Ingatan Dan Lupaan [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

INGATAN DAN LUPAAN



Manusia dicipta dengan pelbagai keupayaan Manusia harus berusaha membangunkan keupayaan tersebut supaya dimanfaatkan kepada diri sendiri dan masyarakat yang mana bersesuai dengan firman Allah s.w.t. yang bermaksud ‘Allah tidak akan merubah sesuatu kaum itu melainkan mereka sendiri yang merubahnya’. Keperluan manusia boleh disusun mengikut hierarki keperluan yang tententu. Selain daripada keperluan semula jadi, faktor-faktor yang lain seperti motivasi turut memainkan peranannya mempengaruhi tingkah laku manusia.



MODEL MEMPROSES MAKLUMAT



1.Ingatan Jangka Pendek atau memori kerja (working memory)











Kapasiti ingatan jangka pendek adalah kecil. Tempoh simpanan maklumat pendek (5 hingga 20 saat). Maklumat diproses, ditapis, disusun atau disintesis untuk dihantar ke stor ingatan jangka panjang untuk disimpan. Satu cara untuk simpanan baru (ulang sebut berkali-kali).



Ingatan Deria (sensor memory) Dikenali juga sebagai sensory register atau sensory information store. Ingatan sensori kapasiti besar, menyimpan banyak maklumat. Masa simpanan maklumat (1 hingga 3 saat). Jika maklumat tidak diproses, maklumat akan hilang.



Ingatan Jangka panjang (long term memory)



• Ingatan jangka panjang mempunyai kapasiti besar - menyimpan maklumat lebih lama iaitu lebih dari beberapa minit hingga ke beberapa tahun. Terbahagi kepada tiga:



Memori episodik : mengandungi peristiwa yang dialami seseorang sepanjang hayat. Lengkap dengan masa dan tempat. Memori ini tersusun mengikut masa. Memori semantik : adalah memori untuk ’ makna ’ iaitu menyimpan konsep, fakta, hukum, skema, imej yang diperlukan untuk proses. Memori prosedural : memori tentang bagaimana melakukan sesuatu terutamanya yang melibatkan aktiviti fizikal yang berurutan.



INGATAN



• Ingatan bermaksud maklumat yang dapat kita simpan dalam ingatan jangka panjang. • Boleh keluarkan semula apabila dikehendaki. •



Proses yang terlibat dalam membentuk ingatan ialah: 1.Encoding merujuk kepada proses mendapat maklumat 2.Storage merujuk kepada menyimpan maklumat di mana perubahan berlaku pada system saraf yang membolehkan terbentuknya kesan ingatan. 3.Retrieval ialah proses mengeluarkan dan mengguna maklumat.



LUPAAN • Lupaan bermaksud suatu kegagalan individu mengingati sesuatu fakta yang pernah diketahui sebelum ini. Kegagalan ini mungkin disebabkan maklumat dalam ingatan jangka pendek boleh hilang sebelum



sempat diperoses dan disimpan dalam ingatan jangka panjang atau gagal memanggil semula maklumat itu daripada ingatan jangka panjang (Slavin, 1997).



FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN LUPAAN



1.1.KEUSANGAN Maklumat hilang disebabkan oleh peredaran masa



2.GANGGUAN Bermaksud suatu proses yang terjadi apabila percubaan ingat semula dihalang oleh maklumat lain dalam memori. Terdapat dua jenis gangguan iaitu: ØGangguan Retroaktif ØGangguan Proaktif



3.3.BAHAN YANG SUDAH LAMA DIGUNAKAN Contohnya: selepas lama bekerja sebagai setiausaha, Mohthar berasa sukar untuk mengingati pelajaran Biologi yang dipelajarinya semasa tingkatan 5.



4.TEKANAN Bilamana seseorang sengaja menolak memori yang menyakitkan atau menyedihkan daripada muncul ke paras kesedaran.



5.KEBIMBANGAN ( ANXIETY ) Kebimbangan yang tinggi semasa di dalam dewan peperiksaan atau semasa hendak menghadapi temuduga boleh menyebabkan lupaan. 6.



6.MINAT Perkara yang kurang diminati lebih mudah dilupakan.



7.PERUBAHAN ALAM SEKITAR memori episodic banyak bergantung kepada alam sekitar. Sekiranya akibat peredaran masa, nama jalan atau bangunan telah bertukar, menyulitkan untuk seseorang mengingat sesuatu peristiwa yang berkaitan dengan tempat itu.



8.MASA YANG TIDAK MENCUKUPI Contohnya pelajar yang tidak mempunyai cukup masa untuk membuat ulangkaji akan melupakan banyak fakta-fakta semasa peperiksaan.



9.9.ARAS KEYAKINAN YANG RENDAH Jika kenyakinan rendah, ini dapat melemahkan daya ingatan individu



10.MAKLUMAT YANG TIDAK LENGKAP Sesuatu fakta juga boleh menyebabkan Maklumat hilang atau dilupakan.



CARA GURU MEMBANTU MENINGKATKAN INGATAN MURID



1.1.Bahan Pembelajaran Bermakna dan Berkaitan Bermakna dan berkaitan dengan kehidupan murid-murid.



2.Meningkatkan Isi Pembelajaran Senang kepada susah.



Maujud kepada abstrak Dekat kepada jauh. Kecil kepada besar.



3.Memeringkatkan Kaedah Pembelajaran Interaksi guru murid dua hala. Pelajar bebas bertanya dan mengeluarkan pendapat Merancang aktiviti pembelajaran yang menarik dan inovatif



4.4.Susunan Jadual Waktu. Subjek yang susah seperti matematik, kimia dan fizik di sebelah pagi Subjek seperti seni di sebelah tengah hari atau petang.



5.Menggunakan Mnemonik dan Singkatan. Bagi mengingat jenis memori dalam ingatan jangka panjang



EMAK SUKA PIZA



E = EPISODIK S = SEMANTIK P = PROSEDURAL.



*Mnemonik ini juga dinamakan strategi huruf pertama – di mana huruf pertama daripada satu senarai diambil dan dibina perkataaan atau frasa yang mudah diingat. Contoh lain adalah mengingat empat proses peniruan bandura:



Pemerhatian. Penyimpanan Pengeluaran semula Motivasi



6. 6.Menggunakan Berbagai-bagai Alat Bantu Mengajar Gambar, carta, rakaman kaset dan video dan lain-lain lagi.



7.Membimbing Pelajar Cara Belajar yang Betul atau Kemahiran Meta Kognitif Teknik membuat rumusan atau ringkasan nota Teknik pengurusan masa. Membuat peta minda atau peta konsep dan rajah pengurusan grafik Belajar arahan kendiri. Motivasi diri.



8.Latih Tubi. Hafazan atau overlearning bagi formula, sifir dan fakta penting.







Pembelajaran Lisan Pembelajaran Paired-associate atau pasangan berkaitan. *Pembelajaran Serial Melibatkan murid belajar sesuatu istilah dalam suatu urutan yang betul. *Pembelajaran Free Recall *Pembelajaran yang memerlukan murid mengingat semula sesuatu senarau perkara tapi tidak semestinya dalam aturan tertentu.



* Metod Loci *Digunakan dalam pembelajaran serial untuk mengungkat sesuatu * Metod Pegword *Bayangan bagi mengingat senarai berurutan. * Pegword berirama *Membantu meningkatkan ingatan,



10.



Chunking *Merujuk kepada aktiviti mengumpul atau membentuk kumpulan maklumat kepada lima atau tujuh set. http://anuarena.blogspot.com/2011/02/ingatan-dan-lupaan.html



FAKTOR INGATAN, LUPAAN DAN PEMINDAHAN PEMBELAJARAN



1. 0



Pengenalan



Manusia dicipta dengan pelbagai keupayaan. Manusia harus berusaha membangunkan keupayaan tersebut supaya dimanfaatkan kepada diri sendiri dan masyarakat yang mana ia bersesuaian dengan firman Allah S.W.T yang bermaksud ‘Allah tidak akan merubah sesuatu kaum itu melainkan mereka sendiri yang merubahnya’. Keperluan manusia boleh disusun mengikut hierarki keperluan yang tertentu.



Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi proses pembelajaran. Kadangkala murid-murid menghadapi masalah kebuntuan dalam proses pembelajaran, ini mungkin disebabkan mereka menghadapi pelbagai jenis masalah pembelajaran. Salah satu faktor ini ialah tahap intelektual murid. Di mana sesetengah murid dapat menguasai sesuatu bahan pembelajaran baru dengan mudah, manakala sesetengah yang lain menghadapi kesukaran dalam menguasai bahan pembelajaran yang sama. Situasi ini mungkin disebabkan oleh tahap kesediaan murid-murid yang berbeza. Jika sekiranya murid-murid tidak bersedia untuk sesuatu jenis pembelajaran dan apabila didesak untuk menerima maklumat tersebut, mereka mungkin menghadapi masalah dalam menguasai konsep-konsep yang hendak disampaikan oleh guru. Selain daripada itu, faktor-faktor persekitaran yang kondusif, personaliti guru-



guru serta sikap para murid juga mempengaruhi proses pembelajaran. Faktor yang mempengaruhi pembelajaran yang akan dijelaskan di sini ialah ingatan dan lupaan serta pemindahan pembelajaran.



2.0



Ingatan



Ingatan merupakan proses mental yang menyimpan perkara-perkara yang telah dipelajari dan kemudian mengeluarkannya kembali sebagai tindak balas dalam situasi yang diperlukan, seperti menyelesaikan masalah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran selanjutnya. Menurut Fein (1978), beliau mentafsirkan ingatan sebagai pemprosesan maklumat yang diterima dalam otaknya, menyimpan dan mengeluarkannya. Selain itu, Verno (1980) berpendapat ingatan merupakan bentuk menyimpan maklumat-maklumat yang bermakna untuk menjadi pengalaman pada masa hadapan. Kesimpulannya, ingatan merupakan proses kebolehan manusia untuk menerima maklumat, memproses dan menyimpannya dalam otak, kemudian mengeluarkannya ketika diperlukan.



2.1



Proses Ingatan



Menurut Teori Gagne, ransangan-ransangan dari persekitaran luar diterima dalam sistem saraf melalui deria-deria manusia. Maklumat ini akan ditafsirkan dalam stor ingatan jangka pendek, kemudian dihantar ke stor ingatan jangka panjang dan seterusnya ke penggerak tindak balas melalui sistem saraf. Di dalam stor ingatan jangka pendek, maklumat yang diterima akan dikodkan secara bermakna dalam rangka yang lebih mudah diingati, iaitu dalam bentuk gambar mental atau simbol bahasa ringkas berdasarkan jenis maklumat yang diterima. Maklumat yang dikodkan akan disimpan dalam masa 15-30 saat sahaja dan kemudian dihantar ke stor ingatan jangka panjang untuk disimpan dalam beberapa minit atau selama-lamanya. Menurut Gagne, maklumat- maklumat yang disimpan dalam stor ingatan jangka panjang adalah penting bagi manusia untuk mengaitkannya dengan pengalaman-pengalaman baru, demi memudahkan proses pembelajaran baru berlaku.



Manakala Atkinson dan Shiffrin (1971), mengklasifikasikan ingatan kepada tiga komponen utama, iaitu stor ingatan sensori, ingatan jangka pendek, dan ingatan jangka panjang. Mengikut mereka, ingatan sensori boleh menerima kuantiti maklumat yang banyak, tetapi hanya dapat disimpan dalam masa yang singkat. Sebahagian kecil maklumat yang diamati akan disalurkan kepada ingatan jangka pendek, yang dapat menyimpan maklumat secara automatik tanpa latihan mengingat dalam tempoh 20-30 saat sahaja. Untuk menyimpan maklumat ini, ingatan jangka pendek hendaklah dilatih berulang-ulang untuk mengingat, enkod dan memindahkannya kepada ingatan jangka panjang, yang mana dapat disimpan dalam tempoh yang lebih lama, kadang-kadang beberapa tahun atau sepanjang hayatnya bergantung kepada jenis atau nilai maklumat terhadap individu berkenaan.



2.2



Jenis-jenis ingatan



Ingatan boleh digolongkan kepada tiga jenis kategori, iaitu ingatan sensori, ingatan jangka pendek dan ingatan jangka panjang. Pertama, ingatan sensori, di mana dikenali sebagai ingatan deria kerana ia



berfungsi sebagai rakaman deria. Masa proses ingatan sensori ini adalah sangat singkat, biasanya berlaku beberapa saat sahaja. Ini adalah kerana ransangan yang diterima sampai ke bahagian organ deria tidak akan kekal lama, tetapi dihantar terus ke stor ingatan jangka pendek dengan serta merta. Sekiranya maklumat yang diterima dianggap kurang penting, contohnya benda-benda yang dilihat sepintas sahaja semasa dalam perjalanan, rakaman derianya bersama dengan ingatan jangka pendek akan hilang imejnya, dalam masa beberapa saat sebagai lupaan.



Jenis ingatan yang kedua ialah ingatan jangka pendek. Ingatan ini berfungsi menerima maklumat dari ingatan sensori untuk diproses untuk sementara waktu sahaja, iaitu dalam 15-30 saat sahaja. Ia menggunakan tempoh yang singkat ini untuk memerhati maklumat yang berguna, mengekodkannya dalam satu sistem yang mudah diingat, kemudian menghantarnya ke stor ingatan jangka panjang. Maklumat yang tidak diberi perhatian, biasanya dianggap kurang penting ataupun kurang berguna akan lenyap dalam proses lupaan. Contohnya, dalam segala aktiviti penyampaian isi pelajaran guru yang diterima oleh ingatan sensori pelajar, bukan semuanya akan diberi perhatian dalam ingatan jangka pendek, dan maklumat ini tidak akan diproses tetapi lenyap dalam proses lupaan. Kadangkala, maklumat tidak belum sempat dihantar ke ingatan jangka panajng, tetapi dipanggil semula dengan serta-merta, misalnya menjawab soalan guru sebaik sahaja selepas pengajarannya.



Jenis ingatan yang ketiga ialah ingatan jangka panjang. Ini bermakna ia berfungsi menerima dan proses maklumat yang telah diekodkan secara kasar dari ingatan jangka pendek untuk disimpan dalam masa yang lebih lama, mungkin di antara beberapa minit hingga bertahun-tahun. Maka maklumat yang diterima akan diproses semula dan dipindahkan kepada satu sistem yang lebih mudah, lebih sistematik dan lebih sempurna, seperti dalam sistem fail yang dibahagikan mengikut jenis dan kategori supaya mudah disimpan dan mudah dikeluarkan.



Terdapat empat jenis ingatan jangka panjang iaitu ingatan sematik, ingatan episodik, ingatan prosedural dan ingatan perdana. Pertama, ingatan sematik ialah ingatan di mana maklumat berbentuk fakta yang dikuasai sepanjang hayat daripada interaksi manusia dengan persekitarannya. Ia merangkumi segala fakta dan pengalaman yang dialami oleh seseorang. Sebagai contoh, maklumat yang berkaitan dengan persekolahan, pekerjaan, pembacaan, penontonan filem dan dari pengalaman-pengalaman lain. Kedua, ingatan episodik di mana ia merujuk kepada semua maklumat yang telah diperolehi daripada pengalaman lampau seperti tarikh, tempat, tahun yang berkaitan dengan sesuatu peristiwa khas, sama ada yang manis atau pahit yang tidak dapat dilupakan oleh seseorang individu. Contohnya, penglibatan seseorang dalam kemalangan, hari jadi ke-21, hari konvokesyen seseorang dan sebagainya.



Manakala yang ketiga, ingatan prosedural. Ia melibatkan langkah-langkah dan prosedur-prosedur amalan seharian. Sebagai contoh, ia melibatkan langkah-langkah yang terlibat dalam membuat kuih, memandu kereta ke tempat kerja, mandi dan lain-lain. Ingatan ini boleh mengalami proses lupaan kalau ia tidak digunakan secara kerap. Keempat, ingatan perdana di mana ia melibatkan segala maklumat amalan seharian yang sudah menjadi sebati dan automatik untuk seseorang. Beberapa contoh ingatan



perdana ialah nombor rumah, nombor telefon polis atau ambulan, nama ahli keluarga, nombor kad pengenalan dan kad ATM dan sebagainya. Satu masalah dalam proses ingatan ialah kegagalan dalam proses endkoding akan menghalang maklumat ini daripada memasuki ingatan jangka panjang. Kadangkadang, maklumat dalam peringkat ini dilupai bila ia tidak sampai ke ingatan jangka panjang.



2.3



Faktor-faktor yang mempengaruhi ingatan.



Faktor-faktor yang mempengaruhi ingatan boleh dikategorikan kepada tiga kategori utama, iaitu faktor bahan pembelajaran, faktor kaedah pembelajaran dan faktor peribadi. Kategori pertama ialah faktor bahan pembelajaran. Kategori ini merangkumi empat aspek, iaitu panjang bahan, kesukaran bahan, kedudukan bahan dan bahan bermakna. Pertama, panjang bahan pembelajaran di mana menurut kajian H.Ebbinghaus, beliau mendapati pembelajaran suku kata yang tidak bermakna dan tidak melebihi 7 bilangannya, biasanya boleh mengingatnya selepas membaca sekali. Sekiranya ditambah sehingga 12 suku kata, maka diperlukan membaca 17 kali sebelum boleh mengingatnya, dan jika ditambah 16 suku kata lagi, ia memerlukan membacanya sebanyak 30 kali baru boleh mengingatnya.



Kedua, faktor kesukaran bahan pembelajaran, menurut Kruegar (1946), dalam kajiannya, mendapati bahan pembelajaran yang terlalu mudah, kemajuan dalam peringkat awal bergerak dengan sangat cepat, tetapi cepat berundur dalam masa yang singkat. Ini adalah kerana bahan pembelajaran yang kurang mencabar, minat pembelajaran tidak dapat ditimbulkan, oleh itu ingatannya tidak akan kekal lama. Bagi bahan pembelajaran yang terlalu sukar, tidak ada kemajuan langsung kerana kekurangan keupayaan untuk mempelajarinya. Bagi bahan pembelajaran yang mempunyai kesukaran yang berpatutan, ianya kesukarannya boleh diatasi dengan usaha yang bersungguh-sungguh, kemajuannya boleh dikekalkan secara terus-menerus.



Ketiga, kedudukan bahan pembelajaran menurut Kingsley (1957), dalam kajian ingatan terhadap set-set suku kata dan perkataan tunggal yang disenaraikan mengikut susunan secara tertib, mendapati suku kata dan perkataan yang terletak di tempat awal dan tempat akhir adalah lebih mudah diingat daripada yang terletak di tempat pertengahan, khasnya bagi ingatan set suku kata yang tidak bermakna. Terdapat banyak contoh harian yang kita boleh huraikan fenomena ini. Contohnya, kita lebih mudah mengingati peristiwa yang berlaku dalam hari persekolahan pertama dan terakhir daripada peristiwa-peristiwa di antara mereka. Begitu juga, kita lebih mudah mengingat peristiwa yang berlaku dalam hari Tahun Baru dan hari akhir tahun daripada peristiwa-peristiwa berlaku di antara perayaan-perayaan yang lain sepanjang tahun.



Keempat ialah bahan pembelajaran yang bermakna. Menurut kajian Kingsley menunjukkan pembelajaran perkataan-perkataan yang bermakna adalah lebih mudah daripada set suku kata yang tidak bermakna. Dengan perkataan lain, pembelajaran bahan yang bermakna adalah lebih mudah diingati daripada pembelajaran bahan yang tidak bermakna.



Manakala kategori yang kedua ialah kaedah pembelajaran. Ia merupakan cara pembelajaran yang digunakan semasa pembelajaran yang mempengaruhi ingatan. Cara pembelajaran ini merangkumi dua aspek utama iaitu pertama, masa belajar secara bahagian adalah lebih berkesan daripada masa belajar secara sekali gus. Di dalam kajian Done dan Hilgard (1937), calon ujian dibahagikan kepada empat kumpulan seperti berikut; kumpulan A belajar satu minit, rehat satu minit; kumpulan B belajar dua minit, rehat tiga minit; kumpulan C belajar satu minit, rehat sebelas minit dan kumpulan D belajar tiga minit, rehat satu minit. Hasil kajian menunjukkan cara pembelajaran kumpulan C adalah terbaik, diikuti dengan kumpulan B, kumpulan A dan akhir sekali kumpulan D. Ini bermakna cara pembelajaran secara bahagian diikuti dengan masa rehat yang cukup adalah lebih mudah diingat kembali daripada cara pembelajaran yang menggunakan masa lebih daripada masa rehat.



Kedua, pembelajaran berlebihan (over-learning) pula merupakan faktor yang penting untuk pembelajaran yang berkesan. Di dalam tempoh latihan, sekiranya telah berjaya menguasai semua langkah pembelajaran, bolehlah dikatakan telah mencapai seratus peratus pembelajarannya. Contohnya, menghafaz sebuah puisi yang lengkap memerlukan lima kali membacanya, barulah disebut sebagai pencapaian seratus peratus pembelajaran. Sungguhpun telah berjaya mencapai seratus peratus pembelajaran, pembelajaran setakat ini adalah amat mudah dilupai. Justeru itu, untuk mengekalkan ingatan, selepas mencapai seratus peratus pembelajaran, perlu membacanya beberapa kali.



Kategori yang ketiga ialah faktor peribadi. Antara faktor peribadi seperti umur, jantina, kebolehan, motif, emosi, kesihatan, personaliti dan sebagainya, juga mempengaruhi ingatan selepas pembelajaran. Pertama, faktor umur iaitu ramai orang percaya bahawa peringkat pembelajaran yang terkuat ialah pada waktu kanak-kanak, khasnya kanak- berumur 8-9 tahun. Bagaimanapun, beberapa kajian telah menunjukkan peringkat pembelajaran yang terkuat sebenarnya ialah di antara umur 8-20 tahun. Di dalam kajian Thorndike (1928), calon-calon ujian dari umur 8 hingga 70 tahun adalah dipilih untuk mengkaji pembelajaran bahasa esperanto, iaitu satu bahasa internasional yang dicipta oleh Dr. Zamenlof pada tahun 1887. Hasil kajian beliau menunjukkan kemajuan terbaik ialah peringkat umur 8-20 tahun. Selepas 20 tahun, kemajuannya dilambatkan dan mencapai puncaknya dalam umur 25 tahun. Selepas umur 35 tahun, kebolehan belajar mula menurun, dan apabila sampai umur 42 tahun, ia telah diturun sebanyak 22 peratus daripada peringkat kemuncaknya.



Kedua, faktor jantina iaitu kebolehan pembelajaran dan daya ingatan di antara lelaki dan perempuan tidak banyak perbezaan. Keupayaan kemahiran teknik, seperti bermain alat muzik, menjahit, menulis, melukis dan sebagainya, di antara lelaki dan perempuan adalah hampir sama. Di dalam pembelajaran bahasa, kebolehan perempuan dan lelaki tidak banyak bezanya.



Ketiga, perkaitan motivasi dengan pembelajaran iaitu ramai ahli psikologi percaya motivasi berkait rapat dengan pembelajaran. Di dalam sekolah, ganjaran lebih diutamakan sebagai motivasi untuk mendorong pembelajaran, kerana banyak kajian telah membuktikan pemberian ganjaran adalah lebih berkesan daripada mengenakan hukuman. Ini adalah kerana ganjaran menggalakkan tingkah laku yang diingini



diteraskan, manakala hukuman menghalang tingkah laku yang diingini diteruskan, manakala hukuman menghalang tingkah laku diteruskan, malah ia tidak pula menunjukkan atau membawa tingkah laku ke arah yang positif. Oleh itu, kesan motivasi ganjaran merupakan positif, sedangkan kesan motivasi hukuman adalah negatif.



Terdapat sesetengah aktiviti pembelajaran yang sama perkaitannya dengan motivasi adalah diwujudkan secara semulajadi dan tanpa memerlukan sebarang ganjaran. Contohnya, kanak-kanak yang melibatkan diri dalam permainan bola atau alat muzik, tidak perlu menggunakan ganjaran atau hukuman untuk mengawal mereka. Ini adalah kerana mereka mendapat kepuasan daripada aktiviti tersebut. Secara ringkasnya, sekiranya pelajar sendiri melibatkan diri dalam situasi pembelajaran, dan daripada aktiviti pembelajaran memperoleh kejayaan atau pencapaian yang memuaskan, maka motivasi untuk pembelajaran akan berlaku dan dikekalkan dalam ingatan.



Keempat, emosi di mana ia merupakan perasaan jiwa yang kuat, seperti sedih, gembira, takut dan lainlain. Emosi yang mempengaruhi ingatan boleh digolongkan dalam dua jenis utama iaitu seronok (gembira) atau kurang seronok (sedih), dan cemas (risau) atau tenang. Kebiasaannya manusia lebih boleh ingat peristiwa atau pengalaman yang seronok dan mempunyai kecenderungan agar sengaja melupai peristiwa atau pengalaman yang sedih atau kurang seronok.



3.0



Lupaan



Proses lupaan adalah bertentangan dengan proses ingatan. Segala maklumat yang telah diterima dalam stor ingatan tetapi tidak dapat diingat atau dikeluarkan kembali sebagai tindak balas adalah dilenyapkan dalam proses lupaan. Menurut Erikson (1963), lupaan merupakan satu motif di mana maklumat yang tertentu sengaja dilupai kerana dianggap tidak penting, kurang seronok atau tidak berguna berdasarkan kesedaran mental seseorang. Maka lupaan ditafsir sebagai kelenyapan atau kehilangan dalam persepsi seseorang terhadap maklumat-maklumat yang telah dipelajari.



3.1



Jenis-jenis lupaan



Manusia sebagai insan dikurniakan untuk melupakan peristiwa-peristiwa pahit yang dilalui pada masa lampau. Lupaan juga ada kebaikannya. Jika penyimpanan kod melimpah-melimpah, ia boleh mengakibatkan kelumpuhan mental seseorang. Terdapat tujuh jenis lupaan iaitu pertama, lupaan keusangan. Pertama, lupaan keusangan berlaku apabila maklumat yang disimpan dalam ingatan jangka panjang dilupai akibat jarang digunakan. Ini bermaksud kod-kod maklumat yang disimpan tidak aktif dan tidak dipanggil semula. Kedua, lupaan kegagalan di mana individu-individu gagal untuk memanggil semula maklumat yang spesifik. Setiap kali manusia mempelajari maklumat baru, otak akan mewujudkan satu tanda halus ingatan untuk maklumat tersebut. Jika maklumat ini tidak dilatih dan dipanggil balik, ia akan lama kelamaan hilang begitu sahaja.



Ketiga, lupaan penggantian di mana ia berlaku apabila maklumat baru menggantikan segala ingatan yang lama. Sebagai contoh, pembelajaran rumus matematik yang dapat dikira secara pendek akan menggantikan pembelajaran rumus matematik sama yang lebih panjang dan yang mengelirukan. Jenis lupaan yang keempat ialah lupaan gangguan. Lupaan gangguan ialah lupaan yang berlaku akibat gangguan yang berlaku akibat pembelajaran baru atau pembelajaran lama.



Terdapat dua jenis lupaan gangguan iaitu gangguan retroaktif dan proaktif. Gangguan retroaktif adalah gangguan yang berlaku akibat pembelajaran baru mengganggu pembelajaran lama. Justeru itu maklumat pembelajaran lama dilupakan. Ia berlaku apabila bahan pembelajaran yang lama tidak difahami dengan baik atau belum mencapai tahap pembelajaran yang berkesan. Oleh itu, pembelajaran yang baru akan mengganggu pembelajaran yang lama. manakala gangguan proaktif pula ialah pembelajaran lama yang kekal dan mantap dalam fikiran mengganggu pembelajaran baru. Ini bermakna seseorang itu mungkin enggan untuk menerima pembelajaran baru.



Kelima, jenis lupaan terdesak di mana ia berlaku akibat sesuatu pengalaman pahit atau sesuatu peristiwa yang menyakitkan. Oleh itu, individu akan sengaja menolaknya ke otak sebagai mekanisme helah bela diri. Jenis lupaan keenam iaitu lupaan kebimbangan dan ketakutan. Lupaan ini berlaku dalam keadaan yang tertekan seperti individu yang bimbang atau semasa murid-murid berada di dalam dewan peperiksaan. Lupaan ini berlaku apabila murid-murid tidak dapat mengingati nota-nota penting dan proses ini dikenali sebagai “mental block”. Keenam, lupakan ledakan maklumat. Maklumat yang terlalu banyak untuk dipelajari dan yang tidak mempunyai kaitan di antara satu sama lain juga boleh menyebabkan proses lupaan. Fikiran murid-murid buntu dan menyebabkan mereka panik dan melupai fakta-fakta yang penting. Jenis lupaan yang terakhir ialah kegagalan untuk menyimpan. Maklumat penting dilupakan apabila tidak sampai ke dalam ingatan jangka panjang. Kegagalan dalam proses enkoding menghalang maklumat daripada memasuki ingatan jangka panjang.



3.2



Faktor-faktor lupaan



Pertama, faktor minat di mana, kebanyakan perkara yang tidak diminati oleh pelajar akan mudah dilupai oleh mereka kerana mereka tidak memberi penumpuan 100% semasa guru mengajar. Mereka juga kurang berminat untuk melihat perkaitan bahan yang telah dipelajari dan ini boleh menyebabkan mereka lupa dengan mudah. Faktor kedua, ialah perasaan takut dan bimbang. Pelajar yang berperasaan takut dan bimbang amat sukar utk mengingat kembali fakta yg diajar oleh guru. Guru yang garang dan tidak peramah juga akan menyebabkan keupayaan pelajar untuk berfikir dan mengingati pelajaran terjejas.



Faktor ketiga ialah peredaran masa. Makin lama jarak di antara masa sesuatu bahan yang dipelajari dan diingat kembali, semakin kabur maklumat yang disimpan dalam ingatan jangka panjang pelajar. Kesan ingatan (memory trace) beransur lemah, pengaburan berlaku dengan peredaran masa yang lama, maklumat tersebut akan hilang dari ingatan. Faktor keempat, keusangan di mana persekitaran yang



berubah akan menyebabkan kesukaran mengingat kembali peristiwa atau pengalaman lama yang berkaitan dengan dirinya. Maklumat lama yang disimpan dalam ingatan jangka panjang akan usang dan tidak sesuai digunakan di dalam persekitaran yang baru. Contohnya, Ahmad mempunyai pengalaman manis tentang kampungnya. Namun, selepas dia balik 25 tahun kemudian, dia mendapati kampungnya sudah berubah dengan pesat. Maklumat lama dalam ingatan jangka panjangnya sudah tidak boleh digunakan lagi.



Faktor kelima, pengalaman yang pahit. Individu mengelakkan pengalaman yg pahit dengan menolak pengalaman pahit secara sengaja kepada bahagian otak tidak sedarnya kerana tidak mahu mengingatinya lagi. Maklumat ini tersimpan kekal dalam ingatan tetapi tidak timbul ke paras otak sedar manusia. Ini merupakan satu cara helah bela diri manusia untuk menyesuaikan diri kepada persekitarannya. Faktor keenam, masa yang tidak cukup untuk mengingat. Jika guru meminta jawapan dengan segera, maka pelajar tidak dapat menjawab soalan dengan betul. Ini kerana pelajar berasa tertekan dan otak memerlukan masa yg cukup ingat kembali sesuatu fakta. Dan faktor yang ketujuh, iaitu aras keyakinan. Aras keyakinan yang tinggi memudahkan proses ingatan manakala aras keyakinan yang rendah memudahkan proses lupaan. Contohnya, guru yang berkeyakinan dalam menyampaikan isi pengajarannya akan melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran.



Faktor kelapan, kekurangan kejelasan kepada ingatan. Maklumat baru tidak dapat diintegrasikan ke dalam struktur kognitif dengan baik kerana penerangan guru kurang baik dan kefahaman pelajar adalah rendah. Maklumat baru ini tidak dapat dikaitkan dengan baik kepada pengetahuan sedia ada pelajar. Oleh itu, konsep-konsep yang diajar guru perlulah dikategorikan secara berkesan untuk menentukan kelicinan kepada ingatan. Faktor kesembilan, gangguan proaktif dan gangguan retroaktif. Gangguan proaktif berlaku apabila pembelajaran lama mengganggu pembelajaran baru. Gangguan retroaktif pula berlaku apabila pembelajaran lama masih tidak difahami dengan baik namun guru telah mengajar pembelajaran yang baru. Faktor yang terakhir ialah terlalu banyak maklumat yang perlu diingati. Pelajar akan menghadapi kesukaran untuk mengingat jika terlalu banyak maklumat yg perlu diingati. Ini biasa berlaku semasa musim peperiksaan apabila terlalu banyak fakta atau isi pembelajaran yang perlu diingati.Fikiran akan buntu dan tertekan dan akan menyebabkan lupaan.



3.3



Cara meningkatkan daya ingatan dan mengurangkan lupaan



Pertama, guru perlu menggunakan bahan pembelajaran yang bermakna dan berkaitan dengan kehidupan murid-murid. Kedua, guru meningkatkan isi pembelajaran dengan menggunakan pelbagai cara iaiti daripada senag kepada susah, maujud kepada abstrak, dekat kepada jauh dan kecil kepada besar. Ketiga, memeringkatkan kaedah pembelajaran melalui interaksi guru murid dua hala, pelajar bebas bertanya dan mengeluarkan pendapat serta merancang aktiviti pembelajaran menarik dan berkesan. Keempat, menyusun jadual waktu di mana subjek yang susah seperti matematik, kimia dan fizik di sebelah pagi, manakala subjek seperti seni di sebelah tengah hari atau petang.



Kelima, menggunakan kaedah mnemonik dan singkatan. Ia digunakan bagi mengingat jenis memori dalam ingatan jangka panjang. Keenam, guru membimbing pelajar bagaimana cara belajar dengan betul atau Kemahiran Meta-kognitif iaitu dengan teknik membuat rumusan atau ringkasan nota, teknik pengurusan masa, membuat peta minda atau peta kosep dan sebagainya. Ketujuh, guru perlu menjarakkan isi pelajaran yang ingin disampaikan. Elakkan mengajar satu sesi pengajaran dengan maklumat atau isi pelajaran yang terlalu padat. Kelapan, guru haruslah menggunakan bahan pengajaran yang bermakna. Di mana guru menekankan kepada isi-isi pengajaran yang sangat penting. Kesembilan, guru menggunakan bahan bantu mengajar secara visual. Guru perlu menggunakan banyak alat bantuan pengajaran visual.



3.4



Kesimpulan



Ingatan dan lupaan merupakan dua perkara penting yang berkaitan dengan pembelajaran. Dalam pemprosesan maklumat manusia belajar tentang banyak perkara tetapi pada masa yang sama apa yang dipelajari itusebahagian sahaja yang boleh diingat manakala bahagian yang lebih banyak melalui proses lupaan. Sebagai guru adalah penting mengambil langkah-langkah tertentu supaya murid-muridnya dapat meningkatkan ingatan dan mengurangkan lupaan semasa menjalani proses pembelajaran.



4.0



Pemindahan Pembelajaran (Transfer of Learning)



Pemindahan pembelajaran bermaksud kemampuan seseorang untuk mengaplikasi dan menggunapakai ilmu pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari dari satu dalam satu konteks kepada situasi dan konteks yang baru atau berlainan. Dengan perkataan lain, mengambil sesuatu yang kita telah pelajari dan menggunapakainya semula di situasi yang berlainan.



4.1



Jenis-jenis pemindahan pembelajaran



Terdapat beberapa jenis pemindahan pembelajaran antaranya, pemindahan positif dan pemindahan negatif. Pertama, pemindahan positif (Positive Transfer) dapat diklasifikasikan kepada dua kategori iaitu Pemindahan mendatar (lateral transfer) dan Pemindahan menegak (vertical transfer). Pemindahan mendatar merujuk kepada pengalaman seseorang dan individu tersebut dapat mengaplikasikannya kepada suatu situasi yang serupa atau peringkat kesukaran yang sama. Contohnya, Kanak-kanak mempelajari maksud perkataan untuk memperolehi lebih banyak pengetahuan. Manakala pemindahan menegak merujuk kepada penambahbaikan pengalaman sedia ada kepada satu tahap yang lebih tinggi. Ia melibatkan pembelajaran prinsip, hukum dan teorem. Contohnya, murid-murid mempelajari konsep sisi empat, maka murid-murid dapat menyelesaikan konsep segiempat sama sisi, segiempat tepat dan segiempat selari.



Kedua, pemindahan negatif ialah pembelajaran lama yang mengganggu pembelajaran baru dan menyebabkan kekeliruan dan menyebabkan pemindahan pembelajaran yang salah. Sebab-sebab berlaku pemindahan pembelajaran negatif ialah gangguan proaktif, ganggunan retroaktif dan gangguan



tabiat. Gangguan proaktif berlaku di mana pembelajaran sebelum menganggu pembelajaran berikutnya. Contohnya, mempelajari Fizik menganggu pelajaran Kimia. Manakala pembelajaran retroaktif pula berlaku apabila pembelajaran baru menganggu pembelajaran sebelumnya. Contohnya, selepas belajar Bahasa Inggeris, murid melupai struktur Bahasa Melayu yang dipelajari sebelumnya. Gangguan tabiat pula berlaku apabila tabiat lama mengganggu tabiat baru. Contohnya, murid yang mempunyai tabiat menulis tangan kiri akan mengganggu pembentukan tabiat menulis tangan kanan.



Selain itu terdapat jenis-jenis pemindahan pembelajaran yang lain iaitu pemindahan bilateral, pemindahan pengantara, pemindahan set pembelajaran dan pemindahan sifar. Pertama, pemindahan bilateral juga dikenali sebagai pendidikan bersilang (cross education). Ia melibatkan pemindahan pembelajaran dalam bidang dan latihan kemahiran seperti Pendidikan Jasmani. Contohnya, latihan menggunakan tangan kiri dipercayai boleh membantu latihan tangan kanan. Kedua, pemindahan pengantara, ia berlaku setelah murid menguasai satu tindak balas dan menggunakannya sebagai pengantara untuk membentuk satu tindak balas baru. Contohnya, selepas menguasai sebutan suku kata, murid lebih mudah mempelajari ejaan perkataan.



Ketiga, pemindahan set pembelajaran. Set pembelajaran (learning set) ialah teknik pembelajaran yang diperoleh hasil pengalaman pembelajaran yang berulang-ulang. Contohnya, murid diberi latih tubi berkaitan topik mendarab dan murid dapat menguasai operasi mendarab dengan baik. Keempat, pemindahan sifar, ia bermaksud tidak berlaku sebarang pemindahan. Seseorang berusaha menggunakan kemahiran atau konsep untuk pembelajaran baru tetapi tidak mendatangkan sebarang kesan. Ini berlaku kerana penggunaan konsep atau kemahiran sedia ada tidak mempunyai perkaitan langsung dengan konsep baru. Contohnya, menggunakan konsep operasi tambah untuk mempelajari operasi bahagi.



4.2



Prinsip-prinsip Pemindahan Pembelajaran



Menurut C. Ellis (1965), terdapat beberapa prinsip-prinsip pemindahan pembelajaran iaitu pertama, prinsip unsur kesamaan. Fenomena pemindahan pembelajaran lebih mudah berlaku apabila kedua-dua pembelajaran mempunyai unsur-unsur sama dan seiras. Prinsip kedua ialah prinsip banyak latihan asas. Semakin banyak latihan asas diadakan untuk pembelajaran awal, semakin banyak pemindahan pembelajaran terhadap pembelajaran berkaitan. Prinsip yang ketiga, prinsip kepelbagaian rangsangan. Semakin banyak latihan dipelbagaikan untuk pembelajaran awal, semakin banyak pemindahan pembelajaran terhadap pembelajaran berkaitan. Manakala prinsip keempat ialah prinsip pengukuhan konsep. Penguasaan konsep, prinsip atau hukum yang kukuh lebih memudahkan pemindahan pembelajaran. Prinsip yang terakhir ialah prinsip celik akal. Pemindahan pembelajaran mudah berlaku dengan kecekapan menggunakan celik akal melalui latih tubi.



4.3 Strategi & prinsip meningkatkan pemindahan pembelajaran positif ` pembelajaran.



dalam pengajaran dan



Beberapa strategi dan prinsip yang dicadangkan untuk meningkatkan pembelajaran positif dalam pengajaran dan pembelajaran, antaranya pertama, menentukan pencapaian objektif eksplisit. Kedua, mengutamakan pemerolehan konsep dan memupuk kemahiran berfikir. Ketiga, pengalaman berkumulatif dan organisasi sistematik dan yang keempat, mengajar konsep dengan contoh sesuai.Pertama, menentukan pencapaian objektif eksplisit. Mengikut kajian Ausubel (1957) didapati bahawa pelajar yg diberitahu objektif pembelajaran dan bentuk peperiksaan sebelum pembelajaran mempunyai pencapaian yang lebih baik berbanding diberitahu selepas pembelajaran. Ini kerana pelajar mempunyai persediaan mengingat fakta atau konsep penting.



Kedua, mengutamakan pemerolehan konsep dan memupuk kemahiran berfikir. Untuk mengingati sesuatu perkara, kita dapat memikirkan sesuatu prinsip untuk mewakilinya. Oleh itu, perkara yang tidak bermakna akan boleh menjadi sesuatu yang bermakna. Contohnya, untuk mengingat nombor “19572020” dengan lebih mudah, kita boleh gunakan perkataan yang bermakna “Merdeka, Wawasan”



Ketiga, pengalaman berkumulatif dan organisasi sistematik. Sekiranya berlaku pembelajaran negatif, iaitu pengalaman lama yang dikuasai kurang tepat untuk pembelajaran baru maka dua prinsip berikut perlu dilaksanakan iaitu pengalaman disusun secara sistematik iaitu dari pengalaman asas kepada yang lebih kompleks dan mengaitkan antara mata pelajaran, contohnya konsep Matematik dikaitkan dengan konsep Fizik.



Keempat, mengajar konsep dengan contoh sesuai. Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran , huraian konsep dengan contoh yang sesuai akan memudahkan pelajar memahami konsep tersebut. Contohnya, guru menerangkan konsep tuas dan memberikan contoh dacing, jongkang-jongket, rod pemancing dan penukul sebagai contoh tuas.



4.4



Kesimpulan



Amalan-amalan pemikiran yang menggalak proses pemindahan pembelajaran ysng positif di kalangan murid-murid. Pemindahan pembelajaran positif dapat dipupuk sekiranya murid-murid bermotivasi tinggi, berani mengambil risiko, memberi perhatian serta mempunyai perasaan tanggungjawab untuk menguasai pembelajaran. http://cikgutomei.blogspot.com/2012/08/faktor-ingatan-lupaan-dan-pemindahan.html



INGATAN DAN LUPAAN



Ingatan dan lupaan merupakan dua konsep penting dalam proses pembelajaran yang dikemukakan oleh gagne. Daya ingatan berkait rapat dengan kapasiti mental dan fizikal seseorang individu supaya ia mampu mengekalkan maklumat yang diperolehi melalui proses pengajaran dan pembelajaran.Manakala,



Lupaan pula dapat ditakrifkan sebagai perubahan dalam presepsi atau pengamatan idea-idea yang telah dipelajari.



1.2.1 DEFINISI INGATAN



Ingatan merupakan proses mental yang menyimpan perkara-perkara yang telah dipelajari, dan kemudian mengeluarkannya kembali sebagai tindak balas dalam situasi yang diperlukan, seperti menyelesaikan masalah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran selanjutnya. Ingatan merupakan kata terbitan dari kata kerja ingat yang bermaksud masih dalam fikiran atau tidak lupa(Kamus Dewan edisi Empat). Ingatan juga bersinonim dengan kenangan. Mengikut Atan Along (1968), ingatan boleh diertikan sebagai kebolehan seseorang dalam pemilihan dan penerimaan rangsangan sebagai maklumat dan pengalaman untuk disimpan dalam otaknya. Fein (1978) pula mentafsirkan ingatan sebagai pemprosesan maklumat yang diterima dalam otaknya, menyimpan dan mengeluarkannya. Verno (1980) berpendapat ingatan merupakan bentuk menyimpan maklumatmaklumat yang bermakna untuk menjadi pengalaman pada masa depan. Kesimpulannya, ingatan merupakan proses kebolehan manusia untuk menerima maklumat, memproses dan menyimpannya dalam otak, kemudian mengeluarkannya ketika diperlukan.



1.2.2 DEFINISI LUPAAN Lupaan merupakan kesukaran untuk mengingat/mengeluarkan kembali sesuatu pengalaman yg telah dialami. Lupaan juga boleh didefinisikan sebagai perubahan dalam persepsi atau pengamatan idea-idea yang telah dipelajari. Lupaan didefinisikan sebagai sesuatu yang dilupakan(Kamus Dewan edisi Empat). Menurut, Eric Erikson (1963) pula lupaan merupakan satu motif, iaitu perkara tertentu sahaja yang dilupai kerana ia tidak penting atau tidak berguna untuk seseorang individu .



1.2.3 JENIS-JENIS LUPAAN



1.2.3.1 KEUSANGAN



Otak akan akan melupai maklumat yg disimpan dlm ingatan jangka panjang kerana faktor keusangan. Hal ini berlaku apabila maklumat yg disimpan dalam ingatan jangka panjang digunakan atau diingat kembali. Jika maklumat jangka panjang tidak diaktifkan ia mudah dilupai.



1.2.3.2 LUPAAN GANGGUAN



Gangguan yg berlaku kepada maklumat yg tersimpan dalam ingatan jangka panjang. Contohnya, proses pembelajaran yg baru mengganggu proses pembelajaran yg lama.



1.2.3.3 LUPAAN TERDESAK



Lupaan yg disebabkan oleh gangguan emosi individu yg mendesaknya untuk melupakan maklumat yg tersimpan dalam ingatan jangka panjang.



1.2.4 FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN LUPAAN



1.2.4.1 MINAT Perkara yg tidak diminati oleh pelajar akan mudah dilupai oleh mereka kerana mereka tidak memberi penumpuan 100% semasa guru mengajar. Mereka juga kurang berminat untuk melihat perkaitan bahan yg telah dipelajari dan ini boleh menyebabkan mereka lupa dengan mudah. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, guru dapat membantu murid meningkatkan daya ingatan dengan menggunakan pelbagai alat bantuan mengajar bagi menarik dan mengekalkan minat murid. Contohnya, menggunakan pendekatan yang pelbagai seperti pembelajaran melalui permainan, demonstrasi dan gambar rajah.



1.2.4.2 PERASAAN TAKUT DAN BIMBANG



Pelajar yg berperasaan takut dan bimbang amat sukar utk mengingat kembali fakta yg diajar oleh guru. Guru yang garang dan tidak peramah juga akan menyebabkan keupayaan pelajar utk berfikir dan mengingati pelajaran terjejas.



Guru dapat membantu murid meningkatkan daya ingatan dengan mengamalkan pendekatan pedagogi secara lebih harmonis. Contohnya, penekanan kepada komunikasi yang berkesan harus diterapkan bagi meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.



1.2.4.3 PEREDARAN MASA



Makin lama jarak di antara masa sesuatu bahan yg dipelajari dan diingat kembali, semakin kabur maklumat yg disimpan dalam ingatan jangka panjang pelajar. Kesan ingatan (memory trace) beransur lemah, pengaburan berlaku dengan peredaran masa yg lama, maklumat tersebut akan hilang dari ingatan. Cara yang paling sesuai untuk mengelak dari berlakunya keadaan sebegini ialah, guru boleh melakukan latih tubi secara berulang. Contohnya, jarak masa antara satu-satu latihan perlu diawasi bagi membantu murid mengekalkan daya ingatan terhadap apa yang pernah dipelajari.



1.2.4.4 KEUSANGAN



Persekitaran yg berubah akan menyebabkan kesukaran mengingat kembali peristiwa atau pengalaman lama yg berkaitang dengan dirinya. Maklumat lama yg disimpan dalam ingatan jangka panjang akan usang dan tidak sesuai digunakan di dalam persekitaran yg baru. Bagi mengatasi masalah ini, guru perlulah menggunakan bahan pengajaran yang bermakna dan berkaitan. Contohnya, guru boleh menggunakan bahan pengajaran yang berbentuk kontekstual dan merentasi kurikulum.



1.2.4.5 PENGALAMAN YANG PAHIT



Individu mengelakkan pengalaman yg pahit dengan menolak pengalaman pahit secara sengaja kepada bahagian otak tidak sedarnya kerana tidak mahu mengingatinya lagi. Maklumat ini tersimpan kekal dalam ingatan tetapi tidak timbul ke paras otak sedar manusia. Ini merupakan satu cara helah bela diri manusia untuk menyesuaikan diri kepada persekitarannya.



1.2.4.6 MASA YANG TIDAK MENCUKUPI



Jika guru meminta jawapan dengan segera, maka pelajar tidak dapat menjawab soalan dengan betul. Ini kerana pelajar berasa tertekan dan otak memerlukan masa yg cukup ingat kembali sesuatu fakta.



Teknik penyoalan yang betul dapat mengurangkan masalah ini. Guru boleh merancang bentuk, aras dan masa yang sesuai untuk sesuatu soalan yang dikemukakan kepada murid.



1.2.4.7 ARAS KEYAKINAN



Aras keyakinan yg tinggi memudahkan proses ingatan manakala aras keyakinan yg rendah memudahkan proses lupaan. Contohnya, guru yg berkeyakinan dalam menyampaikan isi pengajarannya akan melancarkan proses p&p.



1.2.4.8 KEKURANGAN KEJELEKITAN



Maklumat baru tidak dapat diintegrasikan ke dalam struktur kognitif dengan baik kerana penerangan guru kurang baik dan kefahaman pelajar adalah rendah. Maklumat baru ini tidak dapat dikaitkan dengan baik kepada pengetahuan sedia ada pelajar. Oleh itu, konsep-konsep yg diajar guru perlulah dikategorikan secara berkesan untuk menentukan kejelikitan kepada ingatan. Pendekatan konstruktivis boleh diterapkan bagai mengelak lupaan jenis ini berlaku.



1.2.4.9 GANGGUAN PROAKTIK DAN RETROAKTIF



Gangguan proaktif berlaku apabila pembelajaran lama mengganggu pembelajaran baru. Gangguan retroaktif pula berlaku apabila pembelajaran lama masih tidak difahami dengan baik namun guru telah mengajar pembelajaran yang baru. Guru dapat membantu murid dengan menerapkan kemahiran belajar yang sesuai bagi membolehkan murid menyesuaikan dan mengadaptasi ilmu atau kemahiran yang baru.



1.2.4.10 TERLALU BANYAK YANG PERLU DI INGATI



Pelajar akan menghadapi kesukaran untuk mengingat jika terlalu banyak maklumat yg perlu diingati.Ini biasa berlaku semasa musim peperiksaan apabila terlalu banyak fakta atau isi pembelajaran yg perlu diingati. Fikiran akan buntu dan tertekan akan menyebabkan lupaan.



Penyusunan kandungan pengajaran dan pembelajaran secara sistematik dapat membantu murid untuk meningkatkan daya ingatan dan mengelak situasi ini berlaku.



1.2.5 CARA-CARA MENINGKATKAN INGATAN



1.2.5.1 BELAJAR SECARA BIJAK



Kajian menunjukkan bahawa ingatan kekal lebih lama dan proses ingat kembali menjadi lebih mudah apabila sesuatu bahan itu dipelajari secara bijak sehingga dikuasai sepenuhnya. Guru patut galakkan pelajar supaya belajar dengan bijak terutama dalam perkara yang pelajar mendapati sukar.



1.2.5.2 PEMAHAMAN



Guru perlu menekankan tentang pemahaman konsep dan bukan menumpukan kepada ulangan fakta. Apabila pelajar belajar dengan pemahaman mengikut kategori, mereka akan belajar maklumat baru dengan cepat dan cekap. Mengajar untuk kefahaman memerlukan bahan yang bermakna. Sebagai contoh : murid diberi angka berikut untuk diingat: 100816449362516941 Oleh kerana angka di atas melebihi had untuk disimpan dalam ingatan jangka pendek adalah sukar untuk mengingat kembali semua angka tersebut. Dengan kefahaman ia merupakan satu tugas yang mudah. Sebenarnya angka-angka di atas merupakan kuasa dua untuk angka dari 10 hingga 1.



1.2.5.3 MENGAITKAN BAHAN BARU DENGAN BAHAN SEDIA ADA



Guru patut berusaha untuk mengaitkan perkara-perkara baru yang diajar kepada pembelajaran yang sudah diterima. Apabila bahan baru dikaitkan dengan pengetahuan sedia ada murid, pengajaran menjadi lebih berkesan. Pelajar perlu diingatkan tentang perkaitan antara pembelajaran baru dengan yang lama dalam bentuk kategori. Dengan itu maka maklumat baru akan disimpan dalam kategori tertentu yang teratur dan memudahkan proses ingat kembali. Set induksi yang sesuai dapat membina kognitif murid untuk mengadaptasi ilmu yang baru kepada ilmu sedia ada. Melaluinya, murid akan lebih bersedia untuk menerima bahan baru tersebut dengan lebih terbuka untuk pemindahan pembelajaran.



1.2.5.4 MENGAJAR DENGAN MENGGUNAKAN BAHAN YANG BERMAKNA



Guru boleh menggunakan alat bantu mengajar yang sesuai untuk meningkatkan kefahaman mereka, seterusnya membentuk konsep yang betul. Contohnya, bahan maujud boleh digunakan dalam menerangkan konsep asas dan contoh-contoh yang diberikan haruslah bersifat kontekstual dan dapat merentas kurikulum.



1.2.5.5 IKLIM PEMBELAJARAN YANG KONDUSIF



Membentuk iklim pembelajaran yang kondusif supaya emosi pelajar adalah tenteram sebelum aktiviti pembelajaran dimulakan. Emosi pelajar yang cemas akan gagal memperoleh keberkesanan hasil pembelajaran, dan seterusnya mengurangkan kuantiti ingatan. Contohnya, guru harus mengamalkan komunikasi berkesan bagi membentuk iklim pembelajaran yang dimaksudkan. Hubungan yang baik dengan murid dapat membuatkan persekitaran pembelajaran yang sngat kondusif.



1.2.5.6 MENARIK MINAT DAN PERHATIAN MURID



Gunakan teknik motivasi yang sesuai supaya pelajar berasa seronok semasa pembelajaran. Menggalakkan pelajar dengan memberi ganjaran dan elakkan hukuman yang akan membunuh semangat pelajar serta mengurangkan ingatan mereka. Contohnya, sistem token boleh digunakan sebagai ganjaran kepada perilaku dan penglibatan murid. Dengan itu, murid akan tertarik dan perhatian pelajar dapat ditingkatkan.



1.2.6 KESIMPULAN



Ingatan dan lupaan merupakan dua perkara penting yang berkaitan dengan pembelajaran. Dalam pemprosesan maklumat manusia belajar tentang banyak perkara tetapi pada masa yang sama apa yang dipelajari itu sebahagian sahaja yang boleh diingat manakala bahagian yang lebih banyak melalui proses lupaan. Sebagai guru adalah penting mengambil langkah-langkah tertentu supaya murid-muridnya dapat meningkatkan ingatan dan mengurangkan lupaan semasa menjalani proses pembelajaran.



1.3



PEMINDAHAN PEMBELAJARAN



1.3.1 DEFINISI



Pemindahan pembelajaran didefinisikan sebarai merujuk kepada pertalian ajaib di antara pencapaian dalam bilik darjah dan sesuatu yang berlaku dalam dunia sebenar(J.M. Swinney). Ia juga dikatakan sebagai kebolehan individu menggunakan penguasaan ilmunya untuk diaplikasikan dalam kehidupan sebenar. Contohnya, kemahiran pembelajaran konsep wang disekolah diaplikasikan oleh murid untuk membantu ibunya berniaga kuih di pasar malam. Berlaku pemindahan pembelajaran bagaimana murid tersebut menggunakan kemahiran yang dipelajari kepada situasi sebenar.



1.3.2 JENIS-JENIS PEMINDAHAN PEMBELAJARAN



1.3.2.1 PEMINDAHAN POSITIF



Didefinisikan sebagai satu keadaan dimana hasil pembelajaran lama dapat membantu pembelajaran baru serta meningkatkan dan mengukuhkan kefahaman murid dalam sesuatu kemahiran spesifik. Contohnya, kemahiran menunggang basikal membantu seseorang untuk menunggang motosikal, kemahiran bermain hoki membantu dipindahkan kepada permainan golf dan kemahiran penambahan digunakan untuk konsep asas operasi darab.



1.3.2.2 PEMINDAHAN NEGATIF



Satu keadaan apabila pembelajaran lama menganggu atau menghalang pembelajaran baru dan yang menyebabkan kekeliruan serta menyebabkan pemindahan pembelajaran yang salah. Penguasaan konsep yang lemah boleh membawa kepada pembentukan generalisasi yang salah. Contohnya, maklumat perang dunia pertama mengelirukan murid mengenai perang dunia kedua dan penukaran unit dan bilangan daripada sistem imperal kepada sistem metrik mengelirukan murid.



1.3.2.3



PEMINDAHAN MENDATAR



Merujuk kepada pengalaman seseorang dan individu tersebut dapat mengaplikasikannya kepada suatu situasi yang serupa atau peringkat kesukaran yang sama. Contohnya, kanak-kanak mempelajari maksud perkataan untuk memperolehi lebih banyak pengetahuan.



1.3.2.4



PEMINDAHAN MENEGAK



Merujuk kepada penambahbaikan pengalaman sedia ada kepada satu tahap yang lebih tinggi. Melibatkan pembelajaran yang melibatkan prinsip, hukum dan teorem. Contohnya, murid-murid mempelajari konsep sisiempat, maka murid-murid dapat menyelesaikan konsep segiempat sama sisi, segiempat tepat dan segiempat selari.



1.3.2.5



PEMINDAHAN BILATERAL



Dikenali sebagai pendidikan bersilang (cross education). Melibatkan pemindahan pembelajaran dalam bidang dan latihan kemahiran seperti pendidikan jasmani. Contohnya, latihan menggunakan tangan kiri dipercayai boleh membantu latihan tangan kanan.



1.3.2.6



PEMINDAHAN PENGANTARA



Pemindahan pengantara (mediated transfer) berlaku setelah menguasai satu tindak balas dan menggunakannya sebagai pengantara untuk membentuk satu tindak balas baru. Contohnya, Selepas menguasai sebutan suku kata, murid lebih mudah mempelajari ejaan perkataan dan



1.3.2.7



PEMINDAHAN SET PEMBELAJARAN



Set pembelajaran (learning set) ialah teknik pembelajaran yang diperoleh hasil pengalaman pembelajaran yang berulang-ulang. Contohnya, murid diberi latih tubi berkaitan topik mendarab dan murid dapat menguasai operasi mendarab dengan baik.



1.3.3



SEBAB-SEBAB BERLAKU PEMINDAHAN NEGATIF



Sebab yang pertama ialah gangguan proaktif. Situasi yang berlaku ialah pembelajaran sebelum menganggu pembelajaran berikutnya. Contohnya, mempelajari mata pelajaran Fizik menganggu pelajaran Kimia. Sebab yang kedua pula ialah ganggunan retroaktif. Keadaan ini berlaku apabila Pembelajaran berikutnya menganggu pembelajaran sebelumnya. Contohnya, selepas belajar Bahasa Inggeris melupai struktur Bahasa Melayu yang dipelajari sebelumnya. Sebab yang ketiga ialah gangguan tabiat iaitu apabila tabiat lama mengganggu tabiat baru. Contohnya, tabiat menulis tangan kiri akan menganggu tabiat menulis tangan kanan.



1.3.4



CARA-CARA MENGGALAKKAN PEMINDAHAN POSITIF



1.3.4.1 MENENTUKAN PENCAPAIAN OBJEKTIF SECARA EKSPLISIT



Mengikut kajian Ausubel (1957) didapati bahawa pelajar yg diberitahu objektif pembelajaran dan bentuk peperiksaan sblm pembelajaran mempunyai pencapaian yang lebih baik berbanding diberitahu selepas pembelajaran. Ini kerana pelajar mempunyai persediaan mengingat fakta atau konsep penting.



1.3.4.2 MENGUTAMAKAN PEMEROLEHAN KONSEP DAN KEMAHIRAN BERFIKIR



Untuk mengingati sesuatu perkara, kita dapat memikirkan sesuatu prinsip untuk mewakilinya. Oleh itu, perkara yang tidak bermakna akan boleh menjadi sesuatu yang bermakna. Contoh : Untuk mengingat nombor “19572020” dengan lebih mudah, kita boleh gunakan perkataan yang bermakna “Merdeka, Wawasan”



1.3.4.3 PENGALAMAN BERKUMULATIF DAN ORGANISASI SISTEMATIK



Sekiranya berlaku pembelajaran negatif, iaitu pengalaman lama yang dikuasai kurang tepat untuk pembelajaran baru maka 2 prinsip berikut perlu dilaksanakan :



a) Pengalaman disusun secara sistematik iaitu dari pengalaman asas kompleks.



kepada yg lebih



b) Mengaitkan antara matapelajaran2 contohnya konsep Matematik dengan konsep Fizik



dikaitkan



1.3.4.4 MENGAJAR KONSEP DENGAN CONTOH SESUAI



Dalam aktiviti p&p, huraian konsep dengan contoh yang sesuai akan memudahkan pelajar memahami konsep tersebut. Contohnya, guru menerangkan konsep tuas dan memberikan contoh dacing, jongkang-jongket, rod pemancing dan penukul sebagai contoh tuas.



1.3.5



KESIMPULAN



Amalan-amalan pemikiran yang menggalak proses pemindahan pembelajaran yang positif dikalangan murid-murid harus dipupuk dan digalak dikalangan murid. Mengikut (Solomon & Perkins, 1988; Pea, 1988), pemindahan pembelajaran positif dapat dipupuk sekiranya murid-murid bermotivasi tinggi, berani mengambil risiko, memberi perhatian serta mempunyai perasaan tanggungjawab kendiri untuk menguasai pembelajaran.



http://sharapsikomtpm.blogspot.com/2012/08/faktor-faktor-yang-mempengaruhi-proses.html