Kaedah Kajian [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

000823-14-1681



4.0 KAEDAH KAJIAN Bahagian ini merupakan penjelasan tentang cara atau kaedah yang digunakan oleh pengkaji untuk mendapatkan hasil kajian mengenai Syarikat QSR Trading Sdn.Bhd untuk mencapai empat objektif tersebut. Menurut Nuzulla Agustina, data adalah keterangan mengenai sesuatau hal yang terjadi dan berbentuk fakta, angka, grafik, jadual, gambar, lambing, kata, huruf-huruf yang mengambarkan sesuatu pemikiran, objek, serta, keadaan dan situasi. Data ini boleh diperolehi daripada sumber yang terbahagi kepada dua iaitu sumber primer dan sumber sekunder.



Menurut Rohana Yusof, sumber primer adalah bahan yang belum diolah atau dicetak iaitu sumber atau bahan yang masih dalam keadaan asal seperti dalam bentuk kertas, fosil, manuskrip yang belum dicetak, surat rasmi kerajaan, batu bersurat dan keterangan lisan dan dikenali sebagai sumber pertama, sumber awalan, sumber sezaman atau sumber utamaSumbersumber tersebut bersifat asli dan belum ditafsir. Sumber-sumber tersebut biasanya dihasilkan pada masa yang hamper sama dengan maklumat yang dicatatkan oleh pihak yang berwibawa.



Sumber sekunder adalah bahan atau dokumen yang dikaji melalui pembacaan bahan bertulis maklumat yang telah dicacatkan di tempat lain. Sumber ini merangkumi majalah, jurna, ensiklopedia, akhbar, risalah, laporan tahunan jabatan dan blog. Sumber sekunder melibatkan pengitlakan, analisis, sintesis, tafsiran atau penilaian maklumat asal. Sumber ini merupakan bahan yang telah diolah, dicetak dan disebarkan kepada umum. Tambahan pula, data yang terkandung dikumpulkan dan disusun sesuai dengan kebutuhan penelitian.



Pengkaji memilih sumber sekunder untuk menganalisis proses pengeluaran dan perancangan pengeluaran, menerangkan persekitaran umum dan menjelaskan dua elemen campuran pemasaran bagi produk Sos Life yang dikeluarkan oleh Syarikat QSR Trading Sdn.Bhd. Selain itu, sumber sekunder adalah penting kepada semua pengguna yang menggunakan sumber ini kerana sumber ini mudah didapati melalui jurnal, buku, internet, majalah, surat khabar dan sebagainya pada masa ini. Selain itu, sumber ini meliputi dengan fakta-fakta dan huraian yang jelas dan mudah difahami mengenai sesuatu perkara. Hal ini



000823-14-1681



memudahkan pengkaji mendapatkan maklumat dengan tepat terhadap produk ini. Tambahan pula, sumber sekunder adalah tafsiran daripada sumber lain seperti sumber primer dan sumber lisan.



4.1 Sekunder Bercetak



Menurut teori Gagne,sekunder bercetak adalah bahan yang telah ditafsir dari sumber lain dan diterjemahkan dalam bentuk gambar,carta, fakta, dan huraian untuk memberi ingatan jangka panjang atau jangka pendek kepada pembaca. Contoh bahan bercetak adalah buku teks, buku fiksyen, majalah, risalah, surat khabar dan buku rujukan. Dengan adanya sumber ini, kos penyediaan dan perbelanjaan untuk mendapatkan bahan ini adalah rendah dan mudah didapati. Tambahan pula, bahan bercetak ini memudahkan meluaskan pengetahuan terhadap produk Sos Life yang dikeluarkan oleh Syarikat QSR Trading Sdn.Bhd.



4.1.1 Surat Khabar



Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, surat khabar adalah kertas bercetak yang menyiarkan berita yang berlaku di seluruh dunia. Dalam kajian ini surat khabar digunakan sebagai bahan bercetak untuk mendapatkan maklumat mengenai Syarikat QSR Trading Sdn.Bhd. Terdapat satu arktiel mengenai syarikat ini iaitu Syarikat QSR Trading Sdn.Bhd telah menembusi pasaran antarabangsa dan menjadi jenama unggul dalam platform penjenamaan halal yang dikeluarkan pada 22 April 2018 oleh Berita Harian.



4.1.2 Buku Rujukan



Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, buku rujukan adalah bahan yang memberi keterangan lanjut mengenai sesuatu perkara dalam bentuk gambar, fakta, carta, dan huraian yang jelas dalam buku. Dalam hal ini, pengkaji menggunakan buku rujukan untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas mengenai proses pengeluaran, perancangan pengeluaran, persekitaran perniagaan dan campuran pemasaran. Buku Modul Terapi Minda Edisi Kemas Kini Ke-6 yang ditulis oleh Haji Zahari Mohamad dan dikeluarkan pada tahun 2018 telah digunakan untuk menjadikan sebagai bahan rujukan.



000823-14-1681 4.1.3 Majalah



Majalah merupakan penerbitan berkala, sama ada dwimigguan, bulanan, dwibulanan, dwitahunan dan sebagainya yang berisi bermacam-macam rencana dengan subjek yang pelbagai dan biasanya memiliki artikel mengenai topik popular yang ditujukan kepada masyarakat umum dan ditulis dengan bahasa yang mudah difahami oleh pembaca. Menurut majalah labur, terdapat sebuah artikel mengenai Syarikat QSR Trading Sdn.Bhd iaitu syarikat ini telah menjadi pemegang saham bagi Syarikat KFC dan Pizza Hut.



4.2 Media Elektronik



Media elektronik merujuk kepada alat sebaran yang menggunakan teknologi elektronik atau elektromekanik untuk dicapai pengguna seperti radio, televisyen, permainan video, computer, telefon dan lain-lain. Media elektronik mempunyai kelebihan sendiri iaitu dapat menyebarkan sesuatu masyarakat dengan cepat dan mudah. Selain itu, media elektronik mempunyai audio visual yang akan memudahkan para pengguna memahami sesuatu maklumat dengan mudah.



4.2.1 Internet



Internet adalah sesuatu jaringan atau rangkaian perhubungan antarabangsa yang membolehkan pengguna computer di seluruh dunia berhubung antara satu sama lain dan mencapai maklumat pangkalan data dari seluruh dunia. Pengkaji menggunakan internet untuk mendapatkan maklumat tentang latar belakang sejarah, carta organisasi, dan sebagainya bagi Syarikat QSR Trading Sdn.Bhd.



4.2.2 Iklan



Iklan merupakan salah satu cara untuk memperkenalkan barangan, perkhidmatan, peluang pekerjaan, inspirasi dan maklumat kepada yang ingin disampaikan. Oleh itu, Syarikat QSR Trading Sdn.Bhd mengiklankan produk Sos Life melalui jualan terus, majalah, katalog dan risalah, media sosial, radio, dan televisyen.



000823-14-1681 4.3 Anggaran Penggunaan Media



Jadual anggaran peratusan yang digunakan oleh pengkaji melalui media bercetak dan media elektronik



Bil



Media Bercetak



Peratus (%)



1.



Buku rujukan



45



2.



Internet



25



3.



Surat khabar



10



4.



Majalah



10



5.



Iklan



10



CARTA ANGGARAN PERATUSAN MEDIA BERCETAK DAN MEDIA ELEKTRONIK



Surat Khabar



10% 10%



Buku Rujukan



25%



Majalah 10%



45%



Internet Iklan



Carta 1: Anggaran Peratusan Penggunaan Media Bercetak Dan Media Elektronik Carta 1 menunjukkan anggaran peratusan penggunan media bercetak dan media elektronik yang digunakan oleh pengkaji. Penggunaan buku rujukan dan internet adalah banyak sebanyak 45% dan 25% untuk menjalankan kajian ini kerana bahan ini memudahkan pengkaji mendapatkan maklumat dengan cepat dan mudah diperolehi malah kos penggunaan bahan ini adalah murah. Selain itu, penggunaan bagi majalah dan surat khabar adalah sebanyak 10% manakala penggunaan iklan adalah sebanyak 10%. Penggunaan ini adalah sedikit



000823-14-1681 berbanding penggunaan buku rujukan dan internet kerana bahan ini maklumat yang terdapat adalah kurang tentang Syarikat QSR Trading Sdn.Bhd dan produk Sos Life