Laporan Hari Keusahawanan Sekolah Kebangsaan Seri Kembangan [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

Laporan Hari Keusahawanan Sekolah Kebangsaan Seri Kembangan Pada 13 Mac 2008, Sekolah Kebangsaan Seri Kembangan telah mengadakan Hari Kantin. Hari Kantin itu telah diadakan bertempat di kantin dan kawasan perkarangan sekolah. Hari Kantin itu telah bermula pada pukul 8.30 pagi. Hari Kantin telah dirasmikan oleh Yang Dipertua PIBG, Tuan Haji Razak bin Salahuddin. Objektif Hari Kantin ini diadakan untuk mengumpul dana bagi mengumpul data bagi membantu anak-anak yatim. Selain itu, bertujuan untuk membaik pulih dan menceriakan kawasan sekolah. Beberapa hari sebelum Hari Kantin tersebut diadakan, guru-guru, AJK PIBG serta murid-murid begitu sibuk membuat persiapan. Antaranya, menyediakan bahan-bahan jualan dan juga menyusun atur gerai-gerai jualan di kantin sekolah.Masing-masing berganding bahu melaksanakan tugas demi memastikan kejayaan Hari Kantin tersebut. Sebanyak 20 buah gerai telah dibuka untuk mengadakan jualan.Selain daripada makanan dan minuman yang dijual, diadakan juga pertandingan teka kacang, rumah hantu dan aktiviti menunggang kuda.Sebagai menarik perhatian para pengunjung, telah diadakan cabutan nombor bertuah. Pelbagai hadiah menarik telah disediakan. Kehadiran para ibu bapa dan murid-murid sungguh memberangsangkan.Ini mungkin disebabkan promosi yang meluas dilakukan oleh guru-guru melalui kertas edaran dan gantungan sepanduk. Hari Kantin ini telah berakhir pada pukul 3.00 petang. Sebelum bersurai guru-guru dan murid-murid bergotong-royong membersihkan kawasan sekolah. Secara keseluruhannya, Hari Kantin telah berjaya mencapai sasarannya. Disediakan oleh, Ahmad Idzham ( AHMAD IDZHAM ) Murid Tahun 6 Amanah



Karangan Peribahasa "Seperti Kacang Lupakan Kulit"



24 MAC 2008



Pak Utih sedar dia tidak bersekolah. Hendak berniaga, dia tiada modal. Hendak menjadi tukangrumah, dia tiada kemahiran. Apatah lagi hendak bekerja di jabatan kerajaan. Jadi, hanya buruh kasarpekerjaan yang sesuai untuk orang seperti dirinya. Begitupun, Pak Utih bertekad. Dia tidak mahu anak-anaknya menjadi seperti dirinya. Dia mahumelihat anak-anaknya berjaya. Mudah-mudahan, kejayaan mereka nanti dapat meringankan beban yangditanggung selama ini. Saban hari, Pak Utih melakukan pelbagai pekerjaan. Dia sanggup mengambil upah menebasrumput, memanjat pokok kelapa, menanam pokok koko, dan memetik buah sawit semata-mata untukmenyekolahkan Karim dan Salim. Dia sanggup berlapar, dia sanggup tidak bersalin pakaian asalkan anakanaknya dapat belajar. Kini, dia dan isterinya boleh berbangga. Betapa tidak, Karim dan Salim satu-satunyanya anakmasyarakat kampungnya yang berjaya ke menara gading. Setelah tamat pengajian,Karim dan Salim bekerja di Kuala Lumpur. Gajinya pula cukup lumayan.Jadi, mereka mampu membeli kereta mewah dan rumah banglo. Rupa-rupanya, keseronokan di kota menjadikan mereka lupa diri. Mereka langsung tidak menziarahi ibu bapa mereka di kampong pedalaman. Pak Utih betul-betul tidak menyangka bahawa anak-anaknya yang disanjung kini "seperti kacang lupakan kulit". Apabila teringat akan anak-anak itu, air mata mereka bercucuran ke pipi.