Hmef 5023 Educational Leadership [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

POSTGRADUATE DIPLOMA IN TEACHING



SEMESTER JANUARI 2019



HMEF 5023 EDUCATIONAL LEADERSHIP



NAMA



:



NURUL FARHANA MUDA



NO. MATRIKULASI



:



CGS 01932926



NO. KAD PENGNEALAN



:



870928115112



NO. TELEFON



:



01110702294



E-MEL



:



[email protected]



PUSAT PEMBELAJARAN :



TERENGGANU LEARNING CENTRE



0



ISI KANDUNGAN



Bil



Perkara



Halaman



1



Ulasan Jurnal



2



2



Kesimpulan



3



3



Soalan 2



5



4



2.1 Metodologi kajian



5



5



2.2 Latar belakang responden



6



6



2.3 Hasil kajian



7



7



2.4 Perbincangan



8



8



Rujukan



10



9



Lampiran



11



1



SOALAN 1 1.1



ULASAN JURNAL :-



TAJUK : ETHICAL LEADERSHIP AND TEACHERS VOICE BEHAVIOR : THE MEDIATING ROLES OF ETHICAL CULTURE AND PSYCHOLOGICAL SAFETY OLEH : MESUT SAGNAT Petikan : Journal of Educational Sciences: Theory And Practice Volume 17 Issue 4 P1101-1117



Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengkaji hubungan diantara etika budaya dan keselamatan psikologi dengan etika kepimpinan dan kebebasan guru bersuara. Hasil kajian menunjukkan etika kepimpinan dan kebebasan guru bersuara mempengaruhi etika budaya dan keselamatan psikologi. Penulis adalah Mesut Sagnat daripada Omer Halisdemir University menjalankan kajian berdasarkan hipotesis berikut: 



Etika kepimpinan mempengaruhi kebebasan guru bersuara







Etika kepimpinan mempengaruhi budaya sekolah







Etika budaya mempengaruhi kebebasan guru bersuara







Etika budaya mempengaruhi hubungan antara etika kepimpinan dan kebebasan guru bersuara



Kajian ini dijalankan secara penyelidikan kuantitatif yang memerlukan kepada responden yang ramai untuk mengukur pemboleh ubah bagi penyelidikan tersebut. Kaedah yang digunakan adalah melalui kaedah pengumpulan data numerika yang dikumpulkan dan dianalisis mengikut ujian statistiK. data-data ini perlu diukur bagi menyatakan kewujudan hubungan diantara pemboleh ubah yang digunakan dalam kajian. Mesut Sagnat telah mengumpulkan sampel seramai 342 orang guru daripada 25 buah sekolah rendah dan menengah di Turki. 58.3 % adalah guru perempuan manakala 41.7% adalah guru lelaki.



2



Empat instrumens digunakan dalam kajian ini iaitu etika kepimpinan, kebebasan bersuara, etika budaya dan keselamatan psikologi. Soalan kaji selidik yang dikemukakan oleh penulis memerlukan responden menanda skala 1 -5 yang mana skala 1 ialah sangat tidak bersetuju dan skala 5 ialah sangat bersetuju. 10 soalan adalah berkaitan dengan etika kepimpinan, 6 soalan berkaitan dengan kebebasan bersuara, 14 soalan berkaitan dengan etika budaya dan 7 soalan berkaitan dengan keselamatan psikologi. Data- data yang diperolehi di analisis menggunakan pemboleh ubah yang di malarkan, pemboleh ubah manipulasi dan pemboleh ubah bergerak balas.



Hasil kajian menunjukkan etika kepimpinan sangat dipengaruhi oleh etika budaya dalam sesebuah organisasi, keselamatan psikologi dan kebebasan guru bersuara. Kebebasan guru untuk bersuara pula dipengaruhi oleh etika budaya dan keselamatan psikologi di dalam sesebuah organisasi. Hubungan diantara etika kepimpinan dan kebebasan guru bersuara adalah dipengaruhi oleh keselamatan psikologi dan etika budaya. Pemimpin memainkan peranan yang penting dalam memotivasikan para pekerja dan memastikan segala visi dan misi organisasi tercapai.



1.2



KESIMPULAN Seorang pemimpin perlu mengamalkan etika kepimpinan yang selaras dengan nilai-



nilai moral supaya para pekerja dapat menghormati mereka dan melaksanakan setiap tugasan yang diamanahkan dengan sempurna. Pemimpin juga bertanggungjawab untuk memastikan para pekerja berasa selamat dan terjamin sepanjang berada di tempat kerja. Para pekerja perlu mendapat sokongan dan galakan daripada pemimpin supaya mereka bebas ubtuk menyuarakan pendapat masing-masing dalam menyelesaikan segala permasalahan yang berlaku di tempat kerja.



Dalam organisasi sekolah, guru besar selaku pemimpin perlu menyediakan suasana yang kondusif dan selamat untuk guru-guru dan juga murid-murid di sekolah. Hubungan yang baik diantara guru besar dan guru-guru di sekolah akan merangsang guru-guru untuk sentiasa berkongsi masalah dan menyuarakan pendapat serta idea-idea baru dalam meningkatkan prestasi sekolah. Selain itu juga, guru besar perlu memahami budaya masayarakat setempat dan persekitaran sekolah supaya tidak menyentuh isu-isu yang sensitif yang boleh menjarakkan hubungan sesame mereka. 3



Kekuatan kajian ini ialah penulis dapat membuktikan setiap hipotesis yang dibuat pada awal kajian adalah benar dengan menggunakan instrumens yang telah ditetapkan. Penulis juga memilih responden yang ramai daripada peringkat rendah dan menengah dalam menjalankan kajian. Berdasarkan kajian yang dijalankan, penulis telah merangka soalan kaji selidik secara teliti untuk mendapatkan maklumat yang tepat daripada responden. Data-data yang diperolehi juga dianalisis mengikut 4 instrumens utama iaitu etika kepimpinan, kebebasan bersuara, etika budaya dan keselamatan psikologi. Penulis juga mengambil kira kajian-kajian yang lepas sebagai rujukan. Perbincangan hasil dapatan kajian juga tersusun dan dihuraikan dengan jelas dan tepat.



Kelemahan kajian ini ialah responden yang dipilih oleh penulis melibatkan guru-guru sahaja tanpa melibatkan kakitangan sekolah. Kaedah pengumpulan data juga adalah secara borang soal selidik sepenuhnya dan menggunakan kaedah kajian kuantitatif. Selain itu juga, kajian dijalankan berteraskan kepada organisasi pengurusan sekolah di Turki sahaja dan tidak membuat perbandingan dengan negara lain. Penulis tidak mengkaji hubungan empat instrumens asas dalam kajian ini berdasarkan kepada jantina guru, yang mana penulis boleh membuat perbandingan diantara guru lelaki dan guru perempuan.



Kesimpulannya, kajian ini menunjukkan bahawa guru besar selaku pemimpin di sekolah memainkan peranan yang sangat penting dalam memastikan pembentukan etika budaya, kebebasan guru bersuara dan keselamatan psikologi guru sepanjang berada di sekolah. Guru besar perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk mengekalkan hubungan yang baik diantara guru dan kakitangan sekolah untuk memastikan segala maklumat dan perancangan dapat dilaksanakan dengan lancar serta mendapat kerjasama daripada semua pihak. Hubungan yang baik ini juga dapat melahirkan guru-guru yang berintegriti dan saling hormat – menghormati sesama mereka.



4



SOALAN 2



Berdasarkan kajian jurnal yang telah ditulis oleh Mesut Sagnat, saya telah menjalankan satu kajian kualitatif untuk mengetahui tentang etika kepimpinan guru di sesesebuah sekolah. Penyelidikan kualitatif ini memerlukan pemerhatian yang teliti. Selain itu juga, penyelidikan kualitatif tidak memerlukan responden yang ramai tetapi memperolehi maklumat yang berkualiti dengan memberikan tumpuan kepada sampel yang kecil dalam satu kumpulan (Hamzah 2010).



2.1 Metodologi kajian



Kajian penyelidikan secara kualitatif memerlukan kepada pengumpulan data. Secara umumnya, data ialah pengiraan ke atas ciri-ciri, kejadian, fakta atau ukuran ke atas sesuatu peristiwa yang boleh dikira. Data-data ini terbahagi kepada dua iaitu data primer dan data sekunder. Data primer adalah data yang berasal daripada sumber asli yang dikumpul untuk menjawab persoalan kajian. Data ini diperolehi melalui proses eksperimen atau kajian lapangan seperti soal selidik, pemerhatian, temu bual dan sebagainya.



Kaedah pengumpulan data secara primer boleh dilakukan secara aktif dan pasif. Metodologi pengumpulan data primer adalah secara langsung dan secara tidak langsung. Kaedah menemurah secara langsung dijalankan secara bersemuka antara responden dengan penyelidik bagi mendapatkan maklumat yang lengkap. Penyelidik perlu membuat persiapan awal dengan menyedikan soalan sebelum menemuramah responden unruk mendapatkan maklumat kajian.



Didalam kajian ini saya telah memilih dua orang guru sebagai responden. Saya memilih beliau kerana beliau adalah orang yang bertanggungjawab dalam menguruskan organisasi di sekolah. Responden pertama adalah guru penolong Kanan 1 dan responden kedua adalah guru besar di dua buah sekolah rendah sekitar Kawasan Kuala Nerus, Terengganu. Kajian ini adalah berbentuk kajian secara kualitatif dan kaedah pengumpulan data adalah data primer secara langsung.



5



Data primer secara langsung dijalankan secara bersemuka diantara penyelidik dan responden atau disebut sebagai temuramah. Sebelum temuramah dijalankan saya telah menghubungi pihak sekolah melalui panggilan telefon untuk mendapatkan tarikh temujanji. kemudian saya menghantar surat makluman (lampiran 1.1,1.2) bersama draf soalan kepada responden melalui pejabat sekolah. Pihak responden sentiasa memberi kerjasama yang baik sepanjang proses tersebut dan saya tidak menghadapi sebarang halangan dan masalah untuk menjalankan temuramah.



Soalan-soalan temu ramah tersebut dibina secara berstruktur dan terbuka untuk mendapatkan maklumat yang jelas dan tepat daripada responden. Kajian ini dijalankan untuk mengetahui tentang etika kepimpinan dalam organisasi sekolah dan kebebasan guru dalam menyuarakan pendapat di dalam organisasi tersebut. Sebanyak 7 soalan dikemukakan dalam sesi temuramah tersebut. Sesi temuramah tersebut mengambil masa diantara 20 – 30 minit sahaja.



2.2



Latar belakang responden



Responden pertama adalah guru penolong kanan 1 di sebuah sekolah rendah. Beliau mempunyai pengalaman selama 26 tahun dalam bidang Pendidikan dan beliau mengajar mata pelajaran Pendidikan Islam. Beliau memulakan perkhidmatan beliau sebagai guru di S.K.LPK Muadzam Shah Pahang sekitar tahun 1993 dan seterusnya berpindah ke Ipoh, Perak dan mengajar disana selama 13 tahun sebagai guru Pendidikan Islam. Pada awal tahun 2012 beliau telah dinaikkan pangkat sebagai guru penolong kanan hal ehwal murid di S.K. Telok Pasu, kuala Terengganu. Beliau berkhidmat disitu selama 4 tahun dan kemudian bertukar ke S.K. Tok jiring, Kuala Nerus. Tidak lama selepas itu beliau dinaikkan pangkat kepada guru penolong kanan 1 di sekolah kebangsaan bukit tumbuh sehingga sekarang. Beliau sentiasa komited dengan setiap tugasan dan berpegang kepada prinsip kemenjadian murid bukan sahaja di lihat pada pencapaian cemerlang akademiknya tetapi juga perlu dilihat daripada sudut sahsiah juga.



Responden kedua adalah guru besar di sebuah sekolah rendah. Beliau berumur 41 tahun dan mempunyai 19 tahun pengalaman dalam bidang Pendidikan. Dalam usia yang masih muda beliau begitu komited dalam menjalankan tugas dan amanah sebagai guru besar 6



sekolah. Beliau mula berkhidmat sebagai guru pada tahun 2000 di sebuah sekolah sekitar Briekfield, Kuala Lumpur sebagi guru matematik dan kemahiran hidup. Selepas itu beliau berpindah ke kuala Terengganu dan bertugas sebagai guru penolong sehingga tahun 2010. Beliau dinaikkan pangkat kepada guru penolong kanan hem pada tahun 2011. Beliau berkhidmat sebagai guru penolong kanan hem di dua buah sekaloh iaitu S.K. Bukit petiti dan S.K. Bukit Wan. Tidak lama selepas itu beliau dinaikkan pangkat sebagai guru penolong kanan 1 dan berpindah ke S.K. Darat Batu Rakit, Kuala Terengganu. Dalam tempoh masa itu beliau telah terpilih untuk mengikuti program kelayakan professional pemimpin kebangssaan atau dikenali sebagai NPQEL (National Profesional Qualification for Executive Leadership) di Institut Aminuddin Baki selama 6 bulan untuk kenaikkan pangkat sebagai guru besar. Tahun 2019 beliau telah dilantik sebagai guru besar di sekolah kebangsaan kompleks tembesu, kuala Terengganu.



Responden pertama adalah guru perempuan manakala responden kedua adalah guru lelaki. Berdasarkan kepada maklumat yang diperolehi melalui temu ramah, kedua-dua responden mempunyai etika kepimpinan yang tinggi dan dihormati oleh guru dan kakitangan di sekolah. Walaupun responden kedua mempunyai sedikit jurang umur dikalangan guru dan kakitangan sekolah beliau tidak menghadapi masalah untuk mentadbir sekolah dan mendapat kerjasama daripada guru dan kakitangan di sekolah. Responden pertama juga mempunyai kredibiliti yang tinggi dalam membantu guru besar mentadbir sekolah. Beliau selaku guru penolong kanan 1 sentiasa memastikan hubungan yang baik terjalin antara pengurusan pentadbiran dan organisasi sekolah.



2.3



Hasil Kajian



Responden pertama berpendapat guru perlu diberi kebebasan bersuara di dalam organisasi sekolah kerana guru adalah faktor utama kejayaan di sesebuah sekolah selain daripada faktor murid. Guru yang bermotivasi dan mempunyai penilaian kendiri yang tinggi akan sentiasa dapat memberikan yang terbaik kepada murid-murid dan boleh menaikkan prestasi sekolah. Hubungan diantara pihak pentadbir dan guru di sekolah perlu sentiasa baik dan mesra bagi memastikan segala program yang dirancang oleh pihak pentadbir dapat dilaksanakan oleh guru dengan jayanya. Hasil kerjasama yang baik ini sekolah beliau telah



7



berjaya menempa kejayaan dalam arena sukan bola sepak. Kebitaraan sekolah beliau adalah dalam arena sukan bola sepak.



Begitu juga dengan responden yang kedua, selaku guru besar beliau lebih kepada memantau setiap perjalanan sistem sekolah supaya selari dengan visi dan misi sekolah. Beliau sentiasa memberi peringatan kepada guru – guru dan kakitangan agar berkongsi setiap masalah yang dihadapi dalam melaksanakan tugasan sekolah. Beliau juga peka dengan keperluan emosi guru dan sentiasa bertolak ansur dengan guru-guru dan kakitangan beliau. Beliau juga sentiasa terbuka untuk menerima kritikan daripada guru-guru dan kakitangan supaya sekolah dapat ditadbir dengan baik. Dalam situasi beliau yang masih baru di sekolah tersebut beliau sentiasa mengalu-alukan sumbangan pendapat dan idea daripada guru-guru yang lebih berpengalaman. Walaupun dilantik sebagai guru besar dalam usia yang masih muda beliau begitu matang dalam membuat keputusan dan mentadbir sekolah. Kejayaan terbesar di sekolah beliau ialah apabila berjaya Menjadi Johan Anugerah Imarah Kategori Musolla Sekolah-Sekolah Assis Peringkat Kebangsaan 2018.



2.4



Perbincangan Pada pendapat saya, terdapat perbezaan cara kepimpinan yang ditunjukkan oleh guru



lelaki dan guru perempuan. Ini dapat dilihat melalui cara penyelesaian masalah yang dilaksanakan oleh mereka apabila berkaitan dengan salah laku guru. Responden pertama iaitu guru perempuan lebih cenderung untuk memberi teguran secara personal terlebih dahulu kepada individu tersebut dan jika tiada perubahan barulah diberi teguran secara terbuka di dalam mesyuarat guru. Ini berlainan dengan responden pertama yang mana beliau menegur secara terbuka terlebih dahulu di dalam mesyuarat guru dan jika tiada perubahan, individu tersebut akan dipanggil secara personal. Walaubagaimanapun, kedua-dua responden menggunakan corak kepimpinan secara demokrasi yang mana masih ada perbincangan dan tolak ansur kepada guru-guru jika mereka menghadapi masalah dalam menyelesaikan tugasan atau mematuhi peraturan sekolah. Beliau terlebih dahulu akan mengenalpasti punca masalah dan berbincang dengan individu tersebut sebelum mengambil tindakan tatatertib atau memberi hukuman. Selai itu juga, kedua-dua responden mempunyai hubungan yang baik dengan guru-guru dan kakitangan sekolah mereka. Pelbagai program telah dirancang untuk mengeratkan ukhwah sesama guru dan 8



kakitangan sekolah serta murid-murid. Antaranya adalah hari keluarga dan program lawatan sekolah. Responden 1 dan 2 juga sentiasa memberi galakan dan motivasi kepada guru-guru untuk sentiasa komited dengan tugasan sekolah. Beliau juga memberi inisiatif dan penghargaan kepada guru-guru yang berjaya menaikkan prestasi sekolah. Segala pencapaian dan kecermelangan ini direkodkan. Mereka juga sentiasa memberi ruang dan peluang kepada guru-guru untuk menambahkan ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam pengajaran dan pembelajaran melalui latihan dalam perkhidmatan dan peluang untuk menyampung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Bagi menjamin etika kepimpinan di sekolah, guru besar perlu bijak membuat pembahagian tugas kepada guru-guru penolong kanan, guru - guru panitia dan ketua bidang kerana guru besar tidak selalu berada di sekolah. Pembahagian tugas ini akan memudahkan guru besar memantau dan mengawasi perjalanan program sekolah. Guru-guru penolong ini bertanggungjawb untuk membantu guru besar dalam memastikan proses pengajaran dan pembelajaran murid – murid tidak terjejas walaupun guru besar tiada di sekolah. Dalam dunia yang serba canggih ini, segala maklumat dapat di sampaikan dengan cepat dan mudah melalui aplikasi whatsapp, telegram dan lain-lain lagi. Guru besar sewajarnya menggunakan inisiatif ini untuk sentiasa berhubung dengan guru-guru dan kakitangan sekolah untuk memberi respon yang cepat dan menyebarkan maklumat yang tepat kepada guru-guru. Justeru itu, dapat disimpulkan disini etika kepimpinan dalam organisasi sesebuah sekolah adalah sangat penting dalam menentukan hala tuju sekolah dan menjadi faktor utama dalam menentukan kecermelangan murid-murid. Suasana sekolah yang aman dan kondusif dapat mewujudkan guru-guru yang berkaliber dan berintegriti dalam mendidik generasi akan datang ke arah kecermelangan di dunia dan akhirat.



9



RUJUKAN



1. Ang Kean Huat (2016) Pengenalan Langkah Kerja Metodologi Dalam Kajian Penyelidikan: Satu Kajian Kes, Malaysia. Jurnal Of Social Sains And Humanities, University Putra Malaysia 2. Hamzah, A. (2010). Kaedah Kualitatif Dalam Penyelidikan Sosiobudaya. Jurnal Kajian Media Malaysia.6(1). 3. Mariani Md Nor, Mohd Nazri Abdul Rahman, Norazana Mohd Nor, Nor’ain Mat Talha, Ahmad Zabidi Abdul Razak. (2016). Amalan Kepimpinan Pengajaran Untuk Penambahbaikan Sekolah: Retrospeksi Guru Besar Sekolah Berprestasi Tinggi. Jurnal Kepimpinan Pendidikan 3(3) :45 – 53



4. Tengku Sarina Aini Tengku Kassim, Fatimah Sahida Abdurajak, Yusmini Md Yusoff, Madiha Baharuddin. (2017). Pendekatan konstruktivisme di Malaysia dan Brunei Darussalam: Satu Tinjauan Awal Terhadap Pengalaman Guru Pendidikan Islam. Jurnal of Islamic Education Research, 2(1): 23 - 35 5. Yusof @Saat Md Yassin, Ashley Ng Yoon Mool, (2016) HMEF 5023 Educational Leadership. Open University Malaysia 6. Yusof, R (2003). Penyelidikan Sains Sosial (Sosial Sains Research). Pahang, Malaysia: PTS Publications and Distributions (Malay Version).



(3000 patah perkataan)



10



LAMPIRAN LAMPIRAN 1.1 Open University Malaysia, Kuala Terengganu Learning Centre, Jalan Tengku Mizan, Bukit Tunggal, 21200 Kuala Terengganu, Terengganu. Guru Besar S.K.Bukit Tumbuh, Kampung Banggul, 21200 Kuala Terengganu, Terengganu. Tuan, Permohonan untuk temuramah Merujuk kepada perkara di atas, saya adalah pelajar dari Open University Malaysia, Kuala Terengganu dibawah program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah memohon untuk menemuramah tuan. 2 Tujuan pelaksanaan temuramah ini adalah untuk menyiapkan laporan kajian saya mengenai kepimpinan di sekolah. Bersama ini saya nyatakan tarikh, masa dan tempat yang dipilih untuk menemuramah tuan iaitu :



Tarikh : 28 Mac 2019 (Khamis) Masa : 9.00 pagi Tempat : S.K. Bukit Tumbuh



3 Bersama ini juga saya sertakan lampiran draf beberapa soalan yang ingin saya ajukan semasa menemuramah tuan.



4 Saya berharap pihak tuan dapat memberikan kerjasama yang baik dan segala kerjasama daripada pihak tuan saya dahului dengan ucapan terima kasih. Sekian, terima kasih.



Yang benar, Nurul Farhana bt Muda 11



LAMPIRAN 1.2 Open University Malaysia, Kuala Terengganu Learning Centre, Jalan Tengku Mizan, Bukit Tunggal, 21200 Kuala Terengganu, Terengganu. Guru Besar S.K.Kompleks Tembesu, Kampung Bukit Lapan, 21060 Kuala Terengganu Terengganu Tuan, Permohonan untuk temuramah



Merujuk kepada perkara di atas, saya adalah pelajar dari Open University Malaysia, Kuala Terengganu dibawah program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah memohon untuk menemuramah tuan. 2 Tujuan pelaksanaan temuramah ini adalah untuk menyiapkan laporan kajian saya mengenai kepimpinan di sekolah. Bersama ini saya nyatakan tarikh, masa dan tempat yang dipilih untuk menemuramah tuan iaitu :



Tarikh : 28 Mac 2019 (Khamis) Masa : 11.00 pagi Tempat : S.K. Kompleks Tembesu



3 Bersama ini juga saya sertakan lampiran draf beberapa soalan yang ingin saya ajukan semasa menemuramah tuan.



4 Saya berharap pihak tuan dapat memberikan kerjasama yang baik dan segala kerjasama daripada pihak tuan saya dahului dengan ucapan terima kasih. Sekian, terima kasih.



Yang benar,



Nurul Farhana bt Muda 12



LAMPIRAN 2



Soalan Temubual



1) Apakah latar belakang diri dan pendidikan puan? 2) Bagaimanakah hubungan puan ketika bersama guru dan kakitangan sekolah? 3) Bagaimanakah cara puan mengendalikan mesyuarat bersama guru dan kakitangan sekolah? 4) Jika tedapat perselisihan pendapat dikalangan guru, apakah pendekatan yang puan gunakan untuk menyelesaikan perselihan tersebut? 5) Bagaimanakah pendekatan puan dalam menangani masalah tingkahlaku guru yang bermasalah di sekolah? 6) Adakah masalah tingkahlaku guru ini mempengaruhi prestasi murid? 7) Apakah nasihat puan untuk bakal guru?



13



LAMPIRAN 3 TRANSKRIP TEMUBUAL 1 S: Soalan J : Jawapan S



Assalammualaikum puan..terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk temubual



saya ni..kita mula dengan soalan pertama ya..apakah latar belakang diri dan pendidikan puan? J



Saya Rozilawati binti Mokhtar Guru Penolong Kanan Pentadbiran di S.K.Bukit



Tumbuh mempunyai pengalaman selama 26 tahun dalam bidang Pendidikan. Saya berasal daripada kampung Batu Rakit, Terengganu dan lahir pada tahun 1969.. saya mengajar subjek Pendidikan Islam.saya mula posting di S.K.LPK Muadzam Pahang dan kemudian berpindah ke Ipoh di salah sebuah



disana selama 7 tahun dan lepas itu baru pindah ke



Terengganu..menagajar di S.K. Merang, Setiu selama 13 tahun dan setahun sebagai GPK HEM.sekitar tahun 2012 saya bertukar ke S.K.Telok Pasu.saya berkhidmat di S.K.Telok Pasu sehingga Ogos 2013.lepas tu saya berpindah ke S.K.Tok Jiring dan dinaikkan pangkat sebagai GPK 1 sehingga Disember 2018 kemudian saya berpindah ke S.K.Bukit Tumbuh pada Januari 2019 sehingga sekarang sebagai GPK 1 juga. S



Soalan kedua bagaimanakah hubungan puan ketika bersama guru dan kakitangan



sekolah? J



Hubungan saya bersama guru dan kakitangan sekolah adalah tiada masalah..hubungan



sentiasa baik dan kita cuba menjalin hubungan yang baik dan mesra itu supaya segala program sekolah dapat berjalan dengan lancar. Kita cuba menanam semangat ukhwah dikalangan pekerja sekolah sama ada pekerja swasta sehinggalah kepada pengawal sekolah. Jadi hubungan itu sentiasa baik dan tiada masalah. Ada juga kita buat program seperti lawatan dan hari keluarga secara berkala bersama guru dan kakitangan. Jika kita ada bawa murid ke tempat pertandingan kita juga guna masa yang ada itu untuk menjalin hubungan yang baik sesama guru dan murid. S



Soalan seterusnya, bagaimanakah cara puan mengendalikan mesyuarat Bersama



guru dan kakitangan sekolah? J



Biasanya jika pihak pengurusan ingin menjalankan mesyuarat, kita akan 14



maklumkan pada guru dan kakitangan melalui media sosial sehari atau 2 hari lebih awal..ermm..dan cara mengendalikannya adalah guru besar sebagai pengerusi, jika guru besar tiada di sekolah..saya akan menjadi pengerusilah..jika berkaitan dengan akademik dan jika berkaitan dengan hal ehwal murid..guru penolong kanan HEM akan jadi pengerusi.



S



Jika tedapat perselisihan pendapat dikalangan guru,apakah pendekatan yang puan



gunakan untuk menyelesaikan perselihan tersebut?



J



Perkara ini biasa berlaku dalam mesyuarat…tapi kita sebagai pihak pengurusan perlu



bijak menangani situasi dan mengawal mood mesyuarat jika ada guru yang tidak berpuas hati dengan apa yang kita cadangkan..macam perlantikan AJK program..kita terima dulu semua pendapat lepas itu kita bincang sampai semua berpuas hati. Ini penting supaya kita akan dapat kerjasama daripada semua pihak dan menjayakan program tersebutlah.. S



Maksudnya guru diberi kebebasan untuk bercakaplah ketika mesyuarat…



J



iya…iya..betul..guru sentiasa diberi kebebasan untuk menyuarakan pendapat dan



bagitahu apa yang mereka tidak puas hati. S



Kita terus dengan soalan berikutnya bagaimanakah pendekatan puan dalam



menangani masalah tingkahlaku guru yang bermasalah di sekolah? J



Masalah macam ni memang ada..lah..masalah kehadiran..disiplin..sambil lewa..tidak



komited..lewat masuk kelas..guru macam ni kita akan panggil secara face to face..personal untuk kita bagi nasihat..dan cuba tanya apa punca masalah dia..contohnya selalu datang lewat ke sekolah..kita akan tanya dulu lah..erm..apa punca dia lewat..pihak pengurusan kena tahu dulu lah..dan sekiranya memang dia betul ada masalah di rumah..kita akan bagi cadangan lah untuk dia selesaikan. Ada juga masalah guru lambat masuk kelas..kita akan tanya dulu apa masalah secara personal dan jika memerlukan tolak ansur bahagian pengurusan kita akan bagi lah kelonggaran..biasanya guru macam ni kita akan bagi cadangan pada guru tersebut supaya 15



bijak menguruskan masa dan tidak menjadikan situasi sebagai alasan..kadang-kadang kalau perlu kita akan tegur juga dalam mesyuarat secara umum supaya guru yang bermasalah itu dapat terasa lah yang pihak pengurusan ada buat pemantauan dan tahu salah laku yang berlaku di sekolah. S



Adakah masalah tingkahlaku guru ini mempengaruhi prestasi murid?



J



Ya..memang sangat mempengaruhi terutamanya kalau masalah lambat masuk kelas



jadi pdpc murid akan terganggu dan murid akan ketinggalan lah..jadi prestasi murid terjejas..ada juga yang tidak bersungguh-sungguh dan tidak komited dalam mengajar jadi ini mempengaruhi prestasi murid. Kadang-kadang ada ibu bapa yang prihatin dengan prestasi anak-anak ni dia akan buat aduan pula pada pihak pengurusan dan kita akan menyiasat lah tentang isu ini. Biasanya murid-murid ini dia akan bercerita pada emak ayah yang cikgu ni masuk lambat..ada cikgu masuk kelas tidak mengajar dan macam-macam ceritalah. Apabila ini berlaku, kita akan maklumkan terus dalam mesyuarat guru dan mengharapkan ada perubahan lah pada guru-guru yang terlibat. S



Apakah nasihat puan untuk bakal guru?



J



Untuk bakal-bakal guru, terutamanya kita perlu ada persediaan fizikal dan



mental..yang kedua kita perlu minat untuk jadi seorang guru..tapi ada juga sekarang ini yang masuk sebagai guru separuh hati sahaja dan mungkin guru adalah pilihan terakhir dia lepas dia tidak dapat pekerjaan lain..jadi bila jadi macam ini guru tersebut tidak akan jadi guru berdedikasilah..ikut pada pengalaman saya kita boleh nampak lalu macam mana seorang guru ini komited atau tidak dengan tugas dia..contoh kalau bagi tugasan buat sambil lewa.. jadi kita boleh nampaklah disitu yang nilai seorang guru tiada pada diri individu tersebut. Jadi untuk cikgu Farhana saya nasihatkan ingatlah yang menjadi guru ini adalah tugas yang mulia..dan kita kena ingat dua perkara penting iaitu nawaitu kita mestilah kerana Allah dan yang kedua kita sentiasa mahu melahirkan murid yang cemerlang dari segi akademik dan sahsiahnya sekali.



16



TRANSKRIP TEMUBUAL 2 S: Soalan J : Jawapan S



Assalammualaikum encik..terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk temubual



saya ni..kita mula dengan soalan pertama ya..apakah latar belakang diri dan pendidikan puan? J



Nama penuh saya Nor Shafizan bin Hussain berumur 41 tahun. Saya mula bersekolah



di Sekolah Rendah Kota Bharu kemudian masuk ke sekolah menengah..2 buah sekolah iaitu sekolah menengah kota kemudian masuk ke Sekolah Menengah Teknik Pengkalan Chepa..lepas habis sekolah tu saya masuk ke maktab perguruan teknik ambil diploma untuk subjek teras matematik dan kemahiran hidup untuk sekolah rendah. Tahun 1999 saya habis belajar dan 2000 terus posting di sekolah kuala lumpur..sempat mengajar di dua buah sekolah di Kawasan briekfields..kemudian saya pindah ke terengganu dan mula mengajar di Sekolah Kebangsaan Darat Batu Rakit, saya disana 2003-2011 selepas itu saya apply kenaikkan pangkat dan jadi penolong kanan hem di S. K. Telaga Papan selama 1 tahun 10 bulan kemudian berpindah ke S. K. Bukit Petiti selama 3 tahun juga sebagai PK Hem kemudian saya pindah ke Sekolah Bukit Wan selama 1 tahun 8 bulan kemudian pindah semula ke S.k. darat batu rakit sebagai penolong kanan pentadbiran dan selepas itu saya ikut program ..syarat untuk jadi guru besar dan berkursus di institut Aminuddin Baki selama 6 bulan. Saya mula berkhidmat sebagai guru besar di Sekolah Kebangsaan Kompleks Wakaf Tembesu ni bermula 2 Januari 2019 lah dan masih baru lagi lah. S



Soalan kedua bagaimanakah hubungan encik ketika bersama guru dan kakitangan



sekolah? J



Hubungan saya dengan guru dan kakitangan sekolah adalah baik walaupun terdapat



sedikit jurang umur saya tidak ada sebarang masalah. Bila kita masuk sekolah sebagai guru besar kita ada watak yang berbeza dengan cara kita sebagai guru penolong kanan dan guru biasa..jadi jenis saya ini..jenis yang bertolak ansurlah..tengok pada kemampuan guru kita dan setakat hubungan saya dengan guru dan kakitangan alhamdulillah, kita ada 47 orang guru dan 7 orang kakitangan. Setakat ni kebanyakan guru sudah mahir dalam tugasan masing-masing dan kita hanya banyak pada follow up sahaja. S



Soalan seterusnya, bagaimanakah cara encik mengendalikan mesyuarat bersama 17



guru dan kakitangan sekolah? J



Kita tengok pada mesyuarat yang kita akan buatlah sebab di sekolah kita ada guru



penolong jadi selalunya saya akan maklumkan awal pada PK kita dulu supaya dapat buat persediaan lebih awal. Kebanyakan info dan maklumat kita sebarkan dalam group wassap tapi dari segi rekod kita masih perlu pada yang bercetaklah. S



Jika tedapat perselisihan pendapat dikalangan guru,apakah pendekatan yang encik



gunakan untuk menyelesaikan perselihan tersebut? J



Biasanya dalam meeting ni cikgu akan banyak luahkan pendapat lah jadi perselisihan



memang akan berlaku..jadi ikut pada cara saya memang kita akan ambil jalan tengah yang tidak menyebelahi mana-mana pihak. Contohnya isu kehadiran murid ke sekolah..setengah guru ada yang nak laksanakan denda pada murid tetapi pada saya kita tidak buat macam tu pada murid sebab alasan lewat ni bukan kesalahan murid tapi bergantung kepada pengurusan parents dan pelbagai faktor lain..kalau tengok pun laluan sekolah memang selalu sibuk setiap pagi.. jadi kita ambil jalan tengah..7.30 kita akan tutup pagar dan emak ayah perlu hantar ikut pintu utama sahaja jadi lama kelamaan emak ayah ni dia malu lah kalau setiap hari hantar anak lambat jadi ada perubahan lah situ. S



Maksudnya guru diberi kebebasan untuk bercakaplah ketika mesyuarat…



J



Iya…iya..kita memang sentiasa terbuka dan galakkan guru kita untuk luahkan apa



sahaja dalam mesyuarat..sebab pada saya untuk kita urus organisasi ini memang kita perlu pada pendapat orang lain..lagi pun saya masih baru jadi perlu kepada pengalaman guru-guru yang dah lama berkhidmat untuk faham situasi sekolah. S



Kita terus dengan soalan berikutnya bagaimanakah pendekatan puan dalam



menangani masalah tingkahlaku guru yang bermasalah di sekolah? J



Pertama sekali kita akan sentuh dalam mesyuarat dulu secara umum..macam kita..buat



masa ini kalau melibatkan kehadiran kita akan siasat dulu lah..jarak dari rumah ke sekolah jauh ke..kadang-kadang ada anak OKU atau pasangan yang sakit kita akan bagi kelonggaran untuk dating lambat..kita akan kenalpasti dulu apa punca datan lewat..syarat kita mesti ada di sekolah 15 minit sebelum pdpc bermula tp kalau setakat 7.35 kita consider lagi lah. Ada juga kes yang kita dapat laporan terus daripada ibu bapa atau murid..kalau macam ni kita mula 18



menyiasat dulu..ada aduan yang direct pada saya melalui wassap..melalui pejabat dan murid sendiri kita akan panggil cikgu ni secara personal dan duduk berbincang untuk mencari penyelesaian. S



Pada pandangan encik adakah masalah tingkahlaku guru ini mempengaruhi prestasi



murid? J



Kalau masalah tingkah laku ni memang tidak dinafikan lah memang mempengaruhi



prestasi murid contoh tidak masuk kelas..ada juga yang kata cikgu garang sangat jadi murid tidak berminat nak hadir ke sekolah..dia salahkan pada cikgu tapi kita tidak akan terima bulat-bulat lah..kita akan siasat dulu..ada kemungkinan murid ni tidak siap kerja sekolah..tapi sayangnya parents ni dia lebih percaya pada anak berbanding dengan sekolah jadi bila ada kes macam ni kita akan tanyalah pada guru dan murid yang terlibat, kalau dalam kelas ada 27 orang tapi seorang je kata cikgu garang maknanya tidak boleh lah kita salahkan cikgu tersebut jadi pendekatan kita, kita akan duduk berbincang dengan parents untuk tahu masalah sebenar dan cuba selesaikan..susah juga bila kita jadi pentadbir ni..selalunya kita kumpul bukti dulu contoh kerja tidak siap ke dan tunjuk pada parents..kebanyakan parents sekarang ni berfikiran terbuka dan dorang boleh terima penjelasan kita. S



Apakah nasihat encik untuk bakal guru?



J



Nasihat saya pada cikgu ni pertama sekali adalah dunia Pendidikan kini tidak sama



macam dulu..cikgu ni kena sentiasa bersedia sebab tugas kit ani sentiasa wujud dalam pelbagai keadaan..tugas utama ialah mengajar tetapi kadang-kadang kita kena ambil berat juga pasal murid..ambil cakna dan situasi sekolah rendah berbeza dengan sekolah menengah..kalau sekolah rendah kita boleh Nampak lagi hubungan cikgu dengan murid tu dan kita ada masa untuk menyelami hati murid kita..tanya apa masalah..bila melibatkan hubungan sesama manusia ni dia banyak cabang..macam kat sekolah sendiri kita ambil contoh RMT..kita kena tahu mana murid kita yang keluarga nya perlu dibantu..lebih kurang macam tu lah. Selain itu juga guru sekarang kena cekap dalam bidang teknologi sebab kalau kita tengok..ramai cigu-cikgu pilih nak bersara awal sebab tidak boleh ikut dengan perkembangan teknologi sekarang..jadi sebagai bakal guru mahu tidak mahu kita kena lengkapkan dan sentiasa update diri kita dengan ilmu teknologi juga.



19