihat dan kuat baru dapat mempertahankan kedaulatan dan kemerdekaan negara. Selain itu, remaja yang berkualiti juga harus memiliki etika atau personaliti yang luhur. Remaja kita harus disuntikkan ajaran agama dan nilai moral sejak kecil lagi kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Lantarannya ibu bapa dan pihak sekolah memainkan peranan yang penting untuk mendidik remaja sebagai insan yang berakhlak mulia dan berjati diri. Selain menitikberatkan ajaran agama dan pendidikan moral, remaja kita harus dibimbing supaya melakukan kerja amal dan memberikan khidmat sosial, misalnya bergotong-royong, menziarahi rumah kebajikan orang tua dan kanak-kanak yatim, mengutip derma untuk membantu mangsa bencana alam serta terlibat dalam pelbagai aktiviti sukarela. Remaja yang kedangkalan keimanan akan mencetuskan kebejatan sosial. Dengan kata lain, remaja yang berkualiti harus bersahsiah mulia, berinsaniah dan berbudi bahasa dan berkasih sayang agar dapat melahirkan masyarakat sakinat dan madani pada suatu hari nanti.



Sementelahan pula, remaja yang berkualiti perlu berkreatif dan berinovatif untuk memacu kegemilangan negara. Hal ini terjadi demikian kerana hanya mereka yang sentiasa berani berkreatif dan mempelopori bidang yang baru dapat mengecap kejayaan yang terbilang. Dalam industri teknologi komunikasi dan maklumat (ICT), umat yang gigih dan berani mencuba akan menikmati buah kejayaan yang manis. Rentetan daripada itu, remaja kita harus dilatih supaya berani berimaginasi dan berkhayal tetapi disusuli dengan aplikasi yang teratur. Ibu bapa harus memberikan sokongan yang padu dan galakan yang tidak terhingga jika anak mereka melontarkan impian mereka. Namun demikian, impian itu bukan rekaan mat jenin yang tidak berasas tetapi perlu disokong dengan praktikalnya. Dalam konteks ini, penglibatan remaja dalam pelbagai bidang sama ada kebudayaan, sukan, kepimpinan atau keusahawanan berupaya menjanakan kreativiti dan inovasi. Ketika berkhayal di awang-awangan, pastikan kita mampu menjejakkan kaki di angkasa lepas kelak. Intihanya, “Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara.” Remaja sebagai tunjang yang bakal menerajui kepimpinan negara kita harus terlepas daripada belenggu angkara sosial. Hanya remaja yang berkualiti akan memangkinkan kecemerlangan negara. Jika remaja kita tidak diasuh, dibimbing dan dididik dengan kamil, tidak mustahil segala aspirasi negara hanya berada awangawangan dan tidak dapat menjadi realiti. Oleh itu remaja kita perlu terjaga daripada lena dan keasyikan serta melengkapkan diri dengan ciri-ciri yang mulia supaya menjurus ke arah cemerlang, gemilang dan terbilang.



Tajuk: Masalah yang berkaitan dengan remaja di Negara Malaysia semakin berleluasa. Contoh Jawapan: Antara masalah yang remaja mencetus ialah aktiviti bersosial .Remaja pada zaman era ini sering mengunjungi kelab malam , pub , disko dan sebagainya dengan rakan-rakan mereka untuk berhibur. Di sana , tanpa pengetahuan orang tuanya , kaum hawa dan adam menghisap ‘Shisha’ iaitu sejenis alat yang dihisap seperti rokok dan mempunyai pelbagai perasa seperti buah-buahan dan sebagainya. ‘Shisha’ ialah satu alat yang amat berbahaya terhadap kesihatan penghisapnya. Alat ini berasal dari Negara Arab dan rakyat lelaki ini akan menghisapnya.Apabila penghisap ketagih , mereka akan mahu lagi ‘Shisha’ . Setelah mereka sudah lama mencuba dan tidak seronok lagi , mereka akan menghisap batang rokok , minum arak dan sebagainya untuk memaksimumkan kepuasan mereka . Pada zahirnya aktiviti bersosial ini nampak seperti biasa tetapi bukan begitu di sebaliknya . Kebanyakkan kelab malam , disko dan sebagainya akan menjalani aktiviti jual dadah kepada pelanggan terutamanya remaja untuk berhibur . Jika remaja memakannya , mereka akan khayal buat semalaman . Media massa sering mencanang isu pembuangan bayi di dada akhbar dan berita . Hal ini demikian , kerana apabila remaja yang dalam keadaan mabuk , khayal dan tidak waras , mereka akan melakukan sesuatu yang mereka tidak disedari dan dikawal oleh mereka seperti melakukan hubungan maksiat , merompak , bergaduh dan sebagainya . Kemelut remaja yang seterusnya ialah memakai pakaian yang menjolok mata .Remaja di Negara Barat sering memakai pakaian yang nipis dan menjolok mata kerana mereka berpendapat ia adalah perkara yang biasa dan mereka ialah jenis



yang berfikiran terbuka . Selain itu , di pantai Negara Barat , kaum hawa hanya memakai pakaian yang nipis sahaja. Fesyen ini telah menular ke seluruh dunia termasuk Malaysia . Maka , remaja rakyat Malaysia tidak kira warna kulit dan bangsa pun mengikut jejak remaja barat ini . Pakaian tersebut amat nipis dan tidak sesuai untuk dipakai oleh remaja kerana khuatir akan menarik perhatian lelaki di luar . Remaja berbangsa melayu tidak boleh memakai pakaian yang nipis kerana ia adalah berdosa dan mereka wajib tutup aurat mereka setelah mereka sudah matang . Bukan itu sahaja , remaja kaum-kaum lain juga tidak digalak untuk memakai pakaian nipis supaya keselamatan dan maruah diri dan keluarga mereka terjamin . Jika masalah remaja ini tidak dibendung , maka semakin banyak kemelut yang akan berlaku pada masa akan datang dan juga tidak baik kepada mana-mana pihak . Remaja kini juga semakin tidak beradab dari pelbagai aspek terutamanya adab makan . Mereka tidak memanggil orang yang lebih tua makan dahulu serta tidak mencedok lauk-pauk kepada mereka . Kaum Cina amat mementingkan aspek ini kerana ia merupakan tatatertib yang paling asas patut mereka patuhi . Selain itu , masalah remaja yang terakhir ialah suka menonton drama Negara Barat berbanding dengan drama tempatan . Kini , remaja mengikut cara percakapan dan aksi-aksi Barat iaitu berpelukkan ketika berjumpa dan sebagainya . Mereka seharusnya bersalaman atau memberi salam kepada pihak itu dan bukannya dengan berpelukkan ketika berjumpa dan berpisah . Konklusinya , kata orang tua nak kata pepatah ‘ Melentur buluh biarlah dari rebungnya terdahulu ’ .Ibu bapa harus mendidik dan memberi perhatian terhadap tingkah laku anak-anak mereka . Hal ini demikian , supaya kemelut remaja dapat dikurangkan . KARANGAN TARGET SPM 2012 (7)



KARANGAN BAHAGIAN B Banyak pendapat mengatakan bahawa masalah sosial dalam kalangan remaja berkaitan dengan keruntuhan institusi keluarga. Jelaskan peranan keluarga bagi menangani masalah sosial dalam kalangan remaja pada masa ini. Tema/isu – masalah sosial dalam kalangan remaja Tugasan – peranan keluarga bagi menangani masalah sosial dalam kalangan remaja pada masa ini Masalah sosial dalam kalangan remaja pada masa ini telah membimbangkan banyak pihak. Hampir setiap hari berita-berita mengenai masalah sosial yang melibatkan golongan remaja terpampang dalam media massa sama ada media cetak ataupun media elektronik. Berita-berita seperti pergaulan bebas, lari dari rumah, ponteng sekolah, melepak di pusat membeli-belah, merempit, bohsia, meminum minuman keras, pembuangan bayi dan pelbagai lagi telah menghiasi dada-dada akhbar tempatan negara kita. Apakah punca berlakunya demoralisasi dalam kalangan remaja pada masa ini? Apakah tiada jalan penyelesaian untuk menanganinya? Bagaimanakah peranan keluarga bagi membendung gejala ini? Persoalan-persoalan ini sukar untuk dijawab jika tiada usaha yang konkrit daripada pelbagai pihak untuk menanganinya. Banyak pendapat mengatakan bahawa masalah sosial dalam kalangan remaja berkaitan dengan keruntuhan institusi keluarga. Saya bersetuju dengan pendapat tersebut kerana keluargalah yang boleh memainkan peranan bagi menangani masalah sosial dalam kalangan remaja pada masa ini. Perhatian dan kasih sayang keluarga memainkan peranan dominan bagi menangani masalah sosial dalam kalangan remaja pada masa ini. Keluarga khususnya ibu bapa perlu memberikan kasih sayang yang secukupnya kepada anak-anak seperti menatang minyak yang penuh supaya mereka tidak terjebak dalam gejala sosial sehingga boleh menconteng arang ke muka ibu bapa. Remaja akan keluar rumah dan mencari rakan-rakan untuk meluahkan masalah yang dihadapi jika tidak mendapat perhatian dan kasih sayang daripada ibu bapa mereka. Tuntutan kerja dan sikap materialistik masyarakat pada hari ini telah menyebabkan tanggungjawab ibu bapa untuk mendidik anak-anak telah diserahkan kepada pembantu rumah. Mereka tiada masa untuk mendampingi anak-anak kerana tugas-tugas luar yang kadang-kadang memakan masa berhari-hari. Hal ini demikian telah menyebabkan anak-anak tiada tempat untuk mengadu dan menceritakan masalah yang dihadapi oleh mereka seperti tekanan menghadapi peperiksaan, konflik dengan rakan, tiada buku rujukan dan sebagainya. Akibatnya, mereka akan keluar rumah untuk melepaskan tekanan yang dihadapi. Menurut pengakuan salah seorang remaja yang ditangkap dalam serbuan di salah sebuah kelab malam di ibu kota minggu lalu, dia tidak rasa bersalah keluar pada waktu malam dan berseronok di kelab-kelab malam kerana ibu bapanya sering keluar daerah sehingga berminggu-minggu lamanya. Dia tidak mendapat perhatian dan kasih sayang yang secukupnya daripada kedua-dua ibu bapa di rumah. Pakar motivasi negara, Datuk Dr. Mohd Fadzilah Kamsah sering mengingatkan ibu bapa supaya memberikan perhatian yang lebih kepada anak-anak terutama anak-anak remaja kerana pada peringkat ini mereka perlu sokongan dan dorongan bagi membuat pilihan dalam hidupnya. Oleh itu, jelas menunjukkan bahawa perhatian dan kasih sayang daripada



kedua-dua ibu bapa amat penting bagi menangani masalah sosial dalam kalangan remaja. Selain itu, mendidik anak-anak dengan asas agama dan nilai moral juga merupakan peranan yang boleh dimainkan oleh keluarga dalam menangani masalah sosial dalam kalangan remaja. Didikan agama dan nilai moral merupakan indikator yang sangat penting bagi mencegah seseorang individu daripada melakukan perkara yang mungkar. Didikan agama akan menjadi abar kepada remaja daripada terjebak dalam masalah sosial seperti pergaulan bebas, minum minuman keras dan melakukan seks bebas. Hal ini demikian kerana ketaqwaan yang telah kejap dalam sanubari remaja dapat menjadi benteng kepada mereka daripada melakukan maksiat. Mereka dapat membuat pertimbangan yang wajar sebelum melakukan sesuatu perbuatan. Oleh itu, ibu bapa perlu menerapkan asas-asas ketaqwaan dalam diri anak-anak sejak kecil kerana pada peringkat ini mereka mudah untuk dibentuk kerana melentur buluh biarlah daripada rebungnya. Ibu bapa yang bertaqwa akan memastikan anak-anak mereka mendapat didikan agama yang mencukupi. Masalah sosial yang berlaku dalam kalangan remaja adalah berpunca daripada sikap ibu bapa yang mengabaikan tanggungjawab mereka memberikan didikan agama yang mencukupi kepada anak-anak mereka. Mereka sanggup menghabiskan wang semata-mata untuk melihat anak mereka berjaya dalam pelajaran tetapi tidak bersungguh-sungguh melaksanakan tanggungjawab mereka memberikan didikan agama dan nilai moral kepada anak-anak. Apabila asas agama tidak kukuh, maka mereka mudah terperangkap dalam masalahmasalah seperti seks bebas dan pembuangan bayi. Mufti Kelantan, Datuk Hj. Shukri Muhammad mengingatkan ibu bapa supaya mendidik anak-anak dengan asas-asas agama yang kukuh bagi mengelakkan anak-anak remaja terjerumus dalam kemaksiatan. Beliau melahirkan kebimbangannya kerana kes-kes yang melibatkan golongan remaja seolah-olah sudah mencapai tahap yang kronik. Oleh itu, sudah terang lagi bersuluh, didikan agama yang teguh mampu mengelakkan remaja terlibat dalam masalah sosial. Di samping itu, keluarga juga perlu mengawal pergerakan anak-anak mereka bagi menangani masalah sosial dalam kalangan remaja pada masa ini. Tugas mendidik anak-anak pada zaman ini sudah jauh berbeza jika dibandingkan dengan ibu bapa pada zaman dahulu. Dalam hadis ada menyebut supaya mendidik anak-anak mengikut zaman. Pada zaman dahulu, anak-anak tidak keluar rumah kerana tiada tempat untuk berhibur. Hal ini berbeza jika dibandingkan pada masa sekarang. Pada masa ini ibu bapa perlu mengetahui pergerakan anak-anak mereka kerana cabaran dunia globalisasi kini menuntut ibu bapa supaya sentiasa memastikan anak-anak mereka terhindar daripada pengaruh budaya kuning yang boleh merosakkan minda mereka. Ibu bapa perlu merancang pergerakan anak-anak, mengetahui kawan anak-anak mereka, bertanyakan tempat anak-anak ingin pergi dan menetapkan masa pulang supaya mereka sentiasa dalam kawalan keluarga. Hal ini penting kerana masalah sosial yang berlaku dalam kalangan remaja adalah berpunca daripada kurangnya kawalan ibu bapa terhadap anak-anak mereka. Kawalan yang kurang menyebabkan anak-anak menjadi bebas kerana mereka menganggap keluarga mereka tidak mempedulikan mereka. Oleh itu, anak-anak akan melakukan perkara yang tidak baik seperti merokok, melepak, merempit dan tidak pulang ke rumah. Jika keluarga mengawal pergerakan anak-anak, masalah sosial tidak akan berlaku kerana anak-anak berasakan keluarga mereka sentiasa memerhati dan mengikuti setiap pergerakan mereka. Anak-anak akan lebih berhati-hati jika ingin melakukan sesuatu perkara yang tidak baik. Sebagai contoh, anakanak akan pulang ke rumah seperti yang diperintahkan oleh keluarga kerana tidak mahu



ibu bapa mereka risau jika tidak pulang mengikut masa yang ditetapkan. Oleh itu, ibu bapa perlu mengawal anak-anak mereka supaya masalah sosial dalam kalangan anakanak remaja dapat ditangani dengan berkesan. Akhir sekali, ibu bapa perlu memastikan hubungan antara mereka sentiasa harmoni bagi mengelakkan anak-anak remaja terlibat dalam masalah sosial. Hubungan suami isteri yang harmoni amat penting bagi membina keluarga yang bahagia. Anakanak akan berasa seronok apabila berada di rumah apabila hubungan antara ahli keluarga menjadi rapat. Ibu bapa yang berjaya mewujudkan hubungan yang mesra antara ahli keluarga mampu mewujudkan keluarga mawaddah. Perkara yang menjadi masalah sekarang adalah ada ibu bapa yang terang-terangan bergaduh di hadapan anak-anak terutama anak-anak yang sudah remaja. Pergaduhan ini akan menyebabkan anak-anak berasa tertekan. Mereka akan bertindak keluar rumah untuk menenangkan fikiran. Anak-anak ini akan mencari rakan yang boleh memberikan ketenangan kepada dirinya. Jiwa yang renyah ini sangat mudah untuk diperdaya oleh rakan-rakan yang sudah rosak akhlaknya menyebabkan mereka akan terjerumus dalam masalah sosial. Menurut salah seorang remaja yang ditangkap dalam serbuan kerana terlibat dalam pesta seks di Kedah tahun lalu mengaku terpedaya dengan ajakan rakan-rakan kerana kecewa dengan sikap ibu bapanya yang sering bergaduh walaupun melibatkan isu yang remeh-temeh. Kes ini amat relevan dengan saranan Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaludin Abdul Rahman semasa berucap sempena majlis polis bersama komuniti di Kota Bharu baru-baru ini yang mengingatkan para ibu bapa supaya mengambil tahu akan masalah anak-anak dan mengawal pergerakan mereka kerana statistik remaja yang terlibat dalam perlakuan jenayah di Kelantan semakin meningkat. Jadi, jelas menunjukkan bahawa hubungan yang harmoni antara ibu bapa dan ahli keluarga dapat mewujudkan suasana yang kondusif di rumah. Jika hal ini berlaku, saya pasti anak-anak remaja tidak akan terlibat dalam masalah sosial sekali gus institusi keluarga dapat dikukuhkan. Kesimpulannya, keruntuhan institusi keluarga mempunyai kaitan dengan masalah sosial dalam kalangan remaja pada masa ini. Ibu bapa perlu memastikan supaya institusi keluarga yang dibina sentiasa kukuh dengan asas-asas agama yang mantap. Didikan agama yang sempurna dapat membentuk anak-anak yang tinggi nilai budi dan jati diri. Anak-anak yang membesar dalam situasi yang sedemikian mampu mengawal diri mereka daripada terlibat dalam masalah sosial. Jika keadaan ini dapat diwujudkan oleh ibu bapa sebagai pemimpin dalam keluarga, maka keluarga mawaddah dapat dilahirkan. Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat semasa berucap sempena majlis penutup Hari Keluarga Mawaddah di Taman Tengku Anis dua hari lepas mengingatkan ibu bapa supaya mengukuhkan ilmu keibubapaan dalam diri masing-masing bagi memudahkan mereka menguruskan rumahtangga dengan cemerlang. Jadi ibu bapa hendaklah berusaha memastikan institusi keluarga sentiasa kukuh agar masyarakat madani mengikut acuan negara kita dapat dilahirkan suatu hari nanti.



(Karangan ini adalah tulisan penulis secara total berdasarkan soalan Peperiksaan Percubaan SPM 2012 negeri Kelantan)