Modul Pengurusan Stress [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

MODUL PENGURUSAN STRESS Aktiviti 1 Tajuk



:Stress, punca dan langkah menangani stress.



Masa



: 1 jam 15 minit



Bahan



:Slides , borang selidik berkenaan tahap stress yang dialami.



Objektif : Untuk memberi pendedahan tentang tekanan dan punca yang menyebabkan berlakunya tekanan tersebut. Selain itu juga membantu dalam menangani masalah tekanan yang dialami Langkah-langkah : Fasilitator akan memberi penerangan berkenaan tekanan , punca berlaku dan cara mengatasi tekanan tersebut . Ia dilaksanakan melalui slides yang akan diterangkan. Setelah selesai proses penerangan melalui slides tersebut, diakhir aktiviti akan diedarkan borang selidik berkenaan dengan tahap tekanan yang dialami individu. Rumusan : Melalui aktiviti ini kita dapat mengetahui tahap stress yang dialami oleh seseorang dan membantu untuk menyelesaikan masalah tekanan yang dihadapi dengan memberi pendedahan terhadap langkah yang perlu diambil apabila sedang mengalami stress. Aktiviti ini bertujuan untuk memberi perkongsian terhadap masalah dan tekanan yang biasa dialami individu dan ia membantu individu tersebut untuk mengawal tahap tekanan yang mereka ada kerana setiap tekanan yang dihadapi memberi kesan kepada individu tersebut . Dengan adanya pendedahan terhadap penerangan tentang stress ini , ia dapat membantu individu untuk mengawal tekanan dengan bijak.



Aktiviti 2



Tajuk



: Kotak beracun



Masa



: 45 minit



Bahan



:1) kotak bersaiz sederhana untuk diisi kertas soalan yang dilipat. 2) Helaian kertas berisi soalan yang telah dilipat 3) Bahan audio yang mengandungi lagu ( dari computer riba)



Objektif : Untuk menghilangkan tekanan yang ada . Membantu untuk menghadirkan suasana yang gembira dan lebih santai. Menguji tahap kebolehan individu dalam menjawab soalan yang telah disediakan Langkah-langkah : 1) Bina bulatan kecil mengikut bilangan pemain 2) Berdasarkan iringan muzik, sebuah kotak yang berisi soalan akan bergerak atau bertukar tangan mengikut bilangan pemain 3) Sebaik sahaja alunan muzik dihentikan kotak beracun berkenaan akan dibuka oleh orang terakhir yang memegang kotak berkenaan. 4) Terdapat beberapa soalan dalam kotak berkenann & pemain pertama akan memilih satu soalan dari kotak itu dan menjawabnya. 5) Selepas berjaya menjawab soalan, alunan muzik akan dimainkan semula & kotak beracun itu akan bertukar tangan. 6) Proses ini akan berlanjutan sehingga soalan didalam kotak beracun telah selesai dijawab Rumusan : Melalui aktiviti ini ia dapat membantu individu untuk berinteraksi dengan lebih yakin dikalangan yang lain dan secara tidak langsung dapat membantu untuk mengurangkan tekanan yang dialami. Selain itu ia juga dapat melatih diri agar sentiasa bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan kerana dalam aspek kehidupan sebagai individu kita tidak lari dalam menghadapi cabaran maka aktiviti ini membolehkan individu sentiasa bersedia untuk menghadapi tekanan yang ada dalam kehidupan.



A132 VKPC2031 PEER GROUP COUNSELING 3



MODUL : PENGURUSAN STRESS



PREPARED FOR: EN. MOHD RADZI ABDULLAH



PREPARED BY: NORPADILAH BINTI MOHD ROSLANUDIN



224031



NURUL SAZUWANI BINTI ZAINUN



224046



ARIF FADILLAH BIN SHAMLAN



223879