Kisah Persaudaraan Muhajirin Dan Ansar (1) - Peringkat Negeri [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

KISAH PERSAUDARAAN MUHAJIRIN DAN ANSAR Bismillahirrahmanirrahim. ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH. Salam dihulur pembuka kata, Buat hakim hadirin semua; Sudi-sudikan dengar cerita, Kisah sirah kaum ternama. (Nasyid : Ad-Dinu Lana) Surah Hujurat memaparkan cerita, Kisah dua kaum dipersaudarakan; Muhajirin dan Ansar kaum ternama, Persaudaraan mereka saya ceritakan.(Pantun) Muhajirin bermaksud orang Islam yang berhijrah bersama Rasulullah s.a.w. dari Mekah ke Madinah. Ansar pula ialah orang Islam Madinah yang menyambut dan membantu perjuangan Rasulullah yang terdiri daripada kaum Auz dan Khazraj. Dakwah Nabi ditentang hebat oleh kafir Quraisy, Bani Mutalib dan Bani Hasyim dipulau mereka; Penuh duka, penuh hiba dan penuh sengsara, Akhirnya Allah mewahyukan hijrah. (Nasyid : Kau Sahabat Kau Teman) Penghijrahan yang dilakukan memberi hikmah yang membahagiakan Nabi Muhammad serta dua kaum yang disatukan itu.



cukup



Firman Allah dalam surah An-Nisa’, ayat 100.



‫وم ن ي مهاجر ثف ي سبريل الل لهث ي كجد ر ثف ي ال ك‬ ‫غاما ا ك كثثريرا ا‬ ‫مكرا ك‬ ‫ض‬ ‫ر‬ ‫ر ث م‬ ‫ث‬ ‫ك ك‬ ‫ك ث ث‬ ‫ك ث ر‬ ‫ة‬ ‫سعك ا‬ ‫وك ك‬ Maksudnya : Barangsiapa yang berhijrah di jalan Allah, nescaya, mereka mendapati di muka Bumi inilah tempat hijrah yang luas dan rezeki yang banyak. Kawan-kawan, penempatan hampir 3000 orang guru J-Qaf di serata pedalaman tanah air termasuklah di Sabah dan Sarawak, haruslah dipuji kerana



1



kesediaan mereka untuk mengembangkan dakwah Islam. Oleh itu, ikhlaskanlah diri dalam menyebarkan dakwah Islam.



Tersebar berita rombongan kan tiba, Tak sabar rasanya hati pula berbunga; Akhirnya yang ditunggu muncul kelibatnya, Rasulullah dan Muhajirin akan terbela.(Nasyid : Sunnah Berjuang) Setibanya Nabi di Bumi Madinah, Sistem keluarga angkat diperkenalkan; Abu Bakar bersama Kharijah, Umar dan ‘Utban jadi gandingan.



(Pantun)



Subhanallah! Allah telah memuliakan hati-hati kaum Ansar untuk bersaudara dengan kaum Muhajirin. Kasih sayang terjalin dan sikap mengutamakan orang lain tersemat di sanubari mereka. Itulah manisnya jalinan persaudaraan. Firman Allah dalam Surah Al-Hujurat, ayat 10.



‫ن إث ر‬ ‫خوكة ة‬ ‫امؤ ر ث‬ ‫ممنو ك‬ ‫اما ال ر م‬ ‫إ ثن ن ك‬ Maksudnya : Sebenarnya orang-orang Yang beriman itu adalah bersaudara. Kawan-kawan, penganjuran Majlis Tautan Kasih untuk 370 orang anak yatim oleh kerajaan Negeri Selangor dapatmengukuhkan lagi persaudaraan. Oleh itu, amalkanlah sikap saling menyayangi sesama kita.



2



Indahnya persaudaraan banyak hikmahnya, Bukti redhanya Ansar yang mulia; Kediaman dan makanan semua tersedia, Islam bersatu berganding tenaga.(Syair Irama Selendang Delima) Ikatan persaudaraan yang kuat antara Abdul Rahman bin Auf dengan Saad bin Rabi mendorong Saad untuk menceraikan salah seorang isterinya untuk dikahwini oleh Abdul Rahman.Beliau juga telahmemberikan modal kepadaAbdul Rahman untuk memulakan perniagaan di pasar Qainuqa’. Firman Allah dalam surah Al-Maidah, ayat 2.



‫وكت ككعاوكمنوا ع ككل ى ال رب ثرر كوالت ن ر‬ ‫قوكىۖى‬ Maksudnya : Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa. Kawan-kawan, Sikap keprihatinan masyarakat seantero dunia dalam misi pencarian mangsa MH370 haruslah dihargai. Sikap tolong-menolong ini jadikanlah amalan, bak kata pepatah ‘berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.’



3



Tatkala berhenti unta Baginda, Diilham Allah Quba’ yang pertama; Dijadikan Baginda sebuah masjid, Tempat istimewa menyatukan umat, Serta sekalian fungsi dan peranan, Demi dakwah Islam tercinta.



(Sajak)



Pembinaan masjid Quba’ adalah salah satu faktor penyebaran agama Islam dan tempat untuk mengeratkan ukhwah kaum Muhajirin dan Ansar. Firman Allah dalam surah At-Taubah, ayat 108.



‫قوى م ك‬ ‫م‬ ‫ل‬ ‫جد ة أ ر‬ ‫ام ر‬ ‫س ث‬ ‫لن ك‬ ‫س ك‬ ‫ ن أون ث‬ ‫ث ر‬ ‫س ع ككل ى الت ن ر ك‬ Maksudnya : Sesungguhnya masjid yang engkau bina wahai Muhammad telah didirikan atas dasar taqwa dari mula. Kawan-kawan, Program Berbuka Puasa Perdana serta solat Terawih berjemaah di masjid membentuk kesatuan dalam hati para jemaah. Oleh itu, bersama-samalah kita menjayakannya sekaligus menyatukan hati-hati umat Islam.



4



Kawan-kawan, Persaudaraan yang terjalin telah membentuk Kota madinah sebagai sebuah negara Islam yang pertama di samping masyarakatnya yang hidupbersatu padu. Firman Allah dalam surah Ali-Imran, ayat 103.



‫فكأ كل نف بري ن قمملوبك مم فكأ ك‬ ‫واانا‬ ‫خ‬ ‫إ‬ ‫ه‬ ‫ت‬ ‫ام‬ ‫ع‬ ‫ن‬ ‫ب‬ ‫م‬ ‫ت‬ ‫ح‬ ‫ب‬ ‫ص‬ ‫ر‬ ‫ث‬ ‫ث‬ ‫ث‬ ‫م‬ ‫ر‬ ‫ر‬ ‫ك‬ ‫ر ث ك‬ ‫ث ر‬ ‫ر‬ ‫ث ك‬ ‫ك كر ك‬ Maksudnya : Maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu kerana nikmat Allah, orang-orang yang bersaudara. Isu perdamaian antara kerajaan Filipina dengan MILF baru-baru ini,memuaskan hati semua pihak. Oleh itu, leraikanlah perselisihan sesama kita. Ikatan terjalin satukan ummah, Rapatkan kasih sekalian jemaah; Walaupun berbeza latar dan fikrah, Asalkan bersama satu aqidah.(Pantun)



Sekian, wabillahi wabarakatuh.



taufiq



walhidayah,



wassalamualaikum



warahmatullahi



AYUNI HAZIRAH BINTI DANIEL LITING SK AGAMA (MIS) SARIKEI 5



PERTANDINGAN BERCERITA KISAH DARIPADA AL-QURAN MAJLIS TADARUS AL-QURAN PERINGKAT NEGERI SARAWAK TAHUN 2014



6