Penulisan Laporan [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

FKIK3013 – FIQH KEKELUARGAAN ISLAM



PENULISAN LAPORAN 1.0



PENGENALAN



Agama Islam yang di bawa oleh Nabi Muhammad S.A.W telah memberi suatu perubahan dan impak yang besar dalam sejarah kehidupan manusia sama ada dari segi pegangan, akhlak, dan peraturan hidup. Islam telah menggariskan peraturan untuk manusia yang bertujuan menjadi pedoman bagi membina masyarakat kemanusian yang baru, yang berbeza dengan masyarakat jahiliyah dan agama-agama lain dengan berpandukan Al – Quran dan Hadis. Agama Islam dikatakan “A way of Life“ kerana merangkumi semua aspek dan hal dalam kehidupan manusia termasuklah dalam soal berumahtangga.



Hal ini terbukti melalui



potongan ayat Al – Quran dalam surah Al – Zaariyat ayat 49 iaitu;



‫تذ َّك ُرون لعلَّ ُك ْم ز ْوجي ِْن خل ْقنا ش ْىء ُك ِل و ِمن‬ Yang bermaksud: “Dan segala sesuatu kami jadikan berpasang-pasangan, supaya kamu mengingat kebesaran Allah S.W.T.” melalui ayat ini telah menunjukkan bahawa setiap yang dijadikan di dunia ini telah mempunyai pasangan – pasangan mereka yang tersendiri agar manusia sentiasa merendah diri dan bersyukur dengan kebesaran Allah S.W.T. Oleh itu, manusia digalakkan berkahwin dengan jalan Islam yang betul bagi mendapatkan keberkatan dari Yang Maha Esa. Pada 26 Jun 2018 telah berlangsung suatu Kursus Kekeluargaan Islam yang bertempat di Dewan Auditiorium TESL, IPG Kampus Ilmu Khas. Kursus ini mempunyai dua slot iaitu yang pertama Prosedur Perkahwinan dan Prosedur Penceraian dan slot kedua iaitu Bentuk Kesalahan di Bawah Enakmen Undang - Undang Keluarga Islam. Kursus tersebut telah disertai oleh Siswa Guru Semester lima dan tujuh IPG Kampus Ilmu Khas dan IPG Bahasa Melayu yang mengambil elektif Fiqh dan Kekeluargaan Islam. Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan yang lebih mendalam kepada Siswa Guru mengenai prosedur – prosedur perkahwinan dan penceraian serta bentuk kesalahan di bawah Enakmen Undang – Undang Keluarga Islam. 2.0



SLOT PERTAMA



Slot pertama yang bertajuk Prosedur Perkahwinan dan Prosedur Penceraian dalam Islam telah disampaikan oleh Ustaz Zaradi Bin Sudin yang merupakan Pensyarah Jabatan Pendidikan Islam dan Moral IPG Kampus Ilmu Khas.



Beliau menerangkan prosedur



perkahwinan dan penceraian yang telah digariskan dalam Enakmen Undang - Undang Keluarga Islam digunakan selaras di semua negeri - negeri di Malaysia. Pada permulaan slot,



1



FKIK3013 – FIQH KEKELUARGAAN ISLAM Ustaz Zaradi memaparkan sepotong ayat Al – Quran dari Surah An – Nur ayat 32 yang berbunyi;



۟ ُ‫َم أن َ ِعبا ِد ُك أم َو ِإمآئِ ُك أمََۚإِنَي ُكون‬ ۟ ‫وَأن ِك ُح‬ ‫وا أ‬ َ‫ٱّللُ ََٰو ِس ٌع‬ ََ ‫وا َفُقرآء َيُ أغنِ ِه ُم‬ ‫َمنَف أ‬ ِ ُ‫َٱّلل‬ ِ ‫ص ِل ِحين‬ ِ ‫َٱْل َٰيم َٰى‬ َ ‫ض ِل ِهۦََۗو‬ َ َٰ ‫َمن ُك أم َوٱل‬ ﴾٣٢﴿َ‫ع ِلي ٌَم‬ Yang bermaksud: “Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya – pemberian-Nya), lagi Maha Mengetahui.” Ayat tersebut menunjukkan bahawa adanya galakkan berkahwin dalam agama Islam kerana perkahwinan dianggap sebagai suatu pintu rezeki bagi sesebuah pasangan. Di Malaysia, pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga perlu mengikut beberapa prosedur yang telah ditetapkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Prosedur pertama adalah dengan mengikuti Kursus Pra Perkahwinan Modul Bersepadu Kursus Pra Perkahwinan Islam (MBKPPI) yang kebiasaanya berlangsung selama 2 hari bertujuan untuk memberi pendedahan kepada bakal pasangan mengenai hal – hal rumah tangga seperti asas pembinaan insan, pengurusan keluarga dan pengurusan masalah dalam keluarga. Mereka yang menyertai kursus ini akan diberikan Sijil Kursus Pra Perkahwinan MBKPPI yang diiktiraf oleh JAKIM. Prosedur yang kedua ialah menjalani saringan HIV di klinik kesihatan kerajaan. Permohonan Kebenaran Berkahwin yang telah mendapat pengesahan dari Penolong Pendaftar hendaklah dihantar semula ke Jabatan Agama Islam ditempat masing-masing bersama dengan keputusan Ujian Saringan HIV yang telah disahkan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan.



Sekiranya keputusan ujian adalah negatif, proses permohonan kebenaran



berkahwin akan diteruskan. Namun, sekiranya keputusan HIV adalah positif pemohon perlu menjalani beberapa prosedur lain sehingga melayakkan beliau untuk mendapatkan kebenaran berkahwin seperti menjalani sesi khidmat nasihat di Jabatan Agama sebelum meneruskan permohonan kebenaran berkahwin. Keputusan saringan HIV ini hanya sah selama enam bulan dari tempoh keputusan saringan tersebut dijalankan. Prosedur ketiga pasangan tersebut perlu mengisi borang permohonan perkahwinan secara online atau mengambil borang di kaunter jataban islam negeri masing – masing. Penolong pendaftar bertanggungjawab untuk memasitkan bahawa pemohon yang membuat permohonan kebenaran berkahwin tinggal atau bermastautin di Kawasan tersebut. Penolong Pendaftar hendaklah memastikan borang permohonan kebenaran berkahwin dilampirkan bersama dokumen-dokumen berkaitan seperti salinan Sijil Kelahiran, salinan Kad 2



FKIK3013 – FIQH KEKELUARGAAN ISLAM Pengenalan, Sijil Kursus Pra Perkahwinan MBKPPI, keputusan Saringan HIV kedua-dua bakal pengantin, Surat akuan teruna yang dikeluarkan oleh majikannnya atau surat akuan sumpah teruna sekiranya beliau tidak mempunyai majikan jika pemohon seorang lelaki, Surat perakuan cerai jika pemohon bercerai hidup, Surat perakuan mati jika pemohon bercerai mati, Surat akuan memeluk agama Islam jika beliau seorang mualaf, Surat kebenaran daripada Jabatan polis jika pemohon anggota polis, Surat kebenaran dari Angkatan Tentera jika pemohon anggota tentera. Pemohon perlu mendapatkan kebenaran untuk berkahwin selewat – lewatnya tujuh hari sebelum tarikh pernikahannya. Pendaftar pula perlu mengeluarkan surat kebenaran berkahwin sekurang – kurang 90 hari pada tarikh tesebut dikeluarkan. Prosedur seterusnya adalah bagi proses akad nikah.



Pendaftar hendaklah



memastikan akad nikah dilangsungkan dalam kariah di mana perempuan itu tinggal atau bermastautin. Pendaftar boleh memberi kebenaran akad nikah dilangsungkan di tempat lain. Pendaftar perlu memastikan majlis akad nikah dilangsungkan oleh wali di hadapan Pendaftar, wakil wali di hadapan dan dengan kebenaran Pendaftar, Pendaftar sendiri sebagai wakil wali, atau Pendaftar sebagai Wali Raja (Hakim) bagi perempuan yang tidak ada wali nasab atau wali enggan. Perkahwinan tersebut perlu didaftarkan di dalam negeri atau di luar negeri. Jika mereka berkahwin dalam negeri Selangor, mereka perlu mendaftarkan pernikahan mereka di bawah Jabatan Islam Negeri Selangor.



Selepas upacara nikah Pendaftar hendaklah



mendaftarkan perkahwinan tersebut dengan segera sebagaimana yang ditetapkan oleh undang- undang yang sedia ada. Pendaftar hendaklah mengeluarkan Surat Akuan Nikah dalam tempoh tiga puluh (30) hari dari tarikh pendaftaran perkahwinan. Akan tetapi, jika pasangan tersebut bernikah di luar negeri, Pendaftar hendaklah memastikan bahawa permohonan pendaftaran bagi perkahwinan yang dilangsungkan di luar negeri hanya bagi perkahwinan yang tidak dibuat di Kedutaan atau oleh Pendaftar yang dilantik. Selepas menerangkan prosedur perkahwinan dengan teliti dan jelas, penceramah menerangkan pula mengenai prosedur penceraian. Penceraian berlaku apabila suami dan isteri mempunyai masalah rumah tanggan dan mengambil jalan penyelesaian dengan cara membubarkan perkahwinan.



Pembubaran perkahwinan boleh berlaku disebabkan talaq,



khuluk, fasakh, dan li’an. Penceraian suami isteri biasanya adalah melibatkan talaq. Allah telah berfirman dalam Surah Al – Baqarah ayat 229 iaitu; َ َ‫ََّللاََِۖفإ ِ أن‬ َ ‫انََۗوَلَيحِ ُّلَل ُك أمَأ أنَتأ أ ُخذُواَمِ َماَآتأَيت ُ ُموه َُنَش أيئًاَ ِإ ََلَأ أنَيخافاَأ ََلَيُقِيماَ ُحدُود‬ ٍ ‫انََۖفإ ِ أمساكٌ َبِم أع ُروفٍ َأ أوَتس ِأري ٌحَبِإِحأ س‬ ِ ‫الطَل ُقَم َرت‬ َٰ ُ ‫ََّللاَِفأ‬ َ ‫ولئِكَ ُه ُم‬ َ‫َالظا ِل ُمون‬ َ ‫ََُّللاَِفَلَت أعتَدُوهاََۚوم أنَيتعدََ ُحدُود‬ َ ‫ََّللاَِفَلَ ُجناحَعل أي ِهماَفِيماَا أفتدتأ َبِ ِهََۗت أِلكَ ُحدُود‬ َ ‫خِ أفت ُ أمَأ ََلَيُقِيماَ ُحدُود‬



3



FKIK3013 – FIQH KEKELUARGAAN ISLAM



Yang bermaksud: Talak (yang dapat dirujuki) dua kali. Setelah itu boleh rujuk lagi dengan cara yang ma'ruf atau menceraikan dengan cara yang baik. Tidak halal bagi kamu mengambil kembali sesuatu dari yang telah kamu berikan kepada mereka, kecuali kalau keduanya khawatir tidak akan dapat menjalankan hukum-hukum Allah. Jika kamu khawatir bahwa keduanya (suami isteri) tidak dapat menjalankan hukum-hukum Allah, maka tidak ada dosa atas keduanya tentang bayaran yang diberikan oleh isteri untuk menebus dirinya. Itulah hukum-hukum Allah, maka janganlah kamu melanggarnya. Barangsiapa yang melanggar hukum-hukum Allah mereka itulah orang-orang yang zalim. Melalui ayat ini dapat disimpulkan bahawa talaq adalah perkara yang dibenarkan dalam Islam namun Allah S.W.T amat membenci talaq. Seksyen 47 (1) dalam Enakmen Undang - Undang Keluarga Islam telah menggariskan beberapa prosedur mengenai penceraian dan pembubaran perkahwinan. Seseorang suami atau seseorang isteri yang hendak bercerai hendaklah menyerahkan suatu permohonan untuk perceraian kepada Mahkamah dalam borang yang ditetapkan, disertai dengan suatu akuan berkanun yang mengandungi butir-butir mengenai perkahwinan pasangan tersebut dan nama, umur dan jantina anak-anak, jika ada, hasil dari perkahwinan tersebut.



Kedua,



butir-butir mengenai fakta-fakta yang memberi bidang kuasa kepada Mahkamah di bawah seksyen 45. Ketiga, butir-butir mengenai apa-apa prosiding yang dahulu mengenai hal ehwal suami isteri antara pihak-pihak itu, termasuk tempat prosiding itu.



Kemudian pasangan



tersebut perlu membuat suatu pernyataan tentang sebab-sebab hendak bercerai dan suatu pernyataan tentang sama ada apa-apa, dan, jika ada, apakah langkah-langkah yang telah diambil untuk mencapai perdamaian. Akhir sekali, syarat apa-apa perjanjian berkenaan dengan nafkah dan tempat kediaman bagi isteri dan anak-anak dari perkahwinan tersebut. Selepas menerima sesuatu permohonan untuk perceraian, Mahkamah hendaklah menyebabkan satu saman diserahkan kepada pihak yang satu lagi itu bersama dengan satu salinan permohonan itu dan akuan berkanun yang dibuat oleh pemohon, dan saman itu hendaklah mengarahkan pihak yang satu lagi itu hadir di hadapan Mahkamah untuk membolehkan Mahkamah menyiasat sama ada pihak yang satu lagi itu bersetuju atau tidak terhadap perceraian itu. Jika pihak yang satu lagi itu bersetuju terhadap perceraian itu dan Mahkamah berpuas hati selepas penyiasatan yang wajar bahawa perkahwinan itu telah pecah belah dengan tak dapat dipulihkan, maka Mahkamah hendaklah menasihatkan suami supaya melafazkan satu talaq di hadapan Mahkamah. Mahkamah hendaklah merekodkan hal satu talaq itu, dan



4



FKIK3013 – FIQH KEKELUARGAAN ISLAM hendaklah menghantar satu salinan rekod itu yang diperakui kepada Pendaftar yang berkenaan dan kepada Ketua Pendaftar untuk didaftarkan. Talaq raj’i yang dilafazkan oleh suami melainkan dibatalkan terlebih dahulu, sama ada secara nyata atau tafsiran, atau dengan perintah daripada Mahkamah, tidak boleh berkuatkuasa untuk membubarkan perkahwinan itu sehingga habisnya tempoh ‘iddah. Penceramah juga menambah jika isteri hamil pada masa talaq itu dilafazkan atau pada masa perintah itu dibuat, talaq atau perintah itu tidak boleh berkuat kuasa untuk membubarkan perkahwinan itu sehingga berakhir kehamilan itu.



3.0



SLOT 2 Slot kedua mengenai Bentuk Kesalahan di Bawah Enakmen Undang – Undang



Keluarga Islam telah disampaikan oleh Tuan Atras Bin Mohammad Zin yang merupakan pegawai Jabatan Bantuan Guaman Selangor. Menurut Tuan Atras, terdapat 14 undang – undang dikuatkuasakan di 14 negeri di Malaysia. Tujuan enakmen ini diselaraskan adalah untuk memastikan semua negeri menggunakan undang – undang yang sama dan bagi mengelakkan pertikaian antara negeri. Dalam keratan akhbar Utusan Online yang bertarikh 11 Oktober 2017 telah memaparkan bahawa 171 252 kes penceraian telah berlaku dalam pasangan Islam di Malaysia dalam tempoh masa 2014 hingga Julai 2016. Statistik ini amat membimbangkan kerana di khuatiri akan lebih bertambah parah. Tuan Atras juga ada memaparkan keratan – keratan akhbar yang melibatkan kes penceraian yang berlaku di Malaysia. Beliau telah memberi beberapa contoh kes yang berlaku di Mahkamah Syariah. Kes yang pertama berlaku pada pasangan Faridah Binti Ahmad dan Hairunajib Bin Mohd Mansor yang berlaku pada 24 Feberuari 2016 di Mahkamah Rendah Syariah Selangor. Dalam kes ini, si isteri telah memfailkan tuntutan perceraian secara fasakh terhadap suaminya pada 3 September 2015 berdasarkan kepada Seksyen 53 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003. Puan Faridah telah mendakwa bahawa suaminya telah gagal atau cuai memberi nafkah kepadanya selama tempoh melebihi tiga bulan, suami lazim menyakiti isterinya atau menjadikan kehidupan si isteri menderita disebabkan kelakuan aniaya dan si suami berkawan dengan perempuan jahat atau berperangai keji menurut hukum syarak bagi mendapat perceraian secara fasakh daripada Mahkamah ini berdasarkan kepada Seksyen 53 (1) (b), 53 (1) (h) (i) dan 53 (h) (ii) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.



5



FKIK3013 – FIQH KEKELUARGAAN ISLAM Mahkamah telah memutuskan untuk menolak tuntutan Puan Faridah kerana beliau gagal membuktikan kesnya mengikut kehendak hukum dan undang – undang. Mahkamah juga telah mensabitkan berlakunya syiqaq antara kedua belah pihak dan memerintahkan kes ini dirujuk Jawatankuasa Hakam di bawah seksyen 48 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003. Contoh kes kedua yang berlaku antara Puan Arfah dan pasangan nya iaitu Mohd Bakiri di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat pada tarikh 6 April 2006. Di dalam kes ini Puan Arfah telah membuat permohonan kepada mahkamah Syariah mengenai permohonan pengesahan cerai ta’liq daripada suaminya kerana suaminya gagal memberi nafkah zahir dan batin kepada beliau selama hampir sepuluh bulan. Namun, permohonan beliau ditolak kerana mahkamah membuat keputsan bahawa Encik Bakiri belum sepenuhnya melanggar ta’liqnya. Kes ini telah dibicarakan dibawah Enakmen Undang – Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 – Seksyen 2, 4, 45, dan 50. Seksyen 45 adalah mengenai takat kuasa untuk membuat sesuatu perintah dan Seksyen 50 adalah mengenai penceraian di bawah ta’liq atau janji.



4.0



RUMUSAN LAPORAN



Melalui kursus yang diadakan ini saya lebih memahami dan dapat mendalami ilmu – ilmu perkahwinan, penceraian dan Enakmen Undang – Undang Keluarga Islam dengan lebih mendalam lagi. Saya juga menyedari bahawa sebuah ikatan perkahwinan itu adalah sangat murni dan tidak patut diambil ringan oleh semua pihak terutamanya pasangan yang bakal mendirikan rumah tangga. Pendedahan mengenai ilmu perkahwinan ini sepatutnya lebih diberi penekanan kepada semua pasangan bakal berkahwin malah pada pasangan yang sudah lama berkahwin dalam usaha mengurangkan kes penceraian di Malaysia serta mewujudkan keluarga bahagia di zaman kini. Oleh itu, semua pihak haruslah mengorak langkah yang proaktif dalam mencapai usaha murni ini.



6



FKIK3013 – FIQH KEKELUARGAAN ISLAM RUJUKAN Biro Wanita. (1991). Perkahwinan dan Penceraian Dalam Islam . Kuala Lumpur: Kementerian Pembangunan Sosial. Enakmen Terkini. (2004, Julai 1). Retrieved from eSyariah.gov: http://www2.esyariah.gov.my/esyariah/mal/portalv1/enakmen/State_Enact_Upd.nsf/f 831ccddd195843f48256fc600141e84/ca9cc9e2f91e354748257115000d69dd?Open Document Haron Din. (2007). Islam : Panduan Komprehensif Keluarga Bahagia. Selangor: PTS Litera Utama. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). (2008). Memasuki Gerbang Perkahwinan Edisi Kedua. Putrajaya : Sinaran Bros SDN. BHD. Mustafa Hj Daud. (1991). Perkahwinan Menurut Islam. Selangor: Utusan Publiations . Siti Aisyah Hussin. (1988). Kuasa Akad Perkahwinan dalam Islam. Kuala Lumpur: Akademi Islam Universiti Malaya. Syahidi Bakar. (2017, Oktober 11). 171 252 Kes Cerai Pasangan Islam. Retrieved from Utusan Online: http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/kl-putrajaya/171-252-kescerai-pasangan-islam-1.536513



7



FKIK3013 – FIQH KEKELUARGAAN ISLAM LAMPIRAN



8