Kaedah Soal Jawab [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

Kaedah Soal Jawab



1.0



Pendahuluan



Pengajaran



dan



pembelajaran



kemahiran



mendengar



dan



bertutur



memerlukan guru menguasai kaedah yang tepat. Kaedah merujuk kepada prosedurprosedur mengajar yang wujud berdasarkan pendekatan pengajaran bahasa yang digunakan oleh guru. Pendekatan pengajaran bahasa yang digunakan adalah berlandaskan teori linguistik dan psikologi. Oleh itu, sesuatu kaedah yang digunakan tidak boleh bercanggah daripada pendekatan. Kaedah bersifat prosedur yang terdiri daripada langkah-langkah dan peringkat-peringkat yang teratur yang harus dituruti dengan saksama untuk mencapai tujuan tertentu.



Kemahiran menyoal dalam sesi pengajaran dan Pembelajaran adalah salah satu kaedah yang digunakan oleh guru untuk mendapatkan tindak balas daripada pelajar sama ada mereka memahami atau tidak tajuk yang disampaikan. Selain itu, soalan juga dapat membantu pelajar secara langsung dalam meningkatkan prestasi pelajaran mereka.



Teknik menyoal adalah penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Soalan digunakan untuk mendapatkan maklumat atau jawapan daripada pelajar. Khususnya, guru menggunakan teknik menyoal untuk memastikan sama ada mereka memahami pelajaran baru.



Selain itu,



menyoal juga mempunyai nilai sosial kemasyarakatan dengan



menyoal dapat membantu pelajar mengukuhkan hubungan dan menyatukan kumpulan melalui interaksi hati ke hati.Walaubagaimanapun, guru harus memberi perhatian terhadap teknik menyoal kerana kekerapan memberikan soalan boleh



1



menjadi alat dan jalan untuk menghasilkan pengajran yang baik ( Groisser, 1964 : 193 )



2.0



Objektif Penyoalan



Secara umumnya apabila guru ingin menyoal pelajar, guru akan memberi soalan kepada keseluruhan kelas. Setelah memberi mereka waktu untuk memikirkan jawapn, barulah guru memilih secara rawak beberapa orang pelajar untuk menjawab soalan tersebut. Kaedah menyoal yang betul seperti ini dapat membangkitkan kecerdasan serta menggalakkan pelajar untk berfikir. Kaedah ini juga dapat merangsang pemikiran pelajar.



Selain itu, tujuan menyoal adalah untuk memperoleh maklum balas tentang pengajaran dan pembelajaran. Tambahan pula bahawa kebanyakan penilaian adalah bergantung kepada soalan, maksudnya bahawa setiap soalan mesti ada objektifnya iaitu:



a)



Menggerak Minda Murid Guru dapat merangsang dan mencungkil fikiran pelajar semasa sesi soal



jawab dengan menggunakan teknik soalan kemahiran berfikir kreatif dan kritis terutamanya ketika mengajar tajuk baru. Pada masa yang sama, guru boleh menimbulkan minat dan rasa ingin tahu pelajar semasa sesi soal jawab dijalankan.



b)



Menilai Pemahaman Pelajar Guru dapat mengukur tahap kefahaman pelajar dalam aktiviti pengajaran dan



pembelajaran yang dilaksanakan. Sesi soal jawab merupakan satu latihan sebelum menghadapi ujian atau peperiksaan.



2



c)



Membimbing Pelajar



Pelajar biasanya sering menunjukkan kelemahan dalam memberikan jawapan. Dalam kaedaan ini guru hendaklah tidak terus menyalahkan jawapan pelajar. Sebaliknya, guru wajar menggunakan teknik soalan yang memberikan panduan kearah jawapan yang dikehendaki sehingga pelajar menyedari kesilapan mereka dan cuba membetulkan kesalahan itu.



d)



Merentas Pembelajaran



Proses pembelajaran pelajar harus berlaku secara aktif sepanjang masa. Bentuk soalan boleh juga menggunakan konsep yang diperoleh dalam sesuatu mata pelajaran kepada situasi yang lain.(Kamarul &Abd. Halim,2007 : 181 )



e)



Menggalakkan Mutu Pemikiran Yang Tinggi



Soalan



yang



dibuat



mestilah



mempunyai



unsur



penganalisisan,



penggabungan atau sintesis dan penilaian( Zawawi,1988:215)



f)



Mengekalkan Perhatian Murid



Guru dapat mengenal pasti tingkah laku pelajar semasa pengajaran dan pembelajaran sedang berlaku. Jika guru ternampak pelajarnya sedang berkhayal atau



leka,



teknik



soalan



boleh



digunakan



untuk



mengembalikan



semula



perhatiannya tanpa memarahi dan mengherdik pelajar terbabit( Zawawi, 1988: 215 )



3



g)



Mengeratkan Interaksi



Tujuan menyoal juga dapat mengeratkan interaksi antara guru dengan murid dan sesama murid. Interaksi guru-murid, murid-guru dan murid sesama murid penting kerana dapat mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih baik dan garmoni ( Zawawi, 1988 : 216 )



Objektif yang telah disebutkan di atas, menjadi asas tujuan guru menggunakan teknik menyoal kepada para pelajar di dalam kelas. Dengan menggunakan teknik menyoal yang betul, sudah pasti suasana kelas akan lebih aktif dan seturusnya pengajaran dan pembelajaran guru akan lebih berkesan.



3.0



Aras-aras penyoalan



Soalan-soalan yang hendak dikemukakan dalam aktiviti pengajaran guru hendaklah dipelbagaikan mengikut peringkat aras-aras penyoalan. Bloom dalam bukunya “ Taxonomy of Education objective” membahagikan enam peringkat arasaras penyoalan: ۞ Pengetahuan ۞ Kefahaman ۞ Aplikasi ۞ Analisis ۞ Sintesis ۞ Penilaian



4



Enam aras ini boleh diaplikaskan dalam mata pelajaran Pengetahuan Ugama Islam di sekolah-sekolah menengah. Sebagai contoh, ketika guru mengajar pelajaran Tauhid, dalam tajuk khas Ilmu Tauhid. Guru boleh menggunakan soalan dalam pelbagai bentuk aras seperti berikut:



Pengetahuan



Soalan-soalan diperingkat ini bertujuan menguji kebolehan calon mengingat kembali fakta asas, istilah, erti, hukum, difinisi, tarikh, tempat dan nama-nama yang telah dipelajari.



Perkataan yang biasa digunakan ialah namakan, nyatakan, berikan, terangkan, siapa, apa, mana, bila dan senaraikan. Contoh: 1)



Berikan pengertian Ilmu Tauhid?



2)



Nyatakan nama-nama lain bagi ilmu Tauhid ?



Kefahaman



Soalan-soalan



di peringkat ini bertujuan menguji keboleham calon



memahami, menterjemah dan meninterpretasikan fakta asas, konsep, prinsip atau bahan yang telah dipelajari.



Perkataan-perkataan yang biasa digunakan ialah terangkan, tuliskan, mengapa, huraikan dan lain-lain.



5



Contoh: 1)



Mengapa Ilmu Usuluddin dinamakan juga sebagai ilmu Tauhid ?



2)



Terangkan ilmu Ma’rifat yang telah kamu pelajari ?



Aplikasi



Soalan-soalan



di



peringkat



ini



bertujuan



menguji



kebolehan



calon



menggunakan fakta asas, konsep, prinsip dan kemahiran yang dipelajari untuk menyelesaikan masalah.



Perkataan-perkataan yang biasa digunakan ialah bagaimana, selesaikan, carikan, kerakan, gunakan, huraikan dan lain-lain.



Contoh :



1)



Huraikan kepentingan mempelajari ilmu Tauhid ?



2)



Bagaimana kita mengenal Allah ?



Analisis



Soalan-soalan di peringkat ini bertujuan menguji keboleham calon membuat perbandingan



dan



menghuraikan



faktor-faktor



hubungkait antara satu sama lain.



6



Perbezaan,



kesamaan



dan



Perkataan yang biasa digunakan ialah bandingkan, bezakan, Analisis, cerkinkan, asingkan, bahagikan dan sebagainya.



Contoh :



1)



Bezakan maksud ilmu Kalam dan ilmu Ma’rifat ?



2)



Bandingkan ilmu Tauhid dan ilmu Fiqh ?



Sintesis



Soalan-soalan



di



peringkat



ini



bertujuan



menguji



kebolehan



calon



menggabungkan, mengintegrasikan atau mencantumkan idea-idea serta mentafsir dan merumuskan hasil yang dianalisiskan melalui prinsip induksi atau deduksi.



Perkataan yang biasa digunakan ialah rumuskan, membuat keputusan, membuat kesimpulan, bentukkan ciptakan, rekakan, gubahkan, integrasikan, gabungkan dan lain-lain.



Contoh: 1)



Rumuskan tentang nama-nama lain dalam ilmu Tauhid ?



2)



Buat kesimpulan tentang perkara-perkara dalam Rukun Iman ?



7



Penilaian



Soalan-soalan



di



peringkat



ini



bertujuan



menguji



kebolehan



calon



membuktikan, mengesahkan, memberi pendapat atau hujah, mengkritik, memberi komen dan menilai sesuatu pernyataan, ciptaan, karya, perinsip, teori dan lain-lain.



Perkataan yang biasa digunakan seperti beri kritikan, buktikan, nilaikan, berikan komen dan sebagainya.



Contoh :



1)



Berikan pendapat kamu tentang orang yang engkar tentang percaya adanya



Allah ? 2)



Berikan dalil Naqli dan dalil Aqli tentang adanya Allah Ta’ala ?



Contoh : 1)



Berikan pendapat kamu tentang orang yang engkar tentang percaya adanya



Allah ? 2)



4.0



Berikan dalil Naqli dan dalil Aqli tentang adanya Allah Ta’ala ?



Tujuan soal-jawab



Teknik paling lama dan popular digunakan dalam pendidikan. Teknik ini berupaya mewujudkan interaksi guru dengan murid-murid secara berkesan. Teknik



8



ini dilaksanakan dengan cara guru mengemukakan soalan berkaitan dengan isi pelajaran, dan murid perlu memberi tindak balas yang sewajarnya.



Terdapat tiga tujuan utama teknik soal jawab : •



Untuk mengesan pengetahuan berbahasa murid







-untuk menggalakkan murid berfikir secara kreatif, inovatif, logik dan kritis







-untuk mendorong murid menyusun dan menghuraikan bahan yang diajar



5.0



Perkara-perkara yang perlu ditekankan dalam kaedah soal jawab



Berikut adalah kemahiran teknik menyoal yang perlu diamalkan oleh setiap guru : 1. Pembentukan soalan yang jelas, tepat dan ringkas. 2. Fokus kepada satu idea/ atau lebih daripada satu idea. 3.



Sebaran ke seluruh kelas. Kurang digalakkan kepada individu tertentu bagi



mengelakkan yang lain-lain berasa 'selamat'. 4. Melakukan hentian di temnpat yang sepatutnya. 5.



Melayan semua jawapan pelajar dengan baik tanpa membuatkan pelajar terasa



didiskriminasi/ pilih kasih. 6.



Memberi petua/ petunjuk dan peluang yang secukupnya kepada pelajar yang



tidak dapat menjawab. 7. Mencungkil pemikiran pelajar di dalam memberi pendapat dan idea baru. 8.



Jangan sesekali memarahi pelajar dengan kata-kata negatif apabila mereka



gagal menjawab soalan.



9



6.0



Kaedah soal jawab dalam pembelajaran kooperatif



Telah



diketahui



menggalakkan



murid



bahawa berfikir



kaedah



soaljawab



menggunakan



boleh



pengetahuan



digunakan



untuk



sedia



yang



ada



digabungkan dengan pandangan (penilaian, justifikasi, andaian, inferens, jangkaan dan sebagainya) untuk membolehkan murid melihat sesuatu fenomena secara lebih luas.



Penggunaan



penyoalan



Sokratik



(pelbagai



soalan



pelbagai



dimensi



dikemukakan untuk menggalakkan murid berfikir secara aktif dan mencari jawapannya) pelbagai aras domain kognitif Taksonomi Anderson dan Krathwohl (2000) {mengingat, memaham, mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta}, akan dapat meningkatkan daya berfikir murid (pembelajaran berfikrah). Soalansoalan yang baik (melibatkan kata tanya 5W1H) akan membuat murid meneroka maklumat



baru



(melalui



perbincangan,



perkongsian,



pencarian



maklumat,



berkolaborasi) untuk mendapatkan jawapan terbaik. Penggunaan tujuh lingkaran soalan akan memantapkan lagi pemahaman murid tentang sesuatu tajuk atau konsep yang dipelajari.



Pembelajaran



kooperatif



menyediakan



peluang



kepada



murid



untuk



berbincang, menyemak dan menilai kefahaman rakan, berkolaborasi dengan orang lain serta melakukan refleksi pembelajaran.



Saya memilih teknik Number-Head-Together (pembelajaran kooperatif) sebagai contoh. Murid akan berada dalam kumpulan masing-masing seramai empat orang setiap kumpulan (sebaiknya untuk peringkat rendah, guru menentukan ahliahli kumpulan melibatkan pelbagai gaya belajar dan keupayaan). Setiap ahli dalam kumpulan akan ditandai dengan nombor 1 hingga 4. Guru akan mengemukakan soalan kepada kelas (pastikan soalan-soalan telah disediakan terlebih awal dengan turutan yang betul).



10



Contoh soalan untuk tajuk aqidah Allah Maha Kuasa.



1. Apakah maksud kuasa? Apakah yang kamu faham dengan maksud berkuasa? Soalan mencabar konsep (aras mengingat /memaham) lingkaran satu: perkara



2. Apakah perbezaan antara kuasa dan berkuasa? Soalan mencabar konsep dan interpretasi (aras memaham / menganalisis) lingkaran satu: perkara



3. Siapakah yang mempunyai kuasa? Soalan meminta penjelasan (aras mengingat) lingkaran tujuh: perkara dan luar



4. Apakah perbezaan kuasa manusia dan kuasa Allah? Soalan meminta pandangan, penjelasan dan interpretasi tentang konsep (aras memaham) lingkaran lima: perkara dan luar



5. Sejauh manakah manusia dapat menunjukkan kuasanya? Soalan mengenai pandangan (aras menilai) lingkaran lima: perkara dan luar



6. Mengapakah kuasa manusia dikatakan bergantung kepada kuasa Allah? Soalan meminta alasan dan penjelasan (aras menganalisis) lingkaran lima: perkara dan luar



7. Bagaimanakah caranya Allah menunjukkan kuasaNya ke atas manusia dan alam semesta? Soalan meminta penjelasan (aras memaham) lingkaran lima: perkara, dan luar



8. Apakah



contoh-contoh



kuasa



Allah



ke



atas



manusia



semesta?.Soalan meminta alasan dan bukti (aras memaham)



11



dan



alam



9. Bilakah manusia dapat menjadi saksi kepada kekuasaan Allah? Soalan meminta penjelasan (aras mengingat)



10. Mengapakah percaya kepada Allah Maha Berkuasa menjadi penting dalam kehidupan anda? Soalan implikasi dan akibat (aras menganalisis) lingkaran empat



11. Apakah kemungkinan akan berlaku sekiranya anda tidak percaya dengan kekuasaan Allah? Soalan implikasi dan akibat (aras menilai)



12. Bagaimanakah kepercayaan kepada kuasa Allah dapat mengukuhkan iman?



Guru akan memberikan waktu untuk murid berbincang dalam kumpulan. Kemudian guru akan memanggil nombor secara rawak (antara nombor 1 hingga 4) dan murid dengan nombor yang dipanggil akan menjawab bagi pihak kumpulannya. Untuk menjimatkan masa atau untuk melatih murid meningkatkan kemahiran mendengar, guru boleh mengemukakan dua atau tiga soalan sekaligus (bergantung kepada tahap murid) dan murid yang dipanggil nombornya akan menjawab soalansoalan yang berlainan walaupun semua murid telah membincangkan soalan yang sama. Harus diingat bahawa dengan berfikir dan berbincang untuk mencari jawapan secara aktif, proses ingatan akan dapat bertahan lebih lama berbanding sekadar mendengar fakta dan maklumat daripada guru secara pasif.



Guru boleh mengakhiri kelas dengan mengedarkan borang pengurusan grafik banding beza antara kuasa makhluk dan kuasa Allah. Berdasarkan kepada maklumat yang diperolehi, murid akan membuat rumusan sendiri tentang Allah Maha Berkuasa.



12



7.0



Kategori-kategori Soalan lain



Terdapat juga cara lain untuk mengkategorikan soalan. Ia boleh dilakukan menurut fungsinya yang utama, umpamanya: i. Soalan-soalan mengikut urutan (First-Order Question) Soalan bentuk ini adalah soalan mudah yang biasa digunakan. Soalan ini dikatakan mengikut urutan kerana ia mengikut urutan pendedahan maklumat yang diberikan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.



ii. Soalan-soalan mencungkil Soalan-soalan mencungkil merupakan jenis soalan yang dapat mencungkil pengetahuan pelajar secara beransur-ansur. Teknik ini juga menghendaki guru untuk menghasilkan soalan-soalan yang kreatif serta jelas dan mudah agar pelajar tidak berasa bosan.



iii. Soalan-soalan terbuka Soalan-soalan terbuka merupakan bentuk soalan bebas yang berupaya menilai keupayaan dan pengetahuan pelajar. Di samping itu pelajar juga boleh menyoal guru sebaliknya bagi tujuan mendapatkan kepastian dan penjelasan lebih lanjut. Tindak balas seperti ini adalah sesuatu yang diharapkan agar guru dapat mengenal pasti kedudukan pemahaman pelajar.



iv. soalan-soalan bercapah Soalan-soalan bercapah merupakan soalan yang mampu menjana pemikiran secara meluas. Soalan-soalan yang subjektif akan membantu pelajar meluaskan skop pemikiran dan ini sangat penting bagi mereka.



13



8.0



Kesan Kemahiran Penyoalan dan Pengajaran dan Pembelajaran



Terdapat banyak kesan teknik penyoalan dalam pengajaran dan pembelajaran. Di antaranya ialah seperti yang berikut: i. Murid bertambah aktif Menambahkan minat pelajar dan mengelakkan mereka daripada berasa jemu. Ia juga akan dapat menguji pengetahuan sedia ada pelajar. ii. Dapat mengenalpasti masalah pelajar Sekiranya pelajar tidak dapat menguasai sesuatu topik pelajaran, dia akan sukar atau tidak dapat menjawab soalan yang dikemukakan. Oleh itu, guru akan dapat mengenalpasti masalah pelajar. iii. Mengeratkan hubungan antara guru dan pelajar. Menerusi teknik ini, hubungan guru dan murid akan lebih erat dan pelajar lebih bersedia dan berkeyakinan menghadapi sesuatu ujian. iv. Membantu pelajar Teknik penyoalan juga akan dapat membantu pelajar menjangkakan soalan-soalan yang mungkin atau menjangkakan tajuk-tajuk penting dalam peperiksaan. Ini membolehkan mereka untuk mengulangkaji topik-topik berkenaan.



9.0



Peranan Guru



Apabila kita bercakap tentang teknik mengajar, kita sebenarnya menumpukan perhatian kepada pencapaian guru yang mengajar, iaitu cara tertentu yang dilakukannya dengan menggunakan kemudahan bahan pengajaran serta langkah yang diamalkannya. Seorang guru menjadi tumpuan pelajar kerana dia sendiri akan bertanggungjawab bagi menentukan kejayaan atau kegagalan sesuatu pengajaran dan pembelajaran yang dirancangkannya.



14



Dalam teknik penyoalan, pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan kemahiran ini sangat mementingkan peranan guru. Peranan guru amat penting untuk menentukan proses teknik ini dapat dijalankan dengan lancar dan berkesan. Kemahiran guru untuk mempelbagaikan teknik soalan akan dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran terlaksana dengan baik dan berkesan.



Teknik soal jawab yang baik merupakan aspek penting dalam pengajaran dan pembelajaran kerana soalan yang terancang dan bermutu dapat membantu menajamkan pemikiran pelajar di samping dapat mewujudkan iklim pembelajaran yang lebih dinamik dan berkesan.



15



10.0



Kesimpulan



Kemahiran menyoal dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran merupakan antara suatu perkara yang penting dalam menguasai ilmu pengetahuan. Dalam bilik darjah, setiap pelajar akan mengemukan soalan kepada guru bertujuan untuk memahami setiap konsep yang disampaikan oleh guru semasa didalam kelas. Melalui teknik penyoalan ini, guru akan menerangkan isi-isi penting agar pelajar dapat memahami serta membolehkan pelajar meningkatkan pemikiran mereka ke tahap yang lebih tinggi. Melalui teknik penyoalan ini pelbagai ilmu dapat dikuasai oleh setiap pelajar sama ada di peringkat pra sekolah, sekolah rendah, sekolah menegah mahupun di IPT-IPT. Melalui teknik seperti ini juga dapat membantu pelajar supaya bergiat secara aktif dalam menguasai bidang ilmu dengan lebih giat lagi. Guru juga perlulah mengemukakan soalan kepada pelajar agar pelajar dapat berfikir mengenai topik yang dipelajari supaya mereka dapat memahami dengan mudah dan berkesan. Oleh itu kemahiran menyoal dalam pengajaran dan pembelajaran amat penting dapat bidang



16



Rujukan faffhttp://pancaindera.wordpress.com/



http://semuliakeredhaanmu.blogspot.com/2010/02/kaedah-dan-teknik-soaljawab.html http://sk-belajar.blogspot.com/2010/05/teknik-penyoalan-dalam-pengajaran-dan.html http://catatannota.blogspot.com/2012/02/tajuk-3-kaedah-teknik-pengajaran.html http://shamsina-gurupendidikanislam.blogspot.com/2011/07/bagaimanamenggunakan-kaedah-soaljawab.html



17