Kesamarataan Pendidikan Dan Integrasi Nasional [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

Penulisan tentang penilaian program-program Pendidikan yang telah dilaksanakan dalam usaha mencapai kesamarataan peluang Pendidikan di Malaysia serta usaha-usaha pemupukan integrase nasional di sekolah. Pengenalan Sistem pendidikan, melalui sistem persekolahan, merupakan elemen yang penting bagi sesebuah negara dalam usaha menuju ke arah membangunkan masyarakat dari segi ekonomi, politik, dan sosial. Sistem persekolahan bukan sahaja berperanan untuk memberi pelajaran kepada masyarakat semata-mata, bahkan ia merupakan saluran untuk menyampaikan kepada rakyat berkenaan dengan wadah perjuangan negara yang sangat mementingkan nilai-nilai murni dalam masyarakat berbilang kaum demi mencapai perpaduan dan integrasi nasional. Integrasi nasional pada asasnya adalah usaha memupuk kesefahaman dan perpaduan antara pelbagai kaum (Zakaria & Daud 2018). Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum, agama, dan adat resam di mana ia dikenali sebagai masyarakat majmuk. Pelaksanaan sistem pendidikan yang dijalankan perlu mengikut keperluan dan kesesuaian masyarakat Malaysia. Masyarakat Malaysia yang terdiri dari bangsa Melayu, Cina, India, lain- lain etnik, dan beragama Islam, Buddha, Hindu, dan Kristian menjadi rujukan pihak pemerintah sebelum sesuatu dasar dirangka agar manfaat dan faedah dapat dirasai oleh semua golongan masyarakat. Melalui pendidikan, nilai-nilai murni seperti hormat-menghormati, bertoleransi, bekerjasama, dan aspek- aspek moral diterapkan kepada masyarakat



yang



bertujuan



untuk



melahirkan



pewaris



negara



yang



berkualiti,



bertanggungjawab, berdaya saing, bijak, dan mempunyai sifat patriotik di mana ia penting untuk memupuk perpaduan dan integrasi nasional di kalangan masyarakat (Saleh 2019). Sistem persekolahan yang terbaik adalah sistem persekolahan yang menyediakan pendidikan yang sama kepada setiap kanak-kanak tanpa mengira etnik, tempat, atau latar belakang sosioekonomi. Pelbagai inisiatif dan program telah diwujudkan kerajaan bagi memastikan jurang akademik dapat diminimakan dan juga integrasi nasional dapat dipupuk dengan baik dalam kalangan pelajar berbilang bangsa, agama dan budaya di Malaysia. Justeru, bagi mengupas dengan lebih lanjut mengenai kesamrataan dalam Pendidikan dan usaha memupuk integrasi nasional dalam kalangan pelajar, penulisan ini akan membincangkan mengenai kerbeksanan inisiatif dan program Pendidikan yang telah dilaksanakan serta impak terhadap kesamarataan peluang Pendidikan dalam kalangan masyarakat di Malaysia dan kesan terhadap pemupukan integrase nasional dalam kalangan pelajar di sekolah.



Kesamarataan Pendidikan dan Integrasi nasional melalui inisiatif dan program Pendidikan



Pendidikan memainkan peranan yang utama dalam pertumbuhan ekonomi dan pembangunan Negara. Proses pengajaran dan pembelajaran yang berlaku di dalam kelas ialah petunjuk yang terbaik bagi kemajuan sesebuah negara pada masa hadapan. Dewasa ini, kejayaan sesebuah Negara amat bergantung kepada ilmu pengetahuan, kemahiran dan kompetensi yang dimiliki rakyat (Dahalan et al. 2017). Oleh itu, tidak menghairankan sekiranya Negara yang mempunyai rakyat yang berpendidikan tinggi akan berpeluang menikmati kemajuan ekonomi yang lebih tinggi. Sehubungan itu, pendidikan merupakan asas pembinaan Negara bangsa dan pengukuhan perpaduan (Radin & Yasin 2018). Pendidikan menyediakan peluang kepada individu bagi meningkatkan taraf hidup masyarakat yang berjaya serta meyumbang secara aktif kepada pembangunan Negara. Melalui interaksi dalam masyarakat membolehkan individu daripada pelbagai latar belakang sosioeknonomi, agama, dan etnik belajar dan memahami, menerima dan menghargai seterusnya berkongsi pengalaman serta aspirasi bagi membina masa depan Negara (Abu Bakar 2019). Identiti nasional dan perpaduan Negara dapat dipupuk melalui perkongsian pengalaman dan aspirasi. Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah merangka pelbagai dasar, inisiatif dan program Pendidikan bagi mewujudkan kesamarataan peluang Pendidikan kepada semua pelajar di Malaysia disamping memupuk semangat dan nilai integrasi nasional dalam diri pelajar (Abdullah 2020). Antara inisiatif yang telah diperkenalkan ialah Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010. bertujuan untuk melonjakkan tahap kecemerlangan sekolah, melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berkemampuan, dan dapat mengangkat imej sistem pendidikan negara di mata dunia. Melalui PIPP 2006-2010 tersebut, 6 teras strategik digaris, iaitu: (1) Membina negara-bangsa, (2) Membangunkan modal insan, (3) Memperkasakan sekolah kebangsaan, (4) Merapatkan jurang pendidikan, (5) Memartabatkan profesyen perguruan, dan (6) Melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan (Adam et al. 2009). Jika dikaji secara teliti, ternyata enam strategik yang digariskan itu mampu untuk membawa perubahan kepada sistem persekolahan yang berperanan sebagai alat perpaduan. Strategik yang pertama iaitu pembinaan negara- bangsa sangat ditekankan oleh kerajaan untuk dilaksanakan kerana



melaluinya perpaduan di kalangan masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa dapat diperkukuhkan lagi. Pelan rancangan ini seiring dan dapat merealisasikan matlamat utama pendidikan kebangsaan negara sejak merdeka, iaitu matlamat pendidikan untuk perpaduan bangsa Malaysia. Oleh hal yang demikian, sekolah memainkan peranan yang penting untuk menyatupadukan masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa untuk menjalinkan hubungan baik dan saling bertoleransi. Inisiatif ini dilihat mampu memberikan peluang kepada semua pelajar untuk mendapat akses pendidikan berkualiti disamping mengukuhkan nilai perpaduan dan integrasi nasional antara masyarakat di Malaysia (Yusoff et al. 2021). Melihat kepada kejayaan melalui inisiatif ini, satu kerangkan Pendidikan baru telah digubah berpaksikan kepada PIPP (2006-2010) iaitu Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM 2013-2025) telah digubal dan digunapakai sehingga sekarang. Pelan pembangunan pendidikan Malaysia merupakan hasil perlihatan masyarakat dan penyelidikan meluas yang dijalankan oleh kementerian pendidikan (Yassin 2018). Antara objektif khusus ialah memahami prestasi dan cabaran semasa sistem pendidikan Malaysia dengan memberi tumpuan terhadap akses kepada pendidikan, meningkatkan kualiti merapatkan jurang pencapaian ekuiti , mengukuhkan perpaduan dalam kalangan pelajar serta mengoptimumkan kecekapan sistem. Melalui 11 anjakan yang menjadi asas kepada insiitiaf ini, usaha untuk mewujudkan kesamarataan Pendidikan dan integrase nasional dapat dilihat dengan lebih jelas dimana anjakan pertama didalam PPM 2013-2025 ialah “menyediakan kesamarataan akses kepada Pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa” (Padu, 2013). Melalui anjakan pertama PPPM (2013-2025), kesamarataan peluang Pendidikan merupakan aspirasi utama KPM bagi mebolehkan setiap pelajar mendapat peluang yang sama rata untuk mebolehkan diri mereka cemerlangan dalam Pendidikan di Malaysia. Melalui anjakan ini, peluang untuk mewujudkan kesamartaan peluang pendidikan dapat dilihat melalui usaha kerajaan melalui KPM dalam memperluas akses dan meningkatkan kualiti pendidikan bermula dengan pendidikan vokasional yang dahulunya tidak digemari kini menjadi antara aliran yang sangat popular dalam kalangan pelajar (Yaakob et al. 2019). Selain daripada itu, usaha untuk mewujudkan kesamarataan dalam peluang pendidikan telah bermula di peringat prasekolah. Hal ini dapat dilihat melalui usaha KPM untuk meningkatkan kualiti prasekolah standing dengan prasekolah swasta dan mengalakkan enrolmen sejagat bagi mengelakkan ada murid yang tercicir dari mendapat



pendidikan awal. Selain itu, kerajaan telah meningkatkan pelaburan dalam sumber fizikal dan sumber pengajaran untuk murid berkeperluan khusus seperti pelajar pemulihan dan kelainan upaya (OKU) demi memastikan semua pelajar berhak mendapat pendidikan yang berkualiti dan sewajarnya. Inisitaif-iniastif ini telah dan sedang dilaksanakan di seluruh negara dan dapat dilihat melalui transformasi pendidikan yang komprehsensif di semua peringkat sekolah bermula di peringkat prasekolah hingga menengah (Sarabatin 2017). Hal ehwal pelajar diberikan keutamaan dimana buku teks yang sebelum ini hanya diberikan kepada mereka yang terpilih kini dapat dinikmati ole semua lapisan pelajar tanpa mengira sosio ekonomi keluarga. Bagi pelajar yang kurang berkemampuan, kerajaan juga memperuntukkan peruntukan yang besar bagi membantu pelajar dari sudut kewangan bagi tujuan membeli buku rujukan dan perkara berkaitan akademik dengan pemberiaan bantuan kewangan melalui Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAMP) dan Biasiswa Kecil Persekutuan. Pelajar, tanpa mengira bangsa dan agama diberikan peluang dan bantuan yang sama rata. Hal ini memberikan impak yang positif kepada system pendidikan di Malaysia dimana menurut Amin (2016)., pelajar berbilang kaum dapat menikmati peluang yang sama rata sama ada terhadap akses pendidikan. Melalui kesamarataan peluang pendidikanyang diwujudkan kerajaan Malaysia melalui KPM, nilai integrase nasional dapat dipupuk dengan baik (KPM 2013). Malah, PPPM (2013-2025) melalui anjakan yang ketiga iaitu “penghayatan terdapap nilai” (Padu 2013) dilihat menjadi pemangkin kepada pemupukan integrasi nasional yang jitu dalam kalangan pelajar. Melalui kesamarataan peluang pendidikan dan juga elemen penghayatan nilai yang menjadi teras PPPM (2013-2025), hal ini menjadi manifestasi kearah menjadikan pendidikan Malaysia pendidkan yang berkualiti dan bertaraf dunia. Kesimpulan Perkembangan pendidikan di Malaysia ternyata mengalami banyak perubahan, terutama sejak zaman penjajahan hinggalah zaman selepas merdeka. Perkembangan masyarakat seiring dengan perkembangan dasar- dasar negara yang sentiasa ditambahbaik bagi memastikan keperluan rakyat terbela melalui kesamarataan kepada peluang pendidikan dan usaha kearah memupuk integrasi nasioanal. Perubahan dalam sektor pendidikan menjadi intipati penting dalam pengukuhan perpaduan negara ke arah yang lebih baik kerana pendidikan menjadi peneraju pembentukan masyarakat. Aspek-aspek murni amat ditekankan dalam pendidikan



kerana sebagai sebuah masyarakat majmuk, nilai-nilai murni perlu ada dalam diri setiap masyarakat. Namun, walaupun banyak perubahan yang telah dilakukan, kelemahankelemahan masih lagi wujud dan perlu diambil serius oleh pihak kerajaan untuk menyelesaikannya dengan segera. Kelemahan yang wujud umpama barah yang akan merebak menjadi semakin besar, malah boleh menyebabkan perpecahan dalam masyarakat. Masalahmasalah yang melibatkan isu-isu antara kaum perlu diselesaikan segera, bukan dibiarkan senyap begitu sahaja. Oleh itu, untuk mencapai matlamat perpaduan negara yang kukuh, seluruh masyarakat perlu berganding bahu, seiring dengan usaha murni kerajaan melalui dasar-dasar dan rancangan baru. Mutu pendidikan yang sempurna serta hubungan masyarakat yang harmoni menjadi tunggak kejayaan yang akan menjadikan Malaysia sebuah negara maju dan dapat merealisasikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030.



Rujukan Abdullah, H. (2020). MENITI KEJAYAAN DALAM PELAKSANAAN PENDIDIKAN INKLUSIF DALAM GELOMBANG 1 dan GELOMBANG 2, PPPM (20132025). Jurnal Refleksi Kepemimpinan, (JILID III). ABU BAKAR, S. N. (2019). Pelan PPPM 2013-2025 catat pencapaian signifikan. BERITA HARIAN. Adam, Z., Kassim, F., & Salleh, M. J. (2009). Memperkasakan pendidikan luar bandar. Amin, N. M., & Yasin, M. H. (2016). Pelaksanaan program pendidikan inklusif murid berkeperluan khas dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2015. In Seminar Antarabangsa Pendidikan Khas Rantau Asia Tenggara Siri Ke (Vol. 6). Dahalan, D., Abdullah, H., & Yassin, S. M. (2017). Keadilan polisi ke arah integrasi nasional di Malaysia: Persepsi generasi baharu (Justice and the Malaysian policy for inculcating national integration: Perceptions of the new generation). GeografiaMalaysian Journal of Society and Space, 11(6). Malaysia, P. P. P., & Laporan Prestasi, P. M. R. (2013). Kementerian Pendidikan Malaysia. Draf Kurikulum Standard Sekolah. Radin, M., & Yasin, M. A. M. Z. (2018). Perlaksanaan pendidikan abad ke-21 di Malaysia: Satu tinjauan awal. Sains Humanika, 10(3-2). Saleh, N. S. (2019). Integrasi Etnik dalam Ideologi Pendidikan. Journal of Techno Social, 11(2), 47-54. Sarabatin, M. A. (2017). Pelan pendidikan ditambah nilai sejajar TN50. BERITA HARIAN. Yaakob, M. F. M., Musa, M. R., Habibi, A., & Othman, R. (2019). STRATEGIC MANAGEMENT AND STRATEGIC PLANNING IN SCHOOL: IS IT WORTH FOR TEACHERS?. Academy of Strategic Management Journal, 18(3), 1-6. Yassin, M. (2018). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. YUSOFF, Z. J. M., OMAR, M. C., & DON, Y. (2021). PERSEKITARAN SEKOLAH BERKESAN DAN SEKOLAH KURANG BERKESAN DI MALAYSIA [THE ENVIRONMENT OF EFFECTIVE AND INEFFECTIVE SCHOOLS IN MALAYSIA]. Global Journal of Educational Research and Management, 1(1), 4358. Zakaria, J., & Daud, S. (2018). MENELUSURI PENDEMOKRASIAN DI MALAYSIA: IMPAK TERHADAP PENCAPAIAN INTEGRASI NASIONAL. e-Academia Journal, 7(1).