Karangan Pengalaman Menjadi Mangsa Banjir [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

Karangan Pengalaman Menjadi Mangsa Banjir Kejadian banjir sering berlaku pada saban tahun, terutama pada musim tengkujuh. Hal ini disebabkan oleh sungai yang tidak dapat menarnpung limpahan air kerana cetek. Keadaan ini berpunca daripada mendapan tanah hasil tanah di kawasan-kawasan bukit yang diteroka untuk aktiviti pertanian dan pembangunan, di samping hujan lebat yang turun tidak berhenti-henti. Seperti tahun-tahun sebelumnya, tahun ini kawasan tempat tinggal saya yang terletak di Kelantan turut dilanda banjir. Walau bagaimanapun, tidak seperti tahun sebelumnya bencana yang melanda pada tahun ini lebih teruk. Air naik begitu cepat dan melebihi paras yang biasa. Keadaan ini mungkin disebabkan oleh sistem perparitan yang tidak sempurna selain pembukaan banyak kawasan perumahan yang baharu di sekitar bandar tempat tinggal saya. Sistem saliran yang tidak sempurna, di samping projek pernbangunan yang tidak dirancang dengan baik menyumbang kepada bencana yang berlaku. Kebanyakan penduduk tidak sempat menyelamatkan barang-barang berharga mereka disebabkan paras air yang naik dengan cepat. Kebanyakan kelengkapan rumah seperti peti sejuk, sofa, dan sebagainya tidak sempat diselamatkan. Selain itu, buku-buku dan kelengkapan sekolah anak-anak turut musnah. Mujurlah kebanyakan penduduk telah memindahkan kenderaan masing-masing ke kawasan yang lebih tinggi untuk mengelakkan kerugian yang lebih besar. Memandangkan paras air yang semakin meningkat kami telah diarahkan supaya berpindah ke pusat pernindahan sementara. Kami telah dipindahkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat ke Sekolah Kebangsaan Penghulu Abu Bakar. Sepanjang kami berada di pusat pernindahan ini, sesi persekolahan terpaksa dihentikan. Keadaan di pusat permindahan sememangnya tidak selesa. Beberapa buah keluarga berkongsi dewan sekolah yang agak sempit. Namun begitu, kami menghadapi keadaan itu dengan sabar. Banyak pihak yang memberikan bantuan kepada kami. Sikap bertolak ansur, bantu-membantu dan mesra yang ditunjukkan oleh para sukarelawan mengurangkan keresahan semua mangsa. Banyak juga pihak yang prihatin dengan menghulurkan sumbangan dalam bentuk makanan, pakaian, selimut, dan barangan keperluan harían. Setelah hampir seminggu berada di pusat permindahan semua mangsa dibenarkan pulang ke rumah masing-masing apabila banjir surut. Sebelum pulang, wakil rakyat kawasan kami telah memberikan taklimat tentang bentuk bantuan yang akan dihulurkan kepada mangsa selain mengingatkan kami supaya sentiasa mementingkan kebersihan untuk mengelakkan jangkitan penyakit yang sering berlaku selepas banjir. Kami kemudiannya memulakan kerja-kerja membersihkan rumah. Beberapa minggu kemudian, keadaan kembali seperti sediakala.