Kerajaan Chih Tu [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

   Kerajaan Chih Tu 1.     Menurut I-Ching, Chih-Tu bermaksud Tanah Merah. 2.     Diasaskan oleh Raja Gautama 3.     Diketuai oleh seorang raja berkuasa mutlak. 4.     Raja dibantu  3 orang menteri 5.     Sistem pemerintahan ikut corak Srivijaya 6.    Menerima pengaruh Hindu. Menurut catatan sejarah, kerajaan chih tu dikatakan wujud pada awal abad sebelum Masihi lagi. kira-kira 100 tahun sebelum Masihi. Manakala menurut sumber catatan china tentang semenanjung tanah Melayu dianggarkan wujud pada awal abad ke 17 lagi hasil daripada satu perutusan ke kerajaan chih tu . Maklumat tentang ekspedisi ini diperoleh daripada catatan Ch’ih-t’u Kuo chi. Walaupun catatan ini sudah tidak lagi wujud tetapi bahan penulisannya masih lagi terdapat dalam perenggan-perenggan dalam Sui-shu, Pei-shih dan T’ai-p’ing yun Lan. Kerajaan Chih tu adalah sebahagian daripada Empayar Funan , Kerajaan Chih tu



berada di laut Selatan yang mengambil masa 100 hari untuk sampai jika melalui jalan laut. Mengikut catatan daripada sumber China Tanah di sekitar kerajaan chih tu kebanyakkan merah atau bertanah liat. Di sebelah timur kerajaan Chih tu adalah kerajaan Po-lo-la. Bahagian utara kerajaan Chih tu adalah lautan. Raja diberi gelaran Chu tan dan nama sebenar Raja ketika itu adalah Li-fu-To-Se. Baginda ketika itu tidak tahu tentang kerajaan yang jauh seperti Kerajaan China. Raja Chih tu bersemayam di tempat bernama Seng-chih, di mana ia mempunyai tiga tembok setiap satunya mempunyai jarak yang seratus langkah kaki. Di setiap tembok tersebut pula mempunyai lukisan yang berkaitan dengan semangat terbang, bodhisattvas dan roh abadi dan tembok itu digantung dengan bunga emas dan loceng. Pada setiap pintu tembok terdapat 4 orang pegawai yang berada di sebelah pagoda



buddha. Semua bangunan yang terdapat di istana raja terdiri daripada balai yang berbilang dan pintu berada di sebelah utara.            



Dalam kerajaan Chih tu adalah menjadi satu kewajipan untuk setiap rakyatnya  menindik telinga mereka dan memotong rambut dalam sebuah perayaan keagamaan. Hal ini adalah bertujuan untuk mengagungkan buddha tetapi penghormatan yang tertinggi diberi kepada para brahmin. Para perempuan perlu mengikat rambut  mereka. Kerajaan chih tu mengamalkan ajaran buddha dalam kerajaan mereka, ini dapat dilihat dari struktur bangunan dan struktur masyarakat chih tu yang meletakkan golongan brahmin pada kedudukan yang istimewa. Masyarakat chih tu juga menjalankan upacara perkahwinan. Bagi mengadakan upacara perkahwinan hari yang dianggap bertuah dipilih. Lima hari sebelum upacara perkahwinan dijalankan, Keluarga sebelah perempuan akan menyediakan bahan untuk upacara dan setelah upacara perkahwinan selesai harta perkahwinan akan dibahagikan serta pasangan pengantin akan tinggal di rumah berasingan. Bagi upacara kematian pula, bapa atau abang kepada si mati perlu mencukur kepala mereka dan berpakaian preman dam mereka perlu melakukan upacara kematian saudara mereka itu sendiri. http://sejarahasiatenggara.blogspot.my/2014/12/kerajaan-chih-tu.html.



Temasik



The name “Temasek” is probably derived from the same root as the word tasek, which means “lake” in Malay. Tasek implies a reference to a piece of land surrounded by water. Early documents that mention the name Temasek include: a Vietnamese eulogy for a deceased prince dated 1330;[1] Dao yi zhi lue ("Description of the Barbarians of the Isles") by Wang Dayuan in 1349; and the Desawarnana or Nagarakrtagama by Prapanca, a courtier of Majapahit, in 1365.[2] The name also appears in sources related to the Zheng He voyages of



the early 15th century. The Pararaton (“Book of Kings”) contains a Javanese poem written in the 16th century that purports to recount events at the courts of Singhasari and Majapahit in east Java. Temasek appears in the book in a list of countries in the Southeast Asian archipelago that the prime minister of Majapahit, Gajah Mada, swore to conquer.[3]



The name Singapura is given as the name of a place in India in the Jataka tales, which is a collection of stories about the previous lives of Buddha. Singapura means “lion city” in Sanskrit. The lion has been used as a symbol of Buddha in Indian art since the period of King Asoka. In Southeast Asia, the first place to be named Singapura was in the area of Tra Kieu, central Vietnam, in the fourth century. The name was later used for a place in central Thailand during the Angkorian Empire (13th century) and is known as Singburi in Thai. A place called Singapura appears in a list of Majapahit’s vassals in an inscription found in Surodakan, Java, dated 1369 Saka or AD 1447.[4] This Singapura could refer to a kingdom in west Java, which plays an important role in the Cariosan Prabhu Siliwangi, the tale of a heroic figure living in the 15th century.



The name “Temasik” appears twice in the Sejarah Melayu (Malay Annals). The first occurs in the story of Raja Chulan, a great king of India, who set out to conquer China. The Chinese managed to intercept him at Temasik. The second is in the context of Sri Tri Buana’s discovery of the island of Temasik, which he renamed “Singapura”. It is difficult to specify the date when the name actually changed. All 14th-century sources used “Temasik”. The Portuguese in 1511 mentioned only Singapore; Temasik seems to have been forgotten by that time. It is possible that the name was changed around 1392 when Parameswara (who is omitted from the Malay Annals) arrived on the island and killed the local ruler. However, Chinese sources continued to use “Temasik” in the 15th century because Chinese authors and



editors often retained old place names even after these had gone out of use in their original locations.



The motivation for the change in name could have been to strengthen the claim to legitimacy over the island by Parameswara, the usurper from Sumatra. He might have intended to replace the Malay name, which had only local significance, with a Sanskrit name in order to re-contextualise Singapore as a cosmopolitan trading port, which was then part of the international maritime trade network.



Tomé Pirés, a Portuguese apothecary and author of the early 16th century, mentioned Singapore but did not think it had much importance.[5] Emanuel Godinho de Erédia, who was then the commander of the Portuguese naval forces in Malacca, was attracted by the island’s military potential, but never obtained control of the island. St. Francis Xavier, a Roman Catholic missionary, managed to post letters from Singapore in 1551.[6] He probably wrote them on board a ship anchored in the port.



Singapore appears on the Mao Kun map of the Ming Dynasty as Temasek (Danmaxi). A Portuguese map compiled by de Erédia in the late 16th century lists several place names such as Tanah Merah, Sungei Bedok, Tanjung Rhu, and Belakang Mati (now known as Sentosa), places which still exist today. De Erédia’s map also shows a Xabandaria or harbourmaster’s post on the island’s south coast, indicating that the Johor sultanate maintained an official presence on the island until about 1600.



Gangga Negara dipercayai merupakan kerajaan Melayu - Hindu Lama yang hilang dan ada disebut dalam Sejarah Melayu yang kini merangkumi Beruas, Dinding dan Manjung yang pada masa kini terletak di negeri Perak, Malaysia. Para penyelidik mempercayai bahawa kerajaan ini berpusat di Beruas dan ia runtuh selepas serangan oleh Raja Rajendra Chola I



dari Coromandel, India Selatan di antara tahun 1025 dan 1026. Menurut sebuah lagi catatan



sejarah Melayu, Hikayat Merong Mahawangsa, Gangga Negara mungkin telah diasaskan oleh anak Merong Mahawangsa, Raja Ganjil Sarjuna dari Kedah, yang dikatakan sebagai keturunan Iskandar Agung atau keluarga diraja Khmer tidak lewat dari abad ke-2. Jabatan Muzium Negara telah mengkaji kerajaan Gangga Negara dari pelbagai aspek termasuk tradisi lisan yang terdapat di negeri Perak. Muzium Beruas ditugaskan untuk membuat penyelidikan dari sudut arkeologi. Kerajaan Gangga Negara meliputi Beruas dan Dinding/ Manjung . Artifak arca-arca Buddha abad ke-5 dan ke-6 Masihi yang dijumpai di Beruas menunjukkan kewujudan kerajaan Gangga Negara ini. Kerajaan Gangga Negara ini berpusat di Beruas.



Pengasas Kerajaan Gangga Negara ialah Raja Ganjil Sarjuna dari Kedah. Pendapat lain mengatakan Kerajaan Gangga Negara diasaskan oleh Raja Khmers dari Kemboja. Menurut kajian lain, dinyatakan bahawa Kerajaan Gangga Negara wujud tidak lewat dari abad ke-2 Masihi. Kerajaan Gangga Negara ini dipercayai terletak di daerah Dinding (Manjong), sekitar kawasan Selatan Gunung Bubu (1657 meter ) arah timur Bukit Segari di tepi Sungai Dendang. Pendapat ini juga menyebut kemungkinan pusat Kerajaan Gangga Negara berubah-ubah. Berdasarkan taburan artifak-artifak purba yang ditemui dan pengaliran cabang Sungai Perak, kerajaan ini dipercayai pernah berpusat di Pengkalan ( Ipoh ), Lembah Kinta, Tanjung Rambutan, Bidor dan Sungai Siput. Kewujudan Kerajaan Gangga Negara dan kemudiannya Kerajaan Melayu Beruas dipersetujui penyelidik sejarah pada masa kini. Kedua-dua kerajaan tua yang dikatakan pernah bertapak di bumi Beruas bukanlah suatu kisah dongeng ataupun mitos semata-mata. Ini berikutan beberapa peninggalan kesan sejarah mengenainya yang masih wujud di beberapa kawasan negeri Perak amnya dan Beruas khususnya. Semua artifak dan gambar berkaitan dengan Beruas dipamerkan di Muzium Beruas.



Isi kandungan      



1 Asal 2 Sejarah 3 Arkifak o 3.1 Pokok Beruas 4 Lihat juga 5 Rujukan 6 Pautan luar



Asal [[Imej: GanggaNegaraStatue001.jpg|thumb|180px|Gambar dari Muzium Sejarah Nasional Kuala Lumpur. Patung gangsa abad ke-8 / 8 patung Avalokitesvara Buddha berdiri bertangan



8 dijumpai di lombong bijih Anglo Oriental, Bidor, Perak pada tahun 1936. Ketinggian 79 cm.]] Gangga Negara bererti "bandar di Ganges" dalam bahasa Sanskrit, nama yang dipetik dari Ganganagar di barat laut India di mana penduduk Kambuja tinggal. Kambuja merupakan puak Aryan India-Iran dalam keluarga India-Eropah, pada asalnya tempatan di Pamir dan Badakshan. Terkenal sebagai pedagang Hindu, mereka membina koloni mereka di Asia Tenggara sekitar 2,000 tahun dahulu di lembah Mekong dan juga di Kepulauan Melayu di Funan, Chenla, Champa, Khmer, Angkor, Langkasuka, Sailendra, Srivijaya, dll. Pakar sejarah mendapati pedagang Kambuja mengembara dari Gujarat ke Sri Lanka dan ke Ligor (Nakhon Sri Thammarat) di utara semenanjung Tanah Melayu, merentasi Thailand dan Kemboja.



Sejarah Menurut kajian yang dijalankan oleh Tuan Haji Abdul Hamid Zamburi, berdasarkan buku Geographike Huphegesis yang ditulis oleh Ptolemy sekitar 150M ada menyebut tentang sebuah tempat bernama Coconagara yang terletak di Avrea Cheronesvs (Semenanjung Emas; merujuk kepada Tanah Melayu). Secara fonetiknya, sebutan Coconagara seakan-akan menyamai sebutan Gangga Negara. G. Coedes dalam The Indianized States of Southeast Asia berpendapat bahawa Coconagara itu terletak di tebing Sungai Dinding, sementara Kolonel Low pula mencadangkan ianya terletak di Sungai Dinding dan Beruas. Jika perkara ini tepat, maka ketamadunan Melayu di Beruas telah wujud sekurang-kurang sejak abad kedua tahun Masihi, iaitu merujuk kepada tahun penulisan Ptolemy. [1] Menurut catatan Hikayat Merong Mahawangsa, Gangga Negara telah diasaskan oleh anakanda Merong Mahawangsa yang bernama Raja Ganjil Sarjuna. Kerajaan ini terletak di kawasan Beruas, sekitar selatan Gunung Bubu, ke arah timur Bukit Segari dan di tepi Sungai Dendang. Kerajaan ini turut merangkumi kawasan Pengkalan (Ipoh), Lembah Kinta, Bidor, Tanjung Rambutan dan Sungai Siput ,selain berubah-ubah dipercayai ekoran perubahan aliran sungai.Gangga Negara merupakan sebuah kerajaan Melayu-Hindu. Gangga Negara dipercayai sempena nama Sungai Ganges di India, manakala Negara bererti negeri dalam bahasa Sanskrit. Empayar Gangga Negara musnah ekoran serangan dan penjarahan Raja Rajendra Chola Deva I dari Coromandel, India sekitar 1025-1026. Dipercayai bahawa Raja Gangga Negara, iaitu Raja Gangga Shah Johan terkorban dalam peperangan tersebut.



Arkifak Penyelidikan pertama mengenai kerajaan Beruas dimulakan oleh Kolonel James Low pada tahun 1849 dan satu abad kemudian oleh HG Qlaritch-Males. Menurut Jabatan Antikuiti dan Muzium, kedua penyelidik bersetuju bahawa kerajaan Gangga Negara wujud tetapi tidak dapat menentukan dengan pasti tapaknya. Selama beberapa tahun, penduduk kampung telah menemui artifak, termasuk nesan dengan tulisan yang menunjukkan bahawa Beruas mungkin merupakan titik mula penyebaran Islam di Semenanjung Malaysia. Kebanyakan



artifak, dipercayai semenjak kerajaan kuno, kini dipamerkan di Muzium Beruas bertarikh semenjak abad ke-5 dan ke-6. Artifak yang dipamerkan termasuk meriam 128 kg, pedang, keris pitis, ketulan timah, tembikar dari kerajaan Dinasti Ming dan pelbagai era, dan tempayan besar. Melalui artifak ini, ia telah dijangka bahawa Pengkalan (Ipoh), Lembah Kinta, Tanjung Rambutan, Bidor dan Sungai Siput merupakan sebahagian kerajaan Beruas.



Artifak turut mencadangkan bahawa pusat kerajaan mungkin telah berpindah beberapa kali. Gangga Negara dinamakan menjadi Beruas selepas Islam bertapak di sana.



Pokok Beruas Beberapa batu nesan diraja Aceh turut ditemui di daerah Beruas dan ini mempunyai bukti kaitan dengan sumber sejarah bahawa putera raja dari Aceh, Sumatra berehat di bawah pokok Beruas, Namanya Malikul Mansur. Sejarah Pasai ada menyebut mengenai Malikul Mansur yang dibuang oleh Sultan Malikul Mahmud. Kini pokok beruas telahpun pupus tetapi masih dapat dijumpai di perkampungan berhampiran di Pengkalan Baru dan Batang Kubu.



Sejarah ada mengatakan terdapat beberapa buah kerajaan kuno di negeri Perak, Malaysia. Buktinya nama-nama penempatan ataupun kerajaan kuno itu ada tercatat di dalam buku-buku pengembaraan pengembara silam sama ada dari Yunani, Arab, Itali, China mahupun India. Antara kerajaan kuno tersebut adalah Beruas. Ceritacerita mengenai keagungan dan kehebatan Beruas sebagai kerajaan Melayu tertua di pesisir pantai negeri Perak telah lama kedengaran. Kehebatan mengenai perkara itu telah membuatkan beberapa orang pengkaji mula mencari kesahihannya. Kajian yang dibuat oleh Col. James Low pada tahun 1840 menunjukkan kerajaan ini wujud tetapi sukar untuk dipastikan lokasi sebenarnya. Kerajaan Beruas telah wujud sekitar abad ke-13 Masihi. Ini bermakna kerajaan ini wujud tidak jauh bezanya dengan kemunculan kerajaan Melayu Melaka iaitu pada abad ke-14 Masihi. Dalam manuskrip lama ada mengatakan kerajaan Beruas ini pernah berdagang dengan kerajaan Melayu Melaka. Namun sebelum wujudnya kerajaan Beruas, telah ada beberapa buah kerajaan yang lebih kuno di negeri Perak antaranya ialah Gangga Negara. Kemunculan kerajaan ini sezaman dengan kerajaan Kedah Tua, Jambi, Chaiya dan beberapa buah kerajaan lagi. Merujuk kepada bukti-bukti sejarah, dipercayai kerajaan Gangga Negara muncul sekitar awal tahun Masihi, iaitu abad ke-2 Masihi. Pada ketika itu, kerajaan kuno Gangga Negara meliputi daerah Beruas, Dinding dan Manjung di negeri Perak. Salah seorang daripada raja yang memerintah kerajaan itu ialah raja Shah Johan. Para penyelidik percaya bahawa kerajaan kuno Gangga Negara berpusat di Beruas dan ia musnah selepas diserang oleh Raja Rajendra Chola I dari Coromandel, India Selatan di antara tahun 1025 dan 1026. Menurut sebuah lagi catatan sejarah Melayu, Hikayat Merong Mahawangsa yang juga dikenali sebagai Hikayat Kedah, Gangga Negara mungkin telah diasaskan oleh anak Merong Mahawangsa iaitu raja Ganjil Sarjuna dari Kedah, yang dikatakan berasal daripada keturunan Iskandar Zulkarnain atau keluarga diraja Khmer sekitar abad ke-2 lalu. Pada tahun 1991, penelitian secara mendalam telah dilakukan oleh pihak Muzium Negara Malaysia dengan kerjasama daripada beberapa buah agensi lain untuk mencari tapak-tapak petempatan atau bekas-bekas kerajaan kuno tersebut dalam usaha untuk membina semula sejarah Malaysia. Kajian ini diketuai oleh Dato' Profesor Emeritus Dr. Nik Hassan Shuhaimi Nik Abd. Rahman dari



Universiti Kebangsaan Malaysia. Matlamat kajian ini adalah untuk menjejak penempatan manusia pada zaman silam dan mencari siapakah pengasasnya. Selain itu pengkajian ini juga cuba untuk meneliti corak dan sistem pemerintahan yang diamalkan serta faktor-faktor pendorong yang menyebabkan sesuatu penempatan itu menjadi mundur dan ditinggalkan. Menurut Profesor Emeritus, lokasi sebenar kerajaan kuno Gangga Negara masih lagi tidak dapat disahkan. Banyak sarjana masih berdebat mengenai perkara ini namun berdasarkan kepada keterangan naskhah Sejarah Melayu, lokasi itu berada di daerah Dinding (sekarang ini dikenali sebagai Manjung) di kawasan selatan Gunung Bubu iaitu ke arah timur Bukit Segari. Jika dilihat secara topografi, mungkin kawasan ini berada di tebing sungai Dendang, Beruas. Lantaran itu, berdasarkan penemuan arca-arca seperti patung dewa, seramik dan penelitian terhadap pengaliran cabang Sungai Perak, Profesor Emeritus membuat kesimpulan bahawa kerajaan Gangga Negara dipercayai pernah berpusat di beberapa tempat antaranya Pangkalan (Ipoh), Lembah Kinta, Tanjung Rambutan, Bidor dan Sungai Siput. Mengikut gambaran kasar, kerajaan Gangga Negara berkait rapat dengan kerajaan Srivijaya. Berkemungkinan besar, kerajaan Gangga Negara terletak di bawah jajahan takluk kerajaan Srivijaya yang berpusat di Palembang. Penelitian terhadap patung dewa Avalokitesvara yang ditemui di Perak terdapat kulit harimau yang dililitkan di pinggangnya. Gambaran ukiran itu seolah-olah seperti samping. Keadaan yang sama juga terdapat pada patung-patung Hindu yang ditemui di Palembang, Sumatra. Penggunaan lambang kulit harimau ini menunjukkan maksud kekuatan. Walaupun kerajaan Srivijaya dipengaruhi oleh agama Hindu, sementara di Gangga Negara pula berkemungkinan Buddha namun sesuatu yang agak mirip antara keduanya adalah penggunaan elemen kulit harimau. Keadaan ini memberi gambaran berkemungkinan Gangga Negara serta kerajaan-kerajaan lain seperti Kedah Tua dan Chaiya berada di bawah jajahan takluk kerajaan Srivijaya.