Perbezaan Murid Lemah Dan Cemerlang Assgmnt Psiko [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER 1/ SMP PPG SEPTEMBER 2013



HBEF3103 PRINSIP TEKNOLOGI PENDIDIKAN



NAMA PELAJAR



: NAUSHAD BIN KOYAKUNHI



NO. MATRIKULASI



: 700210085725001



NO. KAD PENGNEALAN



:



700210085725001



NO. TELEFON



: 016 5490751



E-MEL ID



: [email protected]



NAMA TUTOR



: EN. MUSTAFA KAMAL BIN ALIAS



PUSAT PEMBELAJARAN



: PERAK LEARNING CENTRE



1



KANDUNGAN



mukasurat



1.0. PENGENALAN



3



2.0. MAKLUMAT KAJIAN



4



3.0 KES KAJIAN – 3.1 DAPATAN KAJIAN



4-6



3.2 TEORI –TEORI PEMBELAJARAN



6



4.0 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGERUHI ASPEK PENCAPAIAN AKADEMIK KEDUA- DUA MURID



7



4.1 TEORI PEMBELAJARAN BAHAVIORISME



7-8



4.2 TEORI PEMBELAJARAN KOGNITIF



9



4.3 TEORI PEMBELAJARAN SOSIAL



9-10



4.4 TEORI PEMBELAJARAN HUMANIS



10



5.0 MEMPELBAGAI BAHAN BANTU MENGAJAR



11



5.1 MEMPELBAGAI STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN



11



5.2 PENEGUHAN POSITIF DAN NEGATIF



11



5.3 PEMBELAJARAN KOPERATIF



12



5.4 KAEDAH KUMPULAN



12



6.0 KESIMPULAN



13



7.0 BIBLIOGRAFI / RUJUKAN



14



2



1.0



PENGENALAN



Perbezaan individu bermaksud variasi atau ketidaksamaan individu daripada norma kumpulannya sama ada dari segi sifat kognitif, emosi, fizikal, moral, tingkah laku sosial atau bakat dan aspek-aspek yang lain mungkin terdapat sesama individu dalam sesuatu kumpulan. Individu yang berbezamenyebabkan kesediaan belajar yang berbeza. Oleh itu, pelajar yang sama umur tidak semestinya berada di peringkat kesediaan belajar yang sama. Sesetengah keupayaan tidak berkembang secara seragam tetapi ianya pada tahap kelajuan yang berbeza dan di bawah perihal yang berlainan (Neinmak, 1975). .Psikologi pembelajaran membentangkan pelbagai teori pembelajaran, kaedah pengajaran, proses perkembangan mental dan sikap, pengelolaan dan pengawalan kelas untuk meningkatkan keberkesanan pembelajaran dan pengajaran. Psikologi adalah satu bidang yang tertumpu pada kajian tingkah laku manusia. Bidang ini juga menitikberatkan keupayaan mental manusia seperti pemikiran, penanggapan, penaakulan, ingatan, kreativiti dan perbezaan individu dari segi kecerdasan, sikap dan minat. Pendidikan pula bertujuan untuk memperkembang mental dan kebolehan individu untuk menjadi insan yang berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berguna demi memberi sumbangan dan memupuk kesejahteraan masyarakat. Psikologi pendidikan merupakan satu bidang kajian santifik atas tingkah laku murid yang dapat membantu guru memahami murid dan membimbingnya dalam pembelajaran serta menambahkan keberkesanan pengajaran guru.



Bagi tujuan tersebut, tugasan kali ini meneroka faktor dan keadaan murid yang mempengaruhi aspek pencapaian akademik murid-murid. Guru perlu didedahkan dengan pelbagai kemahiran, maklumat dan teori pengajaran yang diperoleh daripada pengalaman dan kajian yang lain. Psikologi pendidikan memberi pengetahuan untuk guru mencari maklumat tentang pembelajaran murid dari segi minat, motivasi, pemikiran, ingatan, perbezaan individu dan pelbagai kaedah mengajar serta pengurusan kelas. Tumpuan utama ialah bagaimana murid belajar dan bagaimana guru dapat menyampaikan pelajaran dengan berkesan. Guru juga perlu didedahkan kepada konsep psikologi perkembangan, psikologi pembelajaran, pembentukan personaliti dan psikologi sosial.



3



Psikologi pembelajaran membentangkan pelbagai teori pembelajaran, kaedah pengajaran, proses perkembangan mental dan sikap, pengelolaan dan pengawalan kelas untuk meningkatkan keberkesanan pembelajaran dan pengajaran. Bidang ini juga menitikberatkan keupayaan mental manusia seperti pemikiran, penanggapan, penaakulan, ingatan, kreativiti dan perbezaan individu dari segi kecerdasan, sikap dan minat. Pendidikan akan menyediakan pengalaman bagi seseorang individu. Dengan pengalaman ini, perubahan tingkah laku individu itu akan berlaku. Adalah jelas sekali bahawa mutu pengajaran dan pembelajaran yang diambil oleh seorang guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat meningkatkan pencapaian murid di sekolah



2.0



MAKLUMAT KAJIAN Kajian ini adalah bertujuan untuk : Mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi aspek pencapaian akademik murid yang baik dan pencapaian akademik murid yang lemah berpandukan teori-teori psikologi pendidikan.



Mencadangkan langkah-langkah bernas yang boleh diambil oleh seoarang guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan murid-murid yang mempunyai pencapaian akademik tidak sama. 3.0



KAJIAN KES 3.1



Dapatan kajian



Setelah menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) yang saya jalankan di sekolah Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Tajul Ariffin, Manong. Dimana saya telah dapat menyiapkan kajian mengenai pencapaian akademik baik dan pencapaian akademik lemah di antara dua pelajar. Kajian ini telah dijalankan beberapa hari. Memandangkan kedua-dua pelajar yang menjadi bahan kajian saya adalah merupakan anak jiran saya yang berumur 15 tahun. Mereka berdua adalah merupakan pelajar tingkatan tiga di sekolah tersebut..



Kanak-kanak pertama yang saya terlibat dalam kajian saya ini ialah Firdaus . Dia mempunyai 4 orang adik beradik. Pelajar ini merupakan seorang anak yang dilahirkan sempurna dan mempunyai ibu dan bapa. Dari yang saya lihat dan temubual bersama Bapa dan keluarga terdekat Firdaus, Beliau adalah golongan keluarga yang sederhana. Ini kerana hanya bapanya



4



sahaja yang mencari pendapatan untuk mereka 4 orang adik beradik yang masing-masing berumur 7-19 tahun.



Di dalam kelas semasa sesi pengajaran dan pembelajaran Firdaus adalah merupakan seorang pelajar yang sangat pendiam dan kurang aktif. Dia tidak banyak bercakap atau berbual dengan rakan-rakannya. Dia suka menyendiri dan tidak mempunyai rakan yang rapat. Firdaus juga seorang juga



tidak mengendahkan soalan yang yang ditanya oleh gurunya. Melalui



temubual bersama kenalan ibunya, bahawa ibunya adalah seorang yang ada pendidikan hingga tingkatan lima.Namun begitu beliau mengaku bahawa agak susah untuk membimbing anakanaknya dalam pelajaran kerana dia sendiri pun dikalangan golongan pelajar yang sederhana ketika disekolah. Ini bermakna Firdaus hanya berpeluang mendapat pendidikan di sekolah sahaja. Pelajar kedua yang saya libatkan dalam kajian kes saya ini ialah Rozaini. Dia berumur lima belas tahun. Rozaini merupakan anak kedua dalam keluarganya. Emaknya seoarang yang berpendidikan dan bersekolah setakat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Manakala bapanya pula adalah tukang sapu di sekolah SMK Sultan Tajul Ariffin,Manong. Di dalam kelas semasa sesi pengajaran dan pembelajaran, Rozaini adalah merupakan seoarang pelajar yang aktif. Beliau cepat memahami apa yang disampaikan gurunya . Dia merupakan seoarang pelajar yang cepat menerima pembelajaran. Lembaran kerja yang di berikan disiapkan dalam masa yang singkat. Dia mempunyai ramai kawan,disamping itu beliau aktif di bidang Ko-kurikulum. Maka dapat saya simpulkan bahawa pelajar ini mempunyai pontensi untuk berjaya. Melalui pentaksiran dan penilaian yang telah saya buat, saya telah mendapati perbezaan yang sangat ketara di antara Firdaus (15 tahun) dan Rozaini (15 tahun). Firdaus masih belum dapat menguasai pembelajaran dengan baik. Manakala Rozaini amat jauh perbezaan dari segi penguasaan dalam pembelajaran. Tambahan pula saya mendapati bahwa Firdaus kurang menonjol dalam ko-kurikulum di sekolah.



Kedua-dua orang pelajar ini mempunyai banyak perbezaan yang ketara. Baik dari segi umur, jantina, kecerdasan, kebolehan dan sebagainya. Menurut Woolfolk (1997), teori kecerdasan awal adalah memfokus kepada 3 elemen, pertamanya tentang keupayaan untuk belajar . Kedua , keseluruhan pengetahuan yang telah individu perolehi dan ketiga ialah kebolehsuaian seseorang kepada situasi atau persekitaran baru. Ketiga-tiga elemen ini, boleh 5



dilihat dari keadaan kedua-dua sasaran kajian saya. Dimana saya telah mengenalpasti Rozaini mempunyai keupayaan untuk belajar, dia dapat mengadaptasikan keseluruhan pengetahuan yang diperolehinya di dalam bilik darjah. Menurut guru kelasnya, Rozaini seringkali berupaya memahami apa yang diajar dan menghantar latihannya. Bahkan setiap latihan yang dihantar selalu tepat dan menepati objektif, berbanding dengan Firdaus, dia jarang menyiapkan latihan yang diberikan kepadanya.Menurut (Shahabuddin dan Rohizani 2003 dalam Tay Lay Guat 2006) oleh kerana terdapat hubungan antara stail pengajaran dan stail belajar , secara tidak langsung guru dapat memahami dan mendiagnosis kekuatan dan kelemahan pengajaran mereka berdasarkan gerak balas daripada murid-murid dalam kelas. 3.2 Teori-Teori Pembelajaran Teori membantu guru untuk memahami asas masalah pembelajaran khususnya dalam konteks pendidikan khas. Teori dapat memberi panduan atau kaedah yang berkesan dan bersesuaian untuk menyelesaikan masalah murid. Antara fungsi teori kepada guru ialah teori membantu untuk seseorang guru membuat penilaian, menyemak bahan, teknik, kaedah pembelajaran yang boleh digunakan kepada pelajar, teori memberi panduan pengetahuan yang sistematik dan konsep bekerja bagi membolehkan pengubahsuaian sesuatu ilmu baru dan ia amat penting kerana memberi arah panduan menjelaskan dengan lebih teratur struktur pemikiran dan ini membentuk tindak balas yang diingini berlaku, teori ialah pembentukan secara berproses. Teori adalah cabaran, kekuatan, bagi pengkaji dan ahli akademik untuk mempraktik dan membuat penilaian bagi membuktikan teori yang dikeluarkan oleh golongan ini bersesuaian dan berguna serta berhasil.



6



4.0



FAKTOR- FAKTOR YANG MEMPENGARUHI ASPEK PENCAPAIAN



AKADEMIK KEDUA-DUA ORANG MURID.



Hasil daripada kajian yang telah dibuat, saya dapat mengesan dan mengenalpasti teori-teori yang boleh diguna pakai menjadi faktor-faktor yang telah mempengaruhi perbezaan pencapaian akademik kedua-dua pelajar ini adalah seperti berikut:



4.1



Teori Pembelajaran Behavioris



Faktor yang mempengaruhi pencapaian akademik Firdaus dan Rozaini ialah perbezaan pengalaman atau latihan yang diperolehi di sekolah mahupun di rumah.Teori pembelajaran Behaviorisme mengatakan bahawa pembelajaran merupakan satu proses pelaziman, dimana hubungan antara rangsangan luar dengan tindak balas individu dapat dibina untuk menghasilkan perubahan tingkah laku yang tekal. Tokoh-tokoh mazhab behavioris seperti Pavlov, Thorndike dan Skinner berpendapat bahawa pembelajaran merupakan suatu tingkah laku yang boleh diperhatikan, dikawal dan diramal. “Pembelajaran hanya bermula apabila wujudnya tindak balas terhadap suatu rangsangan yang diberi” ini menurut behaviorisme. Proses pembelajaran akan diteruskan jika terdapat motivasi ekstrinsik yang sesuai (sama ada peneguhan positif atau negatif) sementara pembelajaran dikatakan berakhir apabila perubahan tingkah laku dapat dibentuk dan dikekalkan. Behaviorisme merupakan satu pendekatan pemikiran yang menekankan peranan pengalaman dalam mengawal tingkahlaku. Menurut ahli-ahli behaviorisme, proses-proses penting yang mengawal tingkahlaku ini adalah dipelajari. Kedua-duanya, iaitu dorongan yang membangkitkan tingkahlaku serta tingkahlaku tertentu yang dibangkitkan daripada dorongan ini dipelajari melalui interaksi dengan persekitaran. Antara matlamat yang utama pemikiran ini ialah untuk menentukan hukum-hukum ataupun prinsip-prinsip yang mengawal pembelajaran.



Menurut teori Behaviorisme lagi perhatian kepada faktor persekitaran sebagai faktor yang mempengaruhi tingkah laku. Ahli-ahli behavioris melihat perhubungan antara persekitaran dengan tingkah laku dan kemudiannya menggunakan konsep peneguhan dan dendaan untuk 7



menjelaskan mengapa sesetengah tingkah laku itu wujud atau tidak wujud. Mereka berpendapat kecenderungan-kecenderungan tingkah laku antaranya, bakat, nilai-nilai, kepercayaan– kepercayaan, aspirasi dan lain-lain adalah dipelajari. Antara andaian ahli behaviorisme ialah tingkah laku boleh diukur, diperhatikan dan dianalisa dengan melihat gerak balas individu. Matlamat behavioris ialah melihat kaitan rangsangan dengan gerak balas dan melihat bagaimana gerak balas ini boleh dikawal melalui ganjaran dan dendaan. Ahli-ahli behaviorisme menggunakan konsep pelaziman klasik dan pelaziman operan apabila menjelaskan proses pembelajaran (Jalongo dan Isenberg 2000).



Dari kajian yang dijalankan bahawa faktor persekitaran sebagai faktor yang mempengaruhi tingkah laku Firdaus dan Rozaini dan seterusnya telah memberi impak kepada proses pembelajarannya. Perkara ini boleh dilihat pada sifat yang ada pada Firdaus, dia merupakan seorang pelajar yang emosinya kurang stabil kerana tertekan di rumah. Dia sangat pendiam dan tidak mempunyai kawan rapat semasa di dalam kelas. Dia lebih suka menyendiri daripada mempunyai kawan. Firdaus juga seorang yang emosional dan agresif, sekiranya ada rakan yang mengganggu, dia akan cepat marah. Dengan persekitaran yang dilalui oleh Firdaus ini menyebabkan akademiknya tidak mencapai tahap yang baik. Ini kerana dia bersikap pasif dan tidak mahu bertanya. Dia lebih suka menyiapkan kerjanya mengikut caranya sendiri. Oleh kerana sikap emosionalnya dia sukar untuk bertanya dari rakan atau guru apa yang tidak difahaminya.



Berlainan pula dengan Rozaini, dia suka berkawan dengan pelajar yang pandai dan minat belajar. Dari kajian yang dibuar Rozaini pandai bergaul dan mempunyai ramai kawan, tidak cepat melenting apabila ditegur kesalahannya malah akan cuba untuk memperbaiki kelemahan tersebut. Dia suka berkawan dan peramah,dan menghormati rakan-rakannya yang lain. Menyedari keadaan sosio-ekonomi ibu bapa yang sederhana menjadi motivasi untuk Rozaini merubah kehidupan keluarganya dengan pencapaian cemerlang didalam pelajarannya.



8



4.2



Teori Pembelajaran Kognitif



Fokus teori pembelajaran kognitif memperlihatkan bahawa setiap manusia mempunyai keupayaan mental untuk mengelola, menyusun, menyimpan dan mengeluarkan semula segala pengalaman untuk membolehkan ia memerhatikan pertalian antara pengalaman tersimpan dengan masalah yang dihadapi. Menurut psikologi dalam pembelajaran, murid membentuk struktur kognitif dalam ingatannya. Setiap kali murid belajar, ia akan menyusun segala pengalaman dan menyimpannya dalam „ingatan‟. Kebolehan ini dikenali sebagai celik akal. Persoalannya bagaimana kita mengetahui, memperolehi, memproses dan menggunakan maklumat kerana berpegang dengan teori kognitif. Ada kalanya teori behaviorimse penting digunakan demikianlah juga dengan teori kognitif. Semua teori boleh diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.



Perbezaan yang amat ketara antara Firdaus dan Rozaini kerana dia dapat mengikut pengajaran dan pembelajaran dengan baik dan ini telah memberi impak kepada pencapaian akademiknya di sekolah. Perkara yang sama menjadi sebaliknya kepada Firdaus.Teori pembelajaran kognitif memfokuskan bahawa setiap manusia mempunyai keupayaan mental untuk mengelola, menyusun, menyimpan dan mengeluarkan semula segala pengalaman untuk membolehkan ia memerhatikan pertalian antara pengalaman tersimpan dengan masalah yang dihadapi dan ini adalah peneguhan positif yang mendorong individu untuk mengejar kejayaan.



4.3



Teori Pembelajaran Sosial



Jika kita mengaitkan dengan teori pembelajaran sosial yang diperkenalkan Albert Bandura iaitu pembelajaran berlaku melalui proses peniruan. Bandura (1977) berpendapat, kita belajar melalui pemerhatian dan meniru orang lain serta dengan melihat konsekuen tingkah laku orang lain. Bandura berpendapat bahawa pembelajaran dan tingkah laku manusia bergantung kepada pemerhatian seseorang individu itu terhadap individu lain atau model-model simbolik seperti televisyen dan sebagainya. Peniruan selalunya diteguhkan. Oleh yang demikian, teori pembelajaran sosial Bandura,menekankan peranan kognitif dan juga pengaruh persekitaran dalam perkembangan. 9



Faktor ini yang mneyebabkan perbezaan diantara Firdaus dan Rozaini adalah dipengaruhi proses peniruan. Peniruan di sini telah membawa maksud individu dan objek yang ditemui serta peristiwa yang berlaku di dalam kehidupan seseorang yang mempengaruhi pertumbuhan yang berlaku di dalam kehidupan seseorang yang mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan diri.Faktor peniruan ini juga merangkumi persekitaran telah disokong oleh ahli-ahli psikologi behaviorisme dan sosial kognitif seperti Albert Bandura, Ivan P. Pavlov dan skinner dalam teori yang mereka ketengahkan. Dalam Teori Pembelajaran sosial misalnya Albert Bandura (1977) mengatakan seseorang individu akan membentuk satu idea melalui proses pemodelan.



4.4



Teori Pembelajaran Humanis



Teori pembelajaran humanis menumpukan pada apa yang berlaku pada diri seseorang seperti perasaan atau emosinya. Pendekatan humanis menekankan fikiran, pengamatan serta interpretasi murid tentang sesuatu peristiwa atau kejadian itu. Prinsip teori humanis ini adalah, seseorang murid itu bertanggungjawab ke atas tindakannya. Contohnya kalau murid ingin berjaya, maka dia perlu berusaha mencapainya ke arah itu.Teori humanis menekankan objektif untuk meningkatkan arah kendiri dan kebebasan murid. Membantu murid agar lebih bertanggungjawab dalam menentukan perkara yang ingin dipelajari dan mengembangkan minat mereka.



Penilaian yang dibuat oleh pelajar sendiri lebih bermakna bagi dirinya. Perasaan pelajar adalah sama penting dengan fakta. Pembelajaran cara merasa adalah sama penting dengan pembelajaran berfikir. Asas teori ini dapat saya kesan pada pelajar yang saya kaji iaitu Rozaini. Oleh kerana dia memiliki motivasi yang tinggi maka kecerdasan pembelajarannya adalah sangat baik dan ini akan menyebabkan pencapaian akademiknya sangat baik berbanding Firdaus yang kurang bermotivasi. Iaitu tidak yakin dimana sikapnya yang kurang gemar bersama orang lain, suka menyendiri, tidak suka dengan orang baru, tidak suka berbicara didepan umum, kurang percaya diri, pemalu dan pendiam. Kurangnya motivasi diri ini akan menyebabkan Firdaus menghadapi masalah pencapaian akademik yang lemah.



10



5.0



Mempelbagaikan bahan bantu mengajar



Guru perlu menggunakan pelbagai bahan bantu mengajar seperti penyampaian maklumat melalui transperansi, laman web atau pencarian internet, carta dan lain-lain lagi. Ini adalah sesuai kerana di dalam sesebuah kelas ada murid yang peka kepada audio, ada yang tertarik kepada visual dan yang tertarik kepada kinestetik.



Pembelajaran berbantukan komputer juga dapat merangsang minat murid untuk belajar. Soalan-soalan yang diberikan adalah mengikut aras soalan daripada yang mudah hingga susah. Pembelajaran berbantukan komputer amat menarik digunakan kerana mengandungi elemenelemen visual grafik yang dapat menarik perhatian murid contohnya animasi kartun.



5.1



Mempelbagaikan strategi pengajaran dan pembelajaran



Strategi dan kaedah pengajaran guru berfungsi sebagai satu panduan pengajaran ke arah keberkesanan pengajaran dan pembelajaran guru di dalam kelas. Guru perlu mempelbagaikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk menarik minat murid supaya dapat mengikuti pengajaran dan pembelajaran sehingga tamat. Antaranya, kuiz, perbincangan, percambahan idea, lakonan, simulasi, kaedah penyoalan, projek dan lawatan. Secara langsung dapat menggalakkan penglibatan murid-murid dan meningkatkan motivasi untuk belajar..



5.2



Peneguhan positif dan negative



Semasa berlakunya aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, guru hendaklah memberi peneguhan positif kepada murid yang menunjukkan tingkah laku yang baik. Muridmurid akan berasa dihargai apabila dipuji oleh guru. Guru boleh membuat peneguhan positif dengan mengatakan “bagus”apabila murid dapat memberi jawapan yang betul ketika sesi soal jawab di dalam kelas. Manakala, peneguhan negatif untuk mengelakkan tingkah laku yang yang tidak disukai. Contoh, guru yang hendak mengelakkan muridnya membuat bising akan mengatakan bahawa, “Saya akan membenarkan pelajar yang telah menyiapkan kerja keluar rehat 11



lebih awal”. Oleh itu, pelajar akan menyiapkan kerja yang diberikan untuk keluar rehat lebih awal. Ini bermakna murid akan membuat latihan yang diberikan dengan teliti dan pantas untuk mendapatkan sesuatu yang disukainya. Seseeorang guru akan dapat mengesan gaya kognitif dan gaya belajar bagi setiap orang pelajar-pelajarnya yang mempunyai banyak perbezaan.



5.3



Pembelajaran Koperatif



Pembelajaran koperatif ialah pembelajaran di dalam kumpulan heterogenius di mana biasanya terdapat pelajar cerdas dan lambat. Di dalam aktiviti pembelajaran ini, pelajar cerdas dikehendaki membantu pelajar lemah. Pelajar yang cerdas akan bersungguh-sungguh membantu pelajar yang lemah kerana markah yang diperoleh setiap individu di dalam kumpulan akan menjadi markah kumpulan. Secara tidak langsung, dapat memupuk semangat bekerjasama apabila setiap kumpulan bersaing satu sama lain.



5.4



Kaedah kumpulan



Di dalam sesebuah kelas terdapat beberapa orang pelajar yang mempunyai tahap keupayaan yang berbeza-beza. Oleh itu, guru boleh menggunakan kaedah kumpulan untuk menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran berdasarkan tahap keupayaan pelajar. Ini dapat memudahkan guru menyediakan latihan atau bahan sumber pengajaran dan pembelajaran.



Guru dapat memantau prestasi setiap kumpulan berdasarkan tahap keupayaan dan kecerdasan pelajar-pelajar dengan mengasingkan pelajar yang lemah, sederhana dan pandai dalam kumpulan yang ditetapkan. Dengan cara ini, Aktiviti pengajaran dan pembelajaran juga tidak membebankan murid kerana guru menggunakan aras yang berbeza untuk setiap kumpulan.Guru juga perlu membuat carta kemajuan dan rekod profil untuk setiap pelajarnya. Guru wajar menjadikan diri mereka sebagai penghibur yang berbakat dan mempelbagaikan penyampaiannya, murid-murid akan mendapat manfaat walaupun wujud perbezaan antara murid.



12



6.0



KESIMPULAN



Guru yang berpotensi akan membentuk suatu usaha yang teratur, mempunyai sistem, tertib serta optimum bagi menyatu padukan semua kompenen pembelajaran. Seperti yang kita sedia maklum, alam persekolahan merupakan tahap pembelajaran kanak-kanak yang paling awal di dalam kehidupanya selain daripada pendidikan ibu bapa itu sendiri di rumah. Maka guru yang proaktif dan berkesan perlu memainkan peranan mereka dalam mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian pelajar lemah. Selain itu, seseorang guru juga seharusnya mengetahui malah menguasai ilmu-ilmu psikologi pendidikan agar dapat diterapkan menjadi suatu kemahiran sekaligus mengaplikasikanya dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Selain faktor guru yang menyebabkan berlakunya tingkah laku bermasalah, peranan keluarga juga memainkan peranan. Keluarga merupakan orang yang paling dekat perhubungan degan murid. Pengalaman daripada keluarga mempengaruhi perlakuan murid. Ibu bapa yang kurang meluangkan masa di rumah untuk anak-anak lantaran sibuk bekerja, begitu juga pelajar yang miskin juga kurang mendapat kasih sayang dari ibu bapa di rumah kerana adik-beradik yang ramai mendorong terjadinya tingkah laku bermasalah ini di sekolah. Anak-anak yang tidak mendapat cukup perhatian di rumah selalunya cuba mendapatkan perhatian daripada guru di sekolah. Guru mesti memainkan peranan membantu murid yang mengalami masalah perbezaan individu. Ini akan dapat melahirkan modal insan yang cemerlang suatu hari nanti. Ianyai sejajar dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan bahawa modal insan yang dilahirkan haruslah seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Menurut Datin Seri Dr. Siti Hasmah Mohd Ali, anak-anak sebagai pewaris generasi akan datang perlu dilatih dan dibimbing dengan cara yang betul mulai sekarang. Sehubungan dengan itu, pihak-pihak yang bertanggungjawab perlu memastikan anak-anak mendapat pendidikan sempurna. (Utusan Malaysia, 21 April 2001). Guru bukan sahaja menyampaikan ilmu pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas malah memainkan peranan amat penting iaitu mendidik dan membimbing pelajar menjadi insan yang berguna, cemerlang, gemilang dan terbilang sebagai teraju kepimpinan akan datang.



13



Bibliografi/Rujukan:



html.



Merapatkan jurang pendidikan. (2007). Dicapai http://www.bppt.com.my/resources/download.php?id…



pada



20/01/2012



dari



http:// makalah psikologi belajar menurut Skinner.php.htm Makalah Psikologi Belajar menurut Skinner (2011).Dimuat turun daripada NordinTahir. (2011). Modifikasi tingkah laku. Dicapai pada 15/01/2012 dari http://www.amaljaya.com/guru/wp-content/uploads/2011/09/moditifikasi-tingkahlakukpli.pdf Perkembangan fizikal, sosial dan emosi kanak-kanak cerdas pintar. (2010). Dicapai pada 23/01/2012 dari http://www.fskpm.upsi.edu.my/…/strategi_pengajaran_dan_pembelajaran.php Prof Dr.Khadijah Rohani Mohd Yunus,Mahanii Razali,Ramlah Jantan.(2011) HBEF 2103 Psikologi Pendidikan: Open University Malaysia Rahsia individu pintar cerdas dan masalah mereka. (2010). Dicapai pada 22/01/2012 dari http://www. freewebs.com/truesenfa/bab1.htm/



14