Pengajian Dan Pengurusan Kurikulum PSV [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

PSV 3043 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR/KSSR



INTERAKSI 1







PENGERTIAN DAN KONSEP KURIKULUM PSV SERTA KONSEP SUKATAN PELAJARAN PSV KBSR/KSSR



SINOPSIS



Matlamat mata pelajaran Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah adalah untuk melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif, dan produktif menerusi pemupukan Asas Seni Visual. Kandungan kurikulum berupaya membantu guru meningkatkan rasa kesedaran serta tanggungjawab terhadap keperluan bidang seni yang selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Selain itu, guru itu sendiri perlu memahami perkembangan serta kronologi perkembangan kurikulum yang berlaku sebelum dan selepas Merdeka agar dapat mentafsir pengertian dan konsep kurikulum Pendidikan Seni Visual di negara serta kesannya yang dicorakkan menerusi struktur dan keperluan murid-murid di sekolah.



HASIL PEMBELAJARAN 1.



Menerangkan perkembangan kurikulum Pendidikan Seni Visual (PSV), Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran(HSP) PSV KBSR/Dokumen Standard KSSR.



2.



Mengaplikasikan konsep 5P, KBSR/KSSR.



3.



Kepentingan perkembangan kurikulum PSV/DSV.



4.



Merancang dan mereka bentuk aktiviti Seni Visual dalam pengajaran dan pembelajaran.



5.



Mengintegrasikan aktiviti PSV dalam mata pelajaran lain.



1



PSV 3043 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR/KSSR



1.0



Perkembangan Kurikulum Pendidikan Seni Visual di Malaysia



Sebelum Merdeka



Awal Merdeka



Sekarang



Jadual 1 : Kronologi Perkembangan Kurikulum Pendidikan Seni Visual



Transisi merentasi kurikulum PSV erentasi kurikulum



PSV Pendidikan



Institusi



Penerbitan



Penubuhan kelab seni



Jadual 2 : Transisi merentasi Pendidikan Seni Visual



a)



1.1



Perkembangan Kurikulum Pendidikan Di Malaysia



Laporan Winstedt- Zaman British Tujuan sekolah Melayu menurut Penyata Pelajaran tahunan Negeri-negeri Selat 1885 adalah;Cukup untuk kehendak-kehendak biasa budak-budak



Melayu, yang



kelak akan menjadi pemandu kereta lembu, penanam padi dan nelayan.Tujuan kerajaan bukanlah untuk mewujudkan segelintir pemuda yang berpendidikan baik. Pelajaran untuk orang Melayu tidak boleh melewati batasan, kerana ia hanya akan menimbulkan kesulitan nanti. 2



PSV 3043 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR/KSSR



1.2



1916 – Laporan Winstedt memperkemas sistem pendidikan rendah di Tanah MelayuSekolah Melayu dan maktab mengajar mata



pelajaran



lukisan.



Anyaman



diletakkan di bawah mata pelajaran Sains Pertanian.



1.3



Laporan Winstedt (Penolong Pengarah Pelajaran Negeri-negeri Selat dan Negeri-negeri Melayu Bersekutu) mencadangkan:-



Lukisan



adalah



mustahak



untuk “Latihan yang amat baik memerhati alam” yang didapati darinya, dan ia dapat menimbulkan minat dan kecerdasan murid-murid, dan melatih mereka ketepatan dan kecermatan.



Dan ia menyesuaikan mereka dengan kerja-kerja mandur. Ia patut



dimestikan dalam darjah 3 dan 4. Menyediakan mata pelajaran Kerja tangan seperti membuat bakul.



1.4 Pada tahun 1930 sistem persekolahan berjalan 4 jam sehari, dari jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari. Mata pelajaran seperti Karangan, Ilmu Kira-kira, Ilmu Alam, Sejarah Melayu, Kesihatan, Lukisan, Menganyam dan berkebun, Kesihatan, Senaman, Anyaman dan berkebun adalah untuk menjadikan sistem Persekolahan Melayu lebih mirip kepada kampung-anjuran



R.O.Winstedt.



1.5 Penyata Rahman Talib Pada tahun 1960 satu jawatankuasa bagi mengkaji semula implementasi dasar pendidikan di bawah Ordinan Pendidikan 1957 yang dipengerusikan oleh Abdul Rahman Talib.



Antara syor yang dikemukakan: Menyediakan pendidikan universal selama 9 tahun dan menaikkan had



umur



berhenti



sekolah dari 9-15 tahun. Memberi pelajaran percuma kepada kanak-kanak di semua aliran sekolah mulai 1962. Memperbanyakkan kemudahan pendidikan teknik dan vokasional. Mengadakan pendidikan agama Islam. Bahasa Melayu dijadikan bahasa teras seiring dengan kedudukannya sebagai bahasa kebangsaan.



1.6 Akta Pelajaran 1961 telah dijadikan dasar kepada sistem pendidikan di negara ini. Justeru itu Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR) telah diperkenalkan. Mata pelajaran yang diajar oleh guru-guru dan dipelajari oleh murid-murid dalam KLSR 3



PSV 3043 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR/KSSR



antaranya ialah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Tawarikh, Ilmu Alam, Hal Ehwal Tempatan, Tata Rakyat, Jawi, Pendidikan Agama Islam,Lukisan dan Pertukangan Tangan, Pendidikan Jasmani dan lain-lain.



1.7 Persekolahan peringkat rendah di negara ini berterusan mengikut kehendak KLSR sehinggalah kajian dibuat pada tahun 1974 hingga 1979 oleh jawatankuasa diketuai Dr.Mahathir Mohamad bagi melihat kesesuaian KLSR ini.



1.8 Laporan kajian yang dikeluarkan pada tahun 1979 mendapati bahawa KLSR sudah tidak relevan lagi dan perlu diganti dengan kurikulum yang baru. Implikasi daripada laporan ini ialah pengenalan kepada Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) pada tahun 1982.



1.9



Pada tahun 1988 KBSR telah disemak semula bagi mengenal pasti kelemahan dan kekuatannya. Lanjutan itu, KBSR yang dikenali pada asasnya sebagai Kurikulum Baru Sekolah Rendah ditukar menjadi Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Dari segi kurikulum, mata pelajaran-mata pelajaran yang telah sedia ada mengalami perubahan bagi membantu murid menghadapi cabaran



masa depan termasuklah Pendidikan



Seni Visual.



1.10



Kementerian Pendidikan Malaysia telah memainkan peranan yang positif dalam membangunkan dan memperkembangkan kurikulum Pendidikan Seni Visual. Hal ini dapat dilihat berdasarkan semakan terhadap Kurikulum Pendidikan Seni Visual itu sendiri yang telah



beberapa kali melalui proses perubahan. Perubahan-perubahan



tersebut meliputi aspek falsafah, matlamat, objektif, pendekatan, kaedah dan isi kandungan mata pelajaran tersebut. Perkembangan kurikulum ini dapat dilihat seawal pertengahan abad ke-19 apabila kurikulum seni mula diperkenalkan di Penang Free School dengan memberikan penekanan kepada penglahiran pelajar yang mahir dalam kraf (Carline, (1968) dalam Ibrahim Hassan melalui karya Md Nasir bin Hj. Ibrahim-Isu dan Permasalahan Kurikulum Pendidikan Seni Visual).



1.11 Selepas merdeka, bermula dari tahun 1965 Kementerian Pelajaran Malaysia telah menggubal dasar baru pendidikan. Melalui dasar baru ini, murid-murid daripada darjah



4



PSV 3043 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR/KSSR



1 hingga tingkatan 3 akan belajar dua



kumpulan mata pelajaran yang dikenali



sebagai mata pelajaran wajib dan mata pelajaran elektif.



1.12 Kini, sekali lagi kurikulum Pendidikan Seni berubah dengan penekanan kepada melengkapkan perkembangan diri seseorang individu melalui nilai peribadi individu dan pemupukan kesedaran terhadap seni dalam kehidupan sehari-hari serta sikap dalam menghargai hasilan seni sebagai sumbangan kepada warisan budaya dan identiti bangsa. Perubahan-perubahan ini melibatkan falsafah, matlamat, objektif, pendekatan, kaedah dan isi kandungan yang lebih mantap dan akan dapat menarik minat lebih ramai murid.



1.13 Dalam KBSR/KSSR, Pendidikan Seni Visual merupakan mata pelajaran wajib yang mesti dipelajari oleh semua murid. Mata pelajaran Pendidikan Seni Visual digubal selaras dengan perkembangan terkini ke arah mencapai hasrat FPK. Matlamat mata pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah sebagaimana yang digariskan oleh FPK pada tahun 2000 adalah untuk melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif dan produktif menerusi pemupukan asas seni visual. Kandungan kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara, selaras dengan hasrat FPK.Terdapat empat bidang yang terkandung di dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual seperti berikut : (a)



Melukis dan membuat gambar



(b)



Membuat corak dan rekaan



(c)



Membentuk dan membuat binaan



(d)



Mengenal kraf tradisional



1.14 Fokus yang diberikan kepada setiap bidang pula ialah pemerhatian aktif, interaksi yang kreatif dengan alat dan bahan, serta apresiasi aspek seni. Pendidikan Seni Visual memainkan peranan sebagai pengimbang kepada mata pelajaran lain yang ditawarkan di



sekolah-sekolah



kerajaan.



Mata



pelajaran



ini menyumbangkan



ke



arah



perkembangan murid-murid melalui peningkatan daya persepsi, estetika dan kraetiviti. Manakala aktiviti seni yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran dilakukan dalam konteks peranan seni sebagai media komunikasi, seni dalam kehidupan dan 5



PSV 3043 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR/KSSR



persekitaran, dan seni sebagai warisan budaya dan identiti bangsa. (Mazlan Mohamad.1996).



1.15 Perkembangan Sukatan Pelajaran Seni Visual Peringkat Menengah. Sukatan Pelajaran Seni Visual telah diperkenalkan di peringkat Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) pada tahun 2002 bagi menggantikan Kertas Peperiksaan Lukisan yang digubal oleh



University of Cambridge Local Examintin



Syndicate tahun 1982.



1.16 Kertas Peperiksaan Lukisan tidak bercirikan pembelajaran yang berteraskan kepada pengajaran dan pembelajaran. ianya lebih berorientasikan kepada peperiksaan semata-mata bagi menguji kemahiran calon dari aspek melukis dan pertukangan menerusi enam kertas peperiksaan yang ditawarkan tanpa sukatan pelajaran



1.17 Kertas Peperiksaan Lukisan STPM juga telah tidak mengalami sebarang perubahan selama 20 tahun dan dilihat tidak cukup kuat bagi dijadikan syarat kemasukan ke universiti. Keadaan ini lebih tidak memberansangkan apabila persepsi yang rendah dan salah khususnya dalam kalangan pihak sekolah dan masyarakat yang melihat mata pelajaran ini sebagai tidak relevan untuk dipelajari, tidak mempunyai prospek serta dipertikai dari aspek nilai komersialnya.



1.18 Melalui perbincangan Jawatan kuasa yang diketuai Prof Madya Dr Mohd Mustafa Mohd Ghazali serta ahli-ahli jawatan kuasa telah membahaskan dengan panjang lebar, di mana ahli jawatan kuasa dan Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) bersetuju supaya Kertas Peperiksaan Lukisan digantikan



dengan Sukatan Pelajaran Seni Visual.



Ianya merupakan satu kesinambungan dari Matapelajaran Pendidikan Seni Visual di peringkat Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan juga menjadi jambatan ilmu ke program-program seni lukis dan seni reka serta yang berkaitan di Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Pemurniaan sukatan pelajaran sekali lagi mengalami



perubahan apabila rombakan selepas tiga (3) tahun dilaksanakan. Maka



pada tahun 2005 pemurniaan oleh jawatankuasa yang sama menggubal



beberapa



aspek utama. Iaitu apresiasi seni visual dan penghasilan seni visual. Sukatan ini terdiri daripada tiga komponen iaitu (a) Teori Seni Visual, (b) Lukisan, dan (c) Projek Penghasilan Karya. 6



PSV 3043 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR/KSSR



Latihan 1 Cuba buat perbandingan Kurikulum PSV sebelum Merdeka dan selepas Merdeka berdasarkan aspek yang dikemukakan.



c)



Kemunculan Pertubuhan Seni Lukis



1.1



1906-Chong Hua Confucius Pulau Pinang -Memperkenalkan mata kaligrafi dan anyaman yang diajar dalam bahasa Cina Pinang



pelajaran seni



1.2



1949 : Pengerusi bagi Kesatuan kesenian Guru Pulau Penang Impressionist.



dan



ahli



1.3



1951-Wednesday Art Group. Peter Harris seorang pengawas seni lukis di Kementerian Pelajaran. Berkelulusan sekolah seni dari United Kingdom. Beliau telah memperkenalkan konsep estetika dan teknik seni. Penglibatan guru sebagai pelukis banyak membantu perkembangan Pendidikan Seni di sekolah-sekolah tanah air. Penubuhan sekolah kelab melukis. Antaranya Kelas potret – Mohd. Hossein Enas, Kelas Arca – Idris Salam, Kelas Grafik – Zakaria Nor dan Kelas seni dalaman – Habibah Baharudin.



1.4



1954 – Malay Teachers Union-Perkembangan seni visual Pulau Pinang mempengaruhi guru-guru seni. Pada 21.04.54 hingga 29.04.54 telah diadakan pameran oleh guru-guru Melayu telah diadakan di 23 Jalan Northam dan dirasmikan oleh J.N. Davies, Pengarah Pelajaran Pulau Pinang disertai 20 orang guru seni.



1.5



1956-Majlis Kesenian Malaya Pengasas : Tan Sri Mubin Sheppard dan Datuk Zainal Abidin Hj. Abbas. Tujuan penubuhan untuk memberi sokongan kepada aktiviti seni muzik, drama dan seni rupa demi menjaga kredibiliti seni di samping menambahkan pengetahuan, kefahaman dan amalan seni yang meluas Ahli-ahli terdiri daripada Nik Ahmad kamal, Puan P.G. Lim, Peter Harris.



1957- Thursday Art Group –Rentetan dari penubuhan WAG dengan impian yang sama. Pengerusi : Hoessin Enas. Aktiviti banyak berbentuk potret yang disesuaikan dengan Pendidikan budaya Aspek Sebelum Pendidikan Selepas Merdeka dan Merdeka



1.6



Matlamat dan Objektif Isi kandungan Pendekatan 7



PSV 3043 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR/KSSR



identiti kebangsaan melalui pakaian, adat resam, kebudayaan dan kerjaya. 1.7



1966-Penang Teachers’ Art Circle-Latihan pendidikan seni di luar negara. Terdiri daripada guru-guru seni bertujuan bagi membetulkan kaedah dan tatacara pembelajaran pendidikan seni.



d)



Penerbitan



1.1



Buku Teks-1925-R.O.Winstedt -Menghasilkan buku Art and Crafts pertama mengenai sejarah seni dan seni pertukangan.



iaitu



buku



1.2 1928-Kitab Pedoman Guru Penggal Pertama - Memperihalkan kaedah-kaedah pengajaran Lukisan dan kerja tangan 1.3 1929-Kitab Pedoman Guru Penggal Kedua telah digunakan oleh guru-guru Melayu untuk mengajar pelbagai mata pelajaran termasuk Lukisan dan Pertukangan Tangan di sekolah-sekolah Melayu di seluruh tanah air pada masa itu. “Kitab Pedoman Guru Penggal II” disusun oleh O.T. Dussek dan Muhammad Hashim bin Haji Taib adalah buku pertama yang ditulis di negara ini mengenai kaedah mengajar mata pelajaran Lukisan dan Pertukangan Tangan. Buku ini sangat penting digunakan oleh guru-guru yang mengajar mata pelajaran ini di sekolah-sekolah Melayu di Malaya ketika itu. 1.4



1932-Buku Craft Work, Third Year Practical Work For Senior Schools-Ditulis oleh Taylor and Snell. Digunakan di sekolah-sekolah di Malaya khusus di St. Xavier Institution, Pulau Pinang. Merupakan buku teks Lukisan dan Pertukangan Tangan. Bab-bab yang terkandung di didalam buku Craft Work antaranya ialah Corak pada kulit buku, Jenis-jenis tulisan / kaligrafi, Ilustrasi figura, Cetakan stensil, Cetakan lino, Cara-cara menjilid buku dan alat yang digunakan.



1.5



“Kitab Rajah-Rajah Anyaman” oleh guru anyaman –Mr.W.Olaguera. Antaranya para penuntut boleh memilih kemahiran seperti berikut; pertukangan kayu: dilatih membuat perabot-perabot seperti meja kecil, almari buku, tongkat dan sebagainya. Menjilid buku untuk penuntut tahun tiga. Menganyam jaring: membuat jaring untuk kegunaan permainan bola sepak, hoki dan volleyball, Pertukangan tanah liat: penuntut terpilih.



1.6



1957Buku Panduan Guru– Kementerian Pelajaran Persekutuan Tanah Melayu / DBP-Perincian mengenai mengajar Lukisan dan Pekerjaan Tangan. Bertujuan untuk membangunkan sepenuhnya keupayaan rasa indah kanak-kanak menyuburkan kuasa-rasa, kuasa-gerak dan kecerdasan kanakkanak serta membaiki budi pekerti mereka. Selain itu, objektifnya menjurus kepada pembinaan kebolehan menghargakan dan menciptakan keindahan, Penyuburan kuasa-rasa dan kuasa-gerak, Penyuburan kecerdasan dan Asuhan budi pekerti. Antara aktiviti yang terkandung dalam buku tersebut ialah tentang aktiviti lukisan biasa dan lukisan warna yang terbahagi kepada 3 bahagian iaitu pemandangan, ingatan, rekaan, Membuat gambar, Corak , Pekerjaan tangan dan Penghargaan.



8



PSV 3043 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR/KSSR



1.7



1958- The Art Paper.Ditulis oleh Marjorie Clark (guru kanan seni lukis Sekolah Victoria, Singapura) dan W.T.Swinbanks (pensyarah seni di Teachers Training College, Singapura). Diterbitkan oleh Donald Moore, Singapura. Mengandungi siri teknik menghadapi peperiksaan lukisan untuk School Certificate.



1.8



1990-Geometrical Drawing Part 1. Diterbitkan oleh Cambridge Series for Schools and Training Colleges oleh Blythe yang menjelaskan konsep visual yang luas meliputi bentuk-bentuk geometrik dan buku ini digunakan di sekolah-sekolah seluruh Malaya. Latihan 3



Berdasarkan perubahan kurikulum Pendidikan Seni zaman sebelum Merdeka dan selepas Merdeka, sila bincang bersama rakan anda tentang bagaimanakah corak kurikulum Pendidikan Seni Visual pada hari ini yang telah dibentuk? Sediakan esei tidak kurang 1000 patah perkataan secara individu.



1.2



Kurikulum Standard Sekolah Rendah(KSSR)



1.21



Latar belakang



Pembentukan Transkrip Dokumen KSSR 1.



Pembentukan KSSR Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) merupakan satu revolusi dasar Kementerian Pelajaran Malaysia(KPM). Keperluan sistem pendidikan Malaysia sentiasa berubah dan kajian serta resolusi terperinci harus sentiasa dinaik taraf untuk memastikan keberkesanannya. Dasar KSSR ini terhasil daripada kajian terperinci tentang keperluan murid sekolah rendah kini, untuk memastikan supaya mereka terus berkembang seiring dengan kehendak negara Malaysia yang pesat membangun.



Dalam ucapan dasar Y.A.B Perdana Menteri Dato´ Seri Abdullah Ahmad Badawi pada perhimpunan agung UMNO 2006, beliau menuntut supaya sistem pendidikan negara memberikan penekanan kepada empat perkara. Beliau memberi penekanan kepada pembangunan modal insan, penghasilan pelajar celik minda, pembentukan warga yang menguasai ilmu, kemahiran dan maklumat serta program untuk pembangunan akal manusia dalam melahirkan insan Ulul Al-Bab.



Transformasi Kurikulum Kebangsaan bertitik tolak daripada keputusan Mesyuarat Susulan Jemaah Menteri Bil.6/2008 yang dipengerusikan oleh Y.B. Menteri Pelajaran pada 23 Mei 9



PSV 3043 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR/KSSR



2008. Satu usaha penambahbaikan dalam sistem pendidikan negara terutamanya di peringkat sekolah rendah perlu dilaksanakan supaya kurikulum persekolahan memenuhi keperluan dan cabaran semasa serta akan datang. Sehubungan itu, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah melaksanakan satu kajian dan mendapati wujudnya keperluan untuk melakukan transformasi kurikulum sekolah rendah. Transformasi kurikulum sekolah rendah merupakan penyusunan semula dan penambahbaikan kurikulum persekolahan rendah sedia ada. Tujuan transformasi ini adalah untuk memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan dengan Keperluan semasa bagi menghadapi cabaran abad ke 21. Fokus transformasi kurikulum persekolahan rendah adalah kepada kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M), sebaliknya mengambil kira kemahiran penaakulan, kreativiti dan inovasi, Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) serta elemen keusahawanan. Dalam proses transformasi kurikulum persekolahan rendah, KPM telah melakukan penandaarasan dengan kurikulum persekolahan Negara maju bagi memastikan kurikulum persekolahan kebangsaan yang dibangunkan standing dengan pendidikan global. Di samping itu, KPM turut mendapatkan input daripada pelbagai pihak berkepentingan seperti Pertubuhan Bukan Kerajaan, industri, akademik dan ibu bapa. Berdasarkan kepada input-input tersebut maka konsep kurikulum persekolahan rendah berasaskan standard dapat dibangunkan dengan jayanya.



Kurikulum Standard Sekolah Rendah ini telah digubal berdasarkan teras kedua Pelan Induk Pembangunan Pendidikan, yang mana ianya menekankan dasar untuk membangunkan modal insan yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran serta menghayati nilai-nilai murni. Matlamat teras ini adalah untuk memastikan anak bangsa Malaysia sentiasa terpupuk semangat untuk menguasai ilmu pengetahuan, kemahiran dan kompetensi serta menerapkan nilai-nilai murni. Kurikulum kebangsaan perlu dikaji semula bagi memastikan kurikulum yang holistik dan sentiasa relevan bagi melahirkan modal insan yang seimbang yang dapat menangani cabaran semasa dan masa hadapan.



KSSR dilaksanakan secara berperingkat mulai tahun 2011 bermula dengan tahun 1 di semua sekolah rendah seluruh negara. Dasar ini dilancarkan secara berperingkat-peringkat bagi memberi peluang dan masa kepada pelajar serta guru untuk menyesuaikan diri. Bermula pada tahun 1983, satu dasar kurikulum baru telah dilaksanakan. Dasar ini dinamakan sebagai Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dimana ia lebih menekankan kepada komunikasi, manusia dan alam sekeliling serta perkembangan diri individu. Dasar ini banyak 10



PSV 3043 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR/KSSR



menekankan kepada aspek nilai dan teras dalam pelajar. Revolusi kedua dasar pendidikan sekolah rendah ini telah dilakukan pada tahun 1993 yang mana ianya ditukar kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). KBSR ini menggunakan reka bentuk kurikulum linear. Semakan semula telah dibuat pada tahun 2003, untuk mengukuhkan lagi sistem kurikulum pendidikan Malaysia.



Organisasi kurikulum KBSR tertumpu pada mata pelajaran wajib, teras dan tambahan bagi tahap 1 (tahun1, 2, 3) serta tahap 2 (4, 5, 6). Fokus KBSR juga tertumpu pada kemahiran 3M (membaca, menulis dan mengira). Pada tahun 2011, satu rombakan semula telah dilakukan untuk mengenal pasti kelemahan dan meningkatkan lagi kemantapan dasar KBSR yang ditukar menjadi Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Dasar ini menekankan pengajaran modul teras asas, modul teras tema dan modul elektif dalam organisasi kurikulum bagi tahap 1 manakala, mata pelajaran teras dan elektif ditekankan untuk tahap 2. Dasar kurikulum yang baru ini membolehkan pelajar untuk bertindak dengan kreatif serta berinovasi, mempunyai pengetahuan maklumat dalam keusahawanan serta kemahiran dalam IT.



Dasar ini juga membawa penekanan 4M iaitu membaca, mengira, menulis dan menaakul. Dasar ini dilakukan dengan harapan untuk menguatkan lagi penguasaan bahasa melayu dan bahasa Inggeris pelajar. Dasar ini juga lebih condong kepada kemahiran pelajar untuk mentakrif sesuatu dengan menggunakan kemahiran berfikir kreatif secara sendiri. Dasar KSSR ini telah menekankan kepada penggunaan bahasa Inggeris. Tujuan penekanan ini adalah untuk memantapkan lagi penguasaan bahasa inggeris di kalangan murid sekolah rendah. Dasar ini telah menekankan beberapa perkara di dalam silibus pelajaran untuk menambah keberkesanan penggunaan Bahasa Inggeris.



Pembentukan Kurikulum Standard Sekolah Rendah Untuk diselaraskan sesuai dengan teras kedua Pelan Induk Pembangunan Pendidikan(PIPP). Mesyuarat pembentukan pertama pada 23 Mei 2008 oleh Kementerian Pelajaran Malaysia Bermula dengan Kurikulum Baru Sekolah Rendah pada tahun 1983. Penambahbaikkan pada 1993 menyebabkan KBSR ditukar kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah . Semakan semula pada 2003, untuk mengukuh dan menaik taraf Hasil kajian, dasar baru telah digubal dan ditukar kepada Kurikulum Standard Sekolah Rendah(KSSR).



11



PSV 3043 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR/KSSR



Gagasan ke-3 Ucapan Dasar Y.A.B. Perdana Menteri dalam Perhimpunan Agung UMNO 2006 menuntut supaya sistem pendidikan Negara memberi penekanan kepada: Pembangunan modal insan



Penghasilan pelajar celik minda Program membangunkan akal manusia dalam melahirkan insan Ulul al-bab



Pembentukan warga yang menguasai ilmu, kemahiran dan maklumat Bahagian Pembangunan Kurikulum KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA



Kurikulum kebangsaan perlu dikaji semula bagi memastikan kurikulum yang holistik dan sentiasa relevan untuk melahirkan modal insan seimbang yang dapat menangani cabaran semasa dan masa depan



Bahagian Pembangunan Kurikulum KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA



12



PSV 3043 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR/KSSR















Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR)



Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR)



• KBSR (Semakan)



Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)



2011 2003



1993 1983



Bahagian Pembangunan Kurikulum KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA



[ Akta Pendidikan 1996 Peraturan-peraturan (Kurikulum Kebangsaan) Pendidikan 1997 ]



“… SUATU PROGRAM PENDIDIKAN YANG TERMASUK KURIKULUM DAN KEGIATAN KOKURIKULUM YANG MERANGKUMI SEMUA PENGETAHUAN, KEMAHIRAN, NORMA, NILAI, UNSUR KEBUDAYAAN DAN KEPERCAYAAN UNTUK MEMBANTU PERKEMBANGAN SESEORANG MURID DENGAN SEPENUHNYA DARI SEGI JASMANI, ROHANI, MENTAL DAN EMOSI SERTA UNTUK MENANAM DAN MEMPERTINGKATKAN NILAI MORAL YANG DIINGINI DAN UNTUK MENYAMPAIKAN PENGETAHUAN” Bahagian Pembangunan Kurikulum KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA



13



PSV 3043 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR/KSSR



Murid yang seimbang dari segi Warga Negara Bertanggungjawab intelek, rohani, jasmani dan emosi • Berbudi • Berilmu Pengetahuan TERAS PEMBANGUNAN KURIKULUM • Bersatu padu • Berketrampilan • Patriotik • Percaya kepada Tuhan • Falsafah Pendidikan • Adil • Berakhlak Mulia Kebangsaan • Penyayang • Berkeyakinan • Berbakti • Dasar Pendidikan Kebangsaan • Murid yang Berdikari • Wawasan 2020



Global Player • Daya Saing • Daya Tahan • Kemahiran Berkomunikasi • Jati Diri



• Rangka Rancangan Jangka Panjang • Cabaran Abad Ke-21 • Model Baru Ekonomi (MBE) • Teori Pembelajaran • 4 Pillars of Education (UNESCO) • Sumber ilmu yang muktabar



Pekerja Berilmu Inovatif Kreatif Dahagakan Ilmu Menguasai Kemahiran Teknologi Maklumat & Komunikasi • Pencipta Teknologi • Belajar Sepanjang Hayat • • • •



Bahagian Pembangunan Kurikulum KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA



Proses melakukan satu bentuk perubahan yang holistik kepada kurikulum persekolahan sedia ada yang melibatkan perubahan bentuk, organisasi, kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan dan pengurusan kurikulum di sekolah.



Bahagian Pembangunan Kurikulum KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA



14



PSV 3043 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR/KSSR



BAHAN



BENTUK



ORGANISASI



KANDUNGAN



PENGURUSAN KURIKULUM



PENTAKSIRAN



PEDAGOGI



PERUNTUKAN MASA



Bahagian Pembangunan Kurikulum KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA



• Berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan • Berasaskan Prinsip KBSR : Pendekatan Bersepadu



Perkembangan individu secara menyeluruh



Pendidikan yang saksama untuk semua murid



Pendidikan seumur hidup



Bahagian Pembangunan Kurikulum KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA



15



PSV 3043 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR/KSSR



KOMUNIKASI



Kemahiran Asas (Membaca, Menulis & Mengira) Bahasa Matematik



MANUSIA DENGAN ALAM SEKELILINGNYA Kerohanian, Nilai dan Sikap Pendidikan Islam Pendidikan Moral Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan



MURID



PERKEMBANGAN DIRI INDIVIDU Kesenian dan Rekreasi Muzik Seni Visual Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan



Kemanusiaan dan Persekitaran Sains Kajian Tempatan



Kemahiran Hidup Kemahiran Hidup



Bahagian Pembangunan Kurikulum KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA



Bahagian Pembangunan Kurikulum KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA



16



PSV 3043 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR/KSSR



Bahagian Pembangunan Kurikulum KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA



Tahap ll Sekolah Rendah (Tahun 4– 6) Tahap I Sekolah Rendah (Tahun 1–3)



Prasekolah



pengukuhan dan aplikasi 3M dan menaakul, kemahiran asas TMK, perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, sikap dan nilai



penguasaan kemahiran 3M dan menaakul, kemahiran asas TMK, perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, kognitif, sikap dan nilai



perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, kognitif, sahsiah, persediaan ke sekolah rendah serta pendedahan kemahiran 3M dan menaakul



Bahagian Pembangunan Kurikulum KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA



)



17



PSV 3043 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR/KSSR



KSSR digubal berasaskan standard kandungan dan standard pembelajaran Standard Kandungan



Standard Pembelajaran



Penyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.



Satu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan.



Bahagian Pembangunan Kurikulum KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA



18



PSV 3043 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR/KSSR



BIL



MODUL



MASA DALAM SEMINGGU (MINIT) SK SJKC SJKT



MODUL TERAS ASAS 1 2 3 4 5 6 7



Bahasa Malaysia Bahasa Inggeris Bahasa Cina Bahasa Tamil Pendidikan Islam /Pendidikan Moral Pendidikan Jasmani Pendidikan Kesihatan Matematik



360 300



300 150 360



300 150



180 60 30 180



120 60 30 180



360 120 60 30 180



60



60



60



30 60



30 60



30 60



MODUL TERAS TEMA Dunia Kesenian: 8



• Dunia Seni Visual • Dunia Muzik



9



Dunia Sains dan Teknologi



MODUL ELEKTIF 10



B. Arab/BCSK/BTSK//B. Iban/B. Kadazandusun



90



-



-



Perhimpunan



30



30



30



1380



1380



1380



Jumlah Bahagian Pembangunan Kurikulum KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA



BIL



1



2 3 4 5 6 7



8 9



10 11 12 13



MATA PELAJARAN



1



MASA DALAM SEMINGGU (MINIT) SK SJKC SJKT



MATA PELAJARAN TERAS Bahasa Malaysia Bahasa Inggeris Bahasa Cina Bahasa Tamil Matematik Sains Pendidikan Islam/ Pendidikan Moral Pendidikan Jasmani Pendidikan Kesihatan Pend. Seni Visual Pend. Muzik Reka Bentuk & Teknologi/TMK Sejarah MATA PELAJARAN ELEKTIF B. Arab/BCSK/BTSK/B. Iban/B. Kadazandusun/B. Semai Perhimpunan



Jumlah Bahagian Pembangunan Kurikulum KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA



19



300 300 180 120 180 60 30 60 30 60 60



270 150 300 180 120 150 60 30 60 30 60 60



270 150 300 180 120 150 60 30 60 30 60 60



90 30



30



30



1500



1500



1500



PSV 3043 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR/KSSR



Kurikulum Pendidikan Khas terdiri daripada:



Bahagian Pembangunan Kurikulum KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA



Bahan Kurikulum • Dokumen Standard Kurikulum (DSK) • Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP)



Bahan Sokongan Kurikulum • • • • •



Buku Teks Buku Panduan Buku Panduan Buku Panduan Buku Panduan



Pengajaran Kreativiti Keusahawanan TMK



Bahagian Pembangunan Kurikulum KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA



20



PSV 3043 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR/KSSR



Belajar Cara Belajar



Kemahiran Berfikir Dalam P&P



Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai Dalam P&P



Penggunaan TMK



Pembelajaran Masteri



Pembelajaran Akses Kendiri Pembelajaran Secara Kontekstual



Pembelajaran Secara Konstruktivisme



Pengajaran Berasaskan Kajian Masa Depan



Bahagian Pembangunan Kurikulum KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA



Dijalankan secara berterusan untuk mengesan perkembangan dan pencapaian murid dalam pembelajaran



Menggunakan kaedah penilian pelbagai



Bersifat autentik dan holistik



Bahagian Pembangunan Kurikulum KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA



21



PSV 3043 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR/KSSR



Modular berasaskan 6 Tunjang: Linear berasaskan 3 Bidang: Reka Bentuk Kurikulum • Komunikasi • Kerohanian, Sikap & Nilai • Komunikasi • Kemanusiaan • Manusia dan Alam Kelilingnya • Perkembangan Fizikal & Estetika • Perkembangan Diri Individu • Sains dan Teknologi • Keterampilan Diri Sukatan Pelajaran Huraian Sukatan Pelajaran Tahap I (Tahun 1, 2 & 3) dan • Mata pelajaran Teras, Wajib & Tambahan Tahap II (Tahun 4, 5 & 6) • Mata pelajaran Teras, Wajib & Tambahan



3M



(Membaca, Menulis dan Mengira)



Elemen Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif



Bahan Kurikulum



Organisasi Kurikulum



Fokus



Elemen



Dokumen Standard Kurikulum Tahap I (Tahun 1, 2 & 3) • Modul Teras Asas, Modul Teras Tema & Modul Elektif. Tahap II (Tahun 4, 5 & 6) • Mata pelajaran Teras & Elektif



4M



(Membaca, Menulis, Mengira dan Menaakul)



Elemen Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan dan Teknologi Maklumat & Komunikasi (TMK) secara eksplisit



Bahagian Pembangunan Kurikulum KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA



Bahagian Pembangunan Kurikulum KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA



22



PSV 3043 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR/KSSR



Meningkatkan kualiti pendidikan rendah agar lebih relevan dengan cabaran masa kini dan abad ke-21;



Guru memainkan peranan yang penting bagi mengupayakan P&P yang berkesan; dan



Kejayaan transformasi kurikulum memerlukan komitmen menyeluruh daripada semua pihak termasuk penggubal dasar, pengurus kurikulum, ibu bapa serta pihak berkepentingan.



Bahagian Pembangunan Kurikulum KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA



b)



Kemunculan Institusi Seni 1922 – Penubuhan Maktab Perguruan Sultan Idris- Memberi latihan perguruan dan semua wajib mempelajari kesemua mata pelajaran



termasuk lukisan, pertanian



dan pertukangan. Melahirkan tokoh pelukis yang mempunyai ‘sudut pandangan Melayu’ mengetengahkan hal benda tempatan. Antara tokoh seperti Mohd. Said Hj. Hussain dan Idris Hj. Salam.



Antara mata pelajaran: Pekerjaan tangan-kerja membuat raga dianggap paling sesuai kerana: Seni pertukangan asli bahan-bahan mudah didapati. Perkakasan tidak banyak dan mudah, Bahan-bahan untuk kegiatan itu ditanam di sekitar maktab.



1.2



Sukatan Pelajaran Tahun pertama * penuntut dikehendaki menggunakan mengkuang.



Mereka juga dikehendaki mencipta corak-corak baru



dengan menggunakan rotan dan buluh. Tahun Kedua, sambungan kerja tahun pertama. Tahun Ketiga, penggunaan rotan dan buluh dengan lebih meluas.



1.3



1960- Maktab Perguruan Ilmu Khas Kuala Lumpur 23



PSV 3043 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR/KSSR



Dibuka untuk membentuk guru-guru pakar dalam bidang masing-masing antaranya menawarkan kursus Pendidikan seni, Pendidikan jasmani. Selain itu, Pendidikan guru kelas buta dan cacat pendengaran, Kaunseling dan kerjaya, Teknologi Pendidikan dan sebagainya Peter Harris mengendalikan kurikulum Jabatan Pendidikan Seni bagi latihan guru dan antara kakitangan awal MPIK



adalah Syed Ahmad, Jamal, Yeoh Jin Leng, Anthony Lau, Lee



Joo For, Cheong Lai Tong, Jolly Koh. Aspek-aspek kepakaran seni halus, seni grafik dan kraftangan diberi penekanan.



Sukatan mata pelajaran yang ditawarkan adalah seperti Catan, Seni halus, Seni arca, Seni seramik, Seni tekstil (batik), Seni anyaman/tenunan Kursus wajib – lukisan, grafik, sejarah seni, pedagogi pendidikan Seni, Latihan praktikum. Antara guru dan pelukis keluaran MPIK adalah seperti Ahmad Khalid, Redza Piyadasa, Othman Mansur, Ismail Hashim. Bagi guru yang cemerlang akan ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah di luar negara (sekitar -60an).



1.4 1962 -Maktab PerguruanTeknik ditubuhkan melalui Laporan Rahman Talib. Sukatan pelajaran termasuk pertukangan kayu,



logam,



seni



bina



dan



lukisan



teknik



dimasukkan ke dalam kursus seni.



1.5



1967-Institut Teknologi Mara (Universiti Teknologi MARA) Kursus-kursus yang ditawarkan Seni halus, Seni grafik, Seni logam, Seni tekstil, Seni foto, Seni reka fesyen, Seni reka industri, Seni reka



tembikar, Seni reka kasut.



1.6 Uitm juga menawarkan Diploma perguruan untuk guru Pendidikan Seni. Tenaga pengajar seperti Sulaiman Esa, Redza Piyadasa, Chong Kam Kau, Tan Keong Eng dan Joseph Tan. Kakitangan ini telah mengambil alih peranan kakitangan MPIK yang sebelum ini memainkan peranan penting dalam bidang seni lukis avant-garde negara. Mereka telah menanamkan semangat yang memberangsangkan di kalangan pelukis muda serta memupuk kewujudan masyarakat seni secara keseluruhannya pada tahun-tahun



1970-an.Antara pelukis yang mencipta nama ialah Syarifah Fatimah



Syed Zubir, Zakaria Awang, Bayu Utomo, Dzulkifli Buyong dan ramai lagi.



1.7



1971- Universiti Sains Malaysia 24



PSV 3043 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR/KSSR



Di bawah pengajian Ilmu Kemanusiaan yanga menawarkan bidang Seni lakon, Seni Muzik dan Seni Halus. Menawarkan kursus grafik, arca, fotografi, sejarah seni, kritikan seni dan teori-teori seni.



Melahirkan



tokoh-tokoh seperti Ismail Hashim, Zakaria Ali, dan Reza



Piyadasa.



Latihan 2 Berdasarkan kurikulum Pendidikan Seni yang dibuat ke atas institusi-institusi seni yang ditubuhkan pada masa itu, apakah peranan utama yang dimainkan oleh tenaga pengajar terhadap penguasaan kemahiran yang dikuasai oleh pelajar?



2.0



Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni a)



Visual



Matlamat Pendidikan Seni Visual



Rancangan kurikulum Pendidikan Seni Visual sekolah di Malaysia telah disusun semula supaya selaras dengan perkembangan terkini agar dapat mencapai hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Tujuannya untuk melengkapkan kamahiran murid ke aras pencapaian keilmuan yang tinggi dari aspek kesenian, reka bentuk, teknologi, dan alam kehidupan selepas persekolahan.



Kandungan kurikulum digubal dengan memastikan keseimbangan penekanan kepada kandungan sukatan pelajaran Pendidikan Seni Visual, beberapa kemahiran generik, perkembangan potensi diri dan keupayaan diri sebagai seorang murid yang inovatif dan produktif dalam seni visual. Contoh modul yang dihasilkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia adalah menjadi rujukan kepada guruguru di sekolah.



Tiga aspek utama modul telah dikenalpasti iaitu;



1.



Perkembangan nilai diri dan kesediaan menceburi alam



pendidikan



dengan aktif. 2.



Penguasaan kemahiran dan teknologi buatan serta



penghasilan seni



visual. 3.



Perkembangan daya cipta dan nilai seni dan budaya menerusi sejarah dan



apresiasi seni visual. 25



PSV 3043 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR/KSSR



Matlamat mata pelajaran Pendidikan Seni visual Sekolah Rendah adalah untuk melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif dan produktif menerusi pemupukan Asas Seni Visual. Kandungan kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, mayarakat, dan negara, selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.



Celik Budaya/harmonis



Nilai estatik tinggi



Kreatif



Imaginatif



Inovatif



Kritis



Inventif/produktif



Rajah 2.1 :



Matlamat Pendidikan Seni Visual 



Pengertian PSV - Proses penghasilan karya seni dengan melibatkan aspek pemahaman,penghayatan dan kritikan mengenai perasaan estetik dan daya kreativiti melalui imaginasi dan konsepsi murid.







Matlamat mata pelajaran Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah adalah untuk melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif, dan produktif menerusi pemupukan Asas Seni Visual.







Kandungan kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan 26



PSV 3043 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR/KSSR



warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat, dan negara, selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. 



Pendidikan Seni Visual bertujuan memberi peluang kepada murid : -



Memupuk minat



-



Memperkembang keperibadian



-



Memberi kesedaran dan kepekaan terhadap nilai-nilai kesenian dan alam sekitar.



b)



Objektif Pendidikan Seni Visual



Setelah mengikuti Kurikulum Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah murid dapat: 1. Menghargai keindahan alam ciptaan tuhan. 2. Mengetahui bahasa seni visual serta dapat mengaplikasi dalam penghasilan karya. 3. Meningkatkan daya imaginasi dan kreativiti. 4. Menguasai kemahiran asas dalam bidang menggambar, membuat corak dan rekaan, membentuk dan membuat binaan, serta mengenal kraf tradisional. 5. Menggunakan kemudahan teknologi dalam kegiatan penghasilan seni visual. 6. Melibatkan diri dalam kegiatan seni visual secara aktif, kritis, kreatif, inovatif dan menyeronokkan. 7. Memupuk keyakinan diri, nilai kerjasama, dan bertanggungjawab dalam aktiviti seni visual. 8. Mengenal dan menghargai tokoh seni dan budaya tanah air. 9. Menghargai dan membuat apresiasi tentang karya sendiri dan rakan. c)



Organisasi Kurikulum Pendidikan Seni Visual



Organisasi kurikulum merangkumi 4 aspek utama seperti a)



pemerhatian secara aktif



b)



interaksi yang kristis dan kreatif dengan alat



c)



apresiasi Seni Visual secara mudah; dan



b)



menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan



i.



Pemerhatian secara aktif 27



dan bahan



berikut



PSV 3043 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR/KSSR



Aspek ini melibatkan sensitiviti deria. Semasa menyediakan aktiviti, perhatian perlu diberi kepada perkara berikut ; 



Pengetahuan sedia ada murid







Benda yang konkrit







Minat, kecenderungan dan latar belakang murid







Bahan, bunyi, pergerakan, dan aksi; dan Mencetus idea dan imaginasi



ii.



Interaksi yang kristis dan kreatif dengan alat dan bahan



Aspek yang melibatkan penerokaan dan penghasilan atau pembuatan. Aktiviti penerokaan dijalankan sebelum aktiviti penghasilan. Semasa menyediakan aktiviti, anda perlu beri perhatian kepada perkara berikut;



penerokaan - aktiviti kecil mudah ringkas; - cuba mencuba, suaikenal dengan bahan; - mencari alternatif, variasi dan



kemungkinan lain;



- bebas daripada jawapan tetap, murid senang dan ingin mencuba; - aktif melibatkan pelbagai kecerdasan; dan - menggunakan kemahiran berfikir dan



pengurusan grafik



penghasilan/membuat - Penggunaan alat bahan dan teknik. - Tatacara, langkah dan proses membuat. - Amalan tertib kerja. - Keselamatan semasa bekerja dan - Penyampaian kandungan subjek, idea, halbenda dengan bentuk hasil. iii.



Apresiasi Seni Visual secara mudah;



Aspek ini melibatkan penyataan dan unsur afektif, terdapat dua jenis utama aktiviti Apresiasi. Aktiviti yang dirancang khas untuk projek apresiasi dan aktiviti



28



PSV 3043 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR/KSSR



mudah yang dirancang di akhir setiap pelajaran. Semasa menyediakan aktiviti mudah, perhatian perlu diberi kepada perkara berikut ; 



Aspek bahasa yang berkaitan dengan istilah seni seperti sifat garisan, jalinan, warna, ton, rupabentuk dan bentuk;







Aspek bahasa yang berkaitan dengan manipulasi, alat bahan dan teknik;







Penghargaan hasil kerja dan menghormati pembuat karya;







Perasaan, penghargaan dan refleksi diri; dan







Penyerapan pengetahuan dan penerapan nilai yang berkaitan dengan kandungan



iv. 



Menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan



Nilai, idea dan kandungan dikaitkan selanjutnya dengan perkara lain di dalam kegiatan;







Nilai, idea dan kandungan dikaitkan selanjutnya dengan perkara lain di luar kegiatan dalam kehidupan seharian;







Tindakan susulan;







Mbut dihuraikan secara lebih terperinci dalam Huraian Sukatan Pelajaran; dan mencintai alam kehidupan;







Nilai patriotisme dan nilai murni lain;







Kemahiran



perlakuan,



pengetahuan



budaya



dan



perkembangan



persepsi yang terkandung dalam 4 aspek dalam organisasi kandungan tersebut dihuraikan secara lebih terperinci dalam Huraian Sukatan Pelajaran; dan 



Kritikan seni: huraian, analisis, interpretasi, dan penilaian



29



PSV 3043 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR/KSSR



Organisasi Kurikulum



Murid



Pelbagai kegiatan seni visual 4 bidang/modul PENANG FREE SCHOO  MenPENANG FREE SCHOOgajar mata pelajaran seni mengikut dunia pendidikan Mengenal kraf Membuat corak Membentuk dan barat Menggambar tradisional membuat binaan dan rekaan



Memperkembang dan menyelaras persepsi dan konsepsi visual murid untuk menggalakkan pemikiran kritis dan kreatif



Selaras perkembangan peringkat kesediaan dan penerimaan murid dari segi sosioemosi, psikomotor, mental yang merengkumi perasaan, koordinasi, manipulasi dan persepsi visual



Pengetahuan yang dapat dimiliki: *Mengenal bahan,30 alat dan teknik, *Pengetahuan mengenai sumber motif dalam persekitaran, kraf tradisional, unsur seni dan prinsip rekaan, proses pembuatan, kaedah dokumentasi intergrasi maklumat dan aplikasi perisian komputer



PSV 3043 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR/KSSR



Carta 2.2 : Carta Organisasi Kurikulum



31



PSV 3043 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR/KSSR



Carta 2.3: Struktur Kandungan Organisasi Kurikulum PSV



32



PSV 3043 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR/KSSR



3.0



Kepentingan Terhadap Struktur Perubahan Dasar Perkembangan Kurikulum 3.1



Sosial



3.2



Ekonomi



3.3



Politik



3.4



Teknologi Aspek-aspek (Sosial)



(Ekonomi)



(Politik)



(Teknologi)



Senibina



Kraf tangan



Propaganda



Peralatan rumah Pakaian Kebudayaan



Pelancongan Ornamen Promosi edagang Dimensi baru



Isu Tema Nilai sejagat



Perkongsian pintar Peragaan Pengiklanan Penyebaran maklumat Lalu lintas



Kepercayaan/adat istiadat Muzium, galeri, bazar, pasar seni, komplek kraf dan lain-lain.



Kemanusiaan



Jaringan keusahawanan



Latihan 3 Pakar-pakar pendidikan mengakui bahawa sains teknologi dan multimedia boleh merentasi kurikulum. Ertinya, sains teknologi dan multimedia boleh membicarakan bahasa , seni visual, sejarah,geografi,kajian tempatan, matematik, undang-undang, ekonomi dan disiplin lain dari sudut grafiknya. Mohd Johari Ab.Hamid, 2006 Berdasarkan penyataan tersebut, bagaimanakah peranan Teknologi dalam Pendidikan Seni Visual mampu merealisasikan faktor-faktor yang dimaksudkan? Bincangkan hujah anda berdasarkan pengumpulan maklumat melalui inkuiri penemuan.



33



tersebut



PSV 3043 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR/KSSR



4.0



Konsep 5P dalam PSV KBSR



Sinopsis Konsep 5P merupakan aspek penting dalam pengajaran dan pembelajaran kerana melalui proses ini pelajar dapat menyesuaikan maklumat dalam rangsangan serta menghasilkan satu pelajaran yang bersepadu dan menyeluruh serta mengelakkan kebosanan dalam kalangan murid. Konsep 5P terdiri daripada proses penggabungjalinan kemahiran, penyerapan pengetahuan, penerapan nilai murni dan pengayaan. Hasil Pembelajaran



i.



Memahami perkembangan kurikulum Pendidikan Seni Visual(PSV), Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran (HSP) PSV KBSR/KSSR



ii.



Memahami kepentingan perkembangan kurikulum



iii.



Memahami konsep 5P dalam PSV KBSR/KSSR



Kerangka konsep pelaksanaan 5P dalam pengajaran



KONSEP 5P



PENGGABUN G JALINAN KEMAHIRAN DALAM PSV KBSR



PENYERAPAN PENGETAHUAN



PENERAPAN NILAI MURNI



PENGAYAAN



PEMULIHAN



Rajah 4.1 : Kerangka Konsep 5P dalam Pendidikan Seni Visual JALINAN KEMAHIR a) Penggabungjalinan Kemahiran 



Satu proses yang menggabungkan pelbagai bidang kemahiran dalam satu pengajaran dan pembelajaran bagi mewujudkan satu pelajaran yang intergratif dan menyeluruh



34



PSV 3043 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR/KSSR







Penggabungjalinan ini bertujuan untuk membantu murid dalam penguasaan pelbagai kemahiran secara serentak dalam proses pengajaran dan pembelajaran







Terdapat tiga bentuk penggabungjalinan iaitu: i.



Penggabungjalinan pelbagai kemahiran dalam satu mata pelajaran



ii.



Penggabungjalinan kemahiran daripada mata pelajaran lain



iii.



Penggabungjalinan kemahiran merentas kurikulum



b) Penyerapan Pengetahuan 



Penyerapan



pengetahuan



adalah



proses



menyebati



dan



menyatupadukan



pengetahuan atau unsure isi pengetahuan daripada suatu matapelajaran lain ke dalam isi pelajaran bagi satu mata pelajaran yang diajar 



Kelebihan penyerapan pengetahuan dalam Pendidikan Seni Visual ialah aktiviti pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik walaupun tajuk yang hendak dipelajari pada asalnya bersifat sebaliknya







Kelebihan kedua ialah meningkatkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran psv lebih produktif dan efektif. Kelebihan seterusnya ialah pemilihan isi pengetahuan yang menarik daripada mata pelajaran lain, murid menjadi lebih ceria, bersemangat dan progresif







Murid-murid menjadi lebih faham dengan sesuatu yang dipelajarinya dengan penyerapan, hubung kait dengan pengetahuan dari mata pelajaran lain







Guru boleh menambahkan pengetahuan pelajar dengan menceritakan serba sedikit mengenai sejarah seni visual serta tokoh-tokoh terkenal dalam seni. Oleh itu, guru bukanlah semata-mata mengajar kemahiran-kemahiran melukis dan mewarna sahaja.



PENERAPAN NILAI-NILAI MURNI 



PENDEKATAN IMPLISIT – Pendekatan implicit seperti guru-guru secara tidak langsung menerapkan sesuatu nilai







PENDEKATAN EKSPLISIT – Mengadakan suatu peraturan, arahan dan sebagainya yang bertulis tentang sesuaru perkara



PENGAYAAN



35



PSV 3043 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR/KSSR







Pengayaan adalah satu aktiviti yang lebih mencabar kebolehan pelajar di samping menambah minat dan pengalaman yang dapat membantu pelajar ke arah perkembangan dan bakat diri







Pengayaan juga dapat membuatkan pelajar berminat untuk belajar sendiri dan mempunyai sifat berdikari bagi membolehkan mereka meneruskan pembelajaran seumur hidup serta melahirkan daya kreativiti menerusi pemikiran dan kebolehan untuk menilai kerja mereka sendiri







Aktiviti pengayaan juga dapat membuka peluang kepada pelajar untuk mengembang minat, daya kreativiti, sifat ingin tahu, bakat kepimpinan serta dapat melibatkan diri dalam membuat keputusan untuk diri, kumpulan dan juga masyarakat.







Aktiviti tersebut haruslah mencabar serta menguji kemahiran pelajar supaya pelajar dapat melahirkan daya kreativiti tersendiri



5.0



Konsep Integrasi dalam Pendidikan Seni Visual



Program intergrasi merupakan satu program yang amat popular di luar negara khususnya Amerika Syarikat yang mana telah dimulakan pada tahun 1900 an. Pada ketika itu penekanan pada mata pelajaran sains telah mula diintegrasikan dengan mata pelajaran. Ini adalah disebabkan kerana dia telah mengganggap sains adalah asas dalam kehidupan seharian rakyatnya. Kemudian daripada itu terdapat juga perkara-perkara dan mata pelajaran lain diintegrasikan ke dalam kurikulum disekolahsekolah. Dengan dapat dibuat secara kesimpulan bahawa konsep intergrasi dalam kurikulum adalah diamalkan dengan secara meluas dikebanyakan pelajar negaranegara maju.



Bagi pendidik, kebanyakannya menggunakan konsep dan makna pengintergrasian dari pelbagai sudut antaranya sudut psikologi, sosiologi dan pedagogi. Intergrasi dari sudut psikologi sentiasa berkait rapat dengan personaliti total dimana ini bermaksud bahawa individu itu adalah insan total dan segala unsur perkembangan pelajar yang mengandungi aspek-aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial sentiasa berkait rapat dan saling bergantung antara satu sama lain.



36



PSV 3043 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR/KSSR



Dari sudut sosiologi, intergrasi mempunyai lebih daripada satu makna. Pertama, ia boleh dilihat dari sudut perhubungan antara personaliti seperti antara seseorang pelajar dengan seseorang pelajar, dan antara pelajar dengan guru. Kedua, perlu ada rasa keinginan yang terjalin dalam perhubungan antara individu dengan pelbagai agensi masyarakat dan akhir sekali harus ada pengiktirafan terhadap perhubungan antara pelbagai institusi masyarakat itu. Manakala dari sudut pedagogi, intergrasi melibatkan kaedah dan teknik mengajar yang meliputi pelbagai isi pelajaran dan kemahiran melalui unit pembelajaran dan bidang pelajaran yang khusus untuk tujuan membantu dalam pendekatan menyelesaikan masalah sebagai satu cara belajar.



a)



Empat jenis integrasi yang boleh dijalankan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P)



Terdapat pelbagai cara intergrasi dijalankan dalam pengajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). Dalam KBSR, penegasan yang berkesan sangat dititikberatkan bagi mempastikan kejayaan proses pembelajaran pelajar. Bagi mencapai hasrat dalam falsafah, matlamat dan objektif pendidikan kebangsaan beberapa kaedah perlu diguna pakai dalam proses pengajaran antaranya ialah konsep intergrasi. Dalam KBSR juga konsep integrasi lebih dikenali sebagai kesepaduan. Untuk itu konsep bersepadu dalam KBSR/KSSR membawa maksud bahawa penguasaan ilmu pengetahuan, kemahiran, bahasa dan pemupukan nilai-nilai murni dilakukan secara intergrasi dan menyeluruh. Ini kerana dalam KBSR/KSSR pendidikan adalah bagi pembangunan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Untuk itu beberapa konsep perlu ditegaskan sebagai asas dalam proses P&P KBSR/KSSR yang mengandungi aspek. Antara jenis-jenis intergrasi yang boleh dijalankan dalam P&P ialah :



i)



Penggabungjalinan Bermaksud sebagai proses mengintegrasikan pelbagai bidang kemahiran bagi mewujudkan suatu pelajaran yang integratif dan menyeluruh.



Melalui



strategi penggabungjalinan ini berbagai-bagai kemahiran dalam



sesuatu



pelajaran disampaikan secara harmoni dan bersepadu, sama ada dalam satu mata pelajaran atau beberapa mata pelajaran.



37



PSV 3043 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR/KSSR



Strategi penggabungjalinan kemahiran ini akan melahirkan aktiviti P&P yang menarik dan bermakna serta menimbulkan suasana proses P&P yang lebih berkesan.



Penggunaan



strategi ini membolehkan



pelajar berpeluang



menguasai beberapa kemahiran yang berkaitan dengan cara bersepadu.



Teknik pengajaran yang digunakan seharusnya sesuai dengan perkembangan diri dan kebolehan murid-murid supaya pembelajaran itu adalah menarik, berkesan, dan bermakna. Dalam menggunakan teknik-teknik yang sedemikian, guru-guru digalakkan menjalankan pelbagai kegiatan dan menggunakan bahan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai mengikut kebolehan, keupayaan, bakat, dan minat murid-murid.



Strategi penggabungjalinan ini memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui proses penggabungjalinan ini beberapa kemahiran dapat dikuasai serentak dan cara ini juga dapat mengelakkan rasa bosan dalam proses pembelajaran. Kemahiran-kemahiran boleh digabungjalinkan sama ada kemahiran-kemahiran yang terdapat dalam satu mata pelajaran atau kemahiran-kemahiran daripada satu mata pelajaran yang digabungjalinkan dengan lain-lain mata pelajaran.



Jenis-jenis Penggabungjalinan : Penggabungjalinan sebagai yang berlangsung dalam aktiviti P&P boleh dilihat daripada tiga sudut seperti : 



Penggunaan pelbagai kemahiran dalam satu mata Pelajaran







Penggabung jalinan kemahiran daripada mata pelajaran lain ke dalam sesuatu mata pelajaran







Penggabungjalinan kemahiran secara merentas Kurikulum.



Contoh Aktiviti dalam P&P



Mata Pelajaran



:



Matematik (Tahun2)



Topik



:



Nombor Bulat 0 Sehingga 100



Kemahiran



:



Menolak sebarang nombor bulat 0



sehingga 100



38



PSV 3043 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR/KSSR



Pengintegrasian Bidang Seni Dalam Pendidikan (Penggabungjalinan)



Muzik



:



Nyanyian lagu ‘Sepuluh Budak Hitam’.



Bagi menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih seronok dan difahami, guru telah menggabungjalinkan seni dalam pendidikan yang merangkumi bidang seni muzik dalam tajuk mata pelajaran yang diajar.



Dalam mata pelajaran Matematik, guru memilih untuk menggunakan cara penggabungjalinan bidang seni muzik dengan memilih lagu rakyat “Sepuluh Budak Hitam” untuk operasi menolak nombor bulat. Guru



menyanyikan lagu tersebut sendirian



dengan diiringi muzik dan meminta murid mendengar dengar teliti. Seterusnya meminta murid menyatakan operasi apakah yang digunakan dalam lirik lagu tersebut. Contohnya lirik : “Sepuluh budak hitam main tepi kolam, seorang tergelincir tinggal lagi Sembilan”.



Aktiviti ini boleh dilakukan semasa set induksi sesuatu pengajaran. Antara contoh lagu kanak-kanak yang boleh dijadikan bahan adalah seperti berikut:



Diamlah wahai adik Papaku pulang dari kota Telefon berbunyi Sepuluh botol kicap Silly billy Satu pagi saya ke sekolah



ii)



Penyerapan



Penyerapan ialah proses menyebati dan menyatupadukan pengetahuan atau unsur isi pengetahuan daripada suatu mata pelajaran lain ke dalam isi pengajaran bagi sesuatu mata pelajaran yang diajar. Proses penyerapan lebih kepada unsur-unsur isi kandungan daripada dua atau lebih mata pelajaran dalam sesuatu pelajaran. Contohnya, daripada mata pelajaran sains guru akan mengambil petikan atau artikel sains bagi aktiviti bacaan dan kefahaman



39



PSV 3043 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR/KSSR



dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Dengan ini pelajar akan memperolehi ilmu pengetahuan sains semasa mempelajari kemahiran mata pelajaran Bahasa Melayu. Ciri-ciri Penyerapan :



i.



Ia mengandungi beberapa unsur ilmu pengatahuan daripada berbagai-bagai pelajaran.



ii.



Unsur-unsur ilmu pengetahuan ini diserapkan secara bersepadu dalam satu mata pelajaran



iii.



Bilangan mata pelajaran yang boleh digunakan dalam proses penyerapan adalah fleksibel.



iv.



Organisasi unsur-unsur isi kandungan bergantung kepada unsur utama dan unsur sampingan. Walau bagaimanapun, unsur utama tetapt diberi penekanan yang lebih.



v.



Proses penyerapan berlaku secara serentak dengan proses penggabungjalinan. Unsurunsur isi kandungan boleh diserapkan ke dalam aktiviti penggabungjalinan berbagaibagai kemahiran seperti membaca, menulis dan mengira. Contoh Aktiviti dalam P&P Subject



:



Science Year 5



Topic



:



Investigating Living Thing



Unit 1



:



Lesson 2- Friends or Foes



Penyerapan Bahasa Inggeris



:



Kemahiran Membaca



Daripada mata pelajaran sains guru akan mengambil petikan atau artikel sains bagi aktiviti bacaan dan kefahaman dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris.Dengan ini pelajar akan memperolehi ilmu pengetahuan sains semasa mempelajari kemahiran mata pelajaran Bahasa Inggeris Contoh petikan : “ Tapai is a popular food in Malaysia. It is made from glutinous rice or tapioca. Yeast is added to make tapai”. Pengajaran ini dijalankan semasa langkah pertama iaitu menerangkan isi kandungan topic yang akan dijalankan.



iii)



Penerapan Konsep penerapan membawa maksud sebagai satu proses menerapkan nila-nilai dalam pelaksanaan kurikulum dan gerak kerja kokurikulum. Nilai-nilai yang dimaksudkan ialah 40



PSV 3043 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR/KSSR



nilai-nilai murni, nilai kemanusian,



ketuhanan dan sebagainya. Penerapan nilai akan



berlangsung melalui dua pendekatan iaitu :



i.



Pendekatan implisit Guru secara tidak langsung menerapkan sesuatu nilai. Segala perlakuan guru diperhatikan oleh kanak-kanak



dan akan dihayati serta akan menjadi ikutan oleh kanak-kanak.



Tindakan menyokong dan memberi pujian `



kepada



pelajar



secara



tidak



langsung



menyedarkan pelajar untuk menerima sesuatu nilai yang positif itu.



ii.



Pendekatan eksplisit



Pendekatan ini bermaksud dengan mengadakan suatu peraturan, arahan, pekeliling dan sebagainya yang bertulis tentang sesuatu perkara yang diharapkan dan tidak diharapkan. Oleh yang demikian, penerapan secara eksplisit adalah lebih terancang, bermatlamat, dan cara pelaksanaannya serta penilaiannya yang jelas.



Contoh Aktiviti Dalam P&P Mata Pelajaran



:



Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan



Tahun



:



4



Topik



:



Pengurusan Diri



Sub Topik



:



Jaga Kebersihan Diri



Penerapan Dalam mata pelajaran kajian tempatan, guru boleh menerapakan pendekatan implisit dan pendekatan eksplisit. Contohnya dalam topik pengurusan diri, cara menjaga kebersihan. Guru perlu bersedia terlebih dahulu dengan berpakaian kemas, berbau harum, dan sentiasa berada dalam keadaan segar. Ini menjadi contoh yang terbaik untuk para pelajar mengikut tingkah laku yang sihat terhadap gurunya.



Selain itu, guru boleh menetapkan peraturan atau langkah-langkah yang perlu diikuti oleh pelajar untuk pengurusan diri di rumah. Contohnya, bangun pagi dengan gosok gigi,mandi,menyikat rambut dan berpakaian kemas. Segala pendekatan terkandung dalam aktiviti tersebut.



41



PSV 3043 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR/KSSR



iv) Pemulihan Satu lagi aktiviti dalam jenis integrasi adalah aktiviti pemulihan. Pemulihan adalah satu aktiviti yang secara khusus bertujuan untuk membantu pelajar yang mengalami masalah pembelajaran yang tertentu khususnya dalam kemahiran asas 3M. Aktiviti ini memerlukan perancangan yang betul untuk membantu murid mengatasi masalah pembelajaran dari segi pengetahuan dan kemahiran. Dalam



merancangkan



aktiviti



pemulihan,



beberapa



perkara atau aspek harus diambil kira iaitu:



i.



Tumpuan kepada kelemahan murid yang telah dikesan contohnya melalui ujian diagnostik. Guru akan dapat mengenal pasti di mana kelemahan murid secara lebih tepat seperti kelemahan mengeja suku kata KVKKV. Maka guru seharusnya merancang untuk menambahbaikan masalah tersebut.



ii.



Pengajaran dan pembelajaran murid perlu diubahsuai dan dipelbagaikan mengikut keperluan kognisi murid. Bermaksud murid yang telah dikenalpasti memerlukan aktiviti pemulihan seharusnya diberikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang lebih sesuai dengan tahap pemikiran mereka atau lebih mudah dikatakan aras yang lebih mudah supaya murid senang memahami apa yang murid tidak faham pada pelajaran lalu.



iii.



Penggunaan pelbagai jenis bahan bantu mengajar



termasuk bahan bercetak dan



bahan elektronik untuk membantu murid memahami dan menguasai hasil pembelajaran. Ini penting untuk memastikan aktiviti pemulihan yang dijalankan akan lebih berjaya dengan adanya lebih bahan Bantu mengajar yang sesuai dan dipastikan berkesan. Selepas aktiviti pemulihan, pasca ujian dijalankan secar pemerhatian, lisan atau bertulis. Pasca ujian ini haruslah menekankan penguasaan konsep atau kemahiran yang perlu dikuasai.



Contoh Aktiviti Dalam P&P



Mata Pelajaran



:



Kajian Tempatan Tahun 5



Topik



:



Geografi Fizikal



Sub Topik



:



Tumbuh-tumbuhan semula jadi dan hidupan liar



Pemulihan Aktiviti pemulihan boleh dilaksanakan semasa langkah 3 pengajaran dan pembelajaran.Guru telah mengenal pasti pelajar yang lemah dan 42



kemahiran yang tidak dapat dikuasai pelajar.



PSV 3043 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR/KSSR



Contohnya kemahiran membanding beza habitat haiwan yang tinggal di hutan hujan tropika dengan hutan paya, guru boleh mencipta animasi pergerakan binatang serta bunyi-bunyian. Pembelajaran yang menyeronokan menarik minat serta mengukuhkan pemahaman pelajar. Gerak kerja dilakukan secara individu sehingga pelajar tersebut memahami perbezaan habitat haiwan yang tinggal di tempat yang berbeza. Pengintegrasian akan tercipta dengan gabungan visual, muzik dan pergerakan binatang tersebut. Ini member kesan yang baik dalam aktiviti pemulihan pelajar.



Integrasi mempunyai banyak kelebihan yang ketara seperti ia mempunyai kepelbagaian dan keseragaman aktiviti dalam bentuk unit-unit kerja. Integrasi juga akan memberi ruang untuk menampung kepelbagaian akitiviti seni dalam pendidikan dan seterusnya integrasi mempunyai ruang untuk menampung skop perpaduan yang luas. Integrasi juga seharusnya dinilai supaya ia masih berada dalam landasan yang



betul.



Penilaian bagi pendekatan integrasi terbahagi kepada dua iaitu Penilaian Formatif dan Penilaian Sumatif. Penilaian Formatif berlaku secara berterusan semasa pengajaran dan pembelajaran sedang berjalan. Penilaian Sumatif pula



dijalankan setelah satu



tempoh pembelajaran tertentu, contohnya setelah satu semester, satu penggal, setengah tahun atau satu tahun penilaian akan dilakukan. Penilaian ini akan mengukur pencapaian terhadap objektif yang lebih luas meliputi keseluruhan tajuk yang diajar dalam satu jangka waktu tertentu yang lebih panjang.



Latihan 4



Pendekatan Pembelajaran Kajian Masa Depan dapat mencungkil potensi murid ke arah penciptaan yang lebih bersifat futuristik. Bincangkan RPH pembelajaran Kajian Masa Depan dengan menerapkan nilai-nilai intergrasi yang merentasi kurikulum bagi merealisasikan kereta hyro tanpa petrol dalam bidang Membentuk dan Membuat Binaan menerusi mata pelajaran Pendidikan Seni Visual? Buat satu Rancangan Pelajaran Harian Pendidikan Seni Visual Tahun 6.



43