Contoh Kertas Kerja Bola Sepak MSSD [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN LOKMAN HAKIM KOTA TINGGI JOHOR



KERTAS KERJA KEJOHANAN BOLA SEPAK L15 MSSD DAERAH KOTA TINGGI TAHUN 2014



PENGENALAN Pertandingan ini adalah satu aktiviti kokorikulum yang telah dirancang dalam takwim Unit Sukan Pejabat Pelajaran Daerah Kota Tinggi. Bagi tahun 2014, ia dikelolakan oleh SMK Bandar Ester. Pertandingan ini disertai oleh pelajar-pelajar sekolah menengah daerah mengikut kategori umur lelaki 15 tahun. Setiap pasukan menyenaraikan lapan belas orang pemain termasuk tujuh orang pemain simpanan. Aktiviti ini diadakan selaras dengan dasar 1Murid 1Sukan disamping memenuhi kehendak Falsafah Pendidikan negara yang ingin mewujudkan modal insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi melalui penyertaan dalam kokorikulum.



MATLAMAT Ia bertujuan untuk meningkatkan keyakinan diri serta menguji ketahanan fizikal dan mental setiap peserta. Aktiviti diadakan dalam program ini agar sifat kerjasama dalam setiap peserta dapat ditonjolkan dan dapat diaplikasi dalam menempuh cabaran yang mendatang. Program ini juga dapat memberikan setiap individu merancang strategi bagi memperoleh hadiah kemenangan dan sijil kecemerlangan dari pihak PPD. Selain itu, diharapkan juga melalui aktiviti seperti ini pelajar-pelajar yang berbakat dalam bidang sukan khasnya sukan bola sepak dapat menunjukkan bakatnya dalam kejohanan tersebut dan seterusnya dipilih untuk mewakili daerah Kota Tinggi untuk ke peringkat Negeri Johor dan seterusnya ke pertandingan-pertandingan yang lebih tinggi tahapnya.



OBJEKTIF i. Para pelajar dapat merasai pengalaman dan keseronokan menyertai pasukan bola sepak sekolah. ii. Membentuk pemain yang mampu bekerjasama dalam satu pasukan. iii. Melatih para pemain untuk memupuk sikap bertanggungjawab dan bertolak ansur dalam sebuah pasukan. iv. Membawa pasukan sekolah hingga ke peringkat separuh akhir.



AHLI JAWATANKUASA Penasihat



: En. Md. Dan Bin Hussein Tuan PPD Kota Tinggi



Pengelola



: En. Abd. Majid Shahari Pengerusi MSSD Kota Tinggi



Pengerusi



: Pn. Hjh. Rusidah Binti Saian Pengetua SMK Lokman Hakim



Timb. Pengerusi : Pn. Norizan Binti Mohamad GPK Kokurikulum SMK Lokman Hakim



Naib Pengerusi 1 : Pn. Hjh. Noor Zaini Binti Hj. Danian GPK Pentadbiran SMK Lokman Hakim Naib Pengerusi 2 : Pn. Hjh. Asmima Binti Sairy GPK HEM SMK Lokman Hakim Pengurus Pasukan : En. Mohd Faiz Bin Musa Ketua Jurulatih



: Tn. Hj. Halim Bin Md Yatim



Jurulatih 2



: Ustaz Radizal Bin Mohamed Debuan



Chaperon/Fisioterapi : En. S. Arman Bin Salikin



TARIKH PERLAWANAN 18, 19 dan 20 Mac 2014



TEMPAT PERLAWANAN SMK Bandar Ester Untuk jadual perlawanan, sila rujuk lampiran.



ANGGARAN PERBELANJAAN BIL. PERKARA/ITEM 1 Kos Makan/Minum Pemain 2 Pengangkutan 3 Kecemasan 4 Pendaftaran (CEK) JUMLAH



PENGIRAAN RM7.00 X 18 orang X 3 hari RM10 X 4 kereta X 3 hari RM62 RM100



SUMBER KEWANGAN BIL. SUMBER 2 Bantuan Sukan Sekolah (BSS) JUMLAH



JUMLAH (RM) 378.00 120.00 62.00 100.00 660.00



JUMLAH (RM) 660.00 660.00



PENUTUP Program yang terancang seperti ini dapat menerapkan nilai-nilai murni kepada semua penggerak bola sepak. Semangat sayangkan sekolah, zon, negeri dan negara serta rasa tanggungjawab dapat disemai dalam kalangan mereka yang terlibat. Selain itu, semangat setia kawan dan toleransi akan dapat dipupuk. Dengan adanya kerjasama dan komitmen yang tinggi di kalangan penggerak bola sepak, program seumpamanya juga dapat dilaksanakan dengan cukup berkesan. Diharapkan cadangan ini dapat berjalan dengan lancar demi merealisasikan matlamat kita iaitu untuk melahirkan pemain-pemain yang berkualiti tinggi untuk mewakili sekolah, daerah, negeri dan negara amnya. Disediakan Oleh,



(RADIZAL BIN MOHAMED DEBUAN) Jurulatih Pasukan Bola Sepak Sekolah SMK Lokman Hakim Tahun 2014



Disemak oleh,



(NORIZAN BINTI MOHAMAD) GPK Kokurikulum SMK Lokman Hakim



Disahkan oleh,



(HAJAH RUSIDAH BINTI SAIAN) Pengetua SMK Lokman Hakim



LAMPIRAN



Senarai Nama Pemain



BIL. 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18



NAMA Mohd Yazid Mathras Mohamad Roszeti Razali Muhamad Haizi Hassan Muhamad Syazwan Hadi Yusri Muhamad Nike Iqmal Haqim Abd Razib Mohamad Asri Ismail Muhammad Faiz Mohd Yusof Muhammad Kamarul Bahrin Arsad Muhammad Rafiq Riduan Muhamad Akmal Hakim Md Zamri Muhamad Faizul Iqram Lazim Suhaimi Waiso Ahmad Aqil Danial Nordin Muhamad Nazrul Aizat Mazlan Mohamad Syafiq Haikal Mohd Hafiz Mohamad Zul Fadhli Jamaluddin Ismail Mohd Noor Muhammad Haiqal Mohd Tazzri



KELAS 3 CENDEKIA 3 ARIF 3 ARIF 3 ARIF 3 BIJAK 3 CENDEKIA 2 BIJAK PDK 2 CENDEKIA 3 ARIF 3 CENDEKIA 3 CENDEKIA 2 DEDIKASI 2 CENDEKIA 3 BIJAK 2 BIJAK 3 CENDEKIA 2 BIJAK