Pelan Pembangunan Diri Dan Kerjaya [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

PELAN PEMBANGUNAN DIRI DAN KERJAYA 1.0 Pendahuluan Pendidikan dan persekolahan perlulah memainkan peranan yang berkesan bagi menyemai dan menerapkan nilai-nilai murni dalam kalangan murid sebagai langkah untuk membentuk dan melahirkan masyarakat yang mempunyai tinggi kualiti moral sosial dan kerohanian. Sebelum pendidikan dan persekolahan menjadi pembentuk murid guru perlulah di siapsiaga kan supaya kemenjadian murid tidak terpesong dari garis panduan yang telah ditetapkan oleh pihak kementerian pelajaran Malaysia. Guru akan melalui pelbagai bentuk perubahan samada di dalam atau di luar profesion. Diantara tuntutan dalaman yang diperlukan ialah kesediaan guru untuk mencuba pelbagai teknik, kaedah serta pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang efektif disamping menghadapi perubahan dari segi istilah, kandungan kurikulum serta penggunaan teknologi baru (Mohamad SaniIbrahim & Zuraidah Majid, 2002).Pelan pembangunan diri dan kerjaya adalah merupakan panduan halatuju pencapaian yang dikehendaki untuk diri dan juga kerjaya yang diceburi. Setiap individu haruslah mempunyai pelan pembangunan diri. Seorang guru tidak terkecuali untuk mempunyai pelan pembangunan diri sendiri. Manakala pelan pembangunan kerjaya pula adalah merupakan halatuju perjalanan seseorang yang bergelar guru. Oleh itu, sebagai seorang guru pelatih saya juga perlulah menguraikan pelan pembangunan diri dan kerjaya untuk diri saya sendiri.



2.0 Pelan pembangunan diri 2.1 Meningkatkan Keyakinan Diri Sebagai seorang guru, saya haruslah mempunyai keyakinan yang tinggi untuk memberi, mengubah, membentuk, mengasuh serta mendidik anak murid mengikut apa yang telah di sasarkan oleh arus pendidikan semasa. Perkembangan profesional boleh dilihat sebagai perkembangan dalam aspek penyuburan diriguru dalam pekerjaan mereka, mengukuhkan keyakinan, memupuk kemahiran, mengemaskini pengetahuan secara berterusan, mendalami dan memahami dengan meluas apa yang mereka ajar dan menambah kesedaran tentang sebab mereka perlu berbuat sesuatu di dalam bilik darjah (Perry, 2000). Keyakinan ini bukan hanya dapat saya gunakan untuk mengendalikan proses pembelajaran dan pemudahcaraan, tetapi sebagai kekuatan kepada diri saya sebagai seorang guru yang tugas utamanya adalah untuk memimpin. Saya telah membahagikan keyakinan diri ini kepada dua bahagian iaitu keyakinan untuk mengajar dan keyakinan untuk memimpin.







Keyakinan untuk mengajar (mengendalikan proses PdPc)



Saya dapat meningkatkan keyakinan diri saya sendiri melalui latihan-latihan yang telah diberikan sewaktu berada di Institut Pendidikan Guru. Latihan ini dimulakan dengan pengalaman berasaskan sekolah yang perlu dijalani oleh semua guru pelatih semester 2, 3 dan 4. PBS ini adalah merupakan pengalaman pertama guru pelatih di sekolah. Mereka akan berada di sekolah selama seminggu dan menyelesaikan tugastugas yang diberikan. Ini adalah merupakan pendedahan awal tentang suasana persekitaran sebenar di sekolah kepada guru pelatih. Seterusnya, apabila beranjak ke semester 5, guru pelatih perlu menjalani amalan profesional selama 3 bulan. Amalan profesional ini juga akan diteruskan sewaktu berada di semester 7. 



Keyakinan untuk Memimpin



Sepanjang menjalani latihan seperti PBS dan juga amalan profesional keyakinan untuk memimpin juga dapat diasah. Guru pelatih akan diberikan tugas untuk mengendalikan program-program sama ada di sekolah mahupun di ipg. Dengan ini, saya dapat menyediakan diri dari aspek keyakinan sebelum menjadi guru sebenar. 2.2 Sikap Kebertanggungjawaban Seterusnya saya akan cuba untuk meningkatkan sikap kebertanggungjawaban dalam diri. Ini adalah kerana tanggungjawab menjadi seorang guru adalah sangat berat. Saya telah membahagikan kebertanggungjawaban ini kepada dua bahagian iaitu kebertanggungjawaban ke atas bidang pekerjaan sebagai seorang guru dan kebertanggungjawaban diluar bidang perguruan. 



Kebertanggungjawaban Terhadap Bidang Pekerjaan Tanggungjawab terhadap bidang pekerjaan adalah merupakan perkara wajib



yang harus dipikul dan dilaksanakan oleh seorang guru bermula daripada ia dilantik. Saya perlulah menjaga kod-kod etika perguruan sepanjang menjawat jawatan sebagai seorang guru. Sebagai contoh saya perlu menjaga hubungan dengan ibu bapa, masyarakat dan juga rakan sekerja. Selain itu, saya juga perlu menjaga imej seorang guru ketika berhadapan dengan masyarakat agar persepsi mereka terhadap guru tidak terpesong kearah negatif. 



Kebertanggungjawaban Diluar Bidang Keguruan Hargreaves (2003) menyenaraikan cabaran utama guru iaitu, menjadi



pemangkin kepada masyarakat berpengetahuan (knowledge society) untuk merealisasikan peluang yang dibawa bersamanya dan menjadi pengimbang



kepada masyarakat dari ancaman. Walaupun berada di luar waktu perkerjaan sebagai seorang guru, saya perlulah menjaga imej saya sebagai seorang guru. Guru adalah merupakan contoh yang terbaik untuk masyarakat. Sebagai komponan utama dalam masyarakat, saya perlu turut serta dengan program dan aktiviti yang dijalankan oleh penduduk setempat seperti gotong-royong programprogram amal dan juga sentiasa bertegur sapa apabila bertemu.



3.0 Pelan Pembangunan Kerjaya 3.1 Menamatkan Pengajian Di Institut Pendidikan Guru Langkah pertama yang perlu saya ambil untuk menjadi seorang guru adalah dengan menamatkan pengajian di institut pendidikan guru dengan baik. Ini kerana untuk menjadi seorang guru saya perlulah melepasi latihan perguruan yang berterusan dan telah ditetapkan tempoh masanya. Dokumen PPPM (2013 – 2025) turut mengakui bahawa hanya 50 peratus pengajaran telah disampaikan dengan berkesan. Oleh itu, sewaktu menjalani latihan perguruan saya perlulah mendapatkan sebanyak mungkin pengalaman dan ilmu tentang perguruan sebagai persediaan untuk menjadi seorang guru kelak. Saya juga perlulah memantapkan ilmu-ilmu tentang pedagogi dan menguasai cara untuk mengendalikan proses pembelajaran dan pemudahcaraan dengan berkesan melalui strategi, pendekatan, kaedah dan teknik yang betul. Menurut kajian yang dilakukan oleh Kelchtermans (2013) aspek preskriptif



menghubungkan



faktor



latihan



dalam



mencorak



sikap



profesionalisme



sebagaimana yang kita inginkan. 3.2 Memasuki Alam Pekerjaan Sebagai Seorang Guru Selama tiga tahun pertama menjadi seorang guru sebelum disahkan jawatan, saya akan mengumpulkan seberapa banyak pengalaman hasil daripada bidang pekerjaan seorang guru dan juga kursus-kursus yang diadakan bagi mengembangkan potensi saya sebagai seorang guru. Saya akan Melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Saya akan sedaya upaya untuk tidak menolak tugas yang diberikan dan sekiranya diberikan tugas, saya akan cuba melaksanakan tugas tersebut dengan baik. Saya akan mengambil tugasan itu sebagai satu cabaran positif agar saya dapat memperbaiki dan mengasah kemahiran saya untuk menjadi lebih baik. 3.3 Menjadi Guru Yang Kompeten Setelah disahkan jawatan sebagai seorang guru, saya akan terus mencuba untuk menjadi seorang guru yang lebih baik dari masa ke semasa. Saya juga akan mencuba untuk



menjadi guru yang pakar terhadap tugas dan bidang pekerjaan saya. Diantara ciri sahsiah yang perlu dimiliki oleh seorang guru ialah peribadi mulia dan mempunyai komitmen yang tinggi untuk menjayakan apa sahaja program (Md Sani et al., 2008). Berdasarkan pernyataan ini, saya akan meningkatkan tahap profesionalisme saya sebagai seorang guru mata pelajaran RBT di samping meningkatkan kompetensi saya terhadap tugas-tugas lain yang diberikan kepada saya.



4.0 Rumusan Sebagai kesimpulannya, guru perlulah membina atau membangunkan diri serta kerjayanya demi anak murid dan kerjayanya. Semua perkara yang dilakukan perlulah mengikut etika yang telah digariskan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia. Perkara ini adalah sangat penting dan perlu dititik beratkan agar profession yang mulia ini tidak tercemar dek guru yang bermasalah. Jika seorang guru pandai menguruskan diri mereka dengan baik, justeru, mereka juga mampu membina murid yang berkualiti demi masa hadapan negara.