Kesihatan Dan Perpaduan E-Folio [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

KESIHATAN DAN PERPADUAN



E-FOLIO PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN SESI 1 21/22 DISEDIAKAN OLEH :



NAMA 1) SHARIFAH NAJIHA BINTI SYED NADZIR 2) MAISARAH BINTI MOHAMED JAMIL



NO MATRIK 16DKA21F1035 16DKA21F1036



KELAS DKA1B NAMA PENSYARAH:



PUAN ASMAH BINTI MOHD SUBARI@SARMAN



PENDAHULUAN Pada era globalisasi ini,kita sama-sama dapat melihat apa itu kesihatan dan perpaduan yang ditunjukkan oleh masyarakat Malaysia kita pada hari ini.Bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan, hal ini dikatakan demikian kerana pemodenan di negara Malaysia sangat membangun dan pesat.Semua ini disebabkan oleh rakyat Malaysia yang berfikiran terbuka dan berlapang dada dalam penerimaan teknologi pada masa kini.Oleh itu, kta dapat melihat bahawasanya negara dan rakyat Malaysia sedang membangun dan mengikut sejajar dengan arus pemodenan masa kini. Walau bagaimanapun,kesannya sudah pastinya mendalam kepada kesihatan dan perpaduan kepada seseorang itu.Hal ini dikatakan demikian kerana sekiranya teknologi membangun kesan kepada kesihatan dan perpaduan mempunyai dua perkara iaitu baik dan buruk.Contoh keburukan kepada kesihatan ialah seseorang itu malas untuk bersenam dan melakukan aktiviti untuk menyihatkan tubuh badan.Contoh kesan buruk dari segi perpaduan sekiranya teknologi menguasai seseorang itu ialah hubungan sesama mereka tidak dapat terjalin dengan mesra akibat teknologi. Oleh itu,perkara ini telah dibincangkan dan diatur strategi bagi mengelakkan perkara ini tidak terus berleluasa.Marilah Bersama-sama cuba untuk memahami apa yang akan disampaikan dalam majalah ini.



KEPENTINGAN MENJAGA KESIHATAN Dalam hidup ini kita mestilah menjaga kesihatan.Kesihatan diri perlu dijaga supaya kita dapat hidup selesa dan gembira.Oleh itu,menjadi kewajipan seseorang memastikan amalan menjaga kesihatan diri dipraktikkan dengan sebaik mungkin.Salah satu kepentingan menjaga kesihatan diri,kita dapat melakukan berbagai aktiviti yang kita sukai.Sebagai contoh,kita dapat bermain bola sepak dan berolah raga dengan selesa.Kesannya, kita akan lebih gembira kerana dapat melakukan aktiviti yang kita minati. Selain itu,apabila kita menjaga kesihatan Kita dengan baik,kita dapat belajar dengan selesa dan mudah menumpukan perhatian sewaktu guru sedang mengajar atau memberi penerangan. Keselesaan ini terhasil disebabkan kita tidak Mempunyai sebarang penyakit yang mengganggu Konsentrasi kita seperti selsema ,demam,sakit perut dan lain-lain. Pepatah ada mengatakan bahawa “kesihatan itu lebih baik daripada harta benda”.Jika kita mengalami masalah kesihatan,kita tidak dapat melakukan aktiviti harian dengan selesa.Malah kekayaan yang kita miliki juga tidak dapat kita nikmati sepenuhnya.Sebagai contoh,jika kita menghidap penyakit kencing manis,makanan yang sedap seperti daging dan udang tidak dapat kita makan walaupun kita mampu membelinya.Kita juga tidak dapat melancong ke luar negara walaupun kita mempunyai banyak wang. Orang yang sihat juga mempunyai badan yang lebih cergas dan bertenaga.Jika seseorang itu sihat bekerja,dia dapat melakukan kerja yang diberi dengan baik dan berkualiti.Otak yang cerdas juga datangnya dari badan yang sihat.Otak yang cerdas juga membolehkan kita berfikir dengan rasional apabila menghadapi sesuatu perkara.Seterusnya,kita akan menjadi lebih kreatif dan inovatif.Sesungguhnya,negara kita amat memerlukan rakyat yang kreatif dan inovatif untuk membolehkan negara menjadi maju dalam bidang sains dan teknologi.



PIRAMID MAKANAN



Piramid makanan merupakan satu panduan pemakanan umum bagi orang ramai.Ia menggariskan jenis dan jumlah makanan yang harus diambil secara harian.Idea piramid makanan ini telah bermula sejak lewat tahun 70-an dan mula popular pada awal tahun 90-an.Ia dikeluarkan oleh US Department Of Agricultur (USDA).Dari masa ke semasa ia mengalami beberapa perubahan tetapi secara umumya tiada perubahan yang besar berlalu pada piramid makanan ini. Pemakanan adalah aspek yang sangat penting dalam penjagaan kesihatan.Piramid makanan memberikan panduan umum tentang pemakanan seimbang yang merangkumi kombinasi pelbagai jenis makanan untuk memberikan zat serta nutrisi yang cukup kepada badan.Disebabkan tiada satu pun jenis makanan yang dibekalkan semua jenis zat,gabungan makanan yang betul diperlukan. Manusia memerlukan makanan dan vitamin untuk pembesaran dan menjaga kesihatan.Oleh itu,wujud pelbagai kebaikan daripada makanan seimbang ini.



PERPADUAN PADA HARI INI Tugas paling mendesak bagi rakyat Malaysia pada masa kini tanpa mengira perbezaan bangsa,dan fahaman politik adalah memastikan keharmonian kaum dan agama kekal utuh.Pemegang Amanah Yayasan Perpaduan Malaysia,Tan Sri Lee Lam Thye,berkata perkara itu hanya boleh dicapai jika semua pihak menolak sebarang bentuk ekstremisme yang boleh menjejaskan keharmonian antara kaum dan agama.



Sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab dan patriotic, adalah menjadi kewajipan kita untuk mempertahankan keamanan dan keharmonian dengan menahan diri daripada melakukan perbuatan provokasi dan keganasan yang akan mengakibatkan konflik dan kekacauan .



CABARAN DALAM PERPADUAN Dalam mengharungi arus globalisasi serta menerajui dunia ketiga kita sewajarnya memperkasakan keeratan serta perpaduan kaum di Malaysia bagi mengelakkan berlakunya rusuhan kaum.Justeru,variasi kaum haruslah bergerak sejajar bagai aur dengan tebing sebagai satu sinergi menjurus ke wawasan 2020. Cabaran utama untuk mengekalkan perpaduan kaum adalah kewujudan sistem Pendidikan berbeza.Sistem persekolahan pelbagai aliran hanya akan menambahkan lagi jurang perpaduan kaum.Contohnya ,wujudnya sekolah Tamil dan sekolah Cina yang mengasingkan pelajar India dan Cina. Perbezaan parti politik di Malaysia berasaskan perkauman juga akan menyukarkan perpaduan kaum.Tidak dapat dinafikan lagi bahawa fahaman parti politik merupakan salah satu cabaran untuk mengekalkan perpaduan kaum di negara ini.Contohnya,Barisan Nasional majoriti diikuti oleh bangsa Melayu/Bumiputera manakala MCA diwakili oleh bangsa Cina dan MIC oleh bangsa India.



Laman sosial juga antara cabaran yang lain untuk mengekalkan perpaduan kaum, penyebaran fitnah dan menyentuh sensitiviti perkauman kaum kian berleluasa di laman social. Oleh itu,jika tidak dibendung akan menyebabkan peristiwa berdarah 13 Mei 1969 kembali berulang. Sektor ekonomi yang berbeza juga menyukarka perpaduan kaum. Perbezaan sector ekonomi ini pada mulanya diasaskan oleh dasar penjajahan British di Tanah Melayu. Contohnya,masyarakat Melayu bekerja sebagai petani dan nelayan di kampung, masyarakat Cina pula mewarisi perniagaan secara turun-temurun dan tinggal di bandar manakala masyarakat India bekerja sebagai penoreh getah dan tinggai di estet.



KEPENTINGAN PERPADUAN Salah satu kepentingan perpaduan kaum adalah bagi menjamin keamanan negara.Jika kaum-kaum tidak mempunyai persefahaman dan toleransi antara satu sama lain,persengketaan akan dapat dicetuskan dengan mudah.Keadaan ini akan menyebabkan hubungan yang dingin antara masyarakat yang berpecah belah dan akan tercetuslah pertengkaran yang menggugat keamanan negara.Tegasnya,perpaduan kaum adalah penting untuk mengekalkan keamanan negara agar kemerdekaan negara kita dapat dikekalkan.



Dalam nada lain,perpaduan kaum dapat memajukan ekonomi negara.Masyarakat yang Bersatu padu tentulah akan menggembleng tenaga bersama agar dapat memajukan negara mengikut kebolehan dan kepakaran masing-masing tanpa mengira agama masing-masing.Sesungguhnya,perpaduan kaum amat penting bagi meningkatkan ekonomi negara untuk memperbaiki taraf hidup rakyat. Akhir sekali,imej negara akan dapat ditingkatkan melalui perpaduan kaum.Kita boleh lihat sendiri sikap toleransi dan hormat-menghormati yang dicerminkan oleh masyarakat kita apabila menyambut perayaan kaum masingmasing.Contohnya,kaum Melayu menghormati perayaan Tahun Baharu Cina yang diadakan,malahan turut ikut serta memeriahkan perayaan tersebut dan berkongsi momen-momen terindah bersama.



KESIHATAN DAN PERPADUAN Program kesihatan berupaya menghimpunkan masyarakat sekali gus memperkukuh perpaduan komuniti di sini. Pertama sekali perkara yang boleh kita dapat daripada kesihatan dan perpaduan ialah kita dapat menjalinkan sesuatu hubungkan antara masyarakat satu sama lain. Hal ini dapat memupuk kekuatan perpaduan dalam kalangan masyarakat walaupun berlainan agama, budaya dan asal usul. Sebagai contoh perkara yang boleh menyebabkan kesihatan dan perpaduan itu terjalin bersama adalah aktiviti gotong-royong.



Ketika aktiviti gotong royong dilaksanakan sudah semestinya badan kita akan mengeluarkan peluh yang membolehkan tubuh badan kita terus kekal cergas. Sudah semestinya sikap tolong menolong akan hadir sewaktu aktiviti gotong royong. Hal ini dapat meningkatkan komunikasi dalam sesebuah masyarakat maka perpaduan akan terjalin. Seterusnya, sudah semestinya kita dapat meningkatkan kesihatan dan perpaduan dengan menyertai aktiviti yang dianjurkan oleh pihak kerajaan kepada masyarakat Malaysia. Sebagai contoh aktiviti yang boleh dianjurkan oleh kerajaan kepada masyarakat adalah aktiviti sukan negara. Hari Sukan Negara merupakan hari yang paling di tunggu tunggu oleh masyarakat Malaysia. Hal ini dikatakan demikian kerana aktiviti yang dianjurkan oleh kerajaan sangatlah menyeronokkan dan bermanfaat.



KESIMPULAN Kesimpulannya, kita haruslah menyemaikan semangat cinta akan negara dan bangsa terlebih dahulu. Hal ini kerana sesungguhnya kesihatan dan perpaduan datangnya dari masyarakat yang mempunyai semangat patriotism yang tinggi kepada negara dan diri mereka sendiri. Seterusnya, kesimpulan yang dapat diolah adalah berkenaan diri kita sendiri. Kita seharusnya cuba untuk memantapkan sahsiah diri kita sendiri supaya matlamat hidup tidak terpesong. Selain itu, kita mestilah berganding bahu dengan masyarakat sekeliling kita supaya masalah yang timbul mampu diselesaikan dengan selamat dan berjaya. Disamping itu, kita sewajarnya menanam perasaan yang amat mendalam bagi seorang siswa/siswi untuk mencintai ilmu yang ingin dimilik di dunia mahupun diakhirat. Akhir sekali, kita mestilah berpegang teguh kepada ajaran agama masingmasing. Hal ini dikatakan demikian kerana kita cuba untuk mengelakkan perkara berulang sekali lagi.



SUMBER RUJUKAN 1. 2. 3. 4.



Buku rujukan penghayatan etika dan peradaban. https://pepdat1ck2.blogspot.com/ https://pepdatgrp5.blogspot.com/ https://www.ipendidikan.my/kepentingan-menjaga-kesihatan-diri.html



SEKIAN TERIMA KASIH