15 0 2 MB
"Sesunguhnya solat itu adalah satu ketetapan ke atas orang yang beriman yang tertentu waktunya " ayat 103 : Surah An-Nisa'
Pengertian Solat
Solat = Doa Solat ialah ucapan dan perbuatan yang dimulai dengan takbir dan di sudahi dengan salam dengan syarat-syarat tertentu.
Hukum solat fardu: wajib ke atas individu yang mukallaf.
Pengertian Syarat Wajib & Syarat Sah Syarat Wajib • Syarat wajib ialah sesuatu yang bergantung kepadanya ketentuan wajib atau tidaknya sembahyang ke atas seseorang.
Syarat Sah • Syarat sah ialah syarat yang menentukan kesahihan sesuatu sembahyang atau dengan kata lain kesahihan sesuatu sembahyang bergantung kepadanya.
SYARAT WAJIB SOLAT -BBALIGH
-S-
-I-
SUCI
ISLAM
-ABERAKAL
B - BALIGH
Baligh = mencapai had umur yang mewajibkan seseorang melaksanakan semua tuntutan ibadat wajib ke atasnya.
Contoh ibadah wajib:
Tanda-tanda baligh:
1. 2. 3. 4.
Solat fardu 5 waktu. Puasa di bulan Ramadan. Zakat Haji bagi yang mampu.
TANDA BALIGH BAGI LELAKI
TANDA BALIGH BAGI PEREMPUAN
Ihtilam (mimpi basah)
Haid (datang bulan)
Tumbuh rambut kemaluan
Tumbuh rambut kemaluan, dan berlaku perubahan pada fizikal badan
Cukup umur (15 tahun)
Cukup umur (15 tahun)
I - Islam
Muslim yang mengucap 2 kalimah syahadah.
Tidak wajib bagi orang yang bukan Islam.
Tidak wajib ke atas orang yang murtad.
A - Berakal
Mempunyai fikiran yang waras dan boleh membezakan antara yang baik dan buruk. Solat tidak wajib kepada seseorang yang dilahirkan dengan akal yang tidak sempurna seperti: 1. 2. 3. 4.
Gila Kecacatan otak Pengsan Koma
S – Suci Iaitu
suci daripada haid dan nifas.
Wanita
yang didatangi haid dan nifas, tidak wajib solat ke atasnya sehinggalah dia mengangkat hadas besar (mandi wajib).
SYARAT SAH SOLAT W
S
B
A
K
• Yakin masuk waktu solat. • Suci daripada hadas besar dan hadas kecil. • Anggota badan, pakaian dan tempat bersih daripada najis. • Menutup aurat dengan sempurna. • Menghadap ke arah kiblat.
WAKTU SOLAT SOLAT
WAKTU MASUK
WAKTU AKHIR
Subuh
Terbit fajar sadiq
Terbit matahari
Zohor
Gelincir matahari ke arah barat (bayang sesuatu benda berada di sebelah timur)
Bayang-bayang benda menjadi lebih panjang daripada asalnya.
Asar
Bayang-bayang benda menjadi lebih panjang daripada asalnya.
Terbenam seluruh bulatan matahari. Ada cahaya merah di kaki langit.
Maghrib
Terbenam seluruh bulatan matahari. Ada cahaya merah di kaki langit.
Hilang cahaya merah di kaki langit.
Isyak
Hilang cahaya merah di kaki Terbit fajar sadiq. langit.
PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN SOLAT 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11.
Meninggalkan salah satu rukun solat. Bercakap dgn sengaja. Berhadas kecil @ besar. Terkena najis pada pakaian @ badan. Terbuka aurat dgn sengaja. Ketawa mengeluarkan suara. Berubah niat. Makan @ minum dgn sengaja. Bergerak 3 kali berturut-turut. Berpaling dada dari arah kiblat. Murtad.
RUKUN SOLAT
PERKARA-PERKARA SUNAT DALAM SOLAT SUNAT AB’AD – Perkara sunat yang sangat dituntut dan diberi pahala jika melakukannya. Jika tertinggal, tidak membatalkan solat, tetapi SUNAT diganti dgn SUJUD SAHWI. Ia terdiri daripada: a) Membaca tasyahud awal b) Duduk membaca tasyahud awal c) Selawat ke atas nabi selepas membaca tasyahud awal d) ke atas nabi selepas membaca tasyahud akhir e) membaca Qunut. f) Berdiri ketika membaca Qunut. g) Selawat ke atas nabi selepas membaca Qunut. h) Selawat ke atas keluarga nabi selepas membaca Qunut.
PERKARA-PERKARA SUNAT DALAM SOLAT SUNAT HAIAT - Perkara sunat yang sangat dituntut dan diberi pahala jika melakukannya. Jika tertinggal, tidak membatalkan solat. Ia terdiri daripada: a) Membaca doa Iftitah. b) Membaca Ta’awuz. c) Mengucap Amin selepas membaca al-Fatihah. d) Mengucap takbir ketika hendak rukuk. e) Membaca tasbih ketika rukuk, iktidal dan sujud f) Mengangkat tangan hingga ke telinga ketika takbiratul ihram g) Meletakkan tapak tangan kanan ke atas tangan kiri h) Membaca ayat al-Quran selepas membaca al-Fatihah i) Membaca doa ketika duduk di antara 2 sujud j) Berpaling muka ke kanan dan kiri ketika memberi salam
Semua gambar adalah hakmilik penerbit asal nota kecil BESTARI SOLAT: GENG PINTAR SOLAT http://munimontel.blogspot.com/201 0/12/jom-solat-1-solat-fardhu.html