Falsafah 4.0 Estetika [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

Estetika Landskap



Keperluan Hayat



Kestabilan Identiti & Budaya



ESTETIKA LANDSKAP



Perlindungan & Keselamatan



Keindahan Tampak



Perbincangan mengenai estetika landskap telah bermula sejak 1950-an lagi. Beberapa tokoh terkenal yang membicarakan aspek estetika landskap adalah Dewey (1958), Hepburn (1968), Appleton (1975, 1980, 1982), Bunkse (1977) dan Ashihara (1983). Perbicaraan tokohtokoh ini lebih menjurus kepada persoalan objek seni secara tampak dan kurang menyentuh aspek alam sekitar yang bersifat ‘ditanggapi’. Bourassa (1988) berpendapat pembangunan 1



landskap sesuatu kawasan tidak seharusnya mementingkan nilai seni sesuatu objek secara tampak semata-mata sebaliknya harus mengambil kira aspek ‘ditanggapi’ ke atas sesuatu unsur alam sekitar yang lahir daripada naluri dalaman; sesuatu yang dihayati secara tersembunyi oleh individu itu sendiri.



Bagi menjelaskan idea ‘alam sekitar yang ditanggapi’ ini, Bourassa telah mengemukakan teori estetika landskap melalui rencana beliau berjudul Toward A Theory of Lanfscape Aesthetics. Teori ini membahagikan estetika landskap kepada dua kategori iaitu teori hayat dan teori budaya. Kedua-dua teori ini menekankan aspek alam sekitar yang ‘ditanggapi’. Teori hayat tentang estetika landskap terdiri daripada dua iaitu teori habitat dan teori peluang dan perselindungan.



Teori hayat ini umumnya menolak aspek keindahan tampak sebaliknya menekankan keindahan yang ditanggapi sebagai asas dalam menilai estetika landskap. Teori habitat menekankan keperluan alam sekitar dalam memuaskan keperluan hayat yang tercetus daripada naluri. Ini bermakna, sesuatu objek dan unsur alam sekitar tidak dinilai akan keindahannya berdasarkan deria mata sebaliknya keindahannya tercetus daripada perasaan indah yang ditanggapi oleh naluri.



Teori peluang dan perselindungan pula menekankan aspek alam semula jadi yang harus menyediakan persekitaran yang membolehkan individu ‘melihat tanpa dilihat’. Ini bermakna, sesuatu objek dan unsur alam sekitar harus ‘melindungi keselamatan’ individu dan bukan mewujudkan bencana. Pada masa yang sama, individu harus mempunyai peluang untuk melindungi dirinya daripada bencana, secara sengaja atau tidak disengajakan.



Berdasarkan kedua-dua teori itu (teori habitat dan teori peluang dan perselindungan), dapat dirumuskan bahawa pengalaman akan mempengaruhi cara individu mempersepsi alam 2



sekitar dalam memuaskan keperluan biologi. Keperluan biologi itu sendiri menjelaskan persepsi dalaman dan tidak hanya bersandarkan kepada unsur tampak sahaja tetapi juga tanggapan yang dibuat mengikut naluri. Teori budaya juga terbahagi kepada dua iaitu teori keindahan tampak dan teori kestabilan-identiti budaya. Teori budaya menekankan aspek keindahan tampak, tidak seperti teori hayat yang menekankan aspek keindahan yang ditanggapi. Teori keindahan tampak menekankan aspek keinginan individu untuk memelihara persekitaran bagi mengekalkan ciri indah sesuatu objek atau unsur alam sekitar. Ini bermakna, deria mata sebagai kuasa melihat akan menghasilkan penilaian tampak ke atas sesuatu objek dan unsur alam sekitar.



Teori kestabilan-identiti budaya pula menekankan aspek nilai rupa bentuk sesuatu objek atau unsur alam sekitar yang berupaya menstabilkan identiti budaya sesuatu kumpulan masyarakat atau individu. Ini bermakna,sesuatu kumpulan masyarakat atau individu akan memastikan identiti dan budaya mereka diserlahkan dalam pembangunan dengan cara mengenakan kawalan terhadap alam sekitar. Kestabilan identiti dan budaya hanya wujud apabila kawalan yang dikenakan berupaya mengangkat maruah dan martabat identiti dan budaya yang dipertahankan.



3



Estetika Arkitektur



Teori Estetika Formal



ESTETIKA ARKITEKTU R



Teori Estetika Psikologis



Teori Estetika Ekspresionis



Secara umum kita ketahui bahawa arkitektur merupakan perpaduan antara ilmu pengetahuan dan seni, dengan didukung pula oleh teori Vitruvius yang menempatkan arkitektur sebagai disiplin ilmu yang memanfaatkan secara bersama rasional/logika dan emosi/perasaan. Pendekatan arkitektur menjadi bersifat multi-disiplin dan beragam, antara lain melalui pendekatan seni yang didasari nilai-nilai estetika. Dengan menilai arkitektur sebagai seni bererti, 4



teori-teori seni atau teori-teori estetika harus pula diterapkan pada arkitektur. Teori estetika arkitektur pada dasarnya terbahagi kepada tiga iaitu: Teori Estetika Formal



Banyak berhubungan dengan seni klasik dan pemikiran-pemikiran klasik. Teori ini menyatakan bahawa keindahan luar bangunan menyangkut persoalan bentuk dan warna. Teori beranggapan bahawa keindahan merupakan hasil formal dari ketinggian, lebar, ukuran (dimensi) dan warna. Keindahan terdapat dalam bentuk dan disebabkan oleh bentuk serta perasaan yang diakibatkannya. Rasa indah merupakan emosi langsung yang diakibatkan oleh bentuk tanpa memandang konsep-konsep lain. Teori ini menuntut konsep ideal yang mutlak yang dituju oleh bentuk-bentuk indah, mengarah pada



mistik.



Dalam



kritik



arkitektur



pemikiran



demikian



berpengaruh terhadap konsep yang mencari rahsia keindahan dari kaitan arkitekur dengan matematik dalam hubungan dimensi tinggi, lebar, ketebalan, panjang dan sebagainya, menghasilkan keindahan bangunan yang dibentuk oleh segitiga, lingkaran, segilima, modul dan sebagainya. Teori



Estetik Teori menyebut bahawa keindahan tidak selalu terjelma dari



Ekspresionis



bentuknya tapi dari maksud dan tujuan atau ekspresinya. Teori ini beranggapan bahawa keindahan karya seni terutama tergantung pada apa yang diekspresikannya. Dalam arkitektur, keindahan dihasilkan oleh ekspresi yang paling sempurna antara kekuatan gaya tarik dan kekuatan bahan. Ada pula yang mendasarkan keindahan seni adalah ekspresi idea etnik atau doktrin agama. Bahawa keindahan dan kegunaan bangunan timbul dari ekspresi karya dan pemikiran terhadap Tuhan. Timbulnya bangunan gereja gaya ‘gothic’ kerana menganggap ‘gothic’ adalah gaya Kristian terbaik. Kini anggapan dasar utama keindahan arkitektur adalah ekspresi fungsi atau kegunaan sesuatu bangunan.



Teori Estetik Psikologis



Menurut teori ini keindahan mempunyai tiga aspek: 5



1. Merupakan irama yang sederhana dan mudah. Dalam arkitektur, pemerhati merasa dirinya mengerjakan apa yang dilakukan bangunan dengan cara sederhana, mudah dan lancer. Ertinya, keindahan ada dalam penampilan kekuatan sesuatu bangunan, dalam garis-garis horizontal yang tenang, tidak menimbulkan gerak dan kesederhanaan. 2. Keindahan merupakan akibat dari emosi yang hanya dapat diperlihatkan



dengan



prosedur



psikoanalitik.



Setiap



pengalaman atau pengamatan yang sedar merupakan kejadian yang rumit. Rasa indah bukan merupakan gabungan dari perasaan; daya ingat, gerak hati pemerhati dan sebagainya yang menggema secara serentak menyeluruh. Karya seni mendapat kekuatan keindahannya dari reaksi yang berbeza secara keseluruhan 3. Keindahan merupakan akibat rasa kepuasan si pemerhati sendiri terhadap objek yang dilihatnya.



Ketiga-tiga teori ini merupakan manifestasi untuk menerangkan keindahan dari berbagai perspektif: secara mistikal, emosional ataupun ilmiah intelektual.



Perbincangan 6



Estetika sebagai cabang falsafah juga dikenali sebagai falsafah keindahan. Estetika berasal daripada bahasa Yunani aisthetika yang bermaksud hal-hal yang dapat dicerap dengan indera atau aisthesis yang bermaksud cerapan indera. John Dewey menjelaskan estetika sebagai sistem pengkajian seni yang dianggap sebahagian dari satu ekspresi yang mencakupi makna, di peringkat luar atau dalaman. Croce B. (1978) menjelaskan estetika merupakan satu institusi pemahaman terhadap sesuatu yang ‘real’. Estetika adalah dari pengalaman rasa yang ‘total’ dan sempurna. Henri Bergson (1977) menyentuh intuiti dalam estetika sebagai tindakan dan penyertaan dalam pengalaman langsung seseorang.



Estetika digambarkan sebagai kajian falsafah tentang keindahan dan kejelekan. Estetika juga berkaitan dengan nilai bukan moral. Ini demikian kerana estetika mengkaji nilai kecantikan dan kesenian dalam pelbagai objek yang ditemukan dalam alam ini. Estetik adalah tanggapan dan kefahaman kita terhadap menilai seni. Estetik ini merangkumi penglibatan deria dalam konteks penghasilan dan penghargaan objek seni. Estetik adalah proses memahami bagaimana sesuatu itu membuat pertimbangan tentang objek-objek seni (2D dan 3D). Dari sudut estimologi estetika membawa erti bidang falsafah yang mengkaji atau menyelidik tentang keindahan. Estetika bergantung kepada 2 faktor iaitu bahasa dan objek seni.



Pada kesimpulannya estetika itu adalah nilai-nilai indah yang perlu ada dalam setiap penghasilan karya-karya seni. Nilai indah adalah sesuatu yang subjektif dan bergantung atas budaya kepercayaan seseorang itu. Sesuatu yang indah diatas kacamata Barat tak semestinya indah atas kacamata Islam. Seorang seniman Barat pernah mengatakan bahawa jika anda ingin melihat keindahan maka lihatlah dibawah tapak kasut ku. Dalam seni visual, istilah pendidikan estetik yang digunakan merangkumi pelbagai bidang penghasilan arca iaitu lukisan, catan, cetakan, arca, kraf dan sebagainya.



Ahli falsafah masih lagi membincangkan isu kecantikan dan estetika hingga ke hari ini. Terdapat dua cara untuk melihat sifat kecantikan iaitu konsep relativist dan konsep objektivist. 7



Konsep Relativist



Konsep Objektivist



Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi



Sangat bertentangan dengan konsep relativist.



perbezaan pendapat mengenai kecantikan. Faktor



Konsep ini percaya kecantikan sememangnya telah



utama adalah persekitaran individu, nilai, budaya



sedia ada bersama karya seni dan bukan terletak



serta cara hidup. Pandangan golongan relativist



pada persepsi seseorang. Teori yang diguna pakai



terhadap kecantikan adalah subjektif dan abstrak.



dari zaman Greek klasik ini menjelaskan bahawa



Golongan



kepelbagaian



kecantikan dapat dibahagikan kepada kriteria



budaya dan perubahan cita rasa mempengaruhi



tertentu seperti yang terdapat dalam elemen dan



persepsi seseorang terhadap kecantikan.



prinsip-prinsip dalam seni.



ini



percaya



bahawa



Tindakbalas estetik merujuk kepada tindak balas spontan terhadap karya. Ianya berlaku melalui hasil karya dan juga melalui pengamatan terhadap alam: a) Kualiti Literal atau Imitanionalism 



keupayaan pengkarya untuk menghasilkan karya secara realistik melalui peniruan alam sekeliling Sebagai contoh, pengkarya yang melukis imej realistic penunggang kuda, kualiti literal pada lukisan ini adalah imej lelaki yang menunggang kuda tersebut yang ditonjolkan secara realistik.



b) Kualiti Rekaan atau Formalism 



kaedah menyusun elemen dan prinsip seni di dalam sesuatu karya. Sebagai contoh, bagaimanakah artis atau pengkarya mengutamakan elemen imbangan, garisan, ritma dan sebagainya.



c) Kualiti Ekspresif atau Kualiti Emosi 



menghuraikan makna karya dari aspek meningkatkan dan melihat tindak balas emosi, mood dan idea penonton yang mengamati karya.



8



Seni adalah salah satu komponen kebudayaan. Dalam percakapan biasa perkataan “kebudayaan” digunakan secara bergalang ganti dengan “kesenian.” Misalnya ungkapan “malam kebudayaan” sebenarnya merujuk malam kesenian. Pada hakikatnya kesenian mempunyai pengertian yang berbeza daripada kebudayaan. Huraian berikut akan menjelaskan pengertian kesenian secara baku dalam pengajian kesenian. Kesenian membawa maksud yang berlapislapis. Pada paras paling umum kesenian boleh didefinisikan sebagai ciptaan dan juga penghayatan kreatif. Kata kunci pengertian kesenian adalah “kreatif.” Ciptaan seni (atau karya) adalah dalam bentuk benda dan bukan-benda. Perkataan “kesenian” yang digunapakai dalam bahasa Melayu pada hari ini adalah berasal daripada perkataan Jawa tetapi pengertiannya adalah diasaskan kepada konsep “art” dari dunia pemikiran Barat.



Masyarakat Melayu mempunyai konsep kesenian sendiri. Ia disebut sebagai karangkarangan dan perhiasan (Sejarah Melayu, edisi A. Samad Ahmad, 1986: 33-35). Kesenian Melayu menekankan ciri-ciri dan kesan kehalusan, keberukiran, keseimbangan, keharmonian, keindahan dan ketenangan. Walau bagaimanapun, kesenian Melayu pada hari ini lebih menitikberatkan persoalan kesan, dan ia tidak lagi terikat kepada kehalusan, keberukiran, keseimbangan, keharmonian, keindahan dan ketenangan. Ia juga tidak lagi terikat kepada “cantik” atau “tidak cantik.” Senario perkembangan kesenian Melayu tidak banyak berbeza daripada kesenian Barat. Misalnya, pada hari ini terdapat banyak karya seni yang kasar, tidak cantik dan tidak haromis yang dianggap “karya seni” oleh orang Melayu.



Konsep kesenian tersirat dalam pengertian estetika iaitu suatu falsafah tentang penghayatan, tanggapan (resepsi), rasa senang, terharu, menenangkan, bergetar jiwa, syahdu, tersentuh, terdorong untuk bertafakur dan berfikir, merenung, terkesan dan berasa peka (terhadap sejarah, kemanusiaan, masyarakat, alam, agama/ketuhanan dan sebagainya) berasaskan penakulan (cognation), iaitu proses pengalaman, pengetahuan dan cita rasa yang sedia wujud atau dimiliki dalam memori seseorang, terhadap sesebuah karya seni.



9



Bibliografi: Anumba, C., Ugwu, O., Newnham, L., & Thorpe, A. (2002). Collaborative design of structures using intelligent agents. Automation in Construction, 11, 89-103. Borhanuddin A Rahman, Sistem Senibina Rumah Tradisional Melayu di Kuala Terengganu dan Persekitarannya, Kajian Ilmiah PBP, 1983 Bourassa, S.C. 1988. Toward a theory of landscape aesthetics. Landscape and urban planning. Vol. 15: 241-252 Idris Ahmad, Pendekatan Spiritual dalam Pembinaan Rumah Melayu di Seberang Perai, Kajian Ilmiah PBP, 1984 Rudofsky, Architecture Without Architects: A Short Introduction to Non-Pedigreed Architecture. Doubleday, 1964 Omar, R., Ali Rahman, Z., Latif, M.T., Lihan, T. and Adam J.H. (Eds.) Proceedings of the Regional Symposium on Environment and Natural Resources 10-11 th April 2002, Hotel Renaissance Kuala Lumpur, Malaysia. Vol. 1: 296-304 Saharudin A.Samad, Pondok Sebagai Unsur Utama dalam Rekabentuk Alambina, Kajian Ilmiah PBP 1984 Tengku Mohamed Affandi, Penggunaan Unsur-unsur Spiritual dalam Arkitektur Tempatan, Kajian Ilmiah PBP, 1984 Turner, "Housing as a Verb", Freedom to Build: Dweller Control of the Housing Process, Macmillan, 1972, m.s. 148-175 http://ummatanwasatan.net/2010/01/islam-di-sebalik-arkitekturnya/?cat=239 http://www.senihias.com/v2/?author=1&paged=11 http://www.hbp.usm.my/wburhan/arkitektursbina.htm http://www.harum.com.my/female.php?id=748



10