Panduan 1688 [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

Isi Kandungan Bab 1 : 1688 Vs Taobao Vs Alibaba Vs Aliexpress Bab 2 : Nak Borong Apa Eh? Teknik Market Research. Bab 3 : Panduan Daftar Akaun Di 1688 Bab 4 : Dua Teknik Membuat Carian Di Website 1688 Bab 5 : Panduan Menilai & Memilih Seller Di 1688 Bab 6 : Panduan Chatting Dengan Seller? Bab 7 : Dua Kaedah Beli & Hantar Barang Ke Malaysia Bab 8 : Perihal Kastam Bab 9 : Barang Dah Sampai! Jom Jual!



1



BAB 1 : 1688 VS TAOBAO VS ALIBABA VS ALIEXPRESS Anda mungkin pernah mendengar banyak website di luar sana yang boleh digunakan untuk memborong secara online dari China. Sebenarnya di China, ada macam-macam website yang menjual produk yang anda boleh borong masuk. Saya senaraikan beberapa di ini: • 1688.com • Taobao.com • Alibaba.com • Aliexpress.com • JD.com • TMall.com • Banggood.com



Banyak kan? Kenapa banyak sangat? Sebabnya website-website ni target kepada kategori yang berbeza. Kategori untuk ecommerce ni ada beberapa: • Business to Business - B2B • Business to Consumer - B2C • Consumer to Consumer - C2C • Online to Offline - O2O • Manufacturer to Wholeseller - M2W • Wholeseller to Retail - W2R



2



1688



B2B, B2C, W2R



Taobao



B2C, C2C, W2R



Alibaba



B2B, M2W



Aliexpress



B2B, B2C, W2R



JD



C2C, B2C



TMall



B2C, C2C



Banggood



B2C, C2C



Jika anda memborong secara online dari China dalam jumlah kecil untuk dijual di Malaysia, anda tergolong dalam group ini: B2B & W2R Jadi bila kita lihat kepada website-website di atas, mana satu sesuai dengan keperluan kita? 1688, Taobao dan Aliexpress. Dalam antara website-website ini masing-masing ada kelebihan dan kekurangan. Saya cuba senaraikan di sini...



3



Aliexpress



Aliexpress fokusnya adalah menghubungkan pemborong China dengan pembeli antarabangsa. Oleh sebab itu ia menggunakan Bahasa Inggeris. Komunikasi dengan seller juga adalah dalam Bahasa Inggeris, walaupun English dorang tu taklah senang nak baca. Isunya adalah kerana ia menyasarkan kepada pembeli antarabangsa, maka matawang yang digunakan adalah USD. Dan kebanyakkan seller di Aliexpress ni memang akan 'belasah' harga kerana mereka tahu mereka jual mahal pun, orang putih masih akan cakap 'murah'.



4



Taobao



Taobao adalah lebih bersifat B2C dan C2C, dan fokusnya adalah dalam pasaran China itu sendiri, dan pembeli antarabangsa yang mempunyai populasi berbahasa Cina (Malaysia, Singapore, Australia, Hong Kong, USA, Canada). Kebaikkan Taobao adalah harga produk di sana biasanya lebih murah dari Aliexpress, kerana dalam Renminbi/Yuan. Selain itu, kerana pembeli di Taobao ini adalah dari kalangan orang China yang 'tahu pasaran', maka harga pun bukan jenis 'pancung'. Selain itu untuk kita pembeli antarabangsa, anda boleh membeli dan menguruskan pembelian secara direct menggunakan Taobao Cargo. Ramai juga agent di Malaysia yang membantu mengatur pembelian dari Taobao. Pada saya kelebihan paling utama pada Taobao adalah seller di sana sedia menjual dalam kuantiti yang rendah (1, 5, 10, 20), maknanya untuk pemborong skala kecil, Taobao adalah sangat sesuai. Masalah Taobao adalah ia lebih fokus kepada B2C berbanding B2B, dan ia menggunakan Bahasa Cina. Jadi jika anda ingin memborong dalam jumlah yang lebih besar, seller di Taobao kadang-kadang tidak mampu 'supply' kepada anda. Selain itu, Bahasa Cina ni bukan semua orang Malaysia faham. Saya banyak mengajar tentang bagaimana anda boleh memborong dari Taobao TANPA perlu pandai Bahasa Cina di Pakej Rahsia Taobao - Panduan A-Z Best Seller Memborong Secara



5



Online Dari China!



6



1688



1688 adalah hampir sama dengan Taobao, tetapi fokusnya lebih kepada B2B (business to business). Maknanya, seller di sana bersedia untuk menjual dalam kuantiti yang lebih besar, pada harga yang lebih murah dari Taobao. Sasaran penggunanya adalah dalam China sendiri. Jadi pengguna di 1688 pun dari kalangan pemborong domestik China yang 'tahu pasaran'. Hasilnya, harga produk di sana pun jenis 'mesra', dan bukan 'pancung kepala. Kelebihan 1688 yang paling penting adalah jika dinilai dari segi pemborong, ia terletak di antara Taobao dan Alibaba. Jika anda pemborong yang bermodal mikro, Taobao adalah tempat anda memborong. Jika anda mempunyai modal yang lebih besar, 1688 adalah tempat anda. Ini kerana seller di 1688 ini lebih bersedia untuk menjual dalam kuantiti sederhana kepada pembeli - biasanya dalam 20, 50,100, 500 dan ke atas. Jika mereka menjual pada kuantiti yang lebih besar, harga pun biasanya lebih kompetitif. Makin banyak anda beli, makin murah harga mereka. Kelemahan 1688 adalah ia beroperasi sepenuhnya dalam Bahasa Cina, sama seperti Taobao. Ia juga fokus kepada pasaran domestik China, maka ia tidak mempunyai fungsi penghantaran antarabangsa seperti Taobao Cargo. Anda mesti menggunakan agent untuk memborong dari 1688. Selain itu, seller di 1688 biasanya tidak akan menjual dalam kuantiti mikro - 1, 2 unit contohnya. Sesetengah seller hanya akan menjual kepada anda jika anda memborong 10 unit ke atas. Jadi 1688 ini tidak berapa mesra 'pemborong mikro'.



7



Jadi, Mana Satu Lebih Sesuai Untuk Saya? Jika saya ingin memborong secara online dari China, maka apa saya akan buat adalah saya akan survey harga dari 1688 dan juga Taobao. Ini kerana, dalam kebanyakkan kes, 1688 adalah lebih murah, tetapi Taobao juga boleh menawarkan harga yang kompetitif, terutamanya jika anda memborong dalam jumlah yang sedikit. Sesetengah seller di 1688 akan meletakkan harga yang lebih tinggi untuk pembelian mikro (1-5 unit contohnya), dan menurunkan harga dengan drastik bila anda memborong 20 unit ke atas contohnya. Alasan mereka, malas nak berurusan dengan pemborong mikro. Jadi kadang-kadang apabila anda bandingkan harga dengan di Taobao, Taobao pula yang boleh menjadi murah! Itulah sebabnya saya mengambil keputusan untuk menulis eBook Rahsia 1688 ini, untuk memberikan anda lebih ilmu dan pilihan ketika memborong secara online dari China.



Masa nak borong dari Taobao --> gunakan ilmu Rahsia Taobao Masa nak borong dari 1688 --> gunakan ilmu Rahsia 1688



Tepuk dada tanya selera. Mana satu pilihan anda?



8



BAB 2 : DAFTAR AKAUN DI 1688 Jika anda sudah ada account di Taobao, anda boleh skip bahagian ni. Sebabnya? Anda boleh sahaja login di 1688 menggunakan ID Taobao anda. Tetapi jika anda tidak mempunyai ID di 1688, anda perlu mendaftar sebuah ID di Taobao. Kenapa begitu? sebab 1688.com ini adalah sistem 'Dalam China', jadi bila mendaftar sebagai pengguna luar China, banyak masalah. Contohnya registration SMS tak sampai, verifikasi berkali-kali pun tak selesai dan sebagainya.



Jika anda tidak ada account di 1688 atau Taobao, anda boleh ikuti langkah di bawah ya!. 1. Layari taobao.com di smartphone anda. tekan 'hamburger bar' di atas skrin, sebelah kiri. Tekan opsyen kedua. '



9



2. Masukkan maklumat pendaftaran anda.



Untuk nombor telefon, tak perlu masukkan nombor 0 di hadapan.



Contohnya, jika nombor telefon anda.. 0163456789 Terus masukkan 163456789



Apabila selesai, pastikan anda klik bulatan di ruangan yang dimerahkan, dan bukan butang. Itu cara Taobao membezakan manusia dan robot.



10



3.. Anda akan menerima kod melalui SMS di phone anda. Masukkan kod verifikasi tersebut di Taobao



11



4. Tadaaaa... Selesai! Pastikan anda simpan password anda dan login logout selalu. Sebabnya Taobao/1688 ni agak cerewet, bila anda dah lama tak login –



mereka akan suruh anda buat verifikasi semula. Banyak verifikasi yang kadang-kadang menyusahkan jika anda tidak pandai Bahasa Cina.



Selepas anda sudah ada akaun & ID Taobao ini, anda juga boleh gunakan ia untuk login di website 1688. Untuk berbuat demikian:



12



1. Layari 1688.com. Tekan butang 'Log In' di atas skrin, sebelah kanan.



2. Masukkan login ID Taobao anda



13



3. Tada! Dah masuk dah! Welcome to 1688!



Bila anda telah masuk ke 1688, anda akan berjumpa dengan pelbagai barangan yang menarik, sehingga rambang mata dibuatnya. Sabar dulu!. Sebelum membeli apa-apa dari 1688 ni!.. Jom kita bincang dan lihat dahulu teknik buat market research pula.



14



BAB 3 : NAK BORONG APA? PRODUK RESEARCH! Nak buat bisnes borong China, tapi masih tak ada idea? Bab ini akan membantu anda untuk memilh dan menentukan produk apa yang sesuai diborong. Saya akan tuliskan dalam bab ni macam mana anda boleh buat research dan menentukan produk apa yang:



1. Gerenti laris 2. Boleh untung minima 100% 3. Gerenti trending



Jom tengok!



4 Konsep Utama Ketika Buat Product Research Ketika membuat product research, pastikan anda sentiasa mengingatkan diri kepada 4 point yang ada di bawah ni.



#1 Ride The Trend Jika sesebuah produk, konsep, idea itu sedang trending, produk-produk yang seumpama dengannya pun akan senang dijual. Contohnya hero-hero Marvel comics (Thor, Superman, Batman dan apa-apa yang seangkatan dengannya). Setujukan anda dengan saya jika saya rasa yang apa sahaja yang ada gambar hero-hero ni boleh jual dengan laris? (beg, kasut, seluar, seluar dalam, topi, dompet?) Seller yang berjaya akan sentiasa memerhati trend yang ada di sekelliling beliau, dan kemudian membuat kajian untuk mengesahkan pendapat beliau.



15



#2 Don't Reinvent The Wheel Peradaban Mesopotamia telah mencipta roda lebih kurang 5000 tahun yang lepas. Semenjak itu, konsep roda dari mereka digunakan sehingga hari ini (bulat, bergolek dan memudahkan manusia untuk mengerakkan benda yang berat, tak perlu angkat dah). Tiada manusia lain yang mencuba untuk mencipta Roda dalam bentuk baru (segi empat, segi tiga, heksagon, bujur contohnya). Ini kerana roda bulat adalah yang TERBAIK. Sebagai seorang seller yang sedang buat market research, kita juga perlu mengambil point ini dengan teliti. Katakanlah anda usahawan borong modal kecil, mikro Anda terjumpa yang beg laptop yang ada soket charging USB ni sedang trending, dan best seller di Lelong.com.my. Anda dah check dan memang boleh jual, dan untung dengan cantik. Adakah anda akan borong beg laptop ni? Atau anda rasa anda nak special sikit, anda cuba borong produk lain yang tak pernah ada di pasaran? Sebaiknnya borong beg laptop ni dan jual. Sebab dah confirm boleh jual. Dah confirm boleh untung. Tak perlulah mengambil risiko besar untuk memborong masuk produk-produk yang belum terbukti 'kelarisan' jualannya. Yang itu biarkan kepada pemborong modal ikan paus, mereka boleh tanggung kerugian kalau produk tu tak dapat jual - anda sebagai pemborong modal kecil, mikro, jaga duit di tangan. Bak kata orang putih - Don't reinvent the wheel. Anda tak perlu mencipta roda yang baru, gunakan yang sedia ada yang terbukti berfungsi dah cukup ok!



#3 Untung Minima 100% Bisnes borong China memerlukan margin keuntungan yang besar, terutamanya jika anda pemborong kecil/mikro. Sebabnya, anda kena rolling duit tu dengan cepat untuk bina lebih modal! Anda juga perlukan profit margin yang besar untuk 'cover' apa-apa masalah yang mungkin berlaku di bisnes anda. Susah nak jual? kena pasang FB ads - duitnya boleh diambil dari keuntungan.



16



Ada defect, produk rosak kena ganti? - ruginya di sana keuntungan boleh tanggung. Anda dirompak masa buat COD? (mohon dijauhkan dari kita semua) - ruginya di sana keuntungan boleh tanggung. Saya sendiri akan sasarkan untuk jana keuntungan 150% minimum, untuk memastikan yang saya akan dapat untung minima 100% (lepas tolak kos macam-macam). Selain itu, anda tak nak 'rosakkan' pasaran. Banyak seller di luar sana sedang menjual dengan profit margin yang tinggi. Anda jual terlalu murah, anda mungkin akan berdepan 'kecaman' dan 'sabotaj' dari seller yang mata merah. Selain itu, nak lariskan produk tak semestinya hanya serang dari harga. Berikan servis yang lebih baik, berikan freebies apabila mereka membeli. Offer upsell berdiskaun contohnya. Macam mana nak tentukan jika produk tersebut boleh jana keuntungan 100% minima? Saya akan share di bahagian seterusnya.



#4 Numbers, Numbers, Numbers! Kadang-kadang, ketika saya berjumpa dengan rakan-rakan niaga, atau ketika buat personal coaching, saya suka bertanya produk apa yang mereka sedang jual. Biasanya saya akan tanya sekali soalan ni...



'Kenapa borong barang ni?'



Bermacam-macam jawapan saya terima. Sesetengahnya cukup impressive, tapi ada juga yang buat saya 'terkelu lidah'. Sekarang kita cuba scenario ni: Anda pilih salah satu barang yang anda sedang jual. Dan sekarang, saya tanya anda "kenapa jual barang ni?" Sekarang pilih jawapan anda di bawah ni: "Semua orang jual, saya pun jual lah!" "Faizal tu jual benda sama, saya tengok macam laris gila je, hari-hari masuk poslaju hantar barang. Saya pun ikut jual." "Tak tahu. Saya rasa nak jual. jual jelah."



17



"Saya suka benda ni, saya dah guna dan benda ni memang berguna. Jadi saya promote pada kawan-kawan." "Saya dah research dan boleh confirm yang produk ni tengah trending, sebab sekarang dia best seller di Go Shop. Profit margin pun cantik, untung sekali ganda."



Harapan saya adalah anda pilih jawapan terakhir. Sebabnya adalah itu adalah jawapan dari seorang seller yang dah betul-betul buat research. Setiap produk yang kita borong harus disokong dengan fakta, nombor yang memberikan kita keyakinan dahulu. Seller yang berjaya tidak akan bergantung kepada hanya 'feeling', 'firasat', atau 'agak-agak'. Kita harus sentiasa beringat yang kita sebagai pemborong modal kecil/mikro ni tidak mempunyai banyak ruang untuk membaut kesilapan. Jadi setiap borongan harus menjana sebanyak profit yang mungkin. Jadi sebelum nak borong apa-apa, buat research dulu ye!



18



5 Step Buat Product Research Nigel duk canang kena buat product research sebelum borong barang, tapi macam mana nak buat research? Jadi di bahagian ni, saya tunjukkan 5 step untuk buat research.



Step 1: Cari Best Sellers List Ketika di website untuk buat research, pastikan anda sentiasa ke bahagian 'best seller'. Kenapa? ini kerana produk-produk di sana adalah produk yang sedang laris bak pisang goreng selepas hujan! Maknya produk ni sedang trending! Selain itu juga, jika produk tersebut sedang laris, maknanya harga yang diletakkan pada produk tersebut adalah pada harga yang 'cantik'. Sebabnya orang semua sedang beli kan? Jadi dengan hanya melihat pada best-seller, anda boleh confirmkan dua perkara: Adakah produk ni sedang trending? Adakah harga produk ni cantik?



Step 2: Tengok Harga Jualan Seperti yang disebut pada step 1, jika produk tersebut sedang trending, maknanya harga yang diletakkan adalah harga yang 'cantik'. Jadi kita tengok harga jualan tersebut, dan gunakan harga ini sebagai 'benchmark' untuk dibandingkan dengan harga borongan yang kita boleh dapat di 1688.com.



Step 3: Check Harga Borong di 1688 Di bahagian ini, anda akan mencari produk yang sama di 1688, dan bandingkan harga jualan mereka dengan harga borongan yang anda boleh dapatkan di 1688. Macam-mana nak cari, sebab 1688 ni dalam bahasa Cina. Saya akan tunjukkan dalam bahagian selepas ni.



Step #4 Buat Kira-Kira



19



Dah jumpa produk, sekarang buat kira-kira. Kuncinya adalah untuk memastikan anda mempunyai margin dalam sekurang-kurangnya 130%. Yakni kalau harga jualan di Malaysia adalah RM23, harga borongan anda di 1688 mestilah sama atau lebih kurang dari RM10. Bukan kata minimum 100% ke Nigel? ye betul - Extra 30% tu kita gunakan untuk kiraan kasar untuk penghantaran dari China ke Malaysia. Proses kiraan saya akan detailskan pada bahagian selepas ni. Bersabar ye.



Step #5 Buat Keputusan Kalau boleh untung minimum 130%, maka bolehlah borong masuk ke Malaysia dan jual. Tak dapat? maka anda perlu tanya diri anda samada anda sudi untung sedikit sehaja. Kalau sudi, boleh juga borong. Kalau margin terlalu rendah (50% ke bawah), saya sarankan jangan borong. Sebabnya jika borongan anda ini berdepan masalah (produk rosak, kos penghantaran lebih tinggi dari asal, ditahan kastam contohnya), anda berdepan risiko kerugian.



20



5 Lubuk Emas Buat Product Research Di bahagian ini saya akan kongsikan 5 tempat yang anda boleh pergi untuk buat product research, dan juga demonstrasi macam-mana nak laksanakan step 1 hingga 5 seperti yang ditulis pada bahagian atas.



Jom tengok!



Lubuk Emas #1 - Lelong.com.my Step 1: Tengok Best Seller. Di 'All categories', pilih best seller. Pilih kategori yang anda minati atau mempunyai minat/pengetahuan yang mendalam.



Pilih salah satu produk yang menarik minat anda, dan harganya tidak terlalu mahal Biasanya produk di bawah RM100 lebih senang nak jual (tidak terlalu 'menyakitkan' dompet.)



21



Step 2: Tengok harga Smart mop yang menarik minat saya ini tidak terlalu mahal, dalam RM30 satu. Ia juga banyak terjual (93 unit). Lagipun saya boleh bayangkan produk-produk sebegini banyak dijual di GoShop dan akan menarik minat suri-suri rumah.



Step 3: Cari produk di 1688. Macam mana nak search di 1688 kalau tak pandai Bahasa Cina? Guna gambar je! Perhatikan di 1688.com ini, di sebelah search bar ia mempunyai sebuah icon camera. Jadi anda hanya perlu klik di butang tersebut, upload gambar produk, dan 1688 akan keluarkan senarai produk yang sama!



22



Anda hanya perlu screenshot gambar produk, crop untuk tinggalkan hanya gambar produk, dan upload naik. Tak perlu sibuk-sibuk dah buat carian guna Bahasa Cina!



Ini hasil carian saya di 1688. Saya nampak produk yang tidak berapa sama bentuk dan design, tetapi mempunyai fungsi yang sama. Selain itu, harga jualan di sana agak menarik dan saya rasa berpotensi untuk keuntungan yang cantik. Cuma sekarang kena kira-kira untuk confirm.



23



Step 4: Buat Kira-Kira Seperti yang ditulis di bahagian atas, kita nak pastikan yang kita mempunyai margin keuntungan minima 100%. Kalau nak lebih bagus bagi sampai 130% minimum. Kalau boleh jumpa yang 200-300 sampai 500% lagilah bagus.



Ini cara pengiraan:



Harga Borong Di 1688: 14RMB = RM9 Tambah Caj Penghantaran (anggarkan dalam 30% harga belian) = RM4 Kos modal = RM13



Jual dengan keuntungan minima 100% = RM26



Harga Jualan Best Seller di Lelong = RM29.90



Step 5: Buat keputusan. Anda rasa boleh borong dan jual? Pada kiraan saya di sini memang boleh. Kerana...



Produk ini tengah trending, sebab best seller Produk ini boleh laris, sebab dia best seller Produk ni boleh borong dari 1688 pada harga murah Produk ni boleh dijual pada keuntungan 100% minima



24



4 Lubuk Emas Lagi Untuk Research! Nampak sudah macam mana proses product research ini dijalankan?



Jika sudah jelas, tahniah. Sekarang boleh cuba buat dan testing tengok kalau produk yang anda tengah fikir nak borong tu sesuai.



Yang belum ada idea, boleh cuba proses ni dan cari idea produk sendiri ye.



Di eBook Bonus '3 Lubuk Emas Product Research', saya demokan juga 3 lagi Lubuk Emas untuk buat research, iaitu:



• GoShop • Shopee • 11th Street



Jadi pastikan anda baca juga ebook itu untuk mempelajari dan memahami Product Research Process dengan lebih mendalam ye!



25



BAB 4 : MEMBUAT CARIAN DI WEBSITE 1688 Sama seperti di Lazada dan website-website ecommerce lain, anda perlu membuat search untuk mencari produk yang anda nak borong. Kalau biasanya, kita akan type di search box dan but search. Tetapi di 1688, website ni dalam Bahasa Cina. Jadi macam mana ye? Bukan semua orang boleh buat search dalam Bahasa Cina kan? Jadi saya share di sini 2 cara untuk membuat search di 1688 ye.



Kaedah Pertama - Guna Translate. Untuk teknik ni kita akan gunakan website FreeShoppingChina.com Website ni adalah website agen borong, tapi kita akan gunakan servis mereka. Sebaliknya kita hanya akan tumpang guna aplikasi translation mereka. Untuk menggunakan FreeShoppingChina.com untuk translate, ikuti langkah berikut..



26



1. Layari FreeShoppingChina.com



27



2. Di ruangan Search Products, buat pilihan anda.



Language - Bahasa. Kita pilih English Input keywords here - Nak search produk apa? Key in sini, dalam English. Search ni anda boleh buat di Taobao, Tmall atau 1688. Untuk kes ni kita pilih 1688



3. Klik Search. Jika anda belum login di 1688, anda akan diminta untuk login.



28



4. Tada! search result keluar, dan bila anda perhati di search bar, ia membuat search dalam Bahasa Cina!



Sekadar tambahan di sini, amat penting untuk anda buat search dalam Bahasa Cina, sebab kalau searach guna English tak banyak result yang akan keluar. Tapi Nigel, macam mana pula kalau saya tak dapat namakan barang yang kita nak beli? contohnya kalau penyapu automatik yang ada berus berputar semua. Susah nak search kan? Bila sampai situasi sebegitu, kita guna teknik yang kedua ni.



29



Kaedah Kedua - Guna Image Search. Kaedah search ni sangat power. Anda tak perlu tahu Bahasa Cina pun. Kalau pandai ambil gambar, buat screenshot, dah boleh search. Jom tengok caranya!



1. Ambil gambar produk. Boleh dalam bentuk ambil gambar sendiri, ataupun screenshot.



Gambar sebelah ni saya ambil di screen komputer guna smartphone samsung murah-murah je. Janji gambar diambil dengan jelas.



30



2. Layari 1688.com. Skroll ke bawah page, dan klik pada gambar desktop. Ini akan menukar paparan website 1688 kepada desktop.



31



3. Perhatikan di penghujung search bar, ada gambar ikon kamera. Klik ikon kamera tersebut.



Pilih gambar anda dari phone, dan tunggu search result keluar.



32



5. Tada! search result keluar. Perhatikan gambar produk yang hampir sama ada dalam senarai carian ini.



Anda mungkin nampak produk yang tidak berapa sama, seperti contoh search result boleh sampai keluar 'Screwdriver' sedangkan kita search gambar automatic floor mop. Tapi tak apa, sebabnya dah jumpa nama produk tu dalam Bahasa Cina (deskripsi di bawah gambar produk).



Apa anda perlu buat sekarang adalah copy nama produk di search result dalam Bahasa Cina, paste semula di search bar, dan buat search semula.



Produk dah jumpa, sekarang kita kena pilih seller yang bagus dan murah kan? jom tengok!



33



BAB 5 : MENILAI & MEMILIH SELLER DI 1688 Di bab ni, kita akan tengok dan bincang dengan lebih teliti tentang menilai dan memilih seller di 1688.



Kriteria Seller Terbaik di 1688 Saya harus titik beratkan di sini bahawa harga bukanlah satu-satunya kriteria di sini ye. Harga yang terlalu murah kadang-kadang akan datang dengan 'masalah' di belakang. Saya akan ulas dengan lebih teliti di bahagian akhir bab ni, tetapi sekarang, kita fikirkan dengan kriteria penting yang anda harus perhatikan dari seller di 1688 ini. Pada saya, seorang seller yang baik di 1688 haruslah: Menjual pada harga murah Mempunyai track record urusniaga yang cantik Mempunyai transaction feedback yang baik. Boleh dihubungi melalui Aliwangwang, WeChat Sanggup memulakan urusniaga dengan jumlah kecil dahulu. Lokasi dekat dengan Guangzhou, Dongguan. Sekarang, kita tengok satu-persatu kriteria ini.



#1 Menjual Pada Harga Murah Ini semestinya apa yang kita nak dari seller kita. Di 1688, seller datang dari pelbagai peringkat - Pengilang, Pemborong, Pemborong kecil-kecilan. Jadi biasanya masing-masing akan menunjukkan 'gaya' yang tersendiri. Pengilang - murah, tapi tak nak buat deal kecil-kecil. Nak deal besar 50-100 unit ke atas baru layan. Pemborong - mahal sikit dari pengilang, tapi lebih sanggup buat deal kecil sikit. Pemborong kecil-kecilan - biasanya paling mahal, tapi 1 unit pun dorang sanggup buat urusniaga dengan kita. Jadi tepuk dada, tanya selera. berapa besar modal anda, dan dengan tahap mana anda boleh berurusan. Yang penting, carikan yang termurah.



34



#2 Mempunyai Track Record Urusniaga Yang Cantik. Seller di 1688 ni cukup ramai, dan walaupun Alibaba (ibu syarikat 1688) mempunyai kriteria yang ketat kepada seller untuk mengelakkan penipuan, masih akan ada scammer yang beroperasi di 1688. Biasanya scammer ni tidak mampu bertahan lama kerana mempunyai rekod transaksi yang teruk, dan hasilnya kena tutup kedai oleh 1688. Jadi cara terbaik untuk mengelakkan dari 'terkena' dengan scammer adalah beurusan dengan seller yang dah ada track record.



Dalam 1688, terdapat beberapa tempat untuk menilai seseorang seller:



35



1. Tempoh urusniaga di 1688.com. Lagi lama lagi bagus. Contoh di atas ni, seller ni dah berurusan di 1688 selama 4 tahun.



3. Trading medal. Medal-medal yang berhuruf A ini melambangkan jumlah urusniaga yang telah dijalankan oleh seller ini sepanjang 30 hari lepas. Lagi banyak, lagi bagus. Contoh seller di atas ni, telah menjalankan urusniaga sebanyak 100,000 Yuan atau lebih sepanjang 30 hari lepas. Jerung ni!



36



4. Supply Level. Berbeza dengan Trading Medal yang mengukur rekod transaksi 30 hari yang lepas, supply level mengambil kira semua rekod transaksi yang pernah dijalankan seller. Seller bermula dari pingat, lepas tu upgrade ke diamond, dan ke crown.



Dalam contoh seller di atas, beliau ada 4 diamond - maknanya sepanjang berada di 1688, beliau telah menjalankan urusniaga berjumlah antasa 1.2 Juta - 3 Juta Yuan. Sah jerung!



5. Business Model. Bahagian ni menjelaskan business model seller. Sepanjang saya berurusan di 1688, saya hanya pernah nampak dua jenis, iaitu 'manufacturer' dan 'distribution & wholesale'. Manufacturer maknanya mereka ni adalah pengilang, dan distribution & wholesale adalah pengedar dan pemborong. Biasanya Manufacturer boleh



37



memberi harga yang lebih kompetitif, dan dalam kuantiti yang lebih banyak. Contoh di atas menunjukkan yang seller adalah manufacturer.



#3 Mempunyai Transaction Feedback Yang Baik Seller yang melayan customer dengan baik akan mendapat feedback yang cantik. Dan kita sebagai buyer boleh melihat rekod transaksi mereka pada bahagian 'Dealings'. Baca dan lihat apa yang diperkatakan mereka yang telah menjalankan urusniaga dengan seller. Jika saya tidak melihat apa-apa yang negatif, saya tiada masalah untuk mencuba berurusniaga dengan seller ini.



#4 Boleh Dihubungi Melalui Aliwangwang & Wechat Bukan semua orang selesa memborong dengan seller tanpa berkomunikasi dengan mereka. Jadi seller yang serius menjaga customer mereka akan menyediakan ruangan untuk berkomunikasi antara mereka dengan buyer mereka. Macam mana nak tahu jika ada peluang untuk berkomunikasi dengan mereka?



38



Perhatikan di #2, ada belon warna biru. Itu adalah logo Aliwangwang, sistem chat Alibaba. Jika anda mempunyai akaun Aliwangwang, anda boleh berkomunikasi dengan seller di sana. Bagaimana dengan Wechat? Anda tanya sahaja Wechat username mereka ketika chatting dengan mereka! Bila dah buka chat dengan mereka, copy sahaja ayat ni ke Aliwangwang, dan mereka akan berikan WeChat username mereka.



'你好。问下你有微信吗?‘ - Salam sejahtera. tanya sekejap ye, ada Wechat tak?



Nak chat boleh buat di sana, sebab translation Wechat jauh lebih bagus. Jika anda memerlukan bantuan untuk membuka account Aliwangwang atau WeChat, boleh tengok di bab depan ye.



39



#5 Sanggup Memulakan Urusniaga Dengan Jumlah Kecil 1688 adalah antara website yang sangat powerful, kerana anda boleh berurusan dengan pengilang yang sudi berurusan pada jumlah kecil. Setiap seller di 1688 mempunyai MOQ (Minimum Order Quantity). Contohnya, seller yang kita rujuk di atas itu, jumlah urusniaga minimum beliau adalah sebanyak 3 unit. Sedangkan di Alibaba, tak order 500 unit, mereka tak layan! Kadang-kadang 1,000, 10,000 baru mereka layan!



Namun bukan semua seller di 1688 adalah sebaik seller contoh kita ni. Ada je yang kalau tak order 50 ke atas, mereka tak layan. Lagipun jika ada pengilang yang sudi menjual pada jumlah kecil, maknanya mereka memang sedang berusaha untuk mencari pemborong, membina hubungan dengan pemborong. Anda sebagai pemborong boleh pergi kepada mereka, cakap yang anda 'nak borong sikit-sikit dahulu, bina trust, lepas tu baru borong banyak-banyak'. Seller yang memang berdedikasi akan sanggup berurusniaga dengan anda. Jadi masa pilih seller, pastikan anda pilih yang sudi jual jumlah kecil ye.!



40



#6 Lokasi Dekat Atau Dalam Guangzhou Kenapa nak dekat dengan Guangzhou? Jimat kos penghantaran jawabnya. Hab import eksport China terletak di Wilayah Guangzhou. Bandar-bandar utama di Wilayah Guangzhou mempunyai banyak syarikat agen memborong yang membantu menguruskan borongan dari sana. Contoh - Bandar Guangzhou (Guangzhou ni adalah wilayah dan bandar), Dongguan, Shenzhen, Zhuhai, Yiwu. Jika seller anda terletak di wilayah yang berdekatan seperti Guangxi, Hunan, Jianxi, Fujian, Zhejiang, anda boleh relax-relax berurusan dengan mereka. Kalau seller tu jauh seperti di Heilongjiang, Jilin, Gansu, Yunan, anda mungkin perlu fikir dua kali. Ini kerana kos untuk seller mengirim produk dari lokasi mereka ke Guangzhou untuk dieksport ke Malaysia akan menjadi mahal. Apapun, sentiasa rujuk di 1688 dan tanya seller di Wechat tentang kos penghantaran.



41



Demonstrasi Memilih Seller Sekarang kita dah jelas dengan kriteria pemilihan seller, maka kita boleh beralih kepada demonstrasi menilai seller. Di sini saya akan detailkan proses kerja saya memilih seller yang baik. 1. Katakanlah ketika produk research saya tertarik dengan portable steam iron ni.



2. Jadi saya cuba buat search di 1688 dan tengok jika ada yang sesuai. Saya uploadkan gambar di 1688 dan tengok hasil search.



Keluar bermacam-macam produk. Bentuk tidak sama, tapi fungsi tetap sama, iaitu steam iron.



Saya copy deskripsi produk yang paling dekat dengan steam iron tu, dan paste di search bar, dan search semula.



42



3. Sekarang hasil search lebih relevan. Perkara pertama saya buat adalah 'Sort by price'. Maknanya susun ikut harga paling murah hingga tinggi.



Saya tekan tab 'price' untuk susun. Jika 'price' tidak kelihatan di phone, boleh tekan '价格‘. Maksudnya adalah harga.



43



44



4. Sekarang produk telah disusun mengikut harga. Saya scroll dan cari steam iron yang ikut design di atas, dan paling murah.



Saya klik produk tersebut dan tengok.



45



5. Pertama, saya akan tengok MOQ. Minimum quantity order dia berapa. Dalam kes seller ni, MOQ dia nak 100 unit. Takpelah. move on. Cari seller lain.



46



6. Ulang balik dengan seller lain dengan harga yang kedua termurah. Klik masuk, tengok MOQ. 1 unit. bagus.



47



7. Kemudian, saya tengok pula di bahagian bawah sikit, iaitu 4 point ini: Goods Description Match Adakah produk yang sampai sama seperti yang ditunjukkan dalam gambar. Response Rate - berapa pantas mereka reply pada request atau order kita. Delivery Speed - Berapa pantas mereka kirim keluar order kita. Keep Returning - berapa ramai orang yang pernah beli dari seller ni, datang membeli semula kemudian.



Statistik ini semua ditunjukkan dalam bentuk %, dalam kotak berwarna. Jika hijau, ia bermakna rendah dari purata, dan jika merah, tinggi dari purata.



Contoh: Seller ni menunjukkan 15% merah dalam 'Response Rate'. Maknanya seller ni response pada tempahan kita 15% lebih pantas dari seller lain. bagus lah tu!



Kalau tengok seller ni, 'Yuyao City, A New Electrical Plant' - 4 stats ni semua merah. Jadi ni adalah seller cemerlang!



48



8. Saya rujuk lagi rekod transaksi. Ditulisnya di sini ia telah menjual 9244 produk ini. Dah jual 9244 unit dan boleh dapat 4 kotak merah, cemerlang lagi!



'ge' - bermaksud unit dalam bahasa Cina '个‘。



49



9. Last sekali, saya check lokasi seller. Ningbo, Zhejiang. Tak terlalu jauh dengan Guangzhou. Ok. set.



10. Terakhir sekali, buat kira-kira. Bolehkah anda borong masuk produk ni, dan jana untung minimum 100%? Kalau boleh, borong terus!



Dah tengok, saya settle dengan 1 seller ni dan buat order. Tapi sekarang macam rasa nak chat dengan seller ni kejap. Nak tanya sikit, confirm details, nak bina hubungan sikit-sikit kan. Macam mana tu? Jom ke bab seterusnya



50



BAB 6 : CHATTING DENGAN SELLER Jika anda telah nampak sesuatu produk, dan rasa berkenan ingin mengetahui produk tersebut dengan lebih lanjut, maka anda perlu bertanya kepada seller itu sendiri. Namun, kita kena tahu yang seller dari China ni agak.... China sikit. Mereka tidak pandai berbahasa Inggeris, dan kita semua ini bukan semuanya pandai Bahasa Cina. Jadi boleh jadi macam itik bercakap dengan ayam! Namun, dengan bantuan teknologi, anda dengan senangnya boleh berkomunikasi dengan seller China ini, janji anda tahu selok beloknya. Jadi jom tengok macam mana!



Bird's Eye View Secara asasnya untuk berkomunikasi dengan seller, kita akan menggunakan bantuan dari 2 aplikasi berikut: 1. Aliwangwang 2. WeChat



Aliwangwang adalah aplikasi chatroom atau instant messaging yang dibina secara in house oleh Alibaba. Aliwangwang boleh digunakan ketika chatting dengan seller di 1688, Taobao, Tmall dan banyak lagi. Isu kepada Aliwangwang ini adalah ia masih tidak mempunyai translation yang bagus, maknanya jika anda tidak faham Bahasa Cina, anda akan berhadapan dengan banyak masalah ketika berkomunikasi dengan seller di sana. Maka kita akan tambahkan WeChat ke dalam sistem ini. Di China, ekosistem online mereka sangat berbeza. Tiada Google, tiada Facebook, tiada Twitter, tiada WhatsApp, yang ada adalah Baidu, Weibo dan WeChat. WeChat di China adalah ibarat WhatsApp di Malaysia. Dan yang terbaik sekali, aplikasi translation WeChat sangat-sangat hebat! Sebelum kita proceed, pastikan anda telah mendaftarkan akaun WeChat dan Aliwangwang.



51



Pendaftaran WeChat Rasanya ramai yang telah ada WeChat, namun just in case ada pembaca yang tidak ada Wechat, saya tuliskan jelah panduan untuk install dan register account WeChat. Kalau anda dah ada account Wechat, boleh skip bahagian ni, dan terus pergi tengok pendaftaran Aliwangwang.



1. Download WeChat



52



2. Pilih 'sign up'



53



3. Isikan maklumat anda. Seperti biasa, pada ruangan no phone, tak perlu masukkan nombor 0 di hadapan.



54



4. Setuju dengan polisi privasi Wechat. Klik Accept.



55



5. Wechat akan buat verifikasi. Ikuti langkah dan proses yang ditunjukkan.



6. Key in kod 4-digit dari Wechat, dan selesai!



56



Pendaftaran Aliwangwang Pendaftaran Aliwangwang lebih straight forward, anda hanya perlu download app Aliwangwang, dan kemudian login dengan ID taobao anda sendiri. Senang kan? 1. Download App Aliwangwang dari Google Play dan Install 2. Setelah open. Login dengan username Taobao dan password Taobao anda. Selesai!



57



Nak Contact Seller? Mulakan Dengan Product Page Pertama sekali, untuk mula chatting dengan seller, anda boleh pergi directly ke page seller itu sendiri. Biasanya seller akan meletakkan contact Aliwangwang mereka di product page. Anda hanya perlu pasang mata dan tengok dengan teliti sebuah belon air yang comel dan cute di bahagian bawah page.



Klik pada belon tersebut, dan akan akan dibawa ke sebuah chatroom untuk berkomunikasi dengan seller. Ketika di chatroom, pastikan anda terus minta WeChat mereka, untuk mengelakkan dari mereka mengetahui yang kita tidak berapa bagus dalam Bahasa Cina. Ada sesetengah seller 1688 ni kadang-kadang tak nak buat bisnes dengan mereka yang tidak pandai Bahasa Cina, kerana susah nak berkomunikasi.



58



Apapun, sebaik sahaja load chatroom, terus copy dan paste ayat ini ke ruangan chat:



你好。问下有微信吗?



Ayat di atas bermakna 'Hai. Ada WeChat tak?'. Kadang-kadang chatroom akan keluar automessage yang agak panjang, biasanya ia adalah tentang promosi, atau cara untuk contact mereka di telefon atau laman web mereka. Jika anda pandai Bahasa Cina, anda boleh baca, kalau tidak, saya tak akan risau tentang message ini.



Biasanya dalam beberapa saat atau minit, seller akan reply dengan contact WeChat mereka seperti dibwah.



59



Mereka akan berikan nombor ID wechat mereka. Sekarang, anda hanya perlu search ID mereka, dan add mereka sebagai friend di WeChat!



1. Buka Aplikasi WeChat di phone anda.



60



2. Pilih tab 'Contacts'



3. Pilih 'New Friends'



61



4. Copy dan paste contact seller, dan tekan 'search'.



5. Tada! profile WeChat seller dah muncul! Cepat-cepatlah tekan 'add'



62



6. Di mesej perkenalan, copy dan paste message ini supaya seller mengenali anda:



我来自1688 - (username 1688 anda)



Maksud - 'Saya dari 1688' – Username Anda



Klik 'send' dan tunggu seller untuk confirm.



Apabila seller telah confirm identiti anda, maka sampailah masanya untuk mula chatting. Seterusnya, saya tunjukkan cara untuk menggunakan aplikasi terjemahan pada WeChat.



63



1. Apabila seller menghantar message dalam Bahasa Cina, anda hanya perlu tekan dan hold pada message tersebut...



64



2. Pilih translate



3. Dan message akan keluar balik dalam Bahasa Inggeris!



65



4. Apabila anda type dalam English, seller juga boleh menggunakan aplikasi translate ini dan membaca message anda dalam Bahasa Cina!



Tada!!!, Hebat kan translation WeChat ni? Sememangnya jauh lebih baik dari Google Translate bukan?



66



BAB 7 : BELI & HANTAR KE MALAYSIA Dah chat, dah minta kurang harga semua? dah puas hati? jadi sampailah masanya untuk membuat pembayaran. Jika di Taobao, anda mempunyai dua pilihan: 1. Menggunakan Alipay untuk membuat pembayaran, kemudian mengatur kiriman dalam sistem Taobao Cargo. 2. Menggunakan khidmat agen untuk membantu pembelian anda - saya recommend AskMeBuy kerana khidmat yang jauh lebih baik berbanding E***y atau S****p.



Di 1688 pula, anda masih mempunyai 2 pilihan, tetapi berbeza sedikit: 1. Cari produk di 1688, buat tempahan dan kiriman menggunakan khidmat agent. 2. Cari produk di 1688, chat dengan seller di Wechat, bayar menggunakan WeChat wallet, kemudian menguruskan penghantaran ke Malaysia sendiri.



Pilihan di 1688 berbeza sedikit dari Taobao atas satu sebab paling besar, iaitu 1688 fokus kepada pasaran di China sahaja, maknanya ia tidak mempunyai khidmat pembelian dan penghantaran antarabangsa seperti Taobao Cargo. Pembeli antarabangsa di Taobao boleh memilih samada menggunakan agent, atau menguruskan sendiri tempahan dengan menggunakan virtual warehouse. Mengurus tempahan sendiri di Taobao lebih senang, kerana anda hanya perlu menggunakan Taobao Cargo. Pembayaran menggunakan Alipay lebih selamat, dan jika produk ada masalah, atau seller tidak mengirimkan barang yang dibeli, anda boleh minta refund dengan senang.



Di 1688, ia lebih 'susah'. Ini kerana 1688 mempunyai ekosistem 'tertutup' iaitu dalam China sahaja. Pembelian dan penghantaran terus seperti Taobao Cargo tidak wujud. Jadi anda perlu menggunakan agent. Biasanya saya recommendkan AskMeBuy, tetapi dalam eBook ini saya akan recommendkan ejen yang kedua iaitu YES Logistics, supaya anda dapat merasa mana satu lebih baik dan sesuai dengan stail anda.



Jom tengok!



67



Ejen 1: Askmebuy Fasa 1- Order di AskMeBuy.com Untuk demonstrasi ini, kita akan memborong 25 pasang sarung tangan MMA. 1. Layari dan login di AskMeBuy.com. Jika anda belum mempunyai akaun AskMeBuy, boleh rujuk di Glosari tentang tutorial mendaftar account di AskMeBuy. 2. Pilih ‘Taobao Order’ dari menu pilihan.



3. Pilih ‘Other China Website’.



68



4. Di borang order, isikan dengan informasi yang berkaitan.



Seller. Dapatkan nama dan identity seller di ruangan bawah produk, biasanya berwarna kelabu. Copy dan paste ke ruangan di borang AskMeBuy



Item Title. Dapatkan tajuk produk di bahagian atas product page.



69



Item Address. Copy URL link product page tersebut dan paste di borang AskMeBuy Size/Colour. Nyatakan saiz dan warna yang dikehendaki di sini. Remark. Ada apa-apa permintaan khas? Tuliskan di sini. Saya suka meminta supaya produk diperiksa dahulu sebelum dikirim, atau mengucapkan terima kasih pada seller dan AskMeBuy



5. Tekan review order di akhir borang. Periksa dan buat perkiraan pada sebut harga yang diberikan oleh AskMeBuy. Jika berpuas hati, tekan ‘Submit Order’



70



6. AskMeBuy akan review tempahan anda, dan jika ok, mereka akan mohon anda untuk membayar. Jika anda ada baki yang mencukupi di account AskMeBuy anda, autodebit akan dijalankan.



7. Jika anda tidak mempunyai baki dalam account AskMeBuy anda, anda perlu membuat top up. Boleh rujuk bahagian ini di glosari ye tentang cara membuat topup.



8. Fasa pertama selesai! Anda kini boleh duduk goyang kaki, dan biarkan AskMeBuy pula yang berkerja!



71



Fasa 2: Tunggu Seller Hantar Barang Ke Warehouse Askmebuy 9. Apabila proses ini selesai, AskMeBuy akan mengarahkan team mereka di China untuk membuat tempahan mengikut arahan anda. 10. Apabila tempahan anda telah sampai di warehouse AskMeBuy, anda akan mendapat email notifikasi dari mereka. Biasanya dalam bentuk sebegini.



11. Berikan AskMeBuy sehingga 1 minggu untuk menjalankan proses ini, jangan gelabah pula kalau baru 2 hari tak dapat update!



12. Jika anda menempah pelbagai produk dari pelbagai seller, maka anda akan mendapat banyak email seperti di atas. Setiap kali tempahan dari satu seller sampai, anda akan dapat satu email notifikasi. Apabila semua telah sampai, anda akan dapat pula email seperti yang ini:



72



13. Bila semua tempahan telah sampai ke warehouse AskMeBuy, maka sampai masanya untuk anda gabungkan semua produk dan hantar ke Malaysia!



14. Anda akan diminta untuk menjelaskan pembayaran penghantaran kali untuk kedua. Pembayaran kali kedua ini adalah untuk penghantaran dari China ke Malaysia, ke pintu hadapan rumah anda. Anda mempunyai dua pilihan di sini. Anda boleh meminta untuk produk anda dikirim melalui udara, atau laut. Secara ringkasnya, penghantaran melalui laut adalah lebih murah berbanding dengan udara. Apabila anda telah selesai payment, dan product dikirim keluar kepada anda, anda akan mendapat email notification seperti di bawah.



73



15. Barang Sampai Di Pintu Rumah Anda Barang akan sampai ke rumah anda. Bergantung pada cara penghantaran, masa yang diambil untuk barang tersebut sampai akan berbeza. Air Freight biasanya memakan 5-10 hari bekerja, dan Sea Freight mungkin akan mengambil 1 bulan.



74



Point-Point Penting Tentang Askmebuy Memandangkan proses tempahan kita ini melibatkan pasaran antarabangsa, (China ke Malaysia), jadi proses dan perkara yang mungkin berlaku sangat banyak. Jadi saya senaraikan di sini beberapa perkara yang anda perlu tahu supaya anda dapat menempah dengan hati yang lebih tenang.



1. Formula



pengiraan



AskMeBuy



adalah



seperti



berikut:



Harga Keseluruhan = [(Harga Produk + Caj Penghantaran China (supplier ke hub AskMeBuy)) + Caj Servis AskMeBuy] + International Shipping



2. Biasanya selepas tempahan dengan pengilang di China, produk anda akan mengambil masa dalam 5 hari – 1 minggu untuk sampai ke Hub AskMeBuy di Guangzhou.



3. Anda akan membayar caj penghantaran sebanyak 2 kali, pertama untuk penghantaran pengilang dari China ke Hub AskMeBuy di Guangzhou, dan kedua untuk penghantaran dari Hub AskMeBuy China ke rumah anda di Malaysia.



4. Anda boleh memilih dua opsyen untuk penghantaran dari China ke Malaysia. Air Freight (Kapal Terbang) or Sea Freight (Kapal Laut). Air Freight lebih pantas, tetapi lebih mahal. Sea Freight perlahan, tetapi lebih murah. Jika anda memerlukan produk anda untuk dikirim ke Sabah dan Sarawak, caj lebih akan dikenakan.



5. Butiran caj penuh penghantaran AskMeBuy boleh diperhatikan dari laman web ini.



6. AskMeBuy biasanya menentukan caj penghantaran China ke Malaysia mengikut berat. Tetapi jika produk anda ringan dan besar, mereka akan menggunakan Volumetric Weight. Formula Volumetric weight (atau dimensional weight pada sesetengah orang) adalah seperti berikut: Tinggi



Parcel



X



Lebar



Parcel



X



Panjang



Parcel



75



7. Anda mungkin dikenakan bayaran cukai oleh pihak Kastam. Tetapi kemungkinan untuk perkara ini berlaku adalah amat kecil (0-5%). Pihak AskMeBuy sendiri menyatakan bahawa 99% dari tempahan mereka tidak dikenakan cukai kastam. Namun jika anda masih risau, saya boleh cadangkan anda untuk pecahkan kiriman barangan anda dalam beberapa parcel. Declaration note pada parcel anda juga cuba untuk tidak melebihi RM500 (termasuk kos penghantaran). Ketika di 'My Shipment', pastikan anda memilih lebih dari 1 AWB (Airway bill, makna parcel dalam bahasa simple). AskMeBuy akan pecahkan tempahan anda mengikut keperluan anda:



76



Ejen 2: YES Logistics ( Very Recommended) Ejen kedua pilihan saya adalah YES Logistics.



Download App YES Logistics iOS /



Android



Yes Logistics mempunyai user interface yang simple, dan proses kerjanya juga amat straightforward. Selain itu, kos freight dia tidak terlalu mahal, dan ia mempunyai akses ke seluruh Malaysia, tidak kira Malaysia Barat atau Timur. Selain itu, ia juga mesra pengguna yang tidak faham Bahasa Cina - ada opsyen untuk load page dalam Bahasa Inggeris. YES Logistics mempunyai phone appnya sendiri, berbeza dengan AskMeBuy yang masih menggunakan webpage. Selain itu, YES Logistics juga mempunyai kelebihannya yang tersendiri - ia akan menjana untuk anda Alamat China Virtual anda sendiri, yang anda boleh gunakan untuk pembelian direct, tanpa melalui website-website e-commerce!



77



Dengan YES logistics, anda kini boleh melihat samada AskMeBuy atau YES menawarkan harga yang lebih murah! Tepuk dada, tanya selera, mana satu pilihan kalbu?



Daftar Account YES Logistics Anda 1. Download dan Install App YES -



LINK UNTUK ANDROID



LINK UNTUK IOS



78



2. Pilih bahasa anda.



79



3. Di home page, tekan butang 'My Yes' di bawah screen sebelah kanan. Kemudian, tekan Create,



80



4.



Masukkan



details



anda.



Masukkan nombor telefon tanpa '0' di depan - jika nombor anda adalah 0123456789, maka isikan sebagai 123456789 Selepas masukkan nombor telefon, tekan butang 点击发送验证码 - YES akan hantar kod SMS ke nombor anda. isikan kod 6 digit di ruangan 'code'



Password, hanya nombor dan huruf sahaja dibenarkan. Tanda special seperti -, * atau & tidak dibenarkan.



81



5. Mesej '注册成功‘ bermakna pendaftaran anda telah berjaya. Tekan tulisan hijau di sudut, dan anda akan kembali ke bahagian home apps.



82



6. Tekan My Yes sekali lagi di bawah sebelah kanan home page, dan username anda akan terpapar!



83



Jom Beli Guna Yes! Dah ada account? Jom beli sekarang! Proses membeli dari YES hampir sama seperti AskMeBuy, cuma ia lebih mesra smartphone kerana pembelian dilakukan dalam phone app itu sendiri. 1. Di homepage YES, klik 'BuyForMe'.



84



2. Tekan 'Go shopping'



85



3. Paste link page produk yang anda mahu beli dari 1688.



Tekan butang 'magnifying glass' di sebelah kiri search bar selepas tu.



86



4. Produk pilihan anda akan muncul. Tekan 'Please Choose' untuk menentukan warna, jenis, atau bilangan.



87



5. PIlih kuantiti, dan kemudian isikan maklumat lain seperti saiz, warna, bentuk dan lain-lain. Tulis sedetail mungkin supaya staf YES boleh confirm apa yang anda mahukan.



88



6. Boleh proceed dan buat payment. Tekan ' Next To Payment'



89



7. Anda boleh memilih untuk membayar dari FPX (Online Banking Malaysia), Alipay, Wechat Wallet, atau top-up YES. Berbeza dengan AskMeBuy, apabila anda topup di YES, account anda akan update terus. Tidak perlu tunggu dah! Pilih opsyen anda, buat pembayaran seperti yang ditunjukkan dalam arahan.



90



8. Rujuk 'My Order' dan anda akan nampak tempahan anda. Status 'Pending Purchase' bermakna tempahan anda telah masuk ke sistem YES, dan staf YES akan ke 1688 dan order barang tersebut untuk anda!



Sekarang, anda hanya perlu duduk tunggu update dari mereka.



91



Apabila pihak YES telah membaut pembelian untuk anda, dan parcel dalam perjalanan dari seller ke warehouse YES, anda akan mendapat update di bahagian ‘In Transit’



92



Dah Sampai? Hantar Ke Malaysia! 1. Apabila parcel telah sampai ke warehouse YES, anda akan mendapat update di bahagian ‘Ready To Ship’. Tekan ‘Ready To Ship’, untuk memulakan penghantaran ke Malaysia.



93



2. Pilih parcel anda di warehouse.



94



3. Anda perlu mengisi maklumat untuk penghantaran ke Malaysia. Kita mulakan dengan ‘Add Delivery Address’



95



4. Pilih lokasi anda. 1. 马来西亚-西马:Semenanjung Malaysia 2. 马来西亚-东马:Malaysia Timur 3. 新加坡:Singapura



Masukkan alamat penuh anda.



96



5. Pilih Shipping. YES menghantar menggunakan courier ABX. Harga yang ditunjukkan adalah anggaran, dan mereka masih perlu mengira dengan lebih teliti, jadi jangan terkejut jika angka yang ditunjukkan besar ye.



97



6. Di bahagian ‘optional service’, anda boleh meminta YES untuk membuat sedikit servis ekstra, dengan sedikit bayaran: a. 包囊折包服务 – Jika anda sedang gabungkan banyak parcel, akan ada banyak kotak dan pembalut, menambahkan berat parcel anda. Opsyen ini Yes buang kotak-kotak ini, menjimatkan berat. b. 包囊内部物品拍照 – Yes akan buka parcel anda, dan ambil gambar kandungan. Ini penting untuk anda periksa kandungan, dan verify tempahan anda ok. c. 装纸箱服务 – Yes akan masukkan tempahan anda dalam 1 kotak khas. Lebih selamat dan kemas. d. 泡泡膜防震+装纸箱服务 – Yes akan balut parcel anda dalam bubble wrap, sebelum masukkan dalam kotak. Jika tempahan anda ‘fragile’, ini wajib. e. 点货+拍货服务 – Yes akan buka parcel anda, mengira stok dan ambil gambar. Penting!



98



7. Di ‘Custom Declare info’, masukkan harga barang anda. Cuba untuk tidak melebihi RM500, kerana parcel anda berisiko ditahan. Untuk Insuran, jika anda mahu, ia adalah 3% dari jumlah tempahan anda. Terpulang kepada anda, tapi biasanya saya tidak ambil insurans, kecuali kalau tempahan besar.



99



8. Selesai. Tekan ‘Submit Ship For Me’, dan tunggu pihak YES untuk update dengan bayaran.



100



9. Anda akan mendapat update dari YES untuk membuat pembayaran shipping. Perhatikan bahagian ‘Ship For Me’. Selesaikan pembayaran, dan parcel is on the way!



101



Info & Tips Tentang Tempahan Di YES Yang Anda Perlu Tahu! Sekarang anda telah ditunjukkan cara kerja di YES, sekarang saya akan share beberapa tips special yang akan menjadikan anda pengguna YES yang pro! 1. Anda Bayar 2 Kali Ye! – Sama seperti di AskMeBuy, anda akan membayar DUA kali: a. Kali pertama untuk harga barang, dan kos penghantaran dari seller ke warehouse YES b. Kali kedua untuk penghantaran dari warehouse YES ke rumah anda.



2. Nak idea tentang harga kiriman? Boleh gunakan calculator. YES ada menyediakan calculator untuk mengira anggaran penghantaran. Anda hanya perlukan samada berat parcel anda, atau saiz parcel untuk membuat pengiraan. Anda juga boleh mengagak saiz parcel dengan menggunakan saiz produk. Contohnya jika produk anda adalah 20MM X 10MM X 5MM tebal, dan anda membeli 10 unit, maka anda boleh anggarkan dalam 20MM X 10MM X 50MM. Untuk akses calculator, di homepage app YES, tekan ‘service’, dan ‘Calculator’



102



Parcel Dah Jalan? Track! Anda boleh track perjalan parcel anda melalui app YES itu sendiri. Untuk berbuat demikian...



1. Di homepage YES, pilih ‘Ship For Me’



103



2. Anda akan nampak parcel yang dalam perjalanan. Tekan ‘Track’.



3. Anda akan nampak status perjalanan parcel anda. Senang kan?



104



Ada Masalah? LIVE CHAT! Antara feature terbaik YES logistics adalah ia mempunyai servis Live Chat yang sangat baik. Jika anda mempunyai apa-apa masalah, anda dengan senang boleh berhubung dengan mereka dan mereka boleh selesaikan isu anda dengan pantas!



105



BAB 8 : PERIHAL KASTAM Dalam sesetengah situasi, kadang-kadang barang anda akan ditahan oleh pihak kastam. Jika ini berlaku, anda tidak perlu risau. Kastam Malaysia cuma menjalankan tugasnya mengikut undang-undang negara – anda hanya perlu mengikut prosedur yang ditetapkan dan anda akan dapat barangan anda.



Kenapa Sesetengah Barang Ditahan Kastam Dan Sesetengah Tidak? Terdapat banyak faktor yang menentukan jika parcel anda akan ditahan kastam atau tidak. Tetapi beberapa faktor ini berkait rapat dengan risiko produk ditahan kastam Anda memborong dalam jumlah besar – lebih dari RM500. Maksudnya di sini produk + kos hantar. Contohnya jika produk anda berharga RM480 dan kos penghantaran adalah RM50, maka produk anda bernilai RM530. Dalam situasi ini, anda perlu membayar GST sebanyak 6% dari RM530 tersebut. Jika borongan anda lebih besar, melebihi RM1000, anda perlu membayar GST, dan juga membayar borang kastam sebanyak RM50. Jadi GST 6% + bayaran borang kastam RM50. Produk tempahan anda termasuk dalam senarai cukai Kastam Diraja Malaysia. Jika itu yang berlaku, anda mungkin perlu memeriksa di laman web Kastam Diraja Malaysia untuk menentukan jumlah cukai yang perlu dibayar dan sebagainya. Anda menghantar parcel ke utara Malaysia. Ramai client saya yang tinggal di utara semenanjung banyak mengalami masalah parcel kena tahan, berbanding yang di tempat lain. Saya jarang mengalami masalah parcel ditahan kastam di Sabah. Anda menempah produk kawalan seperti kosmetik, ubat-ubatan, atau elektronik kompleks. Produk kosmetik atau ubat-ubatan yang sampai memerlukan pengesahan atau sijil dari Kementerian Kesihatan Malaysia, manakala elektronik kompleks seperti Smartphone atau Laptop memerlukan pengesahan SIRIM. Jika anda dihubungi Kastam tentang perkara sebegini, ikut arahan dan buat seperti yang diminta. Nasib. Apabila pegawai kastam memproses parcel yang sampai ke Malaysia, mereka terpaksa memproses beratus, kalau tidak beribu parcel, besar, kecil, panjang, besar, ringan dan macam-macam. Jadi kadang-kadang mereka ‘terpilih’ parcel anda.



106



Macam Mana Nak Tahu Kalau Parcel Kena Tahan Kastam? Anda menerima ‘surat cinta’ dari PosLaju berbentuk sebegini.



Anda tidak perlu panik, hanya ikuti arahan dalam surat dan semuanya akan selamat. Dalam surat tahanan ini, anda akan mendapat informasi tentang parcel anda yang telah ditahan, pejabat kastam yang menahan parcel anda, dan waktu operasi pejabat kastam berkenaan.



Anda mempunyai 3 pilihan di sini:



1. Anda melantik Poslaju sebagai agen pengurusan parcel anda. Anda perlu mengisi Bahagian A dan kirim borang tersebut beserta invois pembelian barang atau bukti pembayaran secara pos atau fax atau email sebagaimana yang tertera pada notis masing-masing. Servis charge adalah pada harga RM50.60. Sebagai contoh, jika cukai ialah RM41, maka jumlah yang perlu dibayar adalah RM41 + RM50.60. Barang akan dihantar ke Pusat Pos Laju berdekatan dengan rumah anda. Anda kemudiannya ambil parcel dan bayar di Pusat PosLaju tersebut.



107



2. Anda mewakilkan orang lain untuk mengambil parcel berkenaan. Isikan borang yang diberikan dan hantarken wakil anda ke pejabat kastam tersebut. Wakil anda akan membayar cukai yang dikenakan, dan selepas itu boleh mengambil parcel.



3. Ambil sendiri. Anda perlu membawa sekali resit, invoice pembayaran tempahan anda. Ini adalah supaya Kastam dapat memastikan nilai barangan yang anda declare di parcel itu adalah tepat. Bayar, ambil parcel anda dan jalan.



Jika anda memilih proses 2 atau 3, pastikan anda mengikuti arahan dan berlaku jujur sepanjang proses pengambilan parcel. Dalam sesetengah situasi, terdapat prosedur rumit yang perlu dilalui sebelum parcel anda dilepaskan, lagi-lagi jika pihak kastam telah membuka parcel anda, atau nilai yang dinyatakan pada parcel berbeza dengan invois/resit pembayaran.



Dengar penjelasan pegawai-pegawai dengan teliti, dan banyakkan senyuman. Pegawai kastam pun perlu banyak bersabar kerana berurusan dengan orang yang bermacam kerenah. Sebaiknya, kita pun banyak bawa bersabar ketika berurusan dengan mereka.



108



BAB 9 : BARANG DAH SAMPAI! JOM JUAL! Sekarang, barang sudah ada di tangan. Kini sampailah masanya untuk menjualkan stok di tangan dan membuat keuntungan! Terdapat pelbagai tempat di mana anda boleh mula menjual barangan anda ini, kita tengok satu persatu dan bandingkan ciri-cirinya.



#1 Mudah.my



Mudah.my adalah sebuah laman khas untuk berjual beli dari pengguna-ke-pengguna (Customer to customer, C2C). Mudah.my adalah antara laman terbesar untuk berjual beli di Malaysia. Jadi, jelaslah kita perlu menjadikan Mudah sebagai tempat kita memasang iklan untuk produk kita! Satu kebaikkan tentang Mudah.my adalah iklan boleh diletakkan pada laman ini dengan percuma, dan anda tidak lagi perlu mempromosi. Pelawat hanya perlu menaip apa yang dicari, dan mereka akan berjumpa dengan iklan anda. Jadi, adalah selamat untuk saya mengatakan bahawa setiap kali iklan anda di Mudah.my ini dibaca, kemungkinan untuk membuat jualan adalah tinggi – sebab yang jumpa iklan anda ini ada hajat mahu membeli. Satu keburukkan Mudah.my adalah sekali iklan anda terpampang, anda tidak lagi boleh mengubah apa-apa pada iklan anda. Jika anda mahu membuat editing (contohnya tersilap letak harga, mahu menambah ayat dll), anda perlu membayar RM8. Satu lagi keburukkan Mudah.my adalah laman ini mempunyai polisi posting yang agak ketat. Anda tidak boleh memuat naik gambar yang ada tulisan, atau menggunakan ayat sales yang power. Setiap iklan yang dipos akan dinilai, dan kemudian di edit. Kadang-kadang iklan kita itu seperti tergantung kerana diedit terlalu banyak!



109



#2 Lelong.com.my



Berbeza dengan Mudah.my, Lelong.com.my pula merupakan laman lelong untuk barangan, sama seperti eBay di USA. Anda boleh mengiklankan barang anda dan kemudian membuat jualan. Anda juga boleh menetapkan harga barangan anda supaya tidak berlaku lelongan. Lelong.com.my lebih popular di kalangan rakyat Malaysia berbanding ebay.



Kelebihan Lelong.com.my ini adalah ia menawarkan khidmat lelongan. Maksudnya anda boleh sahaja memasukkan elemen lelongan pada jualan anda untuk menambah harga jualan. Contohnya jika anda menjual replika pedang Samurai dari komik Samurai X, barangbarang sebegini memang menarik minat segelintir peminat tegar komik tersebut. Mereka ini sanggup membida harga tinggi untuk mendapatkan pedang tersebut. Jadi jika anda mengambil keputusan untuk menjual produk sebegini, mungkin anda boleh memikirkan untuk memasukkan elemen lelong.



110



#3 Facebook Fanpage Seperti yang anda mungkin sudah sedia maklum, Facebook merupakan laman sosial yang terbesar di dunia. Setakat Januari 2016, Facebook dinilaikan pada 321 billion Dolar Amerika, dan mempunyai 1.6 billion pengguna aktif di seluruh dunia. Itu pada peringkat global. Macam mana dengan Malaysia? Negara kita mempunyai 15 juta pengguna Facebook, dan ini maksudnya jika kita mempunyai laman di Facebook, 15 juta pengguna ini semuanya berpotensi menjadi pelanggan kita! Facebook Fanpage adalah antara medium jualan yang sangat popular sekarang. Percayakah anda jika saya menyatakan yang Facebook Fanpage merupakan medium jualan saya yang paling berjaya? Hampir 60% jualan dari perniagaan saya ini datang dari Facebook, jauh melebihi medium jualan saya yang lain seperti Mudah.my atau Lowyat.net.



Saya biasanya menjual di Facebook dengan menggunakan kaedah ringkas begini: 1. Bina likes 2. Engage untuk bina hubungan dan trust 3. Pitch 4. Close 5. Upsell/Cross sale 6. Tak dapat close, downsale. 7. Masih tak dapat, kembali ke step #2 Proses 1-7 ni saya saya integrasikan secara automatik dalam bisnes online saya, itulah sebabnya saya mampu jana jualan multiple 6 angka walaupun dengan team yang kecil sahaja. Saya ada share tentang teknik jualan di Fanpage ini di eBook saya berjudul Fanpage Superstar. Saya cadangkan anda untuk sekurang-kurangnya melawat page ebook ni untuk mendapatkan maklumat lanjut jika berminat.



111



#4 Laman Web Sendiri Selain menggunakan medium di atas, anda juga boleh membangunkan laman web sendiri untuk sebagai kedai anda. Anda boleh memilih untuk menggunakan laman percuma seperti di Blogger atau Wordpress, ataupun membeli doman, hosting dan buat sendiri dari awal. Antara perniagaan online yang mempunyai laman web sendiri adalah seperti Lazada.com.my, Zalora.com, ataupun Superbuy.com. Jika anda baru bermula dalam perniagaan online, dan tidak mempunyai pengetahuan mendalam tentang IT, saya cadangkan supaya anda tidak mencuba kaedah ini. Sebabnya kerana anda perlukan banyak pengetahuan dan kemahiran yang agak khusus untuk membina laman web sendiri. Ditambah lagi dengan teknik-teknik rumit yang perlu dilakukan untuk menarik pelawat ke laman anda (seperti SEO) dan pengaturcaraan shopping cart dan semua itu – sangat menyusahkan. Pada saya, bagus dicurahkan tenaga dan tumpuan anda ke memastikan anda memilih produk yang bagus, dan cuba menaikkan jualan.



112



Tetapi, jika anda ingin juga mencuba untuk membina laman web perniagaan , Saya cadangkan anda mendapatkan perkhidmatan dari VirtualNiaga.com . Ramai rakan niaga saya telah berjaya mendapatkan kedai online yang sangat cantik dan bagus dari mereka.



#5 Instagram Instagram adalah platform social media yang kini hangat digunakan ramai orang Malaysia, terutamanya generasi muda. Selain itu, Instagram juga telah mula digunakan online marketer untuk tujuan memasarkan produk mereka. Instagram adalah media social yang paling tinggi engagementnya – 1 post instagram adalah 50 kali ganda lebih berkemungkinan mendapat like dari sebuah twitter tweet, dan 12 kali ganda lebih dari Facebook post. Selain itu, berbeza dengan Facebook yang memerlukan anda untuk mengiklan untuk mempromosi online shop dengan lebih berkesan, anda boleh mempromosikan produk anda di Instagram secara percuma – syaratnya adalah anda tahu selok-beloknya. Saya telah beralih arah dari Facebook ke Instagram dalam 1 tahun yang lepas, dan kini 70% dari sales saya, datang dari Instagram, dan 1 sen pun saya tidak belanjakan untuk membuat promosi! Jika anda tidak mempunyai banyak modal, saya cadangkan anda mula dengan membuka kedai di Instagram.



113



114