Ebook PENAWAR RACUN [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

KOLEKSI SENI WIRAWAN



PENAWAR RACUN OLEH : SUHADI SAHARI



TIADA DI PASARAN !



“ BUKU INI MERUPAKAN SALAH SATU DARIPADA KOLEKSI KITABKITAB-KITAB SENI WIRAWAN YANG LUAR BIASA DARIPADA KAMI ”. © Suhadi Sahari 2007



PENAWAR RACUN OLEH : SUHADI SAHARI



© Suhadi Sahari 2007



HAKCIPTA TERPELIHARA Semua hak adalah terpelihara. Tiada mana-mana bahagian daripada buku ini yang boleh diterbitkan semula atau disimpan dalam bentuk yang boleh diperolehi semula atau disiarkan dalam sebarang bentuk dengan apa cara sekalipun tanpa mendapat keizinan bertulis daripada pemiliknya.



© Suhadi Sahari.



Edisi pertama 2007



PERINGATAN Maklumat yang terkandung di dalam buku ini disediakan seperti seadanya tanpa sebarang waranti sama ada dinyatakan atau sebaliknya, termasuk tanpa sebarang pembatasan waranti mengenai ketepatan, kelengkapan atau keputusan yang diperolehi daripada penggunaan maklumat ini. Kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tuntutan kekurangan atau ketidaktepatan mengenai maklumat tersebut dan kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kecederaan sama ada secara langsung, tidak langsung atau secara kebetulan akibat daripada penggunaan maklumat yang terkandung di dalam buku ini.



© Suhadi Sahari 2007



KANDUNGAN



MUKA SURAT



KATA PENDAHULUAN



5



A) AMALAN MELALUI AL-QURAN DAN DOA TERKENA SANTAU TERKENA SIHIR PENAWAR RACUN PENGHILANG RACUN GIGITAN ULAR ULAR BERBISA RAJA PENAWAR TERKENA RACUN MEMATIKAN RACUN TAWAR RACUN SENGATAN DISENGAT DIGIGIT HAIWAN LIAR KERACUNAN MAKANAN PENJAGA MAKAN-MINUM PEMELIHARA MAKANAN MENGHALAU HAIWAN BERBISA SIRIH SEMBUR AIR PENAWAR PENOLAK ULAR DAN KALA PENOLAK ULAR DAN HAIWAN BERBISA PENGUNCI SENGATAN HAIWAN BERBISA PENUNDUK BUAYA DAN ULAR PEMBUNGKAM ULAR PEMBENTENG SIHIR PEMBENTENG DIRI LINGKARAN PELINDUNG PERISAI PERISI BADAN PERISAI BENCANA PENOLAK BENCANA PENGELAK BAHAYA MENOLAK PETAKA PENOLAK SEGALA ANCAMAN PERTOLONGAN ALLAH KUBU DIRI DAN KELUARGA PENANGKIS KEJAHATAN HINDAR BENCANA SEMASA TIDUR PEKA SEWAKTU TIDUR PERTAHANAN RUMAH PELINDUNG KEJAHATAN KELUAR RUMAH KELUAR RUMAH 2 SELAMAT PERGI-BALIK BEKALAN JIWA TAKUTKAN SESUATU RAHSIA BISMILLAH BISMILLAH HAJAT AYATUL KURSI



6 6 6 6 6 7 8 9 9 9 10 10 10 10 11 11 12 12 12 13 13 13 14 14 14 14 15 15 15 16 16 17 17 17 17 18 18 18 19 19 20 21 21 21 22 22 22 23 23 23



1



© Suhadi Sahari 2007



RAHSIA BACAAN KURSI PUSAKA NABI SULAIMAN RAHSIA BISMILLAH 6 BISMILLAH 9 AYAT 1000 DINAR KAF 40 AYATUL HISNI PAGAR LIILA SURAH AL-KAUTSAR AYAT 1 AYAT 5 AYAT 7 ISIM ‘AZAM ISIM ‘AZAM 2 SALAWAT SYIFA SYAIR MUHAMMAD KUN FAYAKUN SALAMUN QAULAN ZIKRULLAH DOA NABI SULAIMAN DOA EMBUN NABI IBRAHIM DOA NABI YUNUS DOA SAIYIDATINA FATIMAH DOA SAIYIDATINA AISYAH DOA SHEIKH ABDUL KADIR JAELANI DOA ABI DARDA DOA PERLINDUNGAN DOA ELAK BAHAYA DOA PEMELIHARAAN DOA SELAMAT DOA SELAMAT 2 DOA MENJAGA KESELAMATAN DOA TOLAK BALA ASMA PENGAMAN ASMA PELINDUNG ASMA PENYEMBUH ASMA PENYELAMAT ASMA PENGAMAN 2 DIANIAYA ZIKIR KEMENANGAN BENTENG ANCAMAN RAJA PENAWAR 2 RAJA PENAWAR 3 PENAWAR RACUN PENAWAR BISA PENYEMBUH GIGITAN KALA TAKUTKAN HAIWAN BERBISA PENDINDING ILMU HITAM FATIHAH PENYEMBUH PENAWAR AL-FATIHAH PENAWAR AL-FATIHAH 2 FATIHAH 100 FATIHAH 40 PENAWAR YASIN AYATUL KURSI



23 24 24 25 26 27 27 27 27 28 28 29 30 30 31 31 32 32 32 32 33 33 33 33 34 34 35 35 35 36 37 37 37 38 38 38 38 38 38 39 39 39 39 39 40 40 40 40 40 40 40 40 40 40 41 41



2



© Suhadi Sahari 2007



PENDINDING AYATUL KURSI PAGAR KAUTSAR KOTA FIIL SENJATA KECEMASAN PENJAGA HELAH MUSUH PELINDUNG DIRI KESELAMATAN PENDINDING TIDUR PENDINDING TIDUR 2 PENJAGA TIDUR PERISAI TIDUR



41 41 41 41 41 41 42 42 42 42 42



B) AMALAN MELALUI JAMPI MENTERA DOA SUMPAH TERBALIT ISIM SI PUTAR BALIT DOA BALIT BALA RATENA TERBALIK DOA TURUN BISA DOA TAWAR BISA DOA ASAL MULA DOA ALIF PUSAKA NABI SULAIMAN BISMILLAH PAYUNG BISMILLAH PAYUNG 2 DOA JADI DI MATA KALIMAH SERBAGUNA PEMBALIT PUKULAN BATIN ILMU BELIAN



43 43 43 43 44 44 45 45 45 46 46 46 47 47 47 48



C) AMALAN MELALUI TANGKAL AZIMAT TERKENA GUNA-GUNA PENOLAK HAIWAN BERBISA PENGUBAT TANGKAL BISMILLAH WAKAF FATIHAH PAGAR TAHMID AYAT 5 SYAIR MUHAMMAD SELAMAT DARI BAHAYA PENJAGAAN DIRI



49 49 49 49 50 50 50 50 51 52 52



D) AMALAN MELALUI GIMBAR GHAIB



54



ROHANI YASIN KHADAM AYATUL KURSI KHADAM QULHUALLAH DOA MALAIKAT 4 DAN WALI-WALI SERU WALI-WALI AMALAN 1 MINGGU KHADAM PEMELIHARA TIDUR MALAIKAT PENJAGA TIDUR KHADAM PENJAGA BADAN KHADAM PENGGERAK



54 54 55 56 57 58 60 60 61 61



3



© Suhadi Sahari 2007



MELIHAT PERKARA GHAIB



61



PENUTUP



63



4



© Suhadi Sahari 2007



KATA PENDAHULUAN Bismillahirrahmanirrahim. Assalamu’alaikum warahmatullahi Ta’ala wabarakatuh serta salam sejahtera kami ucapkan kepada para pembaca sekalian. Buku ini merupakan salah satu daripada kitab-kitab “Koleksi Seni Wirawan” (rujuk lampiran) yang luar biasa daripada kami. Koleksi tersebut meliputi pelbagai tajuk yang sukar ditemui dan jarang didengar. Buku ini diberi nama “Penawar Racun” dan ia tidak akan anda temui di mana-mana kedai buku sekalipun. Ia diberi nama sedemikian bersesuaian dengan jumlah isi kandungan di dalamnya yang mempunyai 4 tajuk utama, 153 tajuk lanjutan dan pelbagai amalan penawar racun (sama ada yang ghaib atau yang nyata) sebagai pelengkap. Buku ini telah diilhamkan berdasarkan catatan dan koleksi peribadi penulis sendiri yang mula dihimpun sejak tahun 1989 lagi. Kini, ia telah dibukukan buat pertama kalinya untuk tatapan umum. Tujuan buku ini dihasilkan adalah untuk menambah serta mempelbagaikan ilmu pengetahuan masyarakat kita selain menjadikannya sesuatu yang berguna untuk kehidupan dunia dan akhirat. Dengan kata lain, kerana Allah Ta’ala. Sebelum para pembaca meneliti serta melakukan amalan-amalan yang terkandung di dalam buku ini, terlebih dahulu kami memohon ribuan maaf sekiranya terdapat sebarang kekurangan atau sesuatu yang boleh menyinggung perasaan mana-mana pihak. Sesungguhnya, kami juga manusia biasa. Apa yang baik jadikanlah panduan dan apa yang kurang baik jadikanlah sempadan. Sekian. Terima kasih. Wabillahi taufik walhidayah, wassalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.



Yang benar,



……………………………



Suhadi Sahari (Penulis)



5



© Suhadi Sahari 2007



A) AMALAN MELALUI AL-QURAN DAN DOA TERKENA SANTAU



Sekiranya anda terkena santau, polong, guna-guna, sihir atau lain-lain penyakit, bacakan ayat di atas 3 kali. Sambil menelan air liur sendiri, makrifatkan (bayangkan) agar anda melenyapkan penyakit tersebut dari tubuh anda. Insya-Allah, anda akan sembuh. TERKENA SIHIR



Jika ada seseorang atau anda sendiri terkena sihir, santau atau apa jua ilmu hitam, bacalah ayat di atas sebanyai 21 kali selepas sembahyang Maghrib. Insya-Allah, akan disembuhkan Allah. PENAWAR RACUN



Bacakan ayat di atas sekiranya anda terkena atau terminum racun (nyata atau ghaib), dipatuk ular, disengat lipan atau sebelum makan atau minu (pencegahan). Insya-Allah, akan hilang bisanya dan tawar racunnya. Amalan ini telah diriwayatkan oleh Khalid Bin Al-Walid. PENGHILANG RACUN



6



© Suhadi Sahari 2007



Tuliskan ayat di atas pada hari Khamis di dalam mangkuk dan leburkan dengan air bersih. Berilah minum pada orang yang terkena racun, terkena patukan ular atau sengatan kala. Insya-Allah, akan hilang racunnya itu dengan izin Allah. GIGITAN ULAR



7



© Suhadi Sahari 2007



Sekiranya anda (atau sesiapa sahaja) terkena gigitan ular (atau apa jua binatang berbisa), segeralah cari sesuatu yang busuk dan letakkan pada gigitan tersebut. Bacakan ayat di atas dengan khusyuk. Insya-Allah, bisanya akan segera keluar. ULAR BERBISA



8



© Suhadi Sahari 2007



Jika anda seseorang atau anda sendiri dipatuk oleh ular berbisa (apa jua spesisnya), hendaklah anda membacakan ayat di atas pada air dan berikan dia agar meminumnya (sebanyak yang boleh). Insya-Allah, dengan izin Allah akan hilang bisanya. RAJA PENAWAR Untuk mengubati apa sahaja penyakit seperti terkena gigitan haiwan berbisa, terkena sihir, penyakit biasa dan seumpamanya, sediakan sebuah tempat (mangkuk, bekas atau seumpamanya) yang bewarna putih dan tuliskan di dalamnya (menggunakan air mawar dan kamkuma sebagai tintanya) Surah Al-Fatihah, Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq, Surah An-Naas dan Ayatul Kursi. Kemudian, leburkan dengan air zam-zam atau air hujan. Minumlah air tersebut sambil berniat seperti berikut:



Maknanya: “Aku berniat sembuhkanlah penyakitku ini dengan berkat ayat Allah yang Maha Besar dan asmaNya yang Maha Tinggi.”. Dengan pertolongan Allah, anda akan pulih dan sihat wal-afiat. TERKENA RACUN



Jika anda (atau seseorang) terkena racun, tuliskanlah ayat di atas dengan kamkuma di telapak tangan anda (atau orang tersebut). Kemudian, jilatlah tulisan tersebut sehingga lenyap. Insya-Allah, racun tersebut tidak akan membaca mudarat dengan izin Allah. MEMATIKAN RACUN



9



© Suhadi Sahari 2007



Jika anda (atau seseorang) terkena racun, tuliskanlah ayat di atas pada pinggan putih (di pagi hari) dan lunturkanlah dengan air mawar. Minumlah air tersebut pagi dan petang untuk beberapa hari. Insya-Allah, anda akan sembuh. TAWAR RACUN



Sekiranya anda terkena atau termakan racun, terkena sengatan haiwan berbisa, diracun secara ghaib atau seumpaman, bacakanlah ayat di atas. Insya-Allah, segala jenis racun tersebut tidak akan memberi kesan dengan izin Allah. SENGATAN



Sekiranya terdapat seseorang (atau anda sendiri) disengat oleh lipan atau kala, bacalah “Bismillahirrahmanirrahim” sebanyak 7 kali pada air bersih yang telah diletak seketul garam. Adunkan dan beri minum sampai habis. Insya-Allah, akan tawar bisanya. DISENGAT



Jika anda atau seseorang disengat oleh lipan, kala, tebuan, penyengat, ikan sembilang, obor-obor atau seumpamanya, tuliskanlah ayat di atas pada pinggan putih dan lunturkan tulisannya dengan air. Air tersebut berilah minum dan dibasuh pada tempat sengatan itu. Insya-Allah, akan hilang bisa sengatan itu. DIGIGIT HAIWAN LIAR



10



© Suhadi Sahari 2007



Apabila anda atau seseorang digigit oleh haiwan liar seperti khinzir hutan, harimau, buaya, anjing dan seumpamanya, bacakan ayat di atas 10 kali pada tempat gigitan itu. Insya-Allah, akan selamat anda daripada jangkitan atau komplikasi gigitan tersebut. KERACUNAN MAKANAN



Untuk mencegah keracunan makanan, bacakan Surah Al-‘Ashri, Al-Humazah dan Li iila fi Quraisyin seperti di atas sebelum memakannya. Insya-Allah, anda tidak akan terkena keracunan. PENJAGA MAKAN-MINUM



Sebelum anda masuk ke rumah seseorang atau sebelum anda makan atau minum di rumah seseorang, bacalah ayat “Li-ila fi quraisyin…” (sehingga akhirnya) 1 kali dan ayat di bawah 1 kali:



11



© Suhadi Sahari 2007



Insya-Allah, sekiranya terdapat racun santau, pukau atau sihir atau apa-apa racun biasa (yang nyata), ia tidak akan memberi mudarat. PEMELIHARA MAKANAN



Sebelum anda makan atau minum, bacalah ayat di atas. Insya-Allah, segala perbuatan khianat seperti santau, pukau atau racun yang nyata (dadah, ubat tidur dan sebagainya) tidak akan memberi kesan dengan izin Allah. MENGHALAU HAIWAN BERBISA



Sekiranya rumah anda selalu didatangi oleh haiwan berbisa seperti ular, kala, lipan dan seumpamanya. Tuliskanlah ayat di atas pada sebuah bekas dan larutkan ia dengan air hujan. Kemudian, percik-percikkan ia di sudut-sudut rumah anda. Insya-Allah, segala haiwan tersebut tidak akan datang lagi. Amalkan juga membaca ayat di atas selepas sembahyang Subuh dan Maghrib. Insya-Allah, anda akan dipelihara oleh Allah daripada segala ancaman, kezaliman, haiwan buas dan berbisa, sihir, ilmu hitam, khianat dan seumpamanya. SIRIH SEMBUR



12



© Suhadi Sahari 2007



Jika ada seseorang yang terkena penyakit yang tidak diketahui puncanya atau dikhuatiri terkena sihir atau racun ghaib, ambillah 2 sediaan sirih kapur dengan ramuannya (pinang, gambir, 3 hiris jerangau, 3 hiris halia, 3 butir lada putih, 7 butir lada hitam dan 7 butir jintan manis). Bacakan ayat di atas pada keduaduanya. 1 berikan orang tersebut memakannya dan 1 lagi dikunyah lumat dan disemburkan kepadanya pada waktu Maghrib. Kemudian, ayat di atas juga dituliskan pada kertas putih dan jadikan ia sebagai azimat untuk dipakainya. Insya-Allah, akan disembuhkan Allah. AIR PENAWAR



Sekiranya anda atau sesiapa sahaja mengalami apa jua penyakit zahir dan batin (termasuk terkena racun atau bisa), tuliskanlah ayat di atas pada mangkuk putih dan leburkan dengan air. Minumlah air tersebut. Insya-Allah, akan disembuhkan Allah. PENOLAK ULAR DAN KALA



Sebagai penolak gangguan ular, kala, lipan dan apa jua haiwan berbisa, sebelum keluar rumah atau sebelum masuk ke kebun bacalah doa di atas. Insya-Allah, anda akan selamat. PENOLAK ULAR DAN HAIWAN BERBISA



13



© Suhadi Sahari 2007



Amalkan membaca doa di atas bila-bila masa terutamanya sewaktu keluar rumah. Insya-Allah, segala haiwan berbisa seperti ular, kala, lipan dan seumpamanya tidak akan memberi ancaman dengan izin Allah. PENGUNCI SENGATAN HAIWAN BERBISA



Bacakan ayat di atas 1 kali sebelum turun dari rumah atau sebelum pergi ke kebun atau semak. InsyaAllah, akan terkuncilah sekalian sengatan atau bisa patukan ular, kala, lipan dan lain-lain haiwan berbisa. PENUNDUK BUAYA DAN ULAR



Jika anda bertemu dengan buaya atau ular, kalau anda cukup berani atau kalau anda tiada jalan lain kecuali berdepan dengannya, bacalah ayat di atas 1 kali dan ludahkan ke kepala atau ekornya. Insya-Allah, buaya atau ular tersebut tidak akan bergerak dari tempatnya. Terpukau atau tergamam berkat ayat tersebut sehinggakan boleh disentuh. Insya-Allah. PEMBUNGKAM ULAR



Sekiranya anda bertemu dengan ular yang berbisa atau lain-lain haiwan merbahaya, bacalah ayat di atas sebanyak 3 kali dalam 1 nafas dan hembuskan kepadanya. Insya-Allah, anda akan selamat dari gangguan haiwan tersebut. PEMBENTENG SIHIR



14



© Suhadi Sahari 2007



Untuk membentengkan diri daripada segala sihir atau ilmu hitam seperti santau, polong, tuju racun dan seumpamanya, amalkanlah membaca ayat di atas sebanyak 21 kali selepas sembahyang Maghrib. InsyaAllah, anda akan selamat dan kebal daripada sebarang gangguan ilmu hitam. PEMBENTENG DIRI



Ketika anda rasa terancam oleh sesuatu (ghaib atau nyata), bacalah Ayatul Kursi 7 kali sambil memakrifatkan adanya benteng-benteng di sekeliling anda (1 bacaan benteng di bawah, 1 bacaan benteng di kanan, 1 bacaan benteng di kiri, 1 bacaan benteng di atas, 1 bacaan benteng di hadapan, 1 bacaan benteng di belakang, 1 bacaan benteng di segenap 6 penjuru tersebut). Insya-Allah, tiada satu musibah pun yang mampu membinasakan anda kerana adanya benteng tersebut. Amalkanlah. LINGKARAN PELINDUNG Ucaplah:



Kemudian, gariskan sebuah lingkaran mengelilingi anda dan bacalah ayat di bawah:



Insya-Allah, anda akan selamat daripada segala mara bahaya. PERISAI



15



© Suhadi Sahari 2007



Amalkan membaca ayat di atas setiap pagi dan petang. Insya-Allah, diri anda, keluarga, harta-benda, rumah dan kepentingan-kepentingan anda yang lain akan terpelihara oleh perisai yang kukuh dan tidak akan boleh ditembusi dengan izin Allah. PERISI BADAN



Sekiranya anda pergi ke sesuatu tempat yang diragui, bacalah “Li-ila fi quraisyin…” (sehingga akhirnya) dan “Innallaha qawiyun aziz”. Insya-Allah, anda akan dipelihara oleh Allah daripada segala mara bahaya dan perbuatan khianat. PERISAI BENCANA



16



© Suhadi Sahari 2007



Sebelum atau selepas sembahyang Subuh, bacalah zikir Autad Sheikh Abdul Kadir Jaelani di atas. Insya-Allah, anda akan terpelihara daripada segala gangguan makhluk atau haiwan yang berbisa. PENOLAK BENCANA



Bacalah ayat di atas 10 kali pagi, 10 kali petang dan 10 kali sebelum tidur sambil meminta agar ditolakkan segala bala bencana dan tipu daya syaitan. Insya-Allah, anda akan terjauh daripada sebarang mala petaka. PENGELAK BAHAYA



Amalkan membaca doa di atas. Insya-Allah, akan tertolaklah segala bahaya terhadap diri anda. MENOLAK PETAKA Bacalah Surah Yasin 7 kali dan apabila sampai pada ayat ke-57 iaitu:



Ulangilah membacanya sebanyak 16 kali, kemudian bacalah doa seperti di bawah sebanyak 16 kali juga:



Jika sukar membacanya dalam bahasa Arab, bacalah dalam bahasa Melayu seperti berikut: “Ya Allah, ya Tuhanku. Selamatkanlah aku daripada bala bencana dunia, fitnah, kesusahan dan kemelaratan.”. Insya-Allah, anda akan selamat daripada segala jenis bala bencana termasuk sihir, buatan orang khianat, keracunan, serangan haiwan berbisa dan seumpamannya. PENOLAK SEGALA ANCAMAN



17



© Suhadi Sahari 2007



Amalkan membaca doa di atas sebagai pelindung daripada segala ancaman musuh, haiwan buas, haiwan berbisa, serta jin dan syaitan. PERTOLONGAN ALLAH



Bacalah ayat di atas selalu terutamanya selepas sembahyang dan ketika ditimpa apa jua kesusahan atau kepayahan. Insya-Allah, anda akan diberikan jalan penyelesaian. KUBU DIRI DAN KELUARGA



Amalkan membaca ayat di atas sebanyak 3 kali. Insya-Allah, ia akan menjadi kubu yang kukuh untuk diri anda dan keluarga. PENANGKIS KEJAHATAN



18



© Suhadi Sahari 2007



Untuk menangkis segala kejahatan dan melindungi diri daripada mara bahaya, mengadaplah ke kiblat sambil membaca Ayatul Muqawamah di atas 3 kali. Kemudian, beralihlah ke kanan sambil membaca 3 kali lagi. Beralihlah ke kiri sambil membaca 3 kali lagi, dan ke belakang sambil membaca 3 kali lagi. Kemudian, tiupkan dari atas ke bawah dan ke sekeliling sambil membaca ayat di bawah:



HINDAR BENCANA SEMASA TIDUR



Bacalah ayat di atas sebelum tidur. Insya-Allah, anda dan keluarga akan terhindar dari segala jenis bencana termasuk gangguan dan sengatan haiwan berbisa, yang nyata atau yang ghaib. PEKA SEWAKTU TIDUR



19



© Suhadi Sahari 2007



Wiridkan ayat-ayat di atas sebelum tidur. Insya-Allah, anda akan menjadi peka walaupun anda tidur. Walaupun dalam tidur yang lena, anda akan sedar sekiranya terdapat gangguan yang nyata atau yang ghaib (termasuklah gangguan sihir atau santau) bakal mengenai diri anda. Insya-Allah. PERTAHANAN RUMAH Untuk mempertahankan rumah daripada segala kejahatan sihir, haiwan buas dan berbisa mahu pun pencurian, lakukanlah amalan ini. Selepas bersembahyang Maghrib atau sewaktu hendak tidur, bacalah: 1. 2. 3. 4. 5. 6.



Surah Al-Fatihah 1 kali, Al-Ikhlas 11 kali, Al-Falaq 1 kali dan An-Naas 1 kali. Lalu, dihadiahkan kepada Abu Bakar As-Siddiq. Lakukan seperti 1. dan hadiahkan kepada Umar Al-Khattab. Lakukan seperti 1. dan hadiahkan kepada Uthman Bin Affan. Lakukan seperti 1. dan hadiahkan kepada Ali Bin Abi Talib. Bacalah tahlil “La ilaha illallah” 111 kali. Kemudian, bacalah pula ayat ini sebanyak 44 kali:



20



© Suhadi Sahari 2007



Maknanya: “Salam sebagai ucapan selamat daripada Tuhan yang Maha Penyayang”. Insya-Allah, rumah anda akan terjaga daripada segala bencana, kejahatan haiwan, manusia dan gangguan jin. PELINDUNG KEJAHATAN Sebagai pelindungan diri daripada kejahatan seseorang, baik kejahatan berupa sihir, racun atau fizikal, lakukanlah kaedah ini: Bacalah Surah Yasin 1 kali dan sambungkan dengan bacaan berikut:



Maknanya: “Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Dengan nama Allah yang tiada Tuhan melainkan Dia yang Maha Hidup dan berdiri sendiriNya. Dengan nama Allah yang tiada Tuhan melainkan Dia yang mempunyai kemuliaan dan kebesaran. Dengan nama Allah yang tiada membinasakan dengan namaNya sesuatu di bumi dan di langit. Dialah yang Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui. Ya Allah, ya Tuhanku. Aku berlindung daripada kejahatan …(sebutkan namanya)…”. Insya-Allah, anda akan selamat dan dilindungi Allah. KELUAR RUMAH



Maknanya: “Padahal Allah mengepung mereka dari belakang mereka (mereka tidak dapat terlepas daripada kekuasaan Allah), bahkan yang didustakan oleh mereka itu adalah Al-Quran yang mulia, yang tersimpan di dalam Lauhul Mahfuzh.”. Bacalah ayat di atas (dari Surah Al-Buruj, ayat 20-22) sebanyak 3 kali sewaktu hendak keluar rumah. Insya-Allah, Tuhan akan memelihara anda dan rumah tersebut (termasuk penghuni dan harta-benda di dalamnya) daripada segala mara bahaya. KELUAR RUMAH 2



21



© Suhadi Sahari 2007



Untuk keselamatan semasa keluar rumah sehinggalah anda kembali semula, bacakan ayat di atas 3 kali dalam 1 nafas. Insya-Allah, anda akan selamat. Semasa berjalan, pastikan tiada apa yang menghalang atau melintas di hadapan anda. Jika ada, tangguhkan sebentar perjalanan anda dan ulangi membacanya semula. SELAMAT PERGI-BALIK



Semasa anda ingin keluar rumah, bacalah ayat di atas. Kemudian, isyaratkan ke bendul pintu sambil membaca seperti di bawah:



Teruslah berjalan tanpa menoleh ke kiri atau ke kanan. Bacakan lagi ucapan tadi (“La ila-ha illallah”) sebanyak 11 kali. Insya-Allah, anda di dalam pemeliharaan Allah. Apabila anda balik ke rumah semula, bacakan pula ucapan di bawah sambil mengisyaratkan ke bendul pintu.



BEKALAN JIWA



Sebelum memulakan perjalanan, bacalah Ayatul Kursi 3 kali dan sambungkan dengan bacaan di atas. Semasa masuk ke sesebuah kampung atau pekan, bacalah pula ucapan di bawah:



Insya-Allah, anda akan dipelihara oleh Allah, selamat daripada sebarang bahaya, disenangi dan mudah berurusan. TAKUTKAN SESUATU



22



© Suhadi Sahari 2007



Jika anda takutkan sesuatu (seperti patukan ular, disengat lipan sewaktu tidur, serangan, halilintar, terjatuh dari tempat yang tinggi, bencana, difitnah, kecurian, dipukul dan lain-lain), amalkanlah membaca selalu ayat di atas. Insya-Allah, akan dihilangkan Allah ketakutan itu dan diselamatkan oleh Allah daripada apa yang ditakutkan itu. RAHSIA BISMILLAH



Sesiapa yang yakin dengan tulus ikhlas pada bacaan di atas (“Bismillahirrahmanirrahim”), insya-Allah akan mampu berjalan di atas air, menjadi penawar jika termakan racun, senjata tajam tidak memberi bekas, penawar baginya segala bisa, syaitan tidak mampu bersubahat dalam pekerjaannya, diberkati segala usahanya, sentosa dalam sebarang perkara dan mustajab segala hajatnya.



BISMILLAH HAJAT



Amalkanlah membaca “Bismillahirrahmanirrahim” sebanyak 1000 kali setiap hari dan setiap kali memulakan sesuatu bacakan juga “Bismillahirrahmanirrahim”. Insya-Allah, segala niat hati anda akan ditunaikan oleh Allah. Contoh: Sekiranya anda ingin minum atau makan di rumah orang yang diragui, bacalah “Bismillahirrahmanirrahim”, insya-Allah anda dalam pelindungan Allah dan tidak akan mendatangkan kesan apa jua sesuatu yang boleh memudaratkan dengan izin Allah. AYATUL KURSI



Bacalah Ayatul Kursi (seperti di atas) di dalam sebuah rumah. Insya-Allah, syaitan akan menyingkirkan diri dan segala perbuatan sihir (umpamanya santau beracun) tidak akan memasuki rumah tersebut. RAHSIA BACAAN KURSI



23



© Suhadi Sahari 2007



Barang siapa membaca Ayatul Kursi 1 kali (sebelum memulakan sesuatu atau sebagai amalan), maka akan terhapuslah segala kecelakaan dan mara bahaya. Dibacakan 2 kali, akan tertulis di kalangan orang yang bahagia. Dibacakan 3 kali, akan meminta keampunan baginya para malaikat. Dibacakan 4 kali, para ambia akan memintakan syafaat baginya daripada Allah. Dibacakan 5 kali, akan tertulis di kalangan orangorang yang beroleh kebajikan. Dibacakan 6 kali, sekalian ikan di laut akan meminta keampunan untuknya dan dipelihara dirinya daripada segala kejahatan syaitan. Dibacakan 7 kali, ditutupkan Allah baginya 7 pintu neraka. Dibacakan 8 kali, dibukakan Allah baginya 7 pintu syurga. Dibacakan 9 kali, disampaikan dan dimakbulkan permintaannya dunia dan akhirat dan jika dibacakan 10 kali, Allah akan melimpahi rahmat dan belas kasihan kepadanya, dikasihi Allah dan dijauhkan segala azabNya. PUSAKA NABI SULAIMAN



Amalkan ucapan Nabi Sulaiman a.s di atas sebagai amalan. Insya-Allah, anda akan disampaikan oleh Allah segala apa yang dihajatkan atau diniatkan. Inilah rahsia kekuasaan Nabi Sulaiman a.s sehinggakan jin, haiwan, manusia, angin dan sekaliannya tunduk di bawah pemerintahannya. Jika diamalkan dengan bersungguh-sungguh, dengan izin Allah seseorang mampu berjalan di atas air, selamat daripada kecemasan, racun menjadi penawar, tajam menjadi tumpul, jauh daripada segala gangguan jin syaitan, aman sentosa kehidupan, makbul segala hajat dan lain-lain dengan izin Allah. RAHSIA BISMILLAH 6



24



© Suhadi Sahari 2007



Malaikat Jibrail telah menjelaskan khasiat-khasiat Bismillah 6 ini kepada Nabi Muhammad s.a.w seperti berikut: Barang siapa membaca dengan hati yang ikhlas dan yakin sepenuhnya kepada Allah, insya-Allah segalanya akan dimakbulkan. Di antaranya: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. 18. 19. 20. 21. 22. 23.



Makbul segala hajat dan cita-citanya. Luas rezekinya. Jika dihembuskan pada wanita, akan wujud kasihnya. Menang dalam peperangan. Penerang hati. Dijauhkan daripada penyakit. Dibacakan 70 kali setiap hari, amanlah kita daripada segala ancaman raja-raja atau pembesar zalim yang hendak membunuh kita. Dibacakan pada tempat yang suci boleh melihat malaikat, jin dan syaitan. Dibacakan pada malam Jumaat 20 kali boleh melihat orang yang di dalam kubur. Aman daripada haiwan buas. Air laut menjadi tawar. Terlepas daripada pembunuhan jika dibacakan pada tubuh badan. Jika ditulus dan dijadikan azimat atau dibaca pada sawah, akan amanlah ia daripada sebarang gangguan haiwan dan manusia. Selamat daripada bahaya ancaman musuh. Selamat daripada karam di laut. Bacakan pada minyak di malam Jumaat 3 kali boleh memudahkan wanita bersalin (untuk diminum). Bacakan pada apa-apa benda, kemudian direndam ke dalam air selama 3 atau 7 hari, insya-Allah akan mendapatkannya. Jika dibaca pada telinga kanan orang yang pekak 7 hari berturut-turut. Insya-Allah, boleh mendengar semula. Dibacakan 3 kali pada orang gila akan hilang gilanya. Dibacakan 3 kali pada orang yang dirasuk iblis, akan lari iblisnya. Boleh menawarkan segala jenis bisa. Terlepas dari penjara jika dibacakan bersungguh-sungguh. Dan sebagainya. BISMILLAH 9



25



© Suhadi Sahari 2007



Bismillah 9 di atas mempunyai kegunaan yang luas termasuklah sebagai penawar racun yang ghaib atau nyata. Amalkan membacanya sebelum makan atau minum, sekiranya terkena sengatan atau patukan haiwan berbisa, terkena sihir dan seumpamanya. Insya-Allah, anda akan dilindungi oleh Allah dan disembuhkan daripada segala kemudaratan. AYAT 1000 DINAR



Ayat ini banyak faedahnya, di antaranya: 1. 2. 3. 4. 5.



Amalkan sekurang-kurangnya 3 kali selepas sembahyang fardu, insya-Allah anda akan beroleh 1000 faedah. Diberikan Allah jalan keluar daripada sebarang kesusahan, bahaya dan penyakit (ghaib atau nyata). Dimakbulkan segala hajat. Terlindung daripada segala bala di laut atau di darat. Dan sebagainya.



Amalkan membacanya sekurang-kurangnya 3 kali selepas sembahyang fardu, semasa keluar rumah, sebelum tidur dan seumpamanya. Insya-Allah, anda dalam pemeliharaan Allah.



26



© Suhadi Sahari 2007



KAF 40



Untuk digunakan sebagai penawar segala jenis racun, bacakan Kaf 40 ini sebanyak 3 kali dan hembuskan ke tempat yang terkena patuk atau sengat itu. Jika racun yang terminum, bacakan juga 3 kali pada air dan hembuskan ke dalamnya. Minumlah air tersebut. Sebagai penjaga diri daripada sebarang bencana dan ancaman (halus dan nyata), bacakan Kaf 40 ini 3 kali dan hembuskan ke kanan, ke kiri, dan ke hadapan. Kemudian, genggamkan tangan dan kaki. Setelah beberapa langkah berjalan barulah dibuka genggaman tersebut. Insya-Allah, anda akan selamat dan di dalam pemeliharaan Allah. AYATUL HISNI



Sesiapa yang membaca Ayatul Hisni di atas, dia tidak akan menemui ajal pada hari tersebut kecuali sekiranya dia terlupa membacanya atau dilupakan oleh Allah. Sekiranya ditikam dengan senjata tajam, dipukul dengan besi atau terkena racun, insya-Allah tidak akan memberi kesan. Cara mengamalkannya: Bacakan Ayatul Hisni tersebut sebanyak 7 kali pada sebelah pagi. PAGAR LIILA



Untuk melindungi diri daripada pelbagai perbuatan khianat (diracun, disantau, dikenakan guna-guna dan lain-lain), bacalah “Li-ila fi quraisyin…” (sehingga akhirnya) sebanyak 3 kali dan niatkan agar Allah melindungi keselamatan anda. Insya-Allah, anda akan dipelihara Tuhan. SURAH AL-KAUTSAR



27



© Suhadi Sahari 2007



Maknanya: “Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu nikmat yang banyak, maka dirikanlah sembahyang kerana Tuhanmu dan bekorbanlah. Sesungguhnya orang-orang yang membencimu, dialah yang terputus daripada rahmat Allah.”. Bacalah ayat di atas sebanyak 7 kali semasa anda rasa terancam oleh apa jua mara bahaya. Insya-Allah, Tuhan akan memelihara dan melindungi keselamatan anda. AYAT 1



Maknanya: “Allahlah Tuhan kami dan Tuhan kamu, bagi kami amalan kami dan bagi kamu amalan kamu. Tiada perbalahan antara kita dan Allah menghimpunkan kita dan kepadaNyalah kita kembali”. Amalkan membaca Ayat 1 di atas bila-bila masa terutamanya sewaktu keluar rumah, sewaktu ingin tidur atau makan-minum dan seumpamanya. Insya-Allah, anda akan selamat daripada segala kemudaratan.



AYAT 5



28



© Suhadi Sahari 2007



Amalkan membaca Ayat 5 di atas (juga dikenali sebagai Ayat Nashr) selalu terutamanya sewaktu keluar rumah, tidur malam, sewaktu ingin makan atau minum dan sebagainya. Insya-Allah, ia akan menjadi benteng kukuh yang tiada ditembusi oleh apa jua sesuatu yang boleh memudaratkan termasuklah patukan dan sengatan haiwan berbisa, keracunan, terkena santau dan seumpamanya. AYAT 7



29



© Suhadi Sahari 2007



Bacalah Ayat 7 di atas 1 kali pada bahagian yang terkena patukan ular atau sengatan haiwan berbisa. Insya-Allah, ia akan segera sembuh dan bisanya akan hilang. Amalkan juga membaca Ayat 7 ini pada pagi, petang dan bila-bila masa yang perlu. Insya-Allah, anda akan terpelihara daripada segala kebinasaan sama ada daripada perbuatan ghaib atau pun yang nyata, jin, syaitan, haiwan berbisa, khianat manusia dan bencana lain. ISIM ‘AZAM



Maknanya: “Ya Allah, Tuhan yang hidup, Tuhan yang berdiri sendiri, ya Tuhan kami. Tuhan segala sesuatu, Tuhan yang Maha Esa. Tiadda Tuhan yang patut disembah, hanya Engkau wahai Tuhan kami”. Diriwayatkan bahawa semasa zaman Nabi Sulaiman a.s, istana Ratu Balqis dari negeri Saba’ (kerajaan jin) telah dipindahkan ke dalam kerajaan Nabi Sulaiman a.s. Menurut riwayat, pemindahan tersebut telah dilakukan oleh seorang wali Allah yang bernama Usthum Al-Arif Billah. Inilah isim ‘azam (seperti di atas) yang sering diamalkan oleh wali Allah tersebut sehingga mampu melakukan sesuatu yang luar biasa. Amalkanlah sambil berniat akan hajat anda. Insya-Allah, dimakbulkan Allah. ISIM ‘AZAM 2



30



© Suhadi Sahari 2007



Maknanya: “Dan Tuhan kamu adalah Tuhan yang satu, tiada Tuhan yang patut disembah, hanya Dia yang Maha Pengasih dan Penyayang. Alif Laam Miim. Allah, Dialah Tuhan yang mutlak disembah, tiada Tuhan selain Dia, hanya Dia yang Maha Hidup dan berdiri sendiri. Aku meminta kepadaMu ya Allah, bahawa aku menyaksikan tiada Tuhan yang patut disembah selain Engkau yang Maha Esa. Engkau tempatku meminta, Engkau tidak dilahirkan dan tidak melahirkan dan tiada sesiapa pun jua yang menyekutui Engkau”. Bacalah isim ‘azam di atas dan niatkan hajat anda. Insya-Allah, segala-galanya akan dimakbulkan. Diriwayatkan oleh Imam Abi Hamid Al-Ghazali. SALAWAT SYIFA



Bacalah Salawat Syifa di atas sebanyak 3 kali setiap selesai sembahyang fardu secara rutin. Insya-Allah, sekiranya anda terkena segala bisa (zahir atau batin), anda akan disembuhkan. SYAIR MUHAMMAD



Ertinya: “Untuk selama-lamanya Taha s.a.w tidak pernah bermimpi buruk. Di sepanjang zaman sama sekali beliau tidak pernah menguap. Binatang apa pun terhadap beliau tidak akan lari. Juga lalat tidak hinggap sama sekali ke tubuh indah beliau. Dalam pandangan beliau muka dan belakang adalah sama boleh dilihat. Bekas air kecil beliau tidak berbekas ditelan bumi. Hati beliau tidaklah tidur walaupun mata sudah mengantuk. Bayangan beliau tidak terlihat di pancaran matahari. Bila duduk di khalayak ramai, bahu beliau paling tinggi. Telan dikhatankan sejak lahir lagi. Kekhususan ini jika dihafal amanlah selalu. Baik dari bahaya api, pencuri mahupun pelbagai bencana”. Bacalah syair ini atau jadikanlah ia sebagai azimat. Insya-Allah, anda akan terjauh dari segala bencana termasuklah racun yang berbisa, ghaib atau nyata.



31



© Suhadi Sahari 2007



KUN FAYAKUN



Bacakan ayat di atas dan niatkan hajat anda (seperti dilindungkan daripada segala mara bahaya dan racun berbisa). Insya-Allah, apa sahaja yang anda hajatkan akan tercapai dengan izin Allah. SALAMUN QAULAN



Maknanya: “Salam sebagai ucapan selamat daripada Tuhan yang Maha Penyayang.”. (Surah Yasin, ayat 58). Untuk perlindungan daripada segala jenis mara bahaya (termasuk santau, polong, ilmu hitam, haiwan berbisa, racun ghaib, haiwan buas, jin, syaitan dan manusia), bacalah ayat di atas (sekurang-kurangnya 313 kali dan sebaik-baiknya 1479 kali) selepas jam 10.00 malam. Kemudian, tadahkan tangan anda dan berdoalah akan hajat anda agar selamat daripada ancaman tersebut. Insya-Allah, akan dimakbulkan Allah. ZIKRULLAH



Maknanya: “Tiada Tuhan selain Allah.”. Amalkan membaca zikir di atas sebanyak 100 kali setiap hari. Insya-Allah, ia akan menjadi benteng yang kukuh daripada segala jenis mara bahaya termasuklah ancaman yang ghaib dan yang nyata. DOA NABI SULAIMAN



32



© Suhadi Sahari 2007



Barang siapa yang selalu beramal dengan doa di atas sebanyak 7 kali selepas sembahyang Maghrib, insyaAllah anda akan terlepas daripada bahaya dunia dan akhirat, tiada mampu dibinasakan oleh jin dan syaitan, haiwan buas, haiwan berbisa, diberi keberkatan dalam perjalanan bermusafir dan lain-lain. DOA EMBUN NABI IBRAHIM



Amalkan membaca ayat-ayat di atas sebanyak 21 kali setiap selesai sembahyang fardu (5 kali) selama 21 hari. Insya-Allah, anda akan selamat daripada segala kebinasaan sama ada oleh api, racun, sihir dan seumpamanya dengan izin Allah. DOA NABI YUNUS



Wiridkan terus-menerus doa Nabi Yunus (semasa di dalam perut ikan) seperti di atas. Insya-Allah, Tuhan akan melapangkan anda dan menolakkan segala bala bencana, penyakit, serangan dan gigitan haiwan berbisa dan seumpamanya. DOA SAIYIDATINA FATIMAH



Maknanya: “Ya Tuhan yang hidup dan Tuhan yang berdiri sendiriNya. Dengan rahmatMu aku memohon, janganlah membiarkan aku sekejap mata jua pun dan perbaikilah segala urusankau”. Bacalah doa di atas pada bila-bila masa yang dirasakan perlu seperti ketika keluar rumah atau seumpamanya. Insya-Allah, anda akan selamat dari segala gangguan haiwan yang merbahaya dan berbisa. DOA SAIYIDATINA AISYAH



33



© Suhadi Sahari 2007



Maknanya: “Ya Allah, aku memohon dari segala kebaikan yang segera tibanya atau bakal tiba, yang aku ketahui atau belum. Dan aku berlindung kepadaMu dari segala kejahatan yang secara tiba-tiba atau yang bakal tiba, yang aku ketahui atau tidak ketahui”. Bacalah doa di atas bila-bila masa yang dirasakan perlu seperti ketika keluar rumah atau seumpamanya. Insya-Allah, anda akan selamat dari segala haiwan yang berbisa dan merbahaya. DOA SHEIKH ABDUL KADIR JAELANI



Amalkan membaca doa di atas sebanyak 7 kali setelah sembahyang Maghrib dan Subuh secara rutin. Insya-Allah, anda akan terpelihara daripada segala ancaman haiwan yang berbisa dan makhluk-makhluk lain. DOA ABI DARDA



34



© Suhadi Sahari 2007



Maknanya: “Ya Allah, Engkaulah Tuhanku. Tiada Tuhan yang patut ku sembah, hanya Engkau sematamata. Kepada Engkaulah aku bertawakkal. Engkaulah pemilik ‘Arasy yang agung. Yang Engkau kehendaki pasti terjadi dan yang tidak Engkau kehendaki pasti tidak akan terjadi. Tiada yang Mulia, Tinggi dan Maha Kuat selain Allah yang Maha Tinggi dan Maha Besar. Aku yakin bahawa Allah Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui atas setiap sesuatu. Wahai Tuhanku, aku berlindung kepadaMu daripada kejahatan diriku dan kejahatan orang-orang lain serta kejahatan binatang yang melata (merayap). Engkaulah yang melenyapkannya. Sesungguhnya Tuhanku atas jalan yang lurus”. Amalkanlah doa ini selalu. Insya-Allah, anda, keluarga dan harta-benda anda tidak akan dapat dimudaratkan oleh sesuatu apa pun. Diriwayatkan oleh Abi Darda r.a. DOA PERLINDUNGAN



Maknanya: “Ya Allah, aku berlindung kepadaMu daripada kejahatan diriku dan daripada kejahatan setiap makhluk. Engkaulah yang mengendalikannya. Sesungguhnya Tuhanku atas jalan yang benar”. Bacakan doa di atas bila-bila masa yang difikirkan perlu. Insya-Allah, anda akan selamat daripada segala bencana. DOA ELAK BAHAYA



Maknanya: “Dengan nama Allah yang tiada membahayakan sesuatu beserta namaNya oleh sesuatu di bumi dan di langit. Dialah Tuhan yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui”. Amalkan membaca doa di atas sebanyak 3 kali setiap selepas sembahyang Subuh dan Maghrib. InsyaAllah, anda akan selamat daripada segala jenis mara bahaya. DOA PEMELIHARAAN



35



© Suhadi Sahari 2007



Maknanya: “Ya Allah, peliharalah kami dengan pertolonganMu yang tiada lena, lindungilah kami dengan lindunganMu yang tiada dapat dipaksa. Rahmatilah kami dengan kudratMu, tiadalah kami binasa. Engkaulah harapan kami. Ya Tuhan yang Maha Pemelihara, ya Tuhan yang memberi keselamatan, ya Tuhan tempat berserah”. Bacalah doa di atas 7 kali selepas sembahyang Subuh dan 7 kali selepas sembahyang Maghrib. InsyaAllah, anda akan terpelihara dari segala mara bahaya termasuklah perbuatan orang-orang yang khianat atau haiwan yang berbisa. DOA SELAMAT



36



© Suhadi Sahari 2007



Bacalah doa di atas selalu, terutamanya selepas sembahyang 5 waktu. Insya-Allah, anda akan selamat dunia dan akhirat. DOA SELAMAT 2



Amalkan doa di atas bila-bila masa. Insya-Allah, anda akan selamat daripada sebarang bahaya. DOA MENJAGA KESELAMATAN



Amalkan membaca doa di atas. Insya-Allah, anda akan selamat daripada segala kebinasaan. DOA TOLAK BALA



37



© Suhadi Sahari 2007



Bacalah doa di atas bila-bila masa, terutamanya selepas sembahyang 5 waktu. Insya-Allah, anda akan terpelihara daripada segala bencana termasuklah keracunan yang ghaib dan yang nyata. ASMA PENGAMAN



Ucaplah asma di atas (“Ya Mu’min”) sebanyak 136 kali setiap hari. Insya-Allah anda, keluarga dan harta benda anda akan aman daripada segala gangguan. Maknanya: “Allah yang Maha Mengamankan”. ASMA PELINDUNG



Sekiranya anda terancam oleh musuh, baik secara ghaib atau nyata, ucaplah “Ya Bashiir” sebanyak 100 kali setiap selepas sembahyang Subuh. Insya-Allah, anda akan terbebas daripada perbuatan jahat mereka dengan izin Allah. Maknanya: “Allah yang Maha Melihat”. ASMA PENYEMBUH



Apabila seseorang ahli keluarga anda sakit (sakit biasa atau sakit luar biasa yang tidak diketahui puncanya), agar cepat sembuh bacalah “Ya ‘Azhiim” setiap hari sebanyak 1200 kali. Insya-Allah, akan cepat sembuhnya. Maknanya: “Allah yang Maha Agung”. ASMA PENYELAMAT



Apabila anda berada dalam apa jua bahaya, ghaib atau nyata atau berada di dalam hutan yang banyak haiwan buas dan berbisa, maka bacalah “Ya Hafiizh” sebanyak 99 kali. Insya-Allah, anda akan selamat daripada segala mala petaka dan kemudaratan. Maknanya: “Allah yang Maha Memelihara”. ASMA PENGAMAN 2



Sebagai senjata bagi kita terhadap sesiapa sahaja yang berusaha mengalahkan atau membinasakan kita, ucaplah “Ya Hasiib” sebanyak 777 kali setiap pagi sebelum matahari terbit dan 777 kali lagi selepas sembahyang Maghrib. Amalkan selama 7 hari berturut-turut bermula dengan hari Khamis. Insya-Allah, kita akan aman daripada segala gangguan orang lain. Maknanya: “Allah yang Maha Menghitung”. DIANIAYA



38



© Suhadi Sahari 2007



Jika anda dianiaya orang sama ada secara halus atau nyata, janganlah anda panik dan gelisah. Ucaplah “Ya Qawiyyu, ya Matiin” setiap malam, sehinggalah dihilangkan Allah perbuatan aniaya tersebut. Maknanya: “Allah yang Maha Kuat, Allah yang Maha Kukuh”. ZIKIR KEMENANGAN



Apabila anda perlukan kemenangan daripada menghadapi lawan (sama ada secara ghaib atau nyata), perbanyakkanlah berzikir “Ya Mumiit” sebanyak-banyaknya. Insya-Allah, anda akan sentiasa menang. Maknanya: “Allah yang Maha Menghidupkan”. BENTENG ANCAMAN



Jika anda diancam dan cuba dibinasakan oleh musuh sama ada secara ghaib atau nyata, ucaplah “Ya Mani’” sebanyak 161 kali setiap hari sebelum sembahyang Subuh. Insya-Allah, anda akan selamat daripada sebarang ancaman mereka. Maknanya: “Allah yang mempertahankan”. RAJA PENAWAR 2 Untuk membuat penawar yang boleh mengubati apa jua penyakit zahir dan batin, kumpulkanlah air hujan yang turun terus dari langit pada malam-malam utama (seperti malam Lailatul Qadar, malam Jumaat dan seumpamanya) dan taruhkan ke dalam bekas yang bertutup. Kemudian, bacakan Surah Al-Fatihah 70 kali, Surah Al-Ikhlas 70 kali, Surah Al-Falaq 70 kali, Surah An-Naas 70 kali dan Ayatul Kursi 70 kali. Gunakanlah air bacaan tersebut untuk kegunaan mengubati apa jua penyakit zahir dan batin. Insya-Allah, akan disembuhkan Allah. RAJA PENAWAR 3 Kumpulkan air hujan yang turunnya terus dari langit pada malam Jumaat (tanpa terkena zink, atap dan sebagainya). Kemudian, bacakan padanya Surah Al-Fatihah 70 kali, Surah Al-Ikhlas 70 kali, Surah AlFalaq 70 kali, Surah An-Naas 70 kali, “Inna anzalna hufi lailatil qadr…” 70 kali, “Subhanallah, walhamdulillah, wa la ilaha illallah, wallahu akbar” 70 kali dan “La haula wala quwata illa billahil ‘aliyil ‘adzim” 70 kali. Kemudian, air tersebut jadikanlah minuman atau air mandian selama 7 hari berturut-turut. Insya-Allah, akan terjauhlah anda daripada segala jenis bala bencana dan penyakit zahir batin. PENAWAR RACUN Sekiranya ada seseorang yang terkena racun atau disengat haiwan berbisa, bacalah “Bismillahirrahmanirrahim. Wahuwa ma’akum aina-maa kuntum, wallahu bi-maa ta’maluuna bashir.” Pada air bersih dan minumlah, sebahagiannya sapukan pada tempat luka sengatan tersebut. InsyaAllah, akan tawarlah racunnya.



39



© Suhadi Sahari 2007



PENAWAR BISA Sekiranya anda disengat lipan, kala, ikan dan seumpamanya, bacalah Al-Fatihah 1 kali pada segelas air yang telah diletakkan seketul garam besar. Berilah minum. Insya-Allah, akan hilang bisanya. PENYEMBUH Bacalah “Bismillahirrahmanirrahim” sebanyak 100 kali sekiranya anda atau seseorang terkena penyakit (zahir atau batin) selama 3 hari berturut-turut. Insya-Allah, akan sembuh penyakit tersebut. GIGITAN KALA Sekiranya anda (atau sesiapa) telah disengat kala atau lain-lain haiwan berbisa, bacalah Surah Al-Falaq dan Surah An-Naas pada air garam dan sapukan ke tempat yang disengat itu. Insya-Allah, akan hilang bisanya. TAKUTKAN HAIWAN BERBISA Sekiranya anda bertemu dengan haiwan buas atau haiwan berbisa (ular contohnya), bacalah Ayatul Kursi. Insya-Allah, ia akan takut dan melarikan diri. PENDINDING ILMU HITAM Sebagai pelindung diri daripada segala jenis makhluk halus, buatan khianat, ilmu hitam dan seumpamanya, bacalah Surah Al-Falaq dan Surah An-Naas. Insya-Allah, ia akan menjadi pendinding yang kukuh daripada sebarang gangguan yang memudaratkan. FATIHAH PENYEMBUH Tuliskan Surah Al-Fatihah pada sebuah mangkuk bersih dengan memisahkan huruf-hurufnya satu-satu. Kemudian, leburkan dengan air dan berilah minum pada orang yang sakit (apa jua termasuk terkena sihir, sakit biasa, termakan racun, disengat atau dipatuk ular dan seumpamanya). Insya-Allah, akan sembuhlah dia dengan izin Allah. PENAWAR AL-FATIHAH Sekiranya anda atau sesiapa sahaja terkena sengatan lipan, kala, gigitan ular atau apa jua haiwan berbisa, sediakanlah segelas air minuman dan letakkan seketul garam besar. Kemudian, bacakan Surah Al-Fatihah 1 kali. Berikan dia meminumnya dan selebihnya dicucikan pada tempat luka gigitan tersebut. Insya-Allah, akan tawar bisa racun tersebut dengan izin Allah. PENAWAR AL-FATIHAH 2 Jika anda atau seseorang disengat atau dipatuk oleh apa sahaja haiwan berbisa, ambilkan air minuman dan tambahkan seketul garam besar. Kemudian, bacakan padanya Al-Fatihah sebanyak 7 kali. Berilah dia minum dan sebahagiannya sapukan pada tempat luka tersebut. Insya-Allah, akan turun bisanya. FATIHAH 100 Bacalah Al-Fatihah sebanyak 100 kali setiap hari iaitu 20 kali setiap selesai sembahyang fardu. InsyaAllah, Allah akan memeliharanya dari segala mara bahaya, dijauhkan dari segala haiwan berbisa atau perbuatan khianat yang nyata atau ghaib, dimurahkan rezeki, diperbaiki hal-ehwalnya, dibersihkan hatinya, diangkat darjatnya, dilepaskan dari segala dukacita, dijauhkan dari segala mudarat, diberi kerajinan dan semangat, tidak akan kecewa, diilhamkan kebajikan oleh Allah dan seumpamanya. FATIHAH 40



40



© Suhadi Sahari 2007



Sekiranya terdapat seseorang (atau anda sendiri) terkena buatan santau orang yang khianat, terkena sengatan haiwan berbisa atau keracunan makanan, bacalah Al-Fatihah 40 kali pada air di dalam bekas. Kemudian, berilah minum air tersebut, sapukan ke muka, kepala, kedua tangan dan kaki serta ke seluruh anggota-anggota yang nyata. Insya-Allah, akan sembuhlah dia. PENAWAR YASIN Sekiranya anda atau seseorang ahli keluarga anda terkena sengatan haiwan berbisa, sihir, santau dan seumpamanya, sediakanlah sebuah bekas atau mangkuk putih dan tuliskan Surah Yasin sepenuhnya di dalamnya. Kemudian, leburkan dengan air hujan. Air tersebut berilah dia meminumnya. Insya-Allah, akan sembuh. AYATUL KURSI Bacalah Ayatul Kursi sewaktu hendak keluar rumah. Insya-Allah, malaikat akan mengawal dan memeliharanya. Amalkanlah. PENDINDING AYATUL KURSI Bacalah Ayatul Kursi 7 kali pagi dan 7 kali petang. Bacakan juga sewaktu keluar atau masuk rumah, sewaktu hendak tidur, sewaktu pergi ke rumah orang, sewaktu makan atau minum dan seumpamanya. Insya-Allah, anda akan selamat dari segala perbuatan khianat manusia atau jin. Dan anda akan selamat dari gangguan atau kesusahan yang disebabkan oleh haiwan atau benda berbisa sama ada yang ghaib atau nyata. Amalkanlah. PAGAR KAUTSAR Sebagai perlindungan diri daripada segala merbahaya (termasuk keracunan ghaib atau nyata), bacalah Surah Al-Kautsar sebanyak 7 kali. Insya-Allah, anda akan dilindungi oleh Allah. KOTA FIIL Sekiranya anda dalam keadaan terdesak dan tiada jalan lain untuk menyelamatkan diri daripada ancaman maut, bacalah “Ala tarakai fa fa’ala rabbuka biash-ha bil fil…” (sehingga akhirnya). Insya-Allah, anda akan selamat dan musuh-musuh tersebut (manusia, jin, syaitan, haiwan buas atau berbisa) akan dibinasakan oleh Allah. SENJATA KECEMASAN Sekiranya anda dalam keadaan kecemasan atau berhadapan dengan ular berbisa yang sedia menyerang, bacalah “Alam tarakaifa fa’ala rabbuka biash-ha bilfil…” (sehingga akhirnya). Insya-Allah, anda akan terselamat daripada sebarang kecemasan dan tidak akan membinasakan sesuatu yang mengancam nyawa tersebut dengan izin Allah. PENJAGA HELAH MUSUH Menurut Imam Al-Ghazali, sesiapa yang mengamalkan sembahyang Sunat Subuh 2 rakaat, pada rakaat pertama membaca “Inna anzalna hufi lailatil qadr…” (sehingga akhirnya) dan pada rakaat ke-2 pula membaca “Alam tarakaifa fa’ala rabbuka biash-ha bilfil…” (sehingga akhirnya). Insya-Allah, musuh tidak akan mampu memperdayakan atau membinasakannya (sama ada secara nyata atau ghaib) melainkan dinampakkan oleh Allah jua. PELINDUNG DIRI



41



© Suhadi Sahari 2007



Amalkanlah mengucapkan “Ya Raafi’” sebanyak 70 kali siang dan 70 kali malam. Insya-Allah, anda akan dilindungi oleh Allah daripada segala perbuatan khianat manusia, jin mahu pun haiwan. KESELAMATAN Sekiranya ada saudara anda yang ingin pergi ke hutan atau berburu, bacalah Al-Fatihah sebanyak 41 kali dan hembuskan ke belakangnya. Insya-Allah, dia akan terpelihara dari segala bahaya haiwan berbisa, haiwan buas dan segala gangguan ghaib dan nyata sehinggalah dia kembali semula. PENDINDING TIDUR Bacalah “Bismillahirrahmanirrahim” sebanyak 21 kali sebelum tidur. Insya-Allah, anda akan terjauh daripada syaitan, ilmu hitam atau khianat manusia dengan izin Allah. PENDINDING TIDUR 2 Sebelum tidur, bacalah Al-Fatihah 1 kali, Al-Ikhlas 3 kali, Al-Falaq 1 kali dan An-Naas 1 kali. InsyaAllah, anda akan terpelihara dari segala gangguan orang-orang yang khianat atau gangguan haiwan-haiwan yang berbisa semasa tidur. PENJAGA TIDUR Apabila anda berbaring untuk tidur, bacalah Surah Al-Fatihah dan Surah Al-Ikhlas. Insya-Allah, sentosalah anda di dalam tidur daripada segala yang boleh memudaratkan. Diriwayatkan oleh Anas r.a. PERISAI TIDUR Bacalah Ayatul Kursi ketika hendak tidur. Insya-Allah, anda akan terpelihara daripada segala kejahatan jin, syaitan, manusia dan haiwan.



42



© Suhadi Sahari 2007



B) AMALAN MELALUI JAMPI MENTERA DOA SUMPAH TERBALIT Bismillahirrahmanirrahim. Alif Allah pandai membalit, Dibalit di batu hitam, Berkat aku memakai Doa Sumpah Terbalit, Aku membalit Allah membalit, Jika engkau tidak balit, Engkau dibunuh malaikat memakai kalimah alam tengah. Berkat Lailahaillallah Muhammaddur rasulullah. Cara mengamalkannya: Sekiranya anda terkena pukulan batin yang beracun, terkena santau, terkena perbuatan guna-guna atau ilmu hitam, bacakan mentera di atas pada segelas air minuman atau air mandian. Kemudian, berilah minum atau mandi. Insya-Allah, akan sembuh sakitnya itu dengan izin Allah. ISIM SI PUTAR BALIT Bismillahirrahmanirrahim. Allah humma ta balir, Isim balir qur’an balir, Ma kun patak. Pulang kepada orang empunya patak, Hikmat pulang kepada orang empunya hikmat. Besaran Allah, Malik! Malik! Malik! Kun kata Allah, Fayakun kata Muhammad. Berkat Lailahaillallah Muhammaddur rasulullah. Cara mengamalkannya: Sekiranya anda atau seseorang terkena buatan orang seperti patak, guna-guna, santau, serangan ghaib, polong, hantu raya, ilmu hitam dan seumpamanya, sediakanlah 7 jenis bunga (dengan melur sebagai ibu bunga). Kemudian, bacakan mentera di atas pada segelas air minuman sambil merendamkan sekerat jari manis anda ke dalamnya sebentar dan berilah minum. Kemudian, sediakan air mandian dan letakkan bunga-bunga tersebut, bacakan mentera itu lagi sambil merendamkan sekerat jari manis anda ke dalamnya sebentar dan berilah mandi padanya (sebaik-baiknya pada waktu Maghrib). Lakukan beberapa kali. InsyaAllah, akan disembuhkan daripada penyakit tersebut dan ilmu tersebut akan dikembalikan balik kepada orangnya sendiri dengan izin Allah. DOA BALIT BALA Bismillahirrahmanirrahim.



43



© Suhadi Sahari 2007



Allahu ma-innu wa ma-in naiu, Wa bala’ wa balitkan. Segala jin dan manusia, Segala syaitan, kejahatan dan iblis, Kembalikan kepada orang yang empunya sendiri. Berkat Lailahaillallah Muhammaddur rasulullah. Cara mengamalkannya: Untuk mengubati seseorang (atau anda sendiri) yang terkena buatan santau, polong atau apa jua ilmu hitam, suruhlah orang tersebut untuk menyediakan sebilah pisau lipat yang belum dibuka, ayam kampung seekor (sebaik-baiknya putih) dan kain putih sepanjang 3 ela. Pada jam 3 pagi, dudukkan dia di atas tangga (3 tingkat dari bawah) dan mandikan dia dengan air bacaan mentera di atas (3 kali baca). Insya-Allah, akan disembuhkan dan pelaku ilmu hitam tersebut akan menerima akibat perbuatannya sendiri dengan izin Allah. RATENA TERBALIK Bismillahirrahmanirrahim. Summa Rakiah terbalik Rakiah, Summa Ratena terbalik Ratena, Ratena terbalik kepada kamu sendiri, Makanlah jantung hati kamu sendiri. Berkat Lailahaillallah Muhammaddur rasulullah. Cara mengamalkannya: Sekiranya anda terkena sihir (ilmu hitam) seperti racun santau, tuju angin, patak, polong, hantu raya, serangan gimbar kafir, dimatakan dan seumpamanya, bacakan mentera di atas pada segelas air minuman atau pada air mandian. Kemudian, berilah minum atau mandi (sebaiknya mandilah pada waktu Maghrib). Insya-Allah, akan hilang dan disembuhkan Allah, malah diterbalikkan ilmu hitam itu kepada yang empunyanya sendiri dengan izin Allah. DOA TURUN BISA Bismillahirrahmanirrahim. Hei pecah mersing Nabi Allah Adam, Turunlah sekalian bisa. Jika engkau tidak turun, Allah akan murka kepadamu. Sah tawarku! Sah tawarku! Sah tawarku! Berkat Lailahaillallah Muhammaddur rasulullah. Cara mengamalkannya:



44



© Suhadi Sahari 2007



Sekiranya anda atau seseorang disengat atau dipatuk oleh haiwan yang berbisa seperti ular, lipan, kala, labah-labah dan seumpamanya, bacakan mentera di atas dan ambilkan air liur pada lelangit anda (menggunakan ibu jari). Kemudian, letakkan pada luka sengatan tersebut. Insya-Allah, akan turun bisanya dengan izin Allah. DOA TAWAR BISA Bismillahirrahmanirrahim. Aku tahu jantung penawar racunku. Berkat Lailahaillallah Muhammaddur rasulullah. Cara mengamalkannya: Sekiranya anda terkena apa jua jenis racun (sama ada yang ghaib atau nyata), bacalah mentera di atas pada segelas air dan minumlah. Insya-Allah, akan tawar bisa tersebut dengan izin Allah. DOA ASAL MULA Bismillahirrahmanirrahim. Hai! Aku tahu asal mula menjadi, Madain nama bapamu, Mardius nama ibumu, Syinrin wa anrin. Nila potong baju potong, Nila mas baju mas. Ah-ah! Di-di! Mutu sajuk mutu, Inna ana amana. Berkat Lailahaillallah Muhammaddur rasulullah. Cara mengamalkannya: Sebelum anda minum atau makan di rumah orang yang diragui kejujurannya, bacalah mentera di atas. Insya-Allah, sekiranya terdapat racun nyata (dadah, ubat tidur, racun dan lain-lain) atau racun ghaib (santau, tuju, guna-guna dan seumpamanya), ia tidak akan memberi kesan dengan izin Allah. DOA ALIF Bismillahirrahmanirrahim. Bukan aku yang meminum, Alif yang meminum. Berkat Lailahaillallah Muhammaddur rasulullah. Cara mengamalkannya: Sekiranya anda pergi ke rumah seseorang (lebih-lebih lagi seseorang yang diragui kejujurannya), bacalah mentera di atas sambil memasukkan jari telunjuk anda ke dalam minuman itu sekejap. Kemudian, bolehlah



45



© Suhadi Sahari 2007



diminum minuman tersebut. Insya-Allah, sekiranya terdapat racun nyata, racun santau atau guna-guna, ia tidak akan memberi kesan dengan izin Allah. PUSAKA NABI SULAIMAN Bismillahirrahmanirrahim. Innahu min Sulaiman, Wa innahu bismillahirrahmanirrahim. 7 petala langit 7 petala bumi, Yang tajam jadi tumpul, Yang bisa jadi penawar, Yang keras jadi lembut, Yang gagah jadi penakut, Yang panas jadi sejuk, Yang berat jadi ringan, Yang bernyawa tunduk patuh, Mendengar seruanku. Berkat Pusaka Nabi Sulaiman. Berkat Lailahaillallah Muhammaddur rasulullah. Cara mengamalkannya: Bacakan mentera di atas bila-bila masa terutamanya sewaktu ingin keluar rumah. Insya-Allah, anda akan dipatuhi oleh semua orang, tidak akan binasa oleh semua musibah, digeruni oleh musuh-musuh dan orang yang berdengki, selamat daripada perbuatan sihir dan seumpamanya. Insya-Allah. Amalkanlah. BISMILLAH PAYUNG Bismillahirrahmanirrahim. Bismillah akan payungku, Ar-Rahman akan pagarku, Ar-Rahim akan kawanku. Berkat Lailahaillallah Muhammaddur rasulullah. Cara mengamalkannya: Bacakan mentera di atas bila-bila masa yang dirasakan sesuai terutamanya semasa keluar rumah, semasa makan minum, semasa rasa teramcam dan seumpamanya. Insya-Allah, anda akan diselamatkan oleh Allah daripada sebarang mala petaka sama ada yang ghaib atau yang nyata. BISMILLAH PAYUNG 2 Bismillahirrahmanirrahim. Bismillahirrahmanirrahim payung aku, Jibrail kuat aku, Malaikat 44 pagar aku. Aku berjalan dengan kuasa Allah, Aku melenggang dengan melenggang Muhammad.



46



© Suhadi Sahari 2007



Bukan kata aku, Kata Allah. Berkat Lailahaillallah Muhammaddur rasulullah. Cara mengamalkannya: Setiap hari terutamanya semasa keluar rumah, bacalah mentera di atas. Insya-Allah, anda akan terpelihara daripada segala jenis kecelakaan. DOA JADI DI MATA Bismillahirrahmanirrahim. Assalamu’alaikum Jibrail, Mikail, Israfil, Izrail, Wala khaula wala quwwata illa billahil ‘aliyil ‘adzim. Terhajat di hati tercita di mata, Sah! Jadi di mata. Kun fayakun. Kudrat Allah Ta’ala, Tuhan sekalian alam. Berkat aku memakai Doa Jadi Di Mata. Berkat Lailahaillallah Muhammaddur rasulullah. Cara mengamalkannya: Bacakan mentera di atas (ketika anda memerlukan) dan niatkan di dalam hati akan hajat anda. InsyaAllah, anda akan selamat daripada sebarang kemudaratan. KALIMAH SERBAGUNA Bismillahirrahmanirrahim.



Lailahaillallah (300,000 kali) Cara mengamalkannya: Bacakan kalimah di atas sebanyak 300,000 kali dalam jangka masa 30 hari (berturut-turut). Bermakna 10,000 kali untuk sehari semalam. Atau 2,000 kali setiap selesai sembahyang fardu. Kalimah ini boleh digunakan untuk pelbagai tujuan termasuklah untuk keselamatan diri (dan keluarga) dan penawar racun (ghaib dan nyata). Setelah lengkap 30 hari mengamalkannya, pada masa anda memerlukannya, cukup dengan membacanya 3 kali dan berniat di dalam hati akan hajat anda (seperti sebelum minum atau makan dan seumpamanya). Insya-Allah, akan dimakbulkan Allah. PEMBALIT PUKULAN BATIN Sekiranya ada sesiapa yang terkena pukulan beracun atau pukulan jarak jauh daripada seseorang lawan yang lain (pesilat), lakukanlah cara pengubatan ini: Carikan limau kasturi yang tumbuhnya mengadap matahari terbit dan perahkan airnya. Masukkan ke dalam gelas, tambahkan 3 sudu gula dan 3 sudu air



47



© Suhadi Sahari 2007



bersih. Kemudian, bacakan Surah Al-Fatihah 3 kali (setiap habis bacaan dihembuskan sehabis nafas ke dalam campuran tersebut) dan Surah Al-Ikhlas 3 kali (setiap habis bacaan dihembuskan sehabis nafas ke dalam campuran tersebut). Kemudian, berilah minum orang yang menderita terkena pukulan batin tersebut. Insya-Allah, akan segera disembuhkan Allah. ILMU BELIAN Amalkanlah membaca Surah Al-Ikhlas (Qulhu) sebanyak 70,000 kali (iaitu sebanyak 1750 kali setiap hari atau 350 kali setiap selesai sembahyang fardu selama 40 hari berturut-turut). Dalam tempoh beramal (40 hari), anda perlulah membaca Ayat 9 sebanyak 17 kali setiap hari. Insya-Allah, anda akan dikurniakan oleh Allah dengan pelbagai kelebihan di antaranya, mempunyai pendinding yang kukuh daripada segala ancaman, kemuliaan di mata rakyat, digeruni oleh musuh atau seseorang yang berniat jahat, dihormati oleh semua orang, dikurniakan pandangan dan deria rohani, terkabul segala hajat dan seumpamanya.



48



© Suhadi Sahari 2007



C) AMALAN MELALUI TANGKAL AZIMAT TERKENA GUNA-GUNA Sekiranya ada sesiapa terkena ilmu guna-guna, racun santau, ilmu hitam atau sihir dan seumpamanya, tuliskan ayat di bawah ke dalam pinggan putih:



Kemudian, bacakan Surah Al-Fatihah 10 kali pada air bersih. Lalu, lunturkan tulisan tersebut dengan air bacaan tadi dan berilah dia meminumnya. Lakukanlah selama 40 hari. Dalam tempoh berubat, tuliskan ayat di bawah dan jadikanlah sebagai azimat.



Insya-Allah, akan disembuhkan Allah. PENOLAK HAIWAN BERBISA



Tulislah Surah Ar-Rahman di atas pada kertas atau kain bersih dan letakkanlah di pintu atau jendela. Insya-Allah, segala haiwan yang berbisa seperti ular, kala, lipan dan seumpamanya tidak akan berani masuk melalui pintu atau jendela tersebut. PENGUBAT



Sekiranya anda mengalami sakit (sama ada yang ghaib atau yang nyata, terkena racun, santau, penyakit biasa dan seumpamanya), bacakan “Lastu-rabbikum kaalu bala-bikum malikul mubin” pada segelas air minum dan minumlah air tersebut. Kemudian, tuliskan huruf-huruf di bawah dan jadikanlah sebagai azimat. Insya-Allah, anda akan disembuhkan oleh Allah.



49



© Suhadi Sahari 2007



TANGKAL BISMILLAH



Tuliskan ucapan “Bismillahirrahmanirrahim” di atas sebanyak 625 kali pada kertas putih dan jadikan sebagai azimat. Insya-Allah, anda akan hebat di mata sekalian makhluk, menjadi penggerun pada jin dan manusia (yang berniat jahat) dan memelihara diri daripada sebarag kecelakaan. WAKAF FATIHAH



Tulislah wakaf Al-Fatihah di atas dan gunakan sebagai tangkal. Insya-Allah, anda akan terpelihara dari segala bala bencana yang ghaib dan nyata serta terlindung dari gangguan haiwan yang merbahaya dan berbisa. PAGAR TAHMID



Tuliskan ayat di atas dan jadikanlah tangkal yang diikat pada lengan kanan. Insya-Allah, anda akan terpelihara daripada sebarang perbuatan jahat dan khianat manusia dengan izin Allah. AYAT 5



50



© Suhadi Sahari 2007



Tuliskan Ayat 5 (juga dikenali sebagai Ayat Nashr) di atas pada kertas putih yang bersih dan jadikan azimat. Gunakanlah selalu. Insya-Allah, anda akan terpelihara daripada segala jenis kemudaratan termasuklah sengatan atau patukan haiwan berbisa, keracunan, terkena santau atau ilmu hitan dan seumpamanya. SYAIR MUHAMMAD



51



© Suhadi Sahari 2007



Ertinya: “Untuk selama-lamanya Taha s.a.w tidak pernah bermimpi buruk. Di sepanjang zaman sama sekali beliau tidak pernah menguap. Binatang apa pun terhadap beliau tidak akan lari. Juga lalat tidak hinggap sama sekali ke tubuh indah beliau. Dalam pandangan beliau muka dan belakang adalah sama boleh dilihat. Bekas air kecil beliau tidak berbekas ditelan bumi. Hati beliau tidaklah tidur walaupun mata sudah mengantuk. Bayangan beliau tidak terlihat di pancaran matahari. Bila duduk di khalayak ramai, bahu beliau paling tinggi. Telan dikhatankan sejak lahir lagi. Kekhususan ini jika dihafal amanlah selalu. Baik dari bahaya api, pencuri mahupun pelbagai bencana”. Bacalah syair ini atau jadikanlah ia sebagai azimat. Insya-Allah, anda akan terjauh dari segala bencana termasuklah racun yang berbisa, ghaib atau nyata. SELAMAT DARI BAHAYA



Ayat ini tuliskan pada sepotong kertas bersih dengan tinta Jafaran atau seumpamanya. Jadikan tangkal. Insya-Allah, anda akan terhindar dari segala bahaya termasuk dari keracunan zahir mahu pun batin. PENJAGAAN DIRI



52



© Suhadi Sahari 2007



Tulis ayat di atas pada sepotong kertas atau kain bersih dengan tinta Jafaran (atau seumpamanya). Setelah sembahyang, bacalah ia sebanyak 40 kali. Tangkal tersebut jadikanlah pengikat pinggang. Insya-Allah, anda akan selamat dari segala ancaman yang merbahaya termasuk perbuatan manusia atau pun haiwan berbisa.



53



© Suhadi Sahari 2007



D) AMALAN MELALUI GIMBAR GHAIB ROHANI YASIN Jika anda ingin dibantu oleh rohani Yasin (iaitu mu’akal yang menjadi khadam, pesuruh atau penjaga Surah Yasin) terutamanya di waktu kesusahan, lakukanlah amalan ini: 1.



Berwuduklah dan bacalah Surah Yasin dengan berhati-hati sebanyak 7 kali.



2.



Pada akhir setiap bacaan itu, serulah mu’akalnya seperti berikut:



3.



Sekiranya susah membacanya dalam bahasa Arab, serulah dengan bahasa Melayu seperti berikut:



“Hai golongan yang taat setia yang telah ditugaskan bagi surah yang berkat ini. Dengan hak nabi-nabi, para wali dan dengan izin Allah, hendaklah perkataanku dijalankan dan perintahku didengar lagi terdiam. Tolonglah aku dalam kegentinganku. Berilah bantuan kepadaku. Laksanakanlah segala perintahku, kesemuanya, banyak dan sedikit.



Cepat! Cepat! Segera! Segera! Sekarang juga!”. Tatkala diucap seruan ini, akan timbul rasa seram dan tegak bulu roma. Insya-Allah, ia telah datang dan jangan takut. Teruskan. Jangan berhenti menyeru. Jika tidak akan terbatallah amalan ini. Apabila terbatal kali pertama, ulangilah untuk kali ke-2 atau ke-3 sehinggalah benar-benar menepati syaratnya. KHADAM AYATUL KURSI



54



© Suhadi Sahari 2007



Bagi seseorang yang menghadapi sesuatu perkara yang meragukan, atau menakutkan sedang dia tidak tahu buruk baiknya dan tiada menemui penyelesaian daripadanya, lalu ingin mendapatkan pertolongan khadam Ayatul Kursi bagi menyelesaikan perkara tersebut. Maka, serulah khadam tersebut untuk memberi pertolongan atau menerangkan kepada anda. Insya-Allah, anda akan menemuinya di dalam tidur anda. Cara untuk menyeru khadam Ayatul Kursi adalah seperti berikut: Selepas sembahyang Isya (bila-bila masa), hendaklah anda bersembahyang 2 rakaat (sembahyang Hajat). Setelah membaca Al-Fatihah pada rakaat pertama, bacalah Ayatul Kursi 21 kali, Surah Inna an-zalnahu 1 kali, Surah Al-Ikhlas 3 kali, Surah Al-Falaq 1 kali dan Surah An-Naas 1 kali. Pada rakaat ke-2 lakukanlah bacaan serupa. Apabila selesai membaca salam, bacalah salawat 11 kali dan Al-Fatihah 1 kali dihadiahkan kepada Nabi Muhammad s.a.w, para ambia dan as-salihin serta malaikat-malaikat Al-Muqarrabin dan musliminmuslimat sekalian. Kemudian, serulah dengan seruan berikut: “Ya Allah, Ya Tuhan kami, hambaMu bersempena dengan kalamMu yang qadim. HambaMu memohon diperlihatkan di malam perkara-perkara yang terlindung dan tersembunyi dari pengetahuan hambaMu, perkara-perkara yang sedang berlaku dan akan berlaku. HambaMu memohon dengan kemurahanMu. Tunjukkanlah kepada hambaMu ini jalan yang benar dan jalan keluara dalam perkara-perkara yang membimbangkan. Ya Allah, sekiranya perkara itu baik tunjukkan kepada hambaMu teserlah putih atau hijau dan sekiranya merbahaya, jahat, menyusahkan, sia-sia dan tidak berfaedah, tunjukkanlah kepada hambaMu ini dengan terangnya hitam dan merah. Hantarkanlah kepada hambaMu khadam yang mulia ini bertugas dengan seberapa segera. Wa sallallahu ‘ala saiyidina Muhammadin wa ‘ala alihi wa sahbihi wasalam. Wal hamdulillahi rabbil ‘alamin”. Ulangi seruan di atas berkali-kali dengan penuh yakin diperkenankan. Lakukan dengan sempurna seorang diri. Insya-Allah, khadam Ayatul Kursi akan datang di dalam tidur anda dan menjelaskan apa yang perlu dan menolong sekiranya diminta. Sekiranya dia tiada datang, amalkan lagi pada malam-malam yang seterusnya sehingga berjaya. Jangan susah kerana dia pasti datang, cuma awal atau akhir bergantung kepada keyakinan dan kekuatan semangat anda sendiri. KHADAM QULHUALLAH Untuk segala hajat, anda boleh menyeru Khadam QulhuAllah seperti berikut: 1.



Bangunlah di tengah malam (sekurang-kuragnya selepas jam 12.00 tengah malam di waktu yang sunyi sepi). Pilihlah malam Selasa atau malam Jumaat.



2.



Lakukanlah sembahyang Tahajjud 2 rakaat (selepas berwuduk).



3.



Hadiahkanlah Surah Al-Fatihah kepada:



55



© Suhadi Sahari 2007



i) ii) iii) iv) v) vi) vii)



Nabi Muhammad s.a.w 1 kali. Sekalian Nabi 1 kali. Para sahabat Nabi Muhammad s.a.w 1 kali. Para wali Allah, aulia dan salihin 1 kali. Ibu-bapa 1 kali. Guru yang memberi amalan atau ilmu ini 1 kali. Sekalian muslimin muslimat yang masih hidup atau yang telah meninggal 1 kali.



4.



Bacakan Surah Al-Ikhlas (QulhuAllah) sebanyak 1000 kali.



5.



Kemudian, bacakan doa di bawah 1 atau 3 kali:



6.



Bacakan semula Surah Al-Ikhlas 1000 kali (atau lebih, sebaik-baiknya 70,000 kali). Insya-Allah, anda akan didatangi oleh khadam tersebut. Sampaikanlah hajat atau niat anda. DOA MALAIKAT 4 DAN WALI-WALI



56



© Suhadi Sahari 2007



Bismillahirrahmanirrahim. Ya Allah! (3 kali). Ya Rahman! (3 kali). Ya Rahim! (3 kali). Ya Jibrail! (3 kali). Ya Mikail! (3 kali). Ya Israfil! (3 kali). Ya Izrail! (3 kali). Ya wali Allah! (3 kali). Ya aulia Allah! (3 kali). Ya Jabarut! (3 kali). Ya Nuuqabbah! (3 kali). Ya Nuuhabbah! (3 kali). Ya Ruqaiyah! (3 kali). Ya ‘Utadda! (3 kali). Ya Anur! (3 kali). Ya ‘Amanna! (3 kali). Ya Ifrah! (3 kali). Ya Futub! (3 kali). Ya Ifraq! (3 kali). Ya Ghus! (3 kali).



” Sesiapa yang beramal asma di atas dengan hati yang tulus ikhlas dan khusyuk, insya-Allah akan terkabul segala hajatnya. Jika diamalkan sebanyak 7 kali pada 7 malam Jumaat berturut-turut, lebih lagi khasiatnya. Jika beramal di tengah-tengah malam, insya-Allah akan didatangi oleh salah seorang daripada wali-wali Allah tersebut dan mendapat kurnianya. SERU WALI-WALI Bismillahirrahmanirrahim.



57



© Suhadi Sahari 2007



Astur, ya ahlal waktu!, Ya Rijalal Ghaib!, Ya Atqiya!, Ya Nuqba!, Ya Nujba!, Ya Abdal!, Ya Autar!, Ya Ghauth!, Ya Qutdub!, Ya Bulya ibnul Mulkani ibnul Sam ibnu Nuh!. Cara mengamalkannya: Setiap kali selepas mengambil air sembahyang atau selepas bersembahyang, serulah wali-wali tersebut dan niatkan hajat anda (apa-apa sahaja). Pada tengah malamnya pula dalam keadaan seorang diri, berwuduklah dan bersembahyanglah 2 rakaat (Hajat). Setelah selesai, ulangi seruan tersebut berulang-ulang sambil meniatkan (atau memakrifatkan) hajat anda. Amalkan sekurang-kurangnya 40 kali selama 40 malam. Kesan mengamalkannya: Semasa anda menyeru nama-nama wali tersebut (dalam jangka masa anda beramal), pada suatu ketika mungkin anda akan merasa bulu roma anda meremang bermula dari tengkuk. Insya-Allah, Itulah masanya ‘mereka’ atau salah seorang daripada mereka datang kepada anda (mungkin nampak atau tidak nampak). Atau mungkin anda akan didatangi di dalam mimpi oleh salah seorang daripada mereka. Jangan takut, teruskan. Dialah sahabat anda di waktu anda memerlukan bantuan. Pantang: Jangan meninggalkan sembahyang dan cuba jauhi dosa. Tidak digalakkan mengamalkannya di rumah yang mempunyai anak kecil berumur kurang 2 tahun, boleh menyebabkannya menangis tanpa henti dan terkejut semasa tidur. AMALAN 1 MINGGU Amalan ini harus dimulakan pada petang Ahad (selepas Maghrib) dan diakhiri pada petang Ahad juga. Ia hendaklah diamalkan setiap hari berturut-turut, jika terputus maka batallah amalan tersebut dan perlu diulang mengamalkannya. Hari Ahad: Selepas Maghrib, hadiahkan Surah Al-Fatihah 1 kali kepada guru yang memberi amalan ini dan bacalah sebanyak 500 kali ucapan:



Anda akan dipelihara seramai 5000 malaikat. Pantang: Jangan makan sirih pinang dan ramuannya seperti gambir, kapur, jintan dan seumpamanya selama sehari semalam. Hari Isnin: Selepas Maghrib, bacalah sebanyak 400 kali ucapan:



58



© Suhadi Sahari 2007



Anda akan dipelihara seramai 4000 malaikat. Pantang: Jangan makan makanan bernyawa termasuk ikan dan telur selama sehari semalam. Hari Selasa: Selepas Maghrib, bacalah sebanyak 500 kali ucapan:



Anda akan dipelihara oleh 5000 malaikat. Amalan: Berpuasalah selama sehari semalam. Hari Rabu: Selepas Maghrib, bacalah sebanyak 700 kali:



Anda akan dipelihara seramai 7000 malaikat. Pantang: Jangan memakan makanan bergaram sehari semalam. Khasiatnya: Dibukakan hati oleh Allah dan dilimlpahi kurniaan Nabi Ibrahim a.s. Hari Khamis: Selepas Maghrib, bacalah sebanyak 800 kali:



Anda akan dipelihara oleh 8000 malaikat. Pantang: Tidak boleh minum air untuk sehari semalam. Khasiatnya: Ditakuti dan digeruni oleh sekalian haiwan buas dan mendapat limpah kurnia Saiyidina Ali k.w. Hari Jumaat: Selepas Maghrib, bacalah sebanyak 600 kali:



Anda akan dipelihara oleh 6000 malaikat. Pantang: Jangan makan makanan yang dimasak dengan api sehari semalam. Khasiatnya: Dilepaskan daripada sebarang bahaya dan diterangkan hati dan mendapat syafaat Nabi Muhammad s.a.w. Hari Sabtu: Selepas Maghrib, ucaplah sebanyak 400 kali:



59



© Suhadi Sahari 2007



Anda akan dipelihara oleh 4000 malaikat. Pantang: Tidak boleh tidur sehari semalam. Khasiatnya: Ditakuti dan digeruni oleh sekalian makhluk bernyawa yang boleh memudaratkan dan dilimpahi kurnia Nabi Nuh a.s. KHADAM PEMELIHARA TIDUR



Sebelum tidur atau sekiranya anda rasa terganggu, bacalah ayat di atas 3 kali dan Ayatul Kursi 3 kali (seperti di bawah):



Sambil anda mengulang-ulangkan bacaan ayat ini 3 kali:



Lakukan semuanya 3 kali. Kemudian, mengiringlah ke sebelah kanan dan bacalah apa sahaja zikir sehingga anda terlena. Insya-Allah, anda akan tidur dalam keadaan dikawal oleh khadam Ayatul Kursi. Tidur anda akan aman dari sebarang gangguan.



MALAIKAT PENJAGA TIDUR



60



© Suhadi Sahari 2007



Engkau gerakkan aku pada …(awal Subuh/ pada jam …)…” Penjaga yang di seru adalah malaikat penjaga waktu (tidur). Amalkanlah bacaan di atas selama 40 hari. Setelah itu (setelah serasi), anda bolehlah menyeru untuk permintaan lain seperti:



Engkau tolong gerakkan aku sekiranya ada sesuatu yang boleh memudaratkan bakal terjadi kepadaku, keluargaku, rumahku atau harta-bendaku semasa aku sedang tidur.” Malah, juga permintaan lain (apa sahaja) seperti:



Engkau tolong halaukan atau jauhkan …(haiwan buas, haiwan berbisa, sihir, racun santau, serangan musuh dan seumpamanya)… daripada menggangguku dan keluargaku semasa kami sedang tidur.”. KHADAM PENJAGA BADAN



Bacakan seruan di atas sebelum tidur malam. Insya-Allah, badan anda akan dijaga oleh khadam yang diseru itu. Insya-Allah, anda akan tidur lena tanpa sebarang gangguan atau bencana (yang ghaib atau yang nyata). Insya-Allah, anda akan selamat. KHADAM PENGGERAK



Bacakan seruan di atas sebelum tidur malam. Insya-Allah, sekiranya ada sesuatu yang memudaratkan bakal terjadi semasa anda tidur (seperti serangan haiwan, sengatan berbisa, sihir, kecurian dan seumpamanya), anda akan digerakkan oleh khadam tersebut sehinggalah anda bangun. MELIHAT PERKARA GHAIB



61



© Suhadi Sahari 2007



Sekiranya anda ingin melihat benda atau perkara-perkara yang ghaib, sebelum tidur ambillah air sembahyang dan berbaringlah di tempat yang bersih. Kemudian, bacalah ayat di atas terus-menerus sehinggalah anda tidur. Insya-Allah, penjaga ayat tersebut akan menunjukkan segala-galanya kepada anda (di dalam mimpi).



62



© Suhadi Sahari 2007



PENUTUP Bismillahirrahmanirrahim. Assalamu’alaikum warahmatullahi Ta’ala wabarakatuh serta salam sejahtera kami ucapkan kepada para pembaca sekalian. Kami berharap anda berpuas hati dengan isi kandungan buku “Penawar Racun” ini yang telah diolah seperti seadanya agar tidak mengecewakan mana-mana pihak. Namun begitu, kami memohon ribuan maaf sekiranya terdapat sebarang kekurangan atau sesuatu yang boleh menyinggung perasaan mana-mana pihak. Sesungguhnya, kami juga manusia biasa. Apa yang baik jadikanlah panduan dan apa yang kurang baik jadikanlah sempadan. Sekian. Terima kasih. Wabillahi taufik walhidayah, wassalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.



63



© Suhadi Sahari 2007