Kepentingan Seni Visual [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

Kepentingan Seni Visual Pendidikan Seni Visual(PSV) bermaksud proses penghasilan karya seni dengan melibatkan aspek pemahaman, penghayatan dan kritikan tentang perasaan estetika dan daya kreativiti melalui imaginasi dan konsepsi murid. Pendidikan Seni Visual juga memainkan peranan penting dalam memperkembang sifat kreatif dan ekspresif murid melalui persepsi visual, imaginasi dan daya pemikiran. Pengalaman ini penting kerana ianya dapat mempengaruhi murid dalam membina sikap, keperibadian dan kemahiran intelektual mengikut kesesuaian masyarakat masa kini. Seni juga dapat memupuk disiplin diri, mengukuhkan ‘esteem’ kendiri dan menggalakkan kemahiran berfikir dalam proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan dan menyeluruh. Melalui seni juga, murid dapat mempelajari cara orang lain berfikir, bekerja dan mengekspresi kendiri. Justeru ,seni dapat mempengaruhi kita untuk membuat keputusan dalam pelbagai situasi. Pendidikan Seni Visual memberi peluang kepada murid untuk mengcungkil bakat, mengisi masa lapang sebagai hobi, mengaplikasikan dalam kehidupan, tempat meluahkan perasaan, dan membina pemikiran secara holistik.



Pertama sekali, seni visual dapat mencungkil bakat seseorang. Setiap orang mempunyai minat yang berbeza-beza. Salah satunya ialah seni lukisan. Usaha kerajaan dengan mewajibkan setiap murid untuk mempelajari seni melalui subjek Pendidikan Seni Visual adalah satu usaha yang berkesan bagi memupuk bakat yang terpendam, bersesuaian dengan matlamat Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang memberi fokus kepada usaha mengembangkan bakat murid-urid. Setiap murid mempunyai kebolehan yang tersendiri dan berbeza antara satu sama lain. Segelintir murid-murid mahir dalam melukis, membuat rekaan, mereka binaan,



mahupun kraf. Mereka perlu mengasah bakat mereka dari sekolah rendah lagi kerana mereka mempunyai kreativiti yang tinggi dan mudah dibentuk. Pendidikan Seni Visual juga dapat melahirkan pelukis yang berbakat dan berkualiti pada masa hadapan. Seni visual merupakan satu disiplin ilmu. Seni visual melibatkan tiga domain manusia iaitu domain kognitif, afektif, dan psikomotor (Tiejay.tripod.com, 2014). Domain-domain ini membantu memperkembangkan bakat dan potensi individu.



Seni visual juga dapat mengisi masa lapang daripada melakukan perkara yang tidak berfaedah seperti melepak dan vandalisme. Gejala-gejala tidak berfaedah ini semakin berleluasa terutama sekali di kalangan para pelajar sekolah. Hal ini boleh dibendung dengan mempergiatkan lagi subjek seni visual di sekolah-sekolah. Selain itu, para pelajar dan murid boleh menceburkan diri dalam aktiviti-aktiviti bermakna yang dianjurkan oleh pihak sekolah seperti pertandingan melukis dan mewarna. Aktiviti seperti ini dapat mengasah bakat individu sekaligus dapat mengelakkan diri daripada melakukan perkara yang tidak berfaedah. Melukis pada masa lapang dapat melahirkan insan yang kreatif dan inovatif. Mereka mampu untuk menyelesaikan masalah dan membuat keputusan yang bijak (Ismail, 2008). Individu itu boleh menggunakan masa lapang yang ada dengan meluahkan perasaan melalui lukisan.



Seni visual menggalakkan pelajar untuk berfikir secara kritis dan kreatif dalam melaksanakan hasil seni. Ia memperkenalkan banyak aspek pembelajaran baharu yang jarang didapati dalam subjek lain yang dipelajari di sekolah. Antara pengetahuan baharu yang diperkenalkan oleh seni visual adalah aspek ruang,



tekstur, jenis garisan, corak dan penghasilan pelbagai warna. Ilmu yang dipelajari dari seni visual boleh diaplikasi dalam kehidupan seharian para pelajar. Hal ini kerana seni visual sangat rapat dengan diri manusia, alam sekitar dan perhubungan manusia dan alam. Malah, setiap elemen seni visual berada pada alam sekitar seperti tekstur pada permukaan batu, garisan pada dedaunan dan warna pada bunga-bungaan. Kefahaman yang diperoleh dari seni visual dapat diaplikasikan oleh pelajar dalam aktiviti seharian. Misalannya, pelajar akan lebih memahami tentang warna selepas kelas pendidikan seni, maka mereka akan memiliki lebih kesedaran dalam memilih warna yang sesuai untuk digunakan kelak. Contohnya dalam memilih warna padanan bagi baju dan kasut, cat dinding dan kertas dinding, juga cadar dan selimut.



Seni merupakan salah satu cabang ekspresi diri, di mana hasil seni selalunya direalitikan oleh seniman. Inspirasi seniman pula berdasarkan cetusan imaginasi oleh dirinya atau perkara melibatkan dirinya. Maka seni dikatakan luahan perasaan manusia. Seni visual mampu memberikan peluang dan boleh menjadi medium yang tepat untuk meluahkan perasaan atau emosi. Dengan perlaksanaan melalui cara begiini, emosi tidak akan mengaburi perasaan dan pemikiran waras seseorang. Melukis juga merupakan salah satu cara untuk meluahkan perasaan dan emosi (Ismail, 2008). Contohnya, pelajar diberi tugasan untuk meluahkan perasaan, daripada melampiaskan amarah dengan melakukan aktiviti tidak sihat, mereka akan mengeluarkan hasil seni yang timbul dari perasaan itu.



Kepentingan seni visual turut ditekankan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan (2013-2025) yang menyatakan pemikiran kreatif mampu untuk



meningkatkan potensi individu secara holistik supaya individu yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani dapat dilahirkan sejajar dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Melalui subjek seni visual, murid dapat mengembangkan kreativiti seterusnya mencipta idea dan pengetahuan baharu. Selain itu, melalui seni juga, murid bebas untuk menghasilkan karya serta idea baru tanpa perlu risau dan takut. Subjek ini menjadi satu platform bagi mereka untuk meluahkan dan menjana apa yang timbul daripada emosi, intelek serta rohani.



Subjek Seni Visual di sekolah dianggap remeh oleh murid, ibu bapa malahan guru sendiri. Namun begitu, subjek ini memainkan peranan yang amat besar untuk menyokong serta membantu murid untuk mengadaptasi serta mempelajari matapelajaran yang lain. Melalui seni, mereka boleh menghilangkan tekanan yang datang daripada subjeksubjek yang sukar seperti Matematik. Seni visual juga mampu mengembangkan serta mencungkil potensi mereka yang ada, membolehkan murid berfikir secara holistik. Oleh itu, kepentingan subjek ini perlu difahami oleh semua pendidik agar potensi setiap murid dapat dibangunkan secara holistik.



Rujukan KANAK, P. 2013. Sesejuk mata memandang, semanis bahasa berbicara: PEMIKIRAN KREATIF DI KALANGAN-KANAK KANAK. [online] Available at: http://wanmohdaffendy.blogspot.com/2013/06/pemikiran-kreatif-dikalangan-kanak.html [Accessed: 18 Mar 2014]. Khairulsani Ismail, 2008. TABIKA PERPADUAN S24: KEPENTINGAN SENI VISUAL DALAM PENDIDIKAN KANAK-KANAK. [online] Available at: http://tadikaperpaduans24.blogspot.com/2008/08/kepentingan-seni-visualdalam.html [Accessed: 18 Mar 2014]. Mesna Abd. Rahman, 2014. Kepentingan Pendidikan Seni. [online] Available at: http://www.oocities.org/athens/atlantis/4917/mesna1.html [Accessed: 18 Mar 2014]. Shamseruddin Othman, 2014. Kepentingan Pendidikan Seni Visual. [online] Available



at:



http://www.scribd.com/doc/84023415/Kepentingan-Pendidikan-Seni-



Visual [Accessed: 18 Mar 2014]. Tiejay.tripod.com. 2014. MyArt. [online] Available at: http://tiejay.tripod.com/psikologi.htm [Accessed: 18 Mar 2014].